-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 16 ::..

Aku mungkin terlalu hidup dalam kepompong kehidupanku hingga tidak tahu perkembangan keluargaku. Perkembangan hubungan Ameen dan teman wanitanya yang sudah sekian lama terjalin. Perkembangan keluarga Kak Hajar dan Abang Naufal yang akan menimang cahayamata. Perkembangan mama yang sudah memberi kepercayaan kepada Kak Hajar untuk mengendalikan online consultant. Perkembangan tentang kerjaya Abang Naufal yang sudah dinaikkan gred.
“ macam tu la orang bercinta zaman sekarang ni...cakap berbisik-bisik macam mana agaknya nak dengar Syakilah...” aku dengar mama merungut tentang Ameen yang tiba-tiba menghilang dengan telefon bimbitnya ketika kami bersantai-santai di ruang tamu selepas tetamu pulang.
“ ye Cik Haniah...lepas tu cakap berjam-jam kalah mesyuarat agong tahunan...” mertuaku juga turut menyokong. Aku hanya mencuri dengar mereka merungutkan Hanum dan Ameen. Sebentar tadi baru aku terkejut ketika tersedar yang perut Kak Hajar sudah kelihatan. Terlalu banyak yang aku gagal tumpukan kebelakangan ini.
“ Meen...” Kak Hajar menyentuh tanganku ketika spontan aku menggosok-gosok tengkukku. “ sakit ke?” dia sudah mengelus rambutku. Aku menggeleng dan tersenyum. Aku tidak sakit. Aku kebingungan.
            Aku keluar ke ruang rehat di belakang rumah selepas selesai membersihkan dapur bersama Kak Hajar. Aku duduk di bangku menghadap taman herba mama selepas meletakkan besen yang kami gunakan untuk kenduri tadi. Tiba-tiba aku rasa ingin menangis dan meraung. Demi Allah aku bukan tidak suka kalau Ameen ingin menamatkan zaman bujangnya. Tentulah aku paling gembira kerana akhirnya dia bertemu seseorang untuk mengisi hatinya. Tapi, adakah nanti masa Ameen untuk menjengukku saat aku terlantar di hospital. Akan adakah nanti ruang senggang untuk Ameen memujukku saat dia aku perlukan. Apakah temannya sanggup menerima keadaanku yang selalu sahaja memerlukan sokongan dan yang tinggal hanya Ameen ketika Kak Eemani dan Abang Eeman jauh di perantauan. Sanggupkah dia berkongsi kasih Ameen denganku?
            Rumah mama masih riuh rendah biarpun tetamu sudah pulang dan beberapa keluarga sebelah mama dan papa sudah pulang. Tinggal keluarga mertuaku yang akan pulang esok pagi. Sudah empat tahun berlalu semenjak Rauf Haqem suamiku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya mengikut jejak anak kami Amin Rafie. Namun, segalanya masih segar melekat dalam hatiku. Semuanya masih tegar mengalir bersama darah dalam tubuhku. Sama kukuhnya bagai angin yang menampar dari setiap sudut dan sisi dalam nafasku. Sedekad sudah berlalu sejak pertama kali aku bertemu dengan Rauf suamiku.
“ selagi awak perlukan saya, selagi itu saya akan terus di sisi awak...” aku sayu mendengar bicara Rauf. Itulah terakhir kali aku di sisinya. Itulah juga ayat terakhirnya selepas dia menikmati makan malam dengan sungguh berselera. Kali terakhir juga aku tidur dalam pelukannya ketika itu.
“ sayang...” aku panggil Rauf untuk entah kali ke berapa. Sebenarnya saat itu aku yakin dia telah tiada tapi aku masih mahu menafikan. Aku qiamkan tangannya kemas dan aku kucup dahinya sebelum aku mengetuk pintu bilik mertuaku dengan juraian airmata. Ketika Hanum dan kedua-dua mertuaku menutup jenazah Rauf, aku sudah hilang kawalan. Terkulai dan terus rebah. Ketika itu aku tahu aku telah ditinggal pergi buat selama-lamanya.
            Ketika aku tersedar, aku dengar jelas suara bacaan yassin dari ruang tamu rumah mertuaku. Aku cuba untuk bangun ketika aku lihat mama dan ibu mertuaku di sisi. Sekejap itu aku sudah tenggelam dalam pelukan mama dengan airmata yang tidak mampu aku tahan. Papa mendekatiku memberitahu jenazah Rauf sudah siap dimandikan dan dikafan. Aku bangun perlahan menuju ke ruang tamu di mana jenazahnya sedang tenang terbujur kaku.
“ kalau tidak ada apa-apa halangan, kita segerakan pengkebumian. Itu yang sebaiknya...” imam surau taman perumahan di mana kami tinggal bersuara sebaik aku sampai di ruang tamu. Aku kira dia memang menunggu aku.
“ ampunkan dosa saya Rauf Haqem...halalkanlah makan minum saya selama saya menjadi isteri awak...terima kasih kerana menjaga saya dengan baik selama ni...” terdengar sedu sedan entah dari siapa ketika aku spontan mengucapkan kata-kata itu sebelum kembali menegakkan badan. Aku yang terakhir melihat jenazahnya sebelum aku terkaku melihat jenazah Rauf dimasukkan ke dalam keranda untuk diusung keluar menemui penciptanya.
            Sepanjang masa pengebumian, aku melekat di sisi Ameen. Betul-betul menghadap imam yang membacakan talkin. Aku tidak tahu apa yang ada dalam fikiranku saat itu. Aku pandang sayu pusara Rauf yang berada di sebelah kiri pusara anak kami Amin Rafie.
“ tempat I di sini sayang...sebelah kanan Amin Rafie...” itulah ayatnya ketika aku dan Rauf menziarahi pusara itu semalam. Tidak sampai 24 jam yang lalu. Aku tunaikan hajatnya. Aku pegang nisan tanda pusara Rauf sebelum beralih ke pusara Rafie. Aku masih dalam keadaan tenang sehinggalah malam menjelang. Aku akhirnya akur dengan semangatku yang tidaklah sekuat mana bila aku mencari Rauf tanpa sedar sebaik semua tetamu pulang.
“ I miss him...” aku sudah tekulai di sisi Ameen adikku. Aku dengar suara mama dan ibu mertuaku memujuk dengan sayu sekali.
“ kenapa Rauf tinggalkan Meen...”
“ Meen...” aku mendongak ketika terasa bahuku digoncang. “ Meen kenapa ni?” Ameen sudah melutut di depanku. Laju tangannya menyeka airmata yang berjuraian mengalir di pipiku. Entah bila aku menangis aku tidak pasti. Sejak bila Ameen di situ juga aku tidak pasti. “ Nur Ameena...” aku peluk erat Ameen sebaik dia menarik aku dekat ke dadanya. Aku lepaskan perasaan yang aku tahan-tahan dengan esak tangis yang tidak mampu lagi aku bendung. Aku menggelengkan kepala berkali-kali dan tersenyumm sebaik pelukan dileraikan.
“ sorry...Meen emosi...” aku mengesat airmata yang bersisa. Serba salah melihat kebimbangan di wajah Ameen adikku itu.
“ Ameen...Ameena...” serentak kami menoleh ketika suara abang sulungku Eeman mengejutkan kami. “ kat sini rupanya...puas abang...” kata-katanya termati ketika melihat sisa kesedihan di wajah kami dua beradik. Ameen segera berdiri ketika Abang Eeman mendekati kami. “ kenapa ni?” dia sudah berdiri di sisiku. Mengelus-elus rambutku yang panjang dan semakin menyusut. Suaranya lembut sekali meujuk. Dia pasti boleh menangkap apa yang berlaku. Aku peluk abangku erat. Siapa lagi yang layak aku menumpang kasih dan bermanja pada usia 33 tahun ini. Tidak mungkin mengadu cinta dan perasaan pada pasangan seperti apa yang Ameen dan Hanum sedang lalui sekarang.
            Aku lihat jelas kekeliruan di wajah mama dan ibu mertuaku ketika aku diapit Ameen dan abangku Eeman ke ruang tamu. Mujurlah anak-anak saudaraku sedang leka di ruang menonton. Papa dan ayah mertuaku turut melangkah masuk dituruti Abang Rohaizal suami Kak Hanim ketika mama dan ibu mertuaku bertanya itu dan ini kepadaku. Aku diam tidak membalas. Sekadar tersenyum dan mengambil tempat di sebelah Kak Eemani. Ketika perasaanku semakin reda, Kak Hajar dan Abang Naufal pula menarik perhatianku. Mungkin aku terikut-ikut perasaan sendiri. Kak Hajar dan Abang Naufal yang berdua-duaan di ruang tamu bersama anak-anak saudaraku benar-benar membuatkan aku terkenangkan Rauf. Sungguh. Melihat Abang Naufal menguis-nguis rambutnya. Sesekali menyentuh perutnya. Menarik tangannya dibawa ke bibir.
“ I miss you too sayang...” aku beristighfar saat terdengar bisikan manja Rauf di telingaku.

~zara aqeela~

No comments: