-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Nota Hati : Airmata Yang Degil ::..

Tuhan
siapalah aku untuk menyalahkan takdirMu
siapalah aku untuk menidakkan suratanMu
tapi Ya Allah
siapalah aku untuk menyatakan kekuatan hati
siapalah aku untuk mengakui ketenangan perasaan sendiri
aku kalah dengan perasaan
aku kalah dengan kesedihan
senyuman yang menyakitkan
ketawa yang memedihkan
Tuhan
ketika airmata degil ini turut lagi
rasa sakit dan pedihnya
jauh ke dasar hati
Tuhan
ketika airmata degil ini tidak mahu berhenti
rasa semuanya tidak mampu aku lalui
pahit manis yang singkat itu
membuatkan semuanya terlalu sukar untuk didepani
melayan kerenah hati sendiri
memujuk perasaan sendiri
sakit
sedih
pedih
Tuhan
dengarkah dia bicara rinduku
fahamkah dia bicara sepiku
Tuhan
kuatkanlah semangatku
teguhkanlah hatiku
luruskanlah keimananku
biarpun terus ditemani airmata yang degil ini

~zara aqeela~

No comments: