-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 16 ::..

Masa begitu cepat berlalu dan hari kemuncak semakin hampir. Sebaik tamat perjumpaan, Nylia memulakan kerja di lokasi yang telah dipilih dan dia kira paling sesuai dengan bilangan tetamu yang dijangka hadir. Nylia anggarkan seratus orang kerana tentulah semua jawatankuasa akan berkumpul di situ memandangkan itulah perjumpaan awal untuk kemuncak karnival. Profesor Syamsinar banyak memberikan idea untuk menjayakan Welcoming Ceremony. Cadangan Nylia memilih tema dalam taman mendapat sambutan dari ahli mesyuarat tidak formal tersebut.
Menjelang petang, Nylia selesai menguruskan lokasi Welcoming Ceremony di jabatannya. Dia mohon pengecualian dari Din Azraf untuk perjumpaan bersama Dekan Fakulti Seni. Nylia kira penting menyudahkan persiapan di lokasi. Beberapa orang jawatankuasa yang membantu masih tekun membuat kerja. Dia sebenarnya terlalu letih malah terasa suhu badannya tidak menentu. Din Azraf tidak keberatan dan mengarahkan Suri membantunya. Syukur dia punya rakan pasukan yang memahami dan komited dengan kerjasama pasukan.
Ketika jam beranjak ke pukul 6.20 baru Nylia sedar perutnya belum diisi sejak pagi. Itupun ketika Ikram singgah di jabatannya mempelawa dia makan malam bersamanya. Ketika itu Nylia baru sahaja melepaskan pelajar dan jawatankuasa yang membantunya untuk pulang. Malam ini mereka semua akan berehat sebelum kemuncak karnival bermula esok. Nylia berjanji bertemu Ikram di restoran berhampiran.
Ikram sudah menunggu di meja ketika dia sampai. Selesai membuat pesanan, telefon bimbitnya berbunyi. Ajmal.
“ Nylia...assalamualaikum...” Nylia mula sedar Ajmal akan memulakan perbualan dengan menyebut namanya. Walupun ini kali ketiga bersembang selepas 20 tahun tidak berjumpa.
“ yup...wa’alaikumussalam...”
“ sibuk ke?”
“ tak...baru nak makan...tadi sibuk sikit...where are you?” Nylia seperti terdengar suara Tengku Thalia di belakangnya.
“ rumah bonda...just arrived...boleh kita jumpa malam ni?” Nylia dengar nada kesungguhan. Mungkin untuk membincangkan pertunangan mereka.
“ okay...boleh”
“ saya jemput awak nanti 8.00 malam...” Nylia bersetuju kerana sememangnya perlu untuk mereka berjumpa. Tentulah sahaja kerana keputusan yang telah dibuat oleh ibu dan bonda mereka.
“ bakal tunang ye?” soalan yang Nylia memang jangka akan keluar dari mulut Ikram. Nylia senyum mengiyakan.
“ dia okay kan dengan you?”
“ okay...Am jangan risau okay...kalau dia tak okay, I’ll let you know...” Nylia lihat Ikram senyum meleret. Pasti sahaja dia merasa Nylia menyindirnya.
Nylia sekadar berbual kosong dengan Ikram di restoran. Sebaik selesai makan, dia mohon untuk pulang kerana sudah berjanji dengan Ajmal. Mereka berpisah di situ.
Nylia terus masuk ke bilik sebaik tiba di rumah. Dia lihat ayah dan ibunya memang belum sampai. Mereka ke pekan katanya. Selesai berpakaian ala kadar, dia terdengar telefon bimbitnya berbunyi. SMS.
“ saya otw baru gerak dr masjid KLIA...”
“ okay...” Nylia membalas
Nylia menyandarkan badan di kerusi malas. Sekadar melepas lelah. Dia pasti ibu dan ayah sudah pulang sebab terdengar suara mereka. Sengaja dia tidak keluar bilik. Menenangkan fizikal dan mental.
“ Nylia...” ketukan di pintu disulam suara ibu.
“ ya ibu...”
“ ada tetamu...” Nylia lihat ibunya tersenyum di muka pintu. Pastilah Ajmal yang dimaksudkan. Dia mencapai beg tangan dan berlalu ke depan. Ajmal sedang berbual dengan ayah di laman.
“ kami pergi dulu ayah, ibu...” Nylia menghulurkan tangan bersalaman.
“ masuk dulu Ajmal...” sudah dijangka pelawaan ibunya.
“ tak apa la makcik insyaAllah lain kali.” Ajmal menolak dengan baik.
Zairun menghantar mereka dengan lambaian. Nylia nampak jelas wajah ceria ibunya melihat dia keluar bersama Ajmal.
“ awak demam ke?” entah kenapa itu yang pertama keluar dari mulut Ajmal.
“ tak...letih kot...kelmarin baru selesai pembentangan PHD project...saya tengah workout dengan Karnival Kesenian dan Kebudayaan kat kampus...” Nylia mengulas panjang.
“ sorrylah sebab mengganggu masa rehat awak...”
“ tak la...awak pun baru sampai kan...mesti penat...”
“ sikitla...” Ajmal tersenyum. “ Tapi saya nak jumpa awak juga sebab tak nak bonda beli barang hantaran pertunangan kita...” Nylia hampir terlupa masih banyak persiapan perlu dilakukan walaupun hanya untuk pertunangan. Barangkali Ajmal juga terkejar-kejar. Tambahan lagi dia yang bekerja di tengah lautan.
“ kenapa? Tengku Thalia mesti ada pilihan untuk majlis tu kan? Ibu pun mesti sama...” Nylia berkata untuk dirinya sendiri.
“ saya tak nak la bonda ikut taste dia...nanti semua tak suite dengan awak...” Nylia tergelak kecil mendengar nada omelan dari ayat Ajmal.
“ Ajmal...” Nylia sedang berkira-kira bagaimana memulakan bicara.
“ hhhmmm...”
“ saya tak tahu apa yang nak disediakan...I mean tak tahu nak mula dari mana...saya memang tak tahu sempat ke saya buat persiapan sebab ada dua minggu je...” kebimbangannya diluahkan pada Ajmal.
“ Nylia...” Ajmal memintas. “ awak tenang je okay...saya dah minta tolong Tareq survey wedding planner untuk tolong kita...sebab tu la saya ajak awak malam ni...kita tengok apa wedding planner ni boleh tolong kita...” Nylia hanya berdiam. Kehilangan kata-kata.
“ Nylia...awak tak setuju ke?”
“ bukan...saya speechless”
“ Nylia...kita kena usaha mencipta perasaan kebahagiaan dalam hubungan kita kan? itu yang kita setuju kan?”
“ ye...betul...saya harap kita sedang memulakan sesuatu yang terbaik sekarang...” Nylia tenggelam dalam dunia sendiri.
“ Saya ingat kita nak ke butik...” dia tersilap rupanya ketika mereka berhenti di sebuah restoran.
“ Tak...saya rasa macam formal sangat nak duduk kat butik...” mereka beriringan masuk ke restoran.
Rupanya sepasang suami isteri pengusaha butik telah menunggu kedatangan mereka. Baik Nylia mahupun Ajmal masing-masing tidak mempunyai perancangan untuk pertunangan mereka. Kak Juwita pemilik butik di hadapan mereka memberi reaksi terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Ajmal ketika dia bertanyakan tema yang dirancangkan.
Akhirnya dia mencadangkan Nylia dan Ajmal memilih latar putih dengan hiasan bunga ros merah segar untuk segala persiapan dan meletakkan Nylia dalam pakaian gold. Dia lihat Ajmal berkenan benar dengan contoh gambar yang ditunjukkan. Tapi Ajmal tetap memberikan Nylia ruang membuat pilihan. Nylia sebenarnya tidaklah terlalu memilih cuma bimbang akan cantikkah dia dalam persalinan gold itu nanti. Akhirnya Nylia bersetuju dengan pilihan wedding planner tersebut. Mereka akan berjumpa semula dua hari lagi menghantar barang hantaran untuk digubah. Ajmal memilih hitam dan putih untuk tema gubahan hantarannya manakala Nylia memilih hitam dan gold untuk hantarannya kepada Ajmal. Lebih kurang jam 10.30 malam mereka meminta diri untuk pulang.
“ Nylia...saya plan nak ajak awak beli barang esok petang boleh ke?” Ajmal membuka bicara ketika mereka sedang makan malam.
“ hhhmmm...pukul berapa ye? Kalau selepas 5.30 boleh rasanya...”
“ okay...”
“ Ajmal...saya minta maaf la sebab menyusahkan awak...” Nylia sememangnya rasa bersalah sedari awal.
“ kenapa ni?tak ada apa yang menyusahkan...our mum yang create this clumsy situasion...”
“ saya rasa kalut sangat sampai terlupa kita ada tak sampai seminggu untuk persiapan pertunangan kita ni...sampai awak terpaksa balik tolong saya buat persiapan...” tutur Nylia panjang lebar.
“ janganlah cakap macam tu Nylia...ini tanggungjawab kita bersama kan...makanlah...saya tengok awak letih sangat...lepas ni saya hantar awak balik...” Nylia hanya mampu tersenyum. Bahagiakah dia sekarang. Nylia tahu Ajmal sedang melatih diri menyesuaikan hubungan mereka berdua.

***        ***        ***

Suhu badan yang naik mendadak tengah malam tadi memaksa Nylia ke klinik awal pagi ini. Mujurlah segala persiapan untuk majlis pertunangan dia dan Ajmal telah selesai. Tiga hari lepas Nylia sempat berbual dengan Ajmal sebelum dia berangkat ke pelantar untuk menyudahkan kerja penting. Sekaligus Ajmal akan mengambil cuti untuk majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung berbaki 3 hari sahaja lagi. Masa yang sama Nylia sedang dalam debaran menanti Majlis Penutup Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang akan berlangsung sehari selepas pertunangannya. Pagi ini Nylia bercadang bertemu dengan Din Azraf dan memohon jasa baiknya untuk pengecualian pada program Sabtu malam. Jika merujuk kepada tentatif, malam itu adalah pertunjukkan fesyen bersekali dengan anugerah pereka fesyen muda.  Rasanya tidaklah terlalu penting kedudukan Nylia ketika itu. Dia telah letakkan malam itu di bawah seliaan Prof Syamsinar dan Dr Ikram untuk membantu. Mereka tidak keberatan.
Ketika tiba di dewan utama, Nylia lihat hanya ada beberapa jawatankuasa sedang menjalankan tugas masing-masing. Namum dia jelas dengan kelibat Din Azraf di penjuru pentas sedang berbincang dengan jurutera lampu. Din Azraf memberi isyarat untuk dia menunggu sebentar. Pasti Din Azraf tertanya-tanya apa yang mustahak memandangkan Nylia memberitahu untuk berjumpa pagi ini. Mustahak. Sesekali Nylia terbersin. Tidak pasti habuk atau kedinginan yang datang dari suhu pendingin hawa.
“ hai Nylia kenapa ni you demam ke?” Din Azraf mengambil tempat di sebelah Nylia.
“ demam sikit... tengah malam tadi tiba-tiba suhu badan I naik...” Nylia senyum.
“ apa yang urgent sangat dear?” Nylia membalas pertanyaan Din Azraf dengan senyuman. Paling manis barangkali kerana dia merenung Nylia dalam-dalam.
“ segan pulak I rasa...sebenarnya I nak minta pengecualian Sabtu malam ni...kita just ada fesyen show dan anugerah pereka fesyen kan?” Nylia cuba mendapatkan kepastian.
“ yup betul...tapi you tak nak joint ke sebab kita ada promp nite tau malam tu...”
“ I’ll be the promp at that nite...”
“ pardon?” mungkin Din Azraf sedang menangkap maksud di sebalik kata-kata Nylia.
“ this Saturday is my engangement day. So boleh ke I minta...”
“ oh my God!really...congratulation Nylia Fareen...melepasla team PHD yang tengah ushar you selama ni...” gelak besar pecah dihujung ayat Din Azraf.
“ Azraf...you memang tau...so ni kira boleh ke?”
“ of course la...ni seceret ke?”
“ yup...sangat secret...you je tau...even Ikram didn’t know that...”
“ okay I promise nobody will found it out...” kali ini Nylia lihat serius Din Azraf.
“ thank you Azraf...”
Nylia mohon berlalu untuk berjumpa dengan Prof Syamsinar  berkenaan dengan para jemputan. Din Azraf sekali lagi meberikan salam tahniah buatnya. Sempat juga dia mengirimkan salam buat bakal tunangan Nylia. Nylia tersenyum sebelum berlalu. Berjalan kaki ke Bahagian Pembangunan terasa sangat letih. Mungkin kerana kesihatan yang tidak begitu bagus. Mujurlah perbincangan dengan Prof Syamsinar berjalan lancar dan dia sedia membantu. Tidak pula dia bertanya posisi Nylia malam itu. Barangkali dia sedia faham Nylia masih ada tugasan yang perlu di selesaikan dengan bahagian lain dalam team kami. Usai perbincangan dengan Prof Syamsinar, Nylia berlalu ke bilik gerakan di Fakulti Seni. Dia memilih untuk menaiki kereta kerana sungguh dia tidak mampu berjalan kaki. Ketika tiba di Bilik Gerakan, kelihatan Zakeah sedang menyediakan salinan perjalanan program Sabtu malam untuk diedarkan kepada jawatankuasa yang terlibat untuk mengelakkan clashing.
Nylia lihat Nazim sedang membantu Suri memeriksa penyertaan untuk Sabtu malam. Nylia melemparkan senyuman dan terus ke arah Jeanne untuk membantu.
“hey Nyl you sakit ke?wow! panasnya badan you...” jeritan Jeanne menggamit perhatian mereka yang berhampiran.
“demam sikitlah...eh mcm mana dengan hadiah untuk acara kemuncak semua dah smpai ke? Esok dah Jumaat...risau pulak I...” Nylia meluahkan kebimbangan kerana pastilah hari Sabtu nanti kebanyakan syarikat tidak beroperasi. Tinggal hari ini dan esok sahaja untuk memastikan segalanya siap.
“tu la I dah call company tu pagi tadi and ask them to send all the item today...ye la kan kalau kita nak claim yang tak okay masih ada esok...you ni dah jupe doktor ke?”
“dah...dont worry la ok...”
“you jumpa doktor sape? Dr Ikram? memanglah tak akan sihat...”
“ish! I pergi klinik la...” Nylia layan sahaja kerenah Jeanne sambil tangannya turut sama mambantu Jeanne mengira bilangan peserta dan model untuk acara Sabtu malam.
Menjelang tengahari kerja di bilik gerakan selesai. Nylia menolak baik pelawaan mereka untuk makan tengahari bersama dengan alasan dia perlu key in markah final student.
Nylia terus mengunci pintu biliknya dan menyandarkan badan di kerusi. Terasa sakit segala sendi. Tiba-tiba rasa rindu yang teramat kepada abangnya datang. Minggu lalu telah dia sampaikan perkhabaran tentang majlis pertunangannya yang akan berlangsung Sabtu ini. Tidak pula abangnya memberi jaminan untuk pulang kerana dia juga maklum dengan latar kerja abangnya itu. Tapi untuk majlis pernikahannya nanti dia akan ada. Itu pasti.
Nylia terkejut ketika terdengar telefon bimbitnya berbunyi.
“ hello...”
“ Nyl, ibu ni...macam mana dah sihat ke?” Nylia tahu ibu sangat bimbang dengan kedegilannya. Tambahan pula hari pertunangannya semakin hampir.
“ macam ni lah ibu...riuh je kat rumah...siapa datang?”
“ ala biaselah dah majlis kamu pun nak dekat kan...Nyl balik awal ye sayang...”
“ InsyaAllah bu, Nyl pun ingat nak ambil MC la arini macam tak larat je...esok dah memang tak boleh cuti...” separuh merengek Nylia berbicara.
“ baguslah...”
“ Auf ada telefon ibu tak? Nyl call dari pagi tadi tak dapatlah...”
“ tak ada pulak...kenapa?”
“ Tak ada pe la ibu...”
“ Nyl baliklah ye...”
“ sekejap lagi Nyl balik...”
Sebaik perbualan tamat, Nylia menyemak markah di website bimbang ada yang keciciran. Dia tak mahu anak didiknya menjadi mangsa kecuaiannya sendiri. Sebaik yakin dan pasti semuanya telah selesai, Nylia bersiap untuk meninggalkan kampus. Nylia hubungi Ikram tapi tiada jawapan. Sekadar ingin memaklumkan dia mengambil cuti hari ini dan bertanyakan perkembangan untuk Sabtu malam. Nylia tinggalkan pesanan di jabatannya sebelum meninggalkan kampus minta Ikram menghubunginya.
Nylia sampai di rumah jam 3.00 petang. Memang rumah agak penuh dengan saudara mara belah ibu dan ayah. Dia laju meloloskan diri ke bilik. Mujurlah tiada siapa menahan di ruang tamu. Memang badannya terasa lemah betul mungkin sedikit masa melelapkan mata akan menambahkan tenaga untuknya. Dia dengar suara ibu menghampiri pintu bilik. Bila- bila masa sahaja dia akan menjengah ke bilik. Tidak pula Nylia berganjak dari pembaringan, malah dia menyelesakan diri seadanya.
“ Nylia Fareen...ayah ni...” kaget dia mendengar suara ayah di muka pintu. “ Boleh ayah masuk?” Nylia mengiyakan dan ayahnya sudah menguak pintu. Melangkah ke sisi katil selepas menutup pintu rapat.
“ sorry ayah Nyl letih betul...” Nylia tidak bangun. Bukan kurang ajar tapi sungguh dia tidak berdaya.
“ Nyl demam ni...kita jumpa doktor ye...” belakang tangan ayahnya melekap di dahi dan tengkuk Nylia.
“ Nyl dah pergi pagi-pagi tadi...Nyl okay ayah...awalnya mereka tu sampai ayah...bukan ke majlis Nyl hari lusa...” bukanlah Nylia tidak suka dengan kehadiran mereka. Sekadar bertanya.
“ biasalah Nyl excited lebih...” ayah menguntum senyum. Nylia lihat ada kegusaran di wajah ayahnya.
“ kenapa ayah?ada apa-apa yang tak kena ke?” Nylia cuba memancing.
“ tidak la sayang...ayah cuma bimbang kalau-kalau Nyl rasa terpaksa menerima Ajmal. Ayah dan ibu memang tak boleh menolak lamaran mereka Nyl...keluarga Tengku sangat banyak membantu kita. Sejak arwah mama dan papa Nyl masih ada lagi. Malah dia juga memberikan bantuan menggalakkan Naufal ke luar Negara. Betapa sayangnya mereka kepada Naufal seperti sayangkan anak sendiri” ada gurisan hiba dalam bicara ayahnya.
“ ayah...janganlah ayah risau...Nyl dan Ajmal tak rasa pun kami dipaksa...Ajmal pun baik pada Nyl.” Nylia cuba meyakinkan ayahnya.
“ tapi dia jauh lebih tua dari Nyl...ayah bimbang Nyl berasa tak selesa pulak nanti...” itu rupanya yang ayahnya bimbangkan. Nylia melempar senyum kepada ayahnya sambil membetulkan baringan.
“ janganlah risau ayah...setakat ni Ajmal ok je...selebihnya ayah dan ibu doakan Nyl yang terbaik okay...”
“ mestilah sayang...okaylah ayah keluar dulu. Nanti Nyl keluar ye...apa pulak kata saudara mara kita nanti...”
“ okay ayah...tapi Nyl nak berehat dulu...”
Ayahnya berlalu bila Nylia meyakinkan yang dia benar-benar okay dan sihat. Sempat Nylia melelapkan mata sementara menunggu waktu ‘Asar. Nylia terjaga ketika terdengar bunyi SMS masuk di telefon bimbitnya.
“ sorry Nyl, Am xde kat kampus tadi. Ada jemputan dari Fakulti Seni bout Anugerah Pereka Fesyen Sabtu malam ni...” Ikram rupanya. Pasti sahaja dia baru sampai di jabatan. Nylia lihat jam di tangan 4.55 petang.
“ it’s okay...saje cari Am tadi nak bincang pasal tu la pun...” Nylia bangun menggeliat. Panas badan masih terasa bahangnya. Tapi denyut di kepala sudah berkurangan.
“ Am jumpa Nyl sok pagi la okay ke? petang bz sket la...”
“ okay...thanx Am...” Nylia menuju ke bilik air. Membersihkan diri, solat dan bersiap keluar ke ruang tamu. Usikan dan gurauan bersilih ganti di ruang tamu. Pasti sahaja dia menjadi sasaran seterusnya. Tepat sekali bila Mak Long menyapa sebaik terlihat kelibatnya. Nylia akhirnya mengerti ketika Mak Long menunjukkan baju dan keperluan bilik yang kebetulan baru turun dari van Kak Juwita di depan rumah. Nylia lihat Kak Juwita dan suami tersenyum memandangnya. Pasti sahaja dia terkejut bila melihat wajah Nylia yang agak pucat dan mengetahui Nylia demam panas ketika majlis tinggal satu hari sahaja. Nylia hanya mampu tersenyum dan berseloroh mengatakan pasti sahaja Kak Juwita boleh make over keadaannya pada hari Sabtu nanti. Seketika pandangan Nylia tertancap pada sepasang baju yang betul-betul kelihatan anggun. Betul pakaian itu nampak begitu cantik. Baju kurung moden dari kain sutera chiffon dipadukan dengan jahitan manik-manik halus di leher dan lengan baju. Pendek kata cantiklah. Semua peralatan diangkat ke bilik Nylia supaya mudah dipasang esok.
“ hantaran untuk rumah Ajmal akak hantar esok petang. Malam baru akak datang sini ye bawa hantaran Nylia dan siapkan bilik sekali...boleh ke?” Kak Juwita memberitahu perancangannya kerana Ajmal meninggalkan pesan supaya bertanya kepadanya untuk urusan yang lain.
“ tak awal sangat ke kak? bunga tu nanti tak layu ke?”
“ oo bunga untuk rumah Ajmal akak pasang Sabtu petang, lepas tu akak ke mari pasang bunga untuk hantaran Nylia sekali makeup la untuk malam...”
“ oo...kalau macam tu okay sangatlah...” Kak Juwita dan suaminya Nashrul memohon diri selepas menjamu mereka dengan minum petang.
Nylia kembali ke dalam rumah melihat saudara maranya membuat bunga telur. Padanlah ibu berpesan jangan membeli bunga yang awalnya dia cadangkan untuk diberi kepada tetamu yang hadir dan satu set bunga pahar untuk mengiring hantaran. Hasil seni makcik-makciknya ternyata menarik sekali. Tepat pula dengan tema yang dipilih merah, putih dan gold.
Nylia bingkas ke dapur ketika terdengar ibu memanggil namanya. Ibu memaklumkan dia menjemput jiran tetangga untuk sedikit doa selamat esok malam. Bersekali dengan tahlil. Nylia menerima segala cadangan ibunya kerana memang dia tidak mampu nak berfikir dalam waktu yang terlalu singkat ini. Pastilah ibunya membuat yang terbaik untuk dia dan Tengku Thalia memilih yang terbaik untuk Tengku Ajmal Syaqer.
Ketika Nylia asyik berbual kosong dengan ibunya, Makcik Safiyah adik bongsu arwah mama masuk ke dapur. Dia mengunjukkan langsir yang baru dibeli tadi. Alangkah terkejutnya Fatemah bila mengetahui mereka bersama-sama menghadiahkan sepersalinan langsir untuk majlis Nylia hujung minggu ini.
“ apalah sangat Fatemah, Nylia pun anak kami juga kan sayang...” sekejap itu juga Nylia sudah dalam dakapan Mak Long.
“ kamu demam ke Nylia?” terkejut Mak Long ketika menarik Nylia dalam pelukannya.
“ sikit je Mak Long...” pastilah radio buruk itu akan bernyanyi sebentar lagi. Tepat sekali telahannya bila Mak Long membebel menyatakan yang dia terlalu kuat bekerja.

~zara aqeela~

No comments: