-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Surat Untuk Awak ::..

Saya tak tahu di mana saya dan kamu masa catatan ini tersiar. Saya pun tak mampu nak mengandaikan apakah situasinya kita berdua saat ini. Cuma saya pasti kamu sedang bahagia dengan dia yang memang kamu pilih sejak dulu. Sebelum kita mengambil keputusan untuk bersama menjalin hubungan yang menyakitkan.

Saya tahu awak tidak pernah cintakan saya pun. Saya tahu ucapan kasih dan rindu awak hanya untuk menyenangkan hati saya selama ini. Tapi saya bahagia dan gembira. Saya harap satu hari nanti akan ada realitinya insan yang datang mengucapkan kata-kata seperti yang awak ungkapkan untuk saya.

Awak, jauh di sudut hati saya, saya sangat cemburukan dia. Sebab cinta dan sayang awak untuk dia bukan pura-pura. Kasih dan rindu awak untuk dia bukan main-main. Tapi semua dari hati awak untuk hati dia. Saya cemburu sebab awak meletakkan dia terlalu tinggi hingga saya jadi galang gantinya untuk awak melepaskan semua perasaan. Akhirnya awak pergi kepada dia bila masanya tiba. Akhirnya saya awak tinggalkan sebab hubungan kita tidak langsung berharga.

Saya memang tidak pernah tahu kenapa saya memilih untuk semua ini. Membiarkan diri saya disakiti dan dilukai. Membiarkan diri saya menangis dan ditertawa. Saya tidak tahu dan memang tidak mahu tahu awak. Saya cuma tahu manisnya rindu yang datang dalam hubungan kita. Saya cuma tahu indahnya ada tempat bermanja. Saya cuma tahu bahagianya ada seseorang di sisi saat saya memerlukan. Walaupun di seberang sana hakikatnya awak punya ruang kasih sayang yang sangat banyak tapi bukan untuk saya. Walaupun di pihak awak realitinya awak punya perasaan cinta yang melimpah ruah bukan untuk saya.

Awak, saya memang tidak pernah tahu hati awak yang sebenarnya. Apa yang saya tahu awak curi hati saya sedikit demi sedikit. Awak berjaya buat saya rela membuka hati saya untuk awak teroka. Awak berjaya buat saya percaya dan yakin untuk bermain perasaan. Awak tahu kesakitan yang saya alami dan lalui. Awak mungkin tidak pernah sedar, tidak ada sebesar zarah pun yang saya rahsiakan dari awak. Semua perkara tentang semua benda ingin saya kongsikan dengan awak. Semua cerita dan situasi saya ingin awak mengerti. Saya tidak tahu sejauh mana penerimaan awak atas apa yang saya ceritakan.

Masa berlalu sangat laju kan? Hubungan kita ini sudah terjalin hampir dua bulan. Mungkin awak tidak sedar pun. Masuk bulan kedua ini saya mula merasakan awak menjauh. Mungkin awak tidak mampu melayan saya yang manja. Mungkin awak tidak mampu melayan saya yang perlukan perhatian. Atau pun mungkin awak rimas dengan sikap saya yang ingin berkongsi semua perkara dengan awak. Tapi inilah saya yang awak kata awak sayang. Inilah saya yang awak kata awak rindu. Inilah sikap dan sifat saya yang awak kata awak terima seadanya.

Setiap malam airmata saya tak pernah gagal untuk tumpah. Tidur berteman airmata memikirkan hubungan kita. Setiap detik jaga saya, hati saya kepedihan. Setiap saat degup jantung saya memberitahu kesakitan. Setiap waktu hela nafas saya memberitahu kesayuan. Saya tahu saya akan jadi begini. Saya tahu keadaan akan lebih sakit lagi. Saya tahu kondisi saya akan lebih teruk lagi. Saya tahu.

Awak, saya tak tahu selama mana awak mampu bertahan. Setahun? Atau lebih? Atau mungkin kurang? Entahlah. Tapi setiap kali saya bangun dari tidur dan setiap kali saya berbaring untuk lena, doa saya agar saya kuat menghadapi kehilangan orang yang saya sayang. Kehilangan orang yang saya cintai. Kehilangan teman hati. Sakit tau awak ditinggalkan pergi. Pedih sangat. Tapi saya yang pilih permainan ini. Saya harap saya kuat melaluinya.

Awak, saya tahu kita berjanji untuk kisah ini menjadi rahsia. Saya tahu kita berjanji untuk hubungan ini tidak terhidu. Tapi, bila awak pergi tanda awak menuju bahagia. Tinggal saya yang tidak tahu kesudahannya. Sebab tu saya memilih ruang ini. Bukan niat saya menjaja cerita hubungan kita. Tidak sama sekali memberitahu kekejaman awak. Tapi, saya nak dunia tahu awaklah orangnya yang membuat saya bahagia. Awaklah orangnya yang membuat saya ketawa dan menangis. Awaklah orangnya yang menjaga hati saya sebaik mungkin. Awaklah orangnya yang membuat saya tersenyum. Awaklah orangnya yang mengisi kekosongan hati saya. Awaklah orangnya yang memanjakan saya. Awaklah orangnya yang membuat saya rindu. Awaklah orangnya. Ya! Awak.

Awak, bila sampai masanya nanti awak pegilah dan jangan tinggalkan apa-apa pesanan buat saya. Jangan tinggalkan kata-kata indah yang membuatkan saya rindu dan kesakitan. Pergilah awak. Tinggalkan saya kerana saya memang ingin awak bahagia. Pergilah.

b...sayang memang bahagia dengan b...
walaupun sayang tahu b bukan hak sayang...
walaupun sayang tahu b akan tinggalkan sayang...

b...sayang tak pernah bohong bila sayang kata rindukan b...
walaupun sayang tak tahu penerimaan b...
walaupun sayang tak tahu perasaan b...

b...
terima kasih sayang...
untuk setiap detik yang b luangkan untuk sayang...
untuk setiap masa yang b habiskan untuk sayang...

~zara aqeela~

..:: Jatuh Cinta Lagi : Saya Sayangkan Awak ::..

Malam semakin larut dengan hujan lebat di luar sana. Sekali sekala guruh berdentum. Rindunya aku bukan kepalang. Rasanya baru tadi mendengar suara Encik Sayang yang aku kira semakin hari makin jelas kemanjaan dan gaya bahasa romantiknya. Aku suka sebenarnya mendapat perhatian begitu.
Semalam petang selepas hampir 24 jam tidak mendengar suaranya, dia hubungi aku. Suara yang agak jauh dari pendengaranku memberitahu situasinya. Keluar daerah lagi.
"abang minta maaf sayang..." dia bersuara lagi ketika aku tidak memberikan sebarang respon terhadap maklumannya bahawa dia sedang dalam  perjalanan ke Negeri Sembilan.
"kenapa nak minta maaf ni? abang kerja kan...sayang faham dan akan terus faham..." aku sedang meluahkan kejujuran perasaanku. Sememangnya itulah hakikat dalam hubungan kami yang sudah menjangkau sebulan ini. 
"abang selalu kerja luar...dan tiba-tiba..."
"sayang faham abang kerja...lagipun kerja abang lebih penting..."
"sayang lebih penting dalam hidup abang sekarang..." dia memotong. Perlahan airmata mengalir ke pipiku. "please sayang...sayang sangat penting untuk abang...sebab tu abang berusaha sungguh-sungguh sekarang ni supaya kita ada banyak masa bersama nanti..." dia menyambung lagi. Aku menganggukkan kepala berulangkali seakan-akan dia mampu melihatnya.
"sayang faham bang..." aku ingin dia maklum semua itu. Aku mahu dia mengerti semua itu.
Aku akui, ada masanya perasaan rindu yang keterlaluan itu membuatkan aku memikirkan banyak kemungkinan yang negatif tentang dia yang jauh di sana. Sering sahaja dia merasakan aku memikirkan dia curang. Hakikatnya yang aku bimbangkan adalah keadaan dirinya yang kelelahan dengan bebanan kerja yang diluar jangkaanku. Kesihatan dan kebajikannya yang jauh dari pandangan mata kasarku. Naluri kekasihku tidak mampu menipu kalau terlalu banyak yang negatif menerjah. 
"saya sayang awak seorang sahaja janganlah risau sayang..." begitu dia membalas bila aku mula mengeluarkan nada-nada cemburu yang baginya sangat manja. Aku tidak mampu lagi membalas bicaranya saat itu. Semakin hari aku rasa semakin sayang kepadanya. Ada masa-masanya aku terlalu rindukan dia. Lebih-lebih lagi saat dia tidak mengubungiku dalam tempoh masa yang panjang. Bukan asing keadaan itu dalam hubungan cinta kami berdua. 
"berapa lama kali ni bang?" aku menyoal ringkas dan aku yakin dia faham.
"abang tak berani janji sayang..." dia diam seketika. Aku juga tidak membalas. "sayang..."
"ye bang..." aku menunggu bicara dia seterusnya.
"abang minta maaf ye sayang..."
"kenapa ni bang?"
"setiap kali jadi macam ni abang rasa serba salah sangat...abang takut kalau sayang tak yakin dengan kasih sayang abang..."
"kenapa fikir macam tu pula?sayang dah bagitahu dulu kan...masa awal kita kenal...sayang faham keadaan kerja abang dan insyaAllah sayang akan terus faham..." aku menjelaskan lagi. Aku yakin dia memahaminya.
"abang tak nak kehilangan sayang..."
"sayang pun tak nak kehilangan abang..." 
Aku kira kerap juga nada serius lahir dari bicara kami petang tersebut. Entahlah. Walaupun aku kadangkala kurang yakin dengan perasaan aku sendiri, tapi aku sedikit sebanyak mula merasai kehadiran dia dalam hidup aku. Sedikit sebanyak mula merasa kehadiran perasaan dalam hati aku. Perbualan kami akhirnya tamat selepas bersembang hampir 30 minit. Itupun dengan berat hati aku lakukan. Mungkin dia juga begitu.

*** *** ***
Hampir seminggu Encik Sayang aku berada di Negeri Sembilan. Semalam ketika aku sedang bermalas-malas selepas Maghrib, dia menghubungiku. Barulah aku maklum dia akan pulang lebih lewat dari masa yang dijangka. Itu juga sudah kebiasaan yang aku kira amat aku fahami. Kerinduanku juga semakin lali dengan suasana hubungan kami berdua.
Berdasarkan ceritanya tentang jadual kerja di negeri adat perpatih itu, aku yakin dia akan menyambut kedatangan Ramadhan di sana. Hati aku yang selalu sahaja kebimbangan mula risau dengan keadaan kerjanya yang aku tahu berat. Kadangkala hingga melewati tengah malam. Bagaimana keadaannya nanti untuk bersahur dan berbuka.
"sayang...abang dah biasa macam ni..." begitu dia memujuk kebimbanganku yang terzahir. Tentulah biasa baginya tapi tidak bagiku. Namun, aku akur kerana aku perlu sentiasa bersedia dengan keadaannya yang begitu.
Malam itu, tidak banyak yang kami bualkan melainkan beberapa berkara tentang kerja dia dan aku. Melayan ceritanya tentang situasi yang kadangkala membuatkan dia tidak selesa dengan tapak kerjanya buat masa itu.
"sabarlah awak...kita cari rezeki kan...dugaan tu perkara biasa..." aku cuba memujuknya ketika dia merungut tentang beberapa pekerja yang menunjukkan prestasi kurang baik.
"hhhmm..tu lah...saya tengah bersabarlah ni..." dia membalas.
"sayang nak tahu tak?"
"apa dia bang?" laju aku memberikan respon.
"saya sayang awak..."
"saya ingatkan awak tak sayangkan saya..." sengaja aku mengusik.
"awak tak tanya..."
"ooo...kena tanya baru nak cakap?" aku menggiat lagi.
"malu lah saya nak cakap nanti awak tak percaya pula..." dia menokok lagi.
Sering sahaja dia mengucapkan sayang dengan sungguh-sungguh bila sesekali dia ingin menyebutnya. Bagi dia sayang dan rindu itu sudah terlalu sarat sampai tidak mampu diungkapkan dalam perbualan kami. Tapi dia sering sekali ingin aku memahami dan meyakini perasaannya terhadap aku.
 

~zara aqeela~

Tuesday

..:: Nota Hati : Tuhan Tidak Layakkah Aku ::..

semalam...
ada dia membuat aku ketawa...
semalam...
ada dia membuat aku gelisah...
semalam ada rindu
semalam ada sayang
dalam bicara dia dan aku

Tuhan
tidak layakkah aku untuk dia
tidak serasikah kami jika bersama
tidak sesuaikah aku sebagai temannya
tidak padankah aku berada di sebelahnya

Tuhan
Kau yang memberi pinjam kepadaku
kemanisan 
keindahan
senyuman
dan kegirangan

tapi Tuhan
bolehkah aku meminta lagi
untuk kebahagian yang baru bermula ini
berpanjangan dan berterusan
tanpa ada kesakitan begini

atau sebenarnya Tuhan
aku tidak layak untuk itu

jawablah Tuhan
tidak layakkah aku

~zara aqeela~

Friday

..:: Jatuh Cinta Lagi : Teruknya Aku ::..

Demam yang tidak surut sejak seminggu lalu. Kesakitan di sana sini pada tubuh badan. Urat saraf juga makin terasa tidak mampu. Semalam aku hampir sahaja diserang migrain. Aku kebimbangn kerana sakitnya bukan kepalang. Itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah ia menyerang di pejabat. Habis seharianku terganggu. Semua perancangan kerja yang aku catatkan tidak selesai. Kecewa rasanya. Menjelang tengahari, tekakku terasa sangat perit hingga menelan air liur sendiri aku sudah tidak mampu. Aku tahu apa puncanya. Kerinduan yang sarat. Teruk juga jatuh cinta rupanya. Kalau ikut hati yang merasuk ni mahu sahaja aku hubungi Encik Sayang menyatakan kerinduan yang sudah membuak di hati dan benakku. Tapi aku biarkan sahaja kerana tangan pun aku tidak mampu nak gerakkan. Kesakitan menjalar di seluruh kepada membuatkan aku tidak fokus.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara Astrid mendendangkan Tentang Rasa. Telefon bimbit aku. Ya Allah besarnya kuasaMu. Dialah Encik Sayang yang aku tunggu sedang di talian.
" sayang kenapa ni?" nada gusar yang sangat jelas ketika suara membalas salamku agak tidak jelas.
" sakit kepala..."
" tidur ke?"
" tak...tekak ni perit tiba-tiba" aku menjawab dalam susah payah menahan keperitan di tekakku.
" MC ke?" soalan lagi.
" kat opis bang..."
" dah makan ubat?" soalan seterusnya.
" belum..." sepatah dengan gelengan yang aku anggapkan boleh dia nampak.
" dah makan?" soalan yang seterusnya lagi. Aku mengerling jam di dinding. Senyum. Waktu makan tengahari pun sudah berlalu.
" abang..." aku tahu dia kerisauan.
" sayang kena makan...makan ubat...baliklah...rehat kat rumah..."
" saya okay awak cuma sakit kepala tadi...tekak ni pun pedih je...panas dalam kot..."
" sayang ni...abang susah hati sayang macam ni..." terharu rasanya mendengar perhatian begitu.
" abang dah makan?" aku cuba membuat dia tenang.
" abang tengah tunggu makanan sampai ni..." dia menjawab mendatar. " abang pula yang dirisaukan..." aku senyum sahaja.
" mestilah...saya sayang awak..."
" awak ingat saya tak sayang awak ke?" dia menjawab lagi. " lepas ni makan ye sayang...makan ubat..." dia menokok ingatan lagi. Aku mengiyakan dengan janji. Ya aku akan makan sebentar lagi. Itu janjiku.

*** *** ***
Aku sedikit gagah ketika jam beranjak ke petang. Melunaskan tanggungjawab Zohor betul-betul di penghujung hampir jam 4.17 petang. Ya Allah ampunkan aku. Selera untuk menjamah makanan belum timbul. Tiba-tiba aku teringatkan emak dan abah. Laju aku mendail dan aku tidak perlu menunggu lama.
" kat kedai makan...baru nak makan...jom?" aku senyum. Berbasa basi sepatah dua, aku pun berkemas untuk segera pulang tepat jam 5.
Sepanjang perjalanan aku sedar kalau kekuatan itu datang kerana Allah sebenarnya. Walaupun akal fikiranku menyatakan kononnya kerana aku rindukan Encik Sayang. Ya memang aku rindukan dia dan aku memang terasa sangat teruk bila aku terlalu memikirkan kerinduan yang membuatkan aku tidak fokus terhadap banyak perkara termasuk kesihatan aku. Aduh!
Selesai mengisi perut untuk yang pertama pada hari itu, aku memandu pulang. Kereta yang berasingan dengan emak dan abah. Seperti biasa aku terus berlalu ke bilik untuk membersihkan badan dan berehat seketika menunggu Maghrib. Sebaik pintu bilik ditutup, telefon bimbitku berbunyi.
" hello sayang..." aku sedikit terkejut sebenarnya kerana baru tadi dia memaklumkan temujanjinya dengan seorang client.
" ye...abang kat mana tu?"
" dalam kereta..." diam seketika. "dah selesai disscussion..." dia menyambung bagai boleh membaca soalan di benakku.
" ooo...patutlah..."
" kenapa?"
" selalunya kalau jumpa client tu sampai ke malam baru balik..." aku menjawab.
" sindir abang la tu..." dia tergelak di hujung talian.
" bukan...memang selalunya macam tu kan..." aku tidak mahu dia salah faham. Kami ketawa bersama akhirnya.
" sayang dah makan belum?" soalan yang sud ah aku jangka tapi aku anggapkan soalan itu akan ditanya tengah malam nanti.
" dah makan tadi...awak dah makan?"
" saya dah makan berapa kali dah...ni awak kat mana?"
" dalam bilik...kat umah..."
" okay la tu dah balik...hhhmmm...tak apalah awak rehat dulu...saya nak balik pejabat sambung kerja sikit...nanti malam saya call lagi..."
" okay..." aku membalas senang.
" boleh ye sayang..."
" ye bang...mestilah boleh...sayang tunggu abang call malam ni..." Perbualan ditamatkan.

~zara aqeela~

Thursday

..:: Jatuh Cinta Lagi : Saya Takut Awak Bosan ::..

Mengantuk dan lapar. Itulah yang sedang aku rasa sekarang. Kepenatan juga tapi sedikit sahaja. Sempat aku mendengar suara Encik Sayang sebelum naik ke apartment adikku sebaik sampai di Shah Alam tadi.
" abang minta maaf..." begitulah dia kebiasaannya bila menghubungiku selepas beberapa belas jam.
" kenapa abang ni...tak perlu minta maaf...abang kerja kan...saya faham..."
" saya takut awak bosan je sayang..." dahiku berkerut.
" kenapa?"
" sebab saya tak luangkan masa untuk awak...selalu sibuk dengan kerja saya..." aku tersenyum bagaikan dia mampu melihatnya. Tentulah aku tidak merasa begitu. Cuma aku masih belum mampu seratus peratus menyesuaikan diri dengan situasi kerjanya. Selebihnya biasa sahaja buat aku. Rindu yang sarat kerana sayang yang banyak buat dia.
Awal perhubungan dulu kerap juga dia menyatakan kebimbangan tentang aku yang mungkin merasa bosan dengan hubungan kami. Aku yang tidak begitu memahami maksudnya hanya menidakkan. Tentulah tidak! Masakan aku akan merasa bosan terhadap dia, Encik Sayang yang aku sayang dan rindu selalu. Tapi akhirnya malam ini aku faham. Itulah kebosanan yang dia maksudkan. Mungkin dia beranggapan aku berharap untuk keluar bersamanya selalu. Menghabiskan masa sama seperti pasangan kekasih yang lain.
Entah! Aku tidak pasti kalau itu satu masalah yang besar dalam hubungan kami. Secara jujurnya, sebagai wanita normal memanglah aku inginkan dia meluangkan masa untukku. Tapi, perlukah aku keruhkan keadaan dengan menjadikan situasi itu sebagai alasan merosakkan hubungan yang baru bermula. Tidak mungkin. Aku selesa dengan hubungan ini. Malah aku masih merasa kasih sayangnya walaupun dia sibuk. Aku juga jelas dengan perasaan rindunya yang kadang-kadang terpamer dengan gaya bicara yang menyenangkan buat aku. Walaupun rancangan temujanji kami selalu tertangguh kerana urusan kerjanya, aku kira itulah yang perlu aku fahami. Kerja itu juga yang akan dia lakukan jika kami hidup bersama suatu hari nanti. Lebih baik merasa sedari awal supaya kemanisan akan bertambah jika hidup bersama nanti.

*** *** ***
Telefon bimbitku berbunyi ketika jam hampir mencecah 12 malam. Terkejut dan tersenyum. Encik Sayang. Belum pulangkah dia? Selalunya dia akan lena sebaik membersihkan diri kerana dia pantang melihat katil dan bantalnya.
" sayang..."
" abang..." aku pasti dia sedang tersenyum. " abang belum balik ke?"
" dah...dalam bilik atas katil..." sekali lagi aku terkejut. Mampu pula dia bertahan dengan kepenatan kerjanya seharian hingga ke malam.
" saya ingat awak dah lena..."
" sayang marah abang ye?"
" tak...kenapa?" aku juga sama berbaring mencari ruang selesa untuk berbual dengan Encik Sayang.
" abang takut sayang marahkan abang...satu hari abang tak reply sms sayang tak call sayang...tadi pun abang call sekejap je..." biasa sekali aku mendengar bicaranya begitu. Bicara yang bagiku sangat indah dan membuatkan aku makin sayang padanya.
" tak bang...sekejap pun abang tetap call juga kan? okaylah tu...kenapa ni?" aku menyoal lagi.
" saya sayang awak...saya risau kalau awak bosan dengan cara hidup saya...dan awak tinggalkan saya..." aku senyum sendiri. Begitu sekalikah dia menyayangi aku dan hubungan kami.
" abang...awal-awal kita kenal lagi saya dah sedia maklum dengan urusan kerja kita kan...sekarang ni kita kena sama-sama belajar menerima semua yang kita ada dan baiki mana yang kurang..."
" ye...betul tu...abang bertuah dapat kenal sayang tau...sebab sayang tak pernah merungut walaupun berapa kali abang cancel date kita..."
" nak merungut buat apa bang?" aku memotong bicaranya. " buat tambah sakit hati je nanti kan?"
" sayang sakit hati dengan abang ye?" dia pula memotong.
" tak...maksud sayang...kalau merungut nanti boleh buat sakit hati...kan?lagipun abang cancel sebab kerja...alasan itu yang abang bagitau kat sayang..."
" ye sayang betul abang kerja..." aku senyum lagi ketika dia laju memotong bicaraku. " sayang jangan fikir bukan-bukan"
" dah la bang...sayang faham..."
" terima kasih sayang..."
" sama-sama abang..." aku dengar hela nafas yang lega di seberang talian.
Tidak lama kami berbual selepas daripada itu. Aku sedia maklum kalau dia kepenatan dan dia berharap punya seseorang di sisi untuk melayan dia bila sampai di rumah. Itu yang dia maklumkan kepadaku. Sungguh aku sangat faham kerana aku pernah ada dalam situasi itu hampir setahun lalu. Menunggu kepulangan orang yang tersayang. Menyambut dan melayannya sebaik mungkin. Ya indah sekali.
Kepada aku juga Encik Sayangku itu menceritakan kelelahan dengan kerenah client yang pelbagai.
" tak...lepas kita kahwin nanti abang tak bawa kerja balik rumah abang janji..." begitu jawapannya ketika aku nyatakan aku tidak gemar urusan pejabat dibawa ke rumah. Bagiku rumahtangga untuk aku dan dia dan insyaAllah anak-anak kami. Bukan untuk tempat melunaskan dan menyudahkan kerja tertangguh.
" kalau abang balik kerja pejabat tu sayang bosan..." sengaja aku mengusik.
" janganlah sayang...jangan bosan dengan abang ye sayang..." aku tergelak kecil mendengar bicara manjanya.
Ada masanya dia memang sangat manja bila berbicara. Malah kadang-kadang aku tertunggu-tunggu bicara manjanya itu. Mana tidaknya dia biasa dengan nada tenang dan banyak berseloroh setiap kali kami berbicara di telefon.
Apa juga keadaannya, aku sedang melangkah ke fasa selesa dengan kehadirannya dalam hidup aku sekarang. Seratus peratus mungkin belum lagi tapi sedikit sebanyak aku belajar memberi ruang buat aku menerima seseorang dalam hidup aku. Orang itu ialah dia, Encik Sayang aku. Aku sangat berharap kalau dia juga selesa dengan hubungan kami yang masih terlalu awal. Keselesaan hubungan dua hati bagi aku sangat sukar untuk dicipta tapi boleh dicipta. Aku dan dia jauh berbeza dari banyak segi tapi aku tahu satu perkara yang membolehkan aku dan dia bersama. Dia sayangkan aku dan aku sayangkan dia.

~zara aqeela~

Wednesday

..:: Jatuh Cinta Lagi : Bisik Hati ::..

Jam sudah merangkak kurang 15 minit sebelum pukul lima petang. Kalau ikutkan waktu bekerja aku yang rasmi jam lima dah boleh 'thumb out'. Tapi kerja yang masih menunggu giliran untuk disudahkan membuatkan aku setia terkaku atas kerusi dengan 'desktop' Hak Milik Kerajaan. Baru sebentar tadi kurang 10 minit aku mengunci Bilik Seminar yang digunakan untuk program di bawah Unit Keusahawanan Kolej. Aku di kolej secara hakikinya bertugas sebagai pensyarah. Tapi dalam masa yang sama beberapa tugas sampingan perlu juga diberi perhatian dan dilunaskan dengan penuh dedikasi. Amanah itu penting untuk rezeki yang halal. Itu prinsip yang cuba aku pegang dan amalkan.
Tangan masih rancak mengetuk papan kekunci. Mata menatap skrin monitor. Sesekali menjeling jam di sisi. Otak fokus kepada kerja. Tapi hati aku tidak lekat di situ. Encik Sayang akulah puncanya. Tepat jam 5 nanti genap 10 jam kami tak berhubung selepas menamatkan perbualan di telefon semalam. Rindu sudah terasa sarat sangat. Tapi aku cuba sedaya upaya mengawal perasaan aku. Aku belajar satu perkara tentang diri aku sejak Encik Sayang aku wujud dalam hidup aku. Mengawal perasaan dengan lebih matang. Secara jujur dan ikhlasnya aku sangat manja bila melibatkan perkara-perkara kasih sayang dalam hidup aku. Apatah lagi dengan seseorang yang dengannya aku berbicara tentang perasaan rindu dan sayang. Tapi dia sangat matang dalam melayan kerenah manja aku. Alhamdulillah aku juga semakin bijak mengawal perasaan yang kadang-kadang kerasukan.
Semenjak pagi tadi sememangnya aku sudah merasa terlalu rindu. Rindu yang amat untuk mengetahui keadaan Encik Sayang. Tapi aku tahan dan tahan. Aku pujuk hati agar belajar memahami perhubungan ini baik-baik belaka apatah lagi dengan keyakinan dan kejujuran. Sehingga aku akhirnya jadi sebati dengan perasaan aku hari ini. Hati kecil yang rasional selalu sahaja menenangkan gelodak rasa yang kerasukan. Aku kira sememangnya aku perlu memahami keadaan kerjanya yang tidak sama situasinya dengan kerja aku di sini. Aku pujuk hati jangan sampai membuatkan dia bosan dengan terjahan panggilan dan pesanan ringkas. Hati kecil aku juga selalu sahaja berbisik supaya membiarkan perasaan rindu itu menjadi banyak sebab ia akan menjadi manis dan indah. Namun aku akur, ada juga perasaan yang nakal menyuntik keraguan dan sangsi terhadap hubungan yang sebenarnya indah. Aku takut kalau dia meninggalkan aku nanti. Aku bimbang kalau sebenarnya dia tidak jujur. Aku bimbang kalau dia hanya berniat mempermainkan aku.
" kenapa saya nak mempermainkan awak? sayang tolong jangan buat macam ni...saya ikhlas dengan awak sayang..." segera aku beristighfar ketika suara tenangnya menampan telingaku.
Jemariku berhenti menaip. Aku bersandar. Menarik nafas dalam-dalam hingga terasa meresap ke seluruh anggota dan urat saraf. Tahan sebentar dan aku hela lega. Aku tidak akan mampu menipu kalau sebenarnya terlalu banyak keraguan dalam hatiku berkenaan hubungan antara aku dan dia, Encik Sayang aku. Sememangnya aku masih terlalu takut untuk melaluinya buat kesekian kali. memulakan sesuatu yang baru sekali lagi dalam hidup aku. Aku tidak berselindung tentang perasaan bimbang aku terhadap hubungan yang baru hendak bermula. Malah sering sahaja dia setia memujuk supaya aku yakin dan bangun membina kehidupan. Katanya, aku perlu adil kepada diri sendiri. Ya betul. Disebabkan itu, aku berani menguak tirai hati memberi ruang dia mengintai hati aku. Aku tahu sedikit sebanyak dia cuba membuka pintu hati aku lebih luas supaya dia boleh memenuhkannya dengan semua perasaan yang wujud dalam hatinya. Itu sememangnya aku jelas.
" saya tak berani memberikan harapan dan meletakkan harapan awak..." begitu aku membalas ketika dia meyakinkan aku perhubungan kami boleh dipupuk dan dia tidak akan memaksa.
" saya akan tunggu..." begitu jawapan balasnya pula saat aku katakan aku rela melepaskan dia kalau dia lelah menanti keyakinanku wujud dalam hubungan kami. Mestilah aku tidak mahu memangsakan dia andai aku terlalu sukar memberikan dia ruang biarlah dia mencari yang lain menjadi suri hidupnya. Walaupun kadangkala aku terlalu berharap dia setia di sisiku kerana aku sedang menerima keselesaan yang dia bentangkan buat aku.
Tapi, di akhirnya semua bisikan akan terbang melayang sebaik mendengar ketawa kecil dan nada tenang suara Encik Sayang aku di seberang talian.

*** *** ***
Jam menganjak ke angka 6.30 petang ketika aku selesai mengemas meja kerja dan menutup semua bekalan elektrik yang berkaitan dengan meja kerjaku. Telefon aku capai. Masih sunyi sama seperti seharian tadi. Melangkah ke pejabat pentadbiran. 'Thumb out' and berlalu ke kereta. Aku panaskan enjin.
~Aku : Assalamualaikum sayang...kalau abang dah selesai kerja nanti telefon sayang ye...rindu...~ sending...sent.
Aku tahu dia akan membaca sms tersebut cuma mahu dengan tidak untuk membalasnya sahaja. Seperti kebiasaannya aku tidak perlu menunggu. Menutup pintu kereta dan memacu pulang ke rumah.
" kita pergi tengok rumah Anas malam ni?" emak menerjah sebaik aku sampai di rumah. Seperti kebiasaannya itu bukan soalan sebenarnya tapi satu makluman dengan intonasi yang silap. Aku mengangguk. Terus berlalu ke bilik selepas memberikan persetujuan untuk bertolak ke destinasi selepas urusan maghrib kami selesai. Mandi dan bersiap seadanya. Memanaskan enjin kereta yang sudah 2 hari tak dibawa keluar. ALZA 5776. Selesai memasukkan barang kami bergerak ke destinasi.
~Aku : Assalamualaikum...sorry saya ganggu lagi...tak apa tak perlu balas SMS ni...saya nak ke shah alam...sambunglah kerja awak...~ itu bukan ayat merajuk atau mengada-ngada. Itu gaya bahasa tenang aku dan Encik Sayang. Aku dan dia sama faham kami tidak perlu meleret-leret untuk makluman sebegitu. Aku teruskan pemanduan tenang ke destinasi.
~Encik Sayang : Saya baru habis kerja...tak apa awak tak ganggu pun~ balasan pertama selepas sejam. Aku juga sudah hampir sampai ke destinasi yang dituju. Jam dashboard kereta menunjukkan hampir 10 malam. Dia pulang awal sedikit dari semalam. Ada senyuman yang sukar untuk lahir di seulas bibirku. Senyuman yang sepatutnya lahir kerana dia sayangkan aku. Tentulah dia maklumkan melalui sms yang tidak perlu aku paparkan di khalayak. Senyuman itu jugalah yang tidak mahu lahir dari bibirku ketika simpati bertimpa dengan keadaan kerjanya yang sebegitu.
Apa juga keadaannya aku berharap hubungan ini berkekalan baik dan tenang. Penuh dengan pemahaman dan diplomasi atas ruang kerja masing-masing. Antara aku dan dia masing-masing memahami perasaan rindu dan sayang yang makin berkembang biak dalam hati masing-masing.

~zara aqeela~

..:: Jatuh Cinta Lagi : Kumohon Yang Terbaik ::..

Lewat tengah malam semalam Encik Sayang telefon. Sebenarnya tidaklah terlalu lewat dengan waktu kebiasaannya kami bersembang di telefon. Tapi beberapa hari kebelakangan ini dia agak sibuk dan jam 22.57 itu dia barangkali sudah lena dibuai mimpi. Harp-harap akulah isi mimpinya. Tersenyum sendiri. Tapi aku yang hampir lena terus segar ketika jelas Encik Sayang baru sahaja menghidupkan enjin kereta.
" abang baru nak balik..." begitu sekali kesibukan dia. Ya betul. Bukan aku tidak biasa dengan suasana kerja yang tidak menentu ketika bersama arwah dulu. Tapi itu lain kerana arwah dulu memang bekerja mengikut shift.
" kesian abang...dah makan belum ni?" tentulah aku gusar.
" nak pergi makanlah ni...sayang janganlah risau abang tengah banyak kerja ni je balik lewat...kalau hari biasa tak de pun..." aku mengiyakan dengan harapan kebimbangan aku tidak keterlaluan.
Malam ini ceritanya lain sekali. Tidak tentang adik Fatin, tidak juga keraguan.
" abang tak nak sayang fikir yang bukan-bukan lagi...abang setuju dengan sayang mungkin terlalu awal untuk tempoh sebulan atau dua kita terus nak bernikah...tapi abang nak sayang yakin dan kita doa sama-sama okay..." begitu sekali dia memujuk untuk setiap bait gusar dan sangsi yang aku luahkan.
Awal cerita aku masih meragui penerimaannya terhadap aku. Walaupun sering sekali ucap rindu dan sayang terselit dalam cerita dan perbualan kami selama tempoh dua bulan ini. Aku memang terlalu bimbang untuk berharap namun jauh di sudut hati aku meletakkan keinginan biarlah harapan cinta kasih antara aku dan dia berakhir hingga ke hujung hayat. Aku sama sekali tidak mampu membayangkan andai aku tersungkur untuk kesekian kali dalam perhubungan hati ini.
Hakikatnya, Encik Sayang aku ini memang berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali. Taraf kehidupan sudah tentulah. Dia dan keluarganya punya kelas yang tersendiri dalam kelompok orang Melayu. Itu juga salah satu alasan aku kegusaran dalam awal perhubungan kami. Alasan-alasan yang sering sahaja membuatkan dia ketakutan kalau aku mengundur diri.
Aku menerima dia kerana dia yang aku kenal. Itu yang sering aku jelaskan kepada Encik Sayang aku.
" saya terima awak kerana awak...bukan kerana..."
" ye sayang...saya boleh rasa keikhlasan tu...dari cara awak bercakap...cara awak mengambil berat...semua tu dah bagitau saya kejujuran awak..." dia memintas.
" saya senang dengan hubungan kita kerana awak bukan sebab lain..."
" ya abang tau...tapi abang ada rezeki dan mampu memberi...mestilah abang nak berkongsi dengan sayang...kalaupun sayang tak meminta tapi sebagai suami abang nak yang terbaik untuk isteri abang..." jawapan yang sudah pernah aku dengar terluah lagi dari bibirnya. Aku sangat tahu kalau dia memang benar-benar berkemampuan untuk menyalutkan aku dengan kemewahan. Tapi aku berdoa supaya aku tidak meminta-minta daripadanya.
Malam itu juga aku baru tahu kalau dia mampu berbicara dengan nada yang bagi aku romantik. Kebiasaannya kami berbual dengan nada tidaklah tegang tapi tenang. Ya itulah perkataan yang tepat. Mungkin usia yang sudah mencecah 30 tahun membuatkan suasana perhubungan kami jauh lebih matang. Sering juga kami bergurau senda ketika berbual tapi selalunya tenang sahaja. Malam ini mungkin dia kepenatan dan inginkan perhatian.
" kalau abang balik lewat lepas kita kahwin nanti sayang tunggu abang tak?" tepat sekali jangkaanku. Dia berharapkan aku memberikan perhatian buatnya.
" mestilah...sampai pukul berapa pun sayang akan tunggu abang..." itulah hakikatnya. Itulah rutinnya dalam perkahwinan aku dulu. Aku akan setia menanti suamiku sehingga dia pulang. Bukan aku berniat menyenangkan hatinya tapi aku ingin dia tahu itu memang kebiasan yang aku lakukan.
Sememangnya cerita kisah perkahwinanku yang dulu tidak pernah sampai ke pengetahuan dia. Tapi satu hari nanti ketika sudah sampai masanya nekad kami untuk bersatu aku akan sampaikan kepada dia kenapa terlalu sarat ketakutan dan keraguan yang aku tanggung. Kesakitan dan kepedihan tu terlalu banyak dalam hati hingga perasaan sentiasa jadi tidak pasti. Sering sahaja Encik Sayang menjadi mangsa perasaan takut dan ragu yang kemas dalam hati aku.
Aku teringat nasihat seorang teman supaya membiarkan hubungan kami berjalan dengan seadanya.
" you dont have to tell him about your past...so that he'll be himself with you...or else he'll try to treat you well as you hope..." aku mengangguk sahaja ketika nasihat itu sampai di pendengaranku. Jelas masuk ke fikiran meresap ke hati. Alhamdulillah kegusaran itu mampu aku kawal sejak bersama Encik Sayang aku ini. Mungkin secara kebetulannya dia memang seorang yang tenang dan matang dalam hubungan kami.
Sehingga kini segalanya baik-baik belaka antara aku dan dia. Mungkin masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan hingga boleh membuat keputusan. Tapi, aku dan dia sama percaya kalau Allah menetapkan perkara yang baik untuk hambaNya yang berusaha ke arah yang baik. Sama seperti hubungan kami yang menjengah secara tiba-tiba.
" okaylah sayang...dah lewat ni...sayang tidur ye...esok nak kerja kan?"
" abang pun...jangan lupa makan dulu tau sikit pun tak apa..." aku dengar dia tergelak kecil. " kenapa?" aku menyoal.
" sayang juga awak kat saya..." aku diam. Menahan senyuman malu. " sayang..." dia memancing lagi.
" mestilah saya sayang awak..."
" okay sayang...nanti abang makan ye..."
Akhirnya perbualan ditamatkan selepas beberapa ingatan dan pesanan. Juga beberapa ucap rindu dan sayang yang sangat menyenangkan. Aku menarik selimut menghangatkan badan. Ya Allah, Engkau sahaja yang berhak mendekatkan dan menjauhkan aku dan dia.

~zara aqeela~

Monday

..:: Jatuh Cinta Lagi : Adik Fatin ::..

Lega dapat bermalas-malas di atas katil yang baru aku gantikan set cadarnya. Hadiah yang aku terima ketika majlis makan malam tahunan kolej tahun lalu. Aku senyum lagi bila terkenangkan malam yang memang bagi aku seronok sangat. Semua kakitangan yang datang memang sporting habislah dengan tema merah hitam.
~Encik Sayang : sorry sayang...saya sibuk sikit hari ini anak-anak buah balik biasalah melayan budak-budak ni bawa jalan ke KL...~ mesej pertama selepas lebih kurang 12 jam. Terasa kebiasaannya begitulah kehidupan hubungan kami. Mungkin aku susah untuk meletakkan 100% harapan untuk melayari hidup bersama dia. Encik Sayang aku.
Segar lagi bagaimana dia bercerita tentang adik bongsunya yang hanya dia kenalkan sebagai Fatin. Aku tahu dia terlalu sayangkan adiknya. Ketika itu rasanya aku memang benar-benar terkejut kerana dia memberitahu yang dia hanya tinggal bersama-sama dengan adik beradiknya kerana kedua orang tuanya yang dia sebut sebagai ayah dan ibu telah meninggal dunia.
" saya dah bagitau awal-awal kita kenal dulu awak..." begitu dia membalas dengan nada tenang ketika aku menyatakan rasa terkejut dengan ceritanya.
" ye ke? sorry...saya tak perasan kot..." aku sedikit kesal bila jelas tidak memberi perhatian terhadap ceritanya.
" tak apa awak..." dia ketawa kecil.
Jam beranjak ke angka 11.58 malam ketika aku dan dia masih segar melayan hati masing-masing. Malam itu aku rasa dia benar-benar ingin aku tahu bahawa dia amat sayangkan adiknya. Ada sedikit gusar dalam hati bila terkenangkan perkahwinan lalu yang selalu juga tersasar perasaan dengan keakraban yang keterlaluan antara dua beradik.
Ceritanya jelas memberitahu betapa dia ingin sekali siapa yang di sisinya nanti, siapa yang menjadi surinya nanti juga menerima adik Fatin seadanya. Melalui dia juga aku tahu dia bimbang kalau surinya tidak boleh menerima adik Fatin. Adiknya yang sedang meningkat umur itu baginya perlukan kasih sayang yang bukan sahaja cukup tapi lebih. Kehilangan kasih sayang ayah dan ibu seawal usia 14 tahun baginya terlalu sukar dirawat. Ya! Aku akui semua itu. Aku sedikit tidak terbayang sebenarnya kalau aku berada di tempat adik Fatin. Tapi aku yakin dia dan keluarga yang besar itu memberikan sepenuh kasih sayang buat adik Fatin.
Malam itu juga aku tahu kalau dia pernah kecewa. Maksud aku dikecewakan oleh seorang wanita yang juga dia kenali dalam laman sosial sepertimana dia mengenali aku. Disebabkan itu adik Fatin terlalu berhati-hati dengan siapa wanita yang dia pilih termasuklah aku buat masa ini.
" kalau dia tak setuju awak pilih saya...tak apa lah awak...saya faham..." begitu aku memberi reaksi ketika dia memaklumkan adik Fatin ingin mengenali aku terlebih dahulu.
" tapi awak janganlah risau...adik Fatin cuma nak yang terbaik untuk saya...maksud saya untuk kita..."
" untuk kita?" aku memotong laju.
" ye...saya ada bagitau adik Fatin pasal kita berdua..."
" awak..."
" awak tak suka ke?"
" segan..."
" ala kenapa nak segan pula ni? saya nak adik Fatin yang pertama tahu pasal kita berdua..."
" tak terlalu awal ke awak?" aku memotong lagi.
" itu lebih baik kan?" dia pula memotong.
" hhhmmm...terpulanglah pada awak...saya ikut mana yang terbaik untuk..." aku tercari-cari perkataan yang terbaik.
" untuk apa awak?"
" ye untuk...untuk..." adusss!!! Apa kena aku ni? Aku gugup ke? Banyak persoalan dari jawapan.
" untuk hubungan kita awak..."
" hhhmmm...yup...untuk tu la..." kami sama tergelak kecil. 


*** *** ***
Aku gagal lena. Lelap sepicing pun aku tak mampu. Cerita Encik Sayang tentang adik Fatin kesayangannya segar setiap butir tanpa ada yang lepa. Aku kira hubungan aku dan dia jauh lebih matang. Malah dia lebih jelas prioriti hubungan antara aku dan dia juga antara dia dan adik Fatin. Malah sering dalam perbualan kami dia mengingatkan sayang untuk adik Fatin tidak sama dengan sayang yang dia simpan untuk aku yang memberi kesan dalam hidupnya. Entah! Aku sebenarnya tidak berani meletakkan keyakinan selagi hubungan ini belum begitu pasti. Sebenarnya kerap juga dalam tempoh seminggu dua ini dia menyatakan niat dan hajatnya untuk berjumpa kedua orang tua aku. Dia tidak mahu hubungan cinta yang terlalu panjang. Kematangan usia katanya sudah cukup membuat aku dan dia berfikiran matang dalam hubungan kami berdua.
Melaluinya juga aku tahu kalau adiknya sedikit positif dengan cerita dia tentang kehadiran aku dalam hidupnya. Aku pula yang tersenyum bila dia maklumkan hajat adiknya supaya aku berhenti bekerja selepas kami bersatu. Jauh sekali anganan 'adik iparku' itu.
" kalau saya ada jodoh lagi, saya nak pastikan segala urusan antara saya dan arwah selesai terlebih dahulu..." begitu aku cuba menjawab bicaranya lewat perbualan kami. Selepas dia menceritakan tentang adik fatin dalam hidupnya.
" apa yang masih tertangguh? ada masalah ke?"
" tak...sekarang saya dalam usaha menyelesaikan apa yang masih terhutang...itu tanggungjawab saya..."
" apa guna saya melamar hati awak kalau saya tak bersama awak susah dan senang?" aku bungkam.
" ye...saya pun kena juga kumpul duit walaupun bukan untuk majlis meriah dan gah tapi tetap perlukan belanja yang bukan sikit bang..." aku cuba sedaya upaya memberitahu dia aku senang hati dengan kewujudannya dalam hati aku.
" abang tak nak dengar semua tu...sampai masanya saya jumpa keluarga awak nanti...saya sediakan semuanya awak cuma perlu bersedia untuk menjadi isteri saya...pelengkap kehidupan saya..." dia diam seketika. Aku apatah lagi. " itu pun kalau sayang sudi jadi isteri abang..." kendur.
" awak..." itu sahaja yang mampu terluah. Ketawa kecil kedengaran di hujung talian.
Aku memalingkan badan ke arah bertentangan. Entah apa yang membuatkan aku sukar lelap. Tapi yang nyata hati aku membuak-buak ingin mengenali adik Fatin kesayangan Encik Sayang aku. Sebagaimana aku memberi kesan dalam kehidupan dia begitu adik Fatin memberi kesan dalam kehidupan aku. Kalau aku boleh memupuk sayang buat dia apa salahnya aku belajar memberi kasih buat adiknya. Aku ingin sekali adik Fatin menerima aku lebih daripada dia kerana kasih sayang adik Fatin buat aku akan menguatkan cinta dan perasaan yang wujud antara aku dan dia. 
" kalau kita ada jodoh...saya harap sangat awak akan sayangkan adik saya...awak bimbinglah dia jadi wanita yang baik..." sangat segar bicara harapannya di benakku. Itulah yang ingin aku lakukan bersamanya. Mencurahkan kasih sayang yang kami kongsi bersama buat adik Fatin.

~zara aqeela~

Friday

)( Jatuh Cinta Lagi Wif My Encik Sayang )(


here i come!!!
newest from Cik Zara

beberapa watak akan Cik Zara kenalkan dengan korang semua dalam Jatuh Cinta Lagi...
tak tau lah sejauh mana banyak dan sikitnya watak-watak yang ada...
and tak tau juga sejauh mana panjang dan pendeknya cerita Cik Zara tentang My Encik Sayang...

juz hope that everybody out there will enjoy this sweet moments of luv touched by Cik Zara in Jatuh Cinta Lagi...bleh cari mood kat sini kot My Encik Sayang untuk memulakan senyuman dan berlayar bersama perasaan Cik Zara...

i bet all of u will never regret wif this newborn baby...

Encik Sayang : saya sayang awak
Cik Zara : saya sayang awak juga

~zara aqeela~

..:: Jatuh Cinta Lagi : Rindu ::..


Menghadap skrin monitor dengan tekun. Akulah orangnya. Leka dengan kerja yang sudah tertangguh sekian lama. Bebanan tugas sudah berubah kepada hobi. Beberapa kertas kerja yang perlu diperbaiki akibat ditolak mentah-mentah juga beberapa kertas kerja yang baru menjengah kotak masuk yang sudah 'termuntah' isinya. Kawan-kawan sekeliling nampaknya tenang dengan kerja masing-masing. Aku yang ternyata sangat kalut sebab baru mula bekerja selepas bercuti panjang. Susah juga aku memulakan kerja semula seminggu yang lalu bila otak aku macam terlalu lambat mencari rentak kerja. Mana tidaknya, suasana kerja baru, orang keliling yang baru dan bila masuk ke bengkel pelajar pun dah bertukar baru.
"hhhmmm" aku berhenti menaip. Berdiri tegak meregangkan urat saraf yang tegang. Sesekali menoleh beberapa orang pekerja kontrak di pintu belakang ruang kerja yang sedang memasang kunci keselamatan bernombor.
Sesekali aku menoleh telefon bimbit di sisi. Entah apa yang diharapkan sebenarnya. Aku menghela nafas. Bersandar. Ada sedikit perasaan aneh mengetuk tangkai hati. Rindu mungkin. Perkenalan sejak dua minggu lalu ada meninggalkan sedikit kesan dalam hidup aku. Aku biar menjadi panjang sebab aku agak trauma dan fobia juga dengan kisah silam yang tidaklah terlalu panjang.
"kau paranoid sangatla..." aku diam ketika luahan itu keluar dari mulut Angah. Adik aku. Entah. Mungkin juga. Tapi siapa yang memahami apa yang aku alami.
Pagi Jumaat ini memang dia tak hubungi aku langsung. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran dan hati aku sebenarnya. Cuma ada sedikit perasaan berharap dia akan hubungi aku dan biarlah tindakannya itu kerana perasaan rindunya pada aku. Dia memang sibuk dan sangat komited dengan kerjanya. Itulah dia yang aku kenali sejak perkenalan dua minggu lalu. Sebenarnya aku dah kenal dia hampir sebulan. Tapi baru dua minggu ini agak rapat dan dekat. Jadi aku rasa biarlah dia dengan kerjanya tanpa ada perasaan tekanan dalam hubungan yang baru nak bermula. Semalam ketika menerima panggilan dari 'dia' jam 11.45 pagi aku memang sedikit terkejut tapi teruja. Maknanya dia ingatkan aku. Aku tersenyum sendiri.
Aku kembali menyambung kerja yang tergendala. Tentulah aku perlu berhenti dari berkhayal dan berharap. ya! Itulah prinsip aku sekarang jangan terlalu berharap atau memberikan harapan untuk sesuatu yang aku memang belum pasti. Aku sebenarnya sedikit sukar menyesuaikan diri dengan beberapa perkara baru di tempat baru. Bukanlah berpindah pejabat. Sekadar bertukar kawasan kerja tapi tentulah sedikit sukar sebab keperluannya berbeza dengan apa yang sering aku gunapakai di ruangan lama. Mujurlah aku masih boleh 'mengangkut' sekali 'desktop' aku yang penuh dengan khazanah kerja aku selama hampir setahun. Itu betul-betul melegakan.
"jangan lupa senarai barang tu ye!" aku mendongak. Betul laungan ingatan untuk aku.
"ada atas meja akak tadi saya dah bagi..." aku menarik turun 'headphone' yang tersangut di kepala. Suara lunak merdu Anuar Zain menjauhi telinga.
"ye ke? oh ya okay!sorry..." Kak Faseh berlalu. Fasehahnoor Yaakob. Rakan sekerja yang menjadi semakin rapat dengan aku sejak setahun lalu. Ketika kami memulakan projek keusahawanan sempena Program Keusahawanan Peringkat Kebangsaan.

*** *** ***
Kekalutan beberapa staf di ruang kerja berhampiran menyedarkan aku waktu sudah merangkak jauh. Masing-masing sudah menyandang beg tangan sambil berbincang menentukan lokasi pilihan untuk makan tengahari. Juga lain-lain tempat yang mungkin boleh dituju memandangkan rehat Jumaat agak panjang. Aku bersandar. Memejamkan mata rapat-rapat. Sekadar melepas lelah. Bukan kebiasaan buatku lena di siang hari. Jauh di sudut hati masih ternanti-nanti dengan doa kecil dia akan hubungi aku nanti. Aku berlalu ke pantri, membancuh milo panas. Sekadar merungkai kedinginan yang terasa kerana ruang kerja sudah semakin lengang.
Tangan kembali mengetuk-ngetuk papan kekunci dan melarikan tetikus di ruangannya. Memilih laman web rasmi jika ada yang terkini. Sama sahaja. Kemudian beralih ke blog peribadi. Biasa sahaja semuanya. Berkongsi cerita itu dan ini. Termasuk kisah My Encik Sayang. Satu lagi label baru tercipta khas untuk dia yang membuat aku gusar. Selesai berkongsi cerita tentang dia di laman blog aku itu, aku kembali menyusun kerja yang perlu aku selesaikan sebelah petang. Sekitar jam 2.42 petang aku bangun untuk menunaikan solat Zohor. Kaki belum sempat melangkah, aku sudah tersenyum. Suara mendayu Astrid memberitahu aku siapa pemanggilnya. Tentulah dia yang aku tunggu sejak pagi.
" assalamualaikum awak..."
" wa'alaikumussalam..."
" sayang..." aku tahu dia sengaja memamnggil aku begitu. Sememangnya sejak seminggu lalu dia meminta izin memanggil aku dengan panggilan itu.
" ye bang..." aku yakin dia sedang tersenyum kerana aku memanggilnya dengan panggilan yang dia minta. Hakikatnya dia dan aku sebaya. Dia hanya tua dua minggu daripada usiaku. Tapi aku cuba menjadi permulaan hubungan ini selesa buat aku dan dia. Tapi panggilan-panggilan manja itu hanya wujud sekali sekala dalam perbualan kami. Kejanggalan itu masih ada.
" tak apa lah awak...saya tahu awak kerja..." begitu sahaja yang mampu aku balas setiap kali dia memohon maaf kerana susah sekali untuk menghubungi aku. Apa yang perlu aku jawab kerana sememangnya dia kesibukan kerana kerja. Aku cuba meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada dia untuk permulaan hubungan kami. Sememangnya di awal perkenalan aku tahu kesibukan kerjanya dan ruang masanya yang sangat terhad untuk kehidupan sosial. Tapi alhamdulillah dia cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk aku dan meyakinkan aku tentang permulaan hubungan ini. 
" terima kasih sayang...sebab faham awak faham saya..." aku sekadar tersenyum. Tentulah aku cuba memahami dia sebagaimana dia belajar memahami aku. 
Lama juga kami bersembang hingga aku 'terpaksa' dengan berat hati memohon untuk menamatkan perbualan kami kerana jam dinding yang betul-betul di sebelahku merangkak ke angka tiga petang. Ada sedikit nada keberatan dalam bicaranya untuk menamatkan perbualan kami. 
" abang telefon sayang lagi nanti ye?" aku tersenyum dengan nada suaranya.
" okay boleh..." 
Telefon bimbitku berbunyi tepat jam 3.30 petang. Aku jadi sayu dan sebak bila dia mengakui rasa rindunya buat aku. Sejak keakraban yang semakin nyata dipamerkan dia semakin berani menyatakan rindu yang kadang-kadang membuatkan aku tersenyum sendiri. 
" saya percayakan awak...saya tahu awak jumpa dia sebagai client...atas urusan kerja...saya harap awak amanah dengan kepercayaan saya untuk awak..."
" ye sayang abang kerja tak ada sebab lain..." sekali lagi cerita seorang datin menjadi isi perbualan kami. Sejak seminggu lalu dia meluahkan ketidakselesaannya berurusan dengan seorang pelanggan yang berpangkat datin. Ada beberapa tingkah laku dan gaya pelanggannya yang membuatkan dia tidak selesa.
" tak apalah kalau macam tu..."
" sayang...kalau dulu saya berurusan dengan client macam ni saya boleh anggap tak apa...tapi sekarang saya tak boleh anggap biasa...saya nak awak tahu situasi saya macam mana..." airmata sudah bergenang di tubir mata aku saat aku rasa dia sedang membentang kejujuran di hatinya supaya meresap dalam hati aku.
" abang...sayang tahu...dan kalau awak nak tahu, saya memang cemburu sejak pertama kali awak cerita tentang 'mak datin' awak tu..."
" betul sayang cemburu?" ada nada teruja dalam soalannya.
" hhhmmm..." 
" alhamdulillah...kalau awak cemburu tandanya awak sayangkan saya..." aku tersenyum sendiri akhirnya ketika aku dengar gelak kecil yang lahir di seberang talian. 
Akhirnya, perbualan ditamatkan. Aku kembali menyambung beberapa kerja yang perlu aku selesaikan untuk hari itu. Esok aku perlu datang ke kolej untuk Program Jelajah Kampung yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari hingga Ahad yang akan datang.


~zara aqeela~

..:: Nota Hati : Aku Yang Sedang Menanti Kamu ::..

aku masih menanti
hingga terdengar suara azan


ketika aku masih menanti
hati kecil telah menangis
kelopak mata semakin berat...sarat


tapi aku tetap menanti
sesuatu yang aku tak tahu
dan aku terus berharap
semua yang aku tak pasti


aku yang sedang menanti kamu
aku masih terus menunggu kamu
aku tetap mengharap kedatangan kamu


aku yang sedih hati
menunggu yang tidak pasti 
kamu


aku yang mula terluka
menanti yang tak aku tahu
kamu


adakah kamu akan datang
menemui aku
aku yang sedang menanti kamu


~zara aqeela~

Thursday

..:: Nota Hati : Tidak Seperti Itu ::..

bangun di setiap hari baru dengan harapan yang besar...susah sebenarnya untuk aku lakukan...
lena di setiap penutup hari dengan helaan nafas lega...sukar realitinya untuk aku lalui...

siapa yang faham?
siapa yang tahu?
TAK ADA
kecuali DIA

mengukir senyuman setiap kali bersentuh bahu...payah untuk aku lakukan
memberi tumpuan untuk setiap butir pertuturan...sakit untuk aku terjemahkan

ada ke tempat sembunyi?
ada ke masa melarikan diri?
TAK ADA
kecuali REDHA

Tuhan
hati ini terlalu sakit
Tuhan
otak ini terlalu perit

mencari kekuatan yang masih tidak ada
mencari ketabahan yang sebenarnya belum muncul tiba

Tuhan
tolonglah aku
Tuhan
tolonglah hambaMu
Tuhan
sungguh aku merayu

~zara aqeela~

..:: Nota Hati : Berikan Peluang ::..

airmataku
mohon sebuah pengertian
airmataku
minta secebis kasihan
untuk dia gugur
untuk dia jatuh
airmataku rayu simpati
airmataku harap perhatian
untuk dia keluar
untuk dia berudara
airmataku terlalu sarat
perasaanku sudah padat

tuhan
aku tak mampu lagi
tuhan
aku tak kuat lagi
menyimpan kesakitan yang hebat
menyorok kelukaan yang berat

tuhan berikan peluang aku menangis
tuhan berikan peluang aku menangis
tuhan berikan peluang aku menangis

berikan aku sedikit ruang keizinan
melepaskan kelelahan yang cuba aku simpan

aku ingin menangis tuhan dalam pelukan
aku ingin menangis tuhan dalam dakapan
keredhaan dan kecintaan
dari Kamu tuhanku

~zara aqeela~

Monday

..:: Nota Hati : Lorong Sempit ::..

aku bertamu di lorong sempit
meredah laluan yang sesak...hangat...
memerhati wajah keliru...
melihat pandangan sinis...
memandang wajah sombong...
membalas senyuman manis...

aku tegar memacak kaki
lorong sempit menjadi saksi
dengan harapan dan doa
laluan sempit itu akan jadi lapang nanti
ruang panas itu akan jadi sejuk kelak
atas kesabaran mereka
atas kesungguhan kami

syabas buat semua
yang sabar meneroka lorong sempit itu

*kenangan manis KARNIVAL JOM MASUK U : PWTC*
~zara aqeela~

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 20 ::..

Sudah dua minggu Ajmal naik ke pelantar. Sepanjang dua minggu itu jugalah Nylia menahan rasa rindu yang membuak dalam dadanya. Kadangkala terasa sangat pedih sekali. Nylia menatap gambar yang dirakam bersama Ajmal ketika mereka keluar membeli barang pertunangan lebih kurang dua bulan lalu. Tapi kesibukan kerja membuatkan hatinya sedikit tenang.
“ hello Nylia Fareen Farid speaking...” Nylia mencapai gagang telefon yang berdering mengganggu lamunannya.
“ Dr Ikram Nashrul Hamidi here...”
“ Am...ingatkan siapa tadi...” Nylia sudah tergelak kecil.
“ busy tak? I think it’s good to disscuss with you about the projects...so that we can plan the next step...”
“ hhhmmm...ya good idea...so you dekat pejabat ke ni?”
“ ye la sayang...I call dari pejabat. I ke sana kejap lagi okay...”
“ okay...”
            Ikram sampai di bilik Nylia lebih kurang 10 minit kemudian. Nylia sedang berbincang dengan Suraya di talian. Berkenaan dengan perancangan yang sudah dihantar ke pejabat Dekan minggu lalu. Suraya turut memaklumkan promosi di internet mendapat maklumbalas yang baik. Mewujudkan facebook khas untuk pertandingan tersebut telah memudahkan survey.
“ busy ke?” Ikram sudah menarik kerusi di hadapan Nylia.
“ not so...baru bincang dengan Suraya minta dia selesaikan dokumen yang I hantar ke pejabat Dekan. Nanti dia hantar dokumen yang baru sebab semalam ada new fax tak tahu dari mana...” Ikram hanya menganggukkan kepala.
“ so, apa cerita meeting you semalam? You jumpa siapa ye di Bahagian Pembangunan dan Perancang Bandar tu?”
 “ hhhhmmm...pasal Pembangunan Model Bandar Dalam Taman tu la...mostly nak build up nature environment kat Malaysia ni...tapi nak realize susah kan...kerajaan buat pembangunan model nanti mana-mana company atau pemaju perumahan yang mampu boleh masuk tender. So that pembangunan dalam taman ni berlaku perlahan-lahan...” Nylia menganggukkan kepala mendengar penjelasan Ikram.
“ kita akan set up all things from zero kan?I tengok paperwork not so proper. Maybe it’s build for the budget first...I thought...” Nylia menyelak fail yang menyimpan segala dokumen berkaitan. Dia menghulurkan kertas kerja tersebut kepada Ikram.
“ I think so sebab masa kat Bangkok pun kita just nak dapatkan input pelaksanaan je Nyl...kaedahnya kita kena la fikirkan bersama...have u got the team members?or you have to pick up?” Ikram menyambung.
“ I have to pick up...wait...” perbualan mereka terganggu dengan panggilan telefon bimbit Nylia.
“ hello...wa’alaikumussalam...aha kat pejabat...” Nylia diam seketika mendengar jawapan pemanggil.
“ yup dengan Ikram...” diam lagi
“ project yang Nyl bincang dengan Hani hari tu...”
“ no lah...”
“ nak naik dah?okay...take care...”
“ mee too...” Nylia menamatkan perbualan.
“ Ajmal?” Ikram bertanya pantas.
“ yup...dia nak naik pelantar dah...so kat mana kita tadi?” Nylia kembali senyum.
“ Nyl...are you really happy with your life now?” Ikram menangkap rentak kurang ceria dari suara gadis pujaannya itu.
“ of course Am...siapa yang tak happy sikit masa lagi nak kahwin...”
“ I really hope so and pray for it...” Ikram melihat Nylia menganggukkan kepalanya.
“ Cik Nylia...ops!sorry...morning Dr Ikram...I’ll bring you the documents...” Suraya melangkah masuk menghulurkan maklumat yang diminta Nylia sebentar tadi. Suraya beredar selepas menyerahkan dokumen.
“ Am, you ada idea tak untuk next board meeting?” Nylia bertanya sambil menghulurkan faks yang baru diterima.
“ hhhmmm...maybe kita kena pergi makan dulu...I lapar ni tak boleh fikir...” pecah gelak Ikram ketika Nylia menjengilkan matanya.
Mereka beriringan keluar untuk makan tengahari. Sempat Nylia mengerling jam di tangan kirinya. Sudah menghampiri jam 12.00 tengahari. Patutlah Ikram mula merungut. Mereka melangkah ke Kafeteria Selasih untuk menjamu selera. Selepas makan tengahri, mereka menyambung perbincangan semula sebelum berhenti untuk solat Zohor. Nylia meminta Ikram mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Pembangunan Bandar Dalam Taman untuk memudahkan mereka membuat syarat pertandingan. Mereka berjanji untuk berjumpa semula 2 hari lagi dengan dapatan masing-masing.
Selesai menyudahkan kerja-kerja di biliknya, Nylia berlalu menemui Suraya. Mujurlah Suraya seorang yang sangat memahami cara kerja Nylia. Tidak pernah dia dengar selama ini Suraya merungut dengan kerja yang diberi oleh Nylia. Malah Suraya juga sering memberikan pandangan dan komen jika perlu. Kerja Nylia menjadi mudah dengan rakan kerja seperti Suraya. Petang itu sahaja mereka berjaya menyudahkan dan merancang beberapa perkara untuk pelaksanaan Projek Pembangunan Model Bandar Dalam Taman tersebut. Mereka perlu menyelesaikan semua makluman dan dokumen asas sebelum memanggil semua peserta yang berminat untuk perjumpaan dan taklimat pertandingan. Sekitar jam 5.40 petang, mereka beriringan ke tempat letak kereta untuk pulang.

***        ***        ***

Jam menunjukkan angka 8.37 malam ketika Ikram tiba di halaman rumah Fareesha. Dia lihat Fareesha sudah siap menanti. Majlis akan bermula sekitar jam 9.00 di Hotel Shang Ri La, Putrajaya.
“ bila balik dari Bangkok?”
“ dah dua minggu...off duty ke malam ni?” Ikram memulangkan pertanyaan. Sebagai doktor, Ikram cukup tahu jadual kerja Fareesha bukanlah senggang.
“ nope! Aku tukar jadual...check patient tak ada yang perlu operation. But then, kalau emergency case, kenalah kau hantar aku ke hospital...” Fareesha tersenyum sendiri.
“ agak patient tu terus baik aku rasa kalau tengok doktor datang dressing sikit punya daring macam ni...dah tak macam Fareesha Hamzah dah aku tengok...” Ikram ketawa besar.
“ kau tak baik tau...” Fareesha turut ketawa akhirnya.
Mereka tiba di lobi Shang Ri La 5 minit kemudian. Perjalanan dari Presint 14 ke hotel berkenaan bukanlah terlalu mengambil masa. Ikram meninggalkan kunci kepada penyambut tetamu dan beriringan dengan Fareesha ke dewan utama.
“ lawa pula dressing kau malam ni? Siapa belikan suite ni?” Fareesha menilik Ikram atas ke bawah berulang kali.
“ aku lah...kenapa pula?”
“ aha!bukan taste kau ni jangan nak kelentong la Am...” Fareesha masih menilik. Mereka melangkah masuk ke perut lif yang baru terbuka.
“ pandailah kau...” Ikram membalas acuh tak acuh. “ okay ke dressing aku?” Ikram menyambung kemudiannya.
“ nice, smart, good suite...perfectlah...pandai la siapa yang pilih ni...” Fareesha masih menilik Ikram. Kemeja Giordano berjalur pink dengan seluar slack karkies hitam itu betul-betul meletakkan Ikram dalam keadaan yang sangat menarik.
“ thank you Doktor Fareesha Hamzah...atas pujian you yang sangat menusuk hati I...” Ikram tersenyum. Mereka melangkah menuju ke pintu dewan.
“ you are most welcome Doktor Ikram Nashrul Hamidi...” mereka ketawa akhirnya.
“ Am?!” Ikram dan Fareesha menoleh serentak ke arah suara yang memanggil.
“ wei! Rasul...sihat la kau!lama tak jumpa ye...” mereka berpelukan. Pertemuan selepas hampir 5 tahun itu pasti sahaja membuatkan hati masing-masing terusik.
“ hai Rasul...” Fareesha turut menegur.
“ hai Fareesha...lama tak jumpa...dah macam model pula kau ni...” Rasul memuji membuatkan ketawa Ikram pecah.
“ model apa bendanya? Model picagari...” mereka sama-sama ketawa.
Malam itu, perasaan Ikram sedikit terubat dari terus berkhayalkan Nylia. Sedikit terisi dari terus dibayangi Nylia. Sedikit ceria dari terus bermuram durja. Namun, tetap terusik setiap kali teman kuliahnya memuji pemakaiannya yang sangat berbeza dan tampil lebih menarik. Tentu sahaja Nylia yang menjadikan dia begitu. Barangkali akan lengkap kehidupan jika bersama Nylia. Mungkin Ajmal turut melalui perkara yang sama sejak bertunang dengan Nylia. Pastilah Nylia akan memberikan pendapat dan mempersiapkan bakal suaminya dengan kesempurnaan.
Ikram cuba membuang jauh-jauh segala perasaan yang mengganggu diri dan fikirannya pada majlis malam itu. Tapi nyata dia tak berdaya.
“ Ikram Nashrul?” satu suara yang benar-benar menarik perhatian Ikram yang sedang membuang pandangan ketika sesi karaoke berlangsung di atas pentas.
“ Alana?” Ikram cuba meneka. Jika tidak tersilap, benarlah itu Alana. Rakan kuliahnya di London.
“ ya!Alana...lama tak jumpa you...” Alana merupakan pelajar yang menjadi pujaan ramai dalam kumpulan kuliah Ikram baik dari kalangan pelajar Malaysia mahupun pelajar luar negara. Tapi rahsia di sebaliknya, Alana amat meminati Ikram dan pernah berusaha menagih cinta Ikram.
“ ya..ya...lama sangat kita tak jumpa...you buat apa sekarang?” entah kenapa Ikram sedikit gugup. Mungkin dia bimbang jika keputusannya menolak cinta Alana dulu masih membuatkan perasaan Alana terguris.
“ I buka farmasi. After graduate, I ambil 1 year farmacy course...you ada poliklinik sendiri kan?” Ikram menganggukkan kepala. Pasti Alana masih mengikuti perkembangannya.
“ Alhamdulillah...tapi I kongsi dengan one of my member...nanti kalau you perlukan rawatan boleh datang klinik I...”
“ ya of course...”
“ hhhmm...dah kahwin?” entah kenapa soalan itu yang keluar dari mulut Ikram.
“ nope!tengah seronok bekerja la Am...you?”
“ nope!same as you...”
“ I thought you are now date Fareesha...you datang dengan dia kan tadi?”
“ hey! No lah!nak mati?!dia still dengan Naufal...remember Naufal Farhan?engineering?” Ikram lihat jelas Alana sedang mencari ingatan terhadap Naufal.
“ ya! Naufal Farhan your best friend...Auf right?hhhmmm...good pair...”
“ ya...”
Mereka masih berbual dan tanpa sedar Fareesha sedang memerhati Ikram dan Alana. Dia amat berharap yang hati Ikram akan terbuka untuk Alana. Pastilah dia mahu yang terbaik juga buat Ikram selepas Ikram memberikan dia seorang calon suami yang terbaik. Seorang lelaki yang sememangnya menjadi idaman ramai. Naufal Farhan.
            Selepas sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah, mereka beriringan keluar meninggalkan dewan. Sempat mereka merakamkan gambar kenangan bersama-sama kawan sekuliah sebelum pulang. Ikram terus memandu kereta menuju apartmentnya selepas memastikan Fareesha selamat tiba di rumah. Dia memandau tenang. Entah kenapa Alana pula yang muncul dalam fikirannya ketika ini. Mungkin disebabkan pertemuan pertama kali selepas beberapa tahun.


~zara aqeela~