-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 9 ::..

Nazim terus menggamit sebaik sesi taklimat pagi selesai. Aku kegirangan ketika dia menghulurkan sebuah fail kecil dengan beberapa draf seperti yang dijanjikan. Terpaksa aku menolak pelawaan Shahir untuk sarapan pagi bersama dan terus beriringan ke bilikku. Teruja aku melihat beberapa perancangan dan cadangan Nazim untuk merealisasikan Pusat Servis dan Aksesori di bawah kelolaan Mahawangsa Holdings. Dia tanpa diminta memberikan penerangan dengan teliti satu persatu supaya aku tidak keliru. Jelas perancangan Nazim lebih baik kerana dia punya pengalaman dan ilmu. Aku tidak berlengah terus menghubungi papa dan sekejap sahaja kami sudah berada di biliknya.
“ both of you nampak confident...” papa memulakan bicara dengan nada yang tidak aku gemari. Gaya cakapnya seolah dia tidak yakin dengan kemampuan kami. Papa memang begitu untuk sesuatu yang baru. Tapi biasanya dia positif. Mungkin juga kerana budgetnya agak besar.
“ saya buat semakan permintaan untuk servis dan aksesori ni tinggi Dato’ dan kebiasaannya kita berikan mereka panduan semata-mata...selebihnya kita berikan mereka beberapa syarikat atau kedai yang mampu memberikan perkhidmatan seperti yang mereka mahu...nak tukar lampu, modified kereta dan macam-macam lagi...” Nazim berhenti seketika. “ ini peluang kita Dato’ untuk mengembangkan lagi empayar perusahaan automobil Mahawangsa...” dia menyambung kemudiannya. Aku kagum dengan keyakinan Nazim memberi penerangan kepada papa.
“ kita ada tenaga kerja berpengalaman ke ni? Bukan kepakaran kita ni Meen...Nazim...” aku lihat papa memberikan pandangan gusar kepada aku dan Nazim.
“ papa pun nak cakap business ni dimonopoli oleh Chinese ke? Sama macam Nazim semalam...” aku lihat papa tersenyum. “ Meen tahu pa...sebab tu lah idea ni terperap je sebab Meen tak nak kita rugi. Meen dah jumpa orangnya. Asalnya Meen nak jadi silent partner dengan dia but then Meen rasa why not Meen kembangkan untuk Mahawangsa. Macam Nazim cakap besarkan empayar perusahaan Mahawangsa...” aku meyakinkan papa. Demi Allah aku kegirangan bila papa bersetuju. Sebaik keluar dari bilik papa, aku menjerit kegirangan. Begitu juga dengan Nazim. Tanpa berselindung aku menyatakan, Nazim akan aku letakkan dalam senarai penggerak projek baru Mahawangsa ini kerana sebahagian dari idea itu sumbangan buah fikiran Nazim.
            Aku kembali ke bilik membuat penambahbaikan kepada proposal untuk memastikan usaha kami menemui kejayaan. Aku turut memberikan Nazim tugasan meninjau tenaga kerja berpengalaman untuk diserap ke dalam Pusat Servis dan Aksesori Mahawangsa. Aku turut memberikan nama dan nombor Alex untuk Nazim buat penilaian.
~ shahir : i lapar...you lapar tak? ~ aku tergelak kecil membaca SMS Shahir. Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah hampir ke angka 1.05 petang. Berat rasanya meninggalkan kerja yang sedang dibuat.
~ aku : sayang nak tinggalkan kerja ni...maybe later.~ aku kira itu yang terbaik supaya Shahir tidak terus menunggu. Shahir tidak membalas lagi kemudiannya.
“ masuk...” aku memberi arahan tanpa menoleh ketika ketukan kedengaran.
“ Ameen?!!” terkejut aku melihat Ameen di muka pintu. “ dari mana?” aku sudah berdiri. Memastikan dokumen disimpan dengan baik sebelum meninggalkan laptop.
“ site...saja drop by...jom!” Ameen mengunjukkan plastik Domino Pizza. Aku sudah biasa dengan kunjungan mengejut Ameen. Pastilah bukan dengan tangan kosong. Aku yakin dia terlebih dahulu sudah menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan bertanya jika aku ada atau tidak di pejabat. Aku duduk di sofa menjamu selera bersama Ameen.
“ Ameen ni dah besar panjang tau...bila nak kahwin?” aku amati adik kesayanganku yang memang jelas telah dewasa dan sangat matang.
“ Ameen muda lagi lah...live begin at 40 la Meen...” dia menjawab selamba sambil menyuakan sepotong pizza ke mulutnya.
“ hhhmmm...muda sangatlah...40 is not good age to get child you know?” aku membalas dan jelas Ameen mengerutkan dahi. “ really...my husband is a doctor okay...” aku beriya-iya meyakinkan.
“ patutlah Rauf kahwin awal...” kami sama-sama ketawa kemudiannya.
“ Meen seriuslah...”
“ yes I know...insyaAllah nanti sampai jodoh Ameen kahwin...Meen carikanlah jodoh untuk Ameen...” dia meneguk air di depannya.
“ that’s you mum expert job not me okay...” sekali lagi ketawa kami pecah.
“ masuk...” aku memberi arahan ketika pintu sekali lagi diketuk.
“ sorry Cik Nur...” Nazim kelihatan serba salah.
“ it’s okay...ni Nazim...” aku memperkenalkan. Segera aku mencapai dokumen yang diserahkan Nazim semalam. Sememangnya aku berpesan supaya dia mengambilnya selepas waktu rehat hari ini. “ saya dah semak dan noted apa nak buat...Nazim dapatkan quoatation...esok saya turun hanger check the machines okay...” Nazim berlalu kemudiannya.
“ garangnya Cik Nur ni...” Ameen tergelak kemudiannya. Menyindir.
“ mestilah sama macam Dato’ Irfan...papa tu lagi garang tau...”
“ sebab tu Ameen tak nak kerja dengan papa...” Ameen sudah berdiri dan berlalu membersihkan tangan di bilik rehat. “ solat kejap ye...” aku menganggukkan kepala.
Usai solat, Ameen mohon diri. Dia terus berlalu selepas yakin papa akan lewat masuk ke pejabat kerana berjumpa klien di luar. Aku kembali menyambung kerja selepas menunaikan solat zohor. Beberapa dokumen yang perlu disemak telah aku selesaikan. Sebuah fail baru aku terima dari bahagian latihan. Dua orang pelatih akan mula melaporkan diri minggu hadapan. Seorang lelaki untuk bahagian elektrikal dan seorang perempuan untuk bahagian akaun. Aku tertarik kerana pertama kali menerima pelatih dari bahagian elektrik. Aku teliti fail mereka.
“ betul awak nak buat praktikal di sini?” aku lihat wajah serius pegawai yang meguruskan Jabatan Latihan  di syarikat berkenaan. Encik Manan. Masih muda. Awal 30-an aku kira.
“ ye encik” aku menjawab yakin.
“ tapi syarikat kami ni banyak memberi tumpuan kepada mekanikal. Kalau ada berkenaan elektrikal pun semua berkaitan dengan automobil. Tak sama dengan elektrikal biasa...” aku kira dia terlalu sombong memandang rendah bakal graduan seperti aku. Atau mungkin dia paranoid sebenarnya untuk seorang perempuan dalam bidang yang peratusan besarnya adalah lelaki.
“ saya tahu encik...tapi saya yakin asas elektrikal sama sahaja yang penting kita faham konsepnya. Saya amat berharap encik memberikan peluang kepada saya....” lebih baik merendah diri. Itu nasihat papa.
“ saya takut awak tak faham langsung dengan pendawaian kenderaan...dan...tak mampu nak buat...” tepat sekali jangkaanku. Dia sebenarnya sedang memperkecilkan aku kerana aku seorang perempuan.
“ tapi ini akan jadi pengalaman baru dan ilmu tambahan untuk saya encik...” aku masih boleh berdiplomasi selagi dia tidak menyentuh sensitiviti seorang wanita.
“ okay, saya akan beri awak peluang...sebulan sahaja...kalau semua task berjaya dilaksanakan, saya sendiri akan tantangan buku laporan awak...faham?!” dia berdiri sambil bercekak pinggang.
“ faham encik...terima kasih...”
            Aku memulakan latihan industri di Era Edar Holdings pada minggu berikutnya. Era Edar Holdings merupakan syarikat yang dimiliki bersama oleh 3 orang sahabat. Dua orang melayu dan seorang India. Sering juga berlaku masalah dalaman. Itu apa yang diceritakan oleh penyeliaku ketika itu. Tapi sepanjang aku berada di situ semuanya baik-baik sahaja. Malah rakan dari Jabatan Akaun yang juga seorang pelatih memberitahu perkembangan syarikat berada dalam keadaan baik dan terkawal. Gossip. Namun, aku tidak melalui latihan industri dengan mudah. Encik Manan benar-benar mengotakan katanya bila memberikan aku tugasan yang sungguh-sungguh mencabar. Membuat pendawaian bukan sahaja kenderaan tapi bangunan. Alhamdulillah pengalaman mengikuti kursus pendawaian bangunan menjadi panduan untuk aku melunaskan tugas. Aku banyak merujuk papa jika aku diberikan tugas menyelesaikan pendawaian kenderaan.
“ Encik Manan tu memang macam tu Ameena...tunjuk lagak!!” rungut seorang juruteknik yang sama-sama bekerja denganku di bahagian elektrikal.
“ biasalah saya pelatih...” aku cuba menenangkan mereka yang kadangkala naik berang dengan tugasan tidak masuk akal Encik Manan. Pernah satu hari hampir sahaja seorang juruteknik di situ menyerang Encik Manan gara-gara dia memberikan aku tugasan membuat pemeriksaan pelan bangunan yang sama sekali tiada kena- mengena dengan bidangku.
“ melampau sangat dia tu...tapi abang tengok Meen ni mahir jugak pendawaian kenderaan ni...buat checking pun mahir...” aku diam sahaja ketika dipuji oleh salah seorang juruteknik di situ.
            Aku kembali ke alam nyata ketika suara di interkom memaklumkan aku punya tetamu. Segera aku memberikan respon sedia menerima tetamu berkenaan. Encik Hisham, peguam syarikat. Aku hampir sahaja terlupa temujanji dengannya. Mujur aku tidak ke mana-mana. Sebaik mengambil tempat, Encik Hisham menyerahkan fail berkaitan dengan kes kereta yang dicuri. Menurut laporan yang dibuat di balai polis, tuan punya kereta berkenaan menuntut ganti rugi kerana mendakwa sistem keselamatan kereta berkenaan tidak berfungsi dengan baik. Malah dia turut mendakwa insurans yang diuruskan oleh Mahawangsa ketika pembelian kereta tersebut tidak lengkap menyebabkan dia terpaksa berdepan masalah yang banyak. Akhirnya, pelanggan berkenaan mengemukakan saman 1 juta kepada Mahawangsa Holdings. Itulah kes yang diterima sebelum aku mengambil cuti seminggu.
“ macam mana Encik Hisham perkembangan kes ni?” aku memulakan bicara.
“ sebenarnya kereta dia bukan dicuri Cik Nur...tapi eksploitasi dia untuk menuntut insurans. Masalahnya pula insurans kereta tu tidak diperbaharui ketika kecurian berlaku....” aku mengerutkan dahi.
“ so case close lah?”
“ begitulah kira-kiranya...tapi dia berkeras mendakwa sistem keselamatan tak berfungsi dengan baik. Saya dah buat permohonan fail jual beli kereta dia untuk kita buat semakan sebab Mahawangsa selalu buat final QC sebelum  passup the car right?” Encik Hisham benar-benar faham dengan cara kerja Mahawangsa Holdings.
“ yes right! Okay kalau macam tu saya boleh proceed segera sebab boleh jejaskan Mahawangsa kalau macam ni kan? Sementara tak banyak benda nak kejar ni saya rasa elok kita selesai cepat benda ni...” aku memberikan pandangan.
“ macam tu lah sebaiknya Cik Nur...satu lagi kalau nak settle kes ni Cik Nur, buat saman malu, press conference...sebab saya rasa dia sengaja lah Cik Nur...” aku tidak bertanya lagi ketika melihat wajah serius peguam syarikat. “ you know what? Dulu pernah ada kes macam ni kat Mahawangsa...masa tu kita keluarkan saman malu...and case closed...”
“ badi ke apa?” kami sama-sama tergelak.

~zara aqeela~

No comments: