-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih untuk Bahagia Ini 10 ::..

“ okay, I’ll pick you at 2.30” begitu janji Ikram dan tepat jam 2.30 Ikram sudah berada di perkarangan rumah Nylia. Terkejut Nylia ketika melihat Ikram memakai pakaian yang sama warna dengannya. Sengaja Nylia mengenakan persalinan yang dihadiahkan Ikram sebelum hari raya aidilfitri yang lalu.
“ kita nak ke mana ni?”
“ kenduri kahwin my friend...masa kat U.K dulu...”
“ ooo...tak cakap betul-betul mujur I pakai kemeja...”
“ why?”
“ ye lah nanti I pakai baju tak senonoh tak elok lah kan...malu you nanti orang tengok boyfriend you selekeh...”
“ yang selekeh boyfriend I bukannya you...”
“ so, I bukan boyfriend you ke?” Ikram masih galak mengusik.
“ nope!” Nylia tersenyum lagi.
“ so dia tak marah ke you keluar dengan I ni?” Ikram masih menggiat.
“ tak...sebab kami dah clash! By the way I know you Dr Ikram Nashrul...you takkan buat selekeh punya lah...” Nylia sudah tergelak kecil.
Perjalanan ke rumah Hanif Fahmi mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Mereka sampai ketika pengantin selesai bersanding. Sengaja Nylia memilih untuk menghadiri majlis rumah Hanif tidak rumah Nurinazirah. Ikram kelihatan terkejut ketika tiba di taman perumahan keluarga Hanif. Nylia nampak jelas dari wajah Ikram. Tapi sengaja dia tidak ambil endah.
Pengantin sudah selesai makan beradab dan sedang bersalaman dengan keluarga. Sengaja Nylia menarik tangan Ikram dan digenggan erat. Tapi dia tidak memandang wajah Ikram. Ikram mula faham permainan cerita yang bermain sekarang. Segera dia menguatkan genggaman tangannya dan dia lihat Nylia menganggukkan kepala. Biarpun sedikit gerakan kepala itu jelas Nylia menerima kekuatan yang disalurkan Ikram ke dalam dirinya. Nylia memaut lengan Ikram ketika dia lihat Hanif memandang ke arahnya.
“ selamat pengantin baru...” Ikram terlebih dahulu menghulurkan tangan kepada Hanif.
“ thank you...” Nylia tahu Hanif memandang ke arahnya. “ ingatkan you tak sudi datang...” Hanif menyambung. Ikram memandang Nylia kerana dia tahu kenyataan itu ditujukan kepada Nylia biarpun Hanif masih menggenggam tangannya.
“ takkanlah aku tak datang...kebetulan Nyl pun dapat jemputan yang sama...” tidak sempat Ikram menghabiskan ayatnya, Nurinazirah sudah menerkam Nylia.
“ Nylia, aku ingat kau tak nak datang majlis aku...” sekejap sahaja Nylia sudah ditarik dalam pelukan sahabat lamanya itu.
“ mestilah datang...kau kawan aku, husband kau kawan Ikram...” Nylia merenung Ikram. Sengaja dia memanjakan dirinya.
“ aku berdoa hari-hari kau akan datang sebab kau banyak support hubungan aku...inilah roommate Nur...” Nurinazirah mesra memperkenalkan Nylia kepada suaminya Hanif Fahmi yang telah lebih dulu dikenali oleh Nylia. Jelas Hanif sedang memaksa sebuah senyuman.
“ last week Ikram tak ada Nurin. Dia baru balik dari Manila...” Nylia sengaja mendekatkan dirinya dengan Ikram.
“ hhhmmm...sorrylah I bukan tak bagi dia pergi tapi nak drive sendiri tu risau...tambahan kereta dia baru keluar bengkel...”
“ kenapa?” serentak Nurinazirah dan Hanif bertanya.
“ kemalangan kecil...not to worry...Ikram doktor...he knows better...”
“ mujurlah Nyl kau tak ada apa-apa...” garis kerisauan timbul di muka Nurinazriah.
“ it’s okay...siapa tadi?”
“ Nurin sayang...” Nylia bemain lagi.
“ Nurin...kebetulan I pun dapat jemputan dari Hanif, so kami plan datang sini je...” Nylia memaut lengan Ikram sambil tersenyum.
“ so sweet...kau tak roger-roger aku pun ye...” Nurinazirah membalas lagi. Hanif sekadar memandang isterinya berbual.
“ tak sempat Nurin aku minta maaf banyak-banyak...”
“ eh! marilah makan dulu tak kan nak sembang kat sini je...” Hanif menjemput sambil menghulurkan hadiah kepada pengapitnya.
“ come sayang...” Ikram menarik tangan Nylia mesra. Ketika itu Nylia amat berterima kasih atas sikap Ikram yang sangat memahami. Dia nampak jelas cemburu di mata Hanif.
Selepas menjamu selera sempat mereka merakamkan gambar kenangan. Nylia gembira melihat temannya Nurinazirah begitu bahagia sekali pada hari bahagia tersebut.
“ Nyl, kalau kau kahwin jemput aku ye...”
“ kau nangis ni kenapa? nanti aku jemputlah kan sayang...” Nylia masih giat memainkan peranannya.
“ aku tak sangka kau sudi datang...aku tak nak hubungan kita habis sebaik je kita konvo dulu...aku akan kenang jasa kau sampai akhir hayat Nylia...” ada getar yang ditahan  dalam suara Nurinazirah.
“ apa sangatlah Nurin...kita kawan kan...”
“ tapi kalau bukan kerana kau aku takkan ada di sini sekarang...” Nurinazirah menyambung lagi. Ikram dan Hanif berpandangan sesama sendiri.
“ kenapa ni?” Hanif memandang isterinya dengan penuh tanda tanya.
“ masa kat U.K dulu...”
“ she’s my roommate...so many things we shared together...maklumlah family jauh...” Nylia memotong bicara Nurinazirah. Jelas sahabatnya itu sedang menyeka airmata.
Perbualan mereka terganggu dengan pnggilan telefon yang diterima Ikram. Ikram meminta diri menjawab panggilan telefon. Kelihatan dia ketawa besar. Pasti seseorang yang agak rapat dengannya. Seketika Ikram mendekati mereka sambil tersenyum
“ Auf kirim salam...dia baru baca email...”
“ you all kenal ke?” Nurinazirah bertanya kemudiannya sambil memandang suaminya Hanif.
“ kami roommate masa kelas persediaan dulu...”
“ coincident...kecil je dunia ni kan Nyl?” Nurinazirah menyambung. Pasti sahaja dia akan merasa dunia semakin kecil kalau dia tahu gadis yang diceritakan Hanif kepadanya adalah Nylia.
“ memang kecil sangat...” sekali lagi Ikram menerima panggilan. Kali ini dia tidak berganjak jauh. Sebelah tangannya masih menggenggam tangan Nylia membuatkan Hanif semakin cemburu.
“ I’ve got to go...emergency kat klinik...come sayang...shall we?”
“ okay sure...congrates Nurin...Fahmi...”
“ thank you Nyl...” mereka berpelukan sebelum berpisah. Nylia terus melangkah meninggalkan majlis perkahwinan Hanif dan Nurinazirah. Segala perasaannya semakin surut ditinggalkan langkah yang semakin jauh.
            Nylia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia tahu Ikram mengaharapkan penjelasan darinya. Sengaja Nylia memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Dia tahu ketika ini Ikram senang membuat imbasan ke atas perasaannya. Itu sememangnya kelebihan Ikram Nashrul yang tidak dapat disangkal oleh Nylia Fareen. Nylia hanya menganggukkan kepala ketika Ikram berjanji untuk menghubunginya selepas selesai tugas di kliniknya nanti.
            Nylia terus mengunci diri di dalam biliknya sebaik Ikram berlalu meninggalkan rumahnya. Nylia menolak untuk makan malam dengan alasan kekenyangan dan kepenatan. Dia menanti Ikram menghubunginya sehingga dia terlelap. Jam dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi ketika dia terjaga. Nylia mencari telefon bimbitnya yang masih berada dalam beg tangan. Terkejut dia bila melihat 12 panggilan tidak berjawab daripada Ikram. Nylia bingkas bangun bila dia sedar pakaiannya masih belum berganti sejak dia pulang tadi. Selepas menukar pakaian, Nylia mengambil wudhu’ dan menunaikan solat hajat. Memohon kepada Allah memberikan dia kekuatan dan ketenangan menghadapi dugaan buat kesekian kalinya. Gugur airmatanya ketika hatinya dibawa kepada kenangan bersama kembarnya Fareed. Entah kenapa saat itu dia merasakan kelukaan itu hanya boleh diubat oleh Fareed. Terkejut Nylia bila telefonnya berbunyi menandakan SMS masuk. Dia menoleh jam di meja sisinya. Sudah jam 3.07 pagi. Telefon bimbitnya dicapai. Ikram.
“ sayang...hope u really ok...Am call so many times...” Nylia tersenyum. Dia yakin pasti sahaja Ikram tidak senang duduk kerana panggilannya tidak berjawab.
“ to be honest I’m not okay Am...sorry to make u so worried...it’s to bad...” Nylia bersandar di kepala katilnya. Matanya tidak mahu lelap.
“ u need me now?”
“ dunno...” dan tidak sampai 10 saat, telefon bimbitnya berbunyi. Ketika itu airmata terlalu murah buat Nylia.
“ you better go to sleep sayang...I’ll give you MC for tomorrow...so that kita boleh sembang esok ok...” Ikram cuba memujuk
“ it’s okay Am...I just need space and time...”
“ you need someone to talk to Nylia...”
“ okay...but please give me space and time...I’ll call you later okay?”
“ okay then...take care ok...”
“ thank you Am”
            Nylia berbaring membuang pandangan entah ke mana. Dia tidak sedar bila dia terlelap. Tapi ketika jam locengnya berbunyi jam 6.05 minit pagi dia cuba mengagahkan diri untuk bangun. Nylia bingkas membersihkan diri, mengambil wudhu’ dan solat. Lama dia melepaskan segala lelah dan kesah atas sejadah. Siapa lagi yang layak dia memohon bantuan dan harapan selain Dia yang satu dan yang agung.
            Atas duduk antara dua sujudnya selepas salam, Nylia menadah tangan dan memohon segala kekuatan dari Allah. Agar dibuangkan jauh-jauh segala kesedihan atas cintanya yang tidak kesampaian. Berkali-kali dia memujuk hatinya bahawa ramai lagi yang kepedihan ditinggalkan cinta berbanding dia yang belum menyulam sebarang perkongsian perasaan dengan insan yang dia minati.
“ Nylia...” terkejut Nylia melihat ibunya membangunkan dia. Entah bila dia terlena di atas sejadah. Dia sendiri tidak sedar.
“ ibu...” Nylia masih terpisat-pisat.
“ tak kerja ke?dah pukul 7.30 pagi ni...” Fatemah bertanya lagi ketika melihat anaknya bermalas-malas duduk di birai katil.
“ tak...” Nylia membalas sepatah.
“ Nyl tak sihat ke?kita pergi klinik ye...” Fatemah mendekati anaknya. Belakang tangannya telah melekap di dahi Nylia.
“ tak bu...letih...”
“ kita sarapan dulu...Nyl dah mandi ke belum ni?” Fatemah menoleh ke arah anaknya sebelum dia melangkah keluar bilik.
“ dah...nanti Nyl ke dapur ye...” Nylia berusaha memberi senyuman kepada ibunya.
            Ketika di dapur, Nylia tidak banyak bercakap dan Fatemah juga tidak mahu bertanya banyak. Masak benar dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu. Nylia dengan sendirinya akan bercerita jika dia mahu. Jika tidak, paksaan sekuat mana pun tidak akan berhasil. Itulah Nylia jika bukan Naufal Farhan atau Naufal Fareed, dia tidak akan terpujuk. Sejak mula masuk ke dapur, dia hanya bertanya ke mana ayahnya Zairun kerana tidak kelihatan. Kemudian memohon diri ke laman selepas menjamah dua tiga sudu nasi goreng yang dimasak ibunya.
“ Nylia...kenapa termenung jauh sangat ni?” Zairun mendekati anaknya. Terlalu jauh anaknya mengelamun sehingga tidak sedar dihampiri.
“ eh ayah...tak ada apa-apa ayah...letih...ni pun Nyl cuti minta tolong Ikram bagi MC...”
“ telefonlah Auf kalau Nyl tak bersedia nak kongsi dengan ayah atau ibu...” terkesan sungguh senyuman yang dipaksa-paksa hingga mengusik hati ayahnya.
“ bukan macam tu ayah...Nyl cuma perlukan ruang sendiri...ayah janganlah salah faham...” Nylia rasa bersalah sekali.
“ Nylia...ayah sayang Nylia tau...ayah tak nak apa-apa atau sesiapa menyakitkan Nylia...” ada getar dalam suara ayahnya. Cukup untuk menggamit Nylia menyentuh tangan ayahnya.
“ betul ayah Nyl okay...cuma Nyl perlukan ruang sendiri...”
“ okay ayah faham...ayah dengan ibu risau...” Nylia mengucup tangan ayahnya bila sedar getar suara ayahnya disulam genangan airmata. Rasa bersalah menerjah hatinya.
            Nylia menghantar ayahnya sehingga lelaki itu hilang dari pandangan. Tidak mungkin Nylia menyakiti perasaan lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Sejak papanya Farid kembali ke rahmatullah kepada lelaki itulah dia bergantung nasib dan menumpang kasih.
Fikiran Nylia kusut, hatinya berkecamuk. Terlalu banyak perkara menerjah dirinya akhir-akhir ini. Nylia bingkas bila matahari mula menguak tirai langit. Belum pun dia sampai di muka pintu, dia lihat kereta Ikram memasuki perkarangan rumahnya. Nylia hanya menunggu di muka pintu sehingga Ikram turun mendekatinya. Zairun yang pertama meluru ketika Ikram memberi salam. Sememangnya Nylia tahu ayahnya itu cukup menyenangi Ikram kerana sikapnya yang baik budi.
            Zairun meninggalkan Ikram dan Nylia selepas menjemput anak muda itu makan tengahari bersama. Nylia kembali melangkah ke kolam ikan koi. Kali ini bersama Ikram. Nylia memaksa sebuah senyuman ketika Ikram sudah mengambil tempat di depannya. Suasana sepi dengan iringan kocakan air dari kolam ikan koi melemaskan Nylia. Dia akhirnya menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Terdengar esakan kecil di sebalik wajah yang dilarikan dari mata Ikram. Ikram menyentuh lembut bahu Nylia. Rasa ingin ditarik gadis itu dalam pelukannya.
“ I’m sorry...” Nylia mengesat sisa airmata sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai menutup dahi.
“ nangislah sayang...mungkin you akan rasa lega...”
“ I feel fooled Ikram Nashrul...” termati kata-kata Nylia ketika Ikram menarik tangannya.
“ don’t ever said that...I ada...sentiasa ada untuk temankan you...you tahu kan?” Nylia hanya menganggukkan kepala. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita. Malah fikirannya bertambah kusut bila dia teringatkan lamaran dari keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia yang masih dibiarkan tanpa jawapan. Ada ibunya bertanyakan hal itu secara berlapik seminggu lalu. Nylia biarkan tanpa jawapan.
“ sayang...you menung apa ni?” Ikram memanggil Nylia lembut.
“ you mesti confused...”
“ about you and Hanif?” Nylia hanya mengangguk.
“ I sebenarnya tak pernah bercinta pun dengan dia Am...” terkejut Nylia dengan helaan nafas lega Ikram.
“ I’m sorry...feelings’ reflection...” satu cubitan singgah di lengan Ikram.
“ tapi I yakin, I memang cintakan dia...at the first sight...” Nylia menekan ayatnya bila melihat Ikram menjeling. Jelingan cemburu yang selalu jelas diperlihatkan Ikram baik dari suaranya atau tingkahlakunya. Sama seperti dia melepaskan tangan Nylia yang sebentar tadi digenggam erat.
“ it’s okay if you don’t want to hear...jom lah...” tersinggung benar Nylia dengan sikap Ikram.
“ sorry...I don’t meant that...” Ikram kembali mendudukan Nylia. “ so what happend then?”
“ kami tak pernah tahu yang kami mencintai antara satu sama lain. Sehinggalah Nurin memberitahu yang Hanif sebenarnya mencintai seseorang tapi dia malu untuk mengaku. Sebab orang itu adalah adik kawan baiknya....”
“ damn!masa tu dia dah bertunang ke?” Nylia menganggukkan kepala.
“ you know what?! he’s also told me the same story that he fall in love with someone but that girl dated with someone else...”
“ you lah tu...” tenang sahaja Nylia.
“ me?”
“ selama ni Hanif tak pernah lepas jejak I...tapi dia ingat I layan dia macam kawan biasa sebab dia sangka I girlfriend you...”
“ betul lah tu...”
“ Am...” Nylia sudah menghulurkan tangannya untuk mencubit.
“ okay sayang...I’m sorry...” Ikram sudah ketawa besar kerana berjaya mengusik Nylia. “ now that is my Nylia Fareen...” kemerahan pipi Nylia bila dia sedar Ikram telah berjaya memujuknya.
“ you tahu Am...Nurin terlalu sayangkan Hanif...dan I tak sanggup memikirkan if one day she’d found that I’m her husbands’ first love...” Ikram hanya menganggukkan kepalanya. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak pasti apakah perasaan yang sedang bermain di fikirannya. Gembirakah dia dengan kegagalan hubungan Nylia dan Hanif. Sedihkah dia bila mengetahui selama ini dia tewas di tangan Hanif. Lamunan Ikram mati bila Nylia menggamitnya untuk masuk makan tengahari.
“ you know what sayang...I harap sangkaan Hanif tu akan menjadi kenyataan sayang...” Nylia berpaling memandang Ikram yang berbisik di telinganya. Nyaris sahaja wajah mereka berlaga. Nylia segera mencubit lengan Ikram. Sebenarnya dia begitu terkejut dengan tingkah Ikram sebentar tadi.
            Seperti biasa di meja makan ada sahaja celoteh ibunya terhadap Ikram. Sememangnya Ikram sudah seperti anaknya sendiri. Sejak abangnya Naufal Farhan duduk sebilik bersama Ikram, kerap juga Ikram menerima buah tangan daripada keluarga Nylia memandangkan kedua orang tua Ikram berada jauh di seberang lautan. Usai makan tengahari, Ikram memohon diri. Nylia menghantar Ikram ke kereta dan mengucapkan terima kasih kemudiannya kerana sudi menemani dan mendengar kesedihannya. Sebelum pulang, seperti yang dijanjikan, Ikram menghulurkan sekeping sampul surat sijil cuti sakit dari kliniknya. Sempat Ikram mengusiknya supaya makan ubat baru cepat sembuh. Nylia hanya ketawa kecil. Pastilah sebenarnya Ikram sedang menyindir kerana dia sememangnya sihat walafiat.

~zara aqeela~

No comments: