-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 11 ::..

Keesokan harinya, Nylia kembali bekerja seperti biasa. Selepas ketinggalan hari pertama minggu baru semalam, dunianya bagai sukar di set semula. Lama Nylia mendiamkan diri di biliknya. Sehinggalah dia menerima panggilan dari Din Azraf memaklumkan satu perjumpaan akan diadakan esok. Nylia mengiyakan dan mencatatkan maklumat daripada Din Azraf.
Nylia bingkas ke perpustakaan ketika jam beranjak ke angka 9.30 pagi. Mujurlah dia sudah bersarapan pagi tadi. Tidaklah dia terkejar-kejar mencari makanan mengisi perutnya pagi itu. Setiba di perpustakaan, Nylia mengambil tempat paling hujung bersebelahan dengan ruangan buku untuk Fakulti Kejuruteraan. Sesi depan, dia telah disenaraikan sebagai salah seorang pengajar Matematik Kejuruteraan di Jabatan Elektrik. Sengaja dia ingin memberikan brainstorming kepada otaknya.
Ketika Nylia sedang membelek beberapa buku yang disenaraikan dari cariannya di internet, seorang lelaki menyapanya.
“ assalamualaikum...”
“ wa’alaikumussalam...” Nylia memandang lelaki tersebut dengan teliti. Seakan pernah ditemui.
“ Fareen kan? Nylia Fareen Farid...”
“ ya...sorry siapa ye? Saya tak berapa cam...” Nylia masih berdiri tegak. Lelaki ini mengenalinya.
“ Rafie...Rafie Arshad. Kawan Naufal Fareed. Ingat tak?”
“ masyaAllah...maaf saya betul-betul tak perasan tadi...” Nylia meletakkan kembali buku yang sedang dipegangnya. Serta merta wajah Naufal Fareed melintasi mindanya.
“ saya dah lama perasan Fareen kat kampus ni tapi nak tegur takut salah orang...” Nylia hanya tersenyum.
“ so kena tunggu tempat yang tak ada orang baru boleh tegur la ye?” mereka sudah melangkah mengambil tempat untuk duduk.
“ bukan...” jejaka yang bernama Rafie itu sudah tersenyum.
“ saya minta maaf sebab tak ada di Malaysia masa Fareed meninggal dunia...” ada getar dalam suaranya. Nylia hanya tersenyum. Memang dia ada menghubungi Rafie seperti yang diminta arwah kembarnya. Tapi ketika itu sahabat baik kembarnya itu sedang berada di Madinah. Sememangnya Fareed tidak pernah gagal memperkenalkan semua kawannya kepada Nylia.
“ tak apa...tapi Fareed ada tinggalkan barang untuk awak tau...cuma saya tak tahu nak cari awak kat mana. Alhamdulillah syukur Allah jumpakan kita kat sini...oh ya awak buat apa kat sini?”
“ saya buat research...bidang Mechanical Engine...” Nylia hanya menganggukkan kepala.
“ awak sama masuk dengan team yang datang seminar sebelum raya tu ke?” Rafie hanya tersenyum. “ patutlah...saya yakin awak yang saya nampak di cafe...” Rafie tersenyum lagi. Benar-benar menggamit ingatan Nylia kepada Naufal Fareed. Begitulah tingkahnya. Tersenyum sahaja menjawab pertanyaan jika jawapannya ya. Jika tidak, barulah bersuara membetulkan. Nylia masih ingat yang Fareed dan Rafie pernah digelar kembar kerana sama sikapnya. Malah seperti ditakdirkan Allah keduanya mempunyai tahi lalat di atas kening sebelah kanan dan lesung pipit di sebelah kiri. Fareed suka berkepala botak Rafie pula menyimpan rambut separas bahu.
“ awak cari buku engineering ke?” Rafie menukar tajuk perbualan ketika terlihat perubahan Nylia.
“ a’ha ye...nak buat rujukan...”
“ okaylah kalau macam tu...mungkin kita boleh jumpa lagi kemudian...kalau Fareen tak keberatan boleh bagi saya nombor telefon...oh ye, Auf apa khabar?”
“ dia sihat je Rafie...now dekat Iran...” Nylia menjawab sambil tangannya ligat mencari handsetnya.
“ masih offshore?” Nylia menganggukkan kepala sambil tersenyum. Mereka bertukar nombor telefon sebelum Rafie beredar.
Nylia kembali ke rak mengambil semula buku yang telah dipegang tadi. Dia kembali duduk membuka helaian demi helaian. Namum fikirannya entah ke mana menerawang. Baru sahaja Nylia berazam membuka lembaran baru hari ini. Rupanya kisah baru pula yang timbul. Lamunan Nylia dikejutkan dengan bunyi SMS di telefon.
“ Nyl, ko kat mana?aku nk mnta pndapat ko ni...” Nylia senyum dengan SMS daripada Zakeah.
“ lib, F1, engine” tiada lagi balasan SMS kemudiannya. Tangan Nylia mencapai pen dan mencatat beberapa berkara yang berkaitan dengan keperluan pengajarannya. Namun fikirannya entah ke mana.
“ cuba kau tengok ni...okay tak aku punya ulasan ni? Last week Dr. Ikram ada bagi beberapa cadangan penambahbaikan proposal aku...” Zakeah mengunjukkan catatannya.
“ terkejut aku...kau ni kalau ya pun bagilah salam...” Nylia menepuk lembut lengan Zakeah.
“ Nyl...aku dah dekat sejam kat sini...kau dah jawab salam aku...” Zakeah menepuk kembali lengan Nylia.
“ Allahuakbar...” Nylia bersandar dan meraup mukanya. Begitu sekali kesannya kehadiran Rafie sebentar tadi. Tentu sahaja dia terkesan kerana orang yang menemukan dia dengan Rafie ialah Naufal Fareed.
“ Nyl...kau ada masalah ke?” Zakeah beralih ke sisi Nylia. Nylia tidak menjawab. Dia hanya menggelengkan kepala perlahan.
“ sorry Kak Keah...” Nylia sudah senyum semula.
“ betul ni? risau pula aku dibuatnya. Kau dah jawab salam aku, siap aku sembang dua tiga patah dengan kau. Aku tengok kau khusyuk je buat notes...” Zakeah menyambung lagi.
“ aku penat kot...” dia tengok Zakeah menganggukkan kepala. Selepas Nylia jelas reda, Zakeah mangajaknya keluar ke kafe. Menyegarkan badan. Mereka beriringan ke Kafe Selasih. Sempat berhenti di Jabatan Pengajian Siswazah melihat-lihat jika ada apa-apa berita baru. Tiada sebarang maklumat melainkan iklan mengenai Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang mereka kelolakan.
            Mereka sekadar berbual kosong sebelum berpisah mengikut haluan masing-masing. Seperti biasa Nylia kembali ke pejabatnya. Sebaik tiba di pejabat, pembantunya Suraya memaklumkan ada panggilan dari Bahagian Perhubungan Korporat memaklumkan jabatannya akan menerima pelawat delegasi dari Jepun hari Khamis jam 10.00 pagi. Nylia berkira-kira jadualnya. Terpaksalah dia membatalkan semua temujanji dan membuat sedikit perjumpaan untuk briefing jabatan. Segera dia meminta bantuan Suraya, pembantu jabatannya mengeluarkan short notice untuk adhoc meeting petang tersebut.
            Seperti dirancangkan, semua kakitangan Jabatan Alam Sekitar telah berkumpul di bilik persidangan jabatan. Nylia sudah menanti lebih awal dengan beberapa catatan dan maklumat yang perlu disampaikan. Sudah menjadi sikapnya datang lebih awal jika mengadakan mesyuarat jabatan. Sebelum mesyuarat tadi, Suraya telah memberikan senarai nama terkini kakitangan jabatannya. Terdapat 3 orang pensyarah baru dan 2 orang tutor mendaftar masuk dalam tempoh 2 minggu. Nylia sudah jelas tentang semua itu berdasarkan surat edaran yang diterima dari fakulti. Sememangnya Nylia lebih senang jika kakitangan baru melapor diri di fakulti kerana penetapan bidang tugas letaknya di Pengurusan Akademik Fakulti.
Tepat jam 3.00 petang, Nylia memulakan mukadimahnya. Seperti biasa, pembantunya Suraya setia di sebelahnya membuat catatan.
“ saya minta maaf atas panggilan mesyuarat secara tiba-tiba...sebenarnya, pagi tadi saya mendapat makluman, jabatan akan menerima pelawat delegasi dari Jepun. Merujuk kepada surat makluman, mereka akan hadir pada hari Khamis jam 10.00 pagi. Tidak dinyatakan berapa ramai tapi saya dah minta Bahagian Pengurusan Korporat buat conformation. Hope that we’ll get the news by this evening. Saya sudah meneliti beberapa bahagian yang bersesuaian untuk kita buka kepada delegasi berkenaan...sebelum tu ada sesiapa yang ada kekangan pada hari berkenaan?” pertanyaan itu cukup menunjukkan Nylia meletakkan kewajipan kakitangannya ada ketika menyambut kehadiran delegasi tersebut.
“ boss...eh sorry Cik Nylia, projects’ paper on ke? Sebab machine dah run since last week...” En.Farisal mengajukan soalan. Dia merupakan Ketua Pengoperasian Jabatan. Bertanggungjawab mengawalselia semua komponen mesin di jabatan terutamanya bagi projek pelajar.
“ oh ya...just continue sebab saya tak nak P&P terganggu. Jadual akan berjalan seperti biasa tapi saya mohon kakitangan yang tidak terlibat dengan projek ada masa pembukaan...” Nylia lihat mereka menganggukkan kepala.
“ Cik Nylia...” wajah baru mencelah. Nylia memandang kakitangan tersebut. Seingatnya berdasarkan rekod yang dia terima nama kakitangannya itu Saiful Azman.
“ ye En. Saiful Azman...” ada kaget dari riak wajahnya. Tapi biasa sahaja bagi kakitangan yang lain kerana Nylia memang selalu mengenali kakitangannya.
“ tujuan kedatangan delegasi tu apa ya?” ada kesombongan dalam bicaranya.
“ tujuan kedatangan mereka adalah untuk mewujudkan kerjasama dengan universiti dalam bidang biodegredasi...” Nylia menjawab pendek. Dia nampak jelas Saiful Azman menganggukkan kepala.
“ okay, next part...saya telah menyediakan pengisian ringkas yang saya pecahkan kepada dua bahagian, lawatan dan perkongsian. Bagi tujuan tersebut, saya telah meneliti bahagian yang akan dilawati di jabatan kita ialah, Bengkel Rawatan dan Pelupusan Sisa Pejal, Pn. Hjh Nafisah dan Bengkel Pengurusan Pembangunan, Dr Taufik. Bagi perkongsian pula, mereka akan ke Bengkel Pembangunan dan Bahagian Pengoperasian.” Nylia berhenti seketika melihat reaksi kakitangannya. Tiada sebarang batahan malah mereka leka menyalin dan merujuk edaran.
“ Cik Nylia, projek students macam mana ye?” Syahrin, Penyelia Bengkel Pembangunan mengajukan soalan.
“ go on...saya rasa itu yang mereka nak tengok. Saya mohon Bengkel Pembangunan meneliti semula mana-mana hasil pelajar yang perlu dipamerkan.”
“ okay boss...” jawapan Syahrin mengundang gelak ahli mesyuarat. Sememangnya anak muda kelahiran Terengganu itu suka berseloroh.
“ okay, kalau tak ada apa-apa lagi, Khamis jam 9.30 berkumpul di Launching Area. Makanan pada hari tersebut disediakan untuk semua kakitangan Jabatan Alam Sekitar di bilik persidangan. Saya mohon, Pn.Fauzilah menguruskan jamuan dan makanan. En.Saiful Azman persiapan tempat dan boleh rujuk Syahrin untuk keperluan. Keperluan teknikal saya minta tolong En.Khairil. Saya akan luluskan penggunaan barang boleh ambil borang kebenaran daripada Suraya by this evening...semua dah ada kan?” Nylia memandang Suraya di sebelahnya.
“ dah selesai Cik Nylia, tinggal sign je...” Suraya mengunjukkan borang yang dimaksudkan.
“ okay...saya sekali lagi mohon maaf sebab terpaksa pick any names based on timetable record sebab it’s to adhoc. Nama-nama tadi ada masalah ke?” Nylia lihat tiada bantahan. Namun di wajah Saiful Azman ada kedengkelan terlukis.
“ okay, kalau tiada bantahan, kita bersurai...minum petang dekat sebelah ye...” sempat Nylia memaklumkan. Selepas segala urusan selesai, Nylia meminta Suraya membuat salinan untuk semua surat sebelum diedarkan untuk rekod. Ketika beriringan keluar, Suraya mencuit bahu Nylia dan memuncungkan bibirnya ke arah Ikram yang sedang menanti di ruang menunggu. Suraya berlalu memohon diri. Ikram sedang berbual dengan kakitangan barunya, Saiful Azman.
“ you...” Nylia mendekati Ikram selepas melihat Saiful Azman berlalu.  
“ hai sayang...” satu cubitan singgah di lengan Ikram.
“ meeting?”
“ yup...pembangunan nak buat restruction piping...you dari mana?”
“ meeting...adhoc...delegasi dari Jepun nak datang Thursday” Nylia menjawab.
“ okay then, I nak send report dulu...I’ll call you later ok sayang...take care”
“ okay...you too” Nylia berlalu menyertai kakitangannya menikmati minum petang.
Sebaik dia mengambil tempat di sebelah Hjh Nafisah, kakitangan jabatannya yang baru mendekati dan menghulur salam perkenalan. Nylia menyambut baik dan tersenyum. Mereka berbual kosong sambil berbincang ringkas tentang tetamu yang bakal mereka terima selang sehari akan datang. Sengaja Nylia memilih bahagian yang dikawalselia oleh pegawai yang lebih senior. Itu salah satu cara Nylia menghargai mereka kerana sebagai Ketua Jabatan yang usianya jauh lebih muda, dia tidak mahu ada jurang perasaan dalam kelompok kerja di jabatannya. Semenjak Nylia menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Alam Sekitar 3 tahun yang lalu, dia tidak menghadapi masalah dengan kakitangan jabatannya. Malah mereka sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepadanya.
            Beberapa orang kakitangan memohon diri ketika jam beranjak ke angka 5.05 petang. Nylia kemudiannya melangkah ke bilik selepas mengambil maklumat terkini daripada Suraya pembantunya. Suraya turut memaklumkan semua surat dan borang penggunaan perlatan telah diedarkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Senang hati Nylia menerima makluman tersebut.
“ Cik Nylia, call...Corporate Managing Department...” Pegawai Perhubungan Awam Fakulti menghulurkan gagang telefon.
“ Nylia Fareen Farid speaking...” Nylia sempat melambaikan tangan kepada Suraya supaya menunggunya.
“ okay thank you so much...so that, my department just incharge the delegation on that day. Right?” Nylia tersenyum sambil mendengar jawapan dari Jabatan Pengurusan Korporat.
“ okay prof...terima kasih banyak-banyak...I’ll see you tomorrow for the planning. Minta maaf menyusahkan jabatan prof...” Nylia meletakkan gagang selepas menamatkan perbualan.
“ Prof Mahadi ke Cik Nylia?” Suraya dan Hamidah menyoal serentak. Mereka tergelak kecil ketika Nylia menganggukkan kepala.
“ suka pula you all ye?”
“ siapa tak kenal buaya muda tu Cik Nylia...” Suraya menyambung. Dia kemudiannya menoleh kiri kanan ketika Hamidah menepis lembut bahunya. Nylia turut ketawa kecil dengan gelaran yang diberi oleh dua orang pegawainya kepada ketua di Jabatan Pengurusan Korporat tersebut.
“ any news ke Cik Nylia?” Suraya menyambung selepas ketawa mereka reda.
“ yup! Delegasi ada 15 orang dan yang akan melawat 10 orang, 5 orang akan meeting. Esok dia nak jumpa I...”
“ siapa? Jepun tu ke Cik Nylia?” Hamidah memintas.
“ no la...buaya muda you all tu...” serentak ketawa mereka pecah lagi. Mujurlah tidak ramai orang di situ. “ Hamidah, you tolong tengok ada tak fax dari Corporate Managing Department? I nak tengok dulu. Esok pagi I’ll catch with you okay Suraya...” Nylia berlalu selepas menerima huluran fax daripada Hamidah. Suraya mengangguk tanda setuju. Sisa ketawanya masih terdengar ketika Nylia melangkah meninggalkan kaunter.
            Selepas mengemaskan barang di biliknya, Nylia menghubungi Ikram untuk bertemu malam itu. Mungkin Ikram boleh membantu memberikan dia idea untuk perjalanan program tersebut. Walaupun program berkenaan hanya untuk tempoh sehari sahaja tetapi bagi Nylia setiap perkara perlu diteliti dan dirancang dengan betul. Tiada jawapan. Kecewa. Nylia mencuba lagi. Masih tiada jawapan. Dia berlalu meninggalkan biliknya untuk pulang.
Ketika kereta yang dipandu Nylia keluar meninggalkan kawasan kampus, telefon bimbitnya berbunyi. Ikram.
“ hello sayang...sorry I tertinggal handset dalam kereta tadi...” laju sahaja suara Ikram meluncur. Nylia sudah tersenyum.
“ it’s okay...Am kat mana?”
“ ada kes kat klinik tadi...you kat mana ni?”
“ on my way home...”
“ driving?”
“ yup...”
“ okay sayang, I’ll catch up with you later...call me bila dah sampai okay...” terus Ikram menamatkan talian.
            Seperti yang dijangka Nylia, Ikram terlebih dahulu menghubunginya. Sikap itulah yang membuat Nylia senang berkawan dengan Ikram. Mereka berjanji untuk bertemu jam 8.30 malam di rumah Nylia bersekali jemputan makan malam. Sudah menjadi kebiasaan orang tua Nylia menjemput Ikram makan malam di rumah.
            Sekitar jam 10.30 malam, Nylia menunjukkan hasil perbincangan mereka yang terus dicatatkan ke dalam notebooknya. Ikram menyambut huluran notebook sambil matanya jelas Nylia mencatatkan sesuatu ke dalam PDA. Ikram senyum sahaja. Nylia memandang Ikram ketika notebook bertukar tangan.
“ kenapa ni?hiding something from me...” Ikram meneguk air limau ais yang sudah tinggal separuh gelas.
“ seceret behind transparent curtain...” Nylia gelak kemudiannya. Itulah yang selalu disebut Ikram jika Nylia memaksa sesuatu perkara disorokkan dari pengetahuannya.
“ pandai darling I ni...” Nylia pantas menepis lembut tangan Ikram yang sudah boleh dibaca ingin menarik hidungnya.
“ Fareed...” sekilas nama itu terluah, Ikram menegakkan badannya. Dia pasti sesuatu mengusik hati gadis pujaannya kala ini.
“ why Nylia...”
“ tadi I jumpa kawan baik dia Rafie...everyhthings about Fareed is too hard too leave it out Am...” Nylia menarik nafas dalam-dalam.
“ dia cakap apa sampai you terusik sangat ni...” Ikram cuba meraih tangan Nylia. Dia menggenggam kemas ketika Nylia tidak menolak.
“ dia tak ada lah cakap apa-apa cuma I rasa semacam kalau tiba-tiba ada sesuatu or seseorang yang membawa ingatan I pada Fareed...he’s one of his best friend Am...and he’s the one that everybody said his twin...” Nylia terhenti ketika tiba-tiba perasaannya benar-benar terusik. “ he is really make me feel like Fareed is stand in front of me...” Nylia memejamkan mata dan membiarkan airmatanya mengalir.
            Ikram membiarkan Nylia melepaskan perasaannya. Sejurus kemudian, Nylia membuka matanya dan memberikan senyuman. Begitulah Nylia. Pandai mengambil hati orang keliling. Kepada Ikram juga dimaklumkan bahawa Rafie sahabat baik kembarnya itu sedang membuat research di kampus di bawah Jabatan Mekanikal. Nyata maklumat itu membuatkan Ikram tertarik dan berminat ingin mengetahui siapakah Rafie yang telah menyentuh hati Nylia.

***        ***        ***

            Keesokannya seperti telah dirancang-rancang, Rafie muncul ketika Nylia sedang minum pagi bersama Ikram. Rafie menolak baik ketika diajak minum bersama. Dia menyambut huluran tangan Ikram ketika diperkenalkan oleh Nylia. Rafie hanya tersenyum ketika Ikram bertanyakan adakah dia mendapatkan maklumat yang cukup untuk research yang sedang dilakukan.
“ just nak tanya bila awak free nak ambil barang yang arwah tinggalkan tu...” Rafie senyum lagi menunggu jawapan Nylia.
“ kenapa tak call je...petang ni boleh kot. Ada saya bawa barang tu tapi dalam bilik...or awak nak sekarang...”
“ petang boleh lah...ada sukan staff kan petang ni...” Nylia tahu Ikram sedang memandang dengan cemburu ketika Rafie secara tidak langsung mengambiltahu aktiviti Nylia.
“ yup...awak joint team students ke?” Rafie tersenyum dan mengangguk. Dia memohon diri kemudiannya selepas berjanji bertemu petang tersebut di Kompleks Sukan kampus.
“ I cemburu ni...” Nylia senyum melihat Ikram yang jelas tidak berselindung.
“ Am...dia buat I ingat Fareed...feel really like I’m talking with Fareed...”
“ tapi memang I macam bercakap dengan Fareed...serius sayang...senyum je banyak...” Nylia hanya menganggukkan kepala tidak menjawab. Dia menguis-nguis makanan dalam pinggan dengan sudunya. “ dah lah tu...makan...Fareed sure tak suka you sedih-sedih macam ni tau...” Nylia tersenyum kemudiannya. Terpujuk dengan kata-kata Ikram.
            Petang itu, seperti dijanjikan, Rafie sudah menunggu Nylia di tempat meletak kereta Kompleks Sukan. Terkejut Nylia ketika dia lihat Rafie sedang berbual-bual dengan Ikram di pondok rehat.
“ sorry awak lama tunggu ke?” Nylia bersuara sambil menghulurkan kotak kecil berwarna silver.
“ it’s okay...congrates menang tadi...” Rafie membalas ketika kotak bertukar tangan. Nylia hanya menganggukkan kepala. Mereka berpisah kemudiannya.
“ nak balik terus ke nak makan dulu?” Ikram bersuara kemudiannya.
“ makan dulu...I lapar serius...” Nylia senyum ketika Ikram merungut kerana Nylia tidak menghabiskan makan tengaharinya tadi. Namun dia akhirnya akur dengan perangai Nylia yang sudah terbiasa sangat dihadapinya. Mereka memilih Restoran Masakan Melayu Minang yang tidak jauh dari kampus. Sekitar jam 6.45 petang, mereka berpisah ke destinasi masing-masing.

~zara aqeela~

No comments: