-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 20 ::..

Sudah dua minggu Ajmal naik ke pelantar. Sepanjang dua minggu itu jugalah Nylia menahan rasa rindu yang membuak dalam dadanya. Kadangkala terasa sangat pedih sekali. Nylia menatap gambar yang dirakam bersama Ajmal ketika mereka keluar membeli barang pertunangan lebih kurang dua bulan lalu. Tapi kesibukan kerja membuatkan hatinya sedikit tenang.
“ hello Nylia Fareen Farid speaking...” Nylia mencapai gagang telefon yang berdering mengganggu lamunannya.
“ Dr Ikram Nashrul Hamidi here...”
“ Am...ingatkan siapa tadi...” Nylia sudah tergelak kecil.
“ busy tak? I think it’s good to disscuss with you about the projects...so that we can plan the next step...”
“ hhhmmm...ya good idea...so you dekat pejabat ke ni?”
“ ye la sayang...I call dari pejabat. I ke sana kejap lagi okay...”
“ okay...”
            Ikram sampai di bilik Nylia lebih kurang 10 minit kemudian. Nylia sedang berbincang dengan Suraya di talian. Berkenaan dengan perancangan yang sudah dihantar ke pejabat Dekan minggu lalu. Suraya turut memaklumkan promosi di internet mendapat maklumbalas yang baik. Mewujudkan facebook khas untuk pertandingan tersebut telah memudahkan survey.
“ busy ke?” Ikram sudah menarik kerusi di hadapan Nylia.
“ not so...baru bincang dengan Suraya minta dia selesaikan dokumen yang I hantar ke pejabat Dekan. Nanti dia hantar dokumen yang baru sebab semalam ada new fax tak tahu dari mana...” Ikram hanya menganggukkan kepala.
“ so, apa cerita meeting you semalam? You jumpa siapa ye di Bahagian Pembangunan dan Perancang Bandar tu?”
 “ hhhhmmm...pasal Pembangunan Model Bandar Dalam Taman tu la...mostly nak build up nature environment kat Malaysia ni...tapi nak realize susah kan...kerajaan buat pembangunan model nanti mana-mana company atau pemaju perumahan yang mampu boleh masuk tender. So that pembangunan dalam taman ni berlaku perlahan-lahan...” Nylia menganggukkan kepala mendengar penjelasan Ikram.
“ kita akan set up all things from zero kan?I tengok paperwork not so proper. Maybe it’s build for the budget first...I thought...” Nylia menyelak fail yang menyimpan segala dokumen berkaitan. Dia menghulurkan kertas kerja tersebut kepada Ikram.
“ I think so sebab masa kat Bangkok pun kita just nak dapatkan input pelaksanaan je Nyl...kaedahnya kita kena la fikirkan bersama...have u got the team members?or you have to pick up?” Ikram menyambung.
“ I have to pick up...wait...” perbualan mereka terganggu dengan panggilan telefon bimbit Nylia.
“ hello...wa’alaikumussalam...aha kat pejabat...” Nylia diam seketika mendengar jawapan pemanggil.
“ yup dengan Ikram...” diam lagi
“ project yang Nyl bincang dengan Hani hari tu...”
“ no lah...”
“ nak naik dah?okay...take care...”
“ mee too...” Nylia menamatkan perbualan.
“ Ajmal?” Ikram bertanya pantas.
“ yup...dia nak naik pelantar dah...so kat mana kita tadi?” Nylia kembali senyum.
“ Nyl...are you really happy with your life now?” Ikram menangkap rentak kurang ceria dari suara gadis pujaannya itu.
“ of course Am...siapa yang tak happy sikit masa lagi nak kahwin...”
“ I really hope so and pray for it...” Ikram melihat Nylia menganggukkan kepalanya.
“ Cik Nylia...ops!sorry...morning Dr Ikram...I’ll bring you the documents...” Suraya melangkah masuk menghulurkan maklumat yang diminta Nylia sebentar tadi. Suraya beredar selepas menyerahkan dokumen.
“ Am, you ada idea tak untuk next board meeting?” Nylia bertanya sambil menghulurkan faks yang baru diterima.
“ hhhmmm...maybe kita kena pergi makan dulu...I lapar ni tak boleh fikir...” pecah gelak Ikram ketika Nylia menjengilkan matanya.
Mereka beriringan keluar untuk makan tengahari. Sempat Nylia mengerling jam di tangan kirinya. Sudah menghampiri jam 12.00 tengahari. Patutlah Ikram mula merungut. Mereka melangkah ke Kafeteria Selasih untuk menjamu selera. Selepas makan tengahri, mereka menyambung perbincangan semula sebelum berhenti untuk solat Zohor. Nylia meminta Ikram mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Pembangunan Bandar Dalam Taman untuk memudahkan mereka membuat syarat pertandingan. Mereka berjanji untuk berjumpa semula 2 hari lagi dengan dapatan masing-masing.
Selesai menyudahkan kerja-kerja di biliknya, Nylia berlalu menemui Suraya. Mujurlah Suraya seorang yang sangat memahami cara kerja Nylia. Tidak pernah dia dengar selama ini Suraya merungut dengan kerja yang diberi oleh Nylia. Malah Suraya juga sering memberikan pandangan dan komen jika perlu. Kerja Nylia menjadi mudah dengan rakan kerja seperti Suraya. Petang itu sahaja mereka berjaya menyudahkan dan merancang beberapa perkara untuk pelaksanaan Projek Pembangunan Model Bandar Dalam Taman tersebut. Mereka perlu menyelesaikan semua makluman dan dokumen asas sebelum memanggil semua peserta yang berminat untuk perjumpaan dan taklimat pertandingan. Sekitar jam 5.40 petang, mereka beriringan ke tempat letak kereta untuk pulang.

***        ***        ***

Jam menunjukkan angka 8.37 malam ketika Ikram tiba di halaman rumah Fareesha. Dia lihat Fareesha sudah siap menanti. Majlis akan bermula sekitar jam 9.00 di Hotel Shang Ri La, Putrajaya.
“ bila balik dari Bangkok?”
“ dah dua minggu...off duty ke malam ni?” Ikram memulangkan pertanyaan. Sebagai doktor, Ikram cukup tahu jadual kerja Fareesha bukanlah senggang.
“ nope! Aku tukar jadual...check patient tak ada yang perlu operation. But then, kalau emergency case, kenalah kau hantar aku ke hospital...” Fareesha tersenyum sendiri.
“ agak patient tu terus baik aku rasa kalau tengok doktor datang dressing sikit punya daring macam ni...dah tak macam Fareesha Hamzah dah aku tengok...” Ikram ketawa besar.
“ kau tak baik tau...” Fareesha turut ketawa akhirnya.
Mereka tiba di lobi Shang Ri La 5 minit kemudian. Perjalanan dari Presint 14 ke hotel berkenaan bukanlah terlalu mengambil masa. Ikram meninggalkan kunci kepada penyambut tetamu dan beriringan dengan Fareesha ke dewan utama.
“ lawa pula dressing kau malam ni? Siapa belikan suite ni?” Fareesha menilik Ikram atas ke bawah berulang kali.
“ aku lah...kenapa pula?”
“ aha!bukan taste kau ni jangan nak kelentong la Am...” Fareesha masih menilik. Mereka melangkah masuk ke perut lif yang baru terbuka.
“ pandailah kau...” Ikram membalas acuh tak acuh. “ okay ke dressing aku?” Ikram menyambung kemudiannya.
“ nice, smart, good suite...perfectlah...pandai la siapa yang pilih ni...” Fareesha masih menilik Ikram. Kemeja Giordano berjalur pink dengan seluar slack karkies hitam itu betul-betul meletakkan Ikram dalam keadaan yang sangat menarik.
“ thank you Doktor Fareesha Hamzah...atas pujian you yang sangat menusuk hati I...” Ikram tersenyum. Mereka melangkah menuju ke pintu dewan.
“ you are most welcome Doktor Ikram Nashrul Hamidi...” mereka ketawa akhirnya.
“ Am?!” Ikram dan Fareesha menoleh serentak ke arah suara yang memanggil.
“ wei! Rasul...sihat la kau!lama tak jumpa ye...” mereka berpelukan. Pertemuan selepas hampir 5 tahun itu pasti sahaja membuatkan hati masing-masing terusik.
“ hai Rasul...” Fareesha turut menegur.
“ hai Fareesha...lama tak jumpa...dah macam model pula kau ni...” Rasul memuji membuatkan ketawa Ikram pecah.
“ model apa bendanya? Model picagari...” mereka sama-sama ketawa.
Malam itu, perasaan Ikram sedikit terubat dari terus berkhayalkan Nylia. Sedikit terisi dari terus dibayangi Nylia. Sedikit ceria dari terus bermuram durja. Namun, tetap terusik setiap kali teman kuliahnya memuji pemakaiannya yang sangat berbeza dan tampil lebih menarik. Tentu sahaja Nylia yang menjadikan dia begitu. Barangkali akan lengkap kehidupan jika bersama Nylia. Mungkin Ajmal turut melalui perkara yang sama sejak bertunang dengan Nylia. Pastilah Nylia akan memberikan pendapat dan mempersiapkan bakal suaminya dengan kesempurnaan.
Ikram cuba membuang jauh-jauh segala perasaan yang mengganggu diri dan fikirannya pada majlis malam itu. Tapi nyata dia tak berdaya.
“ Ikram Nashrul?” satu suara yang benar-benar menarik perhatian Ikram yang sedang membuang pandangan ketika sesi karaoke berlangsung di atas pentas.
“ Alana?” Ikram cuba meneka. Jika tidak tersilap, benarlah itu Alana. Rakan kuliahnya di London.
“ ya!Alana...lama tak jumpa you...” Alana merupakan pelajar yang menjadi pujaan ramai dalam kumpulan kuliah Ikram baik dari kalangan pelajar Malaysia mahupun pelajar luar negara. Tapi rahsia di sebaliknya, Alana amat meminati Ikram dan pernah berusaha menagih cinta Ikram.
“ ya..ya...lama sangat kita tak jumpa...you buat apa sekarang?” entah kenapa Ikram sedikit gugup. Mungkin dia bimbang jika keputusannya menolak cinta Alana dulu masih membuatkan perasaan Alana terguris.
“ I buka farmasi. After graduate, I ambil 1 year farmacy course...you ada poliklinik sendiri kan?” Ikram menganggukkan kepala. Pasti Alana masih mengikuti perkembangannya.
“ Alhamdulillah...tapi I kongsi dengan one of my member...nanti kalau you perlukan rawatan boleh datang klinik I...”
“ ya of course...”
“ hhhmm...dah kahwin?” entah kenapa soalan itu yang keluar dari mulut Ikram.
“ nope!tengah seronok bekerja la Am...you?”
“ nope!same as you...”
“ I thought you are now date Fareesha...you datang dengan dia kan tadi?”
“ hey! No lah!nak mati?!dia still dengan Naufal...remember Naufal Farhan?engineering?” Ikram lihat jelas Alana sedang mencari ingatan terhadap Naufal.
“ ya! Naufal Farhan your best friend...Auf right?hhhmmm...good pair...”
“ ya...”
Mereka masih berbual dan tanpa sedar Fareesha sedang memerhati Ikram dan Alana. Dia amat berharap yang hati Ikram akan terbuka untuk Alana. Pastilah dia mahu yang terbaik juga buat Ikram selepas Ikram memberikan dia seorang calon suami yang terbaik. Seorang lelaki yang sememangnya menjadi idaman ramai. Naufal Farhan.
            Selepas sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah, mereka beriringan keluar meninggalkan dewan. Sempat mereka merakamkan gambar kenangan bersama-sama kawan sekuliah sebelum pulang. Ikram terus memandu kereta menuju apartmentnya selepas memastikan Fareesha selamat tiba di rumah. Dia memandau tenang. Entah kenapa Alana pula yang muncul dalam fikirannya ketika ini. Mungkin disebabkan pertemuan pertama kali selepas beberapa tahun.


~zara aqeela~

..:: Terima Kasih untuk Bahagia Ini 19 ::..

Ajmal tiba di rumah bondanya ketika jam sudah beranjak ke angka 2.45 pagi. Terkejut sungguh adiknya Tareq ketika pintu utama rumahnya dibuka. Tareq yang sedang asyik menonton menerpa membuka lampu.
“ angah...terkejut alang...”
“ tak tidur lagi ke?”
“ tak boleh tidur...layan movie...angah dari mana?bonda tak cakap pula angah nak balik...” Tareq menghulur tangan bersalaman dengan abangnya.
“ memang tak plan nak balik...abang dari JB. Naik dulu lah ye...penat...kamu tu jangan lewat sangat...” Tareq menganggukkan kepalanya. Ajmal berlalu menghilangkan diri di dalam biliknya.
            Selepas membersihkan badan, Ajmal duduk di birai katil. Serentak matanya tertancap ke arah bingkai gambar pertunangan dia dan Nylia yang berlangsung sebulan lalu. Manis senyuman Nylia ketika itu. Saat itu dia rasa sungguh bahagia sekali. Seakan Allah mengurniakan dia satu nikmat yang sangat besar. Oleh sebab tunangnya jugalah dia balik ke rumah bondanya pagi itu. Lirih suara Nylia siang tadi benar-benar menggamit dia pulang. Meluap rindunya yang dia simpan sejak meninggalkan Nylia dua minggu lalu. Barangkali dia sedang dilamun cinta.
            Ajmal berbaring menghadap siling biliknya. Masa dirasakan terlalu lama mengunggu Subuh menjelang. Suasana segar dari pendingin hawa membuai mata Ajmal hingga akhirnya dia terlelap.

***        ***        ***

            Nylia sedang bersiap-siap untuk ke kampus. Entah kenapa dia sukar melelapkan mata malam tadi. Selang 10 minit dia terjaga hinggalah akhirnya dia bangun dan membersihkan diri ketika jam dinding biliknya beranjak ke angka 5.45 pagi. Jam baru beranjak ke angka 7.05 pagi ketika ibunya memanggil diselangi ketukan di pintu.
“ ye bu...kenapa?” Nylia menguak pintu biliknya.
“ dah siap ke?”
“ tengah siap-siap...kenapa bu? Awal lagi kan...”
“ ada tetamu...” dia lihat ibunya tersenyum. Nylia keluar ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ajmal sedang duduk di sofa berbual bersama ayahnya. Ketika itu hanya Allah yang tahu apakah perasaan yang sedang bermain dalam hatinya. Ibunya Fatemah segera menggamit ayahnya Zairun ke dapur untuk memberi ruang kepada Nylia.
            Entah apa yang mendorong Nylia mendekati Ajmal. Laju dia menarik tangan Ajmal, disalami dan dikucup tangan tunangnya.
“ kenapa ni sayang?” kalau tadi dia terkejut dengan tingkah Nylia. Kini dia bertambah terkejut ketika melihat ada air jernih di tubir mata tunangnya.
“ saya ingat awak tak nak balik tengok saya...” entah kenapa Nylia benar-benar sebak. Satu perasaan yang dia tidak tahu untuk gambarkan.
“ mestilah saya balik...dah rindu sangat kat bakal isteri saya ni...” senang hati Ajmal ketika melihat Nylia tersenyum. Ada rona kemerahan di pipi Nylia.
“ Nylia Fareen...jemput Ajmal sarapan sekali. Dah lewat ni nak pergi kerja...” ayahnya memanggil dari arah dapur. Baru Nylia tersedar mungkinkah kedua orang tuanya melihat apa yang berlaku tadi.
“ saya hantar awak ye nanti...” Ajmal bercakap separuh berbisik dan Nylia hanya menganggukkan kepalanya.
            Mereka meninggalkan kawasan rumah Nylia ketika jam beranjak ke angka 7.35 pagi.
“ pukul berapa awak sampai?”
“ pukul 3.00 pagi lebih kurang...”
“ kenapa tak berehat?”
“ saja nak surprisekan awak...petang nanti saya jemput awak ye...” Nylia tidak banyak bantahan kerana dia nampak jelas garis keletihan di wajah Ajmal.
            Nylia tiba di kampus kurang 10 minit sebelum jam 8.00 pagi. Dia menghantar Ajmal dengan lambaian. Pagi itu, langkahnya ke tempat kerja diiringi dengan kasih sayang dan cinta yang melimpah ruah.
            Ketika jam beranjak ke angka 9.00, Nylia menerima panggilan.
“ Cik Nylia Fareen, ada panggilan dari Dr Ikram”. Sungguh Nylia tak sangka Ikram menghubunginya.
“ Nyl...how are you?”
“ fine...Am macam mana?how’s Bangkok...”
“ just fine Nyl...Am balik 2 hari lagi...”
“ really?!” ada nada teruja dalam sambutan berita itu. Entah kenapa Ikram senang mendengarnya.
“ excited nampak...”
“ mestilah...rasa lama sangat tak berbual dengan Am...yang paling tak sabarnya nak tunggu buah tangan dari Bangkok...” Nylia tergelak kemudiannya. Begitu juga dengan Ikram.
“ I tak bawa balik buah tangan sayang...” Ikram terhenti seketika.
“ Am...kenapa ni?”
“ I shouldn’t call you like that again...”
“ hey Am you can call me whatever you feel suite Am...so you memang tak bawa balik apa-apa untuk I ke?” Nylia bertanya lagi
“ ada...mestilah ada...I’ll bring back for you lots of work...” Ikram ketawa besar di hujung talian. Begitu juga dengan Nylia.
“ hhhmmm...I’m sorry Am...I’m the one should be there not you...”
“ alahai cik kak sayang sama je...we’ll work out together for this big projects...anyway Nyl, I’m on my way to conference room. Saja teringat nak call you...catch up with you later okay dear...”
“ okay Am...thank you so much...” mereka menamatkan perbualan.

***        ***        ***

            Nylia kembali menyambung tugasnya. Dia meneliti fail dan dokumen yang diberikan oleh Suraya semalam. Mujurlah tidak banyak perkara penting yang dia tertinggal. Cuma dia terlepas menghadiri mesyuarat post mortem Penganugerahan Sijil Dekan untuk Fakulti Kejuruteraan. Menurut laporan yang diserahkan Suraya semalam, jabatannya seperti biasa mengekalkan prestasi yang seimbang. Cuma bilangan penerima Anugerah Dekan untuk semester yang lepas berkurangan sebanyak tiga orang. Menurut bahagian akademik, Fakulti Kejuruteraan mengalami kejatuhan keputusan peperiksaan sebanyak 5% namum masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai fakulti terbaik di kampus. Berita itu sudah cukup membanggakan Nylia.
            Berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Suraya juga diminitkan Seminar Biodegredasi lanjutan dari lawatan delegasi Jepun ke Jabatan Alam Sekitar awal tahun yang lalu. Seminar akan dijalankan di PICC dengan kerjasama WHO dan WWF. Seminar peringkat dunia itu meletakkan Malaysia dalam senarai undian negara ke-17 yang belum mendapat tarikh tetap pelaksanaannya. Selepas segala dokumen dalaman selesai diteliti, Nylia beralih ke dokumen yang diserahkan oleh Professor Hadi, Dekan Fakulti Kejuruteraan semalam.
            Nylia menarik buku catatannya dan membuat sedikit draf perancangan untuk projek tersebut. Sekurang-kurangnya bila Ikram pulang dari Bangkok nanti, mereka hanya perlu mencantumkan perancangan dan dapatan Ikram di Bangkok. Tambahan pula dia tidak punya banyak masa. Memandangkan majlis perkahwinannya juga akan berlangsung dalam tempoh tak sampai setahun dari sekarang. Nylia rasa lapang sekali menyudahkan kerjanya pada hari itu. Mungkin kerana pertemuannya dengan Ajmal awal pagi tadi.
            Ketika waktu rehat tengahari, ada juga dia bercadang menghubungi Ajmal tetapi dimatikan hasratnya saat terkenangkan sejalur keletihan dan kepenatan di wajah bakal suaminya itu pagi tadi. Petang itu, Nylia menerima panggilan dari Ajmal ketika jam beranjak ke angka 4.56 petang.
“ hello sayang...”
“ hello...”
“ I’m on my way to fetch you...I tunggu kat lobi jabatan okay...”
“ okay sayang...”
“ apa dia?”
“ okay...sayang...” sengaja Nylia menekan perkataan sayang yang mengundang kemesraan dalam hubungannya. Ajmal tidak membalas kemudiannya. Pasti sahaja dia sedang tersenyum sendirian dalam keretanya.
“ kesian awak...sepatutnya awak berehat...” Nylia memulakan perbualan sebaik kereta meninggalkan perkarangan kampus. Haruman wangian lelaki dari C.K Valentine Special menarik perhatian Nylia ketika menguak pintu kereta Ajmal sebentar tadi.
“ kenapa pula?” Ajmal tenang memandu.
“ sebab awak baru balik kan? Sure penat...”
“ saya rindu awak Nylia Fareen...kalau ikutkan saya nak terus balik rumah awak je pagi-pagi tadi...”
“ awak...” laju sahaja cubitan singgah di lengan kiri Ajmal.
“ saya bergurau je sayang...” Ajmal sudah menarik tangan Nylia di bawa ke bibirnya. Nylia cuba untuk menarik tetapi Ajmal berkeras. “ I miss you sayang...” Nylia dengar jelas keikhlasan dari ungkapan Ajmal.
“ I miss you too...”
“ saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak Nylia. Saya tak tipu...”
“ awak nak menggoda saya ye...” Nylia menjeling manja ketika Ajmal sengaja mencium tangannya berkali-kali.
“ sejak tadi awak tak tergoda ke?”
“ awak...”
“ awak tak cintakan saya?”
“ tak...” sengaja Nylia menggiat Ajmal.
“ Nylia...” kali ini Ajmal menarik tangan Nylia ke pipinya.
“ saya tak ada perasaan Ajmal...sebab hati saya dah dicuri...”
“ sayang...awak buat saya risau...”
“ mestilah saya sayangkan awak...setiap masa...setiap saat...sayang, rindu dan cinta...” Nylia menarik tangan Ajmal ke pipinya. Dia benar-benar mahu Ajmal tahu dia sudah tenggelam dalam janji cinta yang mereka bina atas dasar kekeliruan pada asalnya.
“ terima kasih Nylia...” ketika itu Nylia merasakan dia mendapat rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah kerana menunaikan hajat kedua orang tuanya.
“ lupa pula...malam ni kita makan kat rumah saya ye...bonda jemput...dia dah rindu sangat dengan bakal menantu dia ni...” Nylia hanya tersenyum memandang tunangnya. Dia menganggukkan kepala ketika Ajmal berjanji menjemputnya jam 8.00 malam.

***        ***        ***

            Suasana banglo Tengku Munir dan Tengku Thalia terang benderang ketika kereta Ajmal memasuki halaman rumah tersebut. Ada sedikit gementar dalam hati Nylia kerana kunjungan kali ini tentu sahaja berlainan.
“ come sayang...” terkejut Nylia ketika Ajmal sudah membuka pintu untuknya.
“ kenapa ni?” Ajmal menyambung ketika jelas kegusaran di wajah Nylia.
“ entah...nervouse” Nylia menjawab jujur. Segera Ajmal menggenggan tangan Nylia memberi kekuatan. Ketika Nylia keluar dari kereta, seorang anak kecil datang menggamit Ajmal di sisinya.
“ Pak Ngah dah balik...” manja sekali memeluk kaki Ajmal.
“ hey Mia...salam Mak Ngah...” anak kecil yang baru sedar kehadiran Nylia itu menyembunyikan mukanya di belakang Ajmal. Laju sahaja Ajmal mendokong anak kecil yang dipanggil Mia itu.
“ anak Kak Long...Mia Fasehah...dia memang susah sikit dengan orang tak kenal...”
“ hai sayang...” Nylia menghulurkan tangannya cuba mendekati Mia. Terkejut Ajmal ketika Mia sendiri mengalihkan dukungan kepada Nylia. Mereka beriringan masuke ke rumah.
“ amboi anak papa ni...ikut siapa pula ni...” Hakim, suami Tengku Zarifah Hana menegur. Suasana bertambah gamat bila Mia dengan spontan melentukkan kepala di bahu Nylia.
Rona kemerahan jelas di pipi Nylia bila dia menjadi bahan usikan ahli keluarga Ajmal. Nylia memandang Ajmal dan jelas tunangnya tersenyum mesra.
“ apa yang meriah sangat tu?” Tengku Thalia yang baru melangkah ke ruang tamu turut terkejut melihat cucunya Mia yang sudah duduk di atas pangkuan Nylia. “ tak payah bangun tak apa...bonda ingat siapa la tadi...ni cucu nenek ni duduk dengan siapa ni?” Tengku Thalia sudah duduk di sisi Nylia. Satu ciuman singgah di pipi kiri dan kanan Nylia selepas dia mencium tangan Tengku Thalia. Nylia lihat Ajmal tersenyum di sisi bondanya.
“ bonda tengoklah cucu bonda tu bukan main lagi. Nak pula dia dengan Nylia ni...” Hakim masih keliru dengan kelakuan anaknya.
“ cucu nenek duduk dengan siapa ni?” Tengku Thalia bertanya lagi ketika dia lihat Mia menyandarkan badannya pada Nylia.
“ Mak Ngah...” pecah ketawa seisi rumah dengan jawapan Mia yang bersahaja itu.
“ Mak Ngah Mia ke ni?” sekali lagi Tengku Thalia menggiat cucunya.
“ Pak Ngah cakap...” Mia menjawab sambil memuncungkan bibirnya ke arah Ajmal.
“ okaylah...Mak Ngah Mia la...jom kita makan dulu...”
“ mari dengan papa...kita makan...” Hakim cuba memujuk anak perempuannya. Mia menggelengkan kepalanya. Dia mendakap erat leher Nylia ketika Tareq pula cuba memujuknya. Kemanjaannya berlarutan hingga ke meja makan bila Mia tetap ingin duduk di pangkuan Nylia. Berkali-kali Nylia meyakinkan semuanya okay bila dia melihat ahli keluarga Ajmal kebingungan dengan Mia yang begitu manja dengan Nylia.
“ awak makanlah dulu biar saya pegang Mia...mari kat Pak Ngah...” Mia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“ it’s okay awak...nanti dia merajuk pula...”
“ awak?!abang tak romantik langsung...” adiknya Hani mencelah ketika mendengar Ajmal membahasakan dirinya dengan Nylia awak saya. Nylia dan Ajmal hanya tersenyum berpandangan sesama sendiri.
“ kenapa pula...okaylah abang tukar...sayang makanlah dulu bagi abang pegang Mia...”
“ ha sedaplah sikit Kak Long dengar...barulah ada feeling sikit...” kakaknya Zarifah Hana menokok.
“ sudahlah kamu ni mengusik Nylia pula tengok malu dia...jangan dilayan budak-budak ni Nylia makanlah...” Tengku Munir ketawa melihat telatah anak menantunya. Nylia hanya tersenyum sambil membetulkan duduk Mia di atas ribanya.
 abang makan dulu ye...” Nylia menganggukkan kepala ketika Ajmal masih mengusiknya.
“ Mia nak makan?” Nylia bertanya ketika dia lihat Mia menegakkan badannya melihat lauk-pauk di atas meja. Kelihatan Tengku Thalia memandang Nylia dengan ekor matanya. Ada sejalur keceriaan di wajah bakal ibu mertuanya itu.
“ nak...ayam goreng...Mak Ngah suapkan Mia ye...” Mia meminta dengan pelat suaranya. Nylia hanya mengiyakan sahaja. Begitu manja sekali Mia dengan Nylia.
“ Mia mari dengan mama...Mak Ngah nak makan tu...”
“ tak apa kak... boleh lagi...nanti dia merajuk pula...” Nylia lihat Mia makan berselera sekali. Ketika beberapa suapan terakhir, Mia sudah menolak. Kekenyangan barangkali. Nylia mendukung Mia ke sinki membersihkan mulut dan tangannya. Ketika kembali ke meja makan, Mia menggamit tangan Nylia ke ruang menonton.
“ Mia nak pergi mana tu?” Tengku Zarifah Hana mula bimbang kerana Nylia belum menjamah makanan. “ Mak Ngah belum makan lagi...” dia menyambung lagi.
“ Mia nak tunjuk toys dengan Mak Ngah...my new barbies...” wajah Mia sudah berubah bila dia lihat mamanya tidak setuju dengan tindakan yang dibuat.
“ Mak Ngah belum makan lagi...main dengan ucu ye...” Tengku Zarilah Hani pula memujuk. Airmata sudah bergenang di tubir mata Mia.
“ tak apa la Nyl teman dia sekejap...”
“ okay pergilah...sekejap je okay, nanti Mak Ngah tak makan sakit perut...” Tengku Munir cuba memujuk cucunya. Mia kembali tersenyum. Dia menarik tangan Nylia.
            Tak sampai 5 minit, Ajmal menyusul. Dia lihat anak buahnya bersungguh bercerita kepada Nylia. Tangan Nylia bersilih ganti dengan permainan Mia.
“ hai sayang...” Ajmal duduk di sofa belakang Nylia. Dia menundukkan badannya kerana Nylia dipaksa Mia duduk di atas karpet. “ kesian sayang abang ni...nanti abang teman sayang makan ye...” satu cubitan singgah di lengan  Ajmal.
“ awak ni...malu saya tau...”
“ tapi bolehkan kalau panggil saya macam tu...” Nylia tidak menjawab pertanyaan Ajmal. Dia berpura-pura melayan Mia. Tapi dalam hatinya dia tidak punya masalah dengan permintaan Ajmal.
Tengku Zarifah Hana menyusul kemudiannya dan menyuruh Ajmal menemani Nylia makan. Mia turut sama membontoti mereka. Kali ini dia dalam dukungan Ajmal pula.
“ makanlah Nyl...kesian bonda tengok kena buli pula dengan Mia ni...” Nylia hanya tersenyum. Malu pun ada bila Tengku Thalia dan Tengku Munir turut menemaninya di meja makan. Mereka berbual-bual kosong tidak mahu mengganggu selera makan Nylia.
“ macam mana kerja okay ke?” Tengku Munir memulakan bicara ketika mereka sudah duduk di ruang tamu.
“ Alhamdulillah...cuma janggal sikit sebab dah tak ada kuliah sekarang...”
“ ye la lupa pula ayahanda...Nylia baru selesai PHD kan?baguslah muda-muda ni kena belajar dan rebut ilmu banyak-banyak...” Nylia tersenyum dan manganggukkan kepalanya.
“ akak, Hani dengar ada Projek Pembangunan Model Bandar Dalam Taman ye?”
“ yup...next month start...”
“ Hani tengok dalam internet. Akak ada latest info ke?” semua mata kini tertumpu kepada perbualan mereka berdua.
“ ada...tapi board tak meeting lagi. Next week baru start board meeting. Rasanya dekat internet baru promo kan? Hani minat ke nak joint?”
“ nak!nak sangat...akak boleh tolong Hani ke?” Nylia menganggukkan kepala. Sememangnya dia bercadang untuk memberitahu bakal adik iparnya tentang pertandingan tersebut. Sementelah dia tahu minat yang mendalam Tengku Zarilah Hani kepada alam semulajadi.
“ nanti akak inform any news okay...”
“ don’t tell me you’re one of the board members...”
“ oh my god!great la akak...superb!” dia kegirangan ketika Nylia hanya membalas dengan senyuman. Ajmal hanya memandang keserasian yang wujud antara adiknya dan Nylia. Tentulah dia sangat gembira jika seluruh keluarga gembira dengan kehadiran Nylia di sisinya. Tepat sekali pilihan bondanya. Nylia Fareen memang sesuai menjadi isterinya.

***        ***        ***

“ program apa yang hani cakap tadi sayang?” Ajmal memulakan perbualan sebaik keretanya keluar dari perkarangan rumah bondanya.
“ Pembangunan Model Bandar Dalam Taman...memang ada terfikir nak suggest Hani joint...”
“ abang tak tahu pun sayang terlibat...” ada riak yang berbeza dari suara Ajmal.
“ Nyl tak sempat nak inform abang...abang pun baru je balik kan...” Ajmal tersenyum-senyum memandang Nylia. “ kenapa senyum-senyum ni...”
“ seronok dengar sayang panggil abang...lepas ni no more you or awak between us okay...” Nylia hanya tersenyum. Dia tidak sedar panggilan abang itu meluncur keluar dari mulutnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Bahagia.
“ abang balik esok...terus naik pelantar...” Ajmal bersuara dengan berat hati. Dia tahu Nylia pasti terusik hati. Nylia tidak membalas. Membuang pandangan ke luar tingkap.
“ sayang...abang minta maaf...” entah kenapa Ajmal mula sensitif dengan perasaan Nylia sekarang. Dia tahu beginilah kehidupan yang akan dilalui Nylia sehinggalah mereka berkahwin nanti. Akan tegarkah bakal isterinya itu ditinggalkan pergi. Akan tegarkah dia berpisah dengan Nylia nanti.
“ it’s okay...kerja kan...” Nylia membalas kemudiannya. Mendatar sahaja nada suaranya. Dia menahan airmata yang sudah bertakung di mata. Nylia tidak membantah ketika Ajmal menarik tangannya dan dikucup berkali-kali. Mereka menyepi selepas itu sehinggalah tiba di rumah. Jam sudah beranjak ke angka 11.05 malam ketika Nylia sampai. Nylia mohon beransur selepas bersalaman dengan Ajmal.
“ nanti abang telefon ye....” Ajmal bersuara separuh berbisik. “ sayang...” Nylia menganggukkan kepala kemudiannya. Dia cuba untuk tersenyum.
Malam itu, seperti dijanjikan, Ajmal menghubungi Nylia. Pastilah sahaja dia ingin membuat hati bakal isterinya tenang dan senang. Dia berjanji akan pulang jika ada kelapangan.
Bagi Nylia sendiri walaupun situasi itu biasa berlaku antara dia dan abangnya Naufal Farhan, tapi tentulah tidak sama dengan situasinya sekarang. Rindu pada Naufal akan dirawat oleh ayah dan ibunya. Tapi rindu pada Ajmal, siapa yang akan membantu. Malah dia sudah dapat merasa kehidupan selepas perkahwinannya nanti begitulah keadaannya. Ajmal akan berpergian berbulan-bulan dan dia akan kesepian dan keseorangan menanggung rindu itu.
Perbualan malam itu tidaklah tegang tapi penuh dengan pujuk rayu sepasang kekasih. Hubungan yang semakin intim itu bertambah marak bila masing-masing mula kenal erti rindu. Ajmal semakin mengenali Nylia yang sebenarnya manja sekali dalam ketegasan yang dizahirkan. Rasa bahgia itu benar-benar mekar dalam hatinya. Begitu juga Nylia yang semakin mengenali sikap romantik dalam diri Ajmal yang kebiasaannya dilihat tenang sahaja.


~zara aqeela~

..:: Terima Kasih untuk Bahagia Ini 18 ::..

Selepas dua minggu bercuti, Nylia memulakan kerjanya seperti biasa. Semalam ketika masuk ke pejabatnya, dia melihat masih ada kiriman beberapa keping kad ucapan selamat untuknya di dalam pigeon hole. Dia hanya tersenyum. Sekarang, dia bakal memulakan kerjanya seperti biasa dan melalui kehidupannya seperti sediakala. Tapi dengan status yang baru. Tunangan orang.
            Perkara pertama dilakukan pagi itu membuka komputernya memeriksa email. Ketika akses inboxnya dipilih, dia sudah tersenyum. Naufal Farhan Farid.

Sayang abang Nylia Fareen...assalamualaikum...
Macam mana adik abang? Dah okay ke? Ibu kata Nyl dah mula kerja. Sorry sebab abg tak directly call Nyl. Abg nak Nyl rehat betul2 sampai sihat. Jangan kerja teruk sangat okay...relax, take deep breath and smile...
Whatever happend i wanna u 2 know abg syg Nyl...kena ingat tu okay...
I miss u so much Nyl...
insyaAllah abg turun pelabuhan nanti abang call Nyl okay dear...
kirim salam abg dekat ibu and ayah okay

Nylia Fareen...i love u...
p/s : kirim salam juga dekat bakal adik ipar abang :-p

Tersenyum Nylia membaca ayat terakhir kiriman email abangnya. Tiba-tiba hatinya teringatkan Ajmal tunangnya. Baru kini dia benar-benar terasa ketiadaan Ajmal. Baru sahaja seminggu Ajmal ke pelantar dia mula tertunggu-tunggu panggilan dan SMS tunangnya itu. Setiap pagi bila terjaga, Nylia mula mencapai handsetnya andai Ajmal mengirim SMS. Ini agaknya rindu. Ini agaknya sayang seperti yang dikatakan abangnya pada malam pertunangannya.
Ketika itu hanya tinggal dia dan Naufal sahaja sebaik semua ahli keluarga lain sudah nyenyak dibuai mimpi.
“ Nyl tak suka ke dengan pertunangan ni?” soal abangnya ketika Nylia jelas sedang berada di luar dunia nyata.
“ no...kenapa abang tanya macam tu?” dia sudah bersandar di kepala katil menghadap abangnya.
“ abang tengok Nyl macam tak gembira je...” suasana hening tanpa bicara baik dari Nylia mahupun Naufal. Hanya terdengar ketikan jarum jam yang ketika itu sudah beranjak ke pukul 2.30 pagi.
“ Nyl teringatkan Fareed...” Nylia menelan air liur. Menahan getar suaranya. “ also papa...” dia menyambung lagi.
“ hey adik abang kenapa ni?” Naufal mendekatkan kerusi ke sisi katil. Telefon bimbit yang sedari tadi dipegang diletakkan di atas meja.
“ I don’t know...” Nylia menyeka airmatanya yang mula mengalir di pipi.
“ Nylia Fareen...listen here...abang tahu Nyl masih keliru dengan pilihan Nyl sendiri kan? Mungkin Nyl dan Ajmal buat keputusan ni sebab tak nak both of our parents terkilan dengan hajat masing-masing...tapi, abang nak Nyl tahu satu perkara...Ajmal lelaki yang baik...ada ilmu agama yang insyaAllah cukup untuk membimbing Nyl...the most important thing that he love you so much...” Naufal lihat adiknya mengangguk-anggukkan kepala. Ada senyuman halus di bibir adiknya.
“ tapi, boleh ke Nyl bahagiakan dia? Nyl takut Nyl yang gagal...” airmatanya mengalir lagi.
“ adik abang takkan gagal...I believe in you Nylia...kita kena hargai dan terima orang yang sayangkan kita...itu adalah lebih baik dari kita mencari dan mengharap cinta dari orang yang kita sayang...” ketika itu Nylia benar-benar tidak menyangka nasihat sebegitu yang akan keluar dari mulut abangnya. Nylia diam tidak membalas ketika abangnya sudah menyeka airmata yang bersisa di pipinya.
            Lamunannya terhenti ketika suara Anuar Zain merdu sekali memenuhi ruang kerjanya. Nyla mencapai telefon bimbitnya.
“ assalamualaikum Nylia...sibuk ke?” suara ibunya Fatemah kedengaran di hujung talian.
“ wa’alaikumussalam ibu...tak la sangat. Kenapa bu?”
“ tak ada apa-apa. Saja ibu telefon. Risau juga sebab Nyl baru masuk kerja kan...jangan lupa makan sayang...” Nylia tersenyum dengan ingatan yang diberikan ibunya.
“ okay bu...jangan risau...Nyl okay-okay je...”
“ ibu risau sangat. Ayah pun sama. Rasa macam dah lama sangat Nyl pergi kerja. Tak senang duduk ibu dibuatnya...”
“ terima kasih bu...janganlah risau. Nanti Nyl telefon ibu lagi ye. Nyl kena jumpa Dekan ni ada urusan sikit...” Nylia memohon pengertian ibunya.
“ okay-okay...” mereka menamatkan perbualan selepas berbalas salam.

***        ***        ***

            Hari itu jadual waktunya memang kosong. Jika sebulan dua dulu waktu begini adalah hari dia berkumpul bersama teman kuliah PHD di Pusat Pengajian Siswazah. Mendengar cerita Jeanne yang selalu ceria dan kekalutan Zakeah yang bias mengubat luka lara. Tapi sekarang semuanya sudah berpisah arah mengikut haluan masing-masing. Nylia bangkit meninggalkan kenangan-kenangan di belakangnya. Hari ini segalanya perlu dimulakan dengan penuh semangat baru.
Nylia mengatur langkah menemui Suraya pembantunya untuk menyemak perkembangan terkini jabatan sepanjang ketiadaannya. Suraya yang terkejut dengan kehadiran Nylia di meja kerjanya begitu teruja sekali. Ada air jernih bertakung di tubir matanya.
“ saya okay Suraya...”
“ saya risau sangat bila tengok keadaan Cik Nylia terlantar di katil hospital. Setiap masa saya berdoa Cik Nylia cepat sembuh. Alhamdulillah Cik Nylia sihat...”
“ mesti berkat doa awak ni...” Nylia tersenyum. “ datang ke bilik saya dalam jam 10.30 nanti boleh. Nak catch up apa yang tertinggal...saya nak jumpa Dekan Fakulti dulu. Ada urusan sikit...”
“ okay, nanti saya bawa sekali dokumen-dokumen yang perlu...” Nylia memohon diri kemudiannya.
Nylia tiba di bilik Dekan Fakulti Kejuruteraan ketika jam beranjak ke angka 9.05 pagi. Dia sudah terlewat 5 minit gara-gara bersembang di meja kerja Suraya sebentar tadi. Dia melangkah masuk sebaik mendengar jawapan dari dalam.
“ morning Nylia Fareen...how are you?” dekan yang terkenal ramah itu sudah berdiri mendekati Nylia. Mereka sama-sama mengambil tempat di sofa tetamu.
“ morning prof. Alhamdulillah...minta maaf terlewat sikit...”
“ just 5 minutes...so anything I can help you. Or any important things we should disscuss?”
“ not so important prof. Just want to double conform about group yang akan buat research about fortnight from now...saya ada dapat surat tu tapi masa saya cuti last two weeks...”
“ oh ya...saya lupa nak minitkan rearrangement research project tu. Saya dah keluarkan minit baru supaya Jabatan Mekanikal uruskan. Sebab lepas surat research tu sampai surat waran projek kemahiran pula menyusul. Lebih baik kita satukan je...” cepat sahaja Profesor Hadi mencelah. Mengakui kesilapan sendiri.
“ macam tu ke?”
“ I’m sorry Nylia bukan saya tak yakin dengan kemampuan awak...”
“ no prof bukan itu maksud jawapan saya tadi...” kali ini giliran Nylia mencelah. “ maksud saya okay la kalau macam tu sebab saya bimbang tak mampu nak uruskan dalam kadar segera.” Dia menyambung kemudiannya. Kelihatan ketuanya berpuashati akan penjelasan segala salah faham maklumat yang berlaku.
“ tapi Nylia, saya ada projek nak minta awak selesaikan. Kita dapat tawaran menjadi tuan rumah untuk Model Pembangunan Bandar Dalam Taman tau...I’m really sure you are the most suitable person to incharge that projects...” ada riak kesungguhan dalam bicara Professor Hadi ketuanya itu.
“ projects? Mean more than one?” Nylia memandang Professor Hadi yang bangun menuju ke meja kerjanya. Dia menekan intercom meminta setiausahanya membawa fail yang mengandungi maklumat projek-projek yang dimaksudkan tadi. Seketika sahaja setiausahanya yang lebih senang dipanggil Alana masuk menghulurkan fail yang diminta. Alana berlalu kemudiannya.
“ lebih kurang macam tu la Nylia...sebenarnya awak kena pergi ke Bangkok untuk attend seminar ni. So that nanti boleh tengok kaedah pelaksanaan yang biasa negara belah sana buat. Pengasasnya Jepun. You tau je la Japanese...sangat teliti tantang kebersihan. But it’s okay, I dah hantar another staff to change you there. Kita tunggu dia balik je sebab projects ni Fakulti Kejuruteraan yang akan handle. I minta you kaji semula keperluan dan budget untuk all those projects depends on the paperwork given. Geran ni kita dapat tau. Buat masa ni dia hanya bagi kita 50% untuk semua perancangan awal termasuk keperluan lawatan kerja...jika perlu la...” fail yang mengandungi dokumen berkenaan sudah bertukar tangan. Malah di hadapan fail berkenaan sudah disertakan surat lantikan dan arahan kerja untuk pelaksanaan projek. Tentulah nama Nylia yang tertera di situ.
“ tapi prof, boleh ke saya merealisasikan impian prof ni? Besar ni prof...” mata Nylia tidak beralih dari menyemak secara lalu maklumat yang terdapat dalam fail berkenaan.
“ I believe in you...” Professor Hadi tersenyum dengan penuh yakin. Di wajahnya tergaris keyakinan yang ikhlas.
“ terima kasih prof. Saya akan cuba sedaya upaya...” Nylia berlalu selepas semua maklumat yang ingin disampaikan ketuanya berakhir. Ketika melangkah keluar, dia terimbas surat arahan ganti tugasnya ke Bangkok. Dr Ikram Nashrul bin Hamidi. Berdegup kencang jantung Nylia membaca surat tersebut. Dia kembali menguak pintu bilik Professor Hadi.
“ yes Nylia...” terkejut professor tersebut.
“ is that Dr Ikram Nashrul recover me to Bangkok prof?”
“ yes...dia yang tawarkan diri...any problems?”
“ no prof...just asking...so that I know my partner for this projects...” Nylia menguntum senyum dan berlalu.
            Fikirannya menerawang entah ke mana. Kenapa Ikram tidak memberitahunya bahawa seminar di Bangkok itu dihadiri kerana menggantikan tempatnya. Apakah Ikram sedang cuba menjauhkan diri darinya. Nylia tidak sedar bila dia sampai di biliknya. Dia sudah pun duduk bersandar di kerusi kerjanya. Tiba-tiba dia benar-benar rasa kosong. Nylia membuka kembali email Naufal Farhan. Dia memilih menu reply.  

Assalamualaikum Auf...i miss you so much...
Thanx 4 ur email. Sorry coz nyl baru rep. I feel empty abang...
No you here...not event ajmal...also ikram...
Nobody to share...
I’m start searching for his voice since i know he’s not here...is that what they called love Auf? Sometimes i feel that i want to text him but will he had the same feeling to me?

Auf, i really miss you and love you so much...
p/s : please do the same to my becoming sister in law :-p

Send. Nylia tersenyum ketika kiriman emailnya telah dihantar. Belum sempat Nylia menyambung semakan dokumen yang diterima dari ketuanya, telefon bimbitnya berbunyi. Ajmal.
“ Nylia Fareen...assalamualaikum...”
“ wa’alaikumussalam...”
“ I miss you sayang...”
“ me too...” Nylia yakin itulah perasaannya saat ini. Mungkin inilah yang dikatakan cinta. Perasaan yang tidak tahu dari mana datangnya.
“ awak start kerja hari ni kan?” Ajmal menyambung kemudiannya.
“ hhhmmm...awak kat mana tu?” entah kenapa tiba-tiba sebak dada Nylia.
“ Pelabuhan Iskandar, JB...ada urusan sikit...kenapa sayang?” terasa dekat sekali Ajmal dengannya.
“ awak tak balik sini?” entah kenapa soalan itu yang keluar.
“ awak nak saya balik ke?”
“ entah...”
“ kenapa ni sayang...”
“ nothing...” entah kenapa Nylia rasa kosong. Seminggu selepas dia dibenarkan keluar dari hospital, Ajmal kembali bertugas di pelantar. Begitu juga dengan abangnya Naufal Farhan. Kemudian, diikuti pula dengan Ikram yang mengikuti seminar di Bangkok lanjutan dari seminar di Manila beberapa bulan lalu. Begitulah yang dimaklumkan ibunya Fatemah.
“ Nylia sayang...” Ajmal mula bimbang bila Nylia mendiamkan diri.
“ hhhmmm...”
“ kalau kerja saya selesai awal, saya balik okay...”
“ okay...”
“ okaylah sayang, I’ve got to go...take care yourself...”
“ you too...”
“ I love you...”
“ I love you too...” Nylia dengar jelas Ajmal mengucapkan terima kasih. Kali ini Nylia pasti dia benar-benar bahagia. Mungkin inilah kebahagiaan yang dikurniakan Allah untuknya.

***        ***        ***

Ikram berbaring di katil bilik hotelnya. Cuaca agak sejuk di Bangkok ketika itu. Jam tangannya menunjukkan pukul 8.05 malam waktu Malaysia. Sejak berangkat ke Bangkok hampir seminggu lalu, fikirannya tidak pernah lekat di Bangkok. Sentiasa sahaja berada di Malaysia. Ikram tahu, dia mungkin dapat membohongi Nylia tetapi tidak dirinya sendiri.
Ketika mendapat berita Nylia bakal bertunang sungguh dia sangat kecewa. Tiada lagi kekuatan untuk berdepan dengan Nylia. Ikram benar-benar rasa hatinya hancur. Tapi pada satu sudut yang lain, perasaan sayang pada Nylia membuatkan hatinya terpujuk sendiri. Nylia sudah dikenali lebih dari 5 tahun itu terlalu dekat dengan hatinya. Malah Nylia sudah menjadi sebahagian dari diari hidupnya. Kepada mummynya pernah dia bertanya kenapa Nylia tidak menerima cintanya. Tapi apalah yang mampu dibalas oleh mummynya.
Keputusan Nylia mengikut aturan jodoh keluarga membuatkan Ikram semakin menghormati dan menyayangi Nylia. Tentulah sahaja dia faham kedudukan Nylia. Malah mungkin keadaan akan menjadi sama seperti itu jika dia berada di tempat Nylia. Sehari semalam ditemani Naufal sehari sebelum pertunangan Nylia dengan Ajmal benar-benar menambah rasa kasih Ikram buat wanita pujaannya itu.
“ aku tahu kau sayangkan dia Am...tapi kau tak faham situasi dia...”
“ dia tak bagi aku peluang untuk faham semua tu Auf...apa lagi yang aku boleh buat selain redha dengan keputusan yang dia buat...”
“ Am, kau tahu kan adik aku tu dah boleh dikategorikan anak yatim piatu...dia keseorangan Am...dia cuba untuk behagiakan semua orang...”
“ aku tak faham...kau masih ada...”
“ mama meninggal masa lahirkan dia...tak ada siapa tahu semua tu...hanya keluarga aku...semua tu permintaan Nylia. Dia tak nak orang bersimpati pada dia...dia tak pernah rasa kasih sayang wanita bernama ibu. Sampailah papa aku berkahwin dengan ibu aku sekarang. Masa tu pun Nylia dah berumur 4 tahun Am...setahun lepas tu papa turut ikut jejak mama meninggalkan kami...masa tu aku tak sanggup nak melihat adik aku Am...setiap malam dia menangis dalam tidurnya...depan kami dia tak pernah tunjuk kesakitan tu....dia peluk kain pelikat dan baju arwah papa bertahun-tahun sehinggalah ibu aku berkahwin dengan ayah aku sekarang...masa tu aku tengok dia dapat semangat baru...selalu dia bagitahu kami keluarganya dah lengkap...pada hari pernikahan ibu dan ayah, dia berkali-kali cakap dia sekarang ada ayah dan ibu...sama macam kawan-kawan lain...tapi...lepas tu, Fareed ikut sama pergi tinggalkan dia...tinggalkan kami...” ketika itu jelas Ikram melihat Naufal menahan getar suaranya. Ikram memandang dengan mata yang berkaca.
“ kami terhutang kasih dengan ibu dan ayah aku Am...mungkin kalau aku di tempat dia aku juga keliru...” Naufal menyambung lagi. Kali ini dengan suara yang sudah tertahan-tahan.
“ entahlah Auf...aku terlalu sayangkan dia...kau tahu kan...” Ikram menarik nafas dalam-dalam. Dia lihat jelas Naufal menganggukkan kepalanya. “ perasaan yang aku tak tahu nak cerita...tapi, macam kau cakap...aku nak dia bahagia Auf...aku sentiasa berdoa satu hari nanti aku bertemu jodoh dengan dia...kalau tidak di dunia ni, biarlah di akhirat mungkin...”
            Lamunan Ikram terhenti ketika telefon bimbitnya menerima SMS. Fareesha.
“ hai am, bz ke?”
“ hai...aku ni Ikram...my roaming numb...aku kat Bangkok...” pasti Fareesha tidak tahu dia di Bangkok
“ no wonder auf cant found u...we’ve got alumni invitation...via email...do inform me if u can go...i wanna go wif u...”
“ really? I’ll check it out later...anyway thanx...”
“ no sweat...text auf if u free...”
Ikram membuka notebook kesayangannya. Sekali lagi ingatannya kembali terbang ke Malaysia. Mana tidaknya, notebook itulah yang dipilih Nylia ketika mereka sama-sama berkunjung ke Low Yat Plaza. Apple Mini Series, Limited Edition. Pertama kali dalam sejarah bila Ikram menggunakan barang dari warna putih. Semua disebabkan Nylia yang memilih, maka dia bersetuju.
Ketika akses inbox dipilih, terkejut Ikram melihat kiriman email dari Nylia.

Hai Am...
Rindunye nyl dkat am...tak bgtau nyl pn g Bangkok L
Am cpt blik ye...nyl feel lost...alone...auf jauh, ajmal jauh...
Am yg dkat pn g jauh2...
Miss u am

Berkaca mata Ikram membaca kiriman email Nylia. Macam mana agaknya keadaan Nylia sekarang. Selama ini ketika dia di Malaysia, sering dia dengar rintihan Nylia kerana kesepian setiap kali Naufal ke pelantar. Fikir Ikram pastilah hati laranya terubat selepas menjadi tunang Ajmal. Meleset sangkaan Ikram kerana dia benar-benar terlupa Ajmal juga punya latar belakang kerja yang sama dengan Naufal. Dia tinggalkan notebooknya dan terus mendail nombor telefon Nylia. Sempat dia mengerling jam tangannya. Dia sedikit lega bila waktu Malaysia baru menjangkau ke angka 9.45 malam. Sedikit kecewa Ikram bila tiada jawapan.

~zara aqeela~