-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 7 ::..

Seperti yang dirancangkan, pihak Universiti telah menetapkan jamuan berbuka puasa untuk kakitangan di PICC pada 20 Ramadhan. Petang itu Ikram menjemput Nylia jam 6.00 petang di rumahnya. Selepas bersalaman dengan orang tua Nylia, mereka berangkat ke PICC. Sengaja Ikram bercadang untuk sampai lebih awal kerana dia akan bertugas sebagai penyambut tetamu bersama Nylia. Semua itu hanya diketahui Nylia dua hari lalu. Sengaja dia berbuat demikian untuk memastikan Nylia akan bersama dengannya.
            Petang itu, tepat jam 6.50 petang, Nylia menerima panggilan daripada Hanif.
“ assalamualaikum Fa...” rindunya Nylia pada suara itu.
“ wa’alaikumussalam...hai...mimpi apa telefon Fa ni...” Nylia memalingkan muka ketika jelas Ikram memandangnya. Barangkali Ikram tahu siapa yang menghubunginya saat itu.
“ no reason Fa...miss you maybe...”
“ don’t start okay...where are you?”
“ Singapore...got something to do...you? macam bising je...”
“ Fa ada masjlis buka puasa dekat PICC ni...we talk later okay...Fa tengah sambut tetamu ni...” Nylia cuba mengelak untuk bercakap lebih lama. Segera dia menamatkan talian dan kembali mengambil tempat. Dia tahu Ikram cemburu. Nampak jelas dari jelingan dan airmukanya yang ketara berubah.
            Selepas semua tetamu hadir, semua yang bertugas di meja pendaftaran dan penyambut tetamu melangkah masuk. Ikram dan Nylia beriringan dan mengambil tempat di meja paling hujung.
“ Hanif telefon?” Ikram bertanya sebaik mereka duduk. Nylia hanya mengangguk lemah. Ikram tidak bertanya lagi bila Nylia jelas tidak berminat untuk bercerita.
Fahmi~fa...I think I miss u~ terkejut Nylia dengan mesej yang diterima dari Hanif.
Nylia~please dun do dis to me...~
Fahmi~what should I do Fa...I cant deny...~
Nylia~please let me go~ kali ini hatinya sakit betul. Mengapa dugaan ini pula yang hadir.
“ kita makan dulu sayang...” Ikram bercakap separuh berbisik. Baru Nylia sedar waktu berbuka telah sampai. Dia sedar tentu Ikram membaca ketegangan di wajahnya. Nylia hanya membiarkan Ikram menyenduk nasi dan lauk di pinggannya.
“ makanlah dulu...lepas ni kita balik okay...” Ikram memujuk lagi bila dia lihat Nylia tidak menjamah makanannya. Nylia akhirnya akur bila dia sedar teman semeja sudah mula tersenyum melihat kelakuan dia dan Ikram. Nylia memaksa sebuah senyuman dan menjamah makanan.
Ikram menepati janjinya bila dia memohon diri sebaik sahaja majlis itu selesai. Sepanjang perjalanan Ikram memberi ruang untuk Nylia menenangkan diri. Mereka bertengkar mungkin. Kata hati Ikram. Adat bercinta. Ikram terus menghantar Nylia pulang. Sempat dia meninggalkan pesan buat Nylia supaya menghubunginya jika ada yang perlu dibantu. Ikram pulang kemudiannya setelah memastikan Nylia selamat masuk ke rumah. Berkali-kali telefonnya berbunyi tapi dibiarkan sahaja. Kebelakangan ini kerap Hanif mencarinya dan meluahkan perasaan. Ya betul Hanif cinta pertamanya. Lelaki pertama mencuri hatinya. Tapi itu sudah lama Nylia lupakan. Apatah lagi Hanif sedang membina bahagia dengan temannya sendiri.
            Satu lagi kejutan berlaku di rumahnya bila ibu masuk ke bilik membawa berita yang tidak disangka sama sekali. Ketika itu Nylia baru sudah menunaikan solat Isya’. Ibunya memaklumkan keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia datang membawa pertanyaan petang tadi. Merisik dirinya untuk anakandanya yang kedua Tengku Ajmal Syaqer. Fikiran Nylia bercelaru. Bukanlah dia menolak, tapi dari cara percakapan ibu, seolah-olah semuanya telah dipersetujui. Ianya bukan lagi sebuah pertanyaan tetapi makluman. Makluman bahawa dia sudah dijodohkan. Nylia menarik nafas dalam-dalam selepas ibunya meninggalkan dia bersama cincin merisik yang dibawa oleh keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia di atas meja tulisnya.
Nylia duduk di kerusi sambil merenung telefon bimbitnya yang berbunyi dan terus berbunyi. Tetap nombor yang sama dari pemanggil yang sama. Hanif Fahmi Abdul Rahman. Dia beralih bersandar di kepala katil. Lama Nylia biarkan telefon bimbitnya berdering tanpa sahutan. Dia tahu siapa yang memanggil tapi tiada hati nak menyambut. Biarlah.
" Nylia..." namanya dipanggil seiring ketukan dipintu. Dia menarik nafas dalam-dalam.
" Nylia...ada telefon ni..."
" okay coming..." Nylia berjalan malas ke pintu.
" assalamualamualaikum...Nyl..." kaget seketika Nylia ketika mendengar suara di hujung talian. MasyaAllah, Engkau memang agung. Deras sahaja airmata jatuh dari tubir matanya.
" abang..." dia tahu nada suaranya telah mengundang bimbang.
" online okay...abang tunggu..." talian telah diputuskan. Pastilah sahaja kebimbangan menerawang di segenap hati. Naufal Farhan. Abang yang terlalu jauh terpisah tapi dekat di hatinya. Insan yang sentiasa tahu isi hatinya.
Auf~please on ur webcam~ Nylia sudah menjangka itu permintaannya
Jelas tergambar kerisauan di wajah abangnya. Telah sampaikah berita yang tidak dijangka ke pendengarannya di seberang lautan.
Auf~Nyl sihat ke? Lama kita xsembang2 via internet ni...~
Nyl~sht je alhamdulillah...bit tired...lots work to do...abg ok ke kat sna...~
Auf~ok je...everyone and everythin' going fine...~
Nyl~cool...de banyak paperwork nak settle dis year...projek pun tough :-( mujurla supervisor ok...~
Auf~ibu telefon Auf tadi...~ Nylia menelan air liur membaca tulisan abang kesayangannya.
Nyl~really...ibu xckp pun nak call abg...dia rindu sgtla tu...~
Auf~hahaha...so, Nyl xnak share pe2 ke? I bet u got sumthin' to share wif me rite?~ Bahagian inilah yang Nylia paling tak gemar tentang Naufal Farhan abangnya. Pandai sahaja memerangkap.
Nyl~nope...Y?~  Nylia main tarik tali.
Auf~o really?ok adik abg dh besar...xperlu dah abg utk mengadu kan?~ Tersinggungkah Naufal, bisik Nylia.
Nyl~no la...maybe i need time to talk bout it...~ Nylia yakin abangnya faham apa yang dimaksudkan.
Auf~it's ok take ur time...also think twice to make a decission ok dear...~
Nyl~ok...thanx~
Auf~ok la de keje sket ni...see u later k...~
Mereka menamatkan perbualan. Nylia mengeluh sendiri. Terbayang wajah tenang ibu menyampaikan berita kehadiran Tengku Munir dan Tengku Thalia yang membawa pertanyaan. Nylia merenung cincin tanya yang sememangnya mereka telah mencipta jawapannya. Nylia pasti mereka tidak memaksa tapi apalah kudratnya untuk mengatakan tidak.
" Nylia Fareen, ibu tak nak paksa Nyl kalau Nyl punya pilihan yang lain. Nyl pun dah besar panjang...tapi seingat ibu tak pernah pula Nyl kenalkan sesiapa pada ibu...Nyl pasti tak keberatan kan?" dia tidak memberikan sebarang jawapan pada pertanyaan ibunya. Biarlah nanti kepada Allah Nylia meminta agar memberikannya panduan mencari jawapan.
Nylia menarik tuala masuk ke bilik air membersihkan diri, solat dan memohon ketenangan dariNya. Mungkin ini caranya untuk dia mengelakkan diri dari dibelenggu perasaan. Telefon berdering ketika dia baru meletakkan kepala di bantal.
" Assalamualaikum...Nylia Fareen..." Allah...dia kenal gaya percakapan itu. Tengku Thalia...
" wa'alaikumussalam Tengku..." Nylia terkedu seketika.
" dah masuk tidur ke? Maaflah kalau mengganggu..." teratur bicaranya.
" belum...tengah baca majalah..." berbohong. Dia tidak tahu apa alasan yang perlu diberikan.
" Nylia dah terima kiriman dari rumah kami?" ada manis dalam bicara Tengku Thalia. Nylia pasti saat ini wanita itu sedang tersenyum manis.
" ada...ibu dah sampaikan tadi..."
" Ahamdulillah...tak mengapalah kalau macam tu Nylia fikirkan ye...kami sekeluarga gembira kalau Nylia dan Ajmal dapat disatukan..." Nylia semakin tak pasti maksud di sebalik kata-kata Tengku Thalia.
" InsyaAllah Tengku.."
Nylia membiarkan Tengku Thalia terlebih dahulu menamatkan talian. Kurang jelas apa yang difikirkan sekarang. Dia cuba mencari wajah jelas Tengku Ajmal Syaqer yang telah dikenalinya sejak kecil. Lelaki itu jauh lebih tua darinya, tapi muda sedikit dari abangnya.
Entah dimana titik temunya bila Tengku Thalia boleh memikirkan bahawa Nylia patut dijodohkan dengan Ajmal. Ajmal sendiri entah bagaimana penerimaannya. Terbukakah pemikirannya menerima percaturan yang dilukiskan bonda dan ayahandanya?
Nylia mencapai telefon bimbit di sisi. Dia berpaling ke dinding melihat jam yang semakin lewat. Keresahan lebih kuat pengaruhnya bila dia mula mendengar deringan dari corong telefon bimbitnya.
" hello..." nada suara itu membuat dia rasa bersalah.
" assalamualaikum Am...sorry ganggu...dah tidur ye..." bodohnya soalan Nylia yang sememangnya patut jika sesiapun dah tidur ketika jam beranjak ke 12.30 pagi.
" Nyl...it's okay...kenapa ni?" Nylia kenal benar suara gusar itu.
“ I’m okay Am...just...I just need someone to talk to...”
“ Nyl...kenapa ni?”
“ no Am it’s okay...kita jumpa esok je la ye...” Nylia sendiri bingung dengan keadaan dirinya.
“ ok it’s up to you...” Segera dia menamatkan talian. Rasa bersalah berbekas mengganggu malam Ikram.
Nylia masih mengelamun ketika dia melihat jam di meja tulisnya sudah beranjak ke angka 3.42 pagi. Fikirannya masih terganggu dengan kiriman yang dibawa ibu dari rumah Tengku Munir dan Tengku Thalia. Sememangnya benar kata-kata ibu. Barangkali jika dia di tempatnya, dia juga tidak mampu menolak permintaan dari orang yang pernah menjadi majikan sendiri. Tapi, Nylia tidak pernah terlintas untuk dijodohkan dengan Tengku Ajmal Syaqer.
Ya betul dia mengenali Ajmal, anak kedua keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia. Tapi tidak lebih dari itu. Beza umur mereka yang jauh membuatkan Nylia tidak begitu mengingati perwatakannya. Usia Ajmal 5 tahun lebih tua berbanding dirinya. Jika hendak diingat-ingat, dia memang tidak banyak ruang mengenali Ajmal. Sedangkan adiknya Tengku Aimeer Tareq yang seusia Nylia juga jarang dia bergaul. Ketika Nylia belum bersekolah, Ajmal sudah dia kenali sebagai pelajar yang cemerlang. Malah Ajmal pernah melompat kelas dari tahun tiga ke tahun lima sewaktu sekolah rendah. Itu dari cerita Tengku Zarifah Hana ketika majlis kenduri kesyukuran dibuat di rumahnya lebih kurang 20 tahun yang lalu. Ketika itu Ajmal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Usia Nylia waktu itu baru beranjak masuk 7 tahun.
Sekarang, usianya sudah menjangkau 27 tahun, bermakna Ajmal akan menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke 32 tahun ini. Cukup matang untuk berkahwin. Mungkin.

~zara aqeela~

No comments: