-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 13 ::..

Nylia menyandarkan tubuh di kerusi selepas usai kelas dengan pelajar tahun akhir Jabatan Kimia sebentar tadi. Terasa lelah bila semester pengajian menghampiri penghujungnya. Pelajar berebut-rebut membuat temujanji memperbaiki projek masing-masing. Tiada seorang pun yang mahu gagal. Buktinya di atas meja Nylia saat ini penuh dengan beberapa penambahbaikan yang perlu disemak untuk proposal pelajar. Sebahagian telah dipulangkan untuk dikemaskini, sebahagian yang tinggal perlu diselesaikan demi tidak merumitkan pelajar.
Proposalnya sendiri telah dipulangkan semula oleh Prof Rudi dengan cop pengesahan lulus. Seterusnya kenalah dia bekerja keras menyiapkan projek dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Petang ini Nylia akan mengikuti perbincangan tentang Karnival Kesenian dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan yang diketuai oleh Din Azraf. Khabarnya beberapa wakil agensi turut hadir untuk memberikan maklumbalas terkini. Mereka hanya ada lebih kurang sebulan untuk memastikan semua berjalan lancar. Walaupun kemuncak program akan berlangsung dua bulan lagi, tetapi beberapa acara akan bermula dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Telefon di meja berdering memberitahu panggilan dari dalam kampus. Nylia biar 3 kali deringan baru disambut.
“ Nyl...” sudah dijangka panggilan dari Ikram.
“ yup Am...” Nylia membalas sepatah. Bukan tak sudi tapi lelah penatnya belum surut.
“ busy ke? Dah makan?” Nylia tahu Ikram prihatin. Memang itulah yang dia lakukan sejak hampir 5 tahun dulu. Sejak dia tahu Nylia adalah adik Naufal Farhan, rakan kuliahnya dalam kelas persediaan ke New Jersey.
“ nanti kot...sebab petang ni ada mesyuarat untuk Karnival Kesenian dan Kebudayaan tu...” Nylia cuba mengingatkan diri sendiri. Sempat dia menjeling jam di dinding bilik...ada 1 jam lagi.
“ okay...”
“ Am kenapa ni?” Nylia dengar nada tak selesa pada bicaranya.
“ nothing...Am okay...kenapa?”
“ macam ada masalah je...” Nylia memancing Ikram.
“ tak ada la...Nyl I got to go...I’ll call you later...” Ikram meletak gagang selepas memberi salam.
Nylia terlebih dahulu menunaikan solat ‘Asar sebelum mesyuarat. Bimbang perbincangan berlarutan nanti. Setiba di Bilik Persidangan Fakulti Seni, dia lihat Nazim sedang memeriksa sistem audio. Nazim tersenyum memandang Nylia yang membawa beberapa fail. Dari jauh Nylia lihat Din Azraf menuju ke arahnya untuk membantu. Nylia mengucapkan terima kasih ketika fail bertukar tangan.
Tidak lama kemudian beberapa ahli mesyuarat yang dipanggil memenuhi dewan. Nylia tidak sedar Ikram turut serta dalam mesyuarat. Malah Ikram menawarkan diri menjadi penasihat untuk lokasi pertandingan. Itu yang dimaklumkan oleh Suri. Beberapa orang pegawai kanan universiti turut hadir. Nylia kira pasti rahsia yang disimpan kemas hampir dua tahun akan terbongkar petang ini. Tiada siapa pun dalam kumpulan kuliah PHDnya yang mengetahui dia adalah pensyarah di universiti tersebut.
Sehinggalah Prof Syamsinar dari Bahagian Pembangunan menyuarakan pandangan tentang lokasi Welcoming Ceremony dibuat di bangunan jabatan yang dikawalselia oleh Nylia.
“ saya rasa Nylia you boleh bantu kan? Kita gunakan jabatan you untuk Welcoming Ceremony. Saya rasa sangat sesuai untuk mewujudkan suasa nature. Kita nak bangkitkan semangat seni dan budaya kan?” ketika itu Nylia tahu Din Azraf dan yang lainnya sedang memandangnya dan menunggu jawapan. Dia lihat Ikram tersenyum nakal.
“ hhhmmm...saya setuju Prof. Nampaklah cinta alam sikit kan?” Nylia tidak pasti Zakeah berpijak di bumi nyata atau tidak ketika ini.
“ okay macam ni...saya memang tak ada masalah tapi saya perlukan bilangan crowd yang tepat untuk Welcoming Ceremony...just to make sure the crowd comfort there...one more thing, is that suite to make it outdoor?” Nylia bertanya kemudiannya. Nylia memandang Din Azraf sebagai menghormati dia yang merupakan Pengurus Projek.
“ hhhmmm...saya rasa boleh juga kita buat outdoor...mencari kelainan...kesenian ni selalu berbeza kan?” Nazim memberi pendapat. Nylia kira Nazim sedang memberikannya ruang selesa.
“ I agree with that...” Ikram pula menyambung.
“ saya tak ada bantahan...kalau ahli mesyuarat bersetuju, kita akan berkampung di sana menyambut tetamu nanti” Din Azraf memberikan kata putus.
“ Okay, saya rasa macam ni Pengerusi, apa kata kita serahkan kepada Dr Ikram...since dia memang penasihat lokasi, why not biar dia berbincang dengan orang bawahannya untuk menetapkan bahagian mana di Jabatan Alam Sekitar yang sesuai. Both of you pun biasa bekerjasama kan Nylia, Ikram?” Nylia lihat Ikram hanya menganggukkan kepalanya.
Mesyuarat petang itu ditangguhkan dengan beberapa persetujuan dicapai. Semua pihak nampaknya memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan program tersebut berjalan lancar dan berjaya.
“ I’m sorry...I tak tahu pun benda ni...” tiba-tiba Din Azraf bersuara.
“ about what?” Nylia pura-pura tak faham.
“ I tak tahu you lect di sini...”
“ no...no...no...kita one team dalam 1 kuliah okay...I tak nak kerana petang ni, tiba-tiba kita tak serapat dulu...I hanya pensyarah untuk student I...tapi dalam kuliah kita, dalam team kita, I sama macam you all...please...jangalah buat I macam ni...” Nylia benar-benar merayu rakan kuliahnya.
“ patutlah you kenal betul dgn Dr.Ikram tu...malunya I Nyl...I mean Miss Nylia...” Zakeah mula kalut.
“ ni yang I tak suka ni...Ikram tu kawan abang I...dah lama I kenal dia...sejak dia kat U lagi...okay back to the basic...I tak nak ada apa beza antara kita okay...” Nylia bertegas.
“ tapi you Ketua Jabatan...” Nazim mencelah.
“ please dont do this to me...” Nylia memujuk mereka. Akhirnya dia lihat kelegaan diwajah teman kuliahnya.

***        ***        ***

Malam itu Nylia bertungkus lumus memasukkan markah untuk rekod para pelajar tahun akhir Jabatan Kimia. Usaha mereka harus dihargai sebab dia melihat kesungguhan mereka dalam merebut peluang kredit graduasi yang terbaik untuk diri mereka. Nylia lega bila rekod pemarkahan telah diterima oleh Jabatan Kimia. Seperti biasa dia membuat cetakan untuk simpanan.
Selesai kerja sebagai pensyarah, Nylia masuk dunia pelajar. Dia membuat rekaan untuk projek landskapnya sebagai projek PHD yang perlu dibentangkan pada Prof Rudi 3 minggu lagi. Itu janji Nylia kepada penyelianya itu. Sengaja dia membuat due date awal seminggu jika ada pembetulan yang perlu dibuat tidaklah dia terkejar-kejar nanti. Tambahan pula Karnival Kesenian dan Kebudayaan di bawah kelolaannya dan kawan-kawan akan bermula sebulan lagi.
Selesai membuat lakaran dia menyimpan kemas dan menyusun semua keperluan kerja di dalam beg. Nylia bersandar di kerusi membuang pandangan jauh-jauh. Tiba-tiba dia teringatkan abangnya di Iran. Nylia mencapai telefon bimbitnya untuk menghantar SMS. Dia berharap abangnya tidak sibuk ketika ini.

“ Assalamualaikum abg Auf bz ke?”
Pewwiitt. Dia tersenyum mendengar mesej masuk.
 “ wslm...hai...baru lepas meeting. So how r u?”
“ just fine...bila nak balik sini...miss u so much la...”
“ insyaAllah dalam masa terdekat ni i’ll be there...abg xnak lepas peluang tengok Nyl bertunang...congrates dear...”
“ Nyl dah agak dah...ibu mesti dah kepoh...Nyl xcakap pe2 pun dia yang lebih2”
“ biaselah...so...is he okay?”
“ who?” aku mengusik.
“ whatever u call him...baby, hubby, darling...or else...i dunno his name”  Nylia kembali terkena.
“ ooo...maybe ur mum forget to tell u the name...nngggeeee”
“ so...is he okay”
“ okay i thought...dunno la...kami pun bukan bercinta...tapi abg akan doakan Nyl yang terbaik kan?”
“ of course...Nyl i got to go...really sorry...sweet dream k...”
“ abg!”
“ ye...y?”
“ i miss u so much...please come home...” entah kenapa dia begitu rindu.
Airmatanya gugur juga ketika dia lihat nombor personal abangnya Naufal di telefon.
“ hey adik abang kenapa ni?” pasti sahaja abangnya tahu saat ini Nylia berharap dia di sisi. Nylia sudah mula teresak kecil.
“ nothing...I just cant control it...I really miss you...” Nylia sudah menangis.
“ Nylia Fareen kenapa ni? Got problems?”
“ no...I just need you to hold me...” siapalah lagi yang dia ada selain abangnya itu.
“ okay, I understand...but I’m working...I’ll try to be there...” abangnya memujuk.
“ promise me?” Nylia memotong.
“ yes promise...but please let me continue my work...” abangnya memujuk lagi.
“ okay...I love you...”
“ I love you too...”
Nylia melelapkan mata sebaik telefon diletakkan di meja sisi.

~zara aqeela~

No comments: