-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Friday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 12 ::..

Nylia berusaha menyudahkan segala kerjanya di kampus seawal mungkin. Tapi, apalah daya, dia ada tanggungjawab yang mesti dilunaskan tanpa mementingkan diri sendiri. Berkali-kali ibunya mengingatkan supaya pulang awal sebab keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia menjemput mereka makan malam di rumahnya.
“ ye ibu...Nylia Fareen dah berkemas dan nak berangkat pulang...” Nylia dengar gelak kecil ibu di hujung talian. Pasti ibu sedar dia rimas dengan ingatan berkali-kali yang membuatkan dia rasa terpaksa. Siapa yang mengenali Nylia amat kenal benar dengan sikapnya bila nama penuh keluar dari bibir.
“ okay la sayang, ibu tunggu kat rumah...”
“ ye...klu Nyl lambat sangat ibu pergi la dulu nanti Nyl menyusul...”
“ okay sayang, ibu tunggu...okay-okay hati-hati ye...” Nylia dengar jelas suara ayah yang mengomel di belakang. Pasti saja ibunya telah banyak kali diomeli.
“ Allahuakbar...” berterabur buku yang dipegang sebaik keluar.
“ sorry...you nak balik dah ke? I hantar?” Ikram yang ramah mempelawa mesra.
“ tak apa lah I dah call teksi sebab nak balik cepat...ibu keep calling”
Nylia terus berlalu tanpa banyak bicara. Dia harap Ikram faham dia sedang bergegas. Keretanya kerap masuk bengkel sejak kemalangan yang dialaminya beberapa bulan lalu. Dia bagai patah kaki kerana segala urusan terpaksa mengikut jadual teksi ataupun train yang boleh menghantarnya ke kampus dan balik ke rumah.
Sesampai di pintu pagar kampus, Nylia pasti teksi yang menunggu itu yang dihubunginya tadi. Terus sahaja Nylia masuk ke perut teksi dan memberitahu destinasi. Lebih kurang 20 minit dia sudah sampai di depan rumah ibu. Jam sudah beranjak ke pukul 6.30 petang.  Pasti  sahaja ibu sudah menunggu sambil bercekak pinggang. Tepat sekali telahannya bila melihat ibunya berdiri di tengah ruang tamu.
“ Nyl masuk dulu ye ayah belum solat ni...” sengaja Nylia meloloskan diri dengan alasan paling munasabah.
“ pergilah...bersiap sekali ye sayang...” Nylia berlari anak ke bilik sambil mengangkat tangan menerima arahan ayahnya.
Usai solat, terus dia bersiap ala kadar. Pastilah Nylia harus memakai baju kurung kerana menyambut undangan dari keluarga bakal tunangannya. Nylia segera ke ruang tamu sebaik tersedar jam berbunyi menandakan 7.00 malam.
Nylia melihat ibunya menjeling ketika dia melangkah keluar. Ayah hanya tersenyum. Mereka bertolak ke rumah keluarga Tengku Munir sebelum masuk waktu Maghrib. Sempat mereka berhenti solat Maghrib di masjid KLIA. Patutlah ibunya bersungguh mahu cepat rupanya dia sudah atur rancangan. Nylia hanya mendiamkan diri sepanjang jalan. Penat, pening, resah semua bercampur aduk. Dia tidak sedar kereta ayahnya sudah memasuki perkarangan rumah mewah keluarga Tengku Munir.
Keluarga mereka tetap seperti dulu. Sama ramah, sama mesra seperti yang dia kenali dulu. Semua ada di rumah kecuali anak sulung mereka Tengku Zarifah Hana dan keluarga. Tiba-tiba dada Nylia berdegup kencang ketika sesusuk tubuh datang menghampiri. Ajmal. Tengku Ajmal Syaqer. Masakan Nylia lupa itu dia. Laju sahaja tangan Tengku Thalia menarik Ajmal ke sisi Nylia. Nylia hanya berdiam seakan tiada apa yang berlaku. Dia nampak Ajmal mencuri pandang. Mungkin dia juga sama debar dengan Nylia.
Tengku Zarilah Hani anak bongsu keluarga mempelawa mereka masuk untuk makan malam. Nylia cuba sedaya upaya berlagak tenang tapi memang dia sedang tidak keruan. Mujurlah tiada usikan nakal yang keterlaluan di meja makan. Namun dari bicara berkias kedua orang tua Ajmal, Nylia amat faham mereka maksudkan dia dan Ajmal bila menyebut tentang bulan madu, cuti panjang dan sebagainya. Ajmal yang duduk di hadapannya hanya tersenyum bila sesekali bondanya memberi soalan-soalan yang sememangnya dialah orang yang diajukan soalan. Nylia lihat Ajmal seakan tiada perasaan.
Usai makan malam, Nylia dibawa keluar oleh Tengku Zarilah Hani. Dia bangga menunjukkan kepada Nylia hasil landskapnya di taman herba mini yang baru dia bina. Kagum Nylia melihatnya kerana dia sangat kreatif. Bersungguh-sungguh dia memberitahu impiannya untuk membina sebuah nurseri herba sebaik menamatkan pengajian di Universiti.
“ Hani, jom masuk jap tolong abang...” Tengku Aimeer Tareq anak ketiga keluarga itu mengejutkan mereka berdua. Di sisinya Ajmal melangkah ke arah Nylia. Jantung Nylia berdegup kencang ketika Ajmal menghampirinya. Dia yakin itu.
“ lama tak jumpa...” Ajmal memulakan bicara. Nylia tersenyum dan membalas dengan anggukan.
“ bila balik sini?” Nylia kira tak salah soalan itu sebab dia tahu Ajmal bekerja di Sudan. Dia sekadar mengimbas cerita ibunya dua minggu lalu.
“ flight saya sampai malam tadi...bonda yang beriya-iya suruh balik...”  walaupun nadanya ikhlas tapi Nylia bagai sedikit tersinggung.
“ kalau Tengku Thalia tak suruh, awak tak balik? Atau awak rasa terpaksa balik?” Nylia membelakangkan Ajmal. Mungkin juga menyorokkan wajahnya yang terpukul dengan kata-kata Ajmal tadi.
“ nope...no bukan macam tu...I mean...”
“ it’s okay...” Nylia menenangkan Ajmal. Memujuk hati sendiri selebihnya.
“ Nylia saya minta maaf...bukan itu maksud saya...saya terkejut sebenarnya...”
“saya juga Ajmal...” nylia berusaha menenangkan perasaannya saat itu yang memang sedang tidak keruan. “ secara jujurnya saya redha dengan ketentuan Allah dan doa restu orang tua saya...selebihnya mungkin juga saya berserah kepada awak yang mungkin telah ada agenda masa depan sendiri...” Nylia cuba menyusun bicara semudah mungkin untuk difahami. Dia tidak mahu ada yang terluka sebab seluruh keluarga seperti menunggu jawapan darinya.
“ Sehingga saat bonda maklumkan perancangannya pada saya minggu lepas, saya memang tidak punya agenda masa depan keluarga sendiri. Cuma, saya bimbang kalau awak rasa dipaksa. Atau awak mungkin ada pilihan lain...” Ajmal semakin mendekati Nylia. Ajmal tidak mahu sesiapa mendengar perbincangan mereka. Ya, Nylia pun kalau boleh begitu. Biarlah  keputusan yang diambil atas rasional mereka berdua.
“ bila awak berangkat ke Sudan?” Nylia sedang mencari jawapan dalam dirinya sendiri.
“ kenapa?” Ajmal semakin bingung.
“ bila awak nak balik nanti awak bagitahu saya, adakah awak menerima rancangan keluarga awak sebab ibu saya seakan sudah memberikan isyarat setuju bagi pihak saya...” kendur bicara Nylia. Bukan dia tidak setuju dengan pilihan ibunya, jauh sekali memandang rendah keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia. Tapi Nylia nak Ajmal faham yang dia punya hak memilih.
“ Nylia...apa keputusan awak sebenarnya...?”
“ masa ibu maklumkan pertanyaan Tengku Thalia saya rasa ia bukan lagi pertanyaan di pihak ibu saya. Ibu seperti sudah ada jawapannya. Saya terima dengan redha tapi saya tak boleh menidakkan kepentingan awak membuat keputusan dalam hal ni. Semua ni soal masa depan Ajmal. Jadi, saya terima apa juga keputusan dari awak...” Nylia lihat Ajmal menarik nafas dalam-dalam.
“ Nylia, sudi tak awak menerima segala kekurangan dan berkongsi kelebihan saya?” Nylia memandang Ajmal. Adakah Ajmal sedang melamar dirinya?
“ awak sendiri macam mana?” Nylia memulangkan soalan untuk Ajmal.
“ saya tahu bonda akan memberikan pilihan terbaik untuk saya...” dia senyum dihujung bicaranya. Nylia mengesan keikhlasan Ajmal.
“ kalau macam tu kita dah ada keputusan untuk masa depan kita...”
“ tapi pertanyaan keluarga saya belum awak jawab...” Nylia memandang dengan wajah penuh persoalan. Ajmal hanya menjawab dengan isyarat Nylia masih tidak menyarung cincin merisik pemberian bondanya, Tengku Thalia.
“ longgar...” Nylia mengunjukkan kotak cincin yang dibawa Tengku Munir dan Tengku Thalia.
“ bonda ni tak ada taste langsung...” Ajmal membelek cincin emas belah rotan yang sememangnya menjadi adat sanjungan Melayu ketika datang merisik anak gadis. Ajmal kemudiannya menyimpan kotak cincin di sakunya dan meminta dia memakai cincin tanya itu sebagai jawapan. Ajmal berjanji memberikan Nylia sebentuk cincin yang baru sebagai ganti yang sesuai dengan saiz jarinya ketika majlis pertunangan mereka nanti. Nylia hanya mengiyakan. Mungkin ini keputusan yang terbaik untuk mereka berdua.
Jam sudah beranjak ke angka 11.00 malam ketika kereta Fatemah dan Zairun meninggalkan perkarangan rumah keluarga Tengku Munir dan Tengku Thalia. Ajmal melangkah masuk ke ruang tamu ketika terdengar ahli keluarganya masih rancak bersembang.
“bonda berkenan sungguh dengan Nylia Fareen tu Ajmal...” Ajmal hanya tersenyum simpul memandang bondanya Tengku Thalia. Dia sudah menjangkakan ayat-ayat sebegitu akan terzahir dari mulut bondanya.
“ betul la bang...Tareq tengok dia tu baik orangnya...tak sombong...matang...dia sebaya umur Tareq kan?” Ajmal membiarkan ahli keluarganya terus berteka teki menunggu jawapan baik darinya.
“ abang ni saja je buat-buat tak dengar apa bonda cakap...” Tengku Zarilah Hani naik berang dengan sikap tak ambil endah abangnya itu.
“ abang dengar...tak tau nak jawab apa...Nylia pun macam tak sangka je bonda dan ayahanda akan datang merisik dia...” Ajmal sengaja memanaskan suasana.
“ kenapa? Nylia tak setuju ke?” Tengku Munir bingkas dari kerusi rehat. Dia melepaskan majalah yang sedang di baca ke sisinya. Ajmal tak sangka ayahandanya juga turut bersungguh dengan perancangan menjodohkan dia dengan Nylia.
“ ntah...abang tak tahu..tapi ini abang dapat daripada Nylia tadi...” Ajmal meletakkan kotak cincin merisik yang dia ambil dari Nylia tadi. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Jelas riak kecewa dari wajah bondanya. Ajmal bingkas bangun menuju ke biliknya.
“ lain kali nak bagi cincin pilih la saiz yang betul ye bonda...malu  abang depan Nylia tadi...terpaksalah abang ganti masa majlis pertunangan kami nanti...” Ajmal bersuara meninggalkan keluarganya.
Tengku Thalia bingkas mencapai kotak cincin yang ditinggalkan Ajmal. Alangkah gembiranya dia bila melihat kotak itu sudah kosong. Pastilah Nylia telah menerima lamaran daripada keluarganya “Alhamdulillah...Nylia terima lamaran kita...Tengku Ajmal Syaqer!!!!” Tengku Thalia menjerit kegembiraan. Ajmal hanya tersenyum menutup pintu biliknya.

***        ***        ***

Ajmal telah jauh meneroka dunianya sendiri. Nylia Fareen Farid bukanlah gadis yang baru dikenali. Keluarganya telah kenal lama dengan orang tua Nylia, Fatemah dan Zairun. Dulu mereka berjiran, malah Fatemah merupakan tukang masak di rumah Tengku Munir dan Tengku Thalia. Pada awalnya hanya Zairun yang bekerja dengan keluarga Tengku Munir sebagai pemandu peribadi. Tetapi bila Fatemah kerap membekalkan kuih untuk keluarga majikannya, akhirnya Tengku Thalia melamar Fatemah menjadi tukang masak di rumahnya. Ketika itulah pertama kali Ajmal bertemu Nylia. Beza umur mereka jauh hampir 5 tahun. Ajmal tidak lagi bertemu Nylia selepas dia menyambung pelajaran di Universiti kerana setiap kali pulang Nylia pun tiada datang membantu ibunya. Malah dia tidak pernah tahu perkembangan Nylia selepas itu.
Ajmal juga tahu Nylia punya seorang kembar, Naufal Fareed. Juga seorang abang Naufal Farhan. Naufal Farhan sudah seperti abangnya sendiri. Sehingga hari ini dia masih berhubung dengan Naufal. Mungkin juga kerana mereka bekerja dalam bidang yang sama. Malah, ketika Ajmal melanjutkan pelajaran di Drexel University, New Jersey sebelum ini, Naufal lah orangnya yang membantu. Jarak antara Drexel University dan Rowan University bukanlah dekat, tetapi tidak pernah menjadi penghalang kepada Naufal memberikan bantuan kepada Ajmal ketika diperlukan. Naufal bukanlah seorang yang banyak bercakap. Jika boleh dibentangkan dalam pecahan matematik, nisbah bercakap Naufal terlalu rendah. Tetapi IQ nya sangat bagus dan sikapnya juga sangat positif. Jauh di sudut hati Ajmal dia sebenarnya mengagumi dan menghormati Naufal.
            Pertemuan tadi adalah selepas hampir 20 tahun mereka tidak berjumpa. Ajmal sebenarnya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nylia sehinggalah mereka membuat keputusan mengikut perancangan keluarga untuk dijodohkan. Mungkin cinta dan sayang akan hadir kemudian.

~zara aqeela~

No comments: