-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 15 ::..

“ Syabas dan tahniah semua!” Profesor Khairudi berjabat tangan dengan semua panel sebagai tanda terima kasih mendengar pembentangan pelajar semeseter akhir PHD yang sudah pun selesai. Nylia antara yang akan menjerit gembira dan melemparkan senyum lega kerana telah selesai melunaskan tanggungjawab. Tidak sangka dia berjaya melalui tempoh dua tahun dengan jayanya. Tanpa dia mengabaikan tanggungjawab kepada anak didik sendiri. Malahan, tidak sampai seminggu dia mendengar dan menilai pembentangan projek akhir pelajar di bawah seliaannya. Semuanya Nylia berikan markah yang paling wajar dengan usaha dan garapan yang mereka tunjukkan.
Selepas ini, Nylia akan memberikan tumpuan penuh kepada Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang akan menuju kemuncak tidak lama lagi. Sebelum keluar dewan tadi, sempat Din Azraf mengingatkan mereka official time kerja mereka berkuatkuasa malam ini. Nylia angguk tanda faham begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Masakan tidak, selama hampir satu bulan beberapa pertandingan telah berjalan dengan usaha dan kerjasama jawatankuasa pelaksana dan beberapa orang penasihat yang lain. Antara mereka tentulah para pelajar dari Persatuan Seni Budaya yang sememangnya sangat komited dengan kerja-kerja seni. Tentu sahaja tenaga pakar dari ASWARA banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar. Kali ini, biarlah mereka bertungkus lumus untuk kemuncak acara sebagai menghargai lelah penat mereka sebelum ini.
Usai mengemas segala keperluan dan barang miliknya, Nylia bergegas bertemu Profesor Khairudi yang telah membimbingnya melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar PHD sesi ini. Wajah kepuasan jelas terpancar dari matanya. Tentu sahaja dia gembira kerana dia merupakan ketua penyelaras projek pelajar PHD kampus. Pastinya segala pujian dan kritikan positif dari panel ketika pembentangan tadi menyuntik kelegaan dan kegembiraan buat Profesor Khairudi. Sebaik mengucapkan salam terima kasih, Nylia mohon diri untuk pulang kerana ada sedikit urusan yang dia sendiri tak pasti. Nylia mendapat SMS daripada ibunya ketika pertengahan sesi pembentangan tadi. Ketika tiba di parkir, Nylia lihat Ikram sedang menunggunya. Seingat Nylia tidak pula dia berjanji temu dengannya.
“ tahniah Nylia...pembentangan you bagus sangat...” Nylia tahu Ikram ikhlas.
“ thank you Am...mestilah you yang doakan I kan?” Nylia tersenyum memandang Ikram sambil tangannya ligat memasukkan barang-barang ke dalam kereta.
“ Nylia...”
“ hhhmmm...” Nylia masih leka menyusun barang di dalam kereta.
“ betul ke you nak bertunang?” kaget Nylia dengan soalan Ikram. Dari mana dia mandapat khabar?
“ of course lah...cuma masanya tak tahu lah bila Am...insyaAllah ada jodohnya Nyl bertunang...why?”
“ Am kenal ke dia?” kali ini Nylia yakin Ikram memang sudah tahu dia akan bertunang dalam waktu terdekat ni.
“ no...you not...pilihan keluarga Am...”
“ tapi Nyl boleh menolak kan?” Ikram seakan tidak berpuas hati.
“ Am...atas alasan apa Nyl nak menolak...dan tiada siapa memaksa Nyl dalam hal ni Am...kenapa ni?” Nylia mengajukan soalan yang dia sudah punya jawapan.
“ Nylia...”
“ Ikram...janganlah meruntuhkan persahabatan kita...I really love you as a friend...kita tak dicipta untuk menjadi kekasih Am...jangan kelirukan diri kita masing-masing...” Nylia seboleh mungkin bertoleransi dan memohon pengertian dari Ikram. Lama Ikram diam. Nylia menjadi gusar.
“ maafkan I Nyl...mungkin I silap selama ni...I merosakkan hubungan persahabatan kita selama ini...sepatutnya I lebih menghargai persahabatan kita...” Nylia mengesan kesungguhan dalam nada suara Ikram.
“ thank you Am...”
“ tapi you promise to invite me okay...”
“ of course...I kena balik ni nanti ibu bising...ada hal sikit kat umah...”
“ okay-okay Nyl...drive carefully...”
Nylia meninggaklkan Ikram di ruang letak kereta.

***        ***        ***

Pasti sahaja Nylia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh ibunya sebaik dia tiba lewat petang tadi. Nylia hanya berdiam tanpa sebarang komen atau bantahan. Dia pasti Ajmal akan menghubunginya tidak lama lagi. Nylia mohon diri daripada ibu dan ayah untuk ruang melepas lelah. Dia melemparkan badan di atas katil selepas solat ‘Asar yang telah pun di penghujung waktu. Tiba-tiba lagu Adira-Ku Ada Kamu berkumandanag.
“ Assalamualaikum...Nylia...” kenal benar dia suara itu.
“ Wa’alaikumussalam...Ajmal...”
“ Kenapa ni?tak sihat ke?” terkesan sungguhkah keletihan dari suaranya.
“ No... I’m okay...cuma kelam-kabut sikit kebelakangan ni...”
“ banyak kerja?” Ajmal memintas.
“ boleh tahan...tadi baru habis presentation final sem PHD project...awak kat mana ni?” terasa Ajmal terlalu dekat. Suaranya jelas.
“ Baru sampai pelabuhan...bonda telefon tadi...awak dah dapat berita ke?”
“ yup...dah...”
“saya minta maaf sebab semua kekalutan ni...kalau awak nak tangguhkan saya maklum pada bonda?”
“ nope...saya rasa ini bukan keputusan bonda seorang...our mum yang decide everything. Ibu bagitau tadi, Tengku Thalia kata nak buat next weekend...awak dah maklum ke?”
“ What?!saya ingatkan hujung bulan depan...ibu memang ada cadangkan supaya pertunangan kita diawalkan sebulan sebab maybe on December saya tak ada cuti...Nylia kalau awak tak boleh, saya bagitau bonda...”
“ no...tak apa lah Ajmal...sebab I thought our mum memang dah decide everything...cuma saya nak minta satu je...if you can come home before our engangement...” Nylia tidak tahu adakah dia sedang merayu Ajmal.
“ kenapa ni...?” ada nada bimbang dalam suara Ajmal.
“ kita perlu juga tahu perjalanan majlis kita kan?”
“ yup...okay...dua tiga hari ini saya ada perkara perlu diselesaikan...mungkin lusa baru saya boleh balik...nanti saya call awak...”
“ okay...”
“ Nylia...”
“ hhhmmm...”
“ take care...”
“ you too”
Nylia bingkas bangun dan bersiap sebaik menamatkan perbualan. Malam ini dia punya tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebaiknya. Sengaja Nylia minta Ikram menjemputnya di rumah. Mungkin sekadar mengukuhkan persahabatan. Selebihnya dia memang sangat lelah dengan beberapa perkara yang dilalui sebulan dua ni.
Nylia lihat Ikram semakin senang dengan penjelasan yang mereka berdua buat petang tadi. Sepanjang jalan mereka hanya berbual kosong. Lebih kepada beberapa perancangan untuk menjadikan kemuncak karnival menjadi yang terbaik dan diingati. Betul kata Jeanne, Ikram sangat teruja dengan program seni. Satu-satunya perkara yang Nylia tidak pernah jelas sebelum ini. Mungkin kerana mengenali Ikram sebagai seorang yang educated sebelum ini.
“ Nyl, you ada plan ke nak buat perubahan landskap sikit dengan garden jabatan you tu?” Ikram membuka bicara ketika mereka beriringan ke Dewan Mulia bertentangan dengan Jabatan Kimia.
“ hhhmmm...setakat ni tak ada la cuma mungkin nak deco sikit supaya sesuai dijadikan Welcoming Ceremony...why? Am ada idea ke?”
“ nope...just asking sebab esok kan kita ada perjumpaan untuk Welcoming Ceremony tu...” Ikram mengingatkan Nylia. Nylia pasti Ikram melihat kekalutan dalam dirinya.
“ Ya Allah...Nyl lupa perjumpaan tu esok ye...hhhmmm...kalut sungguh la lately...tapi I just proved the location rite?”
“ ye la dear...sebab you Ketua Jabatan kat situ...”
Perbualan mereka terhenti sebaik tiba di Dewan Mulia. Tarian Zapin yang sedang berlangsung menarik perhatian Nylia dan Ikram. Suasana agak gamat kerana pasukan yang sedang beraksi di pentas terdiri dari anak-anak kecil. Din Azraf melambaikan tangan di sudut dewan. Sempat Nylia lihat Jeanne mengenyitkan mata mengusiknya yang datang bersama Ikram.
“ hai Dr Ikram...” Jeanne mengusik Ikram.
“ hai sweetie...” kemerahan jelas di pipi Jeanne. Tentu sahaja dia tidak kenal perangai Ikram yang suka mengusik.
“ Nyl...I nak bincang sikit pasal mesyuarat tomorrow...eh! Dr Ikram sorry saya tak perasan...” Nazim terputus bicara sebaik tersedar Ikram di sebelah Nylia. Ikram menghulurkan tangan.
“ you cakap apa tadi Nazim?” Nylia menenangkan Nazim.
“ mesyuarat Welcoming Ceremony...” tersekan suara teragak-agak dalam bicara Nazim.
“ oh ya...Am, I’ve got work to do...”
“ ya sure...go on...nanti I tunggu kat sini je...”
Nazim memulakan bicara sebaik mereka beriringan ke bilik gerakan sementara untuk malam ini. Nylia lihat Suri dan Zakeah sedang mengemaskini senarai jemputan yang akan hadir pada Welcoming Ceremony tersebut. Maklumat awal yang diterima hanya ada lebih kurang 85 orang sahaja sebab selebihnya hanya akan hadir hari berikutnya. Nylia diam sejenak sedang berkira-kira lokasi di Jabatan Alam Sekitar sebelah mana yang sesuai memuatkan tetamu seramai itu dengan selesa. Akhirnya dia menemui jawapan dan memohon Nazim membawa bersama 5 orang Jawatankuasa Persiapan Tempat dan 3 orang dari Jawatankuasa Korporat dan Protokol bertemu dengannya esok pagi.
“ boleh kan Azraf? I minta jawatankuasa hadir bantu membuat persiapan?” tentu sahaja Nylia perlu mendapatkan persetujuan dari Project Manager.
“ of course la Nylia...kalau kami yang bawa pun masih perlu ada kebenaran you kan...” mereka akhirnya ketawa bersama.
“ I lupa la lusa kita ada perjumpaan bersama Dekan Fakulti Seni sebab dia ada nak sampaikan sedikit amanat untuk kita. Mungkin untuk majlis kemuncak nanti kot.” Din Azraf mengingatkan mereka. Apakah mereka punya pilihan lain dalam saat-saat penting begini.
Mereka kemudiannya ke depan pentas ketika 2 kumpulan terakhir sudah di hujung persembahan. Ikram yang memaklumkan. Kelihatan Ikram begitu teruja melihat persembahan tersebut. Mereka menunggu sehingga tamat pertandingan dan kumpulan yang menjadi 5 finalist diumumkan. Tentulah Nylia teruja kerana 2 pasukan anak kecil mendapat tempat untuk ke pertandingan akhir yang akan berlangsung 3 hari lagi. Usai semua peserta pulang, mereka membantu jawatankuasa pelaksana mengemaskan lokasi pertandingan. Ketika keluar, Din Azraf menghulurkan buku penggunaan keselamatan untuk ditandatangani. Sememangnya buku itu patut ditandatangani oleh Kakitangan kampus atau ketua projek. Itu sememangnya polisi keselamatan. Nylia menolak dengan alasan dia adalah di bawah Din Azraf dalam teamwork ini. Nylia tahu mereka masih meletakkan pemisah selepas mengetahui jawatannya di kampus berkenaan.
“ Dr Ikram je la yang sign boleh kan?” Jeanne mengusik lagi.
“ if u say so...should I?” Ikram menurunkan tandatangan di buku keselamatan.
Mereka berlalu selepas semua selesai. Nylia pastikan semua pelajar telah berangkat pulang. Din Azraf mengingatkan sekali lagi mesyuarat esok dan memohon diri kemudiannya. Nylia beriringan dengan Ikram ke keretanya. Tiba-tiba dia rasakan tubuhku melayang bagai nak pitam.
“ Nylia...masyaAllah...” mujurlah Ikram sempat menyambut tubuhnya.
“ okay...I okay...”
“ I send u home...” Ikram memimpin Nylia hingga ke kereta. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Nylia. Tiada tanda menunjukkan suhu badannya naik. Nylia berkali-kali menyatakan dia okay dan sihat. Seboleh mungkin Nylia mengukirkan senyuman untuk Ikram.
“ pergi klinik I dulu kita check up...” Ikram memujuk sebaik memasuki perut kereta.
“ no need Am...I okay...just need rest...”
Sepanjang jalan mereka tidak berbual cuma sesekali ada Ikram mengingatkannya supaya menjaga kesihatan. Nanti tak manis masa bertunang. Nylia sekadar tersenyum dengan usikan Ikram. Sebaik tiba di rumah sekali lagi Ikram mengingatkan Nylia supaya menjaga kesihatan.

~zara aqeela~

No comments: