-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 17 ::..

Aku kembali ke Mahawangsa selepas lama bercuti. Seminggu itu bagiku sangat lama kerana aku perlu meneliti dua lokasi sebaik memulakan semula kerja. Aku terus ke Mahawangsa Services Center ditemani Abang Eeman dan Abang Haizam.
“ morning Cik Nur...bawa bodyguard ye pagi ni...” seperti biasa Nazim menyambutku di pintu utama Mahawangsa Service Center. Aku bersama Abang Eeman dan Abang Haizam menyertai sesi taklimat pagi. Selesai taklimat pagi, aku bawa mereka meninjau sekitar Mahawangsa Service Center. Bermula di Bahagian Keselamatan hingga ke Bahagian Pembersihan, aku pastikan tidak ada satu pun yang tertinggal. Kemudian kami beralih ke Mahawangsa Autoparts di mana pejabat keduaku ditempatkan.
“ ooo ni kalah pejabat Dato’ Irfan...tengok Man...” Abang Haizam separuh menjerit melihat pejabatku yang lengkap seakan sebuah pent haouse. Seketika Abang Eeman turut memberi reaksi yang sama.
“ cemburulah tu...baliklah sini nanti boleh minta satu dekat papa...” aku menjemput kedua-dua abangku itu duduk. “ Meen request one complete office je ada ruang rehat tak sangka papa bagi macam ni...” aku menyambung kemudiannya.
“ I like this side...strategic sangat...siapa designer ni?” Abang Haizam sudah berdiri di ruang sederhana besar yang aku bahasakan sebagai menara tinjau. Aku memang boleh melihat kedua-dua bahagian services center dan autoparts jika berada di situ. Malah aku sering juga berbincang dengan pekerjaku di situ.
“ of courselah Ameen Dato’ Irfan...” aku tergelak kecil ketika Abang Eeman mencebik. Aku tahu dia sengaja ingin mengusik.
            Kami bertiga tersangkut di menara tinjau ketika beberapa buah kenderaan masuk mendapatkan service. Memang beberapa tenaga pakar di bawah seliaan Nazim begitu membanggakan Mahawangsa. Malah Alex telah Nazim lantik sebagai Pembantu Pengurus Juruteknik di Mahawangsa Service. Alhamdulillah dia seorang yang jujur dalam urusniaga. Aku berdiri ketika Nazim menunjukkan isyarat minta aku turun. Aku segera menukar kasut dan turun ke bengkel. Aku menyarung baju bengkel menuju ke arah BMW Z4 yang baru sahaja masuk ke ruang kerja.
“ Era Edar hantar ke mari sebab dia kata ada sistem yang tak kena dengan kereta ni...” Nazim menghulurkan fail yang dibawa oleh wakil dari Era Edar. Kami berjabat tangan. Sempat aku menjeling pengenalan kerjanya. Munif.
“ kenapa ye?” aku meneliti fail. Enjin Z4 Roadster tersebut tidak mencapai tahap kualiti yang dinyatakan. Begitu yang dicatatkan. Sistem pendawaiannya juga tidak memenuhi spec yang digariskan. “ it must be something wrong here...” aku meminta Z4 Roadster tersebut supaya jangan diusik dulu sementara aku menghubungi Era Edar.
“ kenapa Meen?” Abang Haizam sudah mendekati kami yang mungkin nampak terlalu serius.
“ ada yang tak kena ke? nampak macam baru je...” Abang Eeman pula mnyambung. Dia sudah berdiri di sisi Nazim. Aku tidak dengar butir bicaranya ketika aku sudah mendapatkan maklumat pegawai yang menghantar Munif ke Mahawangsa.
“ hello Mr Shahrin please...” aku menoleh ke arah BMW Z4 Roadster yang memang masih baru di depanku. Nombor pendaftaran juga masih belum dipasang. Pasti pembelinya benar-benar seorang yang berduit.
“ hello Shahrin speaking...” aku terpana seketika mendengar suaranya. “ hello...” dia memanggil lagi.
“ sorry...Nur here...Mahawangsa...I just want to ask about Z4 here from Era Edar...”
“ oh yes...sebenarnya kami dah buat pemeriksaan tapi kami macam tak percaya masalah enjin dan spec sebab it’s fresh from port...” aku mengangguk. Jadi benarlah kemungkinan penyeludupan dan kecurian kenderaan mewah seperti cerita Abang Eeman semalam.
“ kalau you boleh datang dengan more details sebab dalam fail ni tak ada spec lengkap...” aku meneliti beberapa dokumen yang hanya memberitahu tentang pemeriksaan sahaja. Aku akhirnya bersetuju bila dia kata dia akan datang dalam masa 2 jam lagi. Aku minta Nazim menghantarkan Munif ke Era Edar kalau dia ingin pulang.
“ Meen nak ke sebelah...” tiba-tiba sesuatu menangkap ubun-ubun kepalaku.
“ Meen!!” serentak Abang Eeman dan Abang Haizam mendekatiku. Aku memegang tangan keduanya. Aku tegakkan badan dan memandang sekeliling. Sedikit samar sebelum kembali terang. “ biar abang tengok apa boleh tolong kat sebelah...Meen rehatlah...” Abang Haizam menyambung kemudiannya.
“ ada barang nak sampai kan? tak apa abang pergi tengok...Meen naiklah rehat...” Abang Eeman pula menyambung. Pastilah Nazim memaklumkan ketika mereka berbual tadi. Aku mengalah dan bergerak ke pejabatku. Segera mengambil ubat dan merebahkan badan di sofa. Aku dapat merasakan keadaan penyakitku semakin negatif. Kebelakangan ini kerap sekali penyakitku menyerang secara tiba-tiba.
“ okay Shahrin terima kasih sebab percayakan Mahawangsa...kami akan hubungi Era Edear selepas laporan dikeluarkan...by the way thank you sebab gunakan servis Mahawangsa...” aku cuba bangun ketika mendengar suara Abang Haizam di ruang kerja. Sememangnya ada pemisah antara ruang kerja dan bilik rehatku. Memang sengaja papa meminta Ameen mereka bangunan pejabatku begitu supaya aku dapat ruang rehat yang selesa.
“ Meen...” aku bersandar di sofa ketika Abang Haizam menguak pintu bilik rehat. Kepalaku terasa sangat berat. “ okay tak ni?” dia menghulurkan aku segelas air suam. Aku mengangguk dan mencapai gelas minuman.
“ Encik Shahrin tu dah sampai ke?” aku bersuara selepas beberapa ketika.
“ dah balik pun...memang ada masalah sikit...tapi nantilah kita cerita...abang dah suruh Nazim buat inspection dulu kita tengok report kemudian...” Abang Haizam menjawab tanpa memandang. Dia leka meninjau ke bahagian autoparts. Sesekali dia tersenyum dan tergelak kecil membuatkan aku bangun menyertainya. Rupanya dia sedang mentertawakan Abang Eeman yang bersungguh-sungguh membantu Alex membuat pengubahsuaian kepada sebuah kereta Mercedes sports.
“ Tengku Jay punya tu...ada lah yang dia tak puas hati tu...baru masuk last month tu...” aku memaklumkan.
“ serius?!” suara teruja Abang Haizam bersekali dengan matanya yang galak. Bagai ingin tembus cermin menara tinjau. “ abang minat dia tu...selalu juga abang download video drift dia...”
“ baguslah kalau minat...esok dia sure datang...selalu macam tu lah...dia akan datang hantar bagitahu apa yang dia tak puas dengan kereta dia...suruh kita check dulu...esok dia datang dengar kita punya suggestion...” aku berjalan semula ke sofa.

***        ***        ***

Sekitar jam 3.00 petang, aku beransur ke Mahawangsa Holdings bersama kedua-dua abangku. Itupun selepas berkali-kali aku mengingatkan aku punya urusan untuk diselesaikan. Aku biarkan Abang Haizam menyertai Nazim di Services Center dan Abang Eeman di Autoparts Service. Entah apa yang dibuatnya aku tak pasti kerana ketika turun dari pejabat aku lihat keadaan kedua-duanya sudah sama macam pekerjaku yang lain. Berkali-kali juga Nazim dan Alex memohon maaf daripadaku kerana tidak menghalang kedua-duanya daripada menyertai pasukan kerja mereka.
“ Anak Dato’ Irfan Memang sama degil macam papa dia juga...” aku membalas kata-kata Nazim dan Alex.
“ sama lah macam bos korang ni...” aku mencebik ketika Abang Eeman mengutukku. Sememangnya begitulah sikap kami ketika bekerja. Aku memang senang kalau dapat turun padang bersama mereka.
“ okay Nazim...Alex...saya nak ke Mahawangsa...Encik Shahir dah bising...” aku tersenyum memandang Nazim yang memang sangat memahami sikap Shahir yang kadang kala sedikit bossy.
            Alangkah terkejutnya Aida ketika menyambut kedatangan aku, Abang Eeman dan Abang Haizam yang sedikit comot. Begitu juga dengan papa sebaik aku memanggilnya di bilik rehat. Tapi, seperti biasa papa tetap positif. Dia memang selalu melatih kami supaya turun padang kalau urusan kerja. Aku kembali ke meja kerja selepas bersembang sepatah dua.
“ Aida, minta tolong cafe hantar cake and fresh orange for three set okay...and panggil Encik Shahir masuk ke bilik saya...” aku menekan interkom meminta bantuan Aida pembantuku.
“ okay Cik Nur...” tidak sampai 10 minit, Shahir sudah duduk di depanku.
“ you pergi mana?” Shahir bersuara ketika melihat aku tidak memberikan sebarang reaksi. Aku masak benar dengan sikap Shahir yang mula mempamer cemburu tanpa berselindung. Aku kira dia terlalu mudah menyalahtafsir hubungan kami. Aku tidak salahkan Shahir kerana aku tahu dia memang menyimpan perasaan kepadaku sejak 8 tahun lalu.
“ services center...” aku menjawab sepatah tanpa memandang. Aku tahu dia mencariku tanpa ada perkara penting pun. Kalau ada perkara penting berkaitan pejabat dia akan memberitahu lebih awal lebih-lebih lagi kalau kami punya temujanji dengan pelanggan.
“ tak bagitahu I pun...you pergi dengan siapa?” dia menyoal lagi. Aku menyandarkan badan memandang wajahnya.
“ kenapa nak bagitahu you pula Shahir? I rasa semua dah maklum I memang akan berada di sana dan balik ke sini jika perlu sahaja...by the way I pergi dengan abang-abang I yang tengah sembang dengan papa kat dalam tu...” aku memuncungkan bibir ke arah bilik rehat yang terletak di antara bilikku dengan bilik papa. Aku lihat riak terkejut di wajahnya.
“ sorry...I’m just worried Meen...”
“ no need to worried Shahir...I dah dewasa...I dah lalui kesukaran yang lebih daripada sekadar memandu ke sana ke mari seorang diri...I am 33 years old widow...” aku sengaja mengingatkan perkara itu kepada Shahir. Aku ingin dia sentiasa ingat itu jika memang dia masih ingin cuba memikatku.
“ Meen...jangan cakap macam tu...I minta maaf okay...” aku senyum memandang wajah serba salah Shahir. Shahir kembali menyambung kerjanya selepas bertanya sedikit sebanyak perkembangan di Mahawangsa Services Center. Aku tahu dia mengambil berat tapi aku lebih tahu kalau dia punya niat yang lain sebenarnya.
            Aku kembali menyambung kerja selepas itu. Beberapa dokumen guaman berkenaan Mahawangsa Service Center menuntut aku memberikan perhatian untuk membaca dan menlitinya. Bahagian Kewangan turut memberikan salinan perjanjian jual beli seperti yang aku minta daripada Puan Narimah seminggu lalu. Aku capai sebuah fail yang menarik perhatianku. Bahagian Perhubungan Korporat Dan Sumber Manusia. Aku tersenyum melihat laporan sambutan hari keluarga dan turut disertakan DVD untuk rekod. Segera aku memilih laman sesawang milik Mahawangsa ketika membaca nota kaki di kulit depan DVD ‘sudah dimuatnaik ke laman web syarikat’. Aku tersenyum sendiri menyaksikan beberapa rakaman yang memang lucu terutamanya ketika pertandingan bowling di kalangan pemain amatur.
“ apa senyum-senyum ni?” aku melambaikan tangan ke arah Abang Haizam dan Abang Eeman yang tiba-tiba menjengah ke ruang kerjaku. Pecah ketawa jantan mereka ketika menyaksikan video hari keluarga yang dimuat naik ke website Mahawangsa.
“ Meen...”
“ ye papa...” aku menoleh ketika papa turut serta masuk ke bilikku.
“ nanti malam papa jemput Andy datang rumah tau...jangan balik lewat pula...” papa bersuara sambil menedekati kami yang kembali memberi perhatian kepada video hari keluarga.
“ kenapa?”
“ saja...lama papa tak dengar cerita Andy...” aku lihat Abang Haizam dan Abang Eeman sudah tersengeh-sengeh. Aku membalas dengan anggukan. Kalau aku tidak menghubunginya papa mungkin akan mendapatkan bantuan Ameen pula. Sama sahaja.
            Aku kembali menghadap dokumen-dokumen di meja kerjaku. Aku menolak ketika papa dan abang-abangku mempelawa untuk makan tengahari. Pasti mereka akan menghubungi Ameen dan aku lebih senang memberikan mereka ruang selesa untuk bercerita hal lelaki. Aku tersenyum mengenangkan adikku yang seorang itu. Kembali meneliti beberapa dokumen membuatkan aku sedikit lega meneliti rekod Mahawangsa Service Center. Walaupun baru dua bulan beroperasi tapi telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Aku amat berharap pencapaian ini akan berkekalan.
            Aku bingkas mengemaskan keperluanku ketika Abang Eeman memberitahu dia menungguku di lobi. Tidak sedar jam sudah beranjak ke angka 5.15 petang. Mungkin dia telah menunggu terlalu lama agaknya membuatkan dia menghubungiku. Selepas berbalas ucap selamat dengan Aida, aku terus turun. Aku lihat Abang Eeman menjengilkan mata ketika melihat kelibatku keluar dari pintu lif. Papa dan Abang Haizam sudah sedia menunggu dalam kereta. Sempat aku bertanyakan penyambut tetamu jika aku punya apa-apa pesanan. Setelah pasti tiada, aku pun berlalu. Tidak sampai lima minit perjalanan, aku menerima panggilan daripada seseorang yang aku langsung tak sangka.
“ you...” rasa ingin terbang saat itu juga ketika suara Andy menampan telingaku.
“ hai...” segan pula rasanya menyambut panggilan Andy di depan papa.
“ you kat mana?” Andy bertanya. Barangkali dia mengesan keresahan dalam nada bicaraku.
“ dalam kereta on the way home...you...” aku dapat lihat Abang Eeman yang sedang memandu tersenyum-senyum.
“ baru keluar office...driving?”
“ no...Abang Eeman drive...”
“ sorry...hhhmmm...papa you call I tadi...dia jemput I datang rumah malam ni...tak apa lah nanti I call back...inform me bila dah sampai okay...” pertama kali aku mendengar keresahan dalam suara Andy. Selalunya dia seorang yang tenang.
“ okay...drive carefully...”
“ okay sayang...” gembirakah aku? Entah. Aku dengar papa berdehem dua tiga kali. Aku tahu dia sedang mengusikku. Aku mencubit lengan Abang Eeman ketika dia bersiul-siul. Aku tahu baik mama, papa mahupun adik beradik dan ipar duaiku mereka berharap aku akan bertemu jodoh untuk sekali lagi.
“ Meen...boleh mama masuk...” sudah lama mama tidak berdua-duaan denganku di bilik. Ketika baru-baru arwah Rauf meninggalkan aku pun mama tidak punya kudrat menemaniku di bilik. Dia tidak sanggup melihat aku terus termenung dan kadangkala menangis.
“ kenapa ma? ada big event nak minta tolong ke?” aku duduk di sebelah mama. Kebetulan aku baru sudah menukar cadar yang lama benar rasanya tak berganti.
“ tak...saja...dah lama tak bersembang dengan Meen...lately mama tengok Meen busy betul...” aku akui kata-kata mama. Memang aku sengaja membairkan waktuku padat dengan kerja supaya aku tidak terleka mengingati kisah-kisah sedih hidupku.
“ biasalah ma...nama pun kerja...mama ni mesti ada benda nak cakap ni...Meen tengok mata mama pun dah tahu...” sungguh ada air jernih bertakung di tubir matanya saat aku merenung anak matanya.
“ mama cuma risaukan Meen...” serentak itu airmata mama gugur.
“ kenapa ni ma?” segera aku menyapu airmata mama yang menggamit sayu dalam hatiku. “ kenapa nak risaukan Meen...Meen ada dengan mama kan...”
“ Meen...mama risau sebab mama tak tahu keadaan sebenar Meen...tak tahu macam mana perasaan Meen sayang...” airmataku turut gugur melihat bicara mama yang terhenti menahan sebak. “ mama tahu Meen selalu menangis...mama tahu Meen memendam perasaan...” mama menyambung lagi dalam sendunya.
“ Meen dah tua ma...” lama baru aku membalas. Jauh di sudut hati memang aku kesunyian. Kehilangan yang tiba-tiba menerjah kehidupanku mustahil mudah aku hadapi. “ dah 30 tahun...bukan 20 tahun...janda pula tu ma...” aku menyambung lagi ketika mama mengelus-elus rambutku.
“ jangan cakap macam tu sayang...” mama mengesat lagi airmatanya. Aku tahu dia pasti terkenangkan kisah hidupnya. Mama sebenarnya merupakan isteri kedua papa selepas kematian kakaknya yang merupakan isteri papa yang pertama. Kakaknya meninggal dunia ketika melahirkan Abang Eeman. Mama yang menguruskan Abang Eeman ketika itu sehinggalah Abang Eeman sebati memanggilnya mama. Sememangnya keluarga mama dulu susah menyebabkan dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Akhirnya papa mengambil mama menjadi isteri kerana melihatkan ketulusan hati mama menjaga anaknya dan kasih sayang mama yang sudah sebati dalam diri Abang Eeman. Begitulah yang diceritakan oleh Mak Long Hanizah dulu.
“ mama...dalam keadaan Meen macam ni...Meen selesa menyerahkan semuanya kepada Allah ma...mama pun tahu Meen ni tak sihat sangat...” aku cuba memujuk mama.
“ Meen...termenung pula dia...dah sampai ni...” Abang Eeman menarik hidungku. Aku kembali ke alam realiti. Aku berlalu masuk ketika Abang Eeman dan Abang Haizam sudah diterpa anak-anak yang sedang bermain di laman rumah. Abang Naufal menjadi babysitter sambil menyiram bunga. Aku lihat mereka gembira betul. Aku terus ke dapur ketika mendengar riuh rendah suara mama dengan anak menantunya. Kak Indah isteri Abang Eeman sedang menggulung popiah udang. Kak Hajar dan Kak Eemani sedang bergotong –royong membuat kek sambil merujuk buku resepi. Mama sekadar menjadi mandur.
“ hai sayang dah balik?” aku menoleh ketika mendengar suara Ameen. Aku tahu dia menegurku.
“ hai baby...amboi! bukan main wangi lagi...”
“ pinjam kereta sayang...kereta kotor tak sempat basuh pergi site tadi...” Ameen sudah memelukku. Makin dia mencium pipiku ketika Kak Eeman mencebik melihat kami berdua.
“ kunci kat depan...nak pergi mana?” aku bertanya lagi sambil menuangkan air untuknya.
“ ambil bakal adik ipar awaklah Nur Ameena...” Kak Hajar menjawab membuatkan aku sedikit teruja.
“ specialnya malam ni...ada apa-apa yang papa nak announce ke?” aku bersuara kemudiannya.
“ why?” serentak mereka bertanya.
“ Andy pun papa invite juga...” aku menjawab. Seketika aku teringatkan janjiku kepada Andy sebentar tadi. Aku terus berlalu ketika Kak Eemani dan Kak Indah masing-masing ingin bertanya tentang Andy. Aku tersenyum dan berlalu ke bilik. Andy menghubungiku sebaik aku memberitahu aku sudah sampai di rumah.
“ ada event apa kat rumah?” Andy bertanya selepas kami bertanya khabar. Lama juga aku tidak mendengar cerita tentang Andy sejak mama menjemputnya ke rumah beberapa bulan lalu.
“ entah...rasanya tak ada apa-apa...” aku juga sedikit keliru. “ kenapa? kalau you tak dapat datang tak apalah Andy...it’s okay...” aku menyambung kemudiannya.
“ no bukan macam tu sayang...” bagai nak gugur jantung aku mendengar Andy memanggilku sayang. “ I tanya je...takkanlah I tak nak datang...papa you telefon direct to my personal number tau...” Andy menyambung lagi seakan mengadu.
“ you datanglah...I pun dah rindu nak jumpa you...” tanpa sedar aku meluahkan perasaanku pada Andy saat itu. Memang itulah yang aku rasa.
“ you rindu I?” Andy menyoal dengan nada yang aku kira teruja. Aku bagai terbayang-bayang wajahnya saat itu.
“ kenapa? you tak rindu I?” aku menjawab dengan pertanyaan juga. Aku menutup rasa malu sebenarnya. Aku tidak membalas lagi ketika Andy menyatakan dia juga rindu padaku. Entah. Aku tidak pasti kalau Andy menyedapkan hatiku sahaja.

***        ***        ***

Suara riuh rendah Kak Hajar dan Kak Indah di dapur menggamit aku melangkah menyertai mereka. Aku bertembung dengan Ameen yang baru masuk. Dia menarik aku ke dapur. Baru aku tahu dia ingin memperkenalkan aku kepada buah hatinya.
“ Meen, ni Siti Zaharah...awak, ini sayang saya...” Ameen memelukku erat sama sepertimana dia melayanku di depan orang lain. Aku kira Siti Zaharah seorang yang sangat memahami bila keikhlasan terpamer dari wajahnya melihat kemesraan antara aku dan Ameen.
“ ini my baby...” aku membalas sambil mengelus pipi Ameen. Siti Zaharah mendekati dan bersalaman denganku. Sesi suaikenal kami terbantut ketika abang Naufal menjenguk memaklumkan Andy sudah sampai. Tentulah aku yang dia panggil walaupun dia sekadar memaklumkan secara umum. Aku memohon diri berlalu.
            Aku lihat papa sudah terlebih dahulu menyambut kedatangan Andy di tepi taman mini mama. Papa tersenyum melihat aku mendekati. Abang Haizam dan Abang Eeman juga di situ rupanya. Mereka berlalu meninggalkan aku dan Andy.
“ I have something for you...” Andy bersuara perlahan sambil menoleh kiri dan kanan. Mungkin malu jika dilihat atau didengar oleh keluargaku. “ wait...” dia menyambung kemudiannya. Seketika kemudian Andy datang kembali dengan sejambak bunga. “ I nak bagi sejak first time kita jumpa kat Johor...tapi masa tu I takut you tak terima...” aku terasa seperti hendak menangis saat itu. Dia tidak pernah lupa kalau aku paling suka dengan ros merah dan putih. Aku selalu menerima bunga itu sewaktu zaman kuliahku dulu. Lebih-lebih lagi jika dia baru pulang dari mana-mana tournament ragbi.
“ thank you...I ingat you dah lupa...” aku spontan mendekatkan jambangan bunga tersebut dengan hidungku mendapatkan haruman semulajadi dari bunga ros. “ jom masuk...”
“ I segan Nur...terkejut masa uncle telefon siang tadi...” Andy bersuara perlahan ketika kami beriringan masuk. Aku hanya mampu tersenyum kerana aku tak pasti kenapa Andy yang papa pilih untuk menyertai makan malam keluarga kami yang tentulah istimewa dengan kehadiran teman wanita Ameen. Aku tidak tahu di mana letak duduk keistimewaan Andy dalam hati mama dan papa sedangkan mereka tahu aku dan Andy tidak mungkin bersatu kerana latar belakang agama yang berbeza. Entahlah. Aku tidak mahu mengusutkan keadaan dengan memikirkan semua itu.
            Aku jemput Andy ke ruang tamu menyertai Abang Naufal yang sedang melayan anak-anak buahku dengan permainan yang pelbagai. Aku letakkan jambangan bunga pemberian Andy di meja konsul bersebelahan dengan laluan ke bilik menonton. Andy tersenyum. Dia menganggukkan kepala ketika aku mohon berlalu ke dapur. Aku tersenyum melihat Siti Zaharah yang menjadi bahan usikan papa dan Abang Eeman. Abang Haizam sibuk membantu Kak Eemani dan Kak Hajar menyediakan meja makan.
“ Andy dah sampai...” aku bersuara tanpa menujukan kepada sesiapa. Tapi seperti yang aku jangka, mama dulu meloncat. Aku kira papa telah memaklumkan kepadanya rupanya tidak. Serta merta mama menghilang ke ruang tamu. Jelas jeritan kegembiraan mama menerima kedatangan Andy.
            Laju langkahku ketika mendengar suara mama ketawa besar. Tentu sesuatu yang mengusik perasaannya sedang berlaku. Tentu sahaja aku terkejut saat Andy mendukung Aaron anak Abang Eeman. Aku lihat Kak Eemani tersenyum-senyum ketika Abang Naufal memberitahu Aaron terus sahaja berkejar ke arah Andy sebaik aku melangkah ke dapur. Bersungguh-sungguh dia ingin bersama Andy saat Kak Indah menghulurkan tangan ingin mengambilnya.
“ dah elok sangatlah kau tu kena kahwin dah Andy...” Ameen menokok membuatkan wajah Andy kemerahan. Dia memandangku meminta bantuan. Aku tahu benar kalau dia sedang malu diusik begitu. Aku mendekati Andy dan cuba mengambil Aaron dari tangannya. Ternyata berat anak kecil itu ingin mengubah dukungan.
“ tak apalah sayang...I pegang...” Andy bersuara perlahan ketika suasana masih gamat melihat telatah Aaron di dalam dukungan Andy.
            Seperti yang dijangka Kak Eemani dan Kak Indah mengatur kedudukan kami di meja makan. Aku duduk bersebelahan dengan Andy berdepan dengan Ameen dan Siti Zaharah. Jujur aku gembira melihat Ameen dan Siti Zaharah. Tapi sayu hatiku hanya Allah yang tahu. Aku mula sedar kalau selama ini aku menjadi penghalang kasih sayang mereka. Terkejut aku ketika Andy menggenggam jemariku yang memang sedang bertautan di bawah meja. Aku sering begitu jika melawan perasaan. Mungkin Andy membaca riak wajahku saat itu. Kebiasaannya dia memang berjaya membaca fikiranku juga. Aku mengangguk dan tersenyum tanda aku hargai keprihatinannya. Kembali kami memberikan tumpuan kepada cerita di meja makan tersebut.
“ Andy bila nak kahwin?” aku menjengilkan mata ke arah Kak Eemani yang aku tahu sengaja mengusik Andy. Dia menoleh ke arahku dengan wajah malu.
“ belum ada jodoh kak...” dia menjawab sambil tersenyum.
“ aku boleh tolong kalau kau nak...” Ameen pula menyampuk. “ or kau nak papa yang  tolong?”
“ akak pun boleh tolong...” Kak Eemani pula menyampuk membuatkan Andy semakin tidak keruan.
“ tak apa kita settlekan Ameen dulu kan baby?” aku menukar topik perbualan. “ so Zaharah bila nak langsung ni...” aku sengaja ingin memberikan ruang selesa untuk Zaharah.
“ papa kata ikut je abang plan macam mana...” dia menjawab jujur sambil memandang Ameen yang berpura-pura tidak dengar.
“ okay, end of this year...next month kita pergi rumah Zaharah boleh?” papa bersuara memberi kata putus. Zaharah tidak menjawab dan dia kembali memandang Ameen.
“ bolehlah tu...nanti pesan dekat papa macam tu okay...”
“ by the way, Tan Sri dah balik ke?” aku bersuara kemudiannya kerana teringatkan tentang lawatan kerja Tan Sri Zafrul ke German yang disiarkan dalam surat khabar beberapa hari lalu.
“ Kak Meen kenal papa ke?” Zaharah menyoal terkejut. Aku yakin mereka tidak tahu Siti Zaharah anak tunggal Tan Sri Zafrul Faqeh Megat Ismail. CEO Neo Holdings (M) Bhd.
“ you...” spontan Andy bersuara ketika aku membalas pertanyaan Zaharah dengan anggukan.
“ one of Mahawangsa business partner dear...” aku memandang Andy memberi penjelasan. “ you belum masuk Era Edar masa tu...” aku menyambung kemudiannya.
“ cemburu ye?” sungguh aku dan Andy sama-sama malu saat kami terbawa-bawa kepada sikap lama di kampus. Rupanya tindakan spontan kami menjadi perhatian semua yang ada di meja makan. Mujur Kak Eemani menegur. Aku tahu Andy masih tidak berpuas hati.
            Penjelasan berkenaan dengan Tan Sri Zafrul aku teruskan. Kami pernah sama-sama menyertai delegasi 7 negara pengeluar dan pengedar automobil 2 tahun lalu. Hubungan baik sebagai rakan niaga berterusan hingga sekarang sebenarnya. Tapi, sungguh aku tidak sangka kalau Siti Zaharah yang diceritakan oleh Tan Sri Zafrul selama ini adalah yang ada di depan mataku saat ini. Mungkin kalau aku sampaikan berita pertemuan dengan Zaharah malam ini kepada Tan Sri Zafrul, dia pasti terkejut. Namun, di penghujung ceritaku aku katakan aku gembira menerima kehadiran Siti Zaharah sebagai adik iparku keraana aku telah kenal siapa keluarganya.

***        ***        ***

Diam. Senyap. Sesekali kocakan air dari kolam kecil mama bagai menegur aku dan Andy. Suasana di dalam masih riuh rendah dengan cerita dan usikan. Aku kira mereka memang sedang memberikan aku ruang untuk berbicara dengan Andy saat ketegangan kecil terpamer sebentar tadi.
“ I’m not that desperate to be with him Andy...if you thought on me like that...” aku kira penjelasan itu tepat sebab aku begitu yakin dia cemburukan Tan Sri Zafrul Faqeh.
“ sayang...that’s not what I meant...I’m just...” dia terhenti. Aku biarkan dia mencari ayat yang sesuai walaupun hatiku berdegup laju ingin mengetahuinya. “ I’m just jelaouse...I cant deny it Nur...” Andy merapatkan dirinya denganku.
“ entahlah Andy...I tak tahu...I tak nak melaluinya lagi...” aku berhenti menahan sebak yang bertandang.
“ Nur...” aku biar Andy meraih tanganku. Bayangan Rauf tidak hadir seperti selalu. Aku bagai sudah terbang ke alam kenangan kami berdua sepuluh tahun lalu. “ please Nur jangan menangis...I tak sanggup nak tengok airmata you...” Andy menyeka airmata yang cuba gugur di pipiku. “ please Nur give me one more chance...” terkejut aku mendengar permintaan Andy.
“ no Andy...I’ll never hurts another woman...” aku bersuara sayu saat aku terkenangkan penjelasan Andy. Aku takkan merosakkan kehidupannya yang pasti sedang menuju kebahagiaan sekarang.
“ hey you cakap apa ni sayang?” Andy menarik wajahku memandangnya. Dia akhirnya menjelaskan kalau girlfriend yang dia maksudkan ketika kami di Johor dulu adalah kakaknya. “ aduh...I ingatkan sepit ni dah tak power bila dah tua-tua ni lagi kuat ye...” Andy menggosok-gosok lengannya yang menerima cubitanku.
“ sebab tu lah I suruh you cari orang lain Andy...sebab I dah tua...”
“ Nur...I bergurau je sayang...” segera dia memintas kata-kataku walaupun aku sebenarnya hanya bergurau. “ I want to ask you something...” Andy menyambung kemudiannya ketika aku tidak bersuara.
“ what?” aku meleraikan genggaman tangannya.
“ are you really with Shahir?” terkejut aku mendengar nama Shahir keluar dari bibir Andy. Sungguh aku tidak sangka kalau sejak pertemuan pertama di Era Edar dulu membuatkan Andy sebenarnya cemburu kepada Shahir. Aku leraikan segala kekeliruan di hatinya. Sememangnya aku dan Shahir tidak punya apa-apa hubungan sitimewa. Aku mengenali Shahir semenjak aku mula bekerja di Mahawangsa. Malah sebelum aku bertemu Rauf. Sememangnya aku tahu sejak pertemuan pertama kali dulu, Shahir sudah mula mendekati aku. Malah hubungan kami selalu disalahertikan oleh semua yang ada di Mahawangsa termasuk papa dan mama. Sehinggakan Kak Eemani di United Kingdom juga menghubungi aku untuk mengetahui kisah sebenar. Tapi, hubungan itu memang tidak lebih dari sekadar rakan pejabat kerana Shahir tidak pernah meluahkan perasaannya sehinggalah aku bertemu jodoh dengan Rauf Haqem.
            Lama juga aku diberi peluang berdua-duaan dengan Andy. Tidak sedar sehinggalah tiba-tiba Aaron datang memanjat riba Andy. Aku tidak tahu apa yang dia berkenan dengan Andy. Tapi sebaik Andy memeluknya, dia menunjukkan koleksi hot wheelsnya yang terbaru. Dia yang sedang galak berjalan ke sana ke mari membuatkan aku dan Andy sama geram dengannya.
“ he’s cute right?” Andy bersuara tanpa memandangku. Dia turut leka melayan Aaron dan keretanya. Aku biarkan sahaja ketika Andy bangun melayan kehendak Aaron yang minta didukung.
            Malam itu berlalu dengan begitu tenang dan gembira sekali buat aku yang memang sangat merindukan detik-detik mempunyai teman di sisi. Apatah lagi seseorang yang pernah menjadi teman terdekat dalam hatiku. Ameen terlebih dahulu keluar menghantar Siti Zaharah pulang ketika malam sudah melewati jam 10.30 malam. Aku sengaja mengirimkan salam buat papanya Tan Sri Zafrul Faqeh di depan Andy. Kemudiannya, dengan berat hati aku melepaskan Andy pulang selepas beberapa kali ditahan oleh papa dan mama yang mengumpannya dengan nescaffe panas.
“ no mama dia tak minum kopi...” begitu alasanku ketika mama mempelawanya minum sebelum pulang. Aku kira dia segan kerana sedang di kelilingi keluargaku. Andy menurut sahaja ketika Aaron masih setia dalam dukungannya. Mama sudah ke dapur menyediakan nescaffe ketika aku memberitahu minuman kegemaran Andy.
“ okay sayang...uncle balik dulu...” Andy mencuit hidung Aaron yang sudah mula menguap di pangkuannya.
“ okay sayang...I balik dulu...” Kak Eemani memeluk bahuku mengusik Andy. Papa sudah ketawa besar melihat Andy diusik begitu.
            Berat rasanya melepaskan Andy pulang saat aku merasakan bayangan Rauf sedang memberikan aku sedikit ruang ketenangan. Aku kira suamiku itu sangat memahami kerana dia pasti tahu hubungan aku dan Andy tidak akan ke mana-mana. Malah, aku yakin Rauf tahu betapa aku amat mencintai dan menyayanginya sepenuh hatiku. Pernah aku membaritahu Rauf bahawa setiap degupan jantungku, setiap hempusan nafasku dan setiap detik yang berlalu dalam hidupku adalah rasa sayang, cinta dan rinduku buatnya. Itulah pertama kali aku melihat airmatanya bergenang kerana aku yakin Allah meletakkan hati kami dengan perasaan yang sama saat itu.

~zara aqeela~

No comments: