-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 6 ::..

Salah segala posisi yang aku pilih. Tidak kena ke kanan, aku berpaling ke kiri. Namun mataku tidak mampu dilelapkan. Aku bangun mencapai notebook. Beginilah biasanya aku bila kenangan bersama Rauf Haqem suamiku datang mengetuk pintu hati. Aku buka simpanan gambar-gambar perkahwinan yang terlalu manis dan indah.
“ awak nak datang Singapore ke nak saya ke KL?” begitu Rauf bersungguh-sungguh untuk mula membuat persiapan ketika orang tua kami sudah memberikan tarikh pertunangan.
“ biar saya turun ke sana lah...nanti susahkan awak nak kena ambil cuti lagi...bukan dekat nak drive...” aku membalas dengan alasan yang aku kira paling munasabah. Tentu sahaja aku tidak punya halangan kerana aku tidak bekerja. Tiada jadual yang mengikatku.
“ awak nak datang dengan siapa?”
“ drive...”
“ no!” aku tidak membalas ketika Rauf segera memintas kata-kataku yang belum habis. “ I wont never let it be...saya tak nak macam tu...okay, macam ni saya pergi sana okay...” akhirnya Rauf memberikan kata putus.
“ okay...asalkan jangan sampai ganggu jadual kerja you...if you cant make it let me know so that saya boleh reset the plan...” aku sebaik mungkin cuba berdiplomasi dalam hubungan kami berdua.
            Tentulah menjadi kenangan paling indah ketika Rauf bertandang ke Kuala Lumpur bersama-sama membeli keperluan pertunangan dan perkahwinan kami. Seperti yang dijanjikan, Rauf sampai di Kuala Lumpur sebelah malam hari Jumaat lebih kurang jam 10.00 malam. Berkeras mama dan papa meminta Rauf tidur di rumah kami. Akhirnya Rauf mengalah. Malah sebaik Rauf tiba, dia sudah memberikan kejutan ketika dia sudah menghulurkan sepersalinan pakaian untuk majlis pertunangan dan majlis pernikahan. Itu apa yang diberitahu oleh Rauf kepada aku dan mama. Menurut Rauf, persalinan itu dihadiahkan kakaknya yang kebetulan mengikut rombongan ke China.
            Walaupun aku sudah menetap di Kuala Lumpur semenjak aku dilahirkan, tapi aku tidak begitu mahir kerana kebiasaannya aku menurut mama atau dibawa oleh Ameen adikku.
“ mama bagi business card you all carilah tempatnya okay ke?” mama sudah duduk di sebelahku ketika kami sedang bersarapan pagi. “ I don’t want to accompany both of you...I want to be a queen for this wedding okay sayang...” aku lihat Rauf tersenyum dengan usikan mama. Sememangnya selama ini mama dengan tidak pernah gagal merancang dan mengendalikan majlis perkahwinan pelanggannya dengan baik sekali.
“ lebih baik kamu berdua ni pergi sekarang...nanti kalau mama dah mula susah pula nak berhenti...” papa mencelah ketika melihat mama sudah mula membuka cerita. Kami bergerak ke lokasi-lokasi yang dicadangkan oleh mama kepada kami. Pening juga kami mencari kedai-kedai yang bukanlah lokasi yang sering kami kunjungi.
“ Meen?!” nyaris sahaja aku rebah di celah-celah kesibukan Mid Valley. “ Meen kenapa ni? Kita balik ye...” aku memang tidak mampu memberikan sebarang tindakbalas atau menjawab pertanyaan Rauf saat itu. Segalanya sudah kelam di pandangan mataku. Terlalu gembira hingga terlupa batasan kemampuan diri sendiri. “ Meen...please respons me...” Rauf sudah memimpin aku mendapatkan tempat duduk.
“ rasa macam nak pitam...” aku dengar helaan nafas lega Rauf saat aku mula memberi reaksi.
“ tarik nafas Meen...saya ada ni...” tanpa sedar aku menggenggam erat jemari Rauf yang sedang bertaut dengan jemariku. Aku kira ketenangannya sebagai seorang doktor yang sedia maklum dengan keadaan kesihatanku itu benar-benar memberikan aku kekuatan. Lebih kurang 15 minit kemudian barulah aku mampu membuka mataku walaupun aku masih rasa pandanganku berpinar. Aku menganggukkan kepala ketika Rauf mencadangkan supaya kami beredar keluar. Mungkin keadaan dalam kereta sedikit tenang.
“ sorry...I’ve spoilt the planed...” aku memandang Rauf di sebelahku. Dia hanya tersenyum melaraskan pendingin hawa supaya aku benar- benar selesa. Kami masih berada di tempat meletak kereta.
“ I’m the one should say sorry Meen...saya patutnya tahu Meen tak boleh penat sangat...sorry okay...kita keluar dulu dari sini kita cari tempat makan...boleh ke? or Meen nak balik rumah terus?” aku hanya tersenyum malu ketika Rauf meraih tanganku dan dikucup lembut.
“ saya tak nak balik dulu nanti mama and papa risau...kita makan and maybe kita boleh cari tempat bersantai...” aku lihat Rauf tersenyum sambil memandu tenang meninggalkan Mid Valley.
            Jam menunjukkan pukul 6.00 petang ketika kereta Rauf memasuki perkarangan rumah mama dan papa. Aku lihat adik bongsuku Ameen ada di laman melayan kucing parsinya yang baru sahaja baik dari diserang demam selsema. Sayangnya Ameen adikku itu kepada ‘kekasih’ yang seekor itu tiada tolok bandingnya.
“ Rihanna...” aku memanggil kucingnya yang sedang bermalas-malas. Aku berlalu ke dalam kerana aku tahu Rihanna tidak akan memberi respon kepada orang lain.
“ tak beli apa-apa ke?” aku menunjukkan beg plastik berisi buah-buahan dan beberapa jenis pastry yang menjadi kegemaran Ameen dan papa. Sejak aku mengenali Rauf, dia juga sukakan makanan yang sama.
“ awal balik hari ni?” Rauf mendekati Ameen yang leka bersama Rihanna.
“ pergi site tadi...malas nak balik office...”
“ aku masuk mandi dulu...tak solat lagi ni...” Rauf meminta diri kemudiannya.
“ pukul berapa ni? Aku pun tak solat lagi ni...okay-okay masuk dulu nanti aku masuk...bini aku ni buat hal pula!” senang aku mendengar ketawa Rauf dan Ameen yang nyata serasi.
            Dua hari bersama Rauf mencari keperluan pertunangan dan perkahwinan benar-benar indah buat aku yang memang tidak punya ramai kawan. Pagi Ahad selepas sarapan, sempat Rauf memaklumkan beberapa perkara yang dia berikan nombor telefon mama dan papa sebagai rujukan terutamanya catering dan persiapan tempat sebab mungkin mama dan papa punya tambahan jemputan.
“ tak apa Rauf nanti uncle dengan aunty uruskan...nanti uncle call je untuk uruskan bayaran. Tak payahlah sampai susahkan Rauf di Singapore...”
“ eh tak apa uncle...everything Rauf dah settlekan...cuma bilangan jemputan je kami tak conformkan lagi...” sungguh papa terkejut dengan kenyataan Rauf. Aku lihat airmata papa yang bergenang atas kesungguhan Rauf menyediakan yang terbaik buatku. Mama di sisi juga sudah menggenggam jemariku tanda dia sangat bersyukur.
            Ini kali kedua aku perlu berpisah dengan Rauf selepas kami mengikat hubungan sebagai sepasang kekasih. Tapi kali ini lebih terasa mungkin kerana kami menghabiskan masa membuat persiapan perubahan terbesar dalam hidup kami berdua.
“ jaga kesihatan okay...ubat semua ada lagi kan?” aku hanya menganggukkan kepala ketika Rauf bertanyakan perkara-perkara biasa sama seperti aku berada di hospital.
“ macam jumpa Doktor Rauf je...” aku merungut dengan bahasa berlapik. Aku mahu dia tahu hubungan ini bukan setakat antara doktor dan pesakit.
“ sorry sayang...I’m just worried to leave you...kalaulah I boleh jadi suami you sekarang...” aku kira wajahku sudah berubah saat Rauf benar-benar telus dengan pengakuan ketidaksabarannya saat itu.
“ Rauf...you drive carefully okay...”
“ okay...” akhirnya aku melepaskan Rauf dengan perasaan yang berat.  
            Menunggu hari perkahwinan yang telah dirancang rapi kedua belah pihak bukanlah terlalu lama. Malam sebelum aku dinikahkan, sempat Rauf menghubungiku supaya aku tidur awal, jangan lupa makan dan mengambil ubat supaya aku tidak kelelahan melalui majlis perkahwinan.
            Malam pernikahan itu menjadi majlis yang paling indah sepanjang hayatku. Saat diapit oleh mama dan kakakku, jelas aku melihat titisan airmata dari kelopak mata papa saat dia melafazkan ‘aqad dan melepaskan aku ke tangan Rauf. Bertambah sebak saat Ameen adik bongsuku mengesat airmata yang tidak pernah aku lihat sambil bibirnya mengucapkan dia sayang padaku. Demi Allah aku juga sayang padanya. Insan yang tidak pernah lupa menjagaku walau sedetik pun.
“ I will always love you dear...just the way you are...” gugur airmataku saat Rauf Haqem yang sudah sah menjadi suamiku menuturkan bicara ikhlasnya itu ketika bibirnya menyentuh dahiku. Aku hanya mampu mengangguk dan membiarkan airmataku gugur.
“ I love you so much...so so much...remember that okay...” aku gagal melawan perasaan yang terlalu sebak saat berpelukan dengan adikku Ameen. Nyata dia amat mengambil berat dan sungguh jelas saat pelukannya bertukar kepada Rauf. Entah apa yang dibisikkan saat Rauf menganggukkan kepala dan berkali-kali dia mengusap belakang adikku.
            Kemeriahan majlis perkahwinan kami berterusan sehinggalah rombongan kami berangkat ke Singapura seminggu selepas itu. Ketika aku tiba di pent house yang di tempah Rauf, usikan-usikan nakal daripada ahli keluarganya mula kedengaran. Bertambah-tambah saat Rauf dengan sengaja mengucupku di depan keluarga kami. Sungguh aku malu diperlakukan begitu. Namun aku senang dan sama sekali tidak menyangka Rauf Haqem suamiku itu sangat romantik rupanya.
“ you...” aku menundukkan muka saat adik beradik dan saudara maranya sudah menjerit kesukaan.
“ hei! budak bertuah ni...” singgah satu tamparan kecil di bahu Rauf. Hadiah daripada ibu mertuaku Hajjah Syakila. Begitu Rauf tetap bersahaja dan masih menggenggam tanganku ketika aku sedang bersalaman dengan ahli keluarganya. Aku lihat mama dan papa begitu senang dan tersenyum dengan layanan Rauf terhadapku.
“ tak laku dah Ameen...” kakakku Eemani mengusik saat dia lihat aku setia di sisi suamiku. Ameen adikku hanya tersenyum sahaja. Aku lihat genangan airmata di kelopak matanya yang aku yakin itu tanda dia gembira.
“ Ameen ada mama dan papa kan?” dia dengan spontan sudah memeluk mamaku yang hanya mampu menganggukkan kepalanya.
            Kami kemudian ke rumah Rauf untuk makan tengahari dan mengambil pakaian yang akan dipakai pada majlis esok hari. Sempat aku menjengah bilik pengantin yang akan menjadi bilik aku dan Rauf selepas ini.
“ kenapa ni sayang?” aku sudah mula biasa dengan kasih sayang Rauf yang sering memanjakan aku. Aku biar tangannya melingkari pinggangku ketika dia lihat aku leka di jendela.
“ nothing...” singgah satu ciuman di dahiku sebelum kami sama-sama turun mendapatkan  ahli keluarga yang lain.
            Malam itu, aku sempat duduk bersama dengan adik kesayanganku Ameen. Suasana sedikit sayu ketika aku bagai terbawa-bawa dengan emosi sendiri.
“ tak ada siapa boleh ganti tempat Ameen sampai bila-bila...Meen tetap sayang Ameen tau...” sekejap itu aku sudah dalam pelukan adikku.
“ Ameen tahu...Ameen bukan sedih tapi Ameen gembira sebab akhirnya Allah temukan Meen dengan seseorang yang Ameen yakin akan jaga Meen dengan baik...Ameen tak nak apa-apa berlaku pada Meen...” akhirnya perbualan kami berakhir dengan juraian airmata yang tidak terhenti.
“ they’re really close...” aku dengar jelas bicara mama yang sedikit sebak saat pelukan antara aku dan Ameen begitu lama untuk terlerai sebelum keluargaku berangkat balik ke Kuala Lumpur. Aku turut terdengar esakan kecil beberapa tetamu yang ada di rumah mertuaku.
“ I’m not leaving you...I’m sending you to your happiness...” aku mengangguk kepala berkali-kali ketika ucapan itu keluar dari bibir adikku.
“ terima kasih sebab jaga Meen selama ni...without failed...halalkan makan minum Meen...masa Ameen yang Meen curi...everything that you’ve done for me...”
“ ssssyyyy...I love you...” demi ucapan itu terucap aku gagal mengawal sebak di dadaku. Lama kami terdiam barulah pelukan berjaya dileraikan.
            Bahang pengantin baru masih terasa saat aku sudah berdua-duaan dengan Rauf di bilik kami. Haruman bungaan segar membangkitkan perasaan ditambah dengan suasana dingin bilik tersebut. Aku biarkan Rauf menarik aku dalam pelukan dan dikucup dahiku berkali-kali.
“ I love you sayang...” terasa mukaku panas ketika ucapan itu rasa begitu dekat dengan telingaku. “sayang...” Rauf memanggil lagi dengan nada yang benar-benar membangkitkan perasaanku saat itu.
“ hhhmmm...”
“ kenapa ni...malu ke?” tangan dan bibirnya sama ligat merayap di seluruh badan dan tengkukku.
“ you...” dan aku biarkan Rauf mengemudi pelayaran itu. Indah. Cukup manis bersama Rauf Haqem suamiku.
            Terkejut aku ketika telefon bimbitku berbunyi menandakan SMS masuk. Aku agak pelik melihat nombor telefon di skrin. Aku lihat jam di dinding sudah menganjak ke angka 4.20 pagi.
~ Andy : it’s me andy sayang...~ aku tidak terkejut bila Andy berjaya mendapatkan nombor telefon bimbitku. Aku biarkan SMS Andy tidak berbalas.
~ Andy : i tahu you belum tidur...and tak boleh tidur sebenarnya ~ Andy tidak mahu mengalah. Aku biarkan juga SMS itu begitu. Tiada lagi SMS kemudiannya. Mungkin Andy merasakan andaiannya silap. Akhirnya aku turut terlelap sehinggalah Subuh menjelang. Itupun agak lewat ketika aku terdengar tangisan anak Hani. Adalah yang tidak kena hingga mengusik hatinya di awal pagi begini.
“ kau bagi nombor aku dekat Andy ye?” aku serkap jarang sebaik mengambil tempat di sebelah Hani.
“ tak lah...dia minta...”
“ kau...samalah tu...” Hani sudah ketawa besar hingga menggamit suaminya ke dapur.
“ amboi Puan Hani Zakiah...nak tercabut jantung saya dengar...” Amir sudah duduk di depan Hani. Dia menyambut huluran nasi goreng dan secawan kopi O.
“ dia call ke?” Hani menyambung ketika ketawanya reda. Aku menggeleng sambil menyuap nasi goreng. “SMS?” Hani masih ingin tahu sejauh mana langkah Andy. Aku menganggukkan kepala.
“ tapi aku tak jawab pun...” aku menyambung kemudiannya.
“ kenapa?” sungguh aku terkejut ketika soalan itu sama-sama keluar dari mulut Hani dan Amir serentak. “ Nur Ameena!!” Hani mula bengang bila aku tidak menjawab. Aku tergelak kecil melihat gelagat Hani. Nyata Amir turut ingin tahu bila dia masih tegak menunggu jawapanku.
“ dia SMS pagi tadi pukul empat lebih...apa kerjanya aku nak jawab...biarlah dia...” aku membalas tenang dan tiada lagi soalan daripada Hani dan Amir kemudiannya. Kami sama-sama menikmati sarapan pagi dengan cerita lain kemudiannya. Usai sarapan, aku ke laman melayan Amirah bermain. Leka melihat anak dara Hani itu bermain riang sambil sesekali mengusik ayahnya yang sedang menguruskan beberapa pasu bunga yang baru dibaja.
“ aku ingat nak siap-siap lah...dah dekat pukul 10.00 pagi ni...” aku bersuara.
“ kau nak naik apa? Aku hantar lah...lama juga tak jumpa mertua kau kan bang?” aku tahu Hani sedang mendapatkan persetujuan suaminya.
“ boleh juga...lama tak ke seberang...” Amir berpaling menghadap kami. Dia sudah selesai menguruskan pasu bunga dan mula mengemas peralatan kebunnya.
“ tak payahlah susah-susah Hani...Amir...” aku cuba mengelak kerana aku ingin terlebih dahulu singgah di pusara Rauf Haqem dan Amin Rafie. Itu kewajipan setiap kali aku menjejak kaki ke Kota Singa. Merekalah ikatan yang menggamit aku ke sana. Merekalah yang menghubungkan aku dengan keluarga di sana. Suamiku Rauf Haqem dan anakku Amin Rafie.
“ aku tahu Nur...kita boleh sama-sama ziarah kubur Rauf dan Rafie...” Amir membalas dengan telahan yang tepat. “janganlah sorok-sorok Nur...Nur dah macam keluarga kami tau...pergilah bersiap...nanti kita pergi sama-sama...” aku dan Hani sama bergerak untuk bersiap. Kata-kata Amir yang tenang itu bagai satu arahan pula lagaknya.

***        ***        ***

Tepat seperti yang aku jangka, linangan airmata menyambut kedatanganku dan keluarga Hani. Lama aku dalam pelukan ibu mertuaku. Aku tahu dia sebenarnya rindukan Rauf Haqem anaknya yang juga suamiku. Malah aku tidak akan lupa bagaimana beratnya dia ingin melepaskan aku pulang ke Kuala Lumpur selepas pemergian suamiku. Berkali-kali juga dia berpesan jangan sampai hubungan itu berakhir di situ. Mana mungkin aku lupa untuk turun ke Kota Singa kerana di bumi inilah cinta yang aku tanam bersama Rauf Haqem dan bukti kasih yang kami semai kekal bersemadi.
“ ibu hari-hari tanya bila akak nak sampai...” adik iparku Rafidah Hanum mengusik ibunya.
“ naik runsing kami Nur...mana tidak, petang lepas Nur ke Batu Pahat, dia dah mula tanya bila Nur nak datang...” ayah mertuaku pula menokok dengan gelak jantannya sekali.
“ ye lah...awak bukan tahu perasaan saya...” airmata ibu mertuaku mengalir lagi sambil tangannya laju menarik aku ke dalam pelukannya. Ketika kami sedang galak mengusik mertuaku, suara memberi salam di pintu depan membuatkan aku menoleh. Suara yang benar-benar aku kenal. Rashidah Hanim kakak iparku. Dia antara yang paling berat melepaskan aku kerana bimbang aku tidak akan pulang lagi ke rumah mertuaku ini. Aku dengan senang hati bangun menawarkan diri menyambutnya di muka pintu.
“ wa’alaikumussalam...”
“ Meen...Allahuakbar...” segera aku dipeluk dan dicium berkali-kali. Airmata yang baru kering berjuraian lagi di pipiku.
“ akak sihat ke?” aku sedaya mungkin mengawal perasaan. Namun kakak suamiku itu hanya mampu menganggukkan kepala dan cuba untuk memberikan senyuman. Aku kesat airmata yang masih laju menuruni pipinya.
“ Meen sihat?” aku tahu dia sangat mengambil berat. Kak Hanim sebenarnya juga seorang doktor sama macam suamiku. Cuma dia bekerja di Johor Baharu. Pakar sakit puan. Aku tahu arwah Rauf meninggalkan banyak pesanan buatnya memberikan perhatian kepadaku. Malah, sejak 3 tahun lalu dia tidak pernah gagal menghubungiku sekurang-kurangnya sebulan sekali demi mengingatkan aku tentang ubat dan pemeriksaan kesihatan. Cuma kami jarang dapat bertemu kerana kami sama-sama sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Aku kira ini pertemuan kali kedua selepas ketiadaan suamiku Rauf Haqem.
“ Hani dengan Amir yang hantar...risau sangat Meen nak datang sendiri...” begitu aku mengusik Hani ketika Kak Hanim bertanya kedatanganku dengan siapa.
“ Nur ni dah macam keluarga kami Hajjah...Haji...berat nak biar dia...” Amir membalas ketika mertuaku berkali-kali mengucapkan terima kasih.
            Aku menghantar Amir dan Hani sekeluarga hingga kereta Amir hilang dari pandangan. Aku melangkah ke deretan pasu bunga milik ibu mertuaku. Kolam ikan sudah bertambah besar dengan beberapa jenis ikan tambahan menemani ikan koi. Sebuah lagi bangku taman sudah ditambah di penjuru kiri kolam. Kerusi yang asal masih kekal di situ. Aku melabuhkan punggung sama di mana tempat aku dan Rauf selalu bersama. Kerap kami di situ boleh dikatakan setiap hari samada petang atau malam. Malah setiap kali Rauf selesai menjalankan pembedahan, dia senang mengambil angin di situ. Aku juga senang menemaninya di situ.
“ I miss you too...” perlahan sahaja aku mengucapkan kata-kata itu ketika jelas aku terasa bagai Rauf ada bersama saat aku pejamkan mata rapat-rapat.
            Aku biarkan tangan Rauf bermain-main di wajahku. Mengelus-elus rambutku yang sudah semakin kurang tumbuh di kepala. Aku senang dimanjakan oleh Rauf. Dia memang amat menyayangiku. Aku tahu itu. Malah dia sanggup mengambil cuti seminggu kerana aku terpaksa menjalani pembedahan. Hari ini selepas 3 hari aku sudah boleh bergerak sedikit menikmati udara segar di kolam ikan ini.
“ kenapa ni sayang?” entah kenapa aku sayu sekali. Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Namun aku biarkan airmata menuruni pipiku. “sayang kenapa ni?” Rauf menarik aku dalam pelukan.
“ you deserve better dear...saya tak kisah...swear...” aku melepaskan tangisan di dada Rauf.
“ sayang cakap apa ni? I’ve got the best sayang...you...no others okay sweetheart...” aku diam membiarkan Rauf terus memanjakan aku. “ kalau dah okay nanti kita pergi treatment rambut pula okay...I pun nak joint sekali...” begitulah Rauf yang pandai mengambil hatiku.
“ you ni...nakal tau...nanti ibu nampak lah sayang...” aku menolak Rauf lembut ketika bibirnya mula mencari-cari bibirku di laman rumah ibunya. Sungguh Rauf memang sebenarnya sangat romatik. Sesuatu yang aku tidak pernah tahu sehinggalah aku sah menjadi isterinya.
“ kalau ibu nampak pun biarlah sayang...paling kuat pun dia tersenyum je...dia tahu I sayang you...” aku akhirnya kalah bila bibir kami bersatu. Aku malu sendiri ketika Rauf menghadiahkan aku sebuah lagi ciuman mesra di dahi. “ mengantuklah sayang...jom...” Rauf bersuara kemudiannya sambil menggeliat dan pura-pura menguap. Dia sudah berdiri sambil mengenyitkan mata.
            Aku beristighfar ketika kocakan air dari kolam ikan menyentuh tanganku. Tanpa sedar airmataku turun memecah tembok kepedihan yang cuba kutahan-tahan. Sungguh aku terlalu jauh dibuai kenangan bersama Rauf Haqem. Indahnya saat bersama Rauf bagai tidak dapat ditepis biarpun cuma seketika. Perkenalan yang tidak disangka, jodoh yang tidak diduga dan perkahwinan yang tidak pernah dirangka oleh kami berdua. Namun, aku akur dengan jodoh yang sememangnya tertulis untukku bersama Rauf Haqem sebagaimana aku harus redha dengan ajal Rauf yang juga tertulis meninggalkan aku sendirian.
“ kak...” segera kuseka airmata yang mengalir di pipiku. Entah sejak bila adik iparku itu berdiri di situ. Atau barangkali dia telah memerhatikan aku sejak dari awal lagi. Aki biar Hanum mendekatiku. “ kak kenapa ni...akak sakit ke?” dia sudah duduk di sebelahku. Laju dia memaut bahuku dekat dengan badannya. Aku menggelengkan kepala perlahan.
“ I miss him...” aku gagal lagi. Aku biarkan empangan airmataku pecah tanpa ditahan-tahan. “ he’s too close...but he’s not here...” aku sudah tersedu-sedu hingga adik iparku itu turut terbuai sama dan teresak menemani pilu di hatiku.
“ sabarlah Kak Meen...Hanum yakin abang pun sayangkan akak dan dia mesti tak nak akak bersedih macam ni...”
“ but he leave me alone Hanum...akak tak mampu...” aku menangis lagi. Aku peluk Rafidah Hanum erat sekali bagaikan aku boleh mencuri sedikit kekuatan dari dalam dirinya. Lama kelamaan aku rasa pelukanku tidak sekuat tadi. Pandangan mata semakin kelam dan aku mula dengar kekalutan dari nada suara adik iparku. Akhirnya aku sudah tidak tahu apa yang terjadi. Terakhir aku mendengar suara mertuaku memanggil-manggil bersulam tangis.

***        ***        ***

“ assalamualaikum sayang...” aku dengar jelas suara Rauf Haqem suamiku menampan telingaku. Namun pandanganku masih kabur.
“ Rauf...” satu ciuman singgah di ubun-ubun kepalaku ketika aku mula merasa genggaman erat dari tangan Rauf. Jari jemari kami bersatu memberikan aku seribu kekuatan. Terasa hangat menjalar ke seluruh tubuhku.
“ rindunya nak tengok muka sayang...”
“ I miss you Rauf Haqem...” sekejap itu aku sudah ditarik ke dalam pelukan Rauf. Apalagi yang mampu aku katakana bila airmataku gugur kerana hangtanya kasih sayang Rauf dapat aku rasakan. Dia diam tidak banyak bicara. Namun aku puas menatap wajahnya. Tenang. Sejuk. Manis.
“ I miss you too sayang...”
“ kat mana ni sayang?” aku gagahkan diri untuk bangun.
“ tak payahlah bangun...just take your rest...saya ada kat sini...” senang sekali ketika tangan rauf singgah lembut di pipiku. “ dalam bilik kita sayang...atas katil kita...” Rauf menyambung lagi ketika aku masih bertanyakan soalan yang sama. Laju sahaja tanganku mengelus rambutnya, turun ke pipinya, terus ke dadanya. Aku benar-benar rindukan dia.
“ sayang...janganlah selalu menangis...”
“ saya tak tahu kenapa saya rindu sangat kat awak...terlalu rindu sampai rasa dada saya pedih...kepala saya sakit...” aku lepaskan segala yang aku rasa di dada Rauf Haqem suamiku. Entah kenapa aku rasa aku tidak akan punya peluang lagi meluahkan perasaanku. Rauf masih tenang memeluk dan memujukku. Tangannya masih sama lembut mengelus rambutku. Wajahnya masih sama tenang dan sesekali menghadiahkan ciuman di ubun-ubun kepalaku.
“ Rauf ada ni sayang...sayang tak boleh menangis macam ni...”
“ where’s my baby sayang?” aku lihat wajah Rauf berubah. Dia diam tidak memberikan jawapan. Aku bertanya lagi buat kali kedua namun Rauf masih diam. Dia menarik aku dalam pelukannya. Senyuman yang diberikan Rauf ketika aku bertanya untuk kali ketiga gagal menenangkan perasaanku yang semakin tidak enak. “ my baby...”
“ sayang...please sayang...” ketika airmata Rauf jatuh aku sudah yakin anak yang kukandung sehingga menganjak usia 6 bulan itu tidak dapat diselamatkan. Berputar ligat layar masa membawa aku entah berapa jauh ke belakang.
            Aku yakin aku mampu memandu hingga selamat sampai ke rumah. Perjalanan dari hospital tempat suamiku bekerja tidaklah sejauh mana. Sedikit denyutan di kepala bagiku bukanlah sesuatu yang luarbiasa kerana aku pernah merasa lebih dari itu. Namun aku silap bila nyata serangan itu tiba-tiba dan memang mengejutkan bila pandangan terus kelam dan aku tidak tahu lagi apa yang berlaku.
“ no! I want my baby sayang...I’m sorry...” aku sudah hilang arah saat aku yakin anakku sudah tiada lagi bila Rauf terus memujuk dengan juraian airmata di pipinya. Aku peluk Rauf erat sekali sama seperti dia memelukku. “ I’m sorry Rauf it’s my fault...”
“ sssyyy...please sayang...jangan macam ni...yang penting you selamat...” aku tidak mampu lagi menerima apa juga pujukan Rauf. Aku bagai sudah hilang pedoman.
“ mama!” aku dengar Rauf memanggil mama tapi aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku sudah tidak mampu mengawal perasaanku walau sedetikpun.
“ hey Meen sayang...Meen...bawa mengucap sayang...Meen...” aku kenal benar suara itu. Ameen. Adikku.
“ sayang...” dan itu suara Rauf Haqem suamiku.
“ Meen...you make everyone here worried Meen...” Ameen menyambung lagi. Dia memegang bahuku lembut. Aku diam. Aku hanya mampu menundukkan wajah saat aku merasakan akulah insan yang tidak sempurna. Akulah wanita yang gagal.
“ it’s my fault Ameen...” aku masih menyalahkan diriku.
“ no! it’s fated Meen...percaya pada qada’ dan qadar...jangan macam ni...at least kesianlah diri Meen sendiri...”
“ why should I? to make more mistakes?” aku mengangkat muka. Protes.
“ Meen...to love your husband Meen...Rauf tak makan, tak minum even tak tidur waiting for you...” Ameen mengusap airmata yang berjuraian di pipiku. “Meen tak sayang Rauf ye?”
“ no!” aku tahu Ameen sedang memancing ketenanganku. “of cause I do...I do love him...” aku menoleh ke kiri dan kanan mencari suamiku. “ Rauf!”
“ sayang...” segera aku peluk suamiku. Rasa kesal bertimpa-timpa demi aku terpandangkan wajah sugulnya. “ sorry...”
“ it’s okay...you know I love you right?” aku tidak menjawab. Baik aku mahupun Rauf tiada lagi bicara yang keluar dari bibir kami. Aku yakin Rauf merasa degupan jantungku sebagaimana aku merasa degupan jantungnya saat ini. Ketika keadaan semakin reda, aku terdengar esak kecil mungkin daripada mama atau ibu mertuaku. Rauf tenang mengusap sisa airmata di pipiku. “ jangan macam ni lagi ye sayang...” aku mengangguk. Getar suara rauf benar-benar mengusik hatiku. Aku telah membuatkan dia sedih.
“ Nur Ameena...” aku buka mataku perlahan.
“ sayang mama...” aku lihat mama sudah duduk di birai katil. Aku kekeliruan.
“ Rauf!mana Rauf mama?” aku gagahkan diri untuk bangun namun kepalaku terasa amat berat sekali. “ Rauf!” aku memanggil lagi.
“ jangan macam ni sayang...” suara mama sudah berubah. Laju tangan mama mengusap-usap kepalaku.
“ Rauf mana mama?” kali ini ibu mertuaku pula mengelus-elus tanganku ketika mama sudah memalingkan wajahnya.
“ Rauf dah tak ada sayang...” ibu mertuaku terhenti seketika. Aku lihat dia menarik nafas dalam sekali. Ada takungan airmata yang aku kira akan melimpah bila-bila sahaja.
“ mama...” aku masih degil.
“ ye sayang Rauf dah tak ada...” mama pula memujukku. “ Meen mimpi Rauf ye?” mama bersuara lagi sebelum sempat aku membuka mulut. Aku biar mama memelukku erat ketika aku masih cuba mengawal perasaan yang sudah terlalu kerap terganggu.
“ Meen rindu Rauf mama...” aku bersuara kemudiannya. Wajah Rauf Haqem jelas melatari ruang mindaku biarpun mataku terpejam rapat.
“ mama tahu sayang...” mama sedaya mungkin memberiku kekuatan.
“ it’s too hard for me mama...” aku meluah lagi.
“ Meen...ibu tahu Rauf pun sayangkan Meen juga...dia mesti tak nak tengok Meen m acam ni sayang...” suara gemersik ibu mertuaku menerjah gegendang telinga. “ ibu pun sayangkan Rauf...kami semua sayangkan Rauf...” dia menyambung lagi. Aku pandang wajah mertuaku. Entah bagaimana perasaannya jika aku yang hanya beberapa bulan bersama Rauf begitu terkesan dengan kehilannya. Tentulah ibu mertuaku lebih-lebih lagi.
“ Meen minta maaf bu...” pelukanku bertukar kepada ibu mertuaku Hajjah Syakilah. Dikucup ubun-ubunku berkali-kali. Begitulah selalunya Rauf memperlakukan aku. Benar-benar penuh dengan kasih sayang.
            Ketika keadaan semakin reda barulah aku sedar, jam sudah menganjak ke angka 3.50 pagi. Entah bila mama dan papa sampai ke singapura aku tidak pasti. Namun yang jelas wajah keletihan disimpan-simpan demi memberikan aku kekuatan. Pasti keluarga mertuaku kebimbangan bila aku tiba-tiba rebah ketika bersantai bersama Hanum di laman. Begitu yang dimaklumkan mama. Ketika itu adik dan kakak iparku telahpun masuk tidur. Aku yakin pada awalnya mereka semua berada di sisiku. Sungguh aku rasa bersalah membuatkan semua yang ada di kelilingku kebimbangan dengan keadaanku.
Aku temankan mama dan papa seketika dan meyakinkan mereka aku baik-baik sahaja. Aku berlalu semula ke bilik selepas meyakinkan mama dia sudah boleh berehat. Aku kembali duduk di birai katil. Memandang sekeliling bilik yang sepi. Setiap ruang dan sudut dalam bilik itu membawa Rauf Haqem kepadaku. Senyuman, belaian, bisikan, pelukan dan segala yang aku kongsi bersama dengannya masih segar di situ. Aku tarik selimut menutupi badanku hingga akhirnya aku terlelap bersama memori yang sentiasa segar di minda.

***        ***        ***

Aku terjaga ketika terdengar suara riuh rendah dari laman rumah mertuaku. Aku kembali berbaring bila kepalaku terasa berat untuk diangkat. Spontan aku memicit-micit pangkal tengkuk yang sering dihalang oleh Rauf. Aku pejam mata rapat-rapat menenangkan rasa sakit kepalaku. Lama baru aku mampu membuka mata. Aku tegakkan badan dan bersandar di kepala katil. Aku kira terlalu lama untuk aku mengambil masa sejak terjaga dari tidur untuk turun dari katil. Selepas semuanya kembali tenang, aku gagahkan diri bangun dan membersihkan diri. Aku ke laman menyertai keluarga suamiku, mama dan papa.
“ dah okay ke?” Hanum adik iparku menegur ketika kami bertemu di tangga. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum.
            Aku mengambil tempat di sebelah mama. Ada senyuman tenang dari wajahnya yang nyata keletihan. Papa dan ayah mertuaku sudah hilang entah ke mana. Bermain golf barangkali. Itu memang kegemaran kedua-duanya yang membuatkan mereka benar-benar serasi. Aku pernah juga bersama-sama Rauf menemani ayah mertuaku ke kelab golf. Kadangkala di Singapura dan kadangkala kami ke Johor Baharu. Namun, tidak ada yang menarik di situ. Mungkin juga kerana minat kami bukan di situ. Ibu mertuaku juga sering merungutkan perkara yang sama. Minat ayah mertuaku hanya dikongsi bersama kakak iparku Rafidah Hanim. Jika ada kelapangan memang mereka akan lesap ke padang golf. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kakak iparku yang seorang itu. “ Meen cuti lama ke?” aku berpaling ketika soalan itu lahir dari bibir ibu mertuaku.
“ minta cuti seminggu je dengan papa...kenapa bu?ada apa-apa planning ke?” aku sudah tersenyum kambing. Begitulah ibu mertuaku yang aku kenal. Pasti dia punya perancangan.
“ tak juga...cuma ingat nak ajak Meen temankan ibu tengok bunga baru...yang ada kat laman ni lama tak berganti...nak harapkan Hanim dengan Hanum memang tak ke manalah ibu...” aku tergelak kecil ketika terpandangkan muka adik iparku Hanum yang mengajuk bicara ibunya.
“ kita pergi sama-samalah Syakila...I pun nak survey new design boleh buat idea untuk any event...” aku dan Hanum sama-sama tersenyum dan berpandangan. Respon mama memberi makna akan panjangnya perbincangan mereka sebelum melangkah keluar ke destinasi. Aku dan Hanum melangkah masuk meninggalkan mama dan ibu mertuaku meneruskan angan dan cerita berdua. Ruang menonton di sudut kanan rumah menggamit aku melabuhkan punggung melayan perasaan sendiri. Hanum berlalu seakan mengerti keinginanku untuk bersendiri saat ini. Dia berlalu membiarkan aku mengintai kenangan semalam. Aku capai remort control memilih canel untuk ditonton. Akhirnya aku ketawa sendiri ketika siaran Astro Prima menayangkan cerita P.Ramlee yang tidak pernah lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Fikiranku lantas teringatkan Hani yang sangat gemar menonton cerita-cerita seniman agung kebangsaan seantero dunia itu.
“ Nur, kau balik KL tak weekend ni?” Hani bersuara ketika kami sama-sama sedang melayan perasaan di bilik selepas seharian keletihan dengan jadual waktu kuliah yang padat.
“ tak tau lagi...kenapa?” aku mengiring memandang Hani yang juga sedang bermalas-malas di atas katilnya.
“ aku teringinla nak tengok Teater Muzikal P.Ramlee tu...kalau tak silap aku ada extend time tau...kau teman aku nak tak?” Hani bercakap separuh memujuk. Aku diam memikirkan rancangan-rancangan hujung mingguku yang mungkin aku terlepas pandang.
“ hhhmmm...rasanya aku free weekend ni...nanti aku check esok takut jabatan ada planning...”
“ jomlah Nur...aku belanja kau ye...” Hani memujuk lagi. Hani tergelak besar melihat memek mukaku yang kebingungan.
“ ajaklah Amir...” aku mengusik.
“ tak nak lah...nanti dia banyak komen...lepas tengok teater boleh kita hang out...itu pun kalau kau tak kisahlah...” aku menganggukkan kepala menerima cadangan Hani yang bagi aku tidaklah keterlaluan. Akhirnya impian Hani aku tunaikan bila kami sama-sama menyaksikan Teater Muzikal P.Ramlee. Keesokan harinya aku dan Hani ke KLCC sekadar mencuci mata dan menenangkan fikiran yang tidaklah begitu kusut sebenarnya.
            Kenangan bersama Hani hilang sebaik cerita Tiga Abdul itu menemui penamatnya. Begitu juga dengan rancangan mama dan mertuaku yang tidak kesampaian bila papa dan ayah mertuaku pulang bersama beberapa ekor ikan, ayam dan daging. Tanpa perancangan akhirnya kami telah menyediakan bahan-bahan untuk BBQ pada malam berkenaan.
“ makanlah Meen...ibu tengok dah susut benar badan kamu...” ibu mertuaku meletakkan lagi beberapa keeping daging di pingganku yang sudah kosong.
“ ye Meen...ikan tu pun bagus juga untuk darah...” kakak iparku Hanim pula menokok. Aku sekadar tersenyum dan mengiyakan sahaja. Lewat tengah malam baru sesi makan-makan kami selesai. Aku gembira melihat kedua keluarga berkumpul bersama. Bagai tebayang-bayang suamiku turut di sisi. Sememangnya menjadi kebiasaan keluarga mertuaku membuat makan besar jika semua ahli keluarga berkumpul.
“ lega dah siap kemas...letihnya...” Hanum menyandarkan kepala di bahuku. Aku tersenyum memandang kemanjaan adik iparku. “ dah kenyang ni sedap tidur kan kak?” Hanum memelukku manja.
“ oooiiii!!!tengok ni Cik Haniah anak dara kita...dah kenyang nak tidur pula dia...” aku lihat mama tersenyum memandang besannya yang sedang merungut.
“ dah elok sangatlah tu ibu...eloknya mak mertua dia dengar sekali...” Hanim pula menggiat adiknya.
“ eh!macam ni pun ada ke orang nak buat menantu...”
“ ibu!!!kakak tu dengki...” Hanum sudah memuncung. Seketika usik-mengusik kami terganggu dengan deringan telefon bimbitku. Aku berlalu dan masih terdengar riuh rendah usikan di ruang tamu menggiat adik iparku Rafidah Hanum.
“ you dah tidur?” aku tidak terkejut dengan panggilan Andy. Malah dengan senang menyambutnya.
“ belum...”
“ riuh je...”
“ I dekat rumah family Rauf...baru lepas BBQ dinner...” aku amat berharap Andy memahaminya.
“ sorry I ganggu ye...”
“ no...”
“ I’ll call you later...if you don’t mind...” aku tersenyum ketika jelas Andy memahami. Aku bersetuju dan menamatkan perbualan kemudiannya. Aku tak pasti apa yang sedang aku rasa saat ini.
            Andy benar-benar mengotakan janjinya bila dia menghubungi aku ketika jam beranjak ke angka 1.20 pagi. Rentak perbualan kami masih belum menemui keserasian biarpun satu masa dulu kami bagai tidak cukup masa untuk bersembang dan bercerita.
“ I balik Sarawak esok...” Andy bersuara lagi selepas kami senyap beberapa ketika.
“ flight you pukul berapa?” entah kenapa aku sebak tiba-tiba. Aku bagai terbawa-bawa ketika Andy pulang ke Sarawak meninggalkan aku sendirian 10 tahun lalu.

***        ***        ***

“ I balik Sarawak esok tau sayang...” Andy bersuara ketika keretanya meninggalkan kawasan meletak kereta Plaza Angsana Johor Bahru. Aku diam sahaja tidak membalas. “ Nur...” aku diam ketika Andy meraih tanganku. Dia begitu tenang melalui detik-detik akhir pertemuan kami. Aku senyum memandang wajah Andy yang jelas kebingungan.
“ flight you pukul berapa?” aku memaksa sebuah senyuman. Aku mengangguk kemudiannya ketika Andy memaklumkan penerbangannya akan berlepas jam 3.00 petang. “ I’ll be missing you...” ingin sekali aku lafazkan ungkapan itu yang realitinya hanya di dalam hati sahaja. Keesokkannya tepat jam 3.00 petang aku biarkan airmataku berguguran menghantar kepulangan Andy ke Bumi Kenyalang. Menandakan berakhirnya sebuah ikatan yang dileraikan oleh Andy sendiri.
“ Nur...” khayalanku terbang sebaik mendengar suara Andy di seberang talian.
“ sorry...you cakap apa tadi?” rasa bersalah menyelubungi perasaanku saat mengabaikan Andy yang mungkin bercakap sendirian.
“ flight I malam esok...you balik KL bila?” Andy bertanya lagi. Dia tidak bertanya lagi bila aku memaklumkan aku juga akan pulang ke KL esok pagi. Andy turut memaklumkan dia akan kembali ke semenanjung seminggu kemudian kerana dia akan menghadiri temuduga dari Syarikat Automobil di Klang. Sempat aku mengucapkan selamat sebelum kami menamatkan perbualan.


~zara aqeela~

No comments: