-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Tuesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 4 ::..

Semangat untuk pulang hari ini membuatkan aku tidak senang duduk. Dua minggu terlantar di wad hospital bukanlah sesuatu yang aku gemari. Aku mengerling jam tanganku kurang 10 minit jam 10.00 pagi.
“ tak sabar nak balik?” terkejut aku dengan teguran doktor Rauf yang datang tiba-tiba.
“ doktor...eh bukan next treatment pukul 10.00 pagi ke?” aku duduk di birai katil.
“ nak jalan kat taman tak? I’ll bring you...”
“ really?great!!” doktor Rauf tersenyum melihat rasa terujaku.
“ sure...I pun off lepas ni...” doktor Rauf tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“ tapi dah dekat pukul 10.00 pagi ni...nanti nak check up...”
“ there’s no other check up at 10.00 Ameena...I saja je sebab nak jumpa you...” aku pasti senyumanku agak janggal mendengar penjelasan Doktor Rauf. Doktor Rauf terlebih dahulu turun kerana dia perlu menyerahkan tugas tepat jam 10.00 pagi. Kami berjanji untuk berjumpa di lobi hospital.
            Pertama kali aku berjalan di taman hospital bersama orang lain selain adikku Ameen atau mama atau papa. Baru pagi itu aku tahu Doktor Rauf dua tahun lebih muda dariku setahun tua daripada adikku Ameen seperti yang aku jangka. Ibunya memang berasal dari kota singa dan ayahnya berasal dari Selangor. Entah kenapa aku senang menerima segala cerita daripada Doktor Rauf pagi itu dan tanpa paksaan aku turut berkongsi memperkenalkan latar belakang keluarga.
“ so, memang dah lama awak sakit?” persoalan itu seiring dengan rasa terkejut yang terpamer di wajah Doktor Rauf ketika dia mengetahui aku menghidap tumor sejak berusia 11 tahun. Aku hanya mengangguk. “ patutlah awak macam terkejut bila tengok saya masa first time kita jumpa...”
“ hhhmmm...yup! sebab sebelum ni Doktor Nigel yang incharge...tapi saya okay je sebab saya percaya setiap doktor punya kepakaran mereka mengubati pesakit...kan?” aku lihat Doktor Rauf menganggukkan kepala. Kami terus bersembang sementara menunggu mama dan papa datang menjemput. Bertukar topik dari cerita keluarga hingga ke zaman persekolahan dan kerja masing-masing. Tepat jam 11.00 aku menerima panggilan daripada mama dan kami berpisah di situ. Namun rupanya perpisahan pagi itu adalah permulaan segala cerita.
“ aku ingatkan kau kat mana tadi Nur...kau tak sihat ke?” sekali lagi lamunanku terbang sebaik mendengar suara Hani menyapa.
“ aku okay...saja ambil angin...” aku tidak menoleh ke arah Hani. Sengaja membuang pandangan ke arah deretan rumah-rumah yang sudah tidak lagi dalam rekabentuk asalnya. Aku duduk di kerusi taman mini rumah Hani.
“ kau nak pergi mana-mana ke hari ni? boleh aku dengan Amir hantarkan...” Hani sudah duduk di sebelahku bersama segelas air suam. Pastilah untukku.
“ ingat nak ke rumah mertua aku...kita start program petang kan?” aku menoleh dan melihat Hani menganggukkan kepala. “tapi tak apa tak payah hantar aku pergi sendiri...” aku menyambung kemudiannya ketika Hani sudah bersetuju dan hendak bangun memaklumkan kepada suaminya. Dia akhirnya akur bila aku bersungguh-sungguh meyakinkan.
            Sekitar jam 10.00 aku sudah sampai di tanah perkuburan di mana arwah suamiku disemadikan sejak 3 tahun lalu. Rauf Haqem bin Ahmad Taufeq. Aku silap bila merasakan tempoh tiga tahun sudah cukup memberikan aku kekuatan menghadapi pemergian Rauf. Terasa longgar lutut dan sendi ketika tiba di sisi pusaranya. Bertambah sesak rasanya dadaku saat mataku beralih menatap pusara tanda cinta kami Amin Rafie di sisi kiri pusara suamiku. Sebaik aku menyentuh nisan kaku itu, luluh segala kesedihan. Airmata yang berjuraian kubiarkan membawa luruh segala kerinduan dan kenangan yang tersimpan dalam kamus rumahtangga aku dan Rauf.
“ Meen rindu...sangat...” tanpa sedar terluah bisikan itu dari bibirku. Aku gagahkan diri mencapai surah Yassin untuk kuhadiahkan buat Rauf. Sungguh aku ingin sekali dia berada di syurga Firdaus menantiku di sana. Ketika aku sering merasakan yang aku akan terlebih dahulu pergi rupanya aku yang ditinggalkan pergi. Ketika sering aku menyatakan keizinan untuk dia menikahi mana-mana wanita yang dia cintai sesudahku, rupanya aku cintanya hingga akhir hayat.
“ I’ll never let it be...I selalu berdoa supaya hanya ajal dan maut sahaja yang akan memisahkan kita sayang...” begitu setiap kali Rauf membalas bicaraku setiap malam. Sememangnya semenjak kami diijabkabulkan, Rauf meminta dia hanya bekerja di sebelah siang. Biarlah seharian itu terlalu lelah dan penat asalkan dia bersamaku di sebelah malam.
“ Nur Ameena?” aku terpempan seketika mendengar suara yang aku amat kenali. Ketika taburan bunga-bungaan baru separuh di atas pusara Rauf, aku didakap erat mertuaku Hajjah Syakila. Berjujuran airmata laju menuruni pipinya.
“ ibu...” begitu kuat sekali naluri seorang wanita bergelar ibu. Apakah dia turut mendengar keluhan dan rintihanku.
“ kenapa tak bagitahu ibu nak datang nak...”
“ saja tak nak susahkan ibu...ingat lepas ni nak ke rumah...” aku menunggu kedua mertuaku sudah menyedekahkan Fatihah buat anak mereka. Kegembiraan terpancar dari sinaran mata mereka berdua demi melihat kehadiranku di kota singa itu.
            Namun, aku dengan tidak berselindung menyatakan aku punya program petang tersebut. Aku berjanji akan bermalam di rumah mereka selepas segala kerjaku selesai. Sememangnya begitu perancangan asalku. Namun, apalah daya saat kerinduan dan perasaan itu datang merempuh tembok perasaan. Demi Allah aku gagal mengusir pergi perasaan kasih, sayang, rindu dan segala macam kemanisan yang aku kecapi bersama Rauf Haqem suamiku. Dialah anugerah Allah yang amat aku tidak sangka sekali. Dia membenam segala kekalutan perasaan yang tercipta antara aku dan Andy suatu masa dulu. Dia meyakinkan aku betapa cinta terindah adalah yang dikurniakan Allah. Bukan yang dicipta oleh manusia. Mungkin juga kerana aku dan Rauf sama-sama pernah melalui perasaan yang sama terhadap individu yang tidak mungkin kami miliki. Sepertimana aku dan Andy, Rauf turut punya cerita kasih yang sama. Cecilia. Gadis kacukan Serani-Iban. Malah mereka pernah bertunang tapi akhirnya terputus kerana keluarga Cecilia sama sekali tidak menyukai keputusan Cecilia memeluk Islam.
“ sayang...dia kekasih yang pertama tapi bukan yang terbaik...you...my love, my wife...maybe not the first but the best I ever had...” dimanjakan oleh Rauf sudah menjadi sebati dalam diriku.
Selepas makan tengahari di rumah mertuaku, aku memohon diri. Ayah mertuaku meminta pemandunya menghantar aku hingga ke rumah Hani. Mereka dengan berat hati melepaskan aku bersendirian. Perjalanan keluar dari sempadan mudah sahaja kerana sememangnya kenderaan mertuaku sering berurusan keluar dan masuk melalui jalan yang sama. Sudah kenal benar imigresen kedua-dua negara. Aku membuang pandangan keluar jendela. Memerhati kelibat anak-anak muda. Ada yang masih berbaju melayu. Barangkali belum kemana-mana sejak pulang dari solat Jumaat tadi. Hari Jumaat di mana-mana pun sama sahaja. Kebiasaan mengenakan baju melayu lengkap. 

***        ***        ***

Ketika kereta berhenti di lampu isyarat, beberapa orang pelajar lengkap berpakaian sekolah dan sekumpulan lainnya berpakaian asrama barangkali, melintas dengan membawa beg yang sederhana besar. Barangkali pulang ke kampung di hujung minggu. Itu yang sering aku lihat Kak Eemani dan Abang Eeman lalui ketika zaman persekolahan mereka. Perjalanan diteruskan melintasi deretan kedai yang sudah banyak betul berubah. Tiba-tiba dadaku berdebar saat terpandangkan sebuah kereta  Mitsubishi Evo model lama yang menjadi kegilaan ramai ketika zaman universitiku. Sungguh ingatanku melayang lagi kepada Andy. Keputusan untuk mengikuti program Alumni Fakulti Kejuruteraan tahun ini benar-benar membuatkan segala kenangan bersama Andy segar mengusik perasaan. Namun, demi sahaja aku memasuki sempadan negeri Darul Ta’zim sejak dua hari lalu, aku digamit kepedihan terkenangkan Rauf. Bercampur baur perasaanku. Antara aku dan Andy sudah menjadi kenangan yang berjaya aku lepaskan sebaik hati ini dipenuhi kasih, sayang dan cinta Rauf. Malah Rauf menerima kisah remajaku bersama Andy bagai sesuatu yang lumrah menerjah perasaan sebagaimana dia mengambil keputusan tanpa berfikir panjang tentang hubungannya dengan Cecilia. Antara aku dan Rauf tidak ada rahsia.

***        ***        ***

Hani memandu tenang meninggalkan perkarangan rumahnya. Dia jelas teruja ingin bertemu dengan teman-teman. Aku juga sebenarnya. Namun mungkin dalam dadaku ada sedikit debar yang tidak mungkin aku selindungkan.
“ Nur...kau okay kan?” Hani bersuara tanpa menoleh. Terkesan benar barangkali kegusaran yang terpamer diwajahku.
“ hhhmmm...bit nervous Hani...” aku senyum mengatur bicara.
“ aku pun sama debar Nur sebab hati aku kata Andy ada kali ni...past two times dia pun sama tak hadir Alumni Fakulti ni...aku tanya Zarimi dia kata Andy busy lagipun ramai sangat. Kali ni aku rasa dia ada sebab jemputan hanya batch kita dan junior kita je...” Hani membalas panjang membuatkan jantungku bagai mahu terhenti.
“ ooo...aku tak pernah tahu pula itu alasan dia...but I’m not here to meet him Hani...I want to meet all of our engineerians...hahaha...lama tak guna terms tu kan Hani?” akhirnya kami sama-sama ketawa.
“ Andy tahu pasal kau dan Rauf?” Hani tiba-tiba memecah kesunyian.
“ tak...maybe...sebab kami tak pernah berhubung selepas perjumpaan terakhir sebelum convo dulu...” aku membalas tenang. Ketika itu Proton SAGA FL Hani hanya beberapa meter sahaja lagi sebelum memasuki pintu utama universiti. Aku jelas dari jauh beberapa buah kereta memasuki pintu pagar utama. Mungkinkah dengan tujuan yang sama atau mungkin juga melalui rutin biasa mereka.
“ Rauf...” aku menarik tangan Hani dan menggenggam kuat ketika dia sedang bersedia untuk keluar. Aku sedang mencari kekuatan.
“ Nur...kau okay ke?” Hani jelas kaget dengan tingkahku. Entah kenapa bayangannya melintasi ruang fikiranku tanpa sedar. Lama aku terkaku sebelum menarik nafas dalam-dalam dan bersedia untuk keluar.
“ okay...tiba-tiba teringatkan Rauf...sorry to make you worried Hani...”
“ it’s okay...jom...” kami beriringan ke Dewan Tuanku Canselor yang terletak betul-betul di depan Taman Universiti. Mataku terpaku ke arah gazebo yang indah terhias dengan beberapa pokok daunan hutan. Suasana redup sahaja biarpun jam baru beranjak ke angka 4.20 petang. Kebiasaannya, 10 tahun dulu waktu-waktu begini matahari baru menyendeng ke arah barat mencari ruang untuk terbenam. Dulu. 10 tahun dulu. Kami sama-sama ke meja pendaftaran betul-betul di pintu masuk utama dewan. Sebaik mendaftar, Hani sudah bertemu dengan beberapa orang teman jabatannya. Aku memberi ruang untuk Hani bersembang. Bagai terpanah jantungku ketika wajah yang amat kukenali itu berdiri di meja pendaftaran yang hanya beberapa langkah dari tempat aku berdiri. Demi terpandangkan aku, dia juga bagai terkaku. Tapi aku jelas dia menuju ke arahku. Andy Rao Sharon.
“ hai...” sepatah.
“ hai...” aku membalas sepatah.
Saat itu aku rasa bagai masa sedang terhenti. Terasa bagai aku dan Andy sedang berada di dunia kami sendiri. Terbuai-buai. Entah apa dalam fikiran kami.
“ nak berdiri kat sini je ke?!” aku kembali ke alam realiti ketika aku lihat Zarimi sudah menepuk bahu Andy.
“ I...sorry...hhhmmm...you sihat ke?” Andy bersuara kemudiannya dengan sugguh kalut sekali.
“ hhhmmm...I...I...okay...and...you?” masyaAllah aku juga rupanya. Ketika itu aku pasti tiada darah mengalir di pipi kami jika ditoreh.
“ kau orang ni peliknya...macam tak pernah jumpa pula!” Hamdi pula menambah. Baik aku mahupun Andy tidak membalas. Kami hanya tersenyum sahaja.
“ I...”
“ duduk dengan I?” Andy lebih tenang aku kira. “ I pinjam dia sekejap boleh?” Andy menyambung ketika Hani sedang mendekati aku.
“ Nur...” aku mengangguk kecil. Aku kira Hani amat memahami dan aku memang tidak mahu menyinggung perasaan Andy selebihnya.
Kami mengambil tempat untuk mendengar taklimat. Sempat aku memberikan SMS kepada Hani supaya dia tidak duduk terlalu jauh daripadaku.
“ Hani...” aku memberitahu tanpa dipinta ketika Andy merenung wajahku. Aku menundukkan wajah saat aku tersedar kebiasaan itu bagai sesuatu yang refleks berlaku antara aku dan Andy. Seketika dia menyambut panggilan dan bercakap dengan loghat Sarawak. Aku diam sahaja.
“ my mummy...” kami akhirnya ketawa.
Melalui taklimat Pengarah Program, program akan bermula seawal 8.30 malam untuk Forum Tokoh Fakulti. Sungguh aku tidak menyangka namaku ada dalam senarai ahli panel. Tentulah aku bertambah terkejut ketika sorakan kuat bergema dalam Dewan Tuanku Canselor ketika nama Andy turut diumumkan. Pastilah teman sekuliah baik aku mahupun Andy amat jelas dengan hubungan kami yang sering menimbulkan kekeliruan 10 tahun lalu. Malah, bagai ditakdirkan Allah kami duduk bersebelahan petang tersebut.
Ketika hi-tea petang tersebut barulah aku punya sedikit kekuatan untuk bersuara lebih tenang dengan Andy. Itupun aku mohon Hani terus di sisiku. Mujurlah Hamdi dan Zarimi antara pelajar kuliah Andy yang agak rapat dengan Hani.
“ husband you tak ikut?” aku meneguk air kosong sambil mengukir sebuah senyuman. Aku lihat Hani menoleh ketika soalan itu keluar dari mulut Andy. Kali ini aku yakin Andy benar-benar tidak tahu tentang rumahtangga aku dan Rauf Haqem. Aku menggeleng kemudiannya.
“ you? alone?”
“ now alone...I datang dengan girlfriend I semalam...” aku sekadar tersenyum dengan penjelasan yang aku jangka sejak semalam lagi. “ husband you orang mana?” Andy menyambung lagi. Dia menuangkan air suam untukku ketika aku menolak jus oren yang ditawarkan.
“ Singapore...” spontan senyuman Rauf Haqem melatari mindaku. Aku menarik nafas dalam-dalam ketika aku terasa kelopak mataku panas.
“ ooo...dia kat Singapore ke ni?” aku menganggukkan kepala. Aku menoleh ke arah Hani yang semakin jelas mempamer riak kurang senang dengan soalan-soalan Andy.
“ Andy, I nak ambil balik kawan I ni...nanti tak sempat nak bersiap...cepat-cepat sembang okay, sementara I pose kat taman...” Hani berlalu kemudiannya. Sempat dia mengelus lenganku memberi kekuatan.
“ jom kita ambil gambar...husband you marah tak agaknya?” Andy sudah mengeluarkan kamera dari poket seluarnya.
“ no...he’s really understanding...and he knew you Andy...” aku sudah meletakkan gelas di meja menandakan aku bersedia untuk bergambar dengannya. “kenapa ni? tak percaya pula ke?” aku menyambung ketika Andy masih berdiri di tempatnya.
“ really?” Andy masih tidak percaya ketika kami beriringan ke taman.
“ ye Andy...I pernah tipu you ke?” aku tanpa sedar sudah menarik tangan Andy ke gazebo di mana kami selalu duduk bersama. “ sorry I tak sengaja...”
“ It’s okay...kira you balas ketidaksengajaan I yang selalu sangat 10 tahun dulu...” aku hanya tersenyum dengan usikan Andy. Kami mengambil tempat ketika Zarimi sudah bersedia mengambil gambar aku dan Andy. Aku lihat Andy tersenyum sahaja saat diusik Zarimi dan Hamdi. Selepas beberapa gambar dirakam aku memohon diri untuk pulang.
            Sepanjang perjalanan pulang aku dihidangkan dengan cerita Hani tentang teman-teman lama yang ditemui tadi. Begitu juga aku yang turut terasa bahang hangat dan gembiranya berjumpa teman kuliah yang terlalu lama tidak ditemui. Malah Hani juga membawa ingatanku ketika dia memaklumkan rasa tidak terkejutnya bila aku dan Andy diumumkan sebagai panel forum malam berkenaan.
“ sebenarnya aku dah tahu Nur...sorry ye...” Hani dengan rasa bersalah memaklumkan.
“ Hani kau tak baik tau...” aku menepuk bahu Hani lembut.
“ kau ingat tak dulu kau dengan Andy pernah jadi ahli panel forum siswa siswi contoh masa kita final year...ingat tak? Program tu rating tertinggi dalam catatan fakulti tau...” Hani menyambung kemudiannya. Dia sekali lagi membawa ingatanku kepada kisah 10 tahun lalu.

***        ***        ***

~Andy:you...~
~Aku:yup dear...why?~
~Andy:are you ready?i’m lil bit nervous dear... ~
~Aku:me too...baru siap nak ke dewan ni...~
~Andy:see you there...~
~Aku:ok...~
            Malam itu merupakan antara malam-malam terakhir sebelum pesta konvo berlangsung. Aku, Andy dan dua orang lagi pelajar dipilih menjadi panel untuk Forum Tokoh Siswa dan Siswi. Aku dipilih berdasarkan kemahiran, Andy bidang sukan, Zainal dari Fakulti Pendidikan dalam bidang akademik dan Nurul Aisyah dari Jabatan Alam Sekitar dalam bidang kepimpinan. Malam itu merupakan saat yang tidak mungkin aku lupakan kerana pertama kali aku menjadi perhatian ramai dalam dewan yang besar. Malah usikan-usikan kecil dan siulan nakal dari kumpulan teman-teman kuliah Andy membuatkan tidak keruan ketika kami beriringan naik ke pentas sebaik nama diumumkan. Seperti yang aku jangka memang posisiku di sebelah Andy di atas pentas.

***        ***        ***

Aku terus naik ke bilik ketika jam sudah menunjukkan pukul 6.58 minit petang. Hani masih di ruang tamu bersembang dengan Amir dan anak-anaknya. Aku melabuhkan punggung di birai katil. Ketika mencari pakaian yang sesuai, aku terpandangkan bingkai gambar kecil aku dan Rauf di meja sisi yang sering aku bawa ke mana-mana sahaja semenjak gambar itu dirakamkan. Tanpa mampu kutahan-tahan airmataku gugur lagi. Saat itu aku amat berharap Rauf hadir di sisi memberikan kekuatan sebagaimana aku dipeluk erat ketika aku kehilangan anak yang sedang kukandung. Kandungan yang masuk usia 8 bulan tidak dapat diselamatkan ketika aku terlibat dalam kemalangan akibat serangan sakit yang tiba-tiba ketika aku sedang memandu.
“ sayang...please don’t be like this sayang...” Rauf memeluk erat sambil mencium dahiku berkali-kali.
“ I’m sorry it’s my fault...please don’t leave me...I’m really sorry...” aku mengongoi bagai hilang pedoman saat aku dimaklumkan anak dalam kandunganku tidak dapat diselamatkan. Itupun aku tahu selepas aku sedar dari koma selama 3 hari.
“ sayang...sssyyy...jangan macam ni sayang...you make me worried...” aku tahu Rauf menyayangi aku lebih dari segalanya. Malah, kedua mertuaku juga amat maklum tentang perasaan sayangnya padaku. Namun aku bersyukur kedua mertuaku memahami dan tidak pernah merungut.
“ Nur...” Hani sudah di sisi dan memelukku erat sekali. “kenapa ni?” aku menggelengkan kepala berkali-kali. Entah sejak bila Hani menyedari keadaanku begitu.
“ aku rindukan Rauf, Hani...aku rindu dia...kenapa dia tinggalkan aku Hani?” aku sudah membalas pelukan Hani erat sekali. Sangat erat hingga aku dapat mendengar keresahan degupan jantungnya.
“ Nur please jangan macam ni Nur...kau kuatkan? Aku tahu kau kuat...”
“ Nur...” Amir sudah turut duduk di birai katil. Sememangnya Amir sudah biasa melihatku begitu.
“ dia di mana-mana Hani...angin, bulan, matahari semua membawa aku kepada dia...”
“ Nur...Rauf pun mesti tak suka kalau dia tahu Nur macam ni...Nur kena kuat...nanti Nur sakit...” aku tidak membalas kata-kata Amir. Aku dapat lihat dia menggenggam erat tangan Hani. Pastilah dia sedang memberi kekuatan kepada isterinya. Tangisanku sudah semakin reda biarpun dadaku terasa sesak sekali menahan perasaan.
“ kalau kau tak nak pergi aku telefon urusetia...”
“ no!” aku memintas kata-kata Hani. “ no...aku kena pergi sebab ini caranya aku membina kekuatan...aku kena belajar hadapi semua ni Hani...” aku sudah melerai pelukan. Aku beralih pandang kepada Amir memohon pengertian sepasang suami isteri itu.
“ yes it’s true but then if it will make you get worse, that’s not the best way to change Nur...” Amir membalas.
“ I will try...Hani...Amir...please believe me...” aku memaksa sebuah senyuman. Laju jemariku mengesat sisa airmata yang masih basah di pipiku. “ please do support me...” pantas Hani menarik aku dalam pelukan dan aku lihat Amir menganggukkan kepala berkali-kali.
“ okay then, dah lewat ni nak siap-siap lagi...you kena bawa VIP malam ni dear...jangan biar penonton tunggu lama...” Amir berjaya menyuntik senyuman aku dan Hani. Aku mengenakan sepasang baju kurung yang dibelikan oleh mama sebulan lalu semasa mama dan papa ke UK melawat Kak Eemani dan keluarganya.
Aku tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Usai solat Maghrib, aku bersiap dan turun ke ruang tamu menunggu Hani. Jam baru beranjak ke angka 7.45 malam ketika Hani turun dari biliknya. Amir dan anak-anaknya menghantar kami hingga kami keluar ke jalan utama.
Sama seperti 10 tahun lalu aku dan Andy masih menerima usikan dan siulan nakal daripada rakan-rakan kuliah Andy. Galaknya kami bagai anak-anak awal usia 20-an sama macam ketika kami di alam kampus dulu. Sebaik mengambil tempat, aku memang sama sekali tidak menjangka Andy telah membuatkan dewan menjadi semakin gamat bila dia dengan sengaja meminta Zainal beralih tempat supaya dia dapat duduk di sebelahku. Panel yang sama seperti 10 tahun lalu dengan bicara yang lebih meluas dan melampaui batasan usia. Maklum sahaja selepas 10 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Kali ini soalan juga turut berbeza.
“ bidang yang berbeza bukanlah halangan untuk kita menjalankan tugas dengan sempurna...as long as kita bersungguh dan komited dengan kerja. One more thing minat...interested is important...” Andy tenang ketika diajukan tentang bidang kerjanya yang jauh menyimpang dari bidang yang dia ambil. Manakan tidak, dia lulusan Kejuruteraan Mekanikal, tapi bertugas sebagai jurutera sistem operasi di sebuah syarikat ICT.
“ macam mana dengan sukan ragbi? masih star macam dulu?” gamat seisi dewan ketika kenangan itu digamit.
“ star tu tak adalah...” Andy tersenyum menjawab. Rona kemerahan jelas di wajah Andy. Sesekali Andy menoleh ke arahku. “ tapi saya masih bermain ragbi sama macam dulu juga...saya rasa sukan ni sesuatu yang baik dan positif untuk kehidupan kita...kerja kuat perlu seiring dengan kesihatan...dengan cara bersukan saya rasa hidup lebih seimbang...” Andy menamatkan komennya.
            Soalan beralih pula kepada aku sebagai panel ketiga. Sama seperti panel yang lain, aku perlu menjawab beberapa soalan asas tentang kehidupan kami. Termasuklah soalan yang aku kira telah merubah suasana dewan.
“ macam mana dengan kehidupan keluarga...kita sedia maklum, Kak Nur sudah mendirikan rumahtangga...maklum sahaja Kak Nur bekerja dalam bidang yang kita tahu mencabar dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. So macam mana dengan suami dan keluarga Kak Nur?” seperti yang aku jangka Hani seakan tidak berpuas hati dengan soalan begitu. Pastilah sahaja dia masih kegusaran dengan keadaanku yang amat membimbangkan sebentar tadi.
“ Alhamdulillah semuanya dalam keadaan terkawal...saya dah mula bekerja dalam bidang automobil ni sebelum saya mendirikan rumahtangga. Bila dah jadi isteri yang berbezanya cuma status sahaja. Saya tetap bekerja macam biasa sama seperti sebelum kahwin. Mungkin ramai yang belum maklum, suami saya sudah kembali ke rahmatullah 3 tahun lalu. Lebih kurang setahun selepas kami mendirikan rumahtangga...” aku berhenti seketika dan aku lihat Hani menganggukkan kepala menandakan faktaku tepat. Sebenarnya aku sedang mengumpulkan kekuatan. Jemari tanganku sudah bertaut kiri dan kanan mencari kekuatan.
“ maaf Kak Nur...”
“ it’s okay Faizul...” aku tahu juniorku itu sedang serba salah. Aku lihat Andy di sebelah sudah tidak senang duduk. Badannya tegak sambil matanya tidak berkedip menunggu bicaraku seterusnya. “ so, sejak 3 tahun lepas, saya dah pindah ke Kuala Lumpur meneruskan kerja yang sama. Suasana kerja berbeza sikit sebab sebelum ni kerja online via conference system but now in reality. Kesimpulannya, everything is okay for me. Sama sebelum kahwin, selepas kahwin dan selepas suami saya kembali ke rahmatullah. Betul kata Faizul tu kerja ni menuntut pengorbanan masa yang sangat banyak dan kadangkala emosi sebab kerja bidang automotive ni banyak bekerja dengan Japanese. Stress juga rasanya. Dulu ada suami tolong release now tak ada. Itulah kot bezanya. The rest sama je...” aku sedar suasana dewan sedikit lain. Tapi, akhirnya pengerusi forum berjaya mengawal suasana dengan soalan-soalan yang sedikit santai.
            Forum tersebut yang mengambil masa 1 jam 30 minit, berhenti rehat seketika sebelum Pengarah Program mengambil tempat bersama Dekan yang turut hadir memberikan ucapan terima kasih dan menyampaikan cenderahati. Forum malam itu turut menjemput pelajar tahun akhir sebagai penonton untuk memberikan mereka pendedahan sama seperti yang pernah aku lalui ketika aku di alam kampus dulu.
“ Nur...” Hani menerpa sebaik kami turun dari pentas.
“ Nur...” Andy turut di sisi. Dia tegak bercekak pinggang. Aku nampak jelas kecewa di wajahnya. Masakan aku tidak mengenali Andy. Setiap jalur di wajahnya boleh aku baca makna yang cuba disampaikan.
“ kau nak makan sekarang ke?” aku bertanya ketika aku yakin Hani serba salah dengan tingkah Andy di sebelahku. Selebihnya aku sedang menenangkan diri sendiri.
“ tak...aku tunggu kau...”
“ Nur!” kami bertiga serentak menoleh ketika Hamdi dan Zarimi mendekati. Aku kira mereka punya perkara yang sama ingin dibicarakan.
“ I nak cakap dengan you...sorry Hani...” Andy menarik aku perlahan.
“ Andy...” berat sekali Hani ingin melepaskan aku.
“ please Hani...Nur...please...” Hani mengelus perlahan lenganku ketika aku menganggukkan kepala.
            Kami berjalan ke kerusi yang tersusun rapi sementara menunggu pelajar-pelajar kampus yang menyertai forum beransur ke asrama dan mungkin rumah sewa masing-masing.
“ why?”
“ what Andy?”
“ kenapa you tipu I masa I tanya pasal husband you tadi?”
“ betul husband I di Singapore sebab dia disemadikan di sana...”
“ why sayang? kenapa you tak bagitahu I tadi?” aku duduk di depan Andy. Laju tanganku mengesat airmata yang sedang mengalir di pipiku. Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum.
“ Andy please janganlah macam ni...” aku tidak keruan ketika Andy tiba-tiba mengalirkan airmata di depanku. Dia sudah terduduk tanpa menghabiskan biacaranya. “ we decided all this together...we agreed not to search for each other right Andy? that’s what we dealed before...”
“ I leave you...” Andy memintas kata-kataku.
“ pertemuan selepas 10 tahun ni satu rahmat buat I...saat I masih confuse either you want to meet me or not...”
“ I minta maaf sayang...”
“ tak payahlah minta maaf Andy...I okay...terubat rindu I pada you selama 10 tahun...”
“ you rindu I?”
“ of course...you tak rindu I?” aku lihat Andy menganggukkan kepala dengan bersungguh dan memaksa dirinya tersenyum.
            Perbualan kami terganggu ketika Pengarah Program telah mengambil tempat untuk memaklumkan perjalanan program esok. Hani sudah mengambil tempat di sebelahku. Laju dia menarik tanganku dan digenggam erat. Aku sedikit teruja bila Pengarah Program memaklumkan sebelah siangnya kami akan mengikuti aktiviti berbentuk akademik. Kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan mengikuti aktiviti tutorial dan amali di bengkel dan makmal. Subjek yang dipilih adalah subjek umum fakulti. Tentulah sesuatu yang menggembirakan dan bakal menggamit kenangan buat kami semua. Selepas makan tengahari hanya 6 kumpulan yang memperoleh markah tertinggi akan berentap dalam pertandingan kuiz yang berbentuk kalah mati. Kemudian semua peserta akan berehat sebelum acara sukaneka yang akan bermula jam 4.00 petang.
“ okay...okay...all of you boleh cabut undi dekat meja urusetia di sekeliling dewan. Semua sekali ada 10 meja dengan 20 balang undi yang akan menghasilkan 10 kumpulan okay. Selepas cabut undi, tulis nama masing-masing dekat board yang ada tulis nombor kumpulan then berkumpul dekat kumpulan masing-masing okay. Bila semua dah dapat kumpulan masing-masing, nanti urusetia nak inform details for tomorrow okay.
            Aku menjadi sedikit tidak keruan bila dalam keadaan hingar bingar. Pandanganku mula sedikit berbalam.
“ Nur...” aku hanya tersenyum ketika Andy sudah berdiri di sisiku. “ kenapa ni?”
“ okay...you dah cabut undi?” aku cuba menggagahkan kakiku.
“ dah...tapi I nak tunggu you...”
“ Hani!” aku melaung nama Hani. Aku memberi isyarat supaya Hani menungguku.
“ Nur...I tunggu kat sini okay...” aku mengiyakan dan berlalu ke arah Hani. Segera aku memaut lengan Hani sebaik aku berdiri di sebelahnya.
“ Nur...kau sakit ye?”
“ pening sikit Hani...” kami beriringan menuju ke meja urusetia yang paling kurang pengunjungnya. Sebaik mencabut undi kami sama-sama membuka kertas undi.
“ great!” tanpa sedar kami sudah berpelukan.
“ berapa?” Hamdi yang kebetulan di meja sama bertanya.
“ seven!!” aku dan Hani menjawab serentak.
“ dah elok sangatlah tu...sama dengan aku...”
“ you...” Andy sudah mendekati. Aku dan Hani sama menunjukkan kertas nombor undian kami. “ our lucky number right?” Andy turut menayangkan nombor yang sama.
            Kami bergerak pulang sekitar jam 10.50 malam selepas minum malam. Aku mula rasa badanku sedikit tidak bermaya. Bukanlah perkara yang asing bagiku sebenarnya. Cuma aku agak kurang selesa jika ianya berlarutan. Aku tak mungin lupa bagaimana kalutnya Hani ketika pertama kali aku hampir pitam dan darah mengalir begitu banyak dari hidungku. Juga kisah 10 tahun dulu.
“ Nur!kau kenapa ni?” Hani segera menerpa ketika aku hampir sahaja terjelepuk di muka pintu bilik asrama kami. Aku tidak menjawab sebaliknya segera berbaring di katil. Aku berkali-kali menghalang ketika Hani ingin menghubungi Andy. Ketika itu peperiksaan akhir semester kami di tahun akhir baru sahaja memasuki minggu kedua. Mujurlah keesokan harinya aku tidak punya kertas yang harus diduduki.
“ tolong ambil box putih dalam laci...almari...” aku berusaha membersihkan darah yang mengalir. Pandanganku sama sekali kelam ketika itu.
“ ni ke?” Hani sudah duduk di sisiku yang berbaring. “ kau nak air?” Hani menyambung lagi. Aku menggeleng. Seketika Hani menghilang dan kembali lagi bersama tuala basah. Dia meletakkan di kepalaku.
“ sorry Hani...kau tengah study ke?” aku berusaha menguntum senyum. Hani menggeleng. Tapi aku yakin dia bohong kerana dia masih ada kertas peperiksaan akhir yang berbaki.
“ aku tengah online dengan Amir tadi...release sebab esok tak ada paper...kau kenapa Nur?”
“ Hani, nanti lepas habis exam aku cerita okay...aku minta maaf sebab susahkan kau...” aku menutup keresahan Hani yang masih berlarutan. Namun, aku tepati janji. Sebaik tamat peperiksaan akhir, aku dan Hani sama-sama bersantai di taman universiti. Segalanya aku ceritakan tanpa ada satu yang tertinggal. Aku tidak mahu Hani kebimbangan.
“ kenapa kau tak bagitau aku Nur? Selama 5 tahun ni aku tak pernah perasan pun...aku minta maaf...” seperti yang aku jangka Hani akan berkata begitu.
“ mestilah aku sorok dari kau...” aku ketawa kemudiannya membuatkan muncung Hani memanjang. “ tapi, kau mesti janji nobody will found it out okay?” aku bertegas. “ yes! including him. Andy Rao Sharon. Full stop!” Hani mengangguk lemah dengan paksaan yang aku buat. Sungguh dia berpegang kepada janjinya. Malah jika aku terpaksa turun ke Singapura menjalani rawatan, Hani akan datang melawat jika berkesempatan. Malah, Hani jugalah antara yang awal mengesan hubungan antara aku dan Rauf.
“ okay, we’re arrived...Nur...kau okay ke?” Hani sekali lagi mematikan lamunanku. Kami beriringan masuk ke rumah bila aku menguntum senyum. Seperti biasa Amir setia menanti Hani di ruang tamu. Aku melangkah naik ke bilik dan tanpa aku duga, setapak dua anak tangga aku naiki aku rebah.
“ Nur...eh tak payah bangun...” spontan Hani membaringkan aku semula.
“ dah sedar? Nur okay ke ni?” Amir bergegas masuk.
“ Rauf...”
“ Nur...istighfar Nur...aku ni Hani...” aku menganggukkan kepala tanda aku sedar itu dia dan suaminya. Hani dan Amir akhirnya berlalu ketika aku bersungguh-sungguh meyakinkan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
            Aku bangun perlahan-lahan menuju ke bilik air. Membersihkan diri, berwudhu’ dan menunaikan solat. Menenangkan hati dan perasaan sendiri. Aku kembali bersandar di birai katil. Aku pejamkan mata perlahan. Rapat-rapat. Berlumba-lumba ingatan ingin menemani malamku. Andy dan Rauf sama ingin memenangi kesepianku malam itu.
“ mama...” bersalah rasanya mengganggu malam mama.
“ Meen...kenapa ni sayang?”
“ nothing ma...” aku gagal membohongi mama. Akhirnya airmataku gugur lagi saat aku sedang berperang dengan kekusutan yang keterlaluan menerjah perasaan saat ini. Rindu pada Rauf yang tidak mungkin kembali dan sayang padanya yang tidak pernah hilang. Rindu pada Andy dan sayang padanya yang tidak punya apa-apa makna.
“ Meen sakit ke?”
“ tak ma...”
“ Meen...”
“ I miss him ma...I just miss him...” aku dengar suara mama sudah berubah di hujung talian ketika dia memujukku. Sejak aku kehilangan Rauf mama benar-benar bimbang kerana Rauf antara orang yang berjaya membuatkan aku berada dalam keadaan sihat dan stabil. Bukan sahaja kerana dia seorang doktor. Tapi juga kerana dia suamiku. Begitulah juga dengan mertuaku.
“ Meen kena kuat sayang...Meen tak boleh stress kena berehat...how’s your gathering today?” aku tahu mama sedang cuba membangkitkan suasana ceria.
“ great for first day ma...timetable for tomorrow also great ma...we’ll be in class...nice right?” tiba-tiba ingatanku dibawa kepada alam kampus yang indah belaka.
“ good planning dear...”
“ bukan Meen yang planed all that ma...Meen peserta je...” aku dan mama sama tergelak. Akhirnya aku senang hati menamatkan perbualan dengan mama dan tidur lena hingga ke pagi.

~zara aqeela~

No comments: