-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 19 ::..

Kembali ke Singapura untuk rawatan lanjutan bukanlah sesuatu yang aku gemari. Apatah lagi aku terpaksa diterbangkan ke Singapura awal seminggu selepas aku ditemui pengsan di bilikku. Hampir seminggu aku terlantar koma di Mount Elizabeth Hospital, Singapura. Menurut mama, Kak Hajar yang menemui aku kerana aku tidak turun-turun selepas balik dari kerja. Entah. Aku masih samar-samar dengan apa yang berlaku sebenarnya. Memang kesihatanku tidak berada dalam keadaan yang baik dalam tempoh seminggu itu. Sementelah beberapa perkara perlu diselesaikan kerana papa tiada di Mahawangsa. Bukanlah aku meletakkan kesalahan ke atas Mahawangsa tetapi memang aku tidak mampu menanggung beban kerja yang terlalu banyak.
            Minggu itu bermula baik bila laporan bulanan yang dikeluarkan pada tengahari Isnin itu meletakkan Mahawangsa dalam kelompok 5 pengeluar kereta terbaik di bawah M-Automobil. Aku tidak terkejut ketika melihat Neo Holdings milik Tan Sri Zafrul Faqeh bakal mertua adikku berada di tangga teratas. Kegembiraan berterusan bila aku ke Mahawangsa Service Center melihat beberapa kereta yang menunggu servis dari Mahawangsa Autoparts. Ini menunjukkan khidmat syarikat kami diterima baik. Memang aku berpuashati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh Nazim dan Alex dalam memastikan Mahawangsa Service cemerlang dalam bidangnya yang tersendiri.
            Aku meneruskan hari Selasa dan Rabu dengan baik meneliti beberapa laporan dari bahagian kewangan dan sumber manusia. Gembira melihat modal berbayar syarikat yang semakin mencapai target untuk suku tahun kedua. Pada hari yang sama permohonan menghantar beberapa pekerja mengikuti latihan keselamatan di CIDB Malaysia telah diterima. Alhamdulillah. Selepas ini pastilah urusan perniagaan Mahawangsa lebih meyakinkan kerana memilik pensijilan dan perlesenan di bawah CIDB.
            Tapi, selepas menghadiri sesi suaikenal dengan beberapa pelatih di Bahagian Sumber Manusia, aku mula merasakan pandanganku semakin tidak terang. Aku tidak lagi mampu memberikan tumpuan kepada beberapa dokumen yang ada di atas meja kerjaku. Namun aku masih cuba menggagahkan diri menyelesaikan beberapa perkara ketika Shahir datang meminta aku meneliti dokumen pembelian barang-barang untuk autoparts. Aku masih sempat keluar minum pagi bersama Shahir sebelum aku kembali ke pejabat dalam keadaan yang memang tidak lagi bermaya. Aku memandu pulang ketika jam belum mencecah angka 12.00 tengahari.
            Lelehan darah sudah menuruni hidungku ketika aku baru separuh perjalanan untuk pulang ke rumah. Aku berkejar ke bilik selepas menyapa sepatah dua dengan Kak Hajar yang sedang memasak di dapur. Sempat aku mengiyakan ketika dia bertanya adakah aku tidak ke pejabat lagi sebelah petang. Aku sudah terjelepuk di tepi katil ketika benar-benar aku tidak mampu lagi menahan serangan sakit yang tiba-tiba. Saat itu aku terasa sudah hilang segala kekuatan yang selama ini aku bina dalam melawan penyakitku. Lama aku terduduk sebelum bangun ke bilik air membersihkan sisa-sisa darah yang melekat pada pakaianku. Aku masih bertahan selepas membersihkan badan. Sempat aku mengambil ubat penahan sakit. Tapi akhirnya aku kembali ke tandas memuntahkan segala isi perut bersama dengan titisan darah dari hidung dan mulutku. Akhirnya aku rebah di bilik air ketika cuba keluar untuk memanggil Kak Hajar.
            Aku tenang mendengar cerita mama itupun selepas aku memaksanya menceritakan apa yang berlaku. Terkejut Abang Naufal menerima panggilan Kak Hajar dengan tangisan yang bersungguh-sungguh. Ameen terlebih dahulu tiba di rumah selepas Abang Naufal memberitahu apa yang berlaku. Aku dikejarkan ke HKL sebelum papa meminta aku diterbangkan ke Singapura. Petang itu juga papa dan mama ke Singapura dengan flight terakhir dari Hong Kong. Aku diam tidak memberikan reaksi apa-apa mendengar kekalutan seluruh keluargaku.
“ pertunangan Ameen mesti diteruskan juga...” aku bersuara perlahan. Tiada siapa membalas bicaraku. Ameen pasti tidak setuju kalau dia berada di situ. Dia terpaksa ke Kuala Lumpur menyelesaikan beberapa tugasan kerja dan sedang dalam perjalanan kembali semula ke Singapura. Berdosanya aku membuatkan kehidupan adikku terlalu sukar.
“ Zaharah...” malam itu aku mencuri-curi peluang menghubungi Zaharah ketika aku lihat Ameen benar-benar lena di katil sebelahku.
“ Kak Meen sorry Zaharah baru sempat jenguk Kak Meen sekali je...akak okay ke?” airmataku gugur mendengar suara lembut Zaharah. Mengapa dia pula yang memohon maaf kepadaku sedangkan aku telah menyebabkan sebuah lagi kekalutan dalam kegembiraan dia dan Ameen menunggu hari pertunangan.
“ tak apa la sayang...akak macam ni la Zaharah...okay pun macam ni tak okay pun macam ni...akak kacau Zaharah ke?” aku dengar dia tergelak kecil.
“ mana ada kacau...tengah tengok tv je...abang dah sampai ke kak?” sungguh aku bersyukur kepada Allah. Itu tandanya dia mengambil berat tentang adikku.
“ dah...tengah tidur...penat agaknya...”
“ hhhmmm...ye la tu kot...akak ada apa-apa nak share dengan Zaharah ke?” pandai dia mengambil hatiku.
“ saja nak sembang...macama mana preparation...dah settle ke?”
“ okay...alhamdulillah...tapi, Zaharah dengan abang dah setuju tunggu akak betul-betul sihat baru kita buat majlis...papa pun dah setuju...” Allahuakbar. Aku seka airmata yang berlumba-lumba menuruni pipiku demi mendengar ketulusan Zaharah.
“ akak tak akan sihat Zaharah...teruskan je pertunangan tu ikut plan asal okay...” aku bersuara kemudiannya.
“ tapi kak...”
“ Zaharah...” aku memintas kata-katanya. “ kalau Zaharah sayangkan akak...please...teruskan okay...” aku berhenti lagi. “ akak dah tunggu lama nak tengok Ameen berkahwin Zaharah...kalau akak tak sempat tengok dia kahwin pun...sekurang-kurangnya...akak dapat tengok dia bertunang...pun...cukuplah...” aku gagal mengawal emosiku. Bertambah sebak mendengar sedu sedan bakal adik iparku di seberang talian.
“ jangan cakap macam tu kak...” aku tahu dia sedang menangis. “ Zaharah takut abang tak setuju...” dia berhenti lagi.
“ pasal abang nanti akak cakap okay...”
“ papa pun mesti tak setuju...in fact akak one of his best friend...” dia menyambung lagi.
“ I’ll talk to both of them...yang penting akak nak Zaharah dan Ameen bertunang ikut apa yang kita dah rancang okay...” aku memberi kata putus dan Zaharah hanya berdiam. Aku pasti dia akan memberitahu kepada Ameen nanti.
            Tanpa aku duga permintaanku menjadi punca aku bergaduh dengan Ameen keesokan paginya. Aku tidak pernah melihat Ameen betul-betul marah ketika dia menyatakan aku terlalu mementingkan diri sendiri membuat keputusan meneruskan majlis pertunangannya dengan Zaharah.
“ Meen...boleh tak jangan pentingkan diri sendiri?!” aku tidak mampu membalas kata-katanya saat itu. “ let me decide my business...” aku tahu dia tidak bermaksud menyinggungku saat itu. Aku yakin bukan niatnya mengetepikan aku dalam membuat keputusan tentang hari bahagianya. Aku faham dia sedang tertekan dengan keadaan diriku yang semakin kritikal. Namun ketika dia keluar meninggalkan aku sendirian di bilik itu aku bagai sedang belajar untuk hidup bersendirian. Aku seakan sedang diberitahu begitulah keadaanku suatu hari nanti.
            Selama 20 tahun Ameen setia menemani aku setiap kali aku terpaksa berkurung di bilik yang dikelilingi warna biru dan putih. Lengkap dengan beberapa mesin yang sentiasa tersedia untuk sebarang kemungkinan. Rimaskah dia melalui semua ini. Aku bangun perlahan menuruni katilku. Segera aku berpaut di tepi katil ketika kakiku terasa kebas. Aku gagahkan diri menuju ke tandas. Aku menangisi keterbatasan pergerakan. Terlalu lambat untuk sampai ke pintu tandas yang hanya beberapa langkah sahaja jaraknya. Berhenti lagi ketika pandanganku sedikit kelam.
“ maafkan akak dik...akak tak berniat menganggu urusan kehidupan dan masa depan adik akak...” aku menangis ketika tiba-tiba kata-kata itu terluah di dalam hatiku. Aku ganti pakaian dan bergerak keluar. Aku ingin sekali pergi jauh supaya keadaanku tidak menjadi punca sesuatu keputusan terpaksa diubah.
            Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan dan keupayaanku hingga akhirnya aku sampai di sisi pusara Rauf dan Rafie. Aku duduk terkaku di situ. Melihat kedua-dua pusara itu tenang dengan samar-samar cahaya matahari mencari ruang di celah pepohon rendang sekitar tanah perkuburan. Aku letakkan kain pelikat yang dipakai oleh Rauf ketika Subuh terakhirnya di atas ribaanku. Sungguh aku tidak tahu apa perasaanku saat itu. Aku tidak mahu tahu apa yang sedang berlaku di hospital yang aku tinggalkan sebentar tadi. Aku tidak ingin tahu bagaimana kekalutan yang dirasa Ameen saat melihat aku tiada di bilikku sekembalinya dia dari menenangkan perasaannya. Bukanlah aku merajuk atau marah kepada adikku yang seorang itu. Aku sekadar inginkan ketenangan dan di sinilah tempatnya. Memang benar kematian akan memisahkan kita dari segala kesesakan dunia. Biarpun kita tidak tahu kemungkina-kemungkinan yang perlu dilalui selepas dijemput ajal, tapi segalanya hanya antara kita dan pencipta yang agung. Seperti kata Ameen tadi, urusan kita masing-masing.
“ saya rindukan awak Rauf...terlalu rindukan awak...” bergetar-getar bibirku mengucapkan sesuatu yang aku tahu tidak didengari olehnya. “ saya tak kuat Rauf...saya tak mampu...” aku biarkan airmata mengalir laju di pipi tanpa aku seka.
“ sayang...” aku diam tidak membalas ketika bisikan itu terlalu dekat dengan telingaku. “ ingat Allah sayang...ini semua kehendak Dia...” aku menganggukkan kepala berkali-kali termakan pujukan suara halus Rauf. “ saya tahu awak mampu hadapi semua ni...” aku menggelengkan kepala.
“ saya tak kuat...” aku memprotes.
“ semangat saya ada dengan awak kan...saya sentiasa ada dengan awak percayalah sayang...” aku tidak tahu apa lagi berlaku ketika aku tiba-tiba rebah di sisi pusara Rauf.

***        ***        ***

Aku tenang dalam barisan menunggu giliran untuk masuk ke Dewan Tunku Canselor. Wajah-wajah riang dengan cerita yang pelbagai mengisi malam kami pelajar baru. Ini malam terakhir, penamat segala kekalutan minggu orientasi yang memang menjadi tradisi di mana-mana universiti di seluruh dunia aku kira.
“ masa sesi suaikenal aritu kita just berkenalan dengan ahli kumpulan kita je kan?” jantungku berdegup kencang ketika terpandang wajah yang telah menarik perhatianku sejak hari pertama aku di sini. “ hello...”
“ tanya saya ke?” aku menunjukkan jari telunjuk ke wajahku ketika dia sedang merenungku.
“ yup!”
“ apa dia tadi?”
“ masa sesi suaikenal aritu kita just berkenalan dengan ahli kumpulan kita je kan?” dia mengulang soalannya. Aku menganggukkan kepala menjawab soalannya. “ so, malam ni...” dia terhenti dan menarik aku dekat dengannya ketika beberapa petugas minggu orientasi kalut mundar mandir ke sana ke mari. “ sorry...so malam ni dah penutup, bolehlah kita berkenalan dengan orang dari kumpulan lain kan?”
“ ye...kenapa?”
“ so selamat berkenalan...” dia dengan selamba menggantungkan tag namanya di leherku dan mengambil tag namaku di sangkut ke lehernya. Aku hanya memandang sahaja ketika barisan jabatannya sudah diarahkan masuk. Aku nampak dia melambaikan tangan. Aku? Tersenyum tanpa sedar.
“ siapa ni?” Hani membelek tag nama yang aku letakkan di meja belajarku. “ boy friend ek?” dia sudah tersengih-sengih mengusikku.
“ bukanlah...baru kenal tadi...” aku menaikkan kaki bersila di kerusi.
“ Andy Rao Sharon...” Hani membaca namanya dengan wajah berkerut-kerut. “ biar betul Nur...” Hani masih tidak puas hati dengan jawapan acuh tak acuhku.
“ betul la...” aku sudah mencapai novel Sehangat Asamara dan duduk di katil.
“ eleh...ni mamat yang ko cerita kat aku tu kan...hehe...selamat berkenalan...” dia menyangkutkan tag nama di leherku. Aku tidak membalas dan menyangkutkan tag nama itu di kepala katilku. Aku berpura-pura menyelak helaian novel menyambung pembacaanku yang tergendala. Tapi fikiranku tidak di situ. Wajah tenang ‘kawan’ baru yang aku temui tadi jelas di fikiranku. Senyumannya manis. Aku akhirnya terlelap tanpa sempat menyambung pembacaan yang tergendala.
            Aku tidak bertemu dengannya selepas perkenalan yang tidak disengajakan pada malam tersebut. Kehidupan kuliah berjalan seperti biasa dan menyeronokkan kerana ini merupakan minggu kedua menjadi pelajar universiti. Mujurlah aku mempunyai teman sebilik yang boleh dikatakan sekepala denganku. Biarpun kami dari jabatan yang berbeza tapi kami dari fakulti yang sama. Hani Nurzakiah Kamaruzzaman.
            Aku setia menunggu Hani di pondok depan kafeteria. Berjanji untuk minum pagi selepas kelas jam 9.00 berakhir. Kebiasaannya begitulah.
“ hai Nur...” terlepas beberapa set nota yang baru sahaja aku keluarkan dari beg sandangku. “ sorry I tak sengaja...”
“ okay...it’s okay...” aku gugup. Terkejut melihat dia di sebelahku.
“ panggil saya Andy...” dia menyambung kemudiannya. Mungkin riak wajahku mempamer persoalan.
“ hai...”
“ tak sempat sembang dengan awak last two week...” aku hanya mampu tersenyum.
“ tak ada kuliah ke?”
“ ada baru habis...lepas ni ada lagi pukul 11.00...you?” aku sudah semakin tenang.
“ pukul 10.00 nanti...minum?” dia mempelawa. Aku menolak dengan baik dan aku maklumkan aku sudah berjanji dengan Hani. Seketika kemudian Hani mendekatiku bersama dengan beberapa teman kuliahnya. Kami berpisah di situ.
            Aku keluar dari dewan kuliah selepas kelasku tamat lebih kurang jam 5.30 petang. Hani sudah di bilik. Kelasnya habis lebih awal. Itu apa yang dimaklumkan Hani dalam SMSnya tadi. Ketika aku melintasi blok perpustakaan, sekali lagi aku bertemu dengan Andy. Kali ini dia nampak lebih santai dengan sandle dan t-shirt.
“ tak ada kuliah?” aku spontan bertanya melihat penampilannya yang berbeza dengan dia yang aku jumpa pagi tadi.
“ tak...ambil data buku dekat kiosk...baru habis kelas?”
“ hhhmmm...Sistem Operasi...pening...” tanpa sedar aku mengadu kepadanya.
“ minggu ni baru terasa subjek macam susah sikit kan?” Andy juga mempunyai pendapat yang sama. “ Nur...” Andy bersuara selepas kami tidak bersuara beberapa ketika. “ I hope to see you again...” Aduh! Senyumannya.
“ of course...” aku menjawab spontan. “ kita satu fakulti kan?” aku tanpa sedar menunjukkan yang aku mengambil tahu tentangnya. Aku lihat dia tersenyum yang aku tidak pasti apa maksudnya.
            Sejak petang itu, Andy menjadi sebahagian dari hari-hariku di kampus selain Hani. Senang dengan sikap bersahaja yang ditunjukkan Andy menjadikan aku selesa. Sesekali kami akan bersama-sama di perpustakaan untuk mentelaah. Kadangkala bersantai di Taman Universiti atau sesekali mencuri tonton Andy bersama dengan pasukan ragbi. Hanya ketika cuti pertengahan semester pertama baru aku tahu Andy merupakan pemain ragbi universiti-universiti Malaysia. Bangga pun ada. Malah, setiap kali dia pulang dari menyertai mana-mana pertandingan ada sahaja buah tangan untukku. Terbaru dia pulang dari Perlis. Ketika aku sampai di bilikku, anak patung kegilaan kanak-kanak dari koleksi terhad Pooh sudah ada di atas katilku.
~ i miss you...i’ll wait for you downstairs at 5.30 from andy~
Aku tersenyum sendirian membaca nota yang terselit di dada Pooh yang sudah dalam pelukanku.
“ woi! tak payah nak berangan okay...kau ingat kau je ada? aku pun dapat tau...” Hani menunjukkan satu bar besar Cadburry yang dihadiahkan Andy untuknya. Aku tersenyum dan kembali memeluk patung Pooh lebih erat membuatkan Hani mencebik.
            Selepas beberapa minit melepaskan lelah, aku bangun mencapai tuala. Membersihkan badan dan solat Zohor. Aku kemudiannya kembali berbaring sambil memelukku hadiah pemberian Andy. Aku lihat Hani tersenyum-senyum sendiri menghadap komputernya. Pastilah sedang berbual di lama sosial bersama Amir buah hatinya. Namun aku kagum dengan Hani yang tidak pernah mengabaikan pelajaran walaupun kadang-kala angau cintanya memuncak.
“ hello...” terkejut aku menerima panggilan daripada Fahmi teman lamaku ketika menetap di Putrajaya. Kebetulan aku bertemu dengannya di kampus. Tapi dia dari Jabatan Mekanikal. Aku menjawab dalam keadaan mamai.
“ Meen...emak ada kirim barang dia baru balik dari umrah....nak bagi macam mana ni?” Fahmi bertanya selepas kami bertanya khabar.
“ kau kat mana ni? kalau ada kat kampus jumpa kat kafe...”
“ aku baru sampai...petang ni la aku jogging kat taman...”
“ okay boleh juga...” aku menamatkan talian. Mengerling jam yang sudah bergerak ke angka 4.50 petang. Cepatnya masa berlalu. Entah apa yang aku angankan sampai terlelap. Aku bangun ke bilik air mencuci muka mengambil wudhu’. Usai solat aku memaklumkan kepada Hani untuk ke taman bertemu Andy. Dia sekadar tersenyum dan menganggukkan kepala. Aku kirimkan SMS kepada Andy memberitahu aku di taman berjumpa kawan.
“ banyaklah kau...baru balik ni tak ada kuliah ke?” aku sudah duduk di sebelah Fahmi membelek beg kertas yang dikirim emaknya. Sisa ketawa masih ada ketika beberapa cerita lama zaman kanak-kanak dikenang kembali.
“ pontenglah...emak aku baru sampai semalam...ni uncle dengan aunty punya...ada untuk kau, untuk Ameen...kau tengoklah nanti...banyak betul...” Fahmi terhenti sambil mengangkat tangan melambai kepada seseorang. Andy. Dia sudah mendekati dan berdiri di sisiku.
“ hai...” mereka berjabat salam.
“ macam mana mak kau boleh teringatkan aku ni...”
“ aku bagitahu kau kat sini...ye lah dia memang berkenan kat kau dari dulu...tak jadi abang aku, aku pula nak dipasangnya...” pecah ketawa kami berdua. Aku lihat riak cemburu Andy. Berlarutan hingga Fahmi meninggalkan kami berdua.
            Sejak beberapa bulan bersama Andy, kami mula tahu yang ada satu perasaan aneh dalam hati kami. Namun jauh di sudut hati aku dan Andy saling menafikan kerana terlalu banyak sebabnya. Walaubagaimanapun perasaan cemburu selalu sahaja tidak dapat kami kawal. Seperti yang berlaku ketika ini bila aku dan Andy hanya sepi tanpa bicara.
“ he’s my friend Andy...my old friend...childhood...” aku mengalah kerana aku benci kesepian. “ I kenal dia sejak kami kecil lagi...even our parents knowing each other...” aku menyambung lagi ketika Andy masih tidak berpuas hati. “ up to you...” aku sudah bangun untuk melangkah pergi.
“ I’m sorry Nur...” dia menarik tanganku meminta aku duduk. Barulah aku tahu kalau cemburunya dia kerana terkejut melihat aku bersama teman sekelasnya. Entah macam mana aku boleh terlupa Fahmi sekelas dengan Andy. Baru sahaja aku melabuhkan punggung, dua orang pelajar perempuan menghampiri kami. Seorang daripadanya menghulurkan sebuah buku kepada Andy. Aku berpaling ke arah lain ketika beberapa cerita mengundang ketawa antara mereka bertiga. Aku kenal mereka. Teman kuliah Andy. Tapi, sama seperti Andy aku juga selalu merasa cemburu. Andy tidak bersuara ketika dia tahu, kelakuannya tadi sepertimana dia melihat aku dan Fahmi. Lama kami diam sehinggalah akhirnya Andy mengalah. Dia minta aku menunggu seketika sebelum dia kembali dengan sekuntum mawar putih dan satu bar besar Cadburry Black Forest.
“ kenapa ni?” Andy bertanya bila aku sedikitpun tidak teruja dengan pemberiannya tidak seperti selalu.
“ how could Hani got it first?” entah kenapa aku betul-betul cemburu ketika itu.
“ Nur...it’s just thanx present sebab dia tolong letakkan Pooh tu atas katil you...” Andy bersuara menjawab. “ you cemburu ye?” spontan tanganku mencubit lengan tangannya. Kami akhirnya tenang kembali. Suasana seperti itu terlalu biasa terjadi antara aku dan Andy. Kami beriringan mengelilingi Taman Universiti. Sesekali kami berbalas senyum dengan warga universiti yang berselisih dengan kami.
Menjelang jam 6.40 petang, Andy menghantar aku hingga ke lobi asrama. Aku sekadar tersenyum ketika dia memohon maaf sekali lagi atas sikap cemburunya yang kadang-kala keterlaluan. Aku ketawa ketika dia menjengilkan mata saat aku nyatakan cemburunya itu bukan kadang-kala tapi selalu.
“ I call you malam ni okay?” dia masih menahanku dari naik ke bilik.
“ no need...”
“ kenapa ni? masih marah ke?” dia memintas kata-kataku.
“ kita memang nak ke library malam ni kan...tak payahlah telefon...” aku segera mengucapkan selamat sebelum bicaranya berlarutan. Selangkah dua kemudian aku menoleh kerana yakin dia masih di situ. Aku membalas lambaiannya dengan senyuman dan berlalu.
            Ketika menaiki tangga, aku terdengar beberapa suara bercerita tentang buletin sukan universiti. Itu bukan perkara yang menarik buatku. Tapi isi kandungan ceritanya membuatkan aku memperlahankan langkah mencuri dengar cerita mereka. Tentang Andy yang terpilih dalam skuad ragbi remaja kebangsaan. Aku bagai ingin menerpa dan merampas buletin tersebut dari tangan mereka.
“ sabar Nur Ameena jangan melampau sangat....” aku memujuk hatiku dan terus melangkah menuju ke bilik. Sepanjang jalan bibirku menguntum senyum. Aku layangkan ros putih di depan mata Hani berkali-kali membuatkan dia mencebik. Dia menunjukkan bar coklat yang masih berbaki separuh. Aku tunjukkan juga bar coklat Black Forest yang baru aku terima daripada Andy dan dia mengaku kalah.
“ Nur Ameena! Nur Ameena!” aku dengar namaku dipanggil. Aku jelas tubuhkan digoncang berkali-kali. Namun aku tidak mampu membalas panggilan dari suara yang amat aku kenali. “ Meen bangun sayang...” kabur pandangan mataku masih mampu melihat wajah cemas Ameen. Sekejap sahaja aku sudah digendong ke kereta. Aku kabur. Kabur dengan apa yang sedang berlaku. Beberapa kali percikan darah keluar melalui mulutku sepanjang perjalanan itu. “ Ameen minta maaf...jangan buat macam ni lagi...” Ameen masih memelukku erat. Sesekali aku terasa dia membetulkan kain yang menyelimuti tubuhku. Aku ganggam kuat kain milik suamiku Rauf.
“ Nur Ameena...” aku sudah tidak tahu siapa lagi yang ada di situ. Sesekali aku terasa mataku sedang disuluh. Seketika tanganku dipegang. Kemudiannya beberapa tiub sudah dipasang ke badanku. Suara riuh rendah semakin reda. Bayangan samar semakin hilang. Kelam. Sunyi. Tenang.

~zara aqeela~

No comments: