-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 8 ::..

Aku menghenyakkan punggung di sofa. Seminggu meninggalkan pejabat memang agak janggal rasanya biarpun tidak banyak perkara-perkara baru yang menanti. Sejak pagi tadi hingga jam 11.30 aku bersama Nazim, Ketua Juruteknik di bahagian kawalan enjin. Meneliti laporan untuk semua pemeriksaan kenderaan yang masuk ke syarikat seminggu lalu. Penjualan sedikit lembap sejak 6 bulan lalu. Mungkin disebabkan ura-ura Proton dan Perodua akan mengeluarkan model baru. Begitulah kebiasaannya rakyat Malaysia.
“ masuk...” aku membetulkan duduk ketika terdengar ketuka di pintu. “ Shahir...”
“ I ganggu ke?”
“ tak...any problems?” aku sudah bergerak ke meja kerjaku dan menjemput Shahir duduk.
“ it’s okay...tak ada masalah...just want to invite you for lunch...” Shahir masih berdiri di pintu. Aku senyum. Pelawaan yang sudah kujangka kerana dia mencari aku sejak pagi. Itu yang dimaklumkan pembantuku di meja depan tadi. “ no excuse please...” Shahir sudah mendekati mejaku. Aku mencapai telefon bimbit minta dia menunggu. Perutku memang minta diisi sebenarnya.
“ mama?!” aku lihat Shahir menoleh. Terkejut barangkali dengan jeritan kecilku. Tentulah aku tidak menyangka kerana mama yang menyambut panggilanku ke telefon bimbit papa. “ where are you?” aku menyambung kemudiannya.
“ nak pergi lunch dengan papa lah...Meen kat mana ni sayang?”
“ office ma...” baru aku teringat mama dan papa memang bercadang untuk keluar makan tengahari bersama.
“ you want to joint us?” mama bertanya kemudiannya.
“ it’s okay...Meen terlupa mama and papa ada date...I’m going out with Shahir...I just thought to ask papa with me...” aku sudah berdiri bersama beg tanganku mendekati Shahir di sofa tetamu. Jelas senyuman bercahaya dari bibir teman pejabatku itu bila aku bersetuju keluar makan tengahari bersamanya.
            Shahir Ketua Jurutera Elektrikal di syarikat papa. Tua 3 tahun daripadaku. Aku tidak pasti kalau perasaanku sahaja yang menyatakan dia sedang berusaha mendekatiku semula sejak pemergian Rauf. Sebenarnya sejak pertama kali memulakan tugas di sini dia pernah cuba mencuri hatiku. Tapi entah kenapa aku menganggap Shahir seperti teman yang lain. Pastilah kerana Allah telah menuliskan jodoh buatku ialah Rauf Haqem suamiku. Malah aku benar-benar terasa dia menjauhkan diri daripadaku selepas aku dan Rauf bertunang apatah lagi berkahwin. Hubungan baik sebagai kawan yang pernah disalahertikan oleh papa suatu masa dulu benar-benar berubah seratus peratus. Shahir tidak menghubungi aku baik SMS, telefon atau email seperti yang sering dia lakukan sebelum aku bertunang. Kemudian daripada itu aku juga tidak tahu apa yang berlaku kerana aku berpindah mengikut Rauf ke Singapura.
“ Meen...” segera aku masuk ke perut kereta Shahir demi menutup perasaan malu kerana jauh mengelamun. Entah bila kami memasuki perut lif dan tiba di tempat meletak kereta. Aku mengelus pipiku yang panas kerana menahan malu bila Shahir sudah membuka pintu untukku. “ jangan banyak mengelamun sangat Meen...” Shahir bersuara sebaik enjin kereta dihidupkan.
“ I’m not shahir...” aku membetulkan tali pinggang keledar sambil tersenyum sendiri dengan penafianku.
“ yes you’re not...” Shahir tergelak kecil. “ western or eastern?”
“ western la...I kan baru balik overseas...” aku membalas sambil tersenyum kambing. Terlahir juga gelak dari bibirku saat Shahir menzahirkan wajah pelik. “ seberang Tambak Johor je...tak payah buat muka okay...”
“ balik Singapore?” kendur sedikit bicara Shahir. Aku mengutuk diri sendiri kiranya kenyataan yang aku anggap gurauan bakal merosakkan mood lunch date kami tengahari itu.
“ ada Alumni Fakulti, alang-alang dah sampai selatan tu singgah ziarah Rauf dengan Rafie...singgah rumah mertua...” aku membalas. Kiranya rentak perbualan kami sudah berubah saat ini.
“ I’m sorry kalau you still tired...” Shahir menoleh ke arahku ketika kereta berhenti di lampu isyarat merah.
“ no lah Shahir...so ke mana kita ni? I nak makan puas-puas...everything on you kan?” aku segera mencari ruang selesa.
“ I ada satu tempat best nak bawa you...I’m sure you belum pernah pergi...” Shahir bersuara teruja. “ jangan cebik-cebik okay...” aku sekadar tersenyum.
            Aku mengenali Shahir hampir 8 tahun sejak aku mula bekerja di syarikat papa. Selepas menamatkan pengajian master, aku tanpa membantah mengikat kontrak dengan syarikat papa. Menguruskan bahagian kawalan kualiti. Pertama kali bertemu Shahir di hanger kerana dia menjaga sistem elektrik ketika itu. Menurut cerita pembantuku, Shahir baru sahaja bertugas di Mahawangsa Holdings lebih kurang dua tahun. Sebelum itu dia bertugas di luar negara dengan sebuah syarikat kontena. Tidak lama selepas itu aku mendapat tahu Shahir bekas pekerja abangku Eeman. Tidak hairanlah dia berjaya menempatkan diri di syarikat papa.
            Shahir menjadi antara orang yang rapat denganku bukan sahaja di pejabat. Kadangkala kami bertemu klien bersama, keluar makan dan pernah juga aku keluar melihat Shahir bermain go kart. Menerima Shahir dengan senang mungkin disebabkan dia mengenali abangku Eeman. Malah, Ameen juga nampaknya selesa dengan Shahir. Semua itu menjadi antara punca aku senang berkawan dengan Shahir. Jika dia terpaksa keluar menjalankan tugas luar, sudah sering benar aku menerima buah tangan negara luar terutama China, Jepun dan Jerman. Lubuk emas perusahaan automobil. Tapi bagi aku Shahir tidak lebih dari seorang sahabat.
“ Meen...dah sampai mana?” Shahir memetik jari berkali-kali di depan mukaku.
“ sorry...” aku melihat kiri kanan sambil tanganku spontan membuka tali pinggang keledar.
“ you okay tak ni?” Shahir bertanya lagi. Dia akhirnya melangkah keluar selepas melihat aku membuka pintu kereta.
“ hhhmmm...nice deco...simple and sweet...” aku bersuara sebaik melangkah masuk ke Restoran Chippy Chips. Aku lihat Shahir tersenyum mendengar komen yang terluah. “ sweet...really...” aku teruja melihat lokasi yang dipilih Shahir. Meja untuk dua orang bersebelahan dengan kolam ikan koi persis di sebuah taman mini.
“ thank you...” segera pelayan membawa dua set buku menu dan tanpa berlengah aku membuat pesanan. Begitu juga Shahir. Kami berbual kosong sementara menunggu pesanan sampai. Melalui Shahir aku mendapat tahu satu mesyuarat akan diadakan di Era Bena Holdings dua minggu lagi berkenaan dengan masalah beberapa syarikat penjualan kereta kebelakangan ini. Benarlah menurut telahan Nazim penjualan kereta merudum sejak 6 bulan lalu.
“ spec ada masalah ke?” aku menyoal.
“ tak rasanya...sebab yang sedia ada kita dah terima awal lagi cuma tempahan kurang so lambatlah sikit perniagaan...” Shahir menjelaskan. “ Dato’ kata nak ke Jerman bulan depan.” Shahir menyambung kemudiannya. Aku menganggukkan kepala kerana kurang pasti itu soalan atau makluman. “ Meen ikut ke?” dia bertanya lagi.
“ no...malaslah...” perbualan terhenti ketika pelayan datang menghantar pesanan.
“ Meen ada business planning baru tau...nanti nak minta pendapat Shahir...” aku sudah memegang sudu dan garfu. “ kita makan dulu okay...” aku menyambung ketika jelas Shahir mempamer wajah ingin tahu.
            Seperti yang aku janjikan, perjalanan pulang ke pejabat diisi dengan cerita perancangan perniagaanku yang baru. Semuanya berlaku secara tak sengaja ketika aku pergi ke sebuah syarikat penghantaran barang memeriksa beberapa body parts yang Mahawangsa Holdings tempah dari Jerman. Aku tidak sangka akan bertemu dengan teman kuliahku Alex.
“ Nur!”
“ Alex?!” aku mendekati Alex yang berdiri memerhati barangnya dipunggah ke dalam lori. “ you buat apa kat sini?” tentulah mengejutkan melihat aku di kedai seperti itu.
“ check barang Alex...you?” aku sekadar berbasa basi walaupun aku sudah tahu apa yang dibuat Alex di situ. Pastilah mengambil beberapa body part sama sepertiku. Sememangnya bahagian di mana kami berdiri merupakan lokasi mengambil barang-barang kenderaan yang dihantar menggunakan kontena dari negara luar. Kami sama-sama ketawa akhirnya.
“ tak sangka Mahawangsa Holdings ni you punya ye Nur...” Alex mundar mandir di sebelah lori syarikat yang sedang memunggah barang kepunyaan Mahawangsa Holdings.
“ syarikat papa I la...bukan syarikat I...” aku membetulkan kenyataan yang keluar dari mulut Alex.
“ kira you punya juga ma...” Alex berdiri di depanku. “ aku juga jadi kuli...susah ma...kerja dengan orang...nak buka niaga tak cukup modal...aku memang minat kerja bengkel...” Alex tanpa diminta meluahkan.
“ ye ke tak cukup modal? Chinese banyak duit ma...siapa punya company?” aku menyoal semula.
“ sepupu I...tapi I tetap nak buka juga kedai aksesori sendiri...” Alex tersenyum kemudiannya.
“ hhhmmm...bagi nombor telefon you Alex nanti kalau I ada business I bagi you...” aku menawarkan bantuan. Kegembiraan terpancar di wajah Alex. Sebenarnya impian Alex sebahagian dari laluan mengembangkan syarikat papa kerana itu menjadi sebahagian dari apa yang aku sedang usahakan.
“ so, Meen tolong dia ke?” Shahir tidak sabar mengetahui perkembangan cerita aku dan Alex.
“ cadangnya macam tu la...”
“ boleh percaya ke nak bagi pinjam duit? Banyak tu modal nak mula Meen...” aku tergelak dengan respon Shahir.
“ I cakap I nak bagi pinjam duit ke?” aku lihat Shahir menjeling. “ I nak jadi business partner dia...”
“ you nak keluar dari Mahawangsa?” Shahir tidak sabar.
“ you...” aku menoleh ke arah Shahir yang nyata tidak senang dengan cerita yang aku sampaikan. “ I tak cakap macam tu...I nak jadi silent partner...legally okay...thru Mahawangsa Holdings...”
“ I don’t get you Meen...” kami sudah keluar dari perut kereta menuju ke lif. Naik ke pejabat. “ Meen...” Shahir masih menanti cerita seterusnya.
“ nanti I siapkan proposalnya dulu...lepas tu I tanya pendapat you okay...” aku terus berlalu ke pejabat. Aku berehat seketika sebelum ke bilik rehat yang menemukan bilik aku dan papa. Aku yakin papa belum pulang kerana tandas masih kering. Aku segera mengambil wudhu’ dan menunaikan solat Zohor. Atas sejadah aku menadah tangan memohon kekuatan meneruskan perjalanan hidup yang semakin berliku sebenarnya. Titisan airmata sangat murah saat perasaan dibawa kepada kenangan bersama Rauf arwah suamiku. Mana mungkin aku dapat melupakan dia. Perasaan ingin bertemu Rauf di syurga Allah membuatkan aku kerap memohon agar aku mengikut jejaknya. Tidak sanggup rasanya andai suatu hari nanti aku mengkhianati cinta kami dan beralih kasih menerima insan lain. Aku meraup muka usai mendoakan kesejahteraan buat arwah suami dan anakku. Kebahagiaan buat keluargaku dan keluarga mertuaku.
            Usai solat aku kembali memberi tumpuan kepada beberapa dokumen yang aku terima dari tangan Nazim pagi tadi.
“ Cik Nur tolong tengokkan dokumen ni...yang pembelian ni saya beri highlight Cik Nur...sebab penting ni...” aku mencapai dokumen yang diberitahu Nazim. Tentulah ketiadaan aku selama seminggu membuatkan Nazim tertunggu – tunggu. Aku meneliti beberapa maklumat mesin yang sebenarnya dibawah rekod sewa beli. Nazim turut mengemukakan rasional pembelian beberapa peralatan dan mesin untuk QC. Aku catatkan tindakan yang perlu diambil seterusnya. Serta merta aku teringatkan perancangan untuk menjadi rakan kongsi dengan Alex. Mungkin orang yang tepat adalah Nazim supaya Mahawangsa tidak ditipu. Segera aku menekan butang interkom minta pembantu di luar mendapatkan Nazim. Aku beralih kepada dokumen yang lain.
~ nazim : cik nur saya jumpa cik nur lepas jam 5.30 boleh ke? Tengah engange kat bengkel...baju kotor ~ aku tersenyum membaca mesej yang dikirim Nazim melalui telefon yang aku khaskan untuk hal-hal pejabat.
~ aku : ok!~ tiada lagi balasan kemudiannya. Tidak sampai 5 minit kemudian, pembantu di luar menyampaikan perkara yang sama melalui interkom.
            Aku kemaskini proposal untuk membuka Pusat Servis dan Aksesori di bawah Mahawangsa Holdings dengan menggunakan pengalaman Alex dan kepakaran Nazim. Itu yang aku rancangkan. Aku sudah berkira-kira untuk membincangkannya bersama papa esok. Petang itu usai aku solat Asar, Nazim sudah sedia menanti di ruang menunggu.
“ sorry saya solat...”
“ tak apa Cik Nur...ada apa saya boleh tolong Cik Nur?” Nazim sudah duduk di depanku sebaik aku mengambil tempat di meja kerja. Kepada Nazim aku bertanyakan pendapat tentang pasaran jika membuka Pusat Servis dan Aksesori di bawah Mahawangsa. Aku kira tepat orang yang aku rujuk memandangkan itu memang bidang Nazim sebagai Ketua Juruteknik.
“ selalu orang kita tak pakar dalam bidang ni Cik Nur?” Nazim memberikan komen.
“ hhhmmm...sebenarnya saya ada seorang kawan yang saya tahu dia ada pengalaman...and the best thing is dia Chinese...saya rasa itu yang awak nak cakapkan?” aku serkap jarang. Aku lihat Nazim menganggukkan kepala. Sememangnya Pusat Servis dan Aksesori dimonopoli bangsa Cina dan aku kira itu cara terbaik untuk mendapatkan pelanggan. “ saya terfikir nak buka Pusat Servis dan Aksesori ni dah lama sebab kerap juga pelanggan kita nak modified kereta kan untuk tambah aksesori. Kita setakat memberikan nasihat kosong based on kemampuan kereta yang kita jual. Why not kita sediakan sekali kemudahan seperti yang selalu pelanggan kita nak...keuntungan syarikat berganda...tapi saya tak pasti sebab bukan bidang saya...sebab tu saya tanya pendapat awak Nazim...” aku menyambung kemudiannya.
“ kalau Cik Nur tanya saya, jawapan saya memang bagus Cik Nur dan satu kelebihan untuk kita...tapi saya tak tahu nak cakap lebih-lebih...satunya sebab saya tak tahu jangkauan perancangan Cik Nur setakat mana...keduanya, Dato’ setuju ke?” Nazim tersenyum memberikan pandangan.
“ okay macam ni, saya nak minta bantuan Nazim, balik ni cuba draft beberapa perkara yang Nazim rasa sesuai untuk suaipadankan Mahawangsa dengan Pusat Servis dan Aksesori. Kalau boleh Nazim bagi saya esok...” aku lihat Nazim diam seketika.
“ okay, tapi saya draft je la sebab saya tak pandai buat proposal-proposal ni Cik Nur...” Nazim tersenyum lagi. Kami akhirnya berpisah selepas berbalas salam. Nazim meninggalkan aku dengan  janji menyerahkan draft yang berkaitan keesokan harinya.

***        ***        ***

Jalan tidaklah terlalu sesak tapi sama seperti selalu penuh dengan kenderaan di jalanraya. Sama seiring menuju ke rumah selepas seharian bekerja. Aku sampai di rumah ketika jam sudah beranjak ke angka 8.20 malam. Kebiasaannya begitulah jika aku punya kerja yang perlu diselesaikan, aku selesa menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum pulang. Mujurlah Kak Hajar menghubungiku tadi. Jika tidak aku akan terus leka menghadap laptop. Aku lihat Kak Hajar bersama Abang Naufal di tepi kolam. Mesra sekali. Pemandangan yang biasa aku lihat dan membuatkan aku teringatkan Rauf. Lokasi itulah juga yang selalu kami pilih untuk berdua-duaan. Kadangkala datang Raihanna kesayangan Ameen mengacah-acah kami.
“ tengok tu...dia main hide and seek dengan kita...Raihanna!” aku memanggil lagi biarpun aku sudah tahu Raihanna tidak akan datang dekat.
“ dia malu la sayang...” Rauf sudah memeluk erat pinggangku.
“ eleh...dia mengada-ngada nak dengan Ameen tu je...” begitu selalunya aku mengajuk perangai Raihanna yang memang hanya ingin bermanja dengan adikku Ameen.
“ samalah macam orang tu nak dekat Rauf je...” aku tersenyum malu ketika Abang Naufal menghampiri kami. Segera Rauf meleraikan pelukan di pinggangku. Aku memang agak malu dengan Abang Naufal. Mungkin terbawa-bawa dengan minda yang telah disetkan bahawa Abang Naufal adalah cikgu aku dan Ameen. Hakikatnya Abang Naufal melayan kami memang seperti adik sendiri.
“ ala abang pun sama juga nak dekat Kak Hajar je...” aku membalas sekadar menutup perasaan malu sendiri. “ Meen masuk dulu lah...” aku berlalu selepas melihat Rauf mengangguk. Aku biarkan Rauf bersembang dengan Abang Naufal. Kebiasannya akan terdengar gelak besar mengiringi cerita mereka. Ketika itu papa dan Ameen akan melangkah menyertai mereka.
“ Meen...Meen...” aku tersentak ketika terdengar ketukan kecil di cermin keretaku. Hilang segala lamunan dan ketawa Rauf yang jelas di pendengaranku tadi.
“ Meen...kenapa ni?” aku lihat jalur kebimbangan di wajah Ameen adikku. Aku menggelengkan kepala berulangkali. “ Meen tak sihat ke?” Ameen sudah menggenggam erat tanganku. Entah kenapa hatiku ditebak sayu setiap kali Ameen adikku melayanku dengan penuh prihatin. Aku tidak sedar bila airmataku mengalir ketika jelas Ameen menyekanya dari jatuh.
“ penat kot...”
“ okay, just get some rest nanti kita makan sama-sama okay...Ameen sudah berdiri mengiringi aku masuk.
“ Meen...kenapa ni?” seketika Abang Naufal sudah berdiri di sisi kereta. Rasa bersalah menganggu senda gurau Abang Naufal dan Kak Hajar. “ Meen sakit ke Ameen?” Abang Naufal bertanya lagi.
“ penat bang...” aku menjawab lemah sambil tersenyum. Aku berlalu selepas Abang Naufal menganggukkan kepala. Aku cepatkan langkah ketika terlihat kelibat mama dari dapur menuju ke ruang tamu. Aku tidak mahu mama melihat kesedihan di wajahku. Aku biarkan Ameen menjawab soalan yang akan keluar dari mulut mama. Aku percaya Ameen memahami segalanya tentang diriku zahir dan batin.
            Aku lepaskan segala tangisan di bawah pancuran air di bilik mandi. Biarlah aku menanggung segala kepedihan ini sendiri. Cukuplah selama 30 tahun membuat mama dan papa menanggung kesedihan melihat aku kesakitan. Cukuplah meragut kehidupan remaja Ameen.
“ Ameen tak nak pergi mama...it’s okay to futher study here in Malaysia...” aku terkejut mendengar keputusan Ameen. Itupun secara tak sengaja aku mencuri dengar ketika mama dan papa membincangkannya di bilik Ameen. Ketika itu Ameen berkeras untuk terus tinggal di Malaysia biarpun terpaksa melupakan impiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina di Manchester.
“ Ameen...”
“ Ameen tak nak tinggalkan Meen ma...dia tak sihat...” aku dengar nada suara Ameen bergetar.
“ just go if you really love me...please...” tanpa sedar aku sudah menolak tombol pintu bilik Ameen. Sungguh aku rasa berdosa membiarkan peluang-peluang emasnya terlepas. Disebabkan aku yang tidak sihat, Ameen menolak tawaran melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh ketika naik ke sekolah menengah di tingkatan satu. Perkara sama dilakukan ketika aku kerap berulang-alik ke hospital. Ketika itu Ameen ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Beseri. Terlalu jauh katanya jika sesuatu berlaku kepadaku. Kali ini aku tidak akan membiarkan perkara itu berlaku lagi.
“ Meen...” Ameen menegakkan badan.
“ just go please...for me...” airmataku sudah gugur ketika itu. Laju Ameen menarik aku dalam pelukan. Dia paling pantang membiarkan airmata berguguran di pipiku. Akhirnya dengan berat hati Ameen berangkat ke Manchester mengejar cita-citanya sebagai seorang jurutera senibina. Malah dia berjaya dengan cemerlang. Tentulah aku amat bangga dengan pencapaian adikku itu. Namun tanggungjawab dan sifat mengambil berat Ameen tidak pernah surut biarpun dia jauh di perantauan. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan menghubungi aku atau mama atau papa untuk mengetahui tahap kesihatanku.
            Lamunanku hilang bersama ketukan di pintu bilik. Lama baru aku menguak pintu dan Ameen tersenyum berdiri di depanku. Aku hadiahkan Ameen senyuman yang paling manis dan sungguh aku tidak memaksa senyuman itu. Memang tenang dan senang setiap kali melihat Ameen. Semua sudah sedia menanti di meja makan. Kiranya aku telah membuatkan mereka menunggu lama saat aku menoleh jam di ruang tamu beranjak ke angka 9.35 malam. Aku lihat mama dan papa tersenyum. Selepas menjamu selera, Ameen melangkah keluar bersama Abang Naufal. Tinggal aku dan Kak Hajar mengemaskan dapur. Mama dan papa bersantai di ruang tamu. Kami berkumpul di ruang tamu sekadar bersantai-santai mengisi malam yang tenang.
“ papa ke Germany next month...Meen nak ikut?” papa memulakan bicara.
“ tak nak lah...next month nak kena ke Singapura papa...date je belum conform...” aku memaklumkan. Mungkin papa terlupa aku masih punya temujanji dengan doktor pakar.
“ papa lupa la sayang...ok papa minta orang lain gantikan papa...”
“ no need pa...” aku memintas. “ Meen pergi check up je pa...Meen boleh minta tolong Hanum...” aku tersenyum.
“ nak drive ke dari sini?” aku menoleh Kak Hajar yang datang menatang dulang air. Abang Naufal di belakangnya membawa sepinggan buah-buahan. Aku tahu mereka sering kebimbangan jika aku ingin memandu jauh atau dengan jangkamasa yang panjang.
“ no you cant!” Ameen bersuara ketika aku mengiyakan. Matanya masih tenang menghadap kaca televisyen yang menayangkan cerita CSI kegemarannya. “ I’ll drive you...”
“ tengok hero dah marah...abang tak tahu...” Abang Naufal sudah duduk di sisi Kak Hajar. Papa tergelak mendengar respon Abang Naufal. “ better Ameen drive Meen ke sana...kalau Meen tak nak Ameen teman jumpa doktor pun tak apa lah...kan Ameen...lepas hantar kat lobby hospital, Ameen tunggulah kat mana-mana kan?” Abang Naufal menepuk-nepuk lembut bahu Ameen. Aku lihat Ameen mengangguk dan tersenyum tanpa menoleh ke arahku. Aku faham itu tandanya dia kebimbangan. Selalunya begitulah. Abang Naufal akan menjadi orang tengah dengan penuh diplomasi sekali.

~zara aqeela~

No comments: