-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 12 ::..

Lelah rasanya berkejar ke sana ke mari dengan tergesa-gesa. Tapi aku juga yang ingin begitu. Seawal Subuh aku sudah menghubungi Aida memaklumkan aku punya urusan peribadi di Singapura. Aku kira mereka maklum keluarga mertuaku di sana. Sebaik masuk ke perut kereta, baru aku tahu Andy menghubungi Ameen usai dia solat Subuh. Aku sekadar menganggukkan kepala. Patutlah dia tidak menghubungiku. Aku membuang pandangan ke luar mencari ruang tenang. Membelah lebuhraya menghala ke selatan membawa berbagai-bagai kenangan yang mengusik perasaan.
“ Meen kenapa ni sayang?” aku biarkan Rauf menarik tanganku dicium berkali-kali.
“ tak ada apa-apa sayang...tengok suasana pagi ni sejuk rasanya...” aku memang suka menikmati suasana pagi. Melihat matahari berusaha menguak tirai langit. Samar-samar cahaya yang membuatkan mata terkedip-kedip.
“ sorrylah sayang...nanti kalau saya free kita balik rumah mama and papa lagi okay...”
“ bukan macam tu Rauf...janganlah salah faham...” sungguh bukan itu yang aku rasa. Aku senang di mana sahaja Kuala Lumpur atau Singapura yang penting bersama Rauf di sisiku.
“ I love you sayang...sangat-sangat...” Rauf menyambung kemudiannya.
“ saya pun sama...kat mana-mana pun tak apa asalkan saya dekat dengan awak...” aku mengelus pipinya.
“ Meen...” aku menoleh. Ameen. Ya aku dengan Ameen sekarang bukan lagi Rauf.
“ jangan termenung jauh sangat Meen...” aku tersenyum dengan telahan tepat Ameen. Faham benar dia dengan sikapku yang sering terbawa-bawa.
“ teringat Rauf...selalu balik Singapore berdua je dengan dia...” aku membalas jujur. Walaupun aku hanya sempat bersama dengan Rauf untuk beberapa bulan sahaja, namun setiap detik sangat indah buat aku. Aku tak akan dapat melupakan setiap yang berlaku antara aku dan Rauf.

***        ***        ***

Sebaik memasuki sempadan Malaysia – Singapura, aku terus menghubungi Hanum adik iparku. Memaklumkan aku akan terlebih dahulu menziarahi pusara Rauf dan Rafie. Bagi aku itu lebih penting. Aku dan Ameen kemudian terus ke rumah mertuaku. Seperti yang aku jangka mereka menyambutku mesra sekali. Menjejakkan kaki ke rumah mertuaku membuatkan aku sayu dan sebak. Sangat-sangat. Semua yang ada di sekelilingku membawa aku kepada Rauf kerana di situlah dunia aku dan dia. Tempoh tiga tahun bukan satu jangkamasa yang panjang membuatkan cerita cinta kami boleh dibuang pergi biarpun kami hanya bersama untuk tempoh tidak sampai setahun.
“ tidur sini?” ibu mertuaku bersuara sebaik kami berkumpul di ruang tamu.
“ tak ibu...ini pun emergency leave...sebab terlepas pandang stock ubat dah habis...” aku menjawab jujur. Mertuaku itu mengelus-elus rambutku.
“ insyaAllah lain kali mak cik...” Ameen pula bersuara. Aku lihat mertuaku mengangguk dan tersenyum. Tapi naluri wanitaku menyatakan dia masih sayu hendak melepaskan aku pergi.
“ assalamualaikum...sorry Hanum ada kerja sikit...” bersalaman dan berpelukan dengan Hanum membuatkan aku gagal mengawal airmata dari gugur. Dialah yang diamanahkan abangnya memastikan aku sentiasa sihat dan menjaga diri dengan baik. Malah ketika Rauf masih ada juga, dia sering memberikan perhatian kepadaku jika abangnya terpaksa bergegas ke hospital untuk hal-hal kecemasan.
“ Meen...” Ameen memanggilku lembut sekali. Pastilah dia tidak mahu aku terbawa-bawa dengan perasaan sedih yang berpanjangan. Keadaan kembali reda selepas beberapa ketika. Kami terus berbual sambil aku menghulur tangan membantu mertuaku menyediakan hidangan makan tengahari. Kasihan mertuaku terpaksa menyediakan makan tengahari lebih awal hanya kerana kami perlu segera pulang ke Kuala Lumpur. Belum jam 12.00 kami sudah menghadap hidangan.
            Tepat jam 1.15 petang kereta Ameen bergerak meninggalkan Kota Singa. Membiarkan kenangan bersama Rauf terus terpahat kukuh di situ.
“ Meen akan datang lagi nanti...Meen janji...” aku berbicara di dalam

~zara aqeela~

No comments: