-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Thursday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 5 ::..

Terkejut Naufal melihat Nylia sudah lena di atas katilnya. Naufal menggelengkan kepala dan tersenyum melihat adiknya. Takbir pertamanya terganggu ketika terdengar dengusan kecil Nylia. Segera Naufal mendekati adiknya. Tidur. Naufal kembali ke sejadah menunaikan solat tahajjud. Sudah menjadi kebiasaan Naufal bangun solat malam setiap hari. Dia sudah terbiasa dengan kehidupan begitu sejak dia berkenalan dan tinggal serumah dengan seorang senior ketika menuntut di New Jersey. “ ketenangannya lebih kalau kita bangun sepertiga malam. Sujud kita masa tu rasa seperti di bawah lindungan dan pelukan kasih sayang dari Allah...ketika itu tidak semua orang sanggup mengorbankan masa mencari dan menghadapNya. Satu kemenangan jika kita lakukan...” sejak dari itulah Naufal tidak pernah meninggalkan solat malamnya.
            Usai berdoa, Naufal kembali berbaring di sebelah adiknya. Dia tahu adiknya akan datang mencari dia. Pasti Nylia sedang diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri seperti yang sering dilalui adiknya setiap kali Naufal perlu kembali ke tempat kerja. Naufal sudah masak benar dengan keadaan itu. Disebabkan itu jugalah dia sering berat hati untuk pulang. Bukan dia tidak rindukan adiknya, tapi dia lebih tidak sanggup melihat airmata Nylia gugur setiap kali dia pergi. Naufal sering menghalang Nylia dan orang tuanya menghantar dia hingga ke airport kerana tidak sanggup melihat adiknya menangis. Naufal tidak sedar bilakah dia terlelap sehinggalah dia terjaga ketika adiknya mengejutkan dia untuk solat Subuh.

***        ***        ***       

Masa yang berlalu terlalu pantas sehingga tidak sedar sudah seminggu berlalu sejak Naufal balik bercuti. Pagi itu, Naufal akan bertolak ke Pelabuhan Iskandar di Johor Baharu sebelum bersama beberapa anak kapal yang lain naik ke pelantar dua hari kemudiannya. Seperti biasa Naufal akan memanggil teksi.
“ jaga diri baik-baik Auf di tempat orang...” Fatemah sudah menyeka airmata.
“ insyaAllah bu...ibu pun jaga kesihatan...suruh adik ni buat kerja rumah dah boleh kahwin dah ni...” Nylia menjeling dengan usikan abangnya.
“ jangan lupa telefon ye...” Zairun pula menambah. Naufal sekadar menganggukkan kepala dengan pesanan ayahnya.
“ Auf pergi dulu ayah, ibu...” Naufal menarik adiknya dalam pelukan selepas bersalaman dengan kedua orang tuanya. Pelukan Nylia sudah beralih kepada ibunya. Naufal tidak berpaling lagi sehinggalah dia melambaikan tangan ketika teksi meninggalkan perkarangan rumahnya.

***        ***        ***

            Sudah hampir sebulan sejak Naufal berangkat ke Iran. Seperti yang telah Nylia jangka, abangnya memang tidak akan pulang menyambut Ramadhan bersama dia dan orang tuanya. Mungkin begitu juga Aidilfitri yang bakal tiba.
Malam itu Nylia menerima panggilan daripada Naufal. Airmatanya gugur lagi buat yang kesekian kalinya. Tentulah perasaannya amat sedih bila abangnya tiada bersama-sama menyambut Ramadhan. Biarpun ini bukanlah pengalaman pertamanya berpuasa tanpa Naufal, tetapi perasaan sedih itu tetap ada. Naufal sudahpun menjalani ibadah puasa beberapa jam lebih awal dari Nylia. Semalam lagi dia sudah menghubungi ibu dan ayahnya, Fatemah dan Zairun mengucapkan salam Ramadhan. Malam ini giliran adiknya pula menerima ucapan yang sama.
            Seperti kebiasaannya dia akan mendengar rintihan adiknya yang sememangnya sangat mudah terusik setiap kali tiba Ramadhan. Setiap kali itu jugalah Naufal akan memujuk dan terus memujuk tanpa ada jemu. Sehinggalah keadaan adiknya semakin reda dan mereka menamatkan panggilan setelah mengucapkan salam. Nylia masuk tidur kemudiannya kerana dia perlu bangun awal untuk bersahur esok pagi.

~zara aqeela~

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 4 ::..

Sudah seminggu berlalu selepas pertemuannya dengan Hanif. Ikram masih dalam tanda tanya kerana Nylia tetap melayannya seperti biasa. Apakah yang berlaku sebenarnya. Benarkah Nylia sedang menjalin cinta dengan Hanif? Sudah berapa lamakah hubungan mereka terjalin? Dada Ikram terasa sakit benar dengan perasaan yang bermain di fikirannya. Sejak seminggu itu jugalah Ikram mengajar dirinya untuk tidak lagi mengharap. Semalam ada dia ternampak Nylia menghala ke Jabatan Kejuruteraan. Pasti bertemu dengan Profesor Khairudi berkenaan dengan projek PHD nya.
            Sejak mula mengenali Nylia, Ikram sememangnya tahu dia seorang yang rajin. Ketika Nylia menyudahkan projek akhir Ijazahnya, sanggup dia terbang ke New Jersey mencari abangnya untuk projek kejuruteraan. Tapi, dari apa yang diberitahu oleh Naufal, adiknya itu berubah menjadi workaholic selepas kehilangan kembarnya Naufal Fareed. Itu memang Ikram sangat jelas. Tiba-tiba lamunan Ikram dikejutkan dengan deringan telefon di meja kerjanya.
“ hello...Dr. Ikram Nashrul...” Ikram menjawab lemah.
“ Am...Nyl ni...busy tak?” Nylia berbicara. Bersahaja seperti selalu.
“ tak...kenapa?” kaget Ikram menerima panggilan Nylia.
“ teman Nyl boleh?” nada suara itulah yang membuat Ikram cair.
“ you nak pergi mana sayang...” akhirnya hati Ikram terpujuk sendiri.
“ beli hadiah untuk Auf. Next week kan birthday dia. This weekend dia dah nak fly lagi...boleh kan?” nada suara itu paling tidak Ikram gemari. Biarpun terdengar gelak kecil di hujung talian tapi Ikram kenal benar suara sedih Nylia.
“ okay...pukul berapa?”
“ after office...boleh hang out lama sikit...”
“ okay la sayang...kita jumpa nanti...”
Ikram akan kalah setiap kali Nylia bercerita tentang Naufal atau Fareed. Bagi Ikram, Nylia masih dalam fasa membina kekuatan atas kehilangan. Mungkin sememangnya hubungan mereka bukanlah untuk menjadi sepasang kekasih.
Petang itu seperti dijanjikan, Ikram menemani Nylia keluar mencari hadiah untuk Naufal. Akhirnya Nylia membelikan abangnya sebuah jam tangan dari jenama Adidas. Selepas puas berpusing-pusing, mereka singgah untuk makan sebelum pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang, Nylia menerima panggilan.
“ hello...hai! you dah sampai ke?” Nylia mengerling jam di dashboard kereta Ikram. Ikram terus memandu tenang biarpun dalam hatinya berombak kencang. Dia pasti tentulah Hanif yang menghubungi Nylia.
“ no...dengan Ikram...why?” Nylia menyambung lagi. Ikram berdebar setiap kali Nylia sedang mendengar percakapan Hanif di hujung talian. Entah apalah agaknya ayat-ayat cinta yang lahir dari bibir Hanif.
“ thank you so much...I dah tengok malam tadi...sweet...and good pair...” Ikram menoleh ke arah Nylia ketika suara itu sudah berubah rentak dan nada. Jelas Nylia sedang melarikan pandangan daripada Ikram.
“ hhhmmm...ya okay...I’m okay dear don’t worry...bye!” terbantut Ikram ingin bertanya sebaik sahaja Nylia memaklumkan Hanif mengirimkan salam. Ikram hanya menganggukkan kepala dan cuba untuk tersenyum.
            Sebaik sampai di rumah, Nylia terus masuk ke rumah selepas mengucapkan terima kasih. Nylia menghempaskan badannya di atas katil selepas pasti pintu biliknya telah berkunci. Dia membelek kad jemputan perkahwinan Hanif dan pasangannya Nurinazirah yang sama satu Universiti dengan Nylia ketika dia menghabiskan pengajian Master di United Kingdom dulu. Selama ini Nylia sangka bertepuk sebelah tangan adalah satu kesakitan. Rupanya lebih perit lagi jika tidak bertepuk sebelah tangan tapi iramanya tidak kedengaran.
            Hanif Fahmi bin Abdul Rahman. Selama ini dia memang tahu Hanif sahabat abangnya. Sememangnya sejak di bangku sekolah dia amat meminati Hanif kerana sikapnya yang lebih menonjol dari sudut kepimpinan, sukan dan akademik. Sementelah Hanif memang antara kawan yang rapat dengan abangnya. Tapi apakan daya, Hanif mungkin tidak memahami perasaannya dan tiada pancaran keistimewaan dalam mata Hanif. Malah, Nylia sering melihat Hanif seakan melarikan pandangan setiap kali bertemu. Maka, Nylia merasakan perasaan itu adalah gangguan biasa bagi remaja seusianya. Dia yakin perasaan itu akan hilang bila meningkat usia. Tapi dia silap bila sekali lagi dia merasakan satu rasa yang sungguh menusuk ke jantung dan hulu hatinya bila bertemu dengan Hanif ketika abangnya berada dalam kelas persediaan ke luar negara. Ketika itu Nylia lebih berani bertegur siapa dengan Hanif.
            Perhubungan baik itu berlangsung seperti mana dia dan juga Ikram. Tidak pernah timbul bicara soal hati dalam setiap pertemuan mereka walaupun getaran dalam hatinya berbeza setiap kali berdepan dengan Hanif. Malah Hanif sahaja rakan Naufal Farhan yang memanggilnya Fareen. Keadaan itu membuatkan Nylia merasakan dia istimewa. Malah hubungan baik itu berpanjangan, baik antara dia dan Hanif mahupun Ikram. Nylia tidak pernah menyangka bahawa Hanif juga menyimpan perasaan terhadap dia. Perkara itu hanya terbongkar lebih kurang 5 bulan yang lalu ketika teman satu universitinya menceritakan kisah cinta antara dia dan tunangnya.
“ cepatnya dia propose kau...3 bulan je kenal?”
“ dia kata dia tak nak terlepas lagi kali ini. Dulu dia pernah terlepas sebab takut nak luahkan perasaan.”
“ kenapa?” Nylia bertanya dengan penuh minat.
“ dulu dia ada suka dekat sorang awek ni tapi dia takut cintanya bertepuk sebelah tangan so dia tak berani nak luahkan perasaan. Akhirnya tak dapatlah dia awek tu sampai dia jumpa aku.”
“ kenapa tak mengaku je” Nylia menyambung lagi.
“ dia malu sebab awek tu adik kawan dia...”
“ siapa nama tunang kau?” dada Nylia sudah berombak ketika itu.
“ Hanif Fahmi...aku rasa kau kenal dia...aku rasa aku ada gambar masa kami bertunang...sekejap...” ketika itu Nylia yakin darahnya tidak akan mengalir keluar jika mukanya ditoreh-toreh. Atau mungkin boleh mencipta sejarah mengalirnya darah putih atas dasar cinta suci yang setia. Nafasnya bagai terhenti ketika gambar Hanif Fahmi berada dalam tangannya.
            Malam itu juga Nylia menghubungi Hanif melalui Facebook. Patutlah selama ini Hanif tidak pernah lari dari menghubunginya. Rupa-rupanya Hanif juga ada perasaan yang sama dengan Nylia. Tapi apakan daya, perasaan yang Nylia pendam dan simpan selama ini telah punah kerana Hanif Fahmi telah bertunang dan tunangannya itu adalah rakan Nylia sendiri.
Nyl~Hanif...~
Anep~J~
Nyl~It’s me Fareen~
Anep~I know it’s you...~
Nyl~apa akan jadi kalau kita tau kita tak bertepuk sebelah tangan?~ Nylia sudah tidak peduli lagi jika dia terlalu berterus terang.
Anep~tak faham la~
Nyl~orang yang Fa minat sejak bertahun2 dulu...dia dah bertunang...I feel so sad...or regret maybe L~
Anep~damn!~ kali ini Hanif dapat menangkap maksud Nylia.
Anep~Fa...please say something~ Hanif tidak keruan.
Nyl~is that my fault?~
Anep~why dont you tell me?~
Nyl~is that me should start 1st?~ Nylia masih menyalahkan Hanif.
Anep~I takut you tak terima I...plus, you close with Ikram too~ sudah lain benar bahas cerita mereka.
Nyl~that’s a fool reason...what’s the problem if I close to Ikram?~
Anep~I sangka u sukakan dia...~
Nyl~if that so, why  you keep tracking on me~
Anep~I tak nak kehilangan you Fa...~
Nyl~how could you know if you dont try Hanif Fahmi...~
Anep~I’m sorry...if I could return time dear...~
Nyl~it’s hurt...really hurt when you realize that you are missing something in front you...~
Anep~Fa...~
Nyl~tambah2 sakit bila hari2 Fa sedang mendengar kisah cinta you dari mulut tunang you~
Anep~you know her?~
Nyl~my roommate...Nurinazirah...~
Anep~shit!!kenapa jadi macam ni Fa...I’m sorry...~
Nyl~I dont know~
Anep~she’s allways tell me bout her roomate...and i selalu kata i rasa macam kenal lama dengan roommate dia...~
Nyl~yes you do~
Anep~lebih dari kenal...dekat sangat...dalam hati i~
Nyl~dah terlambat...~
            Nylia menamatkan perbualannya dengan Hanif di situ. Dia bimbang perbualan itu akan mencetuskan masalah kemudian hari. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Setidak-tidaknya Nylia tahu, degupan jantungnya yang laju selama ini kerana bersahutan dengan perasaan yang sama dengan Hanif. Keperitan sekali lagi menerjah hidup Nylia. Rahsia. Antara dia dan Hanif sahaja.

~zara aqeela~

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 3 ::..

Naufal menolak trolley keluar dari balai ketibaan. Dia tersenyum sebaik terpandang Fareesha sedang melambai-lambai tangan ke arahnya. Mereka terus ke Alamanda Putrajaya untuk mengisi perut terlebih dahulu. Walaupun hari bekerja Alamanda tidak pernah lekang dengan kunjungan. Malah ada juga pelajar sekolah yang memilih untuk menjamu selera sebelum ke sekolah. Berbeza sungguh anak-anak sekolah sekarang.
            Mereka ke MPH Book Store sejurus selepas makan. Fareesha ingin mendapatkan kepastian senarai buku yang diperolehi adiknya dari universiti ketika taklimat pendaftaran 2 hari lepas. Sekadar membuat persediaan kerana menurut survey yang dibuat Fareesha harga buku di sana lebih mahal berbanding jika dibeli di Malaysia. Naufal hanya mengikut sahaja dan sedikit sebanyak memberikan pendapat. Tambahan pula dia tidak diberitahu lebih awal tentang rancangan Fareesha untuk mencari keperluan adiknya. Tapi dia tidaklah sampai rasa terbeban kerana dia sekadar menemani Fareesha. Naufal juga tidak bercadang untuk balik awal kerana ingin memberi kejutan kepada adiknya menjelang adiknya balik dari pejabat. Semalam dia ada memberitahu ibunya melalui telefon dia akan balik tapi dia sudah terlebih dahulu berpakat supaya tidak diberitahu kepada Nylia kepulangannya ke Malaysia.
Lebih kurang jam 2.30 petang, Naufal dan Fareesha berangkat meninggalkan Alamanda. Sebelum itu mereka singgah di Masjid Putrajaya menunaikan solat Zohor dan merakamkan beberapa gambar kenangan. Sempat juga Naufal mengajak Fareesha menaiki Putrajaya Cruise sekadar mengisi masa kerana dia bercadang untuk sampai di rumah lebih kurang dengan masa Nylia sampai di rumah. Lebih kurang jam 4.00 petang mereka meninggalkan Putrajaya dan Fareesha terus menghantar Naufal ke rumah.
Alangkah terkejutnya Naufal bila diberitahu adiknya Nylia pulang ke rumah seketika dan keluar semula tanpa memberitahu apa-apa. Tidak sempat ibunya ingin memaklumkan kepada Naufal, adiknya telah sampai di rumah seperti yang mereka janjikan. Nylia telah keluar semula meninggalkan rumah. Puas mereka menghubungi Nylia tapi tidak berjawab sehinggalah 2 jam selepas itu telefonnya telah dimatikan. Barangkali dia sengaja berbuat demikian supaya tidak dapat dihubungi. Friend Finder juga tidak dapat membantu. Naufal keluar bersama ayahnya untuk mencari Nylia ditempat-tempat yang biasa dia pergi. Mereka balik ketika hari menjelang senja. Selepas menunaikan solat Maghrib, Naufal keluar sekali lagi. Kali ini bersendirian menaiki motorsikal ayahnya. Lebih mudah katanya.  
Tidak senang duduk Fatemah dibuatnya. Dia ke dapur dan ke depan menanti berita anaknya. Mereka bertambah bimbang bila Naufal memaklumkan bahawa dia masih gagal mencari Nylia. Entah apa angin anak perempuannya itu tiba-tiba keluar rumah petang tadi dan tidak pulang-pulang. Hari yang semakin lewat membuatkan Fatemah tidak senang duduk. Sangka Fatemah, berita abangnya pulang ke Malaysia akan membuatkan anaknya gembira. Tapi dia salah sama sekali. Mana mungkin Nylia tidak mahu bertemu dengan abangnya Naufal.
“ macam mana Auf?” Fatemah menerpa ketika Naufal sampai di muka pintu. Naufal hanya menggelengkan kepalanya. Naufal melabuhkan diri di kerusi bersebelahan kolam ikan koi ibunya. Dia meraup mukanya.
“ Auf ada cakap apa-apa ke pada dia?” Zairun memegang bahu anaknya.
“ Auf tak jumpa dia pun ayah... telefon pun belum... saja Auf ingat nak surprisekan dia...dah lewat sangat ni Auf risau...” ada getar yang tidak mampu diselindungkan dalam nada suara Naufal.
Tiba-tiba Naufal teringatkan Ikram. Segera dia mendail nombor telefon kawannya itu. Terkejut Ikram ketika diberitahu Nylia tidak pulang sejak petang. Jam sudah beranjak ke angka 12.35 pagi. Tambah membimbangkan mereka Nylia tidak memandu kereta. Jika menurut cerita ibunya tadi, dia pulang dengan teksi dan teksi itu jugalah yang dia naik untuk keluar semula. Tidak pernah dia berbuat begitu. Pasti ada yang tidak kena dengannya. Ketika jam beranjak ke pukul 1.05 pagi Ikram sampai di depan rumah.
“ jom Auf! kita pusinglah cari dia...” Ikram dan Naufal berlalu selepas memaklumkan kepada Fatemah dan Zairun.
“ kau sampai pukul berapa? tak telefon pun...” Ikram memulakan bicara sebaik mereka bergerak meninggalkan rumah.
“ pukul 11.45 pagi tadi. Saja aku ingat nak surprisekan adik aku... Aku minta tolong Fareesha jemput aku. Tak sangka pula dia ajak aku temankan dia beli barang untuk adiknya yang nak berangkat ke Rusia bulan depan...” Naufal menjawab sambil merenung keluar tingkap.
“ Nyl tahu ke tak kau nak balik arini?”
“ tak...sebab tu aku telefon ibu tadi nak bagitahu petang baru aku nak sampai rumah...”
“ mesti dia merajuk dengan kau... sepatutnya ko telefonlah dia... Auf, dia tunggu kau bertahun-tahun tau. Aku selalu tengok dia ketawa tapi matanya penuh dengan airmata. Aku selalu bersembang dengan dia tapi ceritanya bukan tentang kami berdua. Segala cerita yang keluar dari bibir dia tentang Naufal Farhan. Kau Auf!” Naufal hanya mendiamkan diri. Benarkah dia merajuk sehingga tidak pulang ke rumah.
“ aku tak ada niat pun nak buat dia kecil hati Am...” Naufal membela diri.
“ kau tahu Auf...ada satu hari Nylia telefon aku dan menangis teresak-esak... dia terlalu rindukan kau Auf. Sampai satu tahap pernah dia kata sudahlah Fareed tinggalkan dia dan tak mungkin kembali. Kau pun ikut sama tak mahu balik menjenguk dia...” kata-kata Ikram termati di situ. Entah kenapa hatinya sayu bila teringatkan Nylia.
“ aku betul-betul tak sangka Am...”
“ Auf, aku bukan salahkan kau. Tapi kau dan Fareesha baru berpisah tak sampai setahun kan? Kau dah tinggalkan Nylia hampir 4 tahun tak balik...” perbualan mereka terganggu dengan deringan telefon Naufal. Fatemah ibunya memaklumkan Nylia sudah pulang tapi terus sahaja masuk ke bilik. Ikram memecut keretanya sebaik Naufal memaklumkan berita yang terkini.
“ kau pujuklah dia Auf, kau lebih kenal dan faham adik kau tu...aku balik dulu...kalau ada apa-apa kau telefon aku...” Ikram meminta diri kemudiannya.
Pintu tidak juga dibuka biarpun berkali-kali Naufal dan orang tuanya memanggil-manggil Nylia. Mereka terus menunggu sehinggalah Nylia membuka pintu ½ jam kemudiannya. Naufal meminta ruang untuk dia dan Nylia.
“ adik pergi mana?” Naufal bertanya. Nylia hanya mendiamkan diri membelakangkan abangnya. Suasana sunyi membuatkan esakan Nylia jelas di pendengaran Naufal. Tentu sahaja Naufal tersentuh hati. Dia bingkas menarik adiknya dalam pelukan.
“ I hate you...”
“ sorry sayang, I don’t mean that...abang...”
“ jangan balik kalau abang tak nak jumpa Nyl... Nyl tunggu abang bertahun-tahun...”
“ I know that...”
“ no you don’t! you wont look for another person if you noticed that I miss you like crazy...you’ll never know that...cakaplah kalau abang dah muak melayan kerenah Nyl bang...Nyl tahu Nyl terlalu manja...tapi janganlah balik dan pergi jumpa orang lain dulu...it’s hurt! Sama macam abang memberi isyarat Nyl tidak lagi penting...” airmata yang tertahan selama ini akhirnya gugur juga.
“ Nylia Fareen...” tidak sanggup Naufal mendengar rintihan adiknya.
“ kalau abang memang tak nak balik jumpa Nyl atau memang abang balik bukan kerana rindukan Nyl, dun ever let me know that you’re here... you know how did I know you are here? Because I saw you at Putrajaya this afternoon. Nyl terlalu sakit rindukan abang... kenapa abang buat Nyl macam ni bang...”
“ abang minta maaf...” Naufal menarik Nylia kuat dalam pelukannya. Airmatanya jatuh juga akhirnya. Berderau darahnya bila mendengar penjelasan Nylia. Bukanlah kerana dia risau adiknya melihat dengan siapa dia keluar. Tapi, tentulah adiknya sangat sedih bila melihat dia menemui orang lain terlebih dahulu.
“ Nyl tahu sejak arwah mama pergi, Nyl menjadi beban kepada semua orang. Same goes to Fareed maybe. But please note me...so that Nyl boleh bagitahu diri Nyl berhenti mengharapkan kasih sayang...even from you...”
“ no! Nylia...dont ever say that again... I’m really sorry...please jangan buat abang macam ni...abang minta maaf sebab lukakan hati Nyl...jangan cakap macam tu...not me not even Fareed or papa or our mama...nobody hate you...believe me okay...” Nylia masih teresak-esak menahan perasaan.
“ I hate you..” masih ada kemarahan dalam diri adiknya. Makin Naufal menarik, makin kuat Nylia cuba menolak abangnya. Naufal tidak sama sekali menyangka begitu terguris perasaan adiknya. Dia mengaku tersilap membuat perhitungan. Diusap-usap rambut adiknya sehingga tangisan reda.
“ abang minta maaf okay...” Nylia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dalam hatinya hanya terfikir dia bakal kehilangan abangnya Naufal. Kehilangan Fareed yang selama-lamanya juga masih sukar diterima. Nylia akhirnya tewas dengan pujukan abangnya. Tentulah dia amat menyayangi abangnya kerana dia tidak punya siapa lagi di dunia ini.
Naufal merapatkan pintu setelah yakin Nylia lena di katilnnya. Ketika melangkah ke biliknya dia melihat lampu dapur masih terpasang.
“tak tidur lagi ayah, ibu?” Fatemah dan Zairun menoleh ke arah Naufal.
“ belum Auf. Ibu risau dengan adik kamu tu? Kenapa?” Naufal menarik kerusi di sebelah ayahnya dan menghela nafas panjang. Kelihatan berat sekali.
“ kamu dua beradik bergaduh ke?” ayahnya pula menyambung.
“ tak ayah. Nyl... dia terasa hati sebab Auf tak bagitahu dia Auf balik. Pulak tu Auf jumpa kawan dulu...” kata-kata Naufal terhenti bila teringatkan keadaan adiknya tadi.
“ Nylia sensitif betul kebelakangan ni. Baru-baru ini dia merajuk dengan Ikram. Entah apa yang tak kena sampai tak nak jawab panggilan Ikram. Jenuh la budak tu telefon dia...” Fatemah mengadu kepada Naufal.
“ dia bergaduh ke dengan Am?” Naufal teringat perbualannya dengan Fareesha beberapa bulan lalu.
“ entahlah Auf ayah pun tak tahu...tu dia dah tidur ke?” Zairun menoleh ke bilik anaknya Nylia.
“ dah... Auf pun tak sangka dia merajuk sampai macam ni...”
“ tak apa lah insyaAllah esok dia baiklah tu...” Zairun memujuk anaknya.
Mereka masing-masing masuk tidur ketika jam sudah beranjak ke pukul 3.45 pagi. Naufal sekali lagi menjenguk ke bilik adiknya untuk memastikan keadaan adiknya itu betul-betul baik. Dia kemudiannya ke ruang tamu dan bersandar di sofa. Dia tidak sedar bila dia terlelap sehinggalah adiknya Nylia datang mengejutkan dia untuk berjemaah Subuh.
“ Nyl tunggu kat bilik abang ye...” Nylia melangkah ke bilik abangnya. Lebih kurang 20 minit kemudian, mereka sudah berjemaah Subuh bersama. Mereka sama-sama mengaminkan doa yang dibaca abangnya dan dia berlalu selepas mengucup tangan abangnya. Nylia masih melarikan pandangan daripada abangnya. Naufal hanya membiarkan adiknya. Pasti sahaja adiknya masih marah dan terasa hati dengan apa yang berlaku.

***        ***        ***

Ketika jam beranjak ke pukul 7.20 pagi, Nylia sudah bersiap untuk ke kampus. Dia menolak baik pelawaan abangnya untuk menghantarnya ke kampus dengan alasan sudah berjanji dengan Ikram. Maaf daripada abangnya Naufal dibalas dengan senyuman dan pandangan mata yang paling redup. Nylia berkali-kali meyakinkan abangnya dia sudah melupakan apa yang berlaku dan abangnya telah dimaafkan. Tapi airmata bohong itu masih bergenangan di tubir mata adiknya. Satu ciuman singgah di dahi adiknya ketika Ikram sudah membuka pintu kereta mempelawa Nylia masuk. Sempat dia memberi isyarat kepada Naufal yang dia akan memujuk Nylia nanti.
“ you tahu Auf nak balik?” Nylia sudah memberi soalan menjerat. Pasti sahaja dia sudah membaca segala gerak dan wajah mereka berdua sebentar tadi.
“ morning sayang...” Ikram tersenyum dan berharap permulaan itu boleh menyejukkan hatinya.
“ don’t start Ikram Nashrul...” Nylia membalas dengan jelingan tajam. Mukanya sudah dipalingkan ke luar.
“ ok! I’m sorry...” Ikram menjawab ringkas. Kepalanya ligat mencari jalan cerita yang terbaik supaya Nylia tidak terus marah. Pasti sahaja berlarutan kerana apa sahaja yang berkaitan dengan abangnya Naufal Farhan adalah sangat sensitif buat dia.
“ so betul you dah tau dia nak balik?” suara Nylia sudah berubah. Ikram nampak jelas Nylia sudah menyeka airmata.
“ kalau you tak ambil tindakan melulu semalam tentu tak jadi macam ni kan?” Ikram cuba berdiplomasi.
“ what?! Apa yang I dah buat?” Nylia memandang Ikram.
“ semalam...kenapa tiba-tiba you balik dan tinggalkan majlis kita kat Putrajaya tu? Sepatutnya I hantar you balik dan kita sama-sama jemput Auf kat Masjid Putrajaya. That is what should happend yesterday. But then...”
“ but then what? I’ve spoiled everything?! That is what you want me to know?” Nylia memintas. Ikram hanya berdiam sahaja tidak mahu terjerat dengan permainan sendiri.
“ Nylia Fareen...” Ikram cuba memujuk. Nylia hanya mengangkat tangan menandakan dia tidak mahu berbicara lagi. Satu keluhan berat dilepaskan Ikram. Dia terus memandu sehinggalah tiba di bangunan keselamatan. “ I’ll drive you to your department.” Nylia kembali meletakkan barang-barangnya ketika Ikram seakan-akan memberi arahan. Mereka sama-sama melangkah ke bangunan keselamatan untuk mengesahkan kehadiran mereka di kampus.
“ I hate you!” Nylia menjeling Ikram ketika Nylia mengambil barang di tempat duduk belakang sebaik tiba di depan jabatannya.
“ but I love you...” Ikram tersenyum mengusik ketika Nylia menutup pintu kereta. Dia tahu Nylia akan sejuk sendiri nanti. Selepas ini dia akan keluar berjumpa dengan Naufal. Kebetulan pula hari ini dia akan berada di kliniknya. Selepas meninggalkan memo kepada kerani di jabatannya, Ikram memecut keretanya keluar dari kawasan kampus.
Ikram mengambil Naufal di rumah dan mereka keluar minum bersama. Pastilah menjadi kewajipan Ikram membantu sahabatnya itu. Sementelah dia memang sangat menyayangi Nylia dan itu sudah diketahui Naufal sejak bertahun lamanya.
“ aku dah cuba cakap baik-baik...” Ikram memaklumkan kepada Naufal.
“ memang aku yang salah. Tapi tak sangka la kau dengan dia ada kat sana. By the way apa kau orang buat kat sana?” Naufal pula memulangkan pertanyaan.
“ petang tu universiti ada majlis...hi-tea sebab meraikan kejayaan mendapat penganugerahan landskap terbaik dari Kementerian Alam Sekitar. Betul-betul habis je majlis dia hilang. Aku ingat dia memang ada hal.” Ikram bersandar di kerusi.
“ petang la maknanya. Then, apa buat awal-awal kat Alamanda?” Naufal memancing Ikram.
“ saja la keluar tak boleh?”
“ dah on date ke? Tak roger-roger aku pun...” Naufal tergelak besar. Tentulah berita yang menggembirakan jika benar adiknya menerima Ikram sebagai teman.
“ untunglah kalau ya...” Ikram mencuka. “ susah adik kau tu... keras hati macam abang dia...”
“ hello! Sound elok-elok sikit...” mereka ketawa lagi. “ bab hati aku tak boleh bantu Am. Kau cuba lah. Dia memang keras hati sikit yang itu aku mengaku.” Ikram hanya menganggukkan kepala. Sememangnya benar kata Naufal. Selama lebih 5 tahun dia cuba memikat Nylia tapi masih tidak berjaya. Sedangkan sepanjang tempoh itu mereka sering keluar makan bersama, beraktiviti bersama. Telefon, SMS, chatting malah kadangkala keluar menonton wayang bersama. Sama layaknya dengan sepasang kekasih. Tapi tetap Nylia menyatakan yang Ikram bagai seorang abang untuknya. Bayangan Naufal Farhan terlalu kuat pada Ikram Nashrul.
            Ikram memohon diri selepas menghantar Naufal balik ke rumah. Dia terus memecut keretanya ke Poliklinik Nashrul yang menjadi milik bersama antara dia dan rakannya. Kehadiran Ikram sekadar untuk memeriksa penerimaan bekalan ubat seperti yang dilakukan selalu. Tepat jam 12.00 tengahari dia kembali ke kampus menyambung kerjanya di sana.
            Sebaik tiba di pejabat, Ikram mendapat memo panggilan dari Nylia. Dia tersenyum. Mungkin hati Nylia sudah sejuk. Ikram berlalu ke biliknya dan menghubungi bilik Nylia. Tiada jawapan. Dia mendail lagi. Sama. Ikram melihat jam di pergelangan tangannya, baru 12.30 tengahari. Jarang Nylia meninggalkan biliknya jika tiada perjumpaan untuk projek PHDnya. Sememangnya Ikram sangat pasti dia tidak punya jadual dengan kuliah PHD pada hari Selasa. Pantas tangannya mendail nombor telefon Nylia.
“ where are you?” nada kerisauan jelas dari soalan Ikram. Bimbang betul dia jika Nylia mengulang cerita semalam.
“ outing...” mencabar sungguh sikapnya.
“ with whom?” Ikram bertanya sepatah. Dia sudah keluar dari biliknya.
“ alone...” sepatah juga jawab Nylia.
“ where dear?” Ikram sudah berada dalam perut keretanya. Dia menuju ke Jabatan Landskap mencari hala tuju Nylia.
“ I need space Am...” suara Nylia masih tenang.
“ also a shoulder maybe...” Ikram mencuba lagi. Kali ini dia sudah melihat bilik Nylia kosong dan bertanda tidak hadir. Hatinya mula geram. Kali ini Ikram ke Bangunan Keselamatan mencari kepastian.
“ nope! I’m sure about that...” kali ini Ikram sedang cuba mengesan di mana Nylia. Tapi dia gagal.
“ you kat mana ni sayang?” Ikram mengalah bila status Nylia memang tidak hadir. Apa pula permainan Nylia kali ini.
“ please Ikram. I’ll call you later. Dont force me if you love me...” kali ini Ikram terjerat.
“ of course I do...but that’s not the way dear...that’s not how to solve the problems...” dia masih ingin mencuba.
“ please...” kali ini suara Nylia sudah tenggelam timbul.
“ Nylia...” dan talian sudah ditamatkan.
“ damn!” Ikram mengetuk-ngetuk stereng keretanya.
            Ikram memandu keretanya tenang tanpa arah tujuan. Sangkaannya meleset sama sekali bila merasakan Nylia akan kembali sejuk. Terguris benar hatinya. Dia akhirnya memandu masuk ke kampus. Selepas solat Zohor, dia masuk ke biliknya menyambung kerja yang ditinggalkan semalam. Beberapa tugasan pelajar perlu ditanda untuk tindakan selanjutnya. Selepas ini Ikram akan terlibat dengan projek akhir pelajar Sarjana. Semalam dia telah menerima panggilan temujanji dengan pelajar berkenaan. Sebenarnya Ikram masih berdebar kerana ini pertama kali dia akan berbuat demikian. Kemampuannya akan teruji kali ini.
            Fikirannya menerawang memikirkan Nylia sehingga tidak sedar dia sudah di muka akhir kertas tugasan pelajar yang terakhir. Ikram bersandar dan melepaskan keluhan berat. Dia cuba menghubungi Nylia dan gagal lagi. Ikram mengerling jam tangannya. Jam sudah beranjak ke pukul 4.45 petang. Terasa lama sungguh masa berlalu. Ikram berlalu ke surau menunaikan solat ‘Asar kemudiannya. Ketika masuk ke perut kereta, telefon bimbitnya berbunyi. Laju dia menyambut tanpa melihat pemanggilnya.
“ mummy lah ni...” terkejut Ikram ketika mummynya ketawa kecil di hujung talian.
“ sorry mummy...”
“ siapa tuk Nylia?” dia terjerat lagi kali ini.
“ officemate Ash...tadi dia call. Ash tengah solat...” Ikram berdalih.
“ iyalah anak mummy tuk...sik mau kongsi dengan mummy...” Ikram tersenyum sendiri dengan usikan mummynya.
“ sik ada la...mun benar kamek da teman, kitak la oghang first kamek nanggah...” Ikram berdalih.
“ mummy nak ke Semenanjung next month. Ash ada lapang tak?” kejutan lagi. Kali ini daripada orang tuanya pula.
“ bila tuk? Berik kamek conform date nya. Bulih kami jemput di airport nanti...”
“ kelak mummy call kitak semula ya...”
“ okay mummy...kirim salam Ash pada daddy ya...” Ikram mematikan talian kemudiannya.
Terkejutnya Ikram ketika berpaling dan melihat Nylia di belakangnya. Nylia mengajak Ikram makan malam di rumah. Ibu menjemput katanya. Ikram hanya mengangguk tanda setuju. Dia menghantar Nylia pulang kemudiannya. Sengaja Ikram memberi ruang untuk Nylia menenangkan hatinya sendiri. Bimbang jika ditanya nanti lain pula jadinya. Ikram memandu tenang menghantar Nylia pulang. Ketika tiba, dia melihat Naufal sudah menunggu di laman.
“ assalamualaikum abang...” Nylia menyapa abangnya manja. Ada kelegaan di wajah Naufal dengan sikap adiknya. Dia mendepangkan dada dan memeluk adiknya.
“ wa’alaikumussalam sayang...” Naufal mencium dahi adiknya.
“ masuk dulu!” Naufal mempelawa Ikram.
“ tak payah la...you balik siap wangi-wangi ye Ash!” Nylia sudah tersenyum nakal ketika Ikram menjengilkan matanya.
“ got sweet name for special one...” Naufal menarik hidung adiknya. Nylia membiarkan sahaja.
            Malam itu Nylia menunggu Ikram di tepi kolam ikan koi. Sememangnya itu lokasi kegemaran Nylia sejak kolam itu dibina. Tangannya ligat bermain SMS. Naufal hanya memerhati dari dalam rumah. Hatinya masih tertanya-tanya benarkah adiknya sudah memaafkan dia. Naufal tidak akan melupakan kejadian semalam dan tidak mahu sama sekali kejadian itu berulang lagi. Ketika Naufal leka memerhatikan Nylia, kereta Ikram sudah masuk ke perkarangan rumah. Nylia masih leka dengan telefon bimbitnya sehinggalah Ikram datang mengejutkan.
“ hai sayang...” terkejut Nylia dengan sikap selamba Ikram.
“ you...” Nylia menoleh ke kiri dan ke kanan melihat kalau-kalau ada mata yang mengintai. Mukanya sudah kemerahan.
“ you bergayut dengan siapa?” cemburu Ikram melihat Nylia bersembang di telefon. Nylia mengangkat tangan meminta Ikram menunggu seketika. Ketika Ikram berpusing untuk masuk, tangannya sudah dicapai Nylia.
“ dah nak sampai nanti call okay...” Nylia menamatkan talian kemudiannya.
“ siapa lagi yang you jemput?” kali ini Ikram benar-benar tercabar.
“ cemburu?” Nylia mengusik lagi.
“ of course I do...” kata-kata Ikram termati di situ ketika Naufal datang menghampiri.
“ sembanglah dulu...” Nylia berlalu. Lebih baik daripada menjadi mangsa usikan abangnya pula. Dia nampak jelingan cemburu Ikram. Seketika kemudian Nylia keluar semula menjemput untuk makan.
Sejurus selesai membaca doa, telefon bimbit Nylia berbunyi. Dia tersenyum sambil menjeling Ikram. Garis cemburu terlalu jelas di matanya sehingga Naufal menjengilkan mata supaya Nylia tidak berbuat begitu kepada Ikram.
“ hello...yup...aha ada Satria Neo QKQ 123 tu...ha la Dr. Ikram Nashrul punya...” Nylia ketawa kecil. Semua mata sedang memandang ke arahnya sekarang. “ just come in..okay Fa tunggu...” talian ditamatkan kemudiannya. Seketika kedengaran suara memberi salam disulam loceng pintu. Semua mata memandang Nylia.
“ what? Go la En. Naufal Farhan open the door that’s your guess...” Nylia memandang abangnya Naufal. Dia sudah bangun beralih tempat duduk di sisi ibunya. Betul-betul berhadapan dengan Ikram. “go abang...” Nylia mengarahkan sekali lagi ketika Naufal masih termangu-mangu.
“ Nylia Fareen...kenapa ni...” Zairun mula bimbang dengan anaknya.
“ I swear that’s his guess...” Nylia duduk kemudiannya. Seketika kemudian terdengar ketawa besar di muka pintu. Alangkah terkejutnya Naufal. Sama sekali dia tak menduga akan berjumpa kawan lamanya Hanif. Hanif Fahmi. Kawan sekolah yang juga sama-sama membuat persediaan ke luar negara.
“ Am, ko mesti tak percaya kan. Tengok siapa datang...”
“ Hanif?!” Ikram sudah berdiri menyambut Hanif. Tentu sahaja mereka saling mengenali kerana ketika dalam kuliah persediaan mereka duduk sebilik.
“ Fa yang jemput aku. I mean Nylia...sorry dah terbiasa...” Nylia hanya tersenyum memandang Hanif. “ memang kami pun dah planning lama dah tapi tak ada masa... ” Hanif berjabat tangan dengan kedua orang tua Naufal. “apa khabar pakcik, makcik?”
“ baik alhamdulillah...langkah kanan kamu...jemputlah...” Zairun mempelawa sahabat anaknya sementara Nylia dan Fatemah sudah mengambil pinggan dan gelas tambahan.
“ okay la tu kita dah jumpa pun kan?” Ikram membalas kata-kata Hanif. Dia masih mencuri pandang riak wajah Nylia. Seriuskah hubungan keduanya kerana ada  rentak yang tersembunyi.
Selepas makan, tiga sahabat itu bersembang panjang. Pasti sahaja Naufal terlalu gembira bertemu dengan Hanif dan Ikram yang sememangnya sudah lama tidak ditemui. Nylia datang kemudiannya membawa kopi O panas. Ketika dia berlalu, Naufal menarik tangannya supaya dia bersembang sama. Sementelah pula Nylia memang kenal benar dengan kawan abangnya yang dua orang itu. Dia selesa mengambil tempat di sebelah abangnya Naufal.
Berbaga-bagai cerita yang keluar dari mereka mula bersama dalam kelas persediaan sehinggalah ke bidang kerja masing-masing.
“ macam mana Nyl boleh jumpa Hanif semula?” Naufal memandang adiknya.
“ semula?” Nylia sengaja bermain. Dia tahu Ikram sedang menanti jawapan.
“ ye la...abang dengan Am pun dah lama tak contact Hanif...or...”
“ but not me...” Nylia membalas dengan nada yang amat menyakitkan di pendengaran Ikram.
“ aku dengan Fa tak pernah terpisah pun...” kenyataan Hanif pula menambahkan kekeliruan Naufal.  Sememangnya hanya Hanif seorang yang memanggil Nylia dengan nama keduanya Fareen. Tapi dia tidak pernah tahu nama itu semakin singkat dan dekat. Fa.
 “ kau kerja kat mana sekarang?” Ikram menukar topik perbualan.
“ Brunell, U.K baru je...HQ kat sana. Tapi aku selalu merayau merata tempat. Aku dengar kau ada klinik Am. Hebatlah kawan aku ni...”
“ Alhamdulillah...aku kongsi dengan seorang member. Rasa belum mampu nak buat sendiri...tapi memang ada perancangan pun. InsyaAllah...kau doakanlah untuk aku...”
“ aku selalu doakan kau apa?” Naufal menyampuk kemudiannya.
“ kau orang bila nak kahwin?”
“ macam lah kau dah ada anak lima? Kau bila?” Ikram membalas.
“ InsyaAllah...rasanya kalau tak ada aral melintang, tahun ni la kot...” Hanif memandang Nylia kemudiannya. Nylia membiarkan mereka terus bersembang. Dia bangun kemudiannya untuk menyertai ibu dan ayahnya menonton televisyen.
“ ooo!!! Senyap-senyap je kau ye...” Naufal menepuk bahu Hanif.
“ aku memang dah budget kau akan lepas dulu Hanif...” Ikram menokok kemudiannya. Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
“ you...bawa tak?” Nylia tiba-tiba datang menjengah. Naufal dan Ikram berpaling ke arah Nylia.
“ ada dalam kereta I...You ambil sendiri boleh kan? Sebelah you duduk...” Hanif sudah bangun menyeluk kunci di poket seluar jeansnya. Nylia menyambut huluran kunci. Seketika kemudian Nylia kembali memulangkan kunci kereta Hanif.
“ thank you...”
“ for you...” Naufal semakin keliru dengan hubungan sebenar antara Hanif dan adiknya. Ikram semakin terasa dia tidak punya peluang lagi merebut hati Nylia.
Ketika jam beranjak ke pukul 11.45 Hanif terlebih dahulu memohon diri. Naufal memanggil adiknya memaklumkan Hanif hendak pulang.
“ you terus ke KLIA ke? Flight esok pukul berapa?” Nylia bertanya ketika mereka beriringan ke kereta Hanif.
“ pukul 3.00 petang. Fa datang tak?” Hanif bertanya kemudiannya. Nylia hanya tersenyum.
“ ke mana?” Ikram bertanya.
“ U.K big boss dah panggil...”
Sebelum bergerak pulang, sempat Hanif menghulurkan sebuah beg kertas kecil kepada setiap seorang. Buah tangan katanya. Tidak lama kemudian Ikram pula memohon diri. Nylia menghantarnya hingga ke kereta. Sengaja Naufal membiarkan. Dia hanya memerhati dari jauh.
“ Am jemput esok ye macam biasa...” Ikram seboleh mungkin berlaku biasa.
“ of course la...kalau tak Nyl nak naik apa?” Nylia tersenyum memandang Ikram.
“ I’ll call you tonight...may I?” Ikram bertanya lagi ketika enjin kereta sudah dihidupkan.
“ sure...” Nylia kemudiannya mengucapkan salam dan selamat malam supaya perbualan itu tidak berlarutan. Malam itu seperti yang dijangka Ikram tidak menghubunginya. Pasti sahaja Ikram dan abangnya Naufal dalam kekeliruan tentang hubungannya dengan Hanif.
“ you owed me an explanation...” Naufal memeluk adiknya. Nylia hanya senyum meleret.

~zara aqeela~