-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 6 ::..


Nylia menamatkan kelasnya lebih awal hari ini kerana dia perlu menghadiri perjumpaan dengan Din Azraf dan rakan-rakan lain berkenaan dengan Projek Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Semalam dia telah mengemaskini segala rekod dan keperluan yang perlu dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk karnival tersebut.
            Seperti biasa mereka berkumpul di perpusatakaan. Sememangnya menjadi pilihan mereka berada di perpustakaan kerana suasananya lebih selesa dan tenang. Ia akan menimbulkan rasa serius seperti kata Nazim. Ketika sampai di perpustakaan, kelihatan Zakeah sudah menanti. Dia nampak sungguh serius membuat rujukan silang di komputer riba dan buku di sebelahnya.
“ serisunya Kak Keah ni...” Nylia tersenyum mengusik Zakeah.
“ hoi!kau ni terkejut aku...ni ha paperwork aku ni. Semalam Dr. Ikram dah pulang balik. Ada beberapa part nak kena perbetul. Adussssss! Kau ketawa kenapa?” Nylia menutup mulut dengan tapak tangannya ketika Zakeah menjeling tajam.
“ janganlah kalut sangat. Mari aku tolong kau. Dr. Ikram marah kau ke? Tentu tak...kita pergi part by part mana yang dia reject. Sinopsis kena reject juga ke?” Nylia membantu Zakeah yang kekalutan. Dia tahu Ikram tidak sekejam itu. Tambahan pula ini pertama kali Ikram menjadi penyelia projek PHD. Zakeah hanya menggeleng-geleng sambil menghulurkan sehelai kertas berwarna biru. Matanya tidak lari dari menatap skrin komputer ribanya.
“ cuba kau tengok ulasan dia tu? Aku ke yang tak faham sekarang ni...?” Nylia menyambut huluran kertas. Dia tersenyum. Tidak sangka Ikram membuat persediaan yang rapi untuk berdepan dengan projek akhir pelajar PHD. Siap ada rekod pertemuan dan helaian ulasan lagi.

Nama Pelajar  : Zakeah Binti Zainal
Pengkhususan : Kemanusiaan
Jabatan : Pengurusan
Pekerjaan : Fresh Graduate
Projek : Pengurusan Sistem Temuduga
Tarikh  Pertemuan      :           12 August 2010
Ulasan Penyelia          :
1. Sinopsis yang baik
2. Objektif perlu lebih spesifik dan jelas – siapa kumpulan sasaran?
3. Sediakan jadual survey supaya mudah buat semakan kerja – tele dengan hasil yang akan disampaikan.

“ apa komen kau?” Zakeah menanti ulasan Nylia.
“ terlalu cantik untuk tulisan seorang doktor...haha! tak adalah aku main-main je...” Nylia membetulkan duduknya kembali serius bila kelihatan Zakeah menjeling.
“ aku tak faham pasal kumpulan sasaran tu...” Zakeah menunjukkan di helaian komen Ikram.
“ aku rasa dia nak kau spesifikkan siapa yang kau nak tujukan proposal ni. Samada orang yang menemuduga atau yang nak ditemuduga...kalau kau nak dua-dua sekali pun boleh tapi separate to two group. So that senang nak buat penilaian dan pemantauan. Aku rasa macam tu la...” Nylia memberikan pendapatnya. Zakeah menganggukkan kepala tanda faham. Ketika mereka asyik berbincang, Din Azraf sampai bersama Nazim dan Suri. Mereka turut membawa bersama proposal masing-masing. Mungkin mereka juga sedang menyudahkan proposal masing-masing.
“ Jeanne belum sampai ke? Tadi dia yang bersungguh-sungguh call I...” Nazim merungut di selangi gelak kecil Din Azraf.
“ biasalah...kejap lagi sampai lah amoi tu...” Nylia menjawab sambil matanya tidak lekang meneliti proposal Zakeah yang perlu diperbetulkan.
“ kau pun kena komen juga Kak Keah ek?” Nazim mengusik Zakeah. “ aku pun ada part yang kena reject. Risau aku dibuatnya...” Nazim sudah mengambil tempat di sebelah Nylia.
“ okay lah tu kita boleh sama-sama berbincang sekali pasal proposal kita...you Nyl amacam?” Din Azraf tersenyum memandang Nylia.
“ dah kena reject awal-awal lagi...sama je kita ni...” Nylia memuncung dan tersenyum kemudiannya.
“ you dengan Prof Rudi kan? Okay tak dia? Nampak macam straight je...” Nazim menyampuk lagi. Kali ini dia sudah membelek proposalnya.
“ he’s not that bad...banyak diplomasi juga...maybe sebab this year dia ketua kot so kena la jaga imej...hehe...” Nylia tergelak sendiri.
“ sorry...sorry banyak-banyak la you all...” Jeanne datang tercungap-cungap. “ my proposal...”
“ kena reject juga...” mereka memotong serentak. Jeanne hanya mengangguk dan ketawa kecil. Dia mengambil tempat bersebelahan Suri yang sedang tekun melihat Zakeah memperbetulkan proposalnya.
“ okaylah...since semua dah ada...we better start now then kita boleh buat kerja masing-masing...” Din Azraf sudah memulakan muqadimahnya. Semua ahli mesyuarat mengetepikan proposal dan kembali membuka fail masing-masing. Ramadhan yang membahang tidak menghalang mereka menjalankan tugasan seperti biasa.
Selepas berbincang lebih kurang 1 jam 30 minit, mereka masing-masing kembali menyambung kerja. Nylia  memohon diri untuk kembali ke jabatannya. Beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum Aidilfitri terutamanya yang berkaitan dengan projek pelajar tahun akhir. Semalam dia baru mendapat surat lantikan panel penilai untuk pembentangan projek kejuruteraan pelajar dari Jabatan Kimia. Pembentangan akan berlangsung pada minggu terakhir Ramadhan.
Ketika tiba di biliknya, Nylia terus bersandar di sofa. Sekadar mengambil angin dan melepas lelah seketika. Jam menunjukkan pukul 1.50 petang. Nylia bingkas ketika dia sedar belum menunaikan solat Zohor. Usai solat, dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh. Esok dia telah berjanji membawa ibunya membeli keperluan dapur di Jusco Bukit Tinggi. Sengaja mencari angin baru. Kebetulan dia memang sengaja mengambil cuti esok dan lusa.

***        ***        ***

Pagi itu seperti dijanjikan Nylia sudah bersiap sekitar 10.00 pagi. Dia hanya pergi berdua memandangkan ayahnya Zairun tidak mahu ikut bersama. Ketika dalam perjalanan, seperti biasa ibunya akan membuat pelbagai cadangan barang yang ingin dibeli. Sudah menjadi kebiasaan Nylia membawa ibunya membeli keperluan dapur dua minggu sekali. Bulan Ramadhan tentulah bertambah keperluan kerana memang menjadi rutin dan amalan umat Islam bangkit bersahur dan memasak untuk buka puasa.
Perjalanan 30 minit berlalu tanpa disedari dengan telatah ibunya yang terlebih dahulu telah mendapatkan maklumat mengenai jualan murah yang sedang berlangsung di mana-mana pasaraya. Tidak susah mendapatkan parking pagi tersebut kerana bukan hari bercuti. Sebaik masuk ke perut gedung membeli belah tersebut, terus sahaja mereka menarik trolley dan menuju ke bahagian makanan basah terlebih dahulu. Seperti biasa Nylia akan menolak trolley sambil memantau ibunya membeli belah. Ibunya Fatemah jika tidak dipantau, akan membeli barangan dapur seperti stock caterer yang akan masak untuk kenduri layaknya. Walhal yang ada di rumah hanya mereka bertiga sahaja.
“ sayur tak payah beli banyak-banyak lah bu...ibu dengan Nyl je nak makan sayur kan...” Fatemah mengiyakan kata-kata anaknya. Mereka berlalu ke bahaian kering. Bawang, kentang, cili kering, ikan bilis dan beberapa barangan lain dipilih. Sehinggalah perbualan mereka diganggu dengan sapaan seorang yang sangat dikenali mereka.
“ Fatemah kan?” Nylia hanya memerhati. Dia yakin dia kenal wanita itu tapi kurang jelas siapa.
“ Tengku Thalia kan?” sekejap sahaja kedua-dua wanita tersebut sudah berpelukan.
“ Lamanya kita tak jumpa ye...Fatemah dan Zairun tinggal di mana sekarang?” Tengku Thalia menyambung. Jelas Nylia lihat wanita itu sedang menyeka airmata.
“ kami tinggal di Pinggiran Putra sekarang. Tengku tinggal di mana?”
“ kami masih di rumah lama...ini Nylia Fareen ye? Dah besar panjang...” Nylia menghulurkan tangan bersalaman.
“ bonda kat sini rupanya...eh! makcik Fatemah kan?” Nylia tersenyum ketika seorang gadis menghampiri mereka.
“ ye...Tengku Zalifah Hani ye?”
“ ala apa tengku-tengku ni makcik...ye lah Hani la ni...cantikkan?” dia kemudian tergelak kecil. Hani menghulur tangan kemudiannya kepada Fatemah dan berganti pula kepada Nylia.
            Pertemuan yang tidak dijangka itu berakhir dengan pelukan, bertukar nombor telefon, alamat rumah dan jemputan untuk datang beraya kemudiannya. Mereka berpisah arah tujuan dan kembali menyambung memenuhkan trolley barang yang tebantut seketika.
            Dalam perjalanan pulang, ingatan Nylia digamit dengan cerita ibunya tentang keluarga Tengku Thalia dan Tengku Munir. Kali ini dia jelas, memanglah dia tidak salah tentang Tengku Zalifah Hani. Kalau Nylia tidak silap, Hani punya seorang abang yang seusia dengannya. Keluarga Yang Mulia Tengku Munir memang seorang yang sungguh rendah diri yang dikenali Nylia sejak usia kecilnya. Malah dia masih ingat dia terlalu manja dengan anak sulung keluarga tersebut, Tengku Zarifah Hana.
            Sebaik tiba di rumah, Fatemah terus menerpa ayahnya yang sedang melayan ikan koi di kolam. Nylia dapat lihat jelas ayahnya turut menunjukkan reaksi teruja dengan cerita ibunya. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala dan berlalu masuk kemudiannya. Selepas meletakkan barang-barang di tempatnya, Nylia masuk ke bilik merehatkan badan.
            Fikirannya melayang jauh mencari kenangan bersama keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia. Sememangnya dulu ayahnya Zairun bekerja sebagai pemandu peribadi Tengku Munir. Ibunya pula bekerja sebagai tukang masak di rumah keluarga Tengku Munir. Setiap kali pulang dari sekolah, Nylia dan kembarnya Fareed akan berjalan kaki hingga ke rumah keluarga besar tersebut. Mereka akan menyudahkan kerja sekolah sementara menanti ibunya menyiapkan minum petang. Kemudian, bila ayahnya sudah pulang dari mengambil Tengku Munir, mereka sama-sama pulang ke rumah. Kerap juga keluarganya dipelawa makan malam bersama, tapi ayah menolak dengan baik dengan alasan Nylia dan Fareed perlu menghadiri kelas mengaji. Sememangnya itulah rutin harian mereka. Ketika itu, abangnya Naufal sudah masuk ke asrama. Tinggal lah mereka berempat. Begitulah kehidupan mereka sehinggalah Fareed kembali ke rahmatullah. Ayah dan ibunya mengambil keputusan berpindah kerana Nylia terlalu terkesan dengan kehilangan Fareed.
            Nylia terlelap tanpa disedari. Dia tersedar ketika ibunya membangunkan dia untuk solat Zohor. Dia masih duduk termenung di kepala katil. Jelas dia melihat jam ketika itu sudah beranjak ke pukul 1.58 petang. Nylia bangun menggeliat dan melangkah ke tandas. Baru dua tapak, telefonnya berbunyi. Ikram.
“ hello...”
“ hai sayang...” Ikram tergelak kecil.
“ hai sayang...” Nylia mengusik kembali.
“ you cuti ye?tak inform pun...”
“ should I Dr. Ikram Nashrul...kita lain department la...” Nylia kembali duduk di katilnya.
“ no lah...lamanya cuti sampai dua hari...rindulah Am nanti...”
“ hhhmmm...mula lah nak menggatal tu...kat mana ni?”
“ pejabatlah sayang...I bukannya cuti macam Cik Nylia Fareen Farid tu...” Ikram mengusik lagi.
“ okay...okay...ada apa yang important ke?” Nylia sudah berbaring kembali.
“ no...saje nak dengar suara you...are you sleeping just now?” Ikram bertanya ketika jelas Nylia sedang menguap.
“ hhhhmmm...sleepy la...nama pun rest day kan...” Nylia sudah tergelak kecil.
“ I dah agak dah...ni I nak bagitahu next week ada event berbuka puasa tau...you nak joint tak? tempat terhad...boleh lah kita pergi sama-sama...”
“ bunyi macam I tak ada pilihan je...sure you dah reserve 2 seats kan...and I’ll be your couple...”
“ I’m asking now...if you don’t mind to be my couple...if not...”
“ okaylah Dr. Ikram Nashrul...I pergi...dengan you...buruklah merajuk...” Nylia tersenyum sendiri dan dia dengar kelegaan dalam bicara Ikram seterusnya. Dia memohon diri kemudiannya dengan alasan belum menunaikan solat Zohor.

~zara aqeela~

No comments: