-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 18 ::..

Selepas pertemuan malam itu, kehidupan aku sama macam sebelumnya. Cuma keluarga kami agak sibuk membuat persediaan untuk majlis pertunangan Ameen. Abang Eeman dan Kak Eemani sudah berangkat pulang ke luar negara. Tinggallah aku, mama, papa, Ameen, Kak Hajar dan Abang Naufal. Abang Naufal dan Kak Hajar juga sedang membuat persiapan untuk anak mereka yang bakal lahir 3 bulan lagi. Aku tumpang gembira melihat rasa teruja Abang Naufal dan Kak Hajar. Semalam, aku menemankan Kak Hajar ke Hospital Putrajaya untuk mendaftar bersalin. Kemudian, kami sama-sama bertemu Ameen di butik pengantin di mana dia dan Siti Zaharah sedia menanti untuk membuat sewaan pakaian dan katering.
“ Kak Meen...” kami serentak menoleh ketika Zaharah memanggil di balik pintu bilik persalinan. Aku melangkah mendekati Zaharah. “ Zaharah tak selesa la kak...” dia menggayakan baju dibadannya di depanku. Aku kira memang baju itu tidak kena dengannya. Aku melangkah ke arah deretan baju yang bergantungan menilik mana yang mungkin sesuai. Akhirnya aku memilih sepasang baju kurung moden fabrik chiffon yang tidak begitu sarat dengan aksesori berwarna gold sesuai dengan kulit Zaharah yang putih bersih. Dia kelihatan selesa mengenakan baju tersebut. Kami berpisah selepas makan tengahari bersama.
“ Cik Nur, ada tetamu di luar...” suara Aida di interkom mengalih perhatianku dari laptop. “ dia kata kawan lama...” Aida menyambung ketika aku bertanyakan siapa. Aku sudah sedia di muka pintu ketika Aida menyatakan tetamuku datang dari Johor. Mungkinkah Hani? Urusan apa pula dia sampai ke Kuala Lumpur.
“ amboi Cik Nur bukan main garang lagi...” aku sudah berpelukan dengan Hani sebaik dia masuk ke bilik pejabatku.
“ eh!eh! dah tambah askar ni...” aku menyentuh perut Hani yang sudah sedikit tegang biarpun masih belum kelihatan. Masakan aku tidak tahu kerana aku juga pernah melaluinya. Amir hanya tersenyum di sisi Hani. Aku menyambut huluran salam anaknya Amirah dan Hanif.
            Barulah aku tahu sebenarnya mereka datang ke Kuala Lumpur memenuhi jemputan kenduri saudara sebelah keluarg Amir yang baru pulang dari luar negara. Tentulah aku amat berbesar hati menerima kunjungan teman lama yang juga antara teman terbaik yang aku ada. Aku hubungi papa memberitahu aku keluar membawa Hani dan Amir untuk makan tengahari. Kami memilih untuk menaiki LRT ke KLCC. Sengaja aku luangkan sedikit masa membawa anak-anak Hani dan Amir ke Aquaria dan Petrosains. Itupun selepas aku memujuk Hani dan Amir berkali-kali. Inilah kesempatan yang ada kerana mereka akan berada lagi 3 hari di Kuala Lumpur. Bimbang esok dan lusa aku tidak punya kesempatan.
“ Nur, mahal ni...” Hani sudah merungut ketika aku menyerahkan sebuah patung Pooh dari koleksi pooh and friends kepada Amirah. Berlarutan pula sungutannya ketika sebuah lagi kotak koleksi terkini Hot Wheels bertukar ke tangan Hanif. Aku sebenarnya agak buntu memilih hadiah untuk Hanif tapi tiba-tiba teringatkan mainan yang dipegang Aaron membuatkan koleksi tersebut kini milik Hanif.
“ Nur jangan manjakan sangat budak-budak ni...” Amir pula bersuara kemudiannya.
“ jumpa aku pun agaknya setahun sekali Hani...Amir...ha! untuk kau dua orang aku belanja ni...both of you want ice cream?” aku sudah mendekati stall Baskin Robbin dan meletakkan Amirah dan Hanif di bangku masing-masing. Amir dan Hani hanya menurut sahaja.
            Senang hati aku melihat Amirah dan Hanif menyuakan ais krim ke mulut masing-masing. Sempat aku maklumkan kepada Hani dan Amir yang aku akan ke Singapura dua minggu lagi mengikut temujanji rawatanku. Kali ini aku tidak berselindung lagi mengenangkan keadaan Hani yang sedang mengandung tidak sanggup aku hendak membuatkan dia risau.
“ operate?” Amir menyoal.
“ tak tahu lagi...tengok keadaan...” aku membalas sambil membersihkan mulut Hanif.
“ Nur rasa macam mana sekarang? masih pengsan-pengsan lagi?” Amir bertanya lagi. Dia dan Hani memang sama memahami keadaanku.
“ pengsan tu tak...cuma pitam selalu juga...kebelakangan ni selalu juga sakit tiba-tiba...” aku menjawab jujur. “ alah Hani biasalah tu...” aku tersenyum kemudiannya.
“ nanti kalau ke Singapore bagitahulah ye...” Amir bersuara kemudiannya.
            Sekitar jam 3.30 petang kami sampai di Mahawangsa. Aku menghantar Hani dan Amir hingga kereta mereka hilang dari pandangan. Lega melihat senyuman dan ketawa Amirah dan Hanif. Walaupun perpisahan petang itu diiringi dengan juraian airmata tapi aku tahu itu tandanya Hani dan aku saling menyayangi.

***        ***        ***

Usai solat Maghrib, aku berbaring di katil. Mama dan Papa ke Perak atas urusan kerja. Ameen masih belum pulang. Kak Hajar dan Abang Naufal ke rumah Anak Yatim Selesa tempat di mana Kak Hajar dibesarkan kerana ada aktiviti amal di sana. Berseorangan benar-benar membuatkan aku sunyi.
“ assalamualaikum...” terkejut aku ketika disapa oleh Rauf. “ kenapa tak tidur lagi...” dia masuk dan duduk tanpa dijemput.
“ wa’alaikumussalam...tak boleh tidur...boring...” aku menegakkan badan. “ tak balik lagi...” aku tersenyum ketika Rauf mengambil novel Cinta Pertama di tanganku dan diletakkan ke meja sisi. Dia kemudiannya menghulurkan segelas air suam kepadaku. Dia sepatutnya sudah pulang. Itulah rutin biasanya yang aku tahu semenjak aku mengenalinya. Ini merupakan pertemuan kali ketiga antara aku dan Rauf sebagai pesakit dan doktor peribadi.
“ on call...baru selesai operation...saya tengok bilik awak masih cerah...itu yang singgah...” dia diam lagi.
“ Rauf ada apa-apa nak cakap ke?” aku serkap jarang. “ saya pendengar yang baik...” dia tersenyum. Manis sekali.
“ no...rindu kat awak...” laju sahaja tanganku menghadiahkan cubitan di lengan kirinya.
“ sorry...refleks...sakat saya lagi...” itulah pertama kali Rauf dengan berlapik menyatakan perasaannya kepadaku. Namun selepas daripada itu sebenarnya kami juga tidak pernah meluahkan perasaan. Aku sering sahaja merasakan keadaan kesihatanku adalah batasan untuk aku punya hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.
“ Meen...” spontan Rauf berdiri memegang bahuku ketika aku tiba-tiba mencengkam lengannya bila sesuatu menangkap tengkukku. Lama aku mengumpul kekuatan bila kesakitan itu tiba-tiba menyerang. Kesalahan aku letakkan di bahuku kerana aku tidak patut terlalu memberi tumpuan dengan membaca tulisan bersaiz kecil seperti dalam novel. “ Meen...sakit sangat ye...” Rauf jelas kekalutan. Seingatku, itu pertama kali dia melihat aku diserang sakit. Sebelum ini dia hanya menerima kehadiranku dalam senyuman dan mendapatkan rawatan.
“ okay...Meen...sikit...” Rauf menyandarkan aku. Itulah yang akan berlaku kepadaku bila sakitku menyerang tiba-tiba. Dia kemudiannya memberikan aku suntikan menahan sakit dan aku tidak tahu berapa lama dia menunggu di sisi katilku kerana aku bangun keesokannya tempat Rauf sudah digantikan dengan mama.
            Kepalaku terasa berat dan pandanganku agak kabur. Terasa sukar sekali membuka mata. Tangan dan kaki terasa lemah sekali. Kiranya pergerakanku telah mengganggu lena mama yang jelas tidak selesa. Segera dia menghalang aku dari bangun.
“ tak payah bangun Meen...rehat je...” suara serak-serak keluar dari bibir mama memberitahu dia menangis. Itu aku pasti walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya. Kepalaku sungguh sakit.
“ mama...okay...” aku terasa mama mengucup pipiku menandakan dia tidak mahu aku bercakap lagi. Dia ingin aku tenang dan berehat. Aku kembali baring dan terlelap lagi.
            Aku terjaga ketika terdengar suara bercakap-cakap berhampiran denganku. Aku tidak tahu siapa dan apa butir bicaranya. Sesekali terdengar gelak kecil dan sesekali kembali serius. Spontan aku memegang kepalaku ketika aku masih gagal untuk membuka mata. Sakit. Berpinar. Kelam. Ya Allah mungkinkah aku sedang melaluinya sekali lagi. Mungkinkah kali ini benar-benar berlaku. Sekali dulu aku hampir-hampir hilang daya penglihatan. Aku tidak mungkin lupa saat itu. Bila aku tidak melihat apa-apa lagi selain satu titik cahaya yang membuatkan anak mataku pedih dan ngilu.
“ Meen...” aku kenal suara itu. Ameen adikku.
“ Ameen...”
“ Meen kenapa ni sayang...”
“ sakit...” aku sudah mengerang bila benar-benar tidak mampu mengawal kesakitan yang menusuk-nusuk di seluruh kepalaku. “ sakit...gelap...” aku sendiri tidak memahami bahasa lintang pukang yang keluar dari bibirku.
“ sssyyy...Meen...Meen...tenang okay...” Ameen memelukku dan mengusap rambutku lembut. Adikku yang baru berusia 22 tahun itu memang sangat matang setiap kali terpaksa berdepan denganku dalam keadaan kritikal begitu. Entah bila dia sampai di Malaysia aku tidak pasti. Lama aku bertarung dengan kesakitan yang tidak dapat aku luahkan dengan perkataan. Malah sering sahaja tingkah laku dan gerak badanku tidak mampu dikawal oleh mindaku sendiri.
            Entah berapa lama pula aku hidup dalam koma selepas situasi yang kalut pagi tersebut. Aku cuma tersedar ketika terasa suhu terlalu dingin dalam bilik di mana aku ditempatkan. Aku buka mata perlahan dan aku lihat dua orang jururawat sedang mengemaskini peralatan pemeriksaan di bilikku. Segera salah seorang daripadanya merapatiku ketika aku cuba untuk bangun.
“ Cik Meen...” dia jelas bimbang bila keadaanku tidak seimbang.
“ terima kasih...” aku lega dan tersenyum selepas dia membantu aku untuk bersandar di kepala katil. “ berapa lama saya ‘tidur’?” aku bertanya perlahan. Dia sudah menghulurkan segelas air suam untukku.
“ tiga hari je...tak adalah lama sangat...” aku menoleh demi terdengar suara Rauf. Dia mengambil huluran gelas dari tanganku yang tidak sempat disambut oleh jururawat sebentar tadi. “ rasa macam mana Meen?” dia sudah duduk dan mengambil rekod denyutan nadi. Aku lihat pembantunya sudah menunggu bacaan yang akan dia sebutkan. Entah apa yang dia catatkan dan jururawat itu menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang dicatatkan. Aku menoleh ketika tekanan darahku diambil oleh jururawat yang seorang lagi.
“ sikit...” aku memejam mata mencari keseimbangan yang belum dihantar oleh otakku untuk dikeluarkan dalam bentuk verbal.
“ it’s okay Meen...tak payah cakap banyak...saya faham...” Rauf tersenyum lagi. Dia memeriksa reaksi mataku ketika cahaya lampu suluh kecilnya diarah tepat ke dalam anak mata. “ sorry...” spontan dia menarik lampu suluh ketika aku memberi reaksi terkejut. “ sakit?” dia panik bila aku memegang kepala dengan kedua-dua belah tanganku. “ okay buka mata perlahan-lahan...” dia memegang kedua-dua tanganku. Dia sudah duduk di birai katil. Aku sedar ketika dia menyerahkan peralatannya kepada jururawat yang sudah sedia membantu jika sesuatu berlaku. “ Rauf tolong Meen okay...” degup jantungku laju ketika betul-betul mataku bertentang dengan mata Rauf sebaik mataku dibuka.
            Beberapa jam juga Rauf menghabiskan masa bersamaku di bilik aku ditempatkan. Entah kenapa aku menjadi semakin senang dengan sikap Rauf yang begitu mengambil berat. Jauh di sudut hati aku mula merasakan dia mengisi kekosongan yang aku rasa semenjak ditinggalkan Andy. Sering juga Ameen mengusikku dalam SMS dan perbualan kami menyatakan dia sukakan Rauf menjadi temanku. Aku sekadar ketawa kecil mendengar usikan Ameen.
“ awak tahu tak saya susah nak dapat berbual dengan patient macam ni tau...” Rauf bersuara kemudiannya selepas kami puas ketawa bercerita kisah zaman kanak-kanak. Aku ketawa kecil mengajuk Rauf yang bersungguh-sungguh meyakinkanku.
“ saya senang mesra tapi saya tak banyak kawan...” Rauf terus memberi perhatian kepada ceritaku. “ you are the one that very close to me Rauf Haqem...”
“ just a close friend?” segera aku melarikan pandangan ketika Rauf merenung anak mataku.
“ saya ni sakit Rauf...ada close friend pun dah cukup baik tau...menyusahkan je kawan dengan saya ni...” aku menyambung ketika keadaan menjadi sunyi. Aku tidak pasti kalau memang aku dan Rauf sedang mencuri baca hati masing-masing ketika itu.
“ I know how to treat you better Nur Ameena...” aku tidak membalas lagi selepas itu ketika perbualan kami terganggu dengan suara mama dan papa memberi salam. Aku lihat Rauf memberi pandangan tenang yang tidak aku mengerti maksudnya. Segera dia memaklumkan perkembanganku kepada mama dan papa selepas berjabat tangan. Dia berlalu kemudiannya.
            Selepas pertemuan itu, sering juga aku dan Rauf berbual-bual dengan topik yang luar dari ruang lingkup hubungan kami sebagai doktor dan pesakit. Aku akui sedikit sebanyak menyenangi kehadiran Rauf dalam hidupku. Mungkin juga dalam hatiku. Merawat luka ditinggalkan Andy mungkin. Namun aku tidak berharap lebih sehinggalah pada suatu petang ketika aku selesai diperiksa, Rauf benar-benar menjawab persoalan hati yang kabur dan samar-samar.
“ I’m happy for your healthy Meen...” Rauf bersuara selepas menandatangani laporan kesihatanku.
“ thank you...mestilah sebab awak jaga saya dengan baik...” aku memang betul-betul gembira saat itu sebab aku akan pulang esok.
“ but I hope you’ll come here again...” aku memberi reaksi terkejut dengan bicara Rauf saat itu. “ because how can I meet you again if you not come here...right?” aku tidak membalas juga kerana masih keliru. “ I’ll be missing you Meen...”
“ Rauf...” aku masih tidak mampu bertanyakan kenyataan yang mungkin aku tersilap menjangkakannya.
“ Meen...boleh bagi saya peluang? please...” sungguh aku tidak sangka kalau Rauf seorang yang berterus terang sebenarnya. Berani juga mungkin.
“ Rauf saya...”
“ you don’t need to answer me...just leave it naturally...and I’ll never force you...I really want to be more than a close friend to you...” segera Rauf memintas kata-kataku.
            Betul Rauf tidak memaksaku. Malah tidaklah dia menghubungi setiap hari samada SMS atau telefon. Sudah sebulan aku kembali ke Kuala Lumpur menjalankan tugas harianku ada Rauf menghubungiku dua ke tiga kali. Selepas sebulan, aku mula tercari-cari ketika dia tidak menghubungiku. Setiap kali bangun dari tidur aku segera mencapai telefon bimbitku kalau-kalau dia mengirim SMS sewaktu aku lena. Aku akhirnya akur kalau memang dia mula sedar aku tidak sepadan dengannya. Aku dengan redha memohon kepada Allah agar memberikan petunjuk atas perhubungan yang masih samar antara aku dan Rauf. Kuasa Allah siapa yang tahu, telefon bimbitku berbunyi sebaik aku selesai menitip doa kepadaNya.
“ assalamualaikum...” aku amati suara memberi salam yang pada pengamatanku amat aku kenali.
“ wa’alaikumussalam...Rauf?” aku bagai mahu menangis saat itu bila menerima panggilan Rauf. Tentulah sahaja aku terkejut kerana bukan nombor telefonnya yang terpamer di skrin telefon bimbitku.
“ ye...” dia berhenti dan aku jelas dia terbersin. “ sorry selsema sikit...”
“ tak sihat ke?” aku bertanya lagi.
“ hhhmmm...” dia bersin lagi. “ selsema sikit...sejuk...” barulah aku tahu dia ke beberapa negeri untuk seminar kesihatan sejagat bersama dengan WHO. Dua minggu lalu dia di Iran dan India. Roaming tidak begitu baik katanya kerana India baru selepas gempa bumi kuat. Dia baru sampai di Jepun dua hari lalu dan segera mendapatkan perkhidmatan telefon di hotel.
“ ooo...patutlah lama tak call...” aku mebalas spontan.
“ awak tunggu saya call ke?” aku menggetap bibir saat bicaraku menjerat diri sendiri. Tanpa sedar aku mempamer perasaan yang sedang mengganggu diriku.
“ hhhmmm...”
“ rindu?” Rauf bertanya lagi. “ I miss you too Meen...” dia menyambung ketika aku tidak membalas.
“ I don’t know Rauf...” aku benar-benar sebak saat itu. Sebenarnya aku memang sangat takut untuk mempertaruhkan perasaan untuk sesuatu yang aku tak pasti. Mujurlah Rauf begitu matang menangani keadaanku. Sebagai seorang doktor yang memang menjaga perkembangan kesihatanku secara peribadi dia pandai membuatkan aku selesa.
“ Meen...jangan fikir banyak-banyak okay...saya jauh ni kalau jadi apa-apa kat awak...”
“ ala doktor lain pun ada kan...”
“ saya tak nak orang lain incharge awak sebab bila saya tak ada kat sana yang gantikan saya cuma seorang je Doktor Fadzil...”
“ cemburu?”
“ of course...” kami akhirnya ketawa bersama. Selesa. Itu yang tepat menggambarkan perasaanku kepada Rauf. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami bertemu lagi beberapa bulan selepas itu. Tapi bukan di hospital seperti sebelumnya. Masih dalam ertikata temujanji tapi antara dua orang sahabat. Semua berlaku secara kebetulan ketika aku khabarkan kedatanganku ke Singapura menemani mama untuk sebuah acara.
            Menemani mama ke Singapura sudah seperti satu dari tugasku kerana siapa lagi yang akan menemani mama selain Kak Hajar. Akulah orangnya. Aku keluar bersama mama sementara Kak Hajar dan beberapa petugas mama menyempurnakan kerja-kerja di lokasi majlis. Selesai membantu mama mendapatkan bungan segar dan beberapa keperluan, aku mohon untuk bertemu Rauf. Dia dengan senang hati datang ke lokasi majlis kami untuk menjemputku keluar makan bersama.
“ hati-hati sayang...” aku bersalaman dengan mama dan temannya yang turut serta membantu di lokasi majlis. Pertama kali aku menemui teman baik mama yang sering mama ceritakan kepada kami.
            Pertemuan dengan Rauf hari itu memang terasa lain sekali mungkin sebab cerita rindu dan cemburu sudah mula memenuhi isi perbualan kami sebelum ini. Kami masih memilih jalan selamat dan selesa meletakkan hubungan itu biar tidak terlalu terburu-buru. Namun aku akui bersama Rauf memang menyenangkan. Kami hanya sempat bersama lebih kurang satu jam itupun di MC Donalds kerana itulah restoran terhampir dengan lokasi majlis mama.
“ sorry sebab saya takut on call nanti tak dapat hantar Meen ke tempat mama...” dia mengakui kesibukannya sebaik kami duduk menghadap menu.
“ kita tak perlu jumpa kalau Rauf sibuk...” dia tidak menjawab lagi sebaliknya hanya tersenyum dan mula menjamah makanannya.  
“ ada event apa kat madrasah tu tadi?” Rauf bertanya selepas beberapa ketika.
“ ada Charity Dinner...one of her friend di JB yang contact minta dia organized the event...”
“ tidur sini ke malam ni?” Rauf bertanya lagi.
“ maybe...tak pasti...kenapa?”
“ just asking...” dia menyedut minuman yang masih bersisa. “ jom saya hantar awak...” dia sudah berdiri. “ don’t get me wrong saya cuma tak nak Meen tergesa-gesa je...Meen tak boleh kalut-kalut...” aku tersenyum senang dengan keprihatinan yang ditunjukkan Rauf.
            Kembali ke Kuala Lumpur keesokannya membuatkan aku sedikit letih. Mungkin kurang tidur. Namun, semuanya masih boleh dikawal dengan baik. Aku masih mampu ke Mahawangsa meneruskan kerja seperti biasa. Menyemak dokumen dan menyelesaikan beberapa tugas yang perlu. Sesekali berbalas SMS dengan Rauf dan kadangkala menerima panggilan daripadanya. Selang beberapa minggu selepas itu, Rauf tidak menghubungiku. Bagiku itu perkara biasa kemungkinan dia punya tugas di luar daerah atau mungkin ke luar negara. Namun, ketika dia menghubungiku pada suatu petang telah menjawab segala persoalan.
“ baguslah kalau macam tu...” aku membalas ketika dia memaklumkan kepadaku keluarganya ingin menjodohkan dia dengan seseorang. Sebenanrnya ketika itu airmata sudah bertakungan di tubir mata.
“ tapi awak...”
“ kenapa pula dengan saya?” aku memintas kata-katanya. Aku biarkan airmata yang sudah mengalir turun membasahi pipiku.
“ I promise to be more than just a close friend to you...” dia menyambung kemudiannya.
“ awak dah tunaikan janji tu Rauf...awak bukan je kawan saya tapi doktor peribadi saya kan?” aku menjawab tenang. Demi Allah aku tidak mahu mengikat dia dengan perasaan yang akan melibatkan banyak pihak. Mungkin dia juga kurang pasti dengan kemahuan perasaannya kepadaku membuatkan dia sukar membuat perhitungan terhadap cadangan orang tuanya.
“ saya sayangkan awak Meen...tapi...”
“ Rauf...bagilah peluang untuk hati awak mengenali orang lain...mungkin itu akan memberi awak jawapan yang tepat nanti...”
“ saya tak tahu sebab saya tak pasti apa perasaan awak pada saya...”
“ sebab tu ke awak tak contact saya minggu-minggu semalam ni?” aku meneka dan jawapan Rauf ya. Akhirnya aku memberikan dia kata putus supaya pergi berjumpa dengan pilihan orang tuanya. Mungkin benar kata Rauf, aku yang terlalu sukar memberikan dia jawapan. Tapi, aku kira hajat orang tuanya sudah menjadi satu jawapan yang membantu dia membuat pilihan.
            Selepas perbualan dengan Rauf petang tersebut, aku dengan tiba-tiba diserang demam yang kuat dan berpanjangan. Kebimbangan mama dan papa tidak dapat digambarkan bila suhu badanku terlalu tinggi hingga aku muntah-muntah. Aku berkeras tidak mahu ke Singapura kerana aku yakin aku hanya demam biasa dengan suhu yang terlalu tinggi. Kecewakah aku dengan keputusan yang aku sendiri ambil. Aku tiba-tiba jadi bingung. Aku putuskan hubungan dengan dunia luar. Naluri hatiku memberitahu Rauf sedang kebimbangan mencariku.
“ mama ada function ke?” aku bertanya ketika mama memaklumkan kami sekeluarga akan ke Singapura. Aku sudah boleh menerima sesuap dua bubur nasi yang disediakan Kak Hajar. Dia setia menemaniku sepanjang siang ketika mama ke pejabat dan suaminya ke sekolah.
“ tak...ada jemputan kat rumah kawan mama yang mama cerita dulu Meen ingat tak?” aku menganggukkan kepala ketika ingatanku mula terbayangkan wajah manis teman lama mama. Memang dia cantik. Hajjah Syakilah namanya.
“ Kak Hajar ikutlah sekali ajak Abang Naufal. Boleh kita bercuti kat sana nak?” aku mencadangkan sesuatu yang di luar dugaan mama dan Kak Hajar.
“ kalau ke Singapore boleh jumpa Doktor Rauf sekali tanya kenapa Meen demam teruk hari tu kan...risau abang tengok...” Abang Naufal membalas cadangan yang disampaikan mama ketika kami bersantai-santai di ruang tonton.
“ maknanya kita nak pergi Singapore la ni bang?” Kak Hajar menyoal sambil memandang suaminya.
“ apa salahnya...mama set lah date tu masa cuti sekolah...boleh kan ma?” Abang Naufal bersuara lagi. Senang hatiku mendengar jawapan Abang Naufal.
            Seminggu kemudian kami berangkat ke Singapura menaiki Estima milik Abang Naufal. Itu hadiah perkahwinan daripada kami sekeluarga dengan doa supaya mereka punya anak yang ramai. Setiap kali masuk ke perut Estima putih bersih itu, aku takkan lupa bagaimana aku melihat airmata Abang Naufal berguguran menerima hadiah semewah itu daripada mama dan papa. Sememangnya sayang dan kasih orang tuaku buat Abang Naufal tiada tandingannya sebagaimana dia meletakkan Kak Hajar selesa di tengah-tengah kami empat beradik.
“ Meen nak muntah ma...” aku bersuara ketika perjalanan kami hampir memasuki sempadan Negeri Sembilan.
“ sekejap Meen abang berhenti kat R&R depan tu...Meen boleh tahan lagi tak?” tak sempat aku ke tandas, aku sudah muntah di bawah pokok bersebelahan Estima Abang Naufal. Berkali-kali aku memohon maaf kepada mereka kerana merosakkan perjalanan percutian kami.
“ Meen okay ke?nak makan dulu?” papa mengurut belakangku memberikan aku ketenangan. Selalunya papa memang antara yang paling tenang jika aku diserang sakit. Kami meneruskan perjalanan selepas aku menggelengkan kepala.
            Fikiranku sedikit terganggu dan aku tahu sebabnya. Rauf dan Singapura. Seringkali aku diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan sesuatu yang berat di fikiranku. Malangnya pakar yang menasihatkan aku itulah punca aku terus runsing dan tempat di mana aku mendapat nasihat itulah menjadi sebab aku semakin runsing. Aku terus merebahkan badan sebaik kami masuk ke bilik hotel. Seperti biasa papa dan mama selesa menempah pent house jika kami bercuti. Sebuah bilik untuk mama dan papa. Sebuah untuk Abang Naufal dan Kak Hajar dan sebuah bilik untukku.
            Sekitar jam 3.30 petang, aku terdengar riuh rendah di ruang tamu. Aku keluar menyertai mereka. Kepalaku terasa sedikit ringan selepas mendapat rehat yang mencukupi. Aku kembali ke bilik untuk bersiap selepas papa memberitahu memang mereka menunggu aku untuk keluar makan. Kami memilih untuk ke sebuah restoran masakan padang yang terletak tidak jauh dari Hyatt Regency Hotel di mana kami menginap. Memang menyelerakan. Tambahan dengan keadaan perut yang lapar dan badan yang keletihan. Semasa makan itulah mama membuat janji dengan kawannya untuk bertemu ketika makan tengahari di rumah mereka esok.
            Malam itu aku kuatkan semangat dengan mengaktifkan semula telefon bimbitku yang sudah berehat hampir dua ke tiga minggu lamanya. Sungguh lebih dari sepuluh mesej yang masuk. Itu belum lagi panggilan-panggilan yang tidak berjawab dan mesej dari pusat menandakan beberapa panggilan tidak dapat mengesan kedudukan telefonku. Aku biarkan semua SMS Rauf tidak berbalas dan panggilan tidak berjawab. Namun aku tahu dia masih mencuba kerana panggilan terakhirnya adalah jam 2.40 petang tadi ketika aku baru sahaja melelapkan mata melepaskan ketegangan. Aku biarkan panggilan Rauf tidak berbalas ketika tiba-tiba nombor telefonnya terpapar di skrin. Sungguh dia tidak berputus asa menghubungiku. Namun aku mengalah ketika panggilan itu masuk lagi untuk kali ketiga.
“ assalamualaikum Meen...” ya Allah kau kuatkanlah semangatku. Sungguh aku rindukan suaranya.
“ wa’alaikumussalam...”
“ awak sihat?” aku tahu pastilah dia amat bimbang kerana tidak mendengar khabar beritaku biarpun sekadar beberapa minggu sahaja.
“ sihat...awak?”
“ Alhamdulillah...”
“ macam mana kerja?” aku terlebih dahulu memilih topik perbualan. Sungguh aku tidak mahu merosakkan mood percutian dan perasannya yang mungkin sedang belajar menerima seseorang yang lain dalam hidupnya.
“ semua okay je Meen...Rauf cuti seminggu lepas...ke Jordan...” aku mengangguk kerana aku sudah membaca mesej makluman tersebut. “ how’s your work?”
“ just fine...” aku membalas. Aku juga bercuti kerana sakit. Tidak mungkin aku memaklumkan itu kepadanya. Sejujurnya aku gembira dapat berbual dengan Rauf petang itu. Namun tidak pula aku memaklumkan kalau aku sedang berpijak di bumi yang sama dengannya saat itu. Aku memberitahu kalau suhu di tempatku juga agak dingin ketika dia memberitahu Singapura sedang dalam cuaca tenang. Tiada hujan dan tidak panas. Tentulah aku juga tahu cuaca itu.
“ Meen...”
“ yup...” hampir sahaja aku menamatkan perbualan sebelum mendengar suara Rauf memanggilku.
“ jangan putuskan hubungan dengan saya Meen...please...saya tak tenang kalau tak tahu keadaan awak...” aku mengangguk bagai Rauf boleh melihat tingkahku saat itu. Jelas aku mendengar nafas lega di hujung talian ketika aku berjanji dengan juraian airmata. Tentu sahaja aku tidak mahu melalui detik seperti itu untuk kali kedua selepas memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Andy beberapa tahun sebelumnya.
            Malam itu kami keluar ke Taman Tema Singapura. Aku berkeras ingin mencuba segala permainan yang disediakan. Tapi seperti kebiasannya papa menghalang aku menaiki Roler Coaster dan Flying Carpet yang memang hanya akan mengundang bahaya untukku. Tekanan terlalu tinggi tidak sesuai dengan keadaan kesihatanku. Namun aku puas bermain beberapa permainan yang selayaknya hanya untuk kana-kanak sahaja.
“ please pa...just a cup...” aku memeluk papa ketika dia menghalang aku untuk membeli ais krim yang memang nampak sungguh menyelerakan.
“ just a scoop...” papa melayang-layangkan jari telunjuknya di depanku membuatkan Kak Hajar dan Abang Naufal ketawa. “ let me buy it for you...” papa menyambung kemudiannya.
“ I’ll choose the flavour...” aku meminta lagi.
“ okay...but I’ll guide...” papa menyambung lagi. Akhirnya kami semua mendapat aiskrim seorang satu scoop sahaja dengan perisa yang berbeza-beza.   
            Kami tiba di bilik hotel sekitar jam 10.40 malam selepas puas melayan suasana bercahaya sekitar Singapura. Itupun aku belum merasa puas. Aku masih setia menonton siaran channel HBO yang menayangkan filem menarik yang aku kira sudah berulangkali ditayangkan. Cerita lama The Mask lakonan Jim Carey itu memang tidak jemu ditonton. Aku membalas salam mama dan papa selepas mereka menghadiahkan ciuman di kedua belah pipiku.
            Aku terjaga ketika telefon bimbitku berbunyi menandakan jam sudah menganjak ke waktu Subuh. Entah bila aku terlelap aku tak sedar. Namun, aku sekadar mematikan alarm yang berbunyi dan kembali melelapkan mata. Sekitar jam 6.30 pagi barulah aku dengan malasnya melangkah ke bilik untuk membersihakan badan dan solat Subuh. Selepas solat, aku kembali berbaring dan bermalas-malas di atas katil. Rindu pula pada Hani bila terkenangkan sikap kami yang sebegitu di hujung minggu. Pantas sahaja aku ke ruang tamu menghubungi Hani. Harapnya dia tidak sibuk ketika itu.
“ kau kat mana ni?” Hani teruja menerima panggilanku seawal pagi.
“ Singapore...”
“ jumpa Doktor Rauf ke?” Hani sudah ketawa besar. Dia sentiasa membuatkan aku ketawa. Sememangnya dia antara yang pertama aku beritahu tentang Rauf.
“ tak lah...holiday dengan family aku...lepak-lepak lepas Subuh ni buat aku teringat kat kau pula...” kami sama-sama ketawa kemudiannya. Seronok hingga terlupa diri aku dibuatnya. Terkejut ketika mama menepuk bahuku bertanya aku sudah mandi ke belum. Aku mengangkat tangan memberi isyarat 5 minit untuk aku habiskan berbual dengan Hani.
“ okay Hani, nanti anak kau bangun, kau belum mandi pula...kirim salam aku dekat Amir ye...and cium anak kau untuk aku...” aku segera ke bilik membersihkan badan ketika mama memaklumkan papa menempah sarapan pagi untuk kami dan akan sampai sebentar lagi.
            Kami tidak keluar ke mana-mana pagi tersebut. Bersantai-santai selepas sarapan dan turun ke spa. Papa dan Abang Naufal sudah terlebih dahulu ke sauna. Aku memilih rawatan muka dan kuku. Kak Hajar dan mama memilih urutan badan.
“ bertuah punya budak...” begitu balas mama dengan pukulan kecil di bahuku ketika aku menyatakan urutan badan memang perlu untuk dia dan Kak Hajar dalam suasana bulan madu seperti ini. Kami kembali ke bilik sekitar jam 11.20 pagi dan bersiap untuk ke rumah teman mama. Aku memilih sepasang dress biru turquoise dengan kemasan taburan labuji di lengan dan dada. Aku padankan dengan mafla dari kain chiffon menutup kepala. Aksesori tambahan di kedua-dua belah tangan dengan rantai labuh berwarna hitam. Itu hadiah daripada Kak Eemani ketika dia ke Iran beberapa tahun lalu. Olesan mekap nipis melengkapkan penampilanku tengahari tersebut.
“ amboi anak papa macam nak pergi jumpa boyfriend...” papa menegurku sebaik aku menutup pintu bilik. Aku yang terakhir sekali rupanya.
“ nak jumpa mak mertua ke ni?” Abang Naufal pula mengusik diikuti dengan senyuman Kak Hajar yang mendekati dan membetulkan sedikit kedudukan rantaiku.
“ cantik adik akak...hhhmmm...kalau kawan mama ada anak lelaki bolehlah kita cuba-cuba kan mama?” aku sudah mencebik dengan usikan mereka. Aku tersenyum juga kemudiannya kerana pastilah mereka sedang bergurau.
            Perjalanan dari hotel ke rumah teman mama tidaklah memakan masa yang lama lebih kurang 30 minit. Kami disambut meriah oleh teman mama dan suaminya. Anak bongsu mereka di sebelahnya tersenyum ceria dan ramah. Hanum. Aku takkan lupa namanya.
“ Meen?”  serentak kami menoleh ketika terdengar suara memanggil namaku.
“ Doktor Rauf?” seluruh keluargaku serentak bersuara terkejut demi melihat Rauf berdiri di depan kami.
“ dah kenal ke?” Haji Ahmad Taufeq menyoal papa yang sedang berdiri di sebelahnya.
“ mestilah kenal...my daughters’ personal doctor...” aku lihat mata mama dan temannya bercahaya. Aku semakin keliru ketika Kak Hajar mendekatiku dan tersenyum. Tangannya mengusap-usap lenganku lembut.
            Akhirnya di meja makan, mama memecahkan rahsia sebenarnya memang pertemuan itu dirancang oleh dia dan temannya. Tapi, mereka tidak tahu kalau sebenarnya Doktor Rauf adalah jejaka yang dimaksudkan oleh teman mama Hajjah Syakilah.
“ akhirnya jumpa juga Doktor Rauf kat sini...kami sungguh-sungguh suruh dia ke hospital dia tak nak doktor...” Abang Naufal memulakan cerita ketika kami sedang duduk bersantai-santai di ruang belakang rumah Hajjah Syakilah yang penuh dengan kucing dan arnab.
“ kenapa?” aku tahu Rauf bimbang.
“ dia demam panas sampai muntah-muntah...makan keluar semula...minum pun dah jadi perit tekak...lama juga kan ma...” tidak berani rasanya menatap mata Rauf saat itu.
“ lepas ni kalau demam pun ada doktor tolong jaga kan abang?” aku dengar ketawa mama dan temannya ketika Hanum mengusik abangnya Rauf yang aku kira sedang tidak tenang.
“ hhhmmm...kenapa diam je ni...?” Haji Ahmad Taufeq menepuk bahu Rauf yang memang senyap sedari tadi. Dia menggeleng-geleng dan tersenyum kemudiannya. Ketika mama memohon diri untuk pulang, kami ditahan keluarga Rauf dengan alasan anak sulungnya dalam perjalanan dari Johor Bahru.
“ makan malam kat sini je Irfan...kita order satay je boleh ke?”
“ just chicken for Nur Ameena...” spontan Rauf bersuara. “ I’m just doing my job...”
“ as a boyfriend...” Hanum mengusik lagi membuatkan semua yang ada di situ ketawa besar. Mama dan papa akhirnya bersetuju untuk makan malam di situ. Kami bersedia untuk pulang sekitar jam 9.30 malam.
“ Dato’...saya nak bawa Meen keluar sekejap boleh?” sungguh aku tidak menjangka Rauf seberani itu.
“ amboi beraninya nak bawa anak dara orang keluar malam...jadi apa-apa nanti...” Kak Hanim menegur Rauf.
“ I think he know her better...kan Taufeq? bagus bakal menantu kita ni mama...” aku sudah tertunduk malu dengan usikan papa. Bertambah malu bila dengan senang hati papa memberikan kebenaran untuk Rauf membawa aku keluar malam itu. Malah papa dengan begitu rela menarik aku ke sebelah Rauf.
“ kenapa duduk dalam gelap ni?” terkejut aku ketika Ameen sudah memetik suis lampu bilikku.
“ Ameen!! terkejut tau...bagilah salam dulu...”
“ Meen...tengok tu...” Ameen sudah duduk di sebelahku. Pasti dia tahu aku telah terbang melayan kenangan-kenangan kisah silam. “ Kak Hajar dengan Abang Naufal mana?” dia bertanya kemudiannya.
“ Rumah Selesa ada program...”
“ dah lama ke?” dia bertanya lagi.
“ Meen balik tadi dah pergi dah...dah makan ke?” Ameen mengangguk. Dia kemudian mencium dahiku dan berlalu ke biliknya. Aku ke bilik air berwudhu’ dan menunaikan solat Isya’. Usai solat, aku turun ke dapur mencari makanan. Memang sungguh aku terasa lapar. Tiada apa yang menarik seleraku. Segelas susu seperti selalu.
“ belum makan ke?” hampir sahaja gelas di tanganku terlepas ketika Ameen menegur. Aku menggeleng.
“ kenapa tak telefon Ameen tadi?” aku tahu dia bimbang.
“ tak nak lah kacau Ameen...time for you lah sayang...”
“ Meen...” Ameen menarik kerusi duduk di sebelahku. “ nothing will change okay...” mungkin dia membaca kedinginan hubungan kami. Sememangnya semenjak aku tahu dia punya seorang teman wanita yang juga bakal suri hidupnya, aku belajar menjauhkan diri daripadanya. Bukan cemburu jauh sekali benci. Tapi, aku sekadar melatih diriku dengan keadaan Ameen yang pasti akan kekurangan masa untukku nanti. Aku perlu belajar untuk tidak mengharap dia sentiasa ada senggang waktu untukku.
“ I have to change for you Ameen...bila dah ada rumahtangga sendiri, tanggungjawab mestilah kepada rumahtangga...’aqad nikah tu janji dengan Allah tau...” aku ingin sekali Ameen memahami perasaanku. Dia dia tidak membalas. “ give more attention to her rather than me...you spend about 20 years old for me Ameen...now is time for your life...just go on okay...” entah kenapa aku rasa lega memberitahu dia begitu.
“ Meen...janganlah cakap macam tu...even till the end of my life I will never leave you alone...believe me...” segera aku seka airmata yang tumpah di pipinya. Sebaknya rasa melihat Ameen menitiskan airmata. Sukar untuk aku terima. Aku ingin yang terbaik buat Ameen sebagaimana dia telah melakukan yang terbaik buatku. Itu yang aku maklumkan kepadanya.
            Malam itu barulah aku tahu kalau selama ini Zaharah dan Ameen memang sama-sama mengambil berat keadaanku. Sungguh aku mengutuk diri sendiri kerana hubungan itu telah tergendala sejak hampir tiga tahun lalu gara-gara aku. Pemergian Rauf yang telah merentap segala kekuatan yang aku bina selama ini membuatkan Ameen dan Zaharah sama-sama bersetuju menangguhkan pertunangan dan perkahwinan mereka.
            Aku tidak pernah sedar kalau selama ini Zaharah memang wujud dalam kehidupan kami sekeluarga. Beberapa kali juga jika aku dimasukkan ke hospital, dia ada menjengukku. Kerap kali juga sebenarnya Ameen sering berbual dan mengirim SMS kepadanya ketika bersamaku. Namun aku bagai tiada di situ. Baru kali ini menurut Ameen dia punya kekuatan ketika aku bagai baru menerima cahaya dan kekuatan dalam diriku.
“ everybody said that...Meen dah makin sihat dan mula boleh senyum dan ketawa...” Ameen menyambung lagi.
“ Meen ketawa je selama ni...”
“ tapi tak sepenuh hati...Meen ada dalam tiada...itu yang Abang Naufal selalu cakap...” Ameen mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali mengingati bicara Abang Naufal. “ setiap kali Meen ketawa dan tergelak mama akan menangis gembira...sebab sejak Rauf tak ada...susah sangat nak tengok Meen senyum...”
“ Meen betul-betul menyusahkan semua orang kan?” itulah perasaanku.
“ sebab tu mama and papa always asking about Andy...” Ameen menyambung kemudiannya dengan nada yang berbeza.
“ apa kena mengena Andy pula ni?” aku memukul peha Ameen spontan dan dia ketawa. “ mengarut!” aku sudah mencebik.
“ it happend after he’s back Meen...” aku tidak membalas. “ kami perasan Meen mula happy lepas balik dari alumni fakulti dulu...” Kak Hajar dengan Abang Naufal yang tanya mama Meen jumpa sesiapa ke sampai happy semacam. Then mama buka cerita mungkin sebab Meen jumpa Andy...” diam lagi. Otakku ligat mencari perkatian bicara Ameen dengan kehidupanku sekarang.
“ entahlah...” aku melepaskan keluhan berat. “ mungkin...” aku masih kurang pasti.
“ Rauf tahu pasal Andy kan?” aku sekadar mampu menganggukkan kepala ketika pertanyaan itu keluar dari mulut Ameen. Sememangnya Rauf Haqem suamiku tahu segala-galanya tentang aku. Tidak ada satu pun yang tertinggal waima sebesar zarah sekalipun. Aku buka cerita tentang Andy selepas kami bersetuju menerima cadangan keluarga untuk dijodohkan. Tanpa aku duga, Rauf juga punya cerita yang sama. Kisah cinta yang tidak kesampaian.
“ so, dia pernah putus tunanglah?” Ameen menyoal berminat ingin tahu. Sememangnya tidak ada sesiapapun yang tahu tentang itu. Aku kira tidak menjadi kesalahan berkongsi cerita tentang aku dan Rauf dengan adikku.
“ tapi dia sempurna untuk Meen...alhamdulillah untuk tempoh 8 bulan perkahwinan tu, my marriage full of happiness...” aku meluahkan kebahagiaan bersama Rauf dengan senyuman.
“ tahu, kalau tak takkanlah cepat je melekat kan?” Ameen ketawa kecil.
“ hhhmmm...but then, I have to stand alone...”
“ sorry Meen...”
“ it’s okay...” Ameen mungkin merasakan dia sudah tersalah bicara bila aku terkenangkan Amin Rafie anakku yang pergi terlebih dahulu sebelum daddynya.  
“ ujian tu tanda Allah sayangkan kita kan?” aku sedang memujuk diriku sendiri. Itulah yang sering diucapkan suamiku semasa hayatnya. Betapa dia seorang yang pandai mengubati hatiku.

~zara aqeela~

No comments: