-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 17 ::..

Ikram menghubungi Nylia ketika dia di Jabatan Kimia. Sememangnya jadual Nylia pada pagi Jumaat adalah di Jabatan Kimia. Sesi pertemuan dengan pelajar tahun akhir akan menjadi padat kerana kematangan mereka tentang apa yang mereka pelajari menuntut Nylia bersedia secukupnya. Tapi mujurlah hari ini janji Nylia dan pelajar untuk perbincangan beberapa masalah teori. Kelas yang mengambil masa 2 jam itu tidak terasa kerana terisi dengan sebaiknya.
“ Cik Nylia, Dr Ikram...” seorang pelajar memaklumkan kedatangan Ikram di ruang perbincangan. Pasti sahaja mereka terserempak di pintu. Nylia melambaikan tangan menandakan Ikram boleh masuk. Mereka kemudiannya beriringan ke kafeteria untuk minum pagi. Sepanjang jalan Ikram memaklumkan hasil perbincangannya dengan Fakulti Seni semalam sangat memuaskan.
“ mereka bersedia membantu seratus peratus. Nyl pun tahu kan Dekan dia memang minat dengan fesyen...”
“ bukan minat lagi Am, fashion addicted...” Nylia menambah.
Dia berasa lega dengan perkembangan tersebut. Sememangnya team mereka tahu malam anugerah fesyen itu adalah satu bonus untuk pelajar Fakulti Seni.
“ you cuti semalam?” Ikram memulakan bicara sebaik mereka mengambil tempat.
“ MC demam panas...tapi ni Alhamdulillah dah kurang sikit...”
“ Am ambil half day arini ada urusan luar...” Ikram memaklumkan. Nylia sekadar menganggukkan kepala. Begitu juga Nylia sebenarnya kerana pastilah dia perlukan rehat untuk majlis esok hari. Dia tidak mahu keluarga Ajmal melihat keadaan yang tidak sempurna pada dirinya dalam majlis esok malam.
Sekitar jam 11.20 pagi mereka berpisah arah. Nylia balik ke bilik mengemaskan barang-barang untuk pulang. Dia memandu tenang kerana tiada apa yang dikejarkan. Ketika sampai di rumah hanya ada ibu, Mak Long dan beberapa jiran tetangga yang datang bergotong-royong untuk kenduri malam tersebut. Sebahagian saudara maranya pulang ke rumah seketika mengambil pakaian, mereka akan bermalam di rumah Nylia hari ini supaya dapat membantu untuk majlis hari Sabtu nanti. Nylia ke dapur membantu menyiapkan makan tengahari untuk kaum Adam yang akan ke masjid menunaikan Solat Sunat Jumaat.
Selepas Solat Jumaat, Nylia berehat seketika sebelum mandi dan solat Zohor. Dia mengemas bilik kerana akan dihias pada malam itu. Dia memasukkan beberapa barang yang tak bersesuaian kelihatan dalam biliknya ke dalam kotak. Nantilah dia fikirkan di mana akan diletakkan barangan tersebut. Nylia mencapai telefon ketika terdengar isyarat SMS masuk.
“ Nylia...awak sibuk ke?” Ajmal rupanya.
“ tak kenapa?”
Sekejap itu juga Ajmal menghubunginya. Pertama kali dia mendengar suaranya selepas mereka berpisah beberapa hari lepas. Rindukah Nylia? Entahlah. Perasaan Nylia bercampur baur sebenarnya. Ajmal memberitahu betapa bondanya melarang dia bertemu dengan Nylia sehingga selesai majlis pertunangannya. Tak manis kata bondanya. Ajmal seakan mengadu ketidakpuasan hatinya pada sikap bondanya kepada Nylia. Nylia hanya tergelak kecil.
“mungkin ibu pun tak benarkan agaknya kalau saya kata nak jumpa awak...” Nylia membalas aduannya dengan telahan atas sikap ibunya yang sememangnya sama saja dengan sikap bonda Ajmal.
“ saya jumpa awak hari Ahad ye...” Nylia mengiyakan cadangan Ajmal. Mereka menamatkan talian selepas itu.
Nylia tinggalkan bilik ketika terdengar bunyi riuh di depan. Patutlah pun beberapa orang lagi saudara maranya telah sampai. Dia menuju ke laman ketika melihat khemah untuk majlisnya telah siap dipasang. Ayahnya, Zairun sedang sibuk melihat pekerja kontrak tersebut mengemaskini meja makan. Nylia tersenyum sendiri melihat kerenah ayahnya. Ketika mereka leka memerhati kerja yang dilakukan, Nylia sedar sebuah kereta masuk ke perkarangan. Dia kenal benar kereta Satria Neo hitam tersebut. Tepat sekali. Kereta Ikram. Terkejut dia melihat Ikram di depan rumah. Bertambah terkejut dia melihat penumpang yang keluar di sebelahnya.
“abang!!” Nylia yakin jeritan itu cukup kuat kerana menggamit saudara mara di dalam berlari keluar. Nylia tidak hirau lagi siapa di situ. Sekejap sahaja dia sudah dalam pelukan abangnya Naufal Farhan. Dia lupa Ikram di situ ketika bertalu-talu kucupan singgah di dahi dan pipinya. Dia kira airmata yang ditahan-tahan menanggung rindu telah terlampias semuanya. Dia lihat Ikram tersenyum dengan tubir mata berair.
“ abang tipu...”
“ abang tipu?” begitulah abangnya yang selalu bermain tarik tali.
“ abang kata tak nak balik”
“ abang kata tak janji...” Nylia masih dalam pelukan ketika beriringan masuk ke rumah. Dia terlupa seketika kepada Ikram. Ketika Nylia menoleh, ayahnya sudah mempelawa Ikram masuk ke rumah. Dia tidak melepaskan walau sesaat pun tangan abangnya biar pun ketika Naufal bersalaman dengan ibu dan makciknya yang lain. Nylia lihat jelas kerinduan ibu dalam pelukan yang kuat. Berkali-kali ibu mencium pipi abang. Seperti biasa ayahnya tetap maintain. Namun mana mungkin menahan sebak kerana dia menyeka airmata jantannya dari gugur.
“ sudahlah jangan nangis lagi...Auf dah balik pun...” Ikram mengusiknya.
“ you mesti dah tau Auf nak balik kan? Jangan-jangan semalam masa you cuti sebab Auf kat rumah you ye?” Nylia serkap jarang.
“ aku dah kata dia mesti boleh agak punye...” balas Ikram membuatkan ketawa mereka berdua pecah.
“ sudahlah...abang dah sampai rumah pun selamat kan?” Naufal cuba memujuk. Airmata yang bersisa dikesat abangnya.
“ ye la Nyl telefon banyak kali tapi abang tak pick up, SMS pun tak balas...” Nylia mengomel lagi.
“ bocorlah rahsia nanti kalau naik number abang you...” sakit sungguh hati Nylia dengan jawapan Ikram.
Selepas berbual dan minum petang, mereka mengiringi Ikram ke kereta. Nylia menjemput sekali Ikram ke majlis malam esok. Akhirnya majlis itu tidak lagi menjadi rahsia kepada Ikram.
Nylia membantu abangnya mengangkat beg ke bilik. Dia balik ke bilik kemudiannya. Sempat dia memaklumkan kepada abangnya malam ini wedding planner akan datang menyiapkan bilik dan menghantar hantaran yang ditempah.
“ Nylia boleh abang masuk?” Nylia lihat abangnya di muka pintu ketika dia sedang mencabut cadar. Laju Naufal melarang ketika dia memanjat kerusi untuk mencabut langsir. Segera tugas itu bertukar.
“ bilik Nyl semak lagi. Baru tadi kemas sikit-sikit barang biar tak padat sangat.” Nylia tersenyum memandang abangnya yang sudah pun berbaring di katilnya yang tidak bercadar.
“ kotak-kotak ni nanti letak je kat bilik abang okay...nanti abang tolong angkat...” Naufal membalas.
“ abang nak tidur dengan Nyl la malam ni...boleh ke? nanti dah tak boleh kacau adik abang lagi...dah jadi hak org lain kan...” kata-kata abangnya menarik Nylia memberi perhatian.
“ mestilah boleh...tidur bilik Nyl ye? Ambil berkat...” Nylia sekadar menguji untuk memancing adakah dia sudah punya pasangan hidup. Kalau la Tengku Thalia merasakan Ajmal sudah terlalu lanjut usia apatah lagi abangnya. Naufal jauh lebih tua dari Ajmal tiga tahun beza usia mereka.
“ bilik abang la nanti kotor la bilik adik abang ni...” Naufal tersenyum nakal.
Perbualan mereka terhenti ketika Fatemah ibu mereka datang mengingatkan majlis kenduri akan bermula selepas maghrib. Mereka mengangguk serentak dan berhenti di situ untuk bersiap-siap.

***        ***        ***

Majlis malam itu berjalan dengan lancar. Ibu merancang seringkas mungkin kerana dia tahu anaknya sudah lelah benar. Tambahan pula abangnya Naufal Farhan balik mengejut tanpa disangka. Pastilah ibu tahu benar Nylia ingin melepaskan rindu. Malam itu, kekita Kak Juwita sampai dengan suaminya Nashrul, dia lihat abangnya mengambil ruang berbual dengan ibu dan ayah. Nylia kira ada yang ingin dibincangkan bersama. Nylia melihat Kak Juwita dan suaminya menyudahkan rekaletak biliknya. Langsir dan cadar sudah berganti dengan warna coklat berbenang emas. Langsir siang berwarna gold dilapisi langsir malam berwarna coklat memberikan impak menarik kepada bilik. Kebetulan warna cat kuning cair dengan dinding tumpuan di kepala katil memang berwarna lite brown membuatkan biliknya nampak berseri. Semua 7 dulang hantaran disusun kemas oleh suami Kak Juwita di depan almari. Nylia tidak banyak komen kerana sememangnya kerja mereka kemas dan teratur.
“ Nylia dah test ke baju ni?” abang Nashrul mengingatkan isterinya tentang baju yang akan dipakai esok. Serentak itu Kak Juwita meminta Nylia mencuba sekali lagi bimbang saiz badan berubah katanya. Tambahan pula dia diserang demam tempoh hari. Nylia masuk ke bilik air mencuba sekali lagi baju tersbut.
“ wah!cantiknya adik abang ni...” terkejut Nylia ketika keluar, abangnya sudah berada dalam bilik berbual dengan Nashrul.
“ nasib baik cuba, nak kena kecikkan sikit ni...dua inci banyak juga ni...akak buat 1 ½ inci je la ye..nanti nampak sangat badan Nylia susut...nanti esok masa akak makeup akak touch up yang cengkukng tu...” Kak Juwita berceloteh panjang. Cekap sekali kerja mereka suami isteri. Sekejap sahaja baju tersebut sudah siap dikemaskan jahitannya.
Nylia mengiringi Kak Juwita dan suaminya untuk makan malam kemudian menghantar mereka ke kereta. Sempat Kak Juwita mengingatkan Nylia yang dia akan sampai sekitar 6.30 petang esok untuk menyudahkan hantaran dan dilengkapkan dengan bunga. Nylia berterima kasih atas kerjanya yang cukup bagus.
Malam itu seperti yang dijanjikan Nylia berbual panjang dengan abangnya. Macam-macam yang dibualkan dari cerita mereka kecil sehinggalah untuk majlis esok. Abangnya Naufal ada memaklumkan Ajmal menghubunginya dan memujuk supaya dia balik masa majlis pertunangan tersebut. Ajmal mahu dia gembira katanya. Ajmal tahu Nylia terlalu sayangkan abangnya yang satu itu. Nylia tidak pasti bila dia terlelap kerana ketika dia terjaga, abangnya tiada di sebelah. Jam dinding menunjukkan pukul 3.30 pagi. Nylia menggosok mata ketika terlihat kelibat abangnya sedang solat di penjuru katil. Tahiyyat akhir. Dia berpura-pura tidur kerana tidak mahu mengganggu khusyuknya. Dalam kesuraman malam itu Nylia dengar jelas esak tangisnya memohon doa. Apakah abangnya dalam masalah? Nylia teringin memeluknya ketika itu. Tidak lama selepas itu, dia sedar abangnya kembali berbaring. Kemudian, dia hanya terdengar dengkuran kecil Naufal menandakan abangnya telah nyenyak tidur.
Nylia terjaga ketika terdengar bunyi telefon bimbit abangnya berbunyi.
“ hhhmm...okay I bangun...thanks dear...” kemudian dia melihat abangnya sedang menunggu lagi.
“ dengan Nylia la sayang...haha...okay...okay...bye...” Nylia menahan gelak. Sebaik abangnya mematikan talian dia melepaskan gelak yang tertahan...
“ ish!budak ni terkejut abang...bangun solat Subuh...” Nylia tahu abangnya cuba menahan malu kerana rahsianya telah terbongkar.
“ hhhmmm...okay I bangun...thanks dear...” Nylia mengajuk kata-kata abangnya sebentar tadi. Dia bingkas keluar sebelum bantal hinggap di mukanya.
“ curi dengar ek?!”suara abang sedikit meninggi. Pasti sekejap lagi ibunya Fatemah akan menjerit marahkan mereka.
“ mestilah sayang!!!” Nylia menokok lagi.
“ Nylia Fareen!!!” Naufal menjerit memanggil adiknya.
“ Naufal!! Nylia!!” seperti yang dijangka ibu turut serta dengan nada yang berlainan. Nylia segera masuk ke bilik. Solat Subuh, mandi dan bersiap membantu ibunya di dapur.
Selepas sarapan, dia melihat abangnya membantu ayah mereka membersihkan laman. Mengalihkan sisa-sisa daun dari pokok yang ditebang kelmarin. Baru semalam siang lori yang diupah oleh ayahnya membersihkan sisa pokok yang besar. Kemudian Nylia lihat abangnya membersihkan longkang dan mencantas pokok pagar keliling rumah. Itu memang menjadi rutin Naufal setiap kali dia pulang menjengah rumah. Sesekali dia melihat Naufal terhenti seakan menahan sesuatu. Nylia mula rasa tidak sedap hati. Dia melangkah perlahan ke arah abangnya.
Perlahan dia menarik guntuing pokok di tangan abangnya. Akhirnya Naufal lepaskan juga ketika Nylia berkeras.
“ abang sakit ye?” getar suara Nylia sudah jelas.
“ Nylia...” dia tahu Naufal menyembunyikan darinya kerana abangnya tidak menafikan.
“ abang sakit kan?” Nylia berkeras kali ini. Airmata sudah menitis di pipi. Dia tinggalkan abangnya di situ berlari ke bilik
“ Nylia Fareen...” jelas dia dengar suara abangnya mengejar dia ke bilik. Ketika melintas ruang tamu dia lihat banyak mata memandangnya.
“ Naufal...Naufal Farhan...” juga Nylia dengar suara ibu memanggil abangnya. Pastilah dia tidak menyahut kerana ibu menyebut untuk kali kedua.
“ Nylia abang masuk ye sayang...” Naufal sudah masuk pun ketika dia belum memberikan kebenaran. Terus pintu dikunci.
“ kenapa bang...” Nylia sudah mula teresak-esak.
“ Nylia...abang bukan sakit serius pun...sesekali dada abang sakit...sebab abang tengah treatment berhenti merokok...”
“ abang bohong...” Nylia membalas.
“ Nylia sayangkan abang kan...”
“ mestilah! Sebab tu la Nyl takut kehilangan abang...” pantas dia memotong cakap Naufal.
“ abang okay la sayang...” dia sudah dalam pelukan abangnya. Kali ini airmata tidak terbendung lagi. Hati Nylia menidakkan kata-kata abangnya. “ sudahla Nylia nanti ibu dan ayah fikir apa pulak...” pelukan  dieratkan. Sehingga Nylia boleh mendengar degup jantung Naufal yang kebimbangan dengan sikapnya.
“ you lied to me I know that...please tell me the truth...” Nylia masih mendesak. Hati mereka tidak pernah berbohong. Namun dia yang gagal memujuk abangnya. Seperti biasa Naufal tahu menyejukkan hati adiknya.
Sempat mereka berpakat jika ibu dan ayahnya bertanya katakan sahaja tiada apa. Nylia menarik nafas dalam-dalam dan memejamkan mata tanda protes. Sisa airmata mengalir lagi
“ Nylia please...Ajmal mesti tak suka tengok adik abang macam ni...” Naufal cuba memancing perasaan adiknya.
“ so now you know his name?” Nylia lihat abangnya tergelak kecil.
“ of course I do...” sempat Naufal mengusik adiknya. Ketika mereka keluar dari bilik, sudah mereka jangka ibu dan ayah berdiri menanti di depan pintu bertanya itu dan ini. Akhirnya kedua orang tua mereka menjadi mangsa teka teki mereka berdua. Selepas peristiwa pagi itu, Nylia tidak mahu abangnya hilang dari pandangan.
Petang itu ketika Kak Juwita sampai untuk menyiapkannya, sekali lagi Naufal mengejutkan Nylia dimuka pintu.
“ Nyl...abang nak masuk...”
“ coming...” Nylia leka melihat Kak Juwita menyiapkan letak bunga segar pada hantaran.
“ you...my sister...one and only...Nylia Fareen...” dahi Nylia sudah menerima sebuah kucupan. Nylia bingkas bangun menghulur tangan bersalaman.
“ Fareesha...” Naufal memperkenalkan.
“ girlfriend...” Nylia mengusik. Pipi putihnya kemerahan.
“ akak temankan Nyl ye? nanti duduk kat luar kena dengar lagu lama boring...”
“ lagu lama?” Nylia dan Naufal tersenyum ketika Fareesha terpinga-pinga.
“ radio buruk la dear...bubbling all the time?” Naufal menjelaskan.
“ really?old skol market dia tinggi tau b...” Naufal sudah berbaring di katil adiknya. Nylia biar Naufal dan Fareesha selesa mungkin di biliknya.
“ b, janganlah baring kat sini rosak katil...” satu cubitan mesra hinggap di bahu Naufal. Jelas Nylia lihat kebahagiaan di wajah mereka berdua.
“ okay-okay I bangun...I keluar kejap ye...you duduklah sini ye...temankan Nyl...” Nylia mengangkat tangan isyarat setuju. Dia bangun mengambil tempat abangnya di sebelah Fareesha.
“ akak dah lama ke kenal abang?” Nylia memulakan bicara. Sambil mereka sama-sama leka melihat Kak Juwita melengkapkan hantaran dengan bunga segar.
“ sebenarnya kami satu batch masa kuliah persediaan ke overseas dulu tapi masa tu tak sedar pun he’s exist in my class...” dia menguntum senyum.
“ akak jumpa abang masa medical checkup di Pusat Kesihatan Kampus sebelum kami ke overseas... Auf ke New Jersey, akak ke London...kami mula serius setahun lepas...” Fareesha menyambung kemudiannya.
“ so, akak kenal Ikram?” tiba-tiba Nylia teringat Ikram.
“ of course...dia memang satu kuliah dengan akak di London. I met your brother sebab Ikram la...also because of him I fall in love dengan your brother...” manis sekali tutur bicaranya. Patutlah Naufal manja sekali berbicara di telefon.
“ Nylia...cepat solat ye...eh ada tetamu...” ibunya Fatemah tersenyum melihat Fareesha yang sudah menghulur tangan untuk bersalam.
“ you...nak solat dulu ke? Eh! Ibu kat sini ke?” jelas Nylia lihat air muka abangnya berubah. Malu barangkali.
“ kantoi!!!” Nylia tergelak kecil.
“ ibu, ni Fareesha...you, my mum” Naufal tersengeh memperkenalkan Fareesha kepada Fatemah.
“ okay...” ibu senyum meleret ke arah abang.
“ Nylia solat cepat-cepat ye...boleh kita siap...nanti lambat pula” Kak Juwita selesai menggubah hantaran.
“ okay ibu keluar dulu...nanti Fareesha tolong makcik bawa hantaran keluar ye...” Nylia lihat Fareesha mengangguk dan Fatemah berlalu kemudiannya.
“ I keluar dulu ye...” Nylia lihat abangnya mengenyitkan mata kepada Fareesha. Tentu dia akan disoal siasat oleh ibunya diluar sana. Nylia tersenyum sendiri.
Sejak majlis bermula, Nylia memang meminta abangnya Naufal Farhan dan temannya Fareesha di sisi. Ibu dan ayah bersama ahli keluarga yang lain bertemu tetamu dari keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia. Selepas semuanya selesai, Tengku Thalia mendekati Nylia bersama kakak sulung Ajmal, Tengku Zarifah Hana. Tentulah Nylia amat mengenalinya kerana dia sering melayan Nylia ketika kecil.
“ Nyl...tahniah sayang...” dia mengucup pipi Nylia. Sempat dia berbisik supaya Nylia menjaga adiknya dengan baik.
Usai upacara menyarung cincin, Nylia lihat ayah beriringan dengan Tengku Munir dan dibelakangnya Ajmal sedang tersenyum memandangnya. Pasti dia berpuashati dengan busana yang dipilih. Tiba-tiba wajahnya berubah ketika terpandang Naufal di sisi Nylia. Ajmal lantas meluru dan memeluk Naufal. Erat sekali. Hanya mereka berdua yang tahu perasaan masing-masing ketika itu. Ajmal menarik abangnya sedikit menjauh dan berbicara dengan perlahan sekali. Mereka berpelukan sekali lagi. Kali ini dengan senyuman. Laju sahaja tangan Naufal menggamit Ajmal di sebelah adiknya.
“ Nylia...”
“ hhhmm...” Ajmal tidak manyambung bicara bila mereka mula diusik saudara mara.
Keluarga Ajmal berangkat pulang selepas bertukar dulang hantaran.
Malam itu selepas acara selesai Fareesha memohon diri kerana ada emergency di hospital tempat dia bertugas. Barulah Nylia tahu Fareesha seorang doktor. Nylia baru pasang angan-angan untuk mengorek rahsia dari Fareesha. Mungkin lain kali.
Ketika malam menganjak ke jam 12.00, Nylia menerima panggilan daripada Ajmal.
“ Nylia...”
“ hhhmm..”
“ I miss you...” Nylia hilang kata-kata. Bahagiakah dia.
“ terima kasih...” Nylia tidak tahu mahu membalas apa. Dia juga malu sebenarnya.
“ itu je?” tersinggungkah Ajmal. Bukan dia tidak rindukan Ajmal tapi dia malu.
“ no...I mean...I miss you too?”
“ thank you...” Nylia tergelak kecil dengan sikap mereka masing-masing.
“ Nylia...saya kena balik ke pelabuhan esok sebab ada kerja yang tak selesai tempoh hari...” ada nada kesal dari suaranya. Mungkin dia rasa seperti sedang mungkir janji.
“ owh! tak jadi cuti seminggu...saya pun kena ke kampus esok untuk Majlis Penutup Karnival...”
“ saya hantar awak esok ye...please jangan tolak...” Nylia masih berkira-kira.
“ okay...saya tunggu awak...” jelas nada gembira lahir dari cerita mereka seterusnya. Nylia tidak pasti inikah yang dinamakan cinta. Seketika dia seperti tercari-cari perjalanan hubungannya. Pada satu sudut pula dia benar-benar terkesan dengan hubungan tersebut. Sampai ke lubuk hati.
Ketika jam 1.15 pagi perbualan ditamatkan. Nylia keluar mencari abangnya. Ketika dia masuk ke bilik Naufal, abangnya sedang bercakap di telefon. Mengganggukah dia? Tapi abangnya memberi isyarat dia boleh masuk. Terus sahaja dia berbaring di katil melihat dia berbual.
“ so dah selesai ke sayang?” Nylia lihat abangnya masih berbual. Dia bangun perlahan-lahan tidak mahu mengganggu. Pantas Naufal menarik tangan adiknya dan mengarahkan Nylia tidur sahaja di katilnya.
“ okay, b harap semua selamat...okay, you rehatlah dulu ye...” Nylia lihat abang tersenyum.
“ me too...love you..good night sayang...” akhirnya perbualan mereka tamat. Nylia hampir terlelap ketika Naufal meletakkan belakang tangan di dahi adiknya. Seboleh mungkin Naufal berkeras ingin membawa adiknya ke klinik. Naufal akhirnya mengalah apabila Nylia meyakinkan dia telah makan ubat. Tidak lama kemudian Nylia terdengar dengkuran kecil dari nafas abangnya. Tentu sekali Naufal penat kerana dia nyenyak betul. Nylia pula yang tidak dapat melelapkan mata. Entah kenapa suhu badannya naik semula. Mungkin terlalu penat. Perlahan-lahan dia tinggalkan abangnya dan menuju ke ruang tamu. Bergelimpangan saudara maranya yang lelaki sedang tidur. Akhirnya Nylia terlelap di sofa.

***        ***        ***

Nylia terjaga ketika abangnya mengangkat dia masuk ke bilik. Dia lihat abangnya sudah bersongkok dan berbaju melayu. Tentu abangnya bangun solat malam.
“ kenapa tidur kat sofa? Nyl tak sihat kan?” Naufal seperti memujuk adiknya yang masih mamai-mamai.
“ tidur bilik abang ye...” abangnya terus memujuk ketika Nylia tidak menjawab. Nylia terlena sehinggalah Naufal membangunkannya untuk solat Subuh.
Kepalanya masih terasa sakit dan tubuhnya sedikit melayang ketika dia berjalan masuk ke bilik. Nylia gagahkan juga bersiap-siap untuk ke kampus. Ketika jam menunjukkan 7.30 pagi, dia dengar suara abangnya memanggil di muka pintu.
“ ye...adik dah siap ni” Nylia membuka pintu untuk keluar.
“ Tengku Ajmal Syaqer dah sampai...” dia lihat senyuman nakal dari bibir abangnya. Nylia hanya menggetap bibir. Dia mohon berangkat selepas bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Satu ciuman singgah di dahi ketika bersalaman dengan abangnya.
“ beware Ajmal she’s naughty...” Naufal mengusik lagi.
“ me too...” Nylia sama sekali tidak menjangka Ajmal akan membalas begitu. Ketawa besar mereka pecah lagi mengisi suasana pagi.
Selepas 10 minit perjalanan, Nylia perasan Ajmal tersenyum memandangnya.
“ why?” Nylia malu dibuat begitu.
“ Nylia Fareen...”
“ yup...kenapa tengok saya macam tu?” Nylia bertanya lagi.
“ saja...tak boleh ke saya tengok tunang sendiri?” dia terperangkap. Tentu sahaja boleh. Tapi tidaklah sampai sepanjang jalan perlu begitu.
“ boleh...” Nylia tersenyum sendiri. “ pukul berapa awak gerak ke pelabuhan?” Nylia teringat kata-katanya di telefon malam tadi.
“ lepas hantar awak, saya terus ke sana...majlis awak habis pukul berapa?” giliran Ajmal bertanya.
“ maybe at 2.00 sehingga selesai semua...awak ke pelantar ke hari ini? Kali ni berapa lama pula?”
“ tak pasti lagi. Tapi kalau naik pelantar biasanya 3 bulan paling minimum...kenapa ni?takut rindu ye?” Ajmal mula memerangkap Nylia dengan usikan nakal.
“ mestilah...” kali ini Nylia lihat jelas dia terkejut dengan jawapan jujur Nylia. Sememangnya itu yang dia rasa ketika ini.
“ badan awak panas ni...demam ye?kita ke klinik ye?” laju belakang tangannya melekap di dahi ketika Nylia tiba-tiba terbersin dan batuk.
“ no need...saya dah ke klinik...ubat pun masih ada...” Nylia meyakinkan Ajmal yang semuanya baik-baik sahaja. Nylia katakan kesibukan dan kekalutan menyebabkan dia terlalu penat. Ajmal menganggukkan kepala walaupun ada riak tidak puas hati di wajahnya.
“ kalau ada apa-apa nanti awak telefon ye...” jelas nada kerisauan dalam pujukannya.
“ okay, awak janganlah risau ye...”
“ mestilah saya risau...awak bakal isteri saya...” Ajmal senyum lagi. Boleh tahan senyumannya. “ oh lupa pula saya...” Ajmal mengarahkan Nylia mengambil kotak kecil dalam dashboard keretanya. Terkejutnya Nylia bila Ajmal benar-benar mengotakan janjinya membelikan sebentuk cincin lain menggantikan cincin belah rotan yang salah saiznya.
“ terima kasih Ajmal...” itu sahaja yang mampu Nylia katakan.
Perjalanan seterusnya mereka tidak banyak barcakap kerana ini kali ketiga dia bersama Ajmal dalam kereta. Bezanya ketika ini status mereka sudah berubah. Sepasang tunang. Ketika tiba jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. Beberapa orang jawatankuasa sudah sampai dan Nylia jelas dapat lihat kelibat Din Azraf bersama-sama teman yang lain. Dia yang terlewat agaknya. Nylia mengucapkan terima kasih kerana Ajmal menyediakan ruang untuknya walaupun dia bergegas untuk ke tempat kerja.
Sebaik kereta Ajmal berlalu, Nylia terus sahaja melangkah ke arah teman yang lain. Selepas bertukar salam, dia mohon diri ke ruang tetamu korporat membuat semakan semula bimbang ada yang terlepas pandang. Alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan terkawal. Nylia dapat lihat Prof Syamsinar dalam bilik menunggu. Hatinya sedikit lega sememangya dialah yang Nylia harapkan dan percayai kerana dia selalu bertanggungjawab dalam bahagian korporat dan protokol setiap kali universiti kami menjadi penganjur program besar.
“ Nylia you dah okay ke? Malam tadi Din Azraf kata you demam panas...”
“ I dah okay prof don’t worry...” Nylia tersenyum dalam hati kerana Din Azraf berpegang pada janjinya.
“ tapi badan you panas lagi...I’ll manage this part okay...maybe you should take a break after this dear...” Nylia terharu dengan perhatian Prof Syamsinar.
“ thank you so much madam...” Nylia memohon diri kemudiannya bila Prof Syamsinar benar-benar meyakinkan semuanya dalam keadaan terkawal.
Selepas menunggu hampir sejam, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Nylia membantu Din Azraf dalam posisi floor manager. Pasti sahaja dia sangat memerlukan pembantu saat ini. Teman yang lain telah pun berada di tempat masing-masing. Atas keprihatinan Nazim, mereka masing-masing memegang walkie talkie untuk memudahkan perhubungan. Kelegaan tergambar bila Nylia dapat lihat semua Dekan Fakulti dan beberapa rakan sejawatnya memberikan kerjasama untuk majlis ini.
Majlis Penutup yang mengambil masa lebih kurang 3 jam itu akhirnya tamat tepat jam 12.50 sekaligus Karnival Kesenian dan Kebudayaan kami melabuhkan tirai. Nylia amat bersyukur kerana mereka berjaya melakukannya. Tentu sahaja dengan sokongan dan bantuan semua pihak. Bertambah membanggakan lagi, mereka mendapat pujian yang banyak untuk kejayaan program ini yang secara keseluruhannya mengambil masa 2 bulan untuk ditamatkan.
Sebaik sahaja semua tetamu pulang, mereka mengemas barang-barang penting sebelum pekerja kontrak masuk membersihkan kawasan. Zakeah, Jeanne dan Suri nampak begitu seronok sekali. Dalam kegembiraan bercerita, Nylia terasa pandangannya semakin kelam. Dia masih dengar suara Zakeah memanggil-manggil namanya sehinggalah tubuh Nylia akhirnya melayang dan rebah ke bumi.
“ Nylia!!! Oh my God! Nazim masuk! Nazim! Nylia pengsan!” itulah ayat terakhir yang dia dengar keluar dari mulut Jeanne.

***        ***        ***

Ikram mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Menunggu kehadiran Naufal dan keluarganya. Perasaan bimbang jelas dari suara sahabatnya itu ketika disampaikan berita adik kesayangannya rebah di dewan utama tadi.
“ Nylia pengsan. Hurry!” alangkah terkejutnya Ikram yang kebetulan ketika itu ada bersama dengan Din Azraf di dewan utama ketika berita Nylia pengsan disampaikan melalui walkie talkie. Bergegas dia berlari mendapatkan Nylia dan tanpa segan menggendong wanita itu ke kereta. Sebaik sampai di hospital Nylia dibawa masuk ke bilik kecemasan. Tidak lama selepas itu, Ikram melihat Naufal dan orang tuanya sampai. Mereka bersalaman sebelum Naufal dilihat sangat cemas menjengah ke bilik kecemasan.
“ Auf dah telefon Ajmal?” Fatemah bertanya kepada anaknya. Sudah berkali-kali dihubungi tapi tidak berjawab. Tentu sahaja Ajmal di pelabuhan. Naufal faham betul keadaan kerja tunang adiknya itu.
“ cuba awak telefon Tengku Thalia. Sebelum Ajmal ke pelantar. Nanti dia tak tahu berita pula pasal Nylia ni...” arah Zairun kepada isterinya.
Ikram mendekati Naufal yang masih berdiri di depan bilik kecemasan. Dia memegang bahu Naufal memberi kekuatan. Jelas ada manik-manik jernih di tubir matanya.
“ b...” Fareesha yang kebetulan bertugas ketika itu datang memberi semangat.
“ how do you know?” Naufal terkejut dengan kehadiran Fareesha.
“ aku call dia tadi..” jelas Ikram. Naufal hanya menganggukkan kepala.

***        ***        ***

Selepas 1 jam menunggu, pintu bilik kecemasan dibuka dan seorang doktor lelaki keluar.
“ Zhafrul! How is she?” Fareesha dulu menerpa.
“ Sha! Saudara you ke?”
“ yup! How is she?” Fareesha faham benar jika ayat begitu yang keluar dari mulut seorang doktor. Sememangnya mereka dilatih untuk berlapik ketika memberikan maklumat dan keputusan ujian kesihatan.
“ boleh I jumpa warisnya?” Naufal sudah melangkah ke depan.
Siapa yang tidak terkejut bila doktor memaklumkan darah Nylia dijangkiti kuman. Mujurlah dia di bawa ke hospital lebih awal. Suhu badannya yang mendadak adalah sebenarnya tanda-tanda awal jangkitan. Walaubagaimanpun Dr Zhafrul meminta semua bertenang kerana keadaan masih terkawal dan Nylia dalam keadaan separa kritikal.
“ can I take this patient doc?” Naufal memandang teman wanitanya. Sikap itulah yang membuat dia jatuh hati kepada Fareesha.
“ kita kena semak dulu Sha...tapi I boleh propose you as my on call...roaster you clash tak?”
“ nope!yesterday I attend 2 operation. One main, another one second doctor. I dah check tadi, my part dah turun ke bawah...please doc...you can make it right?” Dr Zhafrul akhirnya bersetuju.
Malam itu Naufal menunggu di sisi Nylia. Tentu sahaja dia sangat bimbang. Entah bagaimana keadaan adiknya selama dia tiada bertahun-tahun. Jelas segala kerinduan ditahan-tahan selama ini.
“ bangunlah Nylia Fareen. Abang balik nak tengok adik abang ni gembira, bahagia dan sihat...tempat adik bukan di sini...”
Telefon bimbit Naufal berbunyi. Ikram. Bertanyakan khabar Nylia. Apa sangatlah yang boleh dikatakan kerana adiknya masih belum sedarkan diri. Perasaan Naufal bercampur baur ketika dia dimaklumkan adiknya pengsan dan dimasukkan ke bilik kecemasan. Tidak pernah adiknya sakit sehingga begitu teruk. Baru semalam dia melihat adiknya senyum dan ketawa. Wajah bahagia itu telah bertukar serta merta. Terbaring kaku sekujur tubuh di sisinya dengan wajah pucat lesi. Malah terpaksa bernafas dengan bantuan. Berselirat tiub di badan dan tangan adik kesayangannya.
Hatinya tidak keruan melihat keadaan Nylia yang begitu. Peristiwa 10 tahun lalu mula mengganggu fikiran Naufal. Mana mungkin dia lupa saat adiknya Naufal Fareed pergi meninggalkan dia dan Nylia. Ketika itu Nylia ibarat hilang nyawa. Mana tidaknya, Nylia Fareen dan Naufal Fareed dilahirkan kembar. Sama, seiras. Satu uri. Jiwa mereka seperti bersama, hati mereka seperti bersatu. Sakit Fareed, peritlah Nylia. Sedih Fareed, tangislah Nylia. Tapi, akhirnya Allah mengambil Fareed dahulu dari Nylia sama seperti memisahkan 1 benda menjadi dua. Tidak lagi sempurna. Bukanlah maksud Naufal menyalahkan takdir Allah tapi sungguh dia tidak sanggup melihat keadaan Nylia saat itu. Namun akhirnya Nylia bangkit. Bangkit pada zahirnya. Seperti apa yang boleh dilihat sekarang. Namun jauh di sudut hati Naufal, dia tahu adiknya itu menanggung perasaan yang teramat.
Naufal melihat jam di tangan kirinya. Sudah hampir 12 jam adiknya terkaku di situ. Selama itu jugalah dia telah berjaga dan berbisik dengan adiknya dengan harapan adiknya itu akan segera sedar. Ketika jarum jam beranjak ke pukul 2.35 pagi, Naufal bangun mengambil wudhu’ untuk menghadap penciptaNya. Mohon agar rintihan hatinya didengar, minta agar doanya dimakbulkan. Usai solat, Naufal membaca yassin dengan harapan hajatnya sampai kepada Allah agar adiknya bangkit seperti sediakala. Hinggalah dia terlelap dan tersedar ketika dia dengar ada suara memberi salam. Naufal menggosok matanya. Ajmal. Ya! Ajmal sudah berada di sisi adiknya. Naufal bingkas bangun mendekati Ajmal. Bahu Ajmal disentuh lembut memberi kekuatan. Ajmal, jika kau rasa berita ini kejutan dan menyakitkan, lagilah aku. Begitulah bisik Naufal dalam hati. Ajmal berpaling bersalaman dengan Naufal. Jelas ada air jernih bertakungan di bibir matanya. Ada getaran yang tertahan di bibirnya.
“ macam mana boleh...” kata-kata itu termati di situ bila Ajmal tidak mampu lagi menahan sedihnya. Tuhan mengapa begini dugaanMu di saat aku sedang mencari jalan bahagia itu.
“ sabarlah Ajmal...” Naufal menepuk-nepuk bahu Ajmal tunangan adiknya. Dia seperti bercakap dengan diri sendiri. Akhirnya, Naufal berlalu memberikan ruang untuk Ajmal di sisi adiknya.
“ Nylia...bangunlah sayang...” Ajmal berbisik perlahan di sisi Nylia. Ya dia dapat rasakan sayang dan kasihnya memekar dalam hati. Diam-diam dia mula sedar Nylia sudah sebahagian dari kehidupannya.
Semalam, ketika dia melihat bondanya menyarung cincin di jari manis Nylia, Ajmal seakan terpanggil ingin segera menjadikan Nylia isterinya. Satu perasaan yang dia tidak tahu dari mana hadirnya. Siang tadi, ketika dia menghantar Nylia ke tempat kerja bagai terasa satu tanggungjawab baru sedang dipelajarinya. Tapi, tidak sampai 24 jam, segalanya berubah ketika dia mendapat panggilan kecemasan di pelabuhan.
“ Ajmal, bonda ni...Nylia masuk hospital. Dia pengsan di tempat kerja. Anakanda balik ye...” ada esak dalam bicara bondanya. Mana mungkin Ajmal menanti lagi. Terus sahaja dia memecut Honda CRV miliknya ke hospital. Degup jantungnya bagai tidak berdaya lagi saat melihat Nylia terkaku di sisinya saat ini. Ajmal tidak punya kenangan manis yang banyak untuk diingati bersama Nylia. Tidak juga kisah-kisah indah untuk diceritakan. Tapi kisah kasih yang dicipta oleh kedua orang tuanya dan orang tua Nylia membuatkan dia cukup terkesan dengan apa yang berlaku sekarang.
“ Ajmal...” terasa bahunya disentuh lembut.
“ Nylia...Nylia sayang...syukur Alhamdulillah sayang dah sedar...” gembiranya Ajmal ketika melihat Nylia tersenyum manis ke arahnya.
“ kenapa tidur di sini?”
“ saya tunggu awak... tunggu awak sedar...saya panggil Auf ye...” Nylia menarik mesra tangan Ajmal.
“ awak temanlah saya dulu...Ajmal...”
“ ye sayang...”
“ awak janganlah tinggalkan saya...saya tak ada sesiapa selain Auf...sekarang saya ada awak...awak takkan tinggalkan saya kan?” Nylia bersuara manja.
“ mestilah saya akan jaga awak...dan sayang awak sampai bila-bila...”
“ awak janji? Awak takkan sia-siakan saya kan?” Nylia mencari kepastian.
“ ye saya janji...”
“ Ajmal...”
“Nylia...”
“Ajmal...dah subuh ni...bangunlah...” terpisat-pisat Ajmal membuka matanya. Dia merenung wajah Nylia yang masih terkaku. Ajmal menoleh ke arah Naufal yang berdiri di sisinya. Mimpi. Ajmal sekali lagi menoleh ke arah Nylia dengan harapan Nylia sudah sedar. Hampa. Dia mengalah lalu bangun mengambil wudhu’ selepas Naufal sekali lagi mengusap bahunya. Usai solat Subuh Naufal menerima panggilan daripada Ikram. Naufal meminta diri seketika untuk menjawab panggilan.
“ tak tau lah Am belum sedar lagi” hanya itu yang mampu dijawab oleh Naufal.
“ Ajmal dah sampai?”
“ dah... sebelum subuh tadi dalam pukul 3 lebih kurang...”
“ aku ke office dulu nak ambil cuti. Nanti aku bawa G.L sekali untuk Nyl...” Ikram memaklumkan kepada Naufal.
“ okay...thank you Am.”
Ketika Naufal masuk semula, Ajmal sudah terlena di kerusi. Dia menutup badan Ajmal dengan baju panasnya. Dia kembali ke sisi adiknya Nylia. Muka Nylia masih lagi pucat. Bacaan jantungnya juga masih sama tapi panas badannya telah beransur surut. Naufal mengusap-usap kepala adiknya. Matanya terasa panas dengan genangan airmata. Teringat dia pesanan arwah adiknya Naufal Fareed ketika saat-saat akhir hayatnya. Jagalah Nylia dengan baik, pastikan dia sihat. Jangan sekali-kali buat Nylia terguris kerana kesedihan akan membuat Nylia tertekan. Kepedihan akan buat Nylia kesakitan. Fareed selalu berkata dia dan Nylia mempunyai kesamarataan tidak seperti sebahagian kembar yang mempunyai tahap positif atau tahap negatif yang tinggi. Perkongsian antara dia dan Nylia sangat dekat dan rapat. Disebabkan itu, kehilangan Fareed satu tekanan buat Nylia.
“ maafkan abang Fareed...abang gagal...” akhirnya airmata Naufal gugur juga. Ketika hayat Fareed, Nylia tidak disakiti. Kelebihan akan diberi pujian, kekurangan akan diperbetulkan. Tentu sahaja dengan cara yang paling selesa buat Nylia. Naufal tidak tahu lagi cara mana dia dapat memberikan kekuatan buat Nylia.
            Tepat jam 9.00 pagi Fareesha dan Dr. Zhafrul masuk untuk memeriksa Nylia. Naufal memberi laluan setelah dia diminta meninggalkan adiknya untuk seketika. Tidak senang duduk Naufal dibuatnya bila doktor menarik kain memisahkan Nylia dengan pelawat. Naufal berdiri di sebalik langsir berdekatan katil adiknya. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh Ikram yang datang menyapa dari sisi. Naufal menunjukkan isyarat doktor sedang memeriksa adiknya. Ikram mengangguk sambil menghulurkan surat pengesahan dari kampus.
            Lebih kurang 9.30 pagi Nylia selesai diperiksa. Ajmal turut berada bersama ketika Dr. Zhafrul datang memberikan maklumat terkini.
“ keadaannya masih boleh dikawal. Suhu badan agak tinggi...” Dr. Zhafrul memandang Fareesha.
“ hhmm...still 100 degree above but less then before... oksigen dalam badan masih kurang. Kita tunggu result makmal dulu untuk sample darah today...we just send the sample just now...” Fareesha memaklumkan sambil meneliti laporan pemeriksaan tadi. Naufal hanya mengganggukkan kepala. Ikram lihat Ajmal betul-betul gusar. Dia menggosok-gosok kepalanya berkali-kali.
“ tinggi ke kandungan kuman tu? Semalam pun ada one patient datang buat checkup for the same case...tapi percentage tak tinggi...” Ikram memaklumkan.
“ semalam agak tinggi kan doc? Today tak tahu lagi...kalau you cuti, I lega juga boleh you tolong I kan...sebab analysis tu I rasa klinik you pernah buat dulu kan?” Fareesha bersoal jawab dengan Ikram. Ajmal dan Naufal hanya memerhati sahaja.
“ you pun doktor?” Dr Zhafrul menyoal balas.
“ yup doc...Dr Ikram Nashrul...I’m sure you know him...” Ikram hanya tersenyum bila diperkenalkan oleh Fareesha.
“ oh God! Tak sangka nak jumpa you kat sini. I pun merujuk kajian you tau masa mula-mula kita dapat this patient...anyway I’m glad to work with you doc...” Dr Zhafrul menghulurkan tangan berjabat dengan ikram.
“ no sweat...yang penting Nylia cepat sembuh. Everybody here was so worried...” Ikram menyambung. Mereka kemudiannya menuju ke bilik Dr Zhafrul untuk berbincang.
“ I’ve got to go...” Fareesha memandang Naufal dan dibalas dengan anggukkan. Begitu juga Ajmal.
“ aku gerak dulu Auf...”
            Ajmal duduk membuang pandangan entah ke mana. Dia meluahkan kebimbangan ketika Naufal cuba memujuk dia agar bersabar. Ajmal membalas dengan sebak yang ditahan-tahan. Menurut Ajmal kebimbangan itu lahir atas rasa sayang yang sedang tumbuh dalam hatinya. Dia tidak tahu bila sayang itu datang walaupun pada zahirnya mereka dicipta untuk berkasih sayang. Tapi akhirnya dia tahu dia benar-benar cintakan Nylia bila keadaan Nylia sekarang membuatkan dia tegang dan sunyi.
Naufal tunduk memandang lantai. Dia percaya adiknya akan bahagia dengan pilihan ibunya Fatemah. Walaupun dia tahu adiknya pernah kecewa bila cintanya tak kesampaian suatu masa dulu, tapi dia pasti segala kepedihan telah hilang kini. Pergi dengan kehadiran Ajmal.
Fatemah dan Zairun sampai ketika Naufal dan Ajmal sedang berbual-bual. Airmata Fatemah gugur lagi ketika melihat anak perempuannya terlantar masih belum sedarkan diri. Zairun mengusap-usap belakang isterinya memujuk.
“ maafkan saya bang...saya gagal menjaga anak abang...” Fatemah berbicara sendiri sambil mengusap tangan anaknya Nylia.
“ ibu...janganlah cakap macam tu...” sebak Naufal mendengar bicara ibunya. Mana mungkin ibunya gagal kerana dia dan adiknya telah berjaya. Naufal dapat lihat jelas ayahnya menyeka airmata. Ajmal hanya memerhati tingkah empat beranak tersebut.
Tidak sampai 10 minit kemudiannya, Tengku Munir dan keluarganya sampai. Sekejap sahaja Ajmal sudah dalam pelukan ibunya. Semalam, selepas menerima khabar dari ibunya, Ajmal terus ke hospital. Dia memohon maaf kerana tidak pulang ke rumah terlebih dahulu.
“ tak mengapalah...yang penting sekarang Nylia...” balas bondanya.
“ bonda sejak ada Nylia, angah dah tak penting lagi...” Ajmal berjenaka.
“ bukan macam tu Ajmal Syaqer...ibu bimbangkan Nylia...” airmata sudah gugur ke pipi bondanya. Segera Tengku Munir menarik isterinya dalam pelukan.
“ assalamualaikum...eh! dah sampai dah pakcik, makcik...” Ikram masuk membawa khabar.
“ macam mana Am?” Fatemah menerpa Ikram. Ajmal sedikit tercabar bila Ikram menjadi perhatian. Kelihatan keluarga Zairun dan Fatimah amat mengenali Ikram.
“ Alhamdulillah result yang terkini percentage kuman dalam darah dah berkurangan. She need time to rest...dia penat sangat...tambah lagi kat kampus kami baru selesai karnival...” Ikram menyambung panjang lebar.
“ kerja sekali dengan Nylia Fareen?” Tengku Thalia menyoal semula.
“ ye Tengku...” Ikram membalas ringkas. “ so, nanti dalam jam 11.00 aku datang balik...nak kena lapor diri kat jabatan pakar sekejap...”
“ pasal kes ni ke?” Ajmal pula menyoal.
“ hhhmmm...dont worry I’ll make sure she’ll be okay...” Ikram membalas sambil menepuk lembut bahu Ajmal. Ketika itu dia tahu Ajmal cemburu kerana dia sudah sering berada dalam situasi begitu sebelumnya. Malah ketika ini juga. Naufal mengiringi Ikram keluar dan masuk semula kemudiannya.

***        ***        ***

            Selepas seminggu berada di hospital, Nylia mula menunjukkan perkembangan positif. Naufal dan Ajmal bergilir-gilir menjaga Nylia. Kelmarin, Nylia menerima kunjungan rakan-rakan dan pelajarnya yang sudah mula mencari-cari kelibat Cik Nylia Fareen. Ketika Ajmal sampai, Naufal sedang bersembang dengan beberapa orang rakan Nylia. Ajmal menghulurkan tangan bersalaman ketika Naufal memperkenalkan dia sebagai tunang Nylia.
“ Dr. Ikram, how are you?” Dekan Fakulti Kejuruteraan yang turut datang melawat mendekati Ikram yang baru sahaja sampai.
“ Prof. Sihat Alhamdulillah...sorry la prof I tak dapat attend course tu...semalam kena panggil ke mari...”
“ it’s okay Dr Ikram...so how is she?”
“ perkembangannya positif...cuma dia belum sedarkan diri. Kita sama-sama berdoa okay...
            Ajmal berdiri di sisi Ikram ketika Nylia diperiksa. Sehinggalah Ikram terlebih dahulu memberikan sedikit kekuatan buat Ajmal.
“ Ikram Nashrul...kita tak sempat berkenalan kan?” Ikram menghulurkan tangan selepas selesai membuat pemeriksaan ke atas Nylia.
“ Ajmal Syaqer...” Ajmal menyambut salam Ikram. Kaget dia dengan sikap Ikram yang tenang. Dari pandangan matanya dia tahu Ikram melihat Nylia lebih dari seorang adik kepada kawannya.
“ you kena rajin bercakap dengan dia, pujuk dia supaya dia bangun...insyaAllah dia akan dengar dan sedar nanti...” Ikram seboleh mungkin membuat Ajmal selesa dan tenang. “ Nylia ni manja sikit Ajmal...kita kena cakap betul-betul dari hati kita nanti akan sampai ke hati dia. Dulu masa Fareed meninggal dia pernah juga collapse macam ni cuma dia tidaklah sampai koma. Tapi dia tak mahu bercakap, tak mahu makan, tidur pun tak menentu...” Ikram menyambung lagi.
“ you betul-betul kenal Nylia kan? I pula kena belajar daripada you sedangkan I tunang dia...” kesal dan cemburu bersilih ganti dalam bicara Ajmal.
“ itu bukan satu kesalahan Tengku...mungkin semua ini ada hikmah dan akan membuatkan hubungan both of you lebih bermakna...” Ajmal menganggukkan kepala tanda setuju dengan Ikram. “ I’ve got to go...call I kalau ada apa-apa okay...insyaAllah kita sama-sama berdoa untuk Nylia...” Ikram berlalu sambil mengusap pipi Nylia dengan pandangan matanya. Di sebalik pintu, dia melihat Ajmal memegang tangan Nylia. Pastilah saat itu yang paling tidak mahu dilihat oleh Ikram. Degupan jantungnya bagai terhenti seketika. Sakit sungguh rasanya. Ikram kemudiannya berlalu membawa hatinya untuk meneruskan kerja. Ajmal terus memujuk dan berbisik di telinga Nylia seperti disarankan oleh Ikram.
Petang itu, seperti biasa Ajmal bertukar ganti menjaga Nylia dengan Naufal. Sempat Ajmal berpesan supaya menghubunginya jika ada perkembangan terbaru tentang Nylia. Naufal mencium dahi adiknya dan mengusap pipi Nylia perlahan.
“ bangunlah sayang...abang rindu adik abang ni...” Naufal mengusap-usap tangan adiknya. Naufal tanpa rasa jemu terus bercerita dengan harapan segala kisah yang dikongsi akan membawa adiknya kembali ke dunia realiti. Kadangkala Naufal dapat merasakan degup jantung yang lebih pantas di dada adiknya. Barangkali betul kata Ikram, katakanlah sesuatu dan ianya akan sampai ke dalam hati Nylia. Akhirnya ketika cerita tentang kembarnya Naufal Fareed yang terlalu sayangkan dia disampaikan di telinganya, Nylia bagai menerima sentuhan baru.
“ Fareed!!” serentak dengan nama itu, Nylia membuka matanya. Terus sahaja dia menangis membuatkan Naufal tidak keruan.
“ Nylia Fareen...” Naufal mengusap-usap rambut adiknya yang sedang tersesak-esak. Tangannya mencapai butang di kepala katil dan tidak lama kemudian Ikram, Fareesha dan Dr Zhafrul sampai. Mereka bertiga mengucapkan syukur ketika terlihat Nylia sudah sedarkan diri.
“ let me Auf...” Ikram memohon izin. Naufal hanya menganggukkan kepala dan berundur sedikit.
“ hai sayang...” kata-kata itu hanya terlahir di hati Ikram. Dia menarik tangan Nylia lembut. Ingin sahaja rasanya dia memeluk Nylia ketika itu. Tapi rasional fikirannya masih memberi isyarat tidak.
“ Fareed...” masih nama itu yang terzahir di bibir Nylia. Berkali-kali diulangnya. Ikram memanggil Naufal menenangkan  adiknya sementara dia membuat pemeriksaan. Fareesha dan Dr. Zhafrul turut membantu.
Selepas mengambil kadar denyutan jantung, tekanan darah, suhu badan dan kadar oksigen dalam badan, Dr. Zhafrul memohon berundur. Fareesha menurut kemudiannya kerana dia masih dalam tugasan di bawah Dr. Zhafrul. Dia berjanji akan kembali semula selepas tamat waktu kerja.
“ she’ll be okay Auf...kau jangan risau...aku akan stay untuk make sure semuanya stabil...” Ikram menenangkan Naufal yang sedang mengusap-usap kepala adiknya. Nylia masih lemah. Pandangannya dibuang jauh entah ke mana. Ikram memohon diri kemudiannya.
Petang itu juga Ajmal datang semula bersama keluarganya. Turut serta Fatemah dan Zairun yang begitu gembira dan bersyukur atas kesihatan anak perempuannya. Nylia masih terlalu lemah berusaha juga untuk memberikan senyuman. Tidak sesaat pun dia membenarkan Naufal meninggalkannya. Biarpun tunangnya Ajmal sudah berdiri di sisi katil. Sempat Naufal memaklumkan Nylia akan dibenarkan keluar dua hari lagi jika keadaannya stabil dan menunjukkan perkembangan positif. Airmata kesyukuran gugur lagi dari bibir mata Fatemah. Dia mencium pipi anaknya berkali-kali.


~zara aqeela~

No comments: