-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 13 ::..

Akhirnya hajat mengembangkan empayar Mahawangsa sebagai perusahaan automobil menemui kejayaan apabila kami berjaya membuka Mahawangsa Autoparts and Accessories dan Mahawangsa Services Center. Semalam, aku bersama Nazim membuat tinjauan pengubahsuaian yang sudah di penghujung. Aku lihat beberapa bahagian sudah mula di cat dan papan tanda juga sudah dihantar. Petang ini aku akan membawa papa ke sana. Pastilah selepas hampir 99% selesai baru aku menunjukkannya kepada papa. Aku tidak menolak ketika Shahir bersungguh ingin ikut.
“ you pergi dengan siapa?” soal Shahir ketika kami sama-sama sedang minum pagi di kafeteria.
“ papa...Nazim memang dah ada di sana...Puan Narimah mungkin lewat sikit sebab dia ada urusan di bank hari ni...” aku menjawab tanpa memandang Shahir.
“ I nak ikut...nanti I minta permission Dato’ okay...” Shahir membalas. Dia kemudian meneruskan suapan nasi goreng ke mulutnya.
“ ala tak payah minta permission joint je...boleh I suruh you double check wiring yang kita set up tu...” aku memandang Shahir menunggu reaksinya.
“ I kena check?”
“ of course...you kan ketua jurutera...nampaklah standard sikit...” aku tergelak kemudiannya.
            Aku kembali ke bilik untuk menyambung kerja. Aku bersandar memejam mata rapat-rapat. Begitu kebiasaannya selepas mengambil beberapa jenis ubat. Aku tidak akan lupa bagaimana aku termuntah ketika pertama kali mengambil bekalan ubat yang banyak. Ketika itu aku terlupa untuk mengambil ruang bertenang selepas mengambil ubat. Segera aku dikejarkan ke hospital. Mujurlah tidak ada perkara lebih buruk berlaku.
“ Meen...kenapa ni?” aku membuka mata sebaik terdengar suara papa.
“ lepas makan ubat...” aku menegakkan badan. Memberi senyuman meyakinkan papa semuanya baik-baik sahaja. Helaan nafas lega dari dada papa jelas kedengaran.
“ pukul berapa Meen nak pergi petang ni? Papa nak keluar kejap urusan Charity Dinner tu...”
“ petang after lunch...tak apa Meen tunggu papa. Nanti papa call Meen...papa pergi dengan siapa?”
“ Hamzah...kami janji dengan Narimah sekali. Dia ke bank katanya...I’ll call you...”
“ okay pa...carefull...”
“ okay sayang...Meen rehatlah dulu...nothing urgent kan today?” papa masih berdiri di sisiku. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum. Papa berlalu kemudiannya.
            Setengah jam kemudian aku mula menyambung kerja. Mataku terpaku kepada lakaran bangunan  baru milik Mahawangsa hasil kerja tangan Ameen. Sangat cantik. Aku tidak mengambil kesempatan ke atas adik kesayanganku itu biarpun dia sebahagian daripada pemegang syer di Mahawangsa. Prosedur biasa aku lakukan dengan meminta Ameen menyediakan sebutharga. Aku tersenyum sendiri mengingatkan Ameen yang berkeras menolak untuk aku membayar rekabentuk bangunan pusat services kami. Sejak aku tahu Ameen rapat dengan Andy, aku selalu sahaja merasakan Ameen dan Andy punya banyak persamaan.
“ I tak pasti kalau design ni okay, you tengok dulu...” Andy menunjukkan lakaran kasar rekabentuk model robotik yang ingin aku jadikan projek akhirku. “ tiba-tiba je I dapat idea malam tadi...” Andy menyambung ketika aku sekadar mampu memandang wajahnya tanpa sepatah kata pun. “ you tak suka ke?” dia menyambung lagi.
“ no! I like it...really like it...swear...it’s awesome Andy!” aku merenung hasil seni Andy dengan kagum. Sama seperti apa yang aku bayangkan. “ macam mana you boleh imagine what is in my mind Andy?” aku menyoal lagi tanpa memandang Andy.
            Sungguh aku terharu saat Andy memaklumkan dia menghasilkan rekabentuk tersebut berdasarkan ceritaku ketika kami seharian terperuk di perpustakaan menyudahkan proposal projek akhir kami.
“ setiap detik I ingatkan you tau sayang...” Andy membuat aku terpana lagi bila aku katakana dia tidak sepatutnya membuang waktu menyudahkan impianku.
“ thank you sayang...” aku masih meneliti rekaan Andy.
“ you...I have one more thing to show you...”
“ what for this time dear?” aku memandang Andy.
“ wait...” Andy pantas memilih folder di computer ribanya. Aku bagai ingin menjerit saat itu melihat hasil lakaran yang lebih baik dalam bentuk gambaran 3 dimensi.
“ Subahanallah...cantiknya...I hutang dulu okay...” aku bersuara tanpa memandang wajahnya. “ ye la...design ni takkan nak bagi free je...” aku menjawab kekeliruan di wajah Andy.
“ you...I tak suruh bayarlah...I tolong you ikhlas...daripada I terbayangkan you setiap malam kosong je...lebih baik I buat semua ni kan...”

***        ***        ***

Seminggu selepas membawa papa meninjau legasi baru Mahawangsa, papa bersetuju mengadakan family day untuk Mahawangsa Holdings. Sepanjang seminggu itu aku sebenarnya sudah benar-benar di penghujung kemampuan melawan kesakitan yang aku yakin semakin negatif. Sejak dua ke tiga minggu lalu rambutku semakin  menipis. Aku pernah melalui saat itu beberapa tahun dulu sebelum aku bertemu jodoh dengan Rauf. Mujurlah tidak begitu ketara. Tapi kali ini aku rasa lebih teruk lagi. Namun, demi melihat senyuman dan kepuasan di hati papa, sungguh segalanya bagai perisai paling utuh mengawal kemampuan diri yang menipis.
            Sejak lawatan tapak bersama papa, dialah yang telah menetapkan segala perjalanan hari keluarga tersebut. Sungguh aku lihat papa teruja. Bermula dengan perasmian kedua-dua syarikat baru di bawah Mahawangsa pada sebelah pagi Sabtu, diikuti dengan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak yang menampilkan kanak-kanak dari rumah anak yatim Ainul Raudhah di bawah Yayasan Mahawangsa dan ahli keluarga Mahawangsa yang lainnya. Sebelah petangnya, kami meriahkan sambutan hari keluarga dengan pertandingan bowling di Megalanes. Riuh rendah dibuatnya Megalanes di tambah dengan kehadiran lagenda bowling negara seperti Kenny Ng dan Shalin Zulkifli. Malah, mereka dengan begitu terbuka menyertai pasukan kami pada petang tersebut. Ketika para ibu bapa sibuk mengawal imbang bola bowling yang nyata memang bukan kebiasaan untuk keluarga Mahawangsa, anak-anak diberikan bilik khas tayangan kartun selama 3 jam. Aku tak pasti apa yang berlaku kerana ketika anak-anak dibawa ke Megalanes semula, mereka sungguh-sungguh teruja dengan sesi khas untuk mereka.
            Aku memang kagum dengan tenaga kerja hari keluarga tersebut yang diketuai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Sumber Manusia. Ternyata mereka sangat berbakat dan gabungan bersama dengan beberapa pegawai dari Bahagian Perhubungan Awam nyata berkesan. Mereka melengkapkan hari keluarga dengan pertandingan karaoke dan pertunjukan fesyen di kalangan kakitangan Mahawangsa. Aku tidak pasti berapa besar budget yang papa keluarkan untuk sambutan kali ini bila papa menjemput beberapa pereka fesyen terkenal termasuk Hatta Dolmat yang menjadi kegilaanku suatu masa dulu. Aku takkan lupa bagaimana Andy begitu cemburu saat aku menyimpan beberapa koleksi gambar Hatta Dolmat dan koleksi rekaannya.
“ okay, malam ini hanya ada 20 orang sahaja yang bertuah memperagakan pakaian daripada pereka-pereka fesyen terkenal ni okay...Dato’ akan cabut undi dari balang lelaki and Datin akan cabut undi dari balang perempuan. It’s including your husband and wife inside okay...” seluruh keluarga besar Mahawangsa mendengar taklimat selepas pertandingan bowling di Megalanes. Joshua yang bertindak sebagai pengurus acara pertunjukkan fesyen tersebut membuatkan dewan menjadi gamat. Sorakan kuat kedengaran ketika salah satu nama yang dicabut oleh papa ialah nama mama. Aku bersyukur ketika aku tidak terpilih. Ameen turut terpilih ketika mama membuat cabutan. Begitu juga dengan Shahir. Kami bergerak pulang ke hotel kemudiannya.
“ Meen...” aku segera menarik Ameen duduk di sisiku ketika dia melihat gumpalan rambut di atas katilku. Aku letakkan jari telunjukku di bibir memohon agar dia tidak membawa berita itu kepada papa dan mama. Sungguh aku tidak mahu merosakkan kegembiraan hari itu. “ Meen...”
“ Meen okay...betul...biasalah macam ni kan...” aku mahu Ameen tenang. Sungguh. Aku lihat dia terdiam. “ kenapa Ameen cari Meen tadi?” aku cuba mengubah topik.
 “ Meen, is it okay with my dressing?” Ameen memang begitu jika menghadiri sesuatu majlis. Dia bimbang penampilannya menjejaskan nama papa dan mama. Itu alasan yang sering diberikan.
“ of courselah boyfriend I mestilah okay...you’ll suite in whatever Ameen Dato’ Irfan...” sengaja aku mengusiknya. Tapi memang adikku sesuai diletakkan dalam apa juga fesyen.
            Kami melangkah keluar bersama mama dan papa. Aku kenakan dress yang dihadiahkan papa sekembalinya dari Jerman baru-baru ini. Tersenyum papa melihatnya. Belum sempat kami memasuki pintu lif, aku menerima panggilan Shahir. Sebenarnya sejak seminggu lalu dia memang bersugguh-sungguh ingin aku menjadi pasangannya pada malam kemuncak. Aku tidak memberikan sebarang reaksi atau jawapan. Seperti biasa senyuman. Ameen tergelak ketika mendengar aku menjawab panggilan. Pastilah dia tahu siapa pemanggilnya melalui cara aku berbicara.
            Akhirnya malam kemuncak itu berlangsung dengan berjaya sekali dan papa sangat gembira menyaksikan persembahan pertunjukan fesyen. Malah, tanpa kami duga pereka fesyen yang dijemput papa turut menyumbangkan derma ikhlas untuk Yayasan Mahawangsa. Sememangnya itulah tujuan Mahawangsa setiap kali mengadakan sambutan hari keluarga tahunan.
“ silakan Cik Nur...” sungguh aku terkejut ketika hanya tinggal seorang sahaja lagi peserta yang perlu mendendangkan lagu dalam pertandingan karaoke pada malam tersebut tiba-tiba namaku pula yang terkena. Tangan tidak bertuah Shahirlah puncanya.
“ saya nak berduet dengan hero saya...” aku kira mukaku sedang kemerahan menahan malu. Dewan mula riuh rendah dengan bicara mulaku. Tentulah mereka sedang terfikirkan siapakah pengganti Rauf selepas aku hidup bersendirian selama tiga tahun. “ inilah hero saya...” aku menarik Ameen ke atas pentas. Mujurlah Ameen seorang yang gila menyanyi. Kami memilih lagu dendangan Aliff Aziz dan Joanna, Kalau Cinta sebagai penutup pertandingan karaoke tersebut.

***        ***        ***

Aku tidak mampu menahan kesakitan di tengah malam dengan kedinginan yang mencucuk di seluruh tubuh. Aku akhirnya berlari ke tandas menghambur keluar segala isi perut bersulam darah dari dalam tubuhku. Kepalaku berat sekali. Aku keluar selepas yakin segalanya telah habis aku hamburkan. Aku duduk menyandarkan diri di kepala katil dengan mata terpejam. Sungguh aku terlalu sakit saat ini. Aku tidak tahu jam berapakah ketika itu ketika pent house yang papa tempah benar-benar tenang sekali. Aku yakin Ameen dan kedua orang tuaku sedang lena. Tentulah kepenatan dan gembira.
“ Rauf...I miss you sayang...” ucapan itu terlalu perlahan. Cukup untuk didengar oleh aku sahaja. Demi Allah saat itu aku memang inginkan Rauf di sisiku. Memelukku, menghangatkan kedinginan yang mencengkam. Menenangkan. Membuang keresahan dan ketakutan yang selalu menyelubungiku setiap kali aku diserang sakit yang amat sangat.
“ sayang...kenapa ni?” Rauf tidak pernah gagal mengesan perubahan keadaanku. Biarpun dia sedang lena dia pasti akan terjaga. “ Meen sayang...” dia memelukku erat bila aku tidak membalas.
“ sakit sayang...” kebiasaannya aku hanya mampu menjawab begitu. Apalagi yang mampu aku katakana sememangnya dia juga sudah sedia maklum dan faham dengan keadaan isterinya ini.
“ okay, makan ubat...nanti boleh release sikit...okay sayang...” Rauf akan memastikan aku mengambil ubat tahan sakit dan minum air secukupnya. Rauf akan memelukku hingga aku terlena. Pandangan yang berbalam akan terus kelam tapi semakin tenang bila Rauf mengusap-usap lenganku. Mengelus-elus rambutku. Mencium ubun-ubun kepalaku dengan beberapa potong ayat Al-Quran menenangkan ketegangan dari tubuhku. Begitulah Rauf.
            Aku gagahkan diri melawan kesakitan yang teramat ini. Membiarkan airmataku gugur menahan sakit dan merindui Rauf. Jauh di sudut hati aku memohon agar Allah memudahkan perjalanan seterusnya. Aku bawa bersama ke mana sahaja semangat Rauf yang terlalu teguh mendokong perjalanan hidupku sejak pemergiannya tiga tahun lalu.
‘ya Allah kau terimalah permintaan hambaMu yang hina ini ya Allah...kau pastikanlah tempat suamiku di kalangan hambaMu yang engkau redhai kehidupannya dunia dan akhirat’ begitu aku menutup kenangan bersama Rauf malam itu.

~zara aqeela~

No comments: