-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 14 ::..

Sengaja Nylia masuk lewat ke bilik kerjanya. Mencari alasan menjauhi Ikram. Dia kira Ikram pasti sedang mencari-cari kesudahan usahanya selama hampir 5 tahun ini. Nylia tidak menyalahkan Ikram untuk punya perasaan. Apatah lagi menyalahkan diri sendiri untuk menolak permintaannya. Nylia bukan membenci Ikram, tapi dia sudah seperti abangnya sendiri.
Barangkali Nylia sedang berperang dengan perasaan sendiri. Bukan perasaan memilih siapa antara Tengku Ajmal Syaqer dan Ikram Nashrul, tapi perasaan untuk memastikan dia menjaga hati semua dengan sebaik mungkin. Nylia yakin Ikram pasti sudah dengar berita lamaran untuknya. Pasti sahaja abangnya Naufal Farhan yang jujur itu tidak akan membohongi kawan baiknya. Walaubagaimanapun, Nylia lebih selesa berdiam selagi Ikram tidak sedayanya mencari kepastian darinya. Satu ketika dulu Nylia pernah cuba untuk menyayangi Ikram kerana dia nampak jelas di mata abangnya yang berharap dia menerima Ikram. Tapi, lama kelamaan Nylia sedar, dia sedang membohongi diri sendiri. Ikram Nashrul dia kenal sebagai sahabat baik abangnya. Ikram Nashrul yang dia tahu menjaganya seperti abang sendiri. Lalu, Nylia mengaajar dirinya agar berani menolak sesuatu yang tidak sepatutnya dia ambil.
Akhirnya, ketika jam beranjak ke pukul 10.00 pagi, Nylia mengalah dan menuju ke Kafeteria Selasih. Nylia tahu Ikram kerap di situ. Memang dia sengaja ingin tersermpak dengan Ikram.
“ Nylia...” tepat seperti yang dijangka.
“ Hey! Hai Am! Sorry...I’m really busy lately...you pun tahu kan karnival tu dah mula...” Nylia sengaja memberikan alasan ketika Ikram merungut dia sukar ditemui.
“ it’s okay Nylia...jom minum...” seperti biasa Ikram sentiasa positif dengan alasan yang diberi oleh Nylia. Dia tidak menolak pelawaannya kali ini.
Lama benar mereka tidak minum atau makan bersama sejak Nylia memulakan kuliah PHDnya 2 tahun lalu. Masa yang ada pun sesekali bersembang ringkas memandangkan mereka di jabatan yang berlainan. Pagi itu mereka sekadar berbual kosong. Tentu sahaja Ikram bertanyakan tentang abangnya Naufal Farhan. Sememangnya Ikram dan Naufal berdua kawan rapat sejak dalam kelas persediaan sebelum ke New Jersey. Kalau Ikram merinduinya apatah lagi Nylia.
Topik perbualan mereka beralih pula kepada persediaan untuk kemuncak Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang akan bermula tidak lama lagi. Menurut Ikram sambutan untuk peringkat awal sangat menggalakkan. Nylia sendiri tidak sempat mendapatkan maklumbalas dari jawatankuasa yang berkaitan. Tapi dari sms yang dikirim Din Azraf semalam, dia sangat gembira dengan perjalanan program. Nylia sebenarnya terlepas banyak perkara kerana pelajar tahun akhir di bawah seliaannya sedang membuat pembentangan projek. Esok baru selesai semuanya.
Kemudian, Nylia beralih topik kepada projek semester akhirnya. Sengaja ingin memancing jika dia ada mendengar komen dari beberapa tenaga penilai yang sememangnya berkampung di Jabatan Kimia tempat Ikram bekerja. Buat masa ini mereka sedang membuat rekod untuk projek kejuruteraan terlebih dahulu. Begitu yang dimaklumkan oleh Ikram. Nylia hanya tersenyum. Tidak pasti adakah dia sekadar menjaga hati dan menenangkan perasaan Nylia. Nylia akui Ikram banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya. Tapi itu tidak bermakna dia dan Ikram boleh hidup bersama. Bagi Nylia, Ikram seorang sahabat dan abang yang baik dan komited dalam apa juga yang dilakukan.

~zara aqeela~

No comments: