-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih untuk Bahagia Ini 19 ::..

Ajmal tiba di rumah bondanya ketika jam sudah beranjak ke angka 2.45 pagi. Terkejut sungguh adiknya Tareq ketika pintu utama rumahnya dibuka. Tareq yang sedang asyik menonton menerpa membuka lampu.
“ angah...terkejut alang...”
“ tak tidur lagi ke?”
“ tak boleh tidur...layan movie...angah dari mana?bonda tak cakap pula angah nak balik...” Tareq menghulur tangan bersalaman dengan abangnya.
“ memang tak plan nak balik...abang dari JB. Naik dulu lah ye...penat...kamu tu jangan lewat sangat...” Tareq menganggukkan kepalanya. Ajmal berlalu menghilangkan diri di dalam biliknya.
            Selepas membersihkan badan, Ajmal duduk di birai katil. Serentak matanya tertancap ke arah bingkai gambar pertunangan dia dan Nylia yang berlangsung sebulan lalu. Manis senyuman Nylia ketika itu. Saat itu dia rasa sungguh bahagia sekali. Seakan Allah mengurniakan dia satu nikmat yang sangat besar. Oleh sebab tunangnya jugalah dia balik ke rumah bondanya pagi itu. Lirih suara Nylia siang tadi benar-benar menggamit dia pulang. Meluap rindunya yang dia simpan sejak meninggalkan Nylia dua minggu lalu. Barangkali dia sedang dilamun cinta.
            Ajmal berbaring menghadap siling biliknya. Masa dirasakan terlalu lama mengunggu Subuh menjelang. Suasana segar dari pendingin hawa membuai mata Ajmal hingga akhirnya dia terlelap.

***        ***        ***

            Nylia sedang bersiap-siap untuk ke kampus. Entah kenapa dia sukar melelapkan mata malam tadi. Selang 10 minit dia terjaga hinggalah akhirnya dia bangun dan membersihkan diri ketika jam dinding biliknya beranjak ke angka 5.45 pagi. Jam baru beranjak ke angka 7.05 pagi ketika ibunya memanggil diselangi ketukan di pintu.
“ ye bu...kenapa?” Nylia menguak pintu biliknya.
“ dah siap ke?”
“ tengah siap-siap...kenapa bu? Awal lagi kan...”
“ ada tetamu...” dia lihat ibunya tersenyum. Nylia keluar ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ajmal sedang duduk di sofa berbual bersama ayahnya. Ketika itu hanya Allah yang tahu apakah perasaan yang sedang bermain dalam hatinya. Ibunya Fatemah segera menggamit ayahnya Zairun ke dapur untuk memberi ruang kepada Nylia.
            Entah apa yang mendorong Nylia mendekati Ajmal. Laju dia menarik tangan Ajmal, disalami dan dikucup tangan tunangnya.
“ kenapa ni sayang?” kalau tadi dia terkejut dengan tingkah Nylia. Kini dia bertambah terkejut ketika melihat ada air jernih di tubir mata tunangnya.
“ saya ingat awak tak nak balik tengok saya...” entah kenapa Nylia benar-benar sebak. Satu perasaan yang dia tidak tahu untuk gambarkan.
“ mestilah saya balik...dah rindu sangat kat bakal isteri saya ni...” senang hati Ajmal ketika melihat Nylia tersenyum. Ada rona kemerahan di pipi Nylia.
“ Nylia Fareen...jemput Ajmal sarapan sekali. Dah lewat ni nak pergi kerja...” ayahnya memanggil dari arah dapur. Baru Nylia tersedar mungkinkah kedua orang tuanya melihat apa yang berlaku tadi.
“ saya hantar awak ye nanti...” Ajmal bercakap separuh berbisik dan Nylia hanya menganggukkan kepalanya.
            Mereka meninggalkan kawasan rumah Nylia ketika jam beranjak ke angka 7.35 pagi.
“ pukul berapa awak sampai?”
“ pukul 3.00 pagi lebih kurang...”
“ kenapa tak berehat?”
“ saja nak surprisekan awak...petang nanti saya jemput awak ye...” Nylia tidak banyak bantahan kerana dia nampak jelas garis keletihan di wajah Ajmal.
            Nylia tiba di kampus kurang 10 minit sebelum jam 8.00 pagi. Dia menghantar Ajmal dengan lambaian. Pagi itu, langkahnya ke tempat kerja diiringi dengan kasih sayang dan cinta yang melimpah ruah.
            Ketika jam beranjak ke angka 9.00, Nylia menerima panggilan.
“ Cik Nylia Fareen, ada panggilan dari Dr Ikram”. Sungguh Nylia tak sangka Ikram menghubunginya.
“ Nyl...how are you?”
“ fine...Am macam mana?how’s Bangkok...”
“ just fine Nyl...Am balik 2 hari lagi...”
“ really?!” ada nada teruja dalam sambutan berita itu. Entah kenapa Ikram senang mendengarnya.
“ excited nampak...”
“ mestilah...rasa lama sangat tak berbual dengan Am...yang paling tak sabarnya nak tunggu buah tangan dari Bangkok...” Nylia tergelak kemudiannya. Begitu juga dengan Ikram.
“ I tak bawa balik buah tangan sayang...” Ikram terhenti seketika.
“ Am...kenapa ni?”
“ I shouldn’t call you like that again...”
“ hey Am you can call me whatever you feel suite Am...so you memang tak bawa balik apa-apa untuk I ke?” Nylia bertanya lagi
“ ada...mestilah ada...I’ll bring back for you lots of work...” Ikram ketawa besar di hujung talian. Begitu juga dengan Nylia.
“ hhhmmm...I’m sorry Am...I’m the one should be there not you...”
“ alahai cik kak sayang sama je...we’ll work out together for this big projects...anyway Nyl, I’m on my way to conference room. Saja teringat nak call you...catch up with you later okay dear...”
“ okay Am...thank you so much...” mereka menamatkan perbualan.

***        ***        ***

            Nylia kembali menyambung tugasnya. Dia meneliti fail dan dokumen yang diberikan oleh Suraya semalam. Mujurlah tidak banyak perkara penting yang dia tertinggal. Cuma dia terlepas menghadiri mesyuarat post mortem Penganugerahan Sijil Dekan untuk Fakulti Kejuruteraan. Menurut laporan yang diserahkan Suraya semalam, jabatannya seperti biasa mengekalkan prestasi yang seimbang. Cuma bilangan penerima Anugerah Dekan untuk semester yang lepas berkurangan sebanyak tiga orang. Menurut bahagian akademik, Fakulti Kejuruteraan mengalami kejatuhan keputusan peperiksaan sebanyak 5% namum masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai fakulti terbaik di kampus. Berita itu sudah cukup membanggakan Nylia.
            Berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Suraya juga diminitkan Seminar Biodegredasi lanjutan dari lawatan delegasi Jepun ke Jabatan Alam Sekitar awal tahun yang lalu. Seminar akan dijalankan di PICC dengan kerjasama WHO dan WWF. Seminar peringkat dunia itu meletakkan Malaysia dalam senarai undian negara ke-17 yang belum mendapat tarikh tetap pelaksanaannya. Selepas segala dokumen dalaman selesai diteliti, Nylia beralih ke dokumen yang diserahkan oleh Professor Hadi, Dekan Fakulti Kejuruteraan semalam.
            Nylia menarik buku catatannya dan membuat sedikit draf perancangan untuk projek tersebut. Sekurang-kurangnya bila Ikram pulang dari Bangkok nanti, mereka hanya perlu mencantumkan perancangan dan dapatan Ikram di Bangkok. Tambahan pula dia tidak punya banyak masa. Memandangkan majlis perkahwinannya juga akan berlangsung dalam tempoh tak sampai setahun dari sekarang. Nylia rasa lapang sekali menyudahkan kerjanya pada hari itu. Mungkin kerana pertemuannya dengan Ajmal awal pagi tadi.
            Ketika waktu rehat tengahari, ada juga dia bercadang menghubungi Ajmal tetapi dimatikan hasratnya saat terkenangkan sejalur keletihan dan kepenatan di wajah bakal suaminya itu pagi tadi. Petang itu, Nylia menerima panggilan dari Ajmal ketika jam beranjak ke angka 4.56 petang.
“ hello sayang...”
“ hello...”
“ I’m on my way to fetch you...I tunggu kat lobi jabatan okay...”
“ okay sayang...”
“ apa dia?”
“ okay...sayang...” sengaja Nylia menekan perkataan sayang yang mengundang kemesraan dalam hubungannya. Ajmal tidak membalas kemudiannya. Pasti sahaja dia sedang tersenyum sendirian dalam keretanya.
“ kesian awak...sepatutnya awak berehat...” Nylia memulakan perbualan sebaik kereta meninggalkan perkarangan kampus. Haruman wangian lelaki dari C.K Valentine Special menarik perhatian Nylia ketika menguak pintu kereta Ajmal sebentar tadi.
“ kenapa pula?” Ajmal tenang memandu.
“ sebab awak baru balik kan? Sure penat...”
“ saya rindu awak Nylia Fareen...kalau ikutkan saya nak terus balik rumah awak je pagi-pagi tadi...”
“ awak...” laju sahaja cubitan singgah di lengan kiri Ajmal.
“ saya bergurau je sayang...” Ajmal sudah menarik tangan Nylia di bawa ke bibirnya. Nylia cuba untuk menarik tetapi Ajmal berkeras. “ I miss you sayang...” Nylia dengar jelas keikhlasan dari ungkapan Ajmal.
“ I miss you too...”
“ saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak Nylia. Saya tak tipu...”
“ awak nak menggoda saya ye...” Nylia menjeling manja ketika Ajmal sengaja mencium tangannya berkali-kali.
“ sejak tadi awak tak tergoda ke?”
“ awak...”
“ awak tak cintakan saya?”
“ tak...” sengaja Nylia menggiat Ajmal.
“ Nylia...” kali ini Ajmal menarik tangan Nylia ke pipinya.
“ saya tak ada perasaan Ajmal...sebab hati saya dah dicuri...”
“ sayang...awak buat saya risau...”
“ mestilah saya sayangkan awak...setiap masa...setiap saat...sayang, rindu dan cinta...” Nylia menarik tangan Ajmal ke pipinya. Dia benar-benar mahu Ajmal tahu dia sudah tenggelam dalam janji cinta yang mereka bina atas dasar kekeliruan pada asalnya.
“ terima kasih Nylia...” ketika itu Nylia merasakan dia mendapat rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah kerana menunaikan hajat kedua orang tuanya.
“ lupa pula...malam ni kita makan kat rumah saya ye...bonda jemput...dia dah rindu sangat dengan bakal menantu dia ni...” Nylia hanya tersenyum memandang tunangnya. Dia menganggukkan kepala ketika Ajmal berjanji menjemputnya jam 8.00 malam.

***        ***        ***

            Suasana banglo Tengku Munir dan Tengku Thalia terang benderang ketika kereta Ajmal memasuki halaman rumah tersebut. Ada sedikit gementar dalam hati Nylia kerana kunjungan kali ini tentu sahaja berlainan.
“ come sayang...” terkejut Nylia ketika Ajmal sudah membuka pintu untuknya.
“ kenapa ni?” Ajmal menyambung ketika jelas kegusaran di wajah Nylia.
“ entah...nervouse” Nylia menjawab jujur. Segera Ajmal menggenggan tangan Nylia memberi kekuatan. Ketika Nylia keluar dari kereta, seorang anak kecil datang menggamit Ajmal di sisinya.
“ Pak Ngah dah balik...” manja sekali memeluk kaki Ajmal.
“ hey Mia...salam Mak Ngah...” anak kecil yang baru sedar kehadiran Nylia itu menyembunyikan mukanya di belakang Ajmal. Laju sahaja Ajmal mendokong anak kecil yang dipanggil Mia itu.
“ anak Kak Long...Mia Fasehah...dia memang susah sikit dengan orang tak kenal...”
“ hai sayang...” Nylia menghulurkan tangannya cuba mendekati Mia. Terkejut Ajmal ketika Mia sendiri mengalihkan dukungan kepada Nylia. Mereka beriringan masuke ke rumah.
“ amboi anak papa ni...ikut siapa pula ni...” Hakim, suami Tengku Zarifah Hana menegur. Suasana bertambah gamat bila Mia dengan spontan melentukkan kepala di bahu Nylia.
Rona kemerahan jelas di pipi Nylia bila dia menjadi bahan usikan ahli keluarga Ajmal. Nylia memandang Ajmal dan jelas tunangnya tersenyum mesra.
“ apa yang meriah sangat tu?” Tengku Thalia yang baru melangkah ke ruang tamu turut terkejut melihat cucunya Mia yang sudah duduk di atas pangkuan Nylia. “ tak payah bangun tak apa...bonda ingat siapa la tadi...ni cucu nenek ni duduk dengan siapa ni?” Tengku Thalia sudah duduk di sisi Nylia. Satu ciuman singgah di pipi kiri dan kanan Nylia selepas dia mencium tangan Tengku Thalia. Nylia lihat Ajmal tersenyum di sisi bondanya.
“ bonda tengoklah cucu bonda tu bukan main lagi. Nak pula dia dengan Nylia ni...” Hakim masih keliru dengan kelakuan anaknya.
“ cucu nenek duduk dengan siapa ni?” Tengku Thalia bertanya lagi ketika dia lihat Mia menyandarkan badannya pada Nylia.
“ Mak Ngah...” pecah ketawa seisi rumah dengan jawapan Mia yang bersahaja itu.
“ Mak Ngah Mia ke ni?” sekali lagi Tengku Thalia menggiat cucunya.
“ Pak Ngah cakap...” Mia menjawab sambil memuncungkan bibirnya ke arah Ajmal.
“ okaylah...Mak Ngah Mia la...jom kita makan dulu...”
“ mari dengan papa...kita makan...” Hakim cuba memujuk anak perempuannya. Mia menggelengkan kepalanya. Dia mendakap erat leher Nylia ketika Tareq pula cuba memujuknya. Kemanjaannya berlarutan hingga ke meja makan bila Mia tetap ingin duduk di pangkuan Nylia. Berkali-kali Nylia meyakinkan semuanya okay bila dia melihat ahli keluarga Ajmal kebingungan dengan Mia yang begitu manja dengan Nylia.
“ awak makanlah dulu biar saya pegang Mia...mari kat Pak Ngah...” Mia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“ it’s okay awak...nanti dia merajuk pula...”
“ awak?!abang tak romantik langsung...” adiknya Hani mencelah ketika mendengar Ajmal membahasakan dirinya dengan Nylia awak saya. Nylia dan Ajmal hanya tersenyum berpandangan sesama sendiri.
“ kenapa pula...okaylah abang tukar...sayang makanlah dulu bagi abang pegang Mia...”
“ ha sedaplah sikit Kak Long dengar...barulah ada feeling sikit...” kakaknya Zarifah Hana menokok.
“ sudahlah kamu ni mengusik Nylia pula tengok malu dia...jangan dilayan budak-budak ni Nylia makanlah...” Tengku Munir ketawa melihat telatah anak menantunya. Nylia hanya tersenyum sambil membetulkan duduk Mia di atas ribanya.
 abang makan dulu ye...” Nylia menganggukkan kepala ketika Ajmal masih mengusiknya.
“ Mia nak makan?” Nylia bertanya ketika dia lihat Mia menegakkan badannya melihat lauk-pauk di atas meja. Kelihatan Tengku Thalia memandang Nylia dengan ekor matanya. Ada sejalur keceriaan di wajah bakal ibu mertuanya itu.
“ nak...ayam goreng...Mak Ngah suapkan Mia ye...” Mia meminta dengan pelat suaranya. Nylia hanya mengiyakan sahaja. Begitu manja sekali Mia dengan Nylia.
“ Mia mari dengan mama...Mak Ngah nak makan tu...”
“ tak apa kak... boleh lagi...nanti dia merajuk pula...” Nylia lihat Mia makan berselera sekali. Ketika beberapa suapan terakhir, Mia sudah menolak. Kekenyangan barangkali. Nylia mendukung Mia ke sinki membersihkan mulut dan tangannya. Ketika kembali ke meja makan, Mia menggamit tangan Nylia ke ruang menonton.
“ Mia nak pergi mana tu?” Tengku Zarifah Hana mula bimbang kerana Nylia belum menjamah makanan. “ Mak Ngah belum makan lagi...” dia menyambung lagi.
“ Mia nak tunjuk toys dengan Mak Ngah...my new barbies...” wajah Mia sudah berubah bila dia lihat mamanya tidak setuju dengan tindakan yang dibuat.
“ Mak Ngah belum makan lagi...main dengan ucu ye...” Tengku Zarilah Hani pula memujuk. Airmata sudah bergenang di tubir mata Mia.
“ tak apa la Nyl teman dia sekejap...”
“ okay pergilah...sekejap je okay, nanti Mak Ngah tak makan sakit perut...” Tengku Munir cuba memujuk cucunya. Mia kembali tersenyum. Dia menarik tangan Nylia.
            Tak sampai 5 minit, Ajmal menyusul. Dia lihat anak buahnya bersungguh bercerita kepada Nylia. Tangan Nylia bersilih ganti dengan permainan Mia.
“ hai sayang...” Ajmal duduk di sofa belakang Nylia. Dia menundukkan badannya kerana Nylia dipaksa Mia duduk di atas karpet. “ kesian sayang abang ni...nanti abang teman sayang makan ye...” satu cubitan singgah di lengan  Ajmal.
“ awak ni...malu saya tau...”
“ tapi bolehkan kalau panggil saya macam tu...” Nylia tidak menjawab pertanyaan Ajmal. Dia berpura-pura melayan Mia. Tapi dalam hatinya dia tidak punya masalah dengan permintaan Ajmal.
Tengku Zarifah Hana menyusul kemudiannya dan menyuruh Ajmal menemani Nylia makan. Mia turut sama membontoti mereka. Kali ini dia dalam dukungan Ajmal pula.
“ makanlah Nyl...kesian bonda tengok kena buli pula dengan Mia ni...” Nylia hanya tersenyum. Malu pun ada bila Tengku Thalia dan Tengku Munir turut menemaninya di meja makan. Mereka berbual-bual kosong tidak mahu mengganggu selera makan Nylia.
“ macam mana kerja okay ke?” Tengku Munir memulakan bicara ketika mereka sudah duduk di ruang tamu.
“ Alhamdulillah...cuma janggal sikit sebab dah tak ada kuliah sekarang...”
“ ye la lupa pula ayahanda...Nylia baru selesai PHD kan?baguslah muda-muda ni kena belajar dan rebut ilmu banyak-banyak...” Nylia tersenyum dan manganggukkan kepalanya.
“ akak, Hani dengar ada Projek Pembangunan Model Bandar Dalam Taman ye?”
“ yup...next month start...”
“ Hani tengok dalam internet. Akak ada latest info ke?” semua mata kini tertumpu kepada perbualan mereka berdua.
“ ada...tapi board tak meeting lagi. Next week baru start board meeting. Rasanya dekat internet baru promo kan? Hani minat ke nak joint?”
“ nak!nak sangat...akak boleh tolong Hani ke?” Nylia menganggukkan kepala. Sememangnya dia bercadang untuk memberitahu bakal adik iparnya tentang pertandingan tersebut. Sementelah dia tahu minat yang mendalam Tengku Zarilah Hani kepada alam semulajadi.
“ nanti akak inform any news okay...”
“ don’t tell me you’re one of the board members...”
“ oh my god!great la akak...superb!” dia kegirangan ketika Nylia hanya membalas dengan senyuman. Ajmal hanya memandang keserasian yang wujud antara adiknya dan Nylia. Tentulah dia sangat gembira jika seluruh keluarga gembira dengan kehadiran Nylia di sisinya. Tepat sekali pilihan bondanya. Nylia Fareen memang sesuai menjadi isterinya.

***        ***        ***

“ program apa yang hani cakap tadi sayang?” Ajmal memulakan perbualan sebaik keretanya keluar dari perkarangan rumah bondanya.
“ Pembangunan Model Bandar Dalam Taman...memang ada terfikir nak suggest Hani joint...”
“ abang tak tahu pun sayang terlibat...” ada riak yang berbeza dari suara Ajmal.
“ Nyl tak sempat nak inform abang...abang pun baru je balik kan...” Ajmal tersenyum-senyum memandang Nylia. “ kenapa senyum-senyum ni...”
“ seronok dengar sayang panggil abang...lepas ni no more you or awak between us okay...” Nylia hanya tersenyum. Dia tidak sedar panggilan abang itu meluncur keluar dari mulutnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Bahagia.
“ abang balik esok...terus naik pelantar...” Ajmal bersuara dengan berat hati. Dia tahu Nylia pasti terusik hati. Nylia tidak membalas. Membuang pandangan ke luar tingkap.
“ sayang...abang minta maaf...” entah kenapa Ajmal mula sensitif dengan perasaan Nylia sekarang. Dia tahu beginilah kehidupan yang akan dilalui Nylia sehinggalah mereka berkahwin nanti. Akan tegarkah bakal isterinya itu ditinggalkan pergi. Akan tegarkah dia berpisah dengan Nylia nanti.
“ it’s okay...kerja kan...” Nylia membalas kemudiannya. Mendatar sahaja nada suaranya. Dia menahan airmata yang sudah bertakung di mata. Nylia tidak membantah ketika Ajmal menarik tangannya dan dikucup berkali-kali. Mereka menyepi selepas itu sehinggalah tiba di rumah. Jam sudah beranjak ke angka 11.05 malam ketika Nylia sampai. Nylia mohon beransur selepas bersalaman dengan Ajmal.
“ nanti abang telefon ye....” Ajmal bersuara separuh berbisik. “ sayang...” Nylia menganggukkan kepala kemudiannya. Dia cuba untuk tersenyum.
Malam itu, seperti dijanjikan, Ajmal menghubungi Nylia. Pastilah sahaja dia ingin membuat hati bakal isterinya tenang dan senang. Dia berjanji akan pulang jika ada kelapangan.
Bagi Nylia sendiri walaupun situasi itu biasa berlaku antara dia dan abangnya Naufal Farhan, tapi tentulah tidak sama dengan situasinya sekarang. Rindu pada Naufal akan dirawat oleh ayah dan ibunya. Tapi rindu pada Ajmal, siapa yang akan membantu. Malah dia sudah dapat merasa kehidupan selepas perkahwinannya nanti begitulah keadaannya. Ajmal akan berpergian berbulan-bulan dan dia akan kesepian dan keseorangan menanggung rindu itu.
Perbualan malam itu tidaklah tegang tapi penuh dengan pujuk rayu sepasang kekasih. Hubungan yang semakin intim itu bertambah marak bila masing-masing mula kenal erti rindu. Ajmal semakin mengenali Nylia yang sebenarnya manja sekali dalam ketegasan yang dizahirkan. Rasa bahgia itu benar-benar mekar dalam hatinya. Begitu juga Nylia yang semakin mengenali sikap romantik dalam diri Ajmal yang kebiasaannya dilihat tenang sahaja.


~zara aqeela~

No comments: