-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Nota Hati : Selepas Sepurnama ::..

Catatan 13 Oktober 2011
21:53
Rumah Emak&Abah


Sepurnama sudah
Aku kembali sendiri


Sunyi...
Sepi...


Sepurnama sudah
Engkau tinggalkan aku sendiri


Sudah sepurnama sayang
Kita terpisah dunia mati
Kita berjauh mata dan hati


Sayang...
Sudah sepurnama lamanya
Tertinggal aku di sini
Terus gagah cuba berdiri
Terus cekal untuk berlari
Tanpa pimpinanmu di gelinciran
Tanpa pautanmu di kesempitan


Selepas sepurnama sayang
Tiada lagi engkau di sisi malamku
Tiada juga engkau di sisi siangku
Tiada jasadmu d sisiku
Tiada bayangmu di belakangku
Tiada bauanmu di udaraku
Tiada suaramu di pendengaranku
Tiada lagi hangat pelukanmu


Kita telah terpisah sayang...
Sepurnama sudah...


~zara aqeela~

No comments: