-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Thursday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 5 ::..

Terkejut Naufal melihat Nylia sudah lena di atas katilnya. Naufal menggelengkan kepala dan tersenyum melihat adiknya. Takbir pertamanya terganggu ketika terdengar dengusan kecil Nylia. Segera Naufal mendekati adiknya. Tidur. Naufal kembali ke sejadah menunaikan solat tahajjud. Sudah menjadi kebiasaan Naufal bangun solat malam setiap hari. Dia sudah terbiasa dengan kehidupan begitu sejak dia berkenalan dan tinggal serumah dengan seorang senior ketika menuntut di New Jersey. “ ketenangannya lebih kalau kita bangun sepertiga malam. Sujud kita masa tu rasa seperti di bawah lindungan dan pelukan kasih sayang dari Allah...ketika itu tidak semua orang sanggup mengorbankan masa mencari dan menghadapNya. Satu kemenangan jika kita lakukan...” sejak dari itulah Naufal tidak pernah meninggalkan solat malamnya.
            Usai berdoa, Naufal kembali berbaring di sebelah adiknya. Dia tahu adiknya akan datang mencari dia. Pasti Nylia sedang diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri seperti yang sering dilalui adiknya setiap kali Naufal perlu kembali ke tempat kerja. Naufal sudah masak benar dengan keadaan itu. Disebabkan itu jugalah dia sering berat hati untuk pulang. Bukan dia tidak rindukan adiknya, tapi dia lebih tidak sanggup melihat airmata Nylia gugur setiap kali dia pergi. Naufal sering menghalang Nylia dan orang tuanya menghantar dia hingga ke airport kerana tidak sanggup melihat adiknya menangis. Naufal tidak sedar bilakah dia terlelap sehinggalah dia terjaga ketika adiknya mengejutkan dia untuk solat Subuh.

***        ***        ***       

Masa yang berlalu terlalu pantas sehingga tidak sedar sudah seminggu berlalu sejak Naufal balik bercuti. Pagi itu, Naufal akan bertolak ke Pelabuhan Iskandar di Johor Baharu sebelum bersama beberapa anak kapal yang lain naik ke pelantar dua hari kemudiannya. Seperti biasa Naufal akan memanggil teksi.
“ jaga diri baik-baik Auf di tempat orang...” Fatemah sudah menyeka airmata.
“ insyaAllah bu...ibu pun jaga kesihatan...suruh adik ni buat kerja rumah dah boleh kahwin dah ni...” Nylia menjeling dengan usikan abangnya.
“ jangan lupa telefon ye...” Zairun pula menambah. Naufal sekadar menganggukkan kepala dengan pesanan ayahnya.
“ Auf pergi dulu ayah, ibu...” Naufal menarik adiknya dalam pelukan selepas bersalaman dengan kedua orang tuanya. Pelukan Nylia sudah beralih kepada ibunya. Naufal tidak berpaling lagi sehinggalah dia melambaikan tangan ketika teksi meninggalkan perkarangan rumahnya.

***        ***        ***

            Sudah hampir sebulan sejak Naufal berangkat ke Iran. Seperti yang telah Nylia jangka, abangnya memang tidak akan pulang menyambut Ramadhan bersama dia dan orang tuanya. Mungkin begitu juga Aidilfitri yang bakal tiba.
Malam itu Nylia menerima panggilan daripada Naufal. Airmatanya gugur lagi buat yang kesekian kalinya. Tentulah perasaannya amat sedih bila abangnya tiada bersama-sama menyambut Ramadhan. Biarpun ini bukanlah pengalaman pertamanya berpuasa tanpa Naufal, tetapi perasaan sedih itu tetap ada. Naufal sudahpun menjalani ibadah puasa beberapa jam lebih awal dari Nylia. Semalam lagi dia sudah menghubungi ibu dan ayahnya, Fatemah dan Zairun mengucapkan salam Ramadhan. Malam ini giliran adiknya pula menerima ucapan yang sama.
            Seperti kebiasaannya dia akan mendengar rintihan adiknya yang sememangnya sangat mudah terusik setiap kali tiba Ramadhan. Setiap kali itu jugalah Naufal akan memujuk dan terus memujuk tanpa ada jemu. Sehinggalah keadaan adiknya semakin reda dan mereka menamatkan panggilan setelah mengucapkan salam. Nylia masuk tidur kemudiannya kerana dia perlu bangun awal untuk bersahur esok pagi.

~zara aqeela~

No comments: