-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Thursday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 4 ::..

Sudah seminggu berlalu selepas pertemuannya dengan Hanif. Ikram masih dalam tanda tanya kerana Nylia tetap melayannya seperti biasa. Apakah yang berlaku sebenarnya. Benarkah Nylia sedang menjalin cinta dengan Hanif? Sudah berapa lamakah hubungan mereka terjalin? Dada Ikram terasa sakit benar dengan perasaan yang bermain di fikirannya. Sejak seminggu itu jugalah Ikram mengajar dirinya untuk tidak lagi mengharap. Semalam ada dia ternampak Nylia menghala ke Jabatan Kejuruteraan. Pasti bertemu dengan Profesor Khairudi berkenaan dengan projek PHD nya.
            Sejak mula mengenali Nylia, Ikram sememangnya tahu dia seorang yang rajin. Ketika Nylia menyudahkan projek akhir Ijazahnya, sanggup dia terbang ke New Jersey mencari abangnya untuk projek kejuruteraan. Tapi, dari apa yang diberitahu oleh Naufal, adiknya itu berubah menjadi workaholic selepas kehilangan kembarnya Naufal Fareed. Itu memang Ikram sangat jelas. Tiba-tiba lamunan Ikram dikejutkan dengan deringan telefon di meja kerjanya.
“ hello...Dr. Ikram Nashrul...” Ikram menjawab lemah.
“ Am...Nyl ni...busy tak?” Nylia berbicara. Bersahaja seperti selalu.
“ tak...kenapa?” kaget Ikram menerima panggilan Nylia.
“ teman Nyl boleh?” nada suara itulah yang membuat Ikram cair.
“ you nak pergi mana sayang...” akhirnya hati Ikram terpujuk sendiri.
“ beli hadiah untuk Auf. Next week kan birthday dia. This weekend dia dah nak fly lagi...boleh kan?” nada suara itu paling tidak Ikram gemari. Biarpun terdengar gelak kecil di hujung talian tapi Ikram kenal benar suara sedih Nylia.
“ okay...pukul berapa?”
“ after office...boleh hang out lama sikit...”
“ okay la sayang...kita jumpa nanti...”
Ikram akan kalah setiap kali Nylia bercerita tentang Naufal atau Fareed. Bagi Ikram, Nylia masih dalam fasa membina kekuatan atas kehilangan. Mungkin sememangnya hubungan mereka bukanlah untuk menjadi sepasang kekasih.
Petang itu seperti dijanjikan, Ikram menemani Nylia keluar mencari hadiah untuk Naufal. Akhirnya Nylia membelikan abangnya sebuah jam tangan dari jenama Adidas. Selepas puas berpusing-pusing, mereka singgah untuk makan sebelum pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang, Nylia menerima panggilan.
“ hello...hai! you dah sampai ke?” Nylia mengerling jam di dashboard kereta Ikram. Ikram terus memandu tenang biarpun dalam hatinya berombak kencang. Dia pasti tentulah Hanif yang menghubungi Nylia.
“ no...dengan Ikram...why?” Nylia menyambung lagi. Ikram berdebar setiap kali Nylia sedang mendengar percakapan Hanif di hujung talian. Entah apalah agaknya ayat-ayat cinta yang lahir dari bibir Hanif.
“ thank you so much...I dah tengok malam tadi...sweet...and good pair...” Ikram menoleh ke arah Nylia ketika suara itu sudah berubah rentak dan nada. Jelas Nylia sedang melarikan pandangan daripada Ikram.
“ hhhmmm...ya okay...I’m okay dear don’t worry...bye!” terbantut Ikram ingin bertanya sebaik sahaja Nylia memaklumkan Hanif mengirimkan salam. Ikram hanya menganggukkan kepala dan cuba untuk tersenyum.
            Sebaik sampai di rumah, Nylia terus masuk ke rumah selepas mengucapkan terima kasih. Nylia menghempaskan badannya di atas katil selepas pasti pintu biliknya telah berkunci. Dia membelek kad jemputan perkahwinan Hanif dan pasangannya Nurinazirah yang sama satu Universiti dengan Nylia ketika dia menghabiskan pengajian Master di United Kingdom dulu. Selama ini Nylia sangka bertepuk sebelah tangan adalah satu kesakitan. Rupanya lebih perit lagi jika tidak bertepuk sebelah tangan tapi iramanya tidak kedengaran.
            Hanif Fahmi bin Abdul Rahman. Selama ini dia memang tahu Hanif sahabat abangnya. Sememangnya sejak di bangku sekolah dia amat meminati Hanif kerana sikapnya yang lebih menonjol dari sudut kepimpinan, sukan dan akademik. Sementelah Hanif memang antara kawan yang rapat dengan abangnya. Tapi apakan daya, Hanif mungkin tidak memahami perasaannya dan tiada pancaran keistimewaan dalam mata Hanif. Malah, Nylia sering melihat Hanif seakan melarikan pandangan setiap kali bertemu. Maka, Nylia merasakan perasaan itu adalah gangguan biasa bagi remaja seusianya. Dia yakin perasaan itu akan hilang bila meningkat usia. Tapi dia silap bila sekali lagi dia merasakan satu rasa yang sungguh menusuk ke jantung dan hulu hatinya bila bertemu dengan Hanif ketika abangnya berada dalam kelas persediaan ke luar negara. Ketika itu Nylia lebih berani bertegur siapa dengan Hanif.
            Perhubungan baik itu berlangsung seperti mana dia dan juga Ikram. Tidak pernah timbul bicara soal hati dalam setiap pertemuan mereka walaupun getaran dalam hatinya berbeza setiap kali berdepan dengan Hanif. Malah Hanif sahaja rakan Naufal Farhan yang memanggilnya Fareen. Keadaan itu membuatkan Nylia merasakan dia istimewa. Malah hubungan baik itu berpanjangan, baik antara dia dan Hanif mahupun Ikram. Nylia tidak pernah menyangka bahawa Hanif juga menyimpan perasaan terhadap dia. Perkara itu hanya terbongkar lebih kurang 5 bulan yang lalu ketika teman satu universitinya menceritakan kisah cinta antara dia dan tunangnya.
“ cepatnya dia propose kau...3 bulan je kenal?”
“ dia kata dia tak nak terlepas lagi kali ini. Dulu dia pernah terlepas sebab takut nak luahkan perasaan.”
“ kenapa?” Nylia bertanya dengan penuh minat.
“ dulu dia ada suka dekat sorang awek ni tapi dia takut cintanya bertepuk sebelah tangan so dia tak berani nak luahkan perasaan. Akhirnya tak dapatlah dia awek tu sampai dia jumpa aku.”
“ kenapa tak mengaku je” Nylia menyambung lagi.
“ dia malu sebab awek tu adik kawan dia...”
“ siapa nama tunang kau?” dada Nylia sudah berombak ketika itu.
“ Hanif Fahmi...aku rasa kau kenal dia...aku rasa aku ada gambar masa kami bertunang...sekejap...” ketika itu Nylia yakin darahnya tidak akan mengalir keluar jika mukanya ditoreh-toreh. Atau mungkin boleh mencipta sejarah mengalirnya darah putih atas dasar cinta suci yang setia. Nafasnya bagai terhenti ketika gambar Hanif Fahmi berada dalam tangannya.
            Malam itu juga Nylia menghubungi Hanif melalui Facebook. Patutlah selama ini Hanif tidak pernah lari dari menghubunginya. Rupa-rupanya Hanif juga ada perasaan yang sama dengan Nylia. Tapi apakan daya, perasaan yang Nylia pendam dan simpan selama ini telah punah kerana Hanif Fahmi telah bertunang dan tunangannya itu adalah rakan Nylia sendiri.
Nyl~Hanif...~
Anep~J~
Nyl~It’s me Fareen~
Anep~I know it’s you...~
Nyl~apa akan jadi kalau kita tau kita tak bertepuk sebelah tangan?~ Nylia sudah tidak peduli lagi jika dia terlalu berterus terang.
Anep~tak faham la~
Nyl~orang yang Fa minat sejak bertahun2 dulu...dia dah bertunang...I feel so sad...or regret maybe L~
Anep~damn!~ kali ini Hanif dapat menangkap maksud Nylia.
Anep~Fa...please say something~ Hanif tidak keruan.
Nyl~is that my fault?~
Anep~why dont you tell me?~
Nyl~is that me should start 1st?~ Nylia masih menyalahkan Hanif.
Anep~I takut you tak terima I...plus, you close with Ikram too~ sudah lain benar bahas cerita mereka.
Nyl~that’s a fool reason...what’s the problem if I close to Ikram?~
Anep~I sangka u sukakan dia...~
Nyl~if that so, why  you keep tracking on me~
Anep~I tak nak kehilangan you Fa...~
Nyl~how could you know if you dont try Hanif Fahmi...~
Anep~I’m sorry...if I could return time dear...~
Nyl~it’s hurt...really hurt when you realize that you are missing something in front you...~
Anep~Fa...~
Nyl~tambah2 sakit bila hari2 Fa sedang mendengar kisah cinta you dari mulut tunang you~
Anep~you know her?~
Nyl~my roommate...Nurinazirah...~
Anep~shit!!kenapa jadi macam ni Fa...I’m sorry...~
Nyl~I dont know~
Anep~she’s allways tell me bout her roomate...and i selalu kata i rasa macam kenal lama dengan roommate dia...~
Nyl~yes you do~
Anep~lebih dari kenal...dekat sangat...dalam hati i~
Nyl~dah terlambat...~
            Nylia menamatkan perbualannya dengan Hanif di situ. Dia bimbang perbualan itu akan mencetuskan masalah kemudian hari. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Setidak-tidaknya Nylia tahu, degupan jantungnya yang laju selama ini kerana bersahutan dengan perasaan yang sama dengan Hanif. Keperitan sekali lagi menerjah hidup Nylia. Rahsia. Antara dia dan Hanif sahaja.

~zara aqeela~

No comments: