-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 9 ::..

Seminggu sahaja lagi umat Islam akan bersama-sama menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Semalam, Nylia sudah membawa ibu dan ayahnya membeli pakaian baru untuk sambutan hari raya. Dia turut membelikan sepasang baju melayu untuk dikirim kepada abangnya. Memang sudah menjadi rutin bagi Nylia berbuat begitu. Walaupun abangnya Naufal tidak pulang ke Malaysia, dia tetap ingin abangnya mempunyai baju melayu yang sama tema dengan keluarganya. Kali ini, ayahnya Zairun dipaksa memilih warna tema. Akhirnya warna yang dipilih adalah warna ungu lavender.
            Nylia masih duduk termenung membuang pandangan entah ke mana. Jam sudah beranjak ke angka 10.00 pagi. Awal-awal tadi dia sudahpun mengirimkan email lakaran projek yang telah dikemaskini kepada Profesor Khairudi penyelia projeknya. Minggu ini para pelajar sudah mula bercuti pertengahan semester bersekali dengan cuti hari raya. Ketika sampai pagi tadi, kampus begitu sunyi sekali. Hanya tinggal beberapa pelajar yang mungkin sudah membuat temujanji dengan pensyarah masing-masing. Lamunan Nylia terganggu dengan deringan telefon di atas mejanya.
“ Nylia Fareen Farid...hello...” protokol yang mesti diikuti.
“ hello sayang...Ikram Nashrul speaking...”
“ yes sir, apa boleh saya tolong?” mereka masih bermain-main.
“ someone stole my heart. Can you help me?” Ikram mengusik lagi.
“ why did you put your heart everywhere?” Nylia sudah tergelak kecil.
“ no I didn’t...she just take it silently deep inside...”
“ oh poor you...may be you can ask her to give your heart back...just give a reason that you want to give it to another person maybe...”
“ Nylia...you tahu kan benda tu takkan berlaku?” Nylia tersenyum bila Ikram mula serius.
“ dah you buat I macam pakar psikologi kan...”
“ I bergurau je...I nak jumpa you...I datang sekarang...” tidak sempat Nylia membalas, Ikram telah menamatkan talian.
Tidak sampai 15 minit, Ikram sudah membuka pintu bilik Nylia. Dia tersenyum dan tanpa segan terus mendekati Nylia yang sedang menyusun beberapa buku di rak. Terkejut Ikram bila melihat susunan kedudukan perabot di bilik Nylia sudah berubah. Bertambah terkejut dia bila mengetahui Nylia mengubah susunatur sendiri sepanjang bulan puasa ni.
“ jangan buat macam tu lagi bahaya...tak elok untuk orang perempuan...I ada...” Ikram sudah duduk di sofa.
“ I’m sorry...I boring...” Nylia duduk di sebelah Ikram memujuk. Jelas Ikram terlalu marah.
“ bahaya tau orang perempuan buat kerja berat-berat macam tu...badan you tu nak pakai lama...” Ikram masih mengomel tanpa memandang ke arah Nylia. Dia mencapai majalah di depannya dan membelek-belek tanpa tujuan. Nylia tahu Ikram marah betul. Pastilah dia lebih tahu implikasinya kerana dia seorang doktor.
“ Am...janganlah marah...” Nylia cuba menarik tangan Ikram. Benar dia sungguh bimbang bila jelas Ikram terlalu marah.
“ you tahu I sayangkan you kan? Kalau pun you tak nak dekat I, I nak you nampak sempurna di mata semua orang. I tak nak orang sakitkan hati you...orang perempuan tak elok buat kerja berat-berat. Tak elok untuk sistem peranakan you sayang...” Ikram mengulang lagi punca kemarahannya. Kali ini dengan alasan yang lebih kukuh dan menyentuh perasaan Nylia. Hingga ke hatinya.
“ I minta maaf...you janganlah marahkan I...nak raya ni Am...” suara Nylia sudah berubah.
“ I tak marah...” cepat Ikram mengendurkan suaranya. Terpujuk hati Nylia bila melihat Ikram tersenyum.
“ so you dah start cuti la ni esok? Boringlah I tak ada kawan...” Nylia menarik tangannya yang sedari tadi dalam genggaman Ikram. Dia bingkas menyambung kerjanya menyusun bahan pengajaran.
  I kena jemput mummy esok kat KLIA...then, straight to Pahang...you takut rindu I ye...” Ikram sudah mendekati Nylia. Bimbang dia kalau Nylia merajuk. Tambahan pula Syawal semakin hampir. Pastilah saat ini hatinya sangat mudah tersentuh.
“ perasan! boringlah I tak ada orang I nak kutuk...” Nylia tergelak. Senang hati Ikram melihat Nylia begitu. Mereka masih berbual sambil Nylia menyudahkan kerja mengemas. Ikram kembali ke jabatannya ketika terdengar azan Zohor berkumandang. Sempat dia berjanji untuk menghantar Nylia pulang bila dia tahu Nylia tidak memandu ke kampus pagi tadi. Malas alasannya.
            Petang itu seperti yang dijanjikan, Ikram menghantar Nylia pulang. Ketika sampai di perkarangan rumah, Ikram menghulurkan sebuah beg kertas kepada Nylia. Hadiah katanya. Terkejut Nylia bila melihat sepasang baju kurung sutera cina dengan tema yang sama untuk sambutan hari raya kali ini. Ikram berlalu kemudiannya selepas memastikan Nylia selamat masuk ke rumah.
            Telefon bimbit Nylia berbunyi sebaik dia selesai menggosok semua pakaian keluarganya. Dia sengaja membiarkan lagu Anuar Zain berkumandang lebih lama selepas melihat nama Ikram naik di skrin telefon.
“ hello sayang...”
“ hai...you kat mana ni?”
“ kat kampung la...rindulah...you tak rindu I ke?”
“ hhhmmm...tak pun...I rindu Auf...dia belum telefon pun lagi...” Nylia sememangnya tertunggu-tunggu panggilan daripada abangnya. Walaupun rutin biasa Naufal akan menghubunginya pada Subuh hari raya.
“ nanti dia telefonlah...dia tak pernah missed untuk telefon you setiap kali raya kan?” Ikram memujuk.
“ mestilah...you tak tolong masak ke? ngelat ni...” Nylia mengusik.
“ I tengah jaga lemang tadi...tapi tiba-tiba dada I rasa sakit sangat-sangat...”
“ you sakit?” laju Nylia memotong cakap Ikram.
“ hhhmm...sakit rindu, pedih kat hulu hati I ni...” Ikram tergelak kecil diiringi dengusan marah Nylia.
“ you ni kan...”
“ betul apa I rindu kat you...”
“ ye la...tapi I tak rindu you pun...” Nylia berkeras lagi. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Nylia sudah lali benar dengan sikap Ikram yang tidak menyerah kalah memikatnya. Setiap kali raya menjelang, Nylia memang akan menerima panggilan daripada Ikram dan abangnya. Itu sudah menjadi kemestian. Mereka akan berbual seketika sebelum masing-masing menyambung kerja yang tertangguh.

***        ***        ***

            Telefon bimbit Nylia berbunyi seiring dengan jam loceng di meja sisi katilnya. Sempat dia menjeling jam, 5.30 pagi. Nylia bingkas bangun bila melihat nombor yang terpapar di skrin telefonnya. Hilang ngantuknya.
“ hello sayang abang...selamat hari raya...” Naufal menahan getar suaranya.
“ selamat hari raya abang...you didn’t back home again...” suara itu sudah diiringi linangan airmata.
“ I’m working Nylia...adik abang ni belum bangun ye...” Naufal cuba menceriakan suasana pagi raya yang hening itu.
“ baru je bangun...abang pakai baju Nyl bagi tak?” senang hati Naufal bila adiknya sudah kedengaran ceria.
“ mestilah...nasib baik ada adik abang kirim baju. Kalau tak, abang raya tak pakai baju tau...” Naufal tergelak sendiri.
“ ye lah abang tu...abang makan apa raya ni? kesian abang tak ada ketupat dengan rendang...siapa masak untuk abang?” Nylia sudah kembali tersedu.
“ it’s okay la sayang...ni dah berapa kali abang raya kat overseas kan...lagipun jiran-jiran and officemate ada yang masak makanan kita tau kat sini...”
“ really? okay lah kalau macam tu...”
“ Nyl janganlah risau sangat okay...abang nak siap-siap ni. Petang ni kena ke pelantar. Selamat hari raya adik abang...abang minta maaf banyak-banyak sebab selalu buat adik abang ni susah hati, kecil hati. Selalu abang tak tunaikan janji abang untuk Nyl...” Naufal terhenti. Dia tidak mampu menahan sebak di dadanya.
“ selamat hari raya untuk abang juga...Nyl minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Halalkan makan minum Nyl, duit yang abang kirim untuk Nyl selama ni. Nyl rindu abang sangat-sangat...” mereka terhenti seketika. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir masing-masing. Hanya kedengaran esak tangis masing-masing.
“ hey sayang...dah lah jangan nangis okay...nanti abang call lagi. Kirim salam hari raya kat ibu dengan ayah okay...”
“ okay...abang jaga diri okay...”
“ okay Nyl...eh! lupa nak bagitahu. Abang transfer duit raya kat akaun Nyl. Dekat ibu dengan ayah sekali. Nanti Nyl tolong bagitahu ye. Baru transfer tadi...”
“ abang ni tak payah la susah-susah...kat sana pun abang nak pakai duit banyak kan?” Nylia menyeka airmata yang bersisa.
“ tak apa lah bukan untuk orang lain...Nyl jaga diri okay...abang ada kerja sikit ni...” Naufal memohon diri. Nylia bingkas bila jam beranjak ke angka 6.20 pagi. Dia belum menunaikan solat Subuh.
           
***        ***        ***

            Pagi itu sama seperti hari raya yang lalu, Zairun akan memandu kereta membawa isterinya Fatemah dan anak perempuannya Nylia menziarahi pusara Farid, Naeesah dan Naufal Fareed. Kelemahan Nylia yang satu itu amat difahami oleh Zairun. Menuju tanah perkuburan di mana kedua orang tua dan kembarnya disemadikan adalah satu kepedihan buat Nylia. Jasadnya kuat, batinnya tidak.
            Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, bacaan surah Yassin yang dihadiahkan mereka bertiga akan diiringi oleh linangan airmata yang berterusan. Sesekali dia melihat anaknya menyeka airmata. Setiap tahun begitulah keadaan Nylia. Kalau 15 tahun dulu, dia akan dipeluk oleh Naufal Farhan memujuk. Kemudian, ketika Naufal Farhan tiada, kembarnya Naufal Fareed pula menggamit menenangkannya. Kini, sejak 10 tahun yang lalu, Nylia semakin matang menyimpan dukanya. Menutup laranya.
“ kita balik sayang...” Fatemah megusap lembut kepala anak perempuannya ketika kelihatan jelas anaknya terlalu berat hati melepaskan pusara itu.
“ nanti bila-bila kita datang lagi okay, macam selalu kan...” Zairun pula memujuk. Ketika itu Nylia sekali lagi menoleh selepas beberapa langkah meninggalkan pusara. Nylia hanya menganggukkan kepala dan cuba memberikan senyuman.
            Zairun memandu keretanya pulang ke rumah. Tahun ini dia tidak bercadang untuk berziarah ke rumah saudara maranya di negeri Sembilan. Sebaliknya, dia telah menjemput saudara maranya datang beraya di rumah. Sengaja Zairun berbuat demikian kerana dia mahu merayakan Aidilfitri tahun ini bersama anak perempuannya yang telah dilamar keluarga Tengku Munir. Dia sudah berkira-kira mungkin tahun akan datang, dia perlu menunggu giliran anaknya beraya di rumah barulah dapat berkumpul semula. Nylia hanya berdiam diri ketika ayahnya memaklumkan cadangan tersebut.
            Petang itu selepas mereka selesai menunaikan solat Zohor, terdengar suara riuh rendah memberi salam. Rupanya, saudara mara Zairun dari Negeri Sembilan telah sampai. Gembira sungguh Zairun dan Fatemah atas kesudian mereka menerima jemputan untuk datang beraya di rumah. Puas hati Zairun melayan kerenah anak buah dan cucu saudaranya. Sempat juga dia mengusik anak perempuannya Nylia bila hendak menghadiahkan cucu buatnya.
“ Auf dululah ayah...” sengaja Zairun ingin mengumpan anaknya. Dia lihat Fatemah isterinya hanya memandang dengan senyuman. Mereka tahu Nylia masih belum membuat keputusan tentang lamaran keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia.
Zairun seboleh mungkin tidak mahu anaknya itu rasa tertekan dengan lamaran tersebut. Walaupun pada hakikatnya dia sendiri sedang terkesan dengan lamaran tersebut. Bimbang jika keputusan anaknya akan menyebabkan bekas majikannya itu tersalah sangka. Akhirnya Zairun membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja. Dia terus melayan kerenah ahli keluarganya.

***        ***        ***
           
            Nylia kembali bertugas selepas seminggu bercuti. Ketika tiba di kampus pagi tadi dia sudah mendapat SMS dari Ikram bertanyakan jika dia boleh menjemput di KLIA. Nylia hanya tersenyum dan bersetuju menjemput Ikram. Ketika Ikram berangkat ke Manila sengaja Nylia tidak menghantarnya di KLIA kerana semua keluarga Ikram turut serta. Dia tidak mahu disalahertikan oleh ahli keluarga Ikram terutama mummy Ikram.
            Nylia bertolak ke KLIA ketika jam beranjak ke angka 10.30 kerana Ikram menjangkakan dia akan sampai lebih kurang jam 11.00 pagi. Setelah memastikan semua kerja penting dibereskan, Nylia meninggalkan pejabatnya dengan pesanan supaya dihubungi jika terdapat sebarang perkara penting dan perlu tindakan segera.
            Ketika keretanya sampai di bahagian luar ruang ketibaan, dia lihat Ikram sudah menunggu. Nylia melihat jam dashboard keretanya 11.15 pagi dan dia tersenyum.
“ sorry I’m late...”
“ it’s okay...baru je keluar...I’ll drive” Ikram sudah membuka pintu bahagian pemandu.
“ it’s okay...” Nylia meyakinkan Ikram sehinggalah lelaki itu mengalah dan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
“ macam mana kampus?”
“ hhhmmm...biasa je...how’s Manila ”
“ good...tired sebab cuaca tak bersih macam kat KL ni sayang...” Ikram bersandar dan memejamkan mata. Nylia tidak lagi bertanya ketika wajah Ikram jelas kepenatan. “ sorry I’m really tired...” Ikram bersuara ketika menyedari dia sudah terlena.
“ it’s okay...” Nylia terus memandu.
“ you nak pergi mana-mana ke? I temankan you...”
“ no...I’ll send you home...” Nylia tidak mahu menganggu Ikram. Tentu sahaja Ikram inginkan ruang waktu melepaskan lelah. Seminar bukanlah satu aktiviti yang meningkatkan tenaga.
“ then...” Ikram masih memejamkan mata.
“ back to my office...I’ve got work to do...”
“ hhhmmm...then...” Nylia tidak menjawab lagi bila dia tahu Ikram sedang cuba menjaga hatinya walaupun sebenarnya dia terlalu penat. Nylia terus memandu dan akhirnya Ikram terlena dan dibuai mimpi. Nylia tersenyum sendiri.
Selepas lebih kurang 1 jam perjalanan, mereka sampai di kawasan apartment tempat di mana Ikram tinggal. Nylia memakirkan kereta berdekatan dengan jalan yang berdepan dengan lif. Rumah Ikram di tingkat tiga. Dia masih ingat kerana ketika Ikram masuk ke apartment tersebut, dia dan Naufal antara yang datang membantu.
“ Ikram Nashrul...” Nylia cuba mengejutkan Ikram.
“ hhhmmm...”
“ dah sampai...your apartment...”
“ hhhmmm...” beberapa minit kemudian baru Ikram membuka matanya. Nylia membiarkan sahaja sambil tangannya laju menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
“ siapa sayang?” Ikram bersuara ketika melihat Nylia begitu leka.
“ Hanif Fahmi...”
“ dia nak apa?” nada suara Ikram sudah berubah. Badannya juga sudah ditegakkan dengan pandangan mata yang tajam.
“ nothing...dia kirim salam and just want to double conform jemputan makan this weekend...”
“ okay...I naik dulu...” Ikram bersuara lemah sambil melangkah keluar. Dia melambaikan tangan dan mengucapkan terima kasih selepas mengambil barangnya di bahagian belakang.
Nylia berlalu dan terus memandu ke kampus. Kerja di pejabat tidaklah sebanyak mana. Tetapi dia ingin menyiapkan beberapa perkara sebelum peperiksaan akhir pelajar bermula dan yang penting karnival besar yang akan bermula tidak lama lagi.
“ did u really date wif him sayang?” Nylia tersenyum dengan SMS yang dikirim Ikram. Belum sempat Nylia masuk ke biliknya. Malah alarm kereta juga belum sempat ditekan.
“ hope to...but both of us cant make it...” Nylia masih tidak berterus terang situasi antara dia dan Hanif Fahmi.
“ u workaholic sgt...” Nylia membiarkan SMS Ikram tidak berjawab. Ikram akan tahu juga nanti. Hujung minggu itu Nylia bercadang membawa Ikram sebagai teman menghadiri majlis perkahwinan Hanif Fahmi dan Nurinazirah.

~zara aqeela~

No comments: