-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 8 ::..

Petang itu Nylia sengaja mengambil keputusan untuk pulang lewat. Dia tahu Ikram akan mencarinya nanti. Sudah 10 minit berlalu dari waktu kerjanya tamat. Nylia tersenyum ketika suara Anuar Zain kedengaran merdu sekali dari telefon bimbitnya.
“ hai sayang...” Nylia tersenyum dengan sikap Ikram. Sudah lali benar panggilan itu di telinganya.
“ hai...”
“ kenapa ni? you okay tak? siapa hantar pagi tadi?” Nylia menarik nafas dalam-dalam.
“ hhhmmm...banyak betul soalan...I okay, tak ada apa-apa and ayah hantar pagi tadi...saje kebetulan dia nak pergi ke bandar jumpa kawan...” Nylia membalas panjang. Jelas Ikram sedang ketawa kecil di seberang talian.
“ kita buka puasa kat luar malam ni nak tak?” Nylia sudah menjangka pelawaan itu. Malah dia akan mempelawa Ikram jika sekalipun Ikram tidak mempelawanya. Selepas membuat janji bertemu, Nylia mengemas barangnya dan beredar ke bangunan keselamatan. Dia lihat Ikram sedang berbual dengan kakitangan universiti yang pasti sahaja sedang menanti masa untuk pulang. Mereka kemudiannya sama-sama beredar meninggalkan kampus. Nylia hanya menurut ketika Ikram memaklumkan ke mana hala tuju mereka petang itu.
“ you okay ke tak ni?” Ikram membuka bicara selepas 5 minit perjalanan.
“ entahlah Am...I pun tak tahu...bila you pegi Manila?” Nylia memulangkan soalan kepada Ikram.
“ I tak ingat tarikh tapi kalau tak silap 5 hari raya...mummy pun bising bila I inform dia...” Ikram tersenyum ketika Nylia turut memberikan reaksi terkejut. Nylia menganggukkan kepala kemudiannya. Dia sedang berkira-kira sendiri bagaimana memulakan bicara. Akhirnya dia memutuskan untuk berdiam diri.
“ bila you balik Sarawak?”
“ buat apa?” Ikram merenung muka Nylia.
“ raya...” Nylia membalas.
“ I ada kata I balik Sarawak ke nak sambut raya?” Ikram sengaja mengusik Nylia dengan memberi soalan sebagai jawapan. Nylia memandang Ikram dengan pandangan yang penuh tandatanya.
“ mummy dengan daddy akan turun Pahang tahun ni. Dah boring raya kat Sarawak katanya...I ikut je...I anak yang baik...” Ikram tersenyum lagi.
“ anak manja...” Nylia mengajuk. Dia tergelak kecil ketika Ikram memulangkan kata-kata itu kepadanya. Lebih kurang jam 6.20 petang, mereka sampai ke destinasi untuk berbuka puasa. Mujurlah tidak terlalu ramai pengunjung. Jika tidak pasti susah mendapatkan tempat. Ikram memilih tempat yang agak jauh dari pengunjung yang lain. Nylia hanya mengikut sahaja.
“ I tahu you ada masalah kan?” Nylia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala dengan soalan Ikram. Sikap itulah yang membuatkan dia sukar meletakkan Ikram lebih dari seorang sahabat. Ikram sudah terlalu sebati dengan sikapnya. Benar-benar seperti abangnya. Segala yang tidak terzahir mudah dibaca.
“ I tak tahu macam mana nak cerita and dari mana nak mula Am...” mendatar sahaja nada suara Nylia. Dia masih berkira-kira kisah mana yang ingin dikongsikan bersama Ikram. Hanif Fahmi atau Tengku Ajmal Syaqer.
“ I don’t want to force you sayang...take your time then kita share apa yang you nak share okay?” Ikram cuba berdiplomasi. Jelas wajahnya tidak ceria seperti selalu. Nylia hanya menganggukkan kepala bersetuju dengan Ikram.
“ mungkin nanti bila I dah bersedia I’ll tell you...” Nylia memaksa diri untuk tersenyum.
“ you tahu kan I sentiasa ada untuk you...” Ikram lihat Nylia menggangguk lagi. Dia tahu Nylia faham apa yang dia maksudkan. Mahu sahaja dia menarik Nylia dalam pelukannya kerana dia tahu Nylia sedang berperang dengan perasaan.
“ hhhmm...dah sampai pun order...baru 7.10 ke? I macam dah lapar sangat rasanya...” Nylia masih cuba berlagak ceria ketika pelayan menghantar makanan ke meja mereka.
Mereka tidak menunggu lama sebaik mendengar azan Maghrib, mereka menjamu selera dan bersedia untuk pulang. Maklum sahaja ingin menunaikan solat.

~zara aqeela~

No comments: