-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 20 ::..

Aku kembali ke Kuala Lumpur selepas dua minggu berada di Mount Elizabeth Hospital. Sama macam selalu. Cuma kali ini aku memang langsung tidak bermaya. Sejak aku sedar selepas kejadian yang entah macam mana keadaan sebenarnya, Ameen tidak pernah lekang walau seincipun dari sisiku. Malah dia mandi dan tidur di bilikku. Sejak balik dari Singapura, Ameen tidak lagi ke pejabat. Semua kerja dia lakukan dari rumah. Semua di dalam bilikku. Segalanya di sisiku.
“ adik...Zaharah...” aku tunduk. Terasa sukar sekali untuk berbicara. Laju sahaja Ameen mendekatiku. Dia senyum menunggu aku menyudahkan bicara yang tergantung. “ keluar...” dia mengangguk-angguk tanda faham bicaraku.
“ esok kot...semalam Zaharah datang Meen tidur...” dia menjawab dengan senyuman.
“ arini...makan...” dia membetulkan juraian rambutku yang semakin menipis.
“ dia ada meeting hari ni...esok Ameen keluar ye...boleh kan?” aku mengangguk dan tersenyum. Sekali lagi pertunangannya dengan Zaharah tertangguh gara-gara aku. Aku tarik tangannya sebelum sempat dia bangun.
“ Andy...jangan...” segera dia menyeka airmata yang tumpah di pipiku. Aku sudah tersedu saat dia menarik aku dalam pelukan. “ janji...” aku bersuara lagi dan dia mengangguk dalam senyuman kelat bersama airmata. Aku belum bersedia menghadiahkan pertemuanku dan Andy selepas sepuluh tahun dengan keadaanku yang begini.
“ tapi dia ada cari Meen minggu lepas...” aku memegang lengannya. “ Ameen cakap Meen ke Singapura urusan keluarga...” aku mengusap pipinya tanda terima kasih.
“ Meen rindu dia ke?” aku menggeleng lagi. Walaupun aku yakin dia tahu aku berbohong. “ Meen nak jumpa dia?” Ameen bertanya lagi.
“ sekarang...tak...” aku membalas lambat. Tapi aku yakin dia faham.
“ adik...kerja...sambung...” dia mengangguk dan bangun menyambung kerja. Sempat dia berpesan supaya aku memberitahu kalau terasa lapar. Aku membuang pandangan jauh. Mencari di mana sudahnya keadaanku ini. Panjangnya usia yang Allah berikan membuatkan aku semakin insaf. Nazarku untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu juga terbantut kerana masalah kesihatan. Jauh betul kedudukan di sisi Allah hingga begitu sukar menjejak kaki ke tanah suci itu.

***        ***        ***

Malam itu aku menerima kunjungan Tan Sri Zafrul Faqeh bakal mertua adikku yang juga rakan kerjaku. Dia antara orang luar yang mengetahui keadaan kesihatanku kerana pernah sekali aku diserang sakit ketika sama-sama dalam deligasi ke China.
“ assalamualaikum...” dia sudah duduk di kerusi yang memang sedia ada di sisi katilku.
“ wa’alaikumussalam...Tan Sri...” aku cuba untuk tersenyum. Dia ketawa dengan tubir mata berair. Kalau aku sedang sihat tentu dia sudah ketawa besar kerana pantang sekali dia jika aku memanggilnya Tan Sri. “ Rul...sorry...” aku serba salah kerana tidak mampu melayannya dengan baik sedangkan ini pertama kali dia bertandang ke rumahku. “ Zaharah...tangguh...” aku tidak mampu menahan sebak ketika aku gagal bertutur dengan baik. Aku dan Zafrul sama menangis. Mungkin dia simpati dengan keadaanku. Aku pula malu dengan diriku.
“ Meen...you rest okay tak payah banyak cakap...you nak makan?” Zafrul cuba menenangkan perasaanku. Aku menjawab dengan gelengan kepala.
“ you...pejabat?” aku tunduk lagi ketika butir bicaraku bukan sahaja tidak teratur malah tiada kesinambungannya.
“ hhhmmm...mesyuarat...biasalah...Mahawangsa dah capai target sebelum tempoh sasaran. I jelaouse betul...Dato’ Irfan kata sebab Services Center you tu bawa untung besar...” aku tersenyum mendengar pujiannya. Aku tahu dia sedang menahan sebak. “ I nak joint venture boleh?” dia menambah lagi. “ I bergurau je Meen...” dia menyambung ketika aku memberi isyarat dia boleh membeli 20% sahaja jika serius ingin bekerjasama dengan Mahawangsa.
“ tak sudi?” aku bersuara membuatkan Zafrul semakin serba salah. Aku lihat dia tersenyum ketika aku memberi isyarat aku hanya bergurau menyatakan dia tidak sudi. Lama juga Zafrul berbual denganku sementara Ameen dan Zaharah berbual di ruang santai bersama mama dan papa. Aku boleh lihat dari dalam bilikku kerana pintu tidak tertutup. Malah Kak Hajar keluar dan masuk menghantar minuman dan kuih untuk dijamu kepada tetamuku.
“ pen...paper...” segera Zafrul bangun meminta pen dan kertas daripada Ameen. Serentak Ameen dan Zaharah menghampiri kami. Seketika kemudian mereka berlalu meninggalkan kami berdua ketika aku memberi isyarat aku ingin berbicara dengan tetamuku itu. Sesekali dia menyeka airmata yang mengalir ketika melihat aku tersedu-sedu menulis sesuatu di atas kertas itu. Memang aku ingin sekali dia tahu apa yang tersirat di hatiku selama ini. Dia berkeras ingin membacanya di depanku ketika aku katakana dia perlu membacanya di rumah.
“ I tak nak rasa bersalah nanti kalau apa yang you tulis I perlu perbetulkan...I tak nak you terus tertekan dengan apa yang berlaku...”
Malu rasanya Tan Sri datang melawat I sampai masuk dalam bilik yang tak terurus. I minta maaf Rul sebab tak melayan you sebagai tetamu dengan baik sedangkan I selalu jemput you datang rumah I...you tahu, masa pertama kali I tahu bakal adik ipar I adalah anak you, I tahu adik I bertuah. Mungkin ini rezeki yang Allah berikan kepada Ameen sebagai balasan kesetiaan dia menjaga I selama hampir 20 tahun Rul. I selalu dengar you cerita tentang Siti Zaharah anak yang menjadi kebanggaan you. Betul kata you Rul, I senang hati menerima dia menjadi sebahagian dari keluarga I.
Rul, I dengan rendah diri memohon maaf sebab pertunangan dan perkahwinan anak you dan adik I sudah tertangguh berkali-kali. I harap janganlah sebab tu you serik nak menjadi saudara kami. I harap you terima adik I seadanya sebagai menantu you okay. Demi Allah dia anak yang baik Rul. Dia menjaga I sejak usia I 12 tahun. I yakin dia akan menjaga anak you dengan baik.
Rul, kalau ditakdikan Allah I tak sempat melihat kebahagiaan mereka, I nak you bagitahu Ameen dan Zaharah, I sentiasa mendoakan mereka dunia dan akhirat.
Offer I untuk 20% tu terbuka without due date okay. Siapa tak nak menjadi sebahagian dari Neo Holdings kepunyaan Tan Sri Zafrul Faqeh.
You janji ye akan melawat pusara I kalau I tak ada nanti. I nak dekat dengan anak dan suami I.
“ Meen...” aku lihat Zafrul menyeka airmata berkali-kali. “ I tak pernah ada kawan yang I percaya untuk kongsi tentang keluarga I...dan you antara isi doa I selama ni Meen...I berharap you akan jadi kawan sehingga akhir hayat I...” aku mengangguk-angguk menandakan aku memahami perasaannya. Ketika itu aku tahu betapa sebenarnya aku amat bertuah kerana punya ramai orang di kelilingku yang amat memahami dan menyayangiku.
            Selepas Zaharah dan papanya pulang, aku teringin sekali meneguk fresh orange. Sebenarnya sejak seminggu lalu keinginan itu wujud tapi aku tidak berupaya meminta.
“ nantilah tunggu Meen sihat sikit okay...” Ameen memujuk ketika aku menyatakan keinginan seleraku itu.
“ akak...sihat...mana...” aku mengelus pipinya. “ sikit...boleh?” aku cuba meminta lagi.
“ Meen!” tersentak aku mendengar herdikan Ameen. Apakah aku sudah keterlaluan hingga kesabaran selama ini tidak lagi wujud dalam dirinya. Aku tunduk tidak membalas. Aku malu. “ Meen...sorry...” aku tolak tangannya yang cuba memujukku. Aku tolak dia memberi isyarat aku ingin sendiri. Aku gagahkan diri untuk bangun.
“ Meen sorry sayang...” aku kesakitan. Hati dan perasaan. Dia sudah menangis menyesali keterlanjuran bicaranya. Berkali-kali aku hampir tersungkur ketika menolak dia keluar dari bilikku. Ketika aku sedar, aku tiada kudrat berbuat begitu, aku gagahkan diri ke bilik air. Segera aku kunci. Aku terduduk di lantai yang masih basah. Aku menangis semahunya bagai anak kecil berusia 3 tahun layaknya. Aku ketuk-ketuk kepalaku yang mula kesakitan. Aku pukul-pukul tangan dan badanku yang semakin susut dan kebiruan dek bekas suntikan. Bekas laluan tiub morphin di sana-sini pada tanganku.
“ Meen buka pintu sayang...Ameen minta maaf...jangan buat Ameen macam ni Meen...” aku biarkan dia mengongoi di luar. Berselang seli suara mama dan papa. Aku jelas tangisan Kak Hajar yang sesekali dipujuk suaminya Abang Naufal. Lama aku mencari kekuatan untuk kembali keluar berdepan dengan keluargaku di luar sana. Akhirnya aku mengalah ketika aku kesejukan. Laju Ameen menggendongku ke katil. Mama dan Kak Hajar menggantikan pakaianku dengan linangan airmata. Sedih sekali aku rasa saat itu. Ketika usiaku menganjak 30 tahun, masih lagi mama yang menguruskan aku. Aku tarik tangan Kak Hajar duduk di sebelahku. Aku sentuh perutnya yang semakin memboyot. Dia senyum dengan airmata yang tidak terbendung.
“ Meen...susahkan...banyak...” aku lihat dia menggeleng berkali-kali sambil mengusap airmata di pipiku. Mama sudah menyelimutkan aku dengan kain pelikat Rauf. Tangan tuanya segar mengelus rambutku. “ sikit...” aku bersuara memberitahu rambutku sudah semakin kurang.
“ anak mama tetap cantik...”
“ tua...Meen...mama...” aku bersuara lagi dengan sukar sekali. “ cantik...kak...” aku menyentuh lengan Kak Hajar yang memang nampak lagi muda daripadaku.
“ Ameen nak masuk mama...” aku dengar suara tidak sabar Ameen di balik pintu. Mama dan Kak Hajar bangun meninggalkan Ameen dan aku berdua. “ Ameen minta maaf...”
“ sorry...no...adik...sayang...” dia menyembamkan mukanya di pangkuanku dan menangis semahu-mahunya. Barulah aku tahu mengapa dia terlalu marah. Pertamanya dia marah tentang aku bersungguh-sungguh ingin dia meneruskan pertunangan dengan Zaharah kerana dia tidak sanggup mendengar alasanku ‘jika aku tidak sempat’. Baginya itu satu mimpi ngeri. Keduanya dia terlalu marah ketika aku menyatakan keinginan untuk minum fresh orange yang memang aku tidak boleh ambil. Malah aku mampu bertahan selama 20 tahun lamanya membuatkan dia merasakan aku sedang melakukan sesuatu yang bukan-bukan. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis di atas pangkuanku. Aku tidak membalas walau sepatah pun. Aku usap lembut kepala dan bahunya hingga akhirnya dia terlena di pangkuanku. Tidak sampai hati aku ingin mengejutkan Ameen biarpun kakiku sudah terasa kebas. Akhirnya aku sama terlelap dalam keadaan duduk dan bersandar.

***        ***        ***

Sayup-sayup aku terdengar bacaan surah Fatihah membuatkan aku terjaga. Aku sudah berbaring dan berselimut. Ketika pandangan mataku semakin jelas, aku lihatr Ameen sedang berdiri tegak menunaikan solat Subuh. Aku pasti kerana jam di meja sisi menunjukkan jam 6.20 pagi. Aku tegakkan badan menunggu hingga dia selesai bersolat. Ameen mengalah bila aku katakan aku ingin bangun bersolat. Ketika aku selesai memanjat doa, Ameen sudah terlena di sisiku. Aku selimutkan badannya dan perlahan-lahan aku bergerak keluar. Aku pasti dia sedang lena ketika terdengar dengkuran kecil. Kaki dan tangan masih terasa kebas mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak dan terlalu banyak ubat yang kuterima. Aku berhenti setiap dua ke tiga langkah. Pandangan yang semakin terang membuatkan aku rasa bersyukur. Kesakitan di kepala semakin berkurang.
            Aku berdiri di tangga sebelum mula menapak turun. Satu demi satu anak tangga aku turuti. Separuh perjalanan, aku berpaut lagi. Perlahan-lahan aku tegakkan badan dan mengangkat muka untuk memastikan aku semakin sihat. Tidak sabarnya ingin melihat cahaya matahari berlumba-lumba menerangi suasana hari itu.
“ jom sayang kita tolong mummy...” terkejut aku ketika Kak Hajar memegang lenganku. Aku lihat air jernih di kelopak matanya. Entah sejak bila dia memerhati keterbatasan pergerakanku.
“ mummy?”
“ nanti anak akak lahir, dia nak panggil Meen mummy boleh?” sungguh aku tersentuh dengan kata-kata Kak Hajar. Aku mengangguk berkali-kali tanda aku menghargainya. Kak Hajar terus memimpin aku menuruni anak tangga satu persatu. Kiranya keadaan dia dengan perut yang membesar lebih kuat daripadaku.
“ kita minum dulu lah...” Kak Hajar bersuara ketika aku melangkah ke arah pintu dan memaklumkan aku ingin ke taman mama. Dia akur bila aku menggeleng. Segar rasanya ketika udara luar menampar wajahku sebaik pintu utama dibuka. Tidak sampai 10 minit kemudian, Kak Hajar datang bersama segelas susu.
“ Meen...rindu Rauf...” aku bersuara lambat sekali.
“ Meen...” susah sekali aku lihat Kak Hajar cuba merapatkan badannya dengan badanku. “ Rauf mesti tak suka tengok Meen sedih macam ni...” dia menggosok-gosok belakangku. Ketika itu tiada lagi airmata yang gugur di pipiku. Tidak pasti samada aku semakin kuat menghadapi semua ini atau sememangnya air mataku sudah kering.
“ Meen...tak kuat...” semakin hari semakin jelas kekuatan dan semangatku luntur. Setiap kali aku merasakan aku punya semangat untuk meneruskan hidupku, berjuang dengan penyakitku, gigih mengusahakan Mahawangsa, setiap kali itu aku rebah.
“ Meen kuat...cuma letih...kena rehat...kan?” Kak Hajar memujuk lagi. “ Meen rehat je kat rumah...lepas ni boleh temankan akak dengan baby...” dia membawa tanganku ke perutnya. Anak kecil itu seakan faham dia disapa. Segera dia bergerak-gerak memberi tindakbalas. “ mummy ni kerja kuat sangat...” Kak Hajar menyambung lagi.
“ boy...girl...” aku bertanya.
“ entah...tak nampak...” Kak Hajar menjawab sambil tersenyum.
“ surprise!!” kami bersuara serentak dan akhirnya ketawa bersama.
“ Meen!!” serentak kami menoleh ketika suara Ameen melaung namaku berkali-kali. “ Meen...ya Allah kat sini rupanya...” Ameen menghela nafas lega. “ kenapa turun tak bagitahu...” Ameen sudah mencangkukng di depanku. “ Meen lapar ke?” dia bertanya lagi. Kak Hajar tergelak kecil melihat kekalutan Ameen.
“ ambil kerusi duduk dulu...nak minum? akak ambilkan...” Kak Hajar bersuara kemudiannya. Ameen hanya membalas dengan gelengan kepala. Dia bangun menarik kerusi dan duduk di depanku. Kak Hajar berlalu masuk. Mungkin ke dapur menyediakan sarapan.
“ boring...” aku menjawab sepatah. “ exercise...” aku menyambung lagi. Ameen hanya menganggukkan kepala. “ tidur...rehat...” aku bersuara lagi. Aku tahu dia keletihan menjagaku. Entah berapa lama dia berjaga setiap malam menjaga aku.
“ nak keluar nanti jumpa client...nanti terlajak pula...” dia menyandarkan badannya. Jelas dia keletihan. Berkejar dengan kerja dan menguruskan aku.
“ Zaharah?”
“ lunch kot...Meen nak ikut?” dia menegakkan badan. Segera aku menggeleng. Tidak mungkin aku akan mengganggu detik indah berdua dengan kekasih hati.
“ Andy...call?” entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan Andy.
“ malam tadi...dia tanya Meen balik bila...” dia menjawab dengan mata yang masih terpejam. Aku dekatkan badanku kepada Ameen. Segera aku memicit kepala dan badannya. “ Meen...tak apa Meen...” aku sandarkan semula badannya dan tutupkan matanya. Aku tahu dia terlalu letih. Menitis airmataku saat melihat dia kepuasan di urut begitu. Jauh di sudut hati aku berdoa segeralah hendaknya laluan yang Allah beri untuk dia berumahtangga. Ketika itu akan ada yang melayannya, memicit dan mengubat kepenatannya.
“ client...pukul berapa?” aku mengejut Ameen yang terlena.
“ sebelas...” dia menjawab selepas beberapa ketika. Dia menggeliat sebelum berdiri dan membantu aku bangun. “ terima kasih sayang...” Ameen mencium pipiku. Aku menolak ketika dia ingin memimpin aku masuk. Aku ingin berjalan sendiri. Ameen setia menunggu aku melangkah biarpun terlalu lambat. Ameen berlalu naik ke bilik ketika aku meyakinkan aku mampu berjalan sendiri. Langkah kaki yang lemah aku teruskan juga menuju ke dapur menemani Kak Hajar.
            Kegembiraan jelas terpancar di wajah Kak Hajar dan Abang Naufal semenjak dia disahkan mengandung. Setelah menunggu sekian lama akhirnya mereka akan menimang cahayamata. Kak Hajar senyum melihat aku berdiri di sebelahnya. Dia menghalang ketika aku ingin menghulurkan bantuan. Bahaya katanya sebab tanganku pasti sahaja masih kebas-kebas kesan menerima ubat dalam tempoh yang lama. Sungguh seisi rumah memahami keadaanku setiap kali penyakitku menyerang. Lama kemudian, Kak Hajar meletakkan teko dan sudu memberitahu aku hanya boleh membancuh air. Siap dia yang menetapkan air apa yang boleh supaya aku tidak tersilap makan.
“ sorry Hajar mama terlajak tidur...” mama mendekati Kak Hajar yang sedang menggoreng nasi. “ Meen? laaa...dah sihat ke ni?” aku senyum menjawab soalan mama. Seketika kemudian, papa dan Ameen sudah mengambil tempat di meja makan.
“ sayang papa ni dah sihat ke?” papa mendekati dan mencium dahiku.
“ sikit...” aku menjawab dengan senyuman.
“ pergi site ke?” papa memandang Ameen yang sudah meneguk air.
“ jumpa client...Ameen balik lambat arini...” dia menjawab sambil menarik kerusi untukku.
“ Ameen...dating...” aku mengusiknya yang hanya tersenyum. Papa dan mama mengangguk dengan beberapa lagi usikan susulan. Ameen sekadar tersenyum. Sesekali Kak Hajar menambah usikan membuatkan wajahnya kemerahan. Papa beransur ketika jam sudah mencecah angka 8.15 pagi. Aku lihat tubir matanya berair ketika aku mengucup tangannya. Sempat dia berpesan supaya aku berehat dan makan ubat mengikut waktunya. Aku hantar papa dengan lambaian dan senyuman. Seketika kemudian, Ameen pula menghilang ke bilik bersiap dan mengambil keperluan yang perlu dibawa bertemu pelanggannya pagi itu.
            Mama kembali menyertai aku dan Kak Hajar di dapur. Ada jalur kelegaan di wajah mama. Mungkin kerana aku beransur pulih dan sudah boleh sama-sama dengannya berbual dan bergurau senda begitu. Walaupun aku tidak mampu berbual serancak selalu, tapi aku sudah semakin selesa kerana kesakitan sudah semakin kurang. Aku maklumkan pada mama niatku untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan menjemput Yayasan Mahawangsa. Sudah terlalu lama rasanya tidak ada program dijalankan untuk Yayasan Mahawangsa. Terakhir kali ketika sambutan hari keluarga Mahawangsa Holdings lebih kurang enam bulan lalu. Mama bersetuju tapi dengan syarat aku sudah benar-benar sihat. Aku mengalah bila hujah mama mendapat sokongan Kak Hajar. Ameen menjengah ketika kami sedang rancak berbual.
“ Ameen pergi dulu ma...” dia bersalaman dan mencium tangan dan pipi mama. Beralih kepada Kak Hajar sebelum dia menyalami aku dan mencium pipiku kiri dan kanan.
“ regards to Zaharah...” dia senyum dan berlalu. Sempat dia berbisik yang dia gemuruh sebenarnya kerana akan keluar makan bersama dengan bakal bapa mertuanya. Aku usap pipinya memberi isyarat dia sudah cukup sempurna untuk menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

***        ***        ***

Aku duduk di laman rumah membuang pandangan memandang tumbuhan hijau yang entah bila papa dan mama ubahsuai. Beberapa tumbuhan rendang sudah meredupkan bahagian tepi rumah. Kolam mama juga sudah ditambah dengan beberapa batuan sungai yang menjadikan bunyi air yang turun ke kolam sangat mendamaikan. Ketika aku asyik, telefon bimbitku berbunyi menandakan SMS masuk.

~ Shahir : hai meen...busy ke?~
~ Aku : no! kenapa? any probs at mahawangsa? ~ aku sebenarnya berdebar kalau-kalau berita aku sakit tersebar di Mahawangsa.
~ Shahir : no...saja tanya...dato’ kata you ke singapura...lama sangat... ~
~ Aku : yup...ada hal keluarga sikit...i tengok pasaran sekali...everything okay ke kat sana? ~
~ Shahir : yup...kecuali i ~
~ Aku : kenapa? you ada masalah ke? ~
~ Shahir : entah! i tercari-cari you...rindu maybe... ~ berdegup kencang jantungku saat itu. Janganlah datang perkara-kara yang menekan fikiran dan perasaanku saat ini. Aku sudah terlalu rindu kepada dunia luar yang cergas dan sihat. Terlalu ingin melangkah keluar menghadapi dunia nyata. Aku biarkan dulu SMS Shahir tidak berjawab. Memberi tenang hati dan fikiran sendiri.
~ Aku : you memang pantang kalau i tak ada kan...you ada pergi services center? ~ Aku cuba mengubah topik tanpa mengguris perasaan Shahir.
~ Shahir : meen...you saja ubah topik kan?~
~ Aku : shahir, not today...please...if you really care about me...talk about it later...~
~ Shahir : ok sorry...i call you nanti?~ aku tidak mungkin menjawab mana-mana panggilan dalam masa terdekat ini.
~ Aku : i tak sihat, sakit tekak...anything just text me okay...~ aku harap dia memahami.
~ Shahir : you okay ke tak? dah jumpa doktor? ~ aku tersenyum sendiri. Dapat aku bayangkan bagaimana wajah bimbang Shahir saat ini.
~ Aku : dah...dont worry okay...~
~ Shahir : mestilah i risau...okaylah...i’ve got work to do ~ aku lega ketika Shahir terlebih dahulu menamatkan perbualan SMS kami. Alhamdulillah. Tidak perlu aku berfikir bagaimana mengelak dari soalan-soalan Shahir yang seterusnya.

~zara aqeela~

No comments: