-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Tuesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 5 ::..

Aku terjaga tepat jam 5.30 pagi ketika jam loceng berbunyi. Aku menarik nafas dalam - dalam ketika aku tahu gemersik suara Rauf berbisik membangunkan aku dari tidur. Jika Rauf masih ada, ciuman dan pelukan paling hangat akan aku terima setiap pagi. “ selamat pagi sayang...” kuletakkan kembali bingkai gambar kenangan aku dan Rauf di meja sisi. Aku mencapai tuala ke bilik air. Usai segala rutin awal pagi, aku turun ke dapur. Menjerang air. Aku ke laman menikmati merah samar mentari yang bersungguh-sungguh menguak tirai siang. Aku jelas jam dinding di ruang tamu tadi menunjukkan angka 6.50 pagi. Beberapa penduduk taman sudah keluar berjogging di sekeliling taman. Aku asyik memerhati beberapa orang warga emas berjalan beriringan dan berkumpulan mencari sekelumit kecergasan ketika usia semakin meninggi.
            Aku tersenyum sendiri kerana suatu masa dulu aku dan Hani sering juga keluar jogging bersama di awal pagi. Kadangkala di sekitar kampus, kadangkala di sekeliling taman inilah jika sesekali aku mengikut Hani balik ke rumah keluarganya. Sekarang, kedua orang tua Hani sedang ke Kuantan, Pahang kerana kakak sulungnya baru sahaja mendapat cahayamata. Jika tidak tentulah suasana gamat kerana emak Hani memang rajin bercerita. Jika dilayan tidak akan berhenti. Aku melangkah masuk ketika suasana semakin cerah.
“ aunty...” aku menoleh ketika suara anak dara Hani menampan telingaku.
“ Amirah...awalnya bangun hari ni...” aku sudah menarik dia ke pangkuan.
“ nak pergi rumah nenek nanti...” dia membalas.
“ Amirah!!sini dia...cepat siap nanti mama late...” Hani sudah mengejar anaknya.
“ mama dengan aunty nak pergi mana?”
“ school...” penjelasan Amir membuatkan wajah amirah kebingungan. Namun akhirnya dia mengalah bila dia tetap menerima jawapan yang sama.
            Lebih kurang jam 8.00 pagi, Amir terlebih dahulu meniggalkan kawasan rumah. Kami menyusul kemudiannya dengan hala tuju yang berbeza. Kami sampai tepat jam 8.45 pagi. Kebanyakan peserta sudah berkumpul di Dataran Siswa kerana kami perlu mengambil barang amanah seperti dimaklumkan semalam. Hamdi selaku ketua yang dilantik malam semalam telah sedia menanti bersama rakan-rakan yang lain. Aku benar-benar teruja untuk memasuki kelas pagi tersebut. Malah suasana kampus jelas terasa kerana kami diminta berpakaian sama seperti kami di alam perkuliahan dulu. Aku dan Hani senang memilih baju kurung. Aku tak mahu fizikalku yang benar-benar telah susut sejak kebelakangan ini mengundang bimbang di hati Hani.
            Setiap kumpulan bergerak ke lokasi masing-masing seperti jadual yang diberikan kepada ketua masing-masing. Setiap subjek akan mengambil masa 30 minit termasuk tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar ke meja urusetia. Kelas pertama kami jam 9.00 pagi menempatkan kami di makmal senibina Jabatan Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah kami mendapat dua orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam. Kedua-duanya junior. Sebaik masuk ke Makmal Senibina, kami dikehendaki menyelesaikan ukuran binaan. Terdapat beberapa soalan yang perlu diselesaikan. Wajah Puan Zuraida nampak tenang sahaja seolah-olah kami benar-benar pelajar yang perlu menyelesaikan soalan peperiksaan.
“ make sure jawapannya lengkap berdasarkan rajah binaan okay!”
“ puan!one question...” Siti Zulaikha menarik perhatian kami. Puan Zuraida kembali memberi perhatian. Entah apa soalan yang ditanyakan junior kami tersebut dan mereka berbalas soalan sebelum kami bergerak ke bengkel binaan.
“ Siti...ada apa-apa yang Kak Nur boleh bantu?” aku rasa serba salah bila nampaknya Siti dan temannya sahaja yang memahami keperluan soalan.
“ kejap ye kak, Siti nak compare dulu soalan dengan diagram ni...kinematik ni memang pelik kak...” Siti sedang menanti temannya Fawwaz membuat lakaran. Kami tekun memerhati dan mendengar penjelasan dan perbincangan mereka yang sekali-sekala menunjukkan ketidakpastian.
“ kinematik dan dinamik sama tak? Siti, kita de 10 minutes left...” Fawwaz mula tidak keruan.
“ little bit different depends on diagram...mai tengok!” Hamdi menghulur bantuan. Akhirnya Hamdi dan Zarimi berjaya menyelesaikan soalan biarpun kami masing-masing tidak pasti dengan jawpan tersebut.
            Kami berlari-lari anak ke Dataran Siswa menghantar jawapan dan mendapatkan lokasi kuliah seterusnya. Makmal Mikropemproses yang biasa disebut Micro-P di kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Zarimi dengan senyuman lebar sudah memandang aku dan seorang teman sekelasku dulu Hairul. Melangkah ke Makmal Mikropemproses mengingatkan aku kepada kenangan-kenangan lucu Professor Darus. Dia memang sedikit pelik.
“ Nur, kau ingat lagi tak passwordnya?” seketika Hairul bersuara ketika kami beriringan ke Makmal Micro-P. Tanpa sedar kami ketawa besar dan spontan aku memukul bahu Hairul.
“ kau rasa dia buat macam tu ke? dah 10 tahun la Rul...kau pun...” kata-kata kami termati di situ bila betul-betul Makmal Micro-P berkunci.
“ Rul...kau lah ni...”
“ Nur...” aku tahu Andy sedang cemburu saat ini.
“ 0100010101100111...” Hairul mencuba nasib memberikan kod 16 digit. Tiada jawapan. “ salah la Nur...”
“ it will start with 1 right? Aku cuba...10111000110111101111...” seketika terdengar suara berdehem. Aku dan Hairul kegirangan.
“ Prof assalamualaikum...” aku dan Hairul dengan spontan menghulur tangan. Kemudian kami sama-sama masuk memulakan kelas. Aku dan Hairul sama sekali tidak menyangka Professor Darus akan memberikan soalan amali yang telah terlalu lama aku tinggalkan. Aku telah meminta Zarimi dan Hamdi mendapatkan buku rujukan di perpustakaan. Andy dan Hani aku minta membuat penyusunan berdasarkan kod yang aku dan Hairul berikan.
“ Nur!kau okay ke?” aku sedar Andy sudah menegakkan badan sebaik mendengar pertanyaan Hairul.
“ okay, cuma lupa coding...berapa lama lagi ek?” aku mengubah topik.
“ 20 minit Kak nur...” Siti memaklumkan.
“ okay thanks...Rul, cuba kau masukkan yang ni...” aku mengunjukkan hasil rujukan yang diperolehi oleh Zarimi dan Hamdi. Kami sudah berkumpul memerhatikan Hairul menyudahkan amali.
“ Nur, one more set missing...tolong Nur...final project you kan?”
“ Nur Ameena...dah lama tak baca buku ye?” persoalan Professor Darus diiringi gelak besar.
“ okay I’ll try...” aku mengambil tempat Hairul. Sememangnya aku benar-benar sudah lupa.
“ I think it’s double code la dear...ops!sorry...” Andy sudah terlepas cakap. “ cuba masukkan code tu berselang sebab dia kena baca dua kali kan?” Andy mencuba nasib. Tidak kami sangka, ideanya betul dan kami memperoleh jawapan. Terus kami bergegas ke Dataran Siswa dan meneruskan tugasan yang lain. Beralih ke Makmal Rekabentuk Jabatan Mekanikal, aku menjadi kagum dengan Zarimi dan Hamdi yang dapat menyelesaikan soalan dengan mudah. Tapi, mereka dengan rendah diri menyatakan itu kerja yang mereka lakukan hari-hari. Akhirnya, tepat jam 12.18 tengahari kami selesaikan menyudahkan semua tugasan. Kami sudah bergerak ke Dewan Makan untuk makan tengahari dan berkumpul semula di Dewan Tuanku Canselor untuk pengumuman kumpulan yang akan ke peringkat akhir.
            Kami kembali berkumpul di Dewan Tuanku Canselor sekitar jam 2.00 petang. Sengaja Zarimi meminta kami berkumpul awal untuk lebih tenang dan tidak kalut.
“ Nur...sorry about your husband...aku tak tahu pun...” Hamdi memecah kesunyian. Ketika itu Andy yang sedang berbaring di sebelahku bangun menegakkan badan. Hani dengan spontan menggenggam tanganku erat sekali. Aku mengangguk kecil dan memandang wajah Hani.
“ Rauf Haqem...” perlahan sahaja nama itu meniti di bibirku. Aku pejam rapat-rapat mataku bagai terasa dia ada di situ. Aku terasa masa sedang terhenti memberi ruang aku mengingati saat indah bersama Rauf. Tanpa paksaan aku memulakan bicara.
“ saya tak tahu pun Meen yang ibu maksudkan...masa tu saya rasa sukahati ibulah...sebab saya dah frust pertama kali...” aku tenang mendengar bicara Rauf di hujung talian lebih kurang seminggu sebelum kami bernikah. “Meen...kenapa ni? macam tak setuju je?” aku bagai terbayang-bayang kekalutan Rauf ketika dia menyoalku.
“ awak macam mana? itu kata Hajjah Syakila...” sengaja aku ingin mendengar pengakuannya kerana aku maklum tentang usiaku yang lebih tua daripadanya. Sementelah aku memang berpenyakit dan mungkin tidak punya usia yang panjang. Rauf sendiri sebagai seorang doktor amat maklum dengan semua itu. Malah, kebarangkalian aku mendapat mudarat jika mengandung juga adalah tinggi memungkinkan aku tidak digalakkan untuk mengandung.
“ Meen...janganlah buat saya macam ni...Meen tahu kan perasaan saya?” akhirnya aku dan Rauf diijabkabulkan selepas 5 bulan kami bertunang. Alhamdulillah, aku disahkan mengandung lebih kurang 2 bulan  kemudiannya. Namun, siapalah aku dan Rauf untuk menidakkan kuasa yang maha Esa. Kandungan yang sihat itu tetap diambil olehNya ketika aku terlibat dalam kemalangan. Sungguh ketika itu aku merasakan aku tidak mampu untuk hidup lagi. Namun, Rauf suamiku itu terlalu bijak menyemai kekuatan dalam diriku. Demi Allah aku akur dengan bicara orang tua-tua, sungguh Allah akan mengambil hambaNya yang baik-baik terlebih dulu berbanding kita demi untuk dipelihara dari kealpaan dunia. Tiga bulan kemudian, Rauf suamiku dijemput Allah buat selama-lamanya. Sejurus selepas kami jemaah Subuh. Ketika pertama kalinya dia ingin berehat selepas solat Subuh dengan alasan keletihan kerana semalamnya dia seharian berada di bilik pembedahan. Demi Allah aku tidak terkilan kerana semalamnya aku sudah menunaikan keinginannya untuk merasa air tanganku menyediakan makanan kegemarannya. Juga kami sama-sama sempat menziarahi pusara tanda cinta kami Amin Rafie. Seperti yang dipohon Rauf, “ tempat I di sini sayang sebelah kanan Amin Rafie...” aku hanya tersenyum dan dengan spontan membalas “ tempat I di sini tau sayang...sisi kiri Amin Rafie...” namun rupanya aku tidak faham maksud yang cuba disampaikan arwah suamiku itu.
            Membina kekuatan selepas ketiadaan Rauf bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku hadapi. Kalau tiga tahun yang aku lalui masih gagal membentuk kembali kekuatan hati dan perasaanku, apatah lagi 3 tahun dulu.
“ Nur...”
“ it’s okay Hani...okay semua class dismissed...” aku tergelak kecil dan nyata kepura-puraanku tidak diterima oleh ahli kumpulanku. Mereka benar-benar terkesan dengan ceritaku bila semua masih terkaku dan terdiam.
“ you...sometimes the best way to release is our tears...drop it or you’ll drop...” Andy bersuara perlahan cukup menusuk perasaanku.
            Perbualan kami terhenti ketika Pengarah Program sudah meminta semua peserta alumni berkumpul. Tanpa kami duga, kumpulan kami berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk melalui pertandingan kuiz kalah mati. Setiap kategori mengandungi tiga soalan yang perlu diselesaikan dengan segera dan tepat sebelum setiap satu kumpulan disingkirkan mengikut kategori. Perjuangan pasukan kami terhenti setakat 3 kumpulan teratas bila kami tersingkir hanya beberapa saat sahaja. Namun begitu aku benar-benar gembira melalui program yang bagiku amat berjaya dan menarik. Ketika semua peserta berdebar menunggu pertandingan akhir bermula, aku sudah mula tidak keruan. Ada denyutan yang luar biasa menangkap pangkal tengkukku. Aku duduk tenang menarik nafas dalam-dalam. Aku berharap agar Hani segera duduk di sebelahku sebelum orang lain mengambil tempat itu. Paling aku tidak mahu jika orang itu ialah Andy.
“ Nur...” aku mengucap syukur ketika Hani menegurku.
“ aku nak pergi tandas Hani...aku rasa nak pitam...” pantas Hani memimpinku ke tandas. Aku kira dia amat memahami keinginanku untuk mengelak dari Andy. “ ubat aku dalam kereta...” aku sudah termuntah sebelum sempat aku menghabiskan bicara.
“ Nur...kita baliklah ye...”
“ no!aku penat kot...tolong ambilkan ubat aku boleh ke?” aku mohon simpati Hani. Lebih kurang 10 minit kemudian Hani sudah kembali dengan beg kecil yang memuatkan bekalan ubatku dan sebotol air mineral. Aku bersandar di dinding tandas meredakan pandangan yang berbalam. Aku usap hidungku perlahan untuk memastikan tiada darah yang mengalir.
“ Andy ada kat luar tau...dia cari kau tadi...dont worry aku kata kau ada kat tandas...” aku menghela nafas seiring ucapan terima kasih atas sikap Hani yang benar-benar memahami.
            Seperti yang dimaklumkan Hani, Andy memang menunggu di pintu dewan. Aku jelas dapat melihat riak tidak puas hati di wajah Andy ketika aku menyatakan tiada apa-apa yang berlaku. Kami sama-sama mengambil tempat dalam dewan ketika kuiz sudah separuh perjalanan. Sebenarnya kami satu kumpulan tidak memberikan perhatian penuh kepada pertandingan akhir tersebut. Sebaliknya kami senang memikirkan kemungkinan-kemungkinan bentuk sukaneka yang perlu kami lalui. Usai pertandingan akhir kuiz, kami sama-sama bergerak untuk minum petang sebelum solat Asar. Tepat jam 4.45 petang, semua sudah berkumpul di Dataran Siswa. Alhamdulillah kami tidak dihidangkan dengan aktiviti yang berat-berat. Sebanyak 10 acara perlu kami jalankan dan selepas tamat kesemuanya, kami mendapat tempat kedua. Sekitar jam 6.15 petang, semua bergerak pulang untuk bersiap bagi acara kemuncak pada sebelah malamnya. Makan malam akan berlangsung di Taman Universiti bertemakan campus life.
“ Nur wait!...Hani boleh aku cakap dengan Nur sekejap?” aku menjengelkan mata ketika Hani mengangguk dan tersenyum kemudiannya.
“ kat sini pun boleh kan...dah lewat ni...” aku masih memandang Hani.
“ please Nur...”
“ pergilah aku tunggu kau...” Hani tersenyum nakal memuncungkan bibirnya ke arah Andy. Aku dengan penuh rasa terpaksa mengekori Andy menjauhi kereta Hani.
“ I nak phone number you dear please...” aku tergelak kecil dengan rayuan Andy. Namun seketika senyuman yang tidak ikhlas pula terukir saat aku teringat yang dia pastilah sudah punya teman wanita.
“ tak payahlah kot...promise is promise Andy...deal was approved...” aku sama sekali tidak berniat mengungkit permintaannya 10 tahun lalu sekadar mengingatkan diriku pedihnya perpisahan sakitnya kehilangan.
“ Nur...I minta maaf...I tahu I silap...”
“ please Andy...maybe next time...dah lewat ni sayang...kita jumpa malam ni ye...” aku benar-benar rindu memanggilnya begitu. Aku dengan sengaja membetulkan kolar bajunya yang tidak ada cacat celanya. Aku baru tersedar dia sudah sedikit berisi dan rambutnya juga sudah dibiar panjang.
“ Nur...”
“ sorry...I tak ada niat...” segera aku tarik tanganku yang masih di bajunya. Aku terus berlalu meninggalkan Andy yang kehampaan. Aku mengutuk diri sendiri ketika tidak mampu mengawal perasaan untuk melihat wajahnya puas-puas.
            Hani tidak bersuara sepanjang perjalanan pulang. Mungkin dia sedang memberikan aku ruang bertenang. Aku yakin dia lihat apa yang berlaku antara aku dan Andy sebentar tadi. Mudah sangat aku terbang melayang-layang ke segenap ruang yang membawa aku kepada kisah dulu jika punya ruang-ruang berkhayal.
“ I tahu you pun ada rasa yang sama macam I...” Andy memulakan bicara selepas kami melayan perasaan masing-masing hampir setengah jam lamanya. “ and both of us know that it will never be real sayang...” Andy menyambung lagi ketika aku tidak membalas bicara awalnya.
“ what do you want to tell me Andy?”
“ I admit it Nur Ameena...I really in love with you since first time we meet...I know you too walaupun I tak tahu sejak bila rasa tu wujud dalam hati you...” aku tidak membalas sebaliknya menganggukkan kepala dan cuba mencipta sebuah senyuman.
“ can we be a couple for this time only...I really want to hear from you either you love me or not Nur...”
“ yes I do Andy...tapi I setuju dengan you apalah daya kita...”
“ today you’ll be my girlfriend and so do I...just for today...esok semuanya tidak lagi...kita akan clash tepat jam 12.00 malam ni okay dear...” saat itu aku rasa Andy bagai sedang membuang aku bukan menerima aku biarpun saat itu dia sedang mengakui rasa cintanya padaku.
“ I know you’ll decide the best...for us...”
“ please don’t get me wrong Nur...either you or me nobody will agreed to convert just because of our love...I tak nak kita terus rindu, sayang tapi tidak ada penghujungnya Nur...” aku tahu Andy sedang memberikan penjelasan betapa dia tidak berniat untuk menidakkan kasih sayang yang sudah wujud dalam hati kami.
“ I understand...dont worry okay...I will never try to found you okay...dont worry...I promise...”
“ Nur...”
“ itu yang terbaik Andy...” akhirnya itulah pertama dan terakhir aku dan Andy menjadi sepasang kekasih. Seperti yang dia pinta kami memang benar-benar tidak lagi berjumpa selepas dari pertemuan itu. Malah aku dan Andy turut menukar nombor telefon masing-masing. Tiada lagi Andy dalam diri Nur Ameena dan tiada Nur Ameena dalam diri Andy Rao Sharon.

***        ***        ***

“ Hani, aku nak keluar dengan Nur malam ni boleh ke?” Andy dengan tenang meminta keizinan Hani ketika kami sedang bersantai-santai menunggu majlis penutup sebentar lagi.
“ Andy aku...” Hani memandang aku dan jelas dia serba salah. Aku tidak menoleh ke arah mereka. “ Nur...” Hani menarik lenganku meminta kepastian.
“ dia takkan setuju...I minta you tolong pujuk dia...” aku tersenyum saat Andy benar-benar terlalu jujur bagai anak kecil.
“ mana you tau I tak setuju?” aku menoleh merenung anak mata Andy.
“ Nur!!” Andy dan Hani sama terkejut.
“ you tak ikhlas nak keluar dengan I...I okay je...kalau tak ada plan bolehlah I gerak ke Singapore petang ni...you pun nak ke JB kan Hani?” aku bersungguh-sungguh menggiat Andy.
“ okay! I’ll pick you malam ni at 8.00 no excuse...” Andy memberi kata putus. Dia masih berdiri dengan lagak tenang.
“ betul ni you nak keluar dengan Nur?” aku kira Hani sedang membakar perasaan Andy. Ketika Andy mengangguk pasti, Hani sudah mengeluarkan telefon bimbitnya. Aku hanya memerhati sahaja tingkah laku Hani. “ hello aunty...no Meen okay je sihat walafiat aunty...ni aunty ada orang nak ajak Meen keluar date malam ni...remember Andy?ni dia nak cakap dengan auty...” Hani menghulurkan telefon kepada Andy yang tenang sekali. Aku nyata terkejut dengan tindakan Hani dan keberanian Andy saat itu.
“ Hani...” aku menepuk lembut lengan Hani yang sudah terkekeh-kekeh.
“ ya aunty Andy here...hope that you’ll be okay if I want to invite her out tonight...” Andy diam seketika. Entah apa yang diperkatakan mama kepadanya saat Andy tersenyum lebar dan terangguk-angguk kecil. “ don’t worry aunty...I’ll take care of her...just going out for dinner not more...I promise...” aku bimbang sekali jika mama terlepas kata tentang penyakitku. Seketika ada jalur perubahan di wajahnya. “ yes uncle...yes I will...no uncle...yes I know Hani too...yes they’re here you want to speak with Nur?” aku membulatkan anak mata ketika Andy memberitahu dia sedang berbicara dengan papa. “ thank you saya dah biasa panggil dia Nur...okay uncle thank you so much...okay...” Andy menamatkan perbualan. Dia melangkah ke arah aku dan Hani dengan senyum puas.
“ so I’ll pick you at 8.00 tonight...nanti I call Amir minta izin ambil you kat rumah dia okay...” Andy sudah berlalu ketika aku memanggilnya. “ Nur...” aku tahu dia gelisah jika aku benar-benar tidak mahu keluar bersamanya malam itu.
“ aku tak tahu...aku nak enjoy hi-tea...” Hani sudah berlalu saat Andy memandangnya meminta sokongan.
“ what sayang...please janganlah buat I rasa bersalah...just dinner I promise...” aku senyum memandang Andy.
“ mama cakap apa tadi?” aku bersuara akhirnya membuatkan nafas lega terhela dengan jelas dari dalam dada Andy.
“ kita cerita malam ni okay dear...” kami beriringan ke Taman Universiti menyertai teman-teman lain.
            Tepat jam 5.00 petang semua sudah berkumpul untuk menamatkan Alumni Fakulti Kejuruteraan yang benar-benar mengundang keceriaan buat semua. Tenaga pengajar yang sudah lama bersara turut sama hadir memberikan sokongan. Aku nyata gembira dan sedikit terubat dengan aktiviti kali ini. Sebelum berlalu, sekali lagi Andy mengingatkan aku dia akan datang menjemputku malam itu.
            Sebaik sampai di rumah, Hani sudah diterpa oleh kedua-dua anaknya. Amir sudah tersenyum kambing di muka pintu menyambut kepulangan kami. Tanpa diminta dan disoal dia dengan berterus terang memaklumkan tentang panggilan Andy yang ingin membawa aku keluar malam tersebut. Kami sama-sama duduk bersantai di laman rumah Hani kemudiannya.
“ pergilah Nur, tak salah pun...” begitu Amir memujuk ketika aku memaklumkan bahawa aku tidak mahu mengusik perasaan sendiri sebenarnya.
“ kau anggap je pertemuan terakhir sebelum dia berkahwin okay pe...mungkin juga dia boleh kuatkan semangat kau. Dia antara orang yang rapat dengan kau kan?” Hani menyambung hujah suaminya. Aku diam tidak membalas. Jauh di sudut hati aku benar-benar sedang teringatkan Rauf. Sehingga ke dasar hati aku benar-benar rasa bersalah kepada Rauf kerana aku tidak mahu dia memikirkan yang bukan-bukan tentang pertemuan aku dan Andy malam ini.
“ I’m sorry Rauf...”
“ Nur...” Hani sudah berdiri di sebelahku. Dia mengurut-urut bahuku lembut.
“ jangan macam ni Nur...Rauf tetap cinta hati kau...Andy cuma seorang sahabat baik. Rauf dah pergi Nur...kalau kau tidak merelakan sehingga bila-bila kau yang terjerat dengan perasaan yang menyeksakan. Kau kena relakan kenyataan yang dia dah tak ada Nur...itu tak bermaksud kau bencikan dia...” Hani terus memujuk ketika airmataku sudah mula menuruni pipi.
“ Nur...kami semua tahu cinta Nur terhadap Rauf...tak perlu bimbang Nur...sama macam kami tahu betapa cintanya Rauf kepada Nur...sehingga ke akhir hayatnya...” Amir menyambung kemudiannya. Aku menganggukkan kepala tenang menerima kenyataan tersebut. “ malam ni, you bagi Nur spare key...jangan nak fikir-fikir okay Nur...nak berjalan-jalan, ambil angin kat Danga Bay ke, makan-makan, karaoke ke pergilah Nur...nikmati kebahagiaan...dia datang untuk buat Nur gembira percayalah...”
“ tak payahlah sampai bagi spare key...” aku sudah terelak kecil dengan usikan Amir.
“ tak apa...malam ni nak projek sebab dah 3 malam kena tinggal...”
“ abang...” Hani mencubit lengan suaminya yang sudah tergelak besar. Aku turut sama terkesan dengan kebahagiaan Hani dan Amir.
            Malam itu, aku kotakan permintaan Andy. Aku akur dengan kata-kata Amir dan Hani. Begitu juga mama dan papa yang menghubungi sejurus aku selesai mandi petang tadi. Mungkin benar kata mama, Andy antara orang yang pernah memberikan aku ruang ketenangan dan kebahagiaan satu masa dulu. Tanpa aku sedar memang sepanjang aku bersama Andy selama 5 tahun di universiti dulu, pemeriksaan kesihatanku telah memberikan keputusan yang baik-baik belaka. Tiada tanda- tanda negatif yang keterlaluan. Mungkin betul seperti apa yang arwah suamiku katakan
“ kalau you ada ruang-ruang ketenangan dan kegembiraan memang ia akan mengurangkan ketegangan penyakit kronik Nur Ameena...” aku tidak akan lupa kata-kata Rauf yang ketika itu baru setahun menjadi doktor peribadi keluargaku.
“ you ada plan nak ke mana-mana yang you teringin?” Andy menyoal sebaik kami meninggalkan taman perumahan rumah Hani dan Amir. Aku menggeleng dan menyerahkannya kepada dia. Aku bimbang lokasi-lokasi pilihanku nanti mencacatkan pertemuan kami selepas 10 tahun. Aku pasti akan terpanggil memilih lokasi yang mengingatkan aku kepada Rauf.
“ terpulang pada you Andy I ikut je...but remember you promise mama and papa to take care of their daughter...” aku dengar Andy tergelak kecil.
“ kalau you tak kisah kita ke JB?” aku mengangguk tanda setuju dengan cadangan Andy. Aku kira pasti dia ingin ke Danga Bay. Kami pernah ke sana dulu. 10 tahun dulu. Malah aku juga pernah ke sana bersama Rauf beberapa kali selepas kami berkahwin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui lebuhraya.
“ kita makan kat sana lah...bolehkan?” aku menolak ketika Andy memilih restoran kegemaran Rauf.
“ kenapa ni? I salah planning ke?” Andy bersuara ketika aku terlalu banyak membuang pandangan.
“ no...dah 3 tahun I tak datang sini...since Rauf meninggal dunia...” aku tersenyum memandang Andy.
“ I’m sorry Nur...kita pergi tempat lain kalau you tak selesa...” Andy sudah meraih tangaku yang sedikitpun tidak aku larikan. Aku menggelengkan kepala.
“ it’s okay Andy...I kena terima kenyataan dia dah tak ada...I kena belajar melalui semua yang I lalui dengan Rauf berulang kali tanpa dia di sisi...” aku menyusun kata-kata terbaik tanpa perlu menyinggung perasaan Andy dan terus membina semangat dalam diri sendiri selebihnya.
            Suasanan tenang malam itu benar-benar memberikan ruang selesa buat aku dan Andy. Pengunjung tidak terlalu ramai ketika kami sudah mengambil tempat. Mungkin masih terlalu awal barangkali. Aku mengerling jam yang hampir ke angka 9.10 malam. Tiba-tiba aku dan Andy sama-sama tergelak kecil. Tanpa sedar pandangan kami sedang memerhati gelagat sepasang adik beradik kecil.
“ kalau anak I masih ada mungkin dia sebaya that girl...” spontan kata-kata itu terluah dari bibirku membuatkan Andy mempamer reaksi kurang senang.
“ you...I selalu tertanya-tanya macam mana you sejak 10 tahun tu...” aku tersenyum merenung anak mata Andy. Lama aku terdiam sebelum memulakan bicara. Terlalu murah rasanya menyingkap segala rahsia yang sukar aku sebarkan untuk orang lain.

***        ***        ***

Selepas Majlis Konvokesyen aku sekadar mengikuti kursus-kursus separuh masa mengisi masa lapang. Tambahan aku perlu mengikuti rawatan dalam tempoh 2 bulan selepas itu. Sepanjang tempoh menunggu tersebut, berbagai-bagai kursus separuh masa aku ikuti. Kursus pastri dan kek, kursus membuat roti termasuk kursus perniagaan mikro. Sehingga aku telah berjaya membuka kedai kek dan roti yang aku serahkan kepada seorang ibu tunggal untuk mengendalikannya. Aku berkenalan dengan pembantuku itu ketika kami sama-sama mengikuti kursus membuat pastri dan kek. Aku senang menerima tawaran mama untuk memberikan aku pinjaman memulakan perniagaan. Alhamdulillah, kedaiku itu masih beroperasi dengan baik sehingga hari ini.
            Seperti rutin kebiasaan, aku akan ‘dikuarantin’ di hospital sepanjang tempoh rawatan demi memastikan aku berada dalam keadaan yang baik dan stabil. Lebih kurang 2 minggu di hospital dan itulah terakhir kali aku bersama doktor yang memeriksa dan menjagaku sepanjang tempoh rawatan sebelum aku bertemu dengan Rauf Haqem kemudiannya. Selepas hampir 8 bulan menganggur barulah aku mula bekerja dengan syarikat papa. Itupun  selepas aku menyudahkan Master by research yang aku pilih di Universiti Teknik Berlin, Germany. Aku menolak untuk bekerja di bahagian sistem pendawaian permotoran dan automotif kerana tidak cukup mencabar. Aku selesa membuat kerja-kerja di bahagian hanger bersama juruteknik dan juruaudit meneliti penghasilan dan pemeriksaan kualiti. Bukan mudah mendapatkan tempat di hati papa biarpun syarikat itu miliknya. Berkali-kali aku menghadiri kursus barulah papa bersetuju memberikan aku kepercayaan itupun dengan bantuan beberapa pegawai senior yang memberikan perakuan kemampuan aku dalam bidang tersebut.
            Sepanjang bekerja aku tinggal bersama mama dan papa di Kuala Lumpur. Aku memang selesa berada di Malaysia. Biarlah abang, kakak dan adikku sahaja terbang ke negara luar tapi aku senang di sisi mama dan papa. Sesekali menanti kepulangan adik beradikku ke tanah air begitu bahagia rasanya. Sesekali juga kami bertiga terbang menjenguk mereka samada ke UK melawat keluarga Kak Eemani atau ke Birmingham melawat keluarga Abang Eeman. Hanya sesekali sahaja kami ke Manchester melawat adik kesayanganku Ameen. Begitulah rutin hidupku sehinggalah akhirnya aku bertemu jodoh dengan Rauf Haqem arwah suamiku. Berulang alik ke Singapura hampir setiap 2 kali setahun merupakan jambatan aku bertemu jodoh dengannya.
“ kenapa selalu sangat ke Singapore?” Andy memotong layar kenangan yang sedang aku hayati.
“ ikut mama dengan kerja dia...tinggal I je yang ada...” aku memang sudah bersedia dengan jawapan itu kerana yakin Andy akan bertanya. Sememangnya aku tidak berselindung memberitahu aku kerap ke Singapura kerana ceritaku tidak akan lengkap nanti. Sepuluh tahun mungkin menjadi pendek dan ada lompong lompong yang menjanggalkan. Aku tersenyum senang ketika Andy menganggukkan kepalanya.
            Selepas berkahwin dengan Rauf, baik mama mahupun ibu mertuaku Hajah Syakila sama sekali tidak pernah menghalang atau merayu agar kami tinggal bersama mereka atau memilih untuk tinggal sendiri. Aku juga tidak pernah memikirkan semua itu kerana apa yang aku tahu, aku ingin bersama Rauf. Setiap detik tanpa ada yang terlepas. Bersama dengan Rauf membuatkan aku merasa selamat. Akhirnya aku tidak menolak ketika Rauf mencadangkan supaya kami tinggal di rumah keluarganya sementara dia mendapatkan rumah baru. Sungguh aku sudah benar-benar selesa di situ. Malah mama dan papa juga begitu senang menyerahkan aku dibawah jagaan suamiku Rauf dan keluarganya. Segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.  Papa juga dengan senang hati akan melepaskan aku daripada segala kerja di pejabat kerana aku amat faham kebimbangan papa jika aku terlalu menumpu kepada sesuatu kerja.
“ Nur...enough till that sayang...yang selebihnya I dah dengar semalam...just once without replay...” Andy memberi kata putus ketika dia sudah maklum cerita yang seterusnya. Aku akur dan kami sama-sama menghabiskan makanan yang masih berbaki di pinggan. Kami kemudiannya sekadar menyusur sepanjang Danga Bay yang meriah disimbahi cahaya lampu. Tidak banyak yang kami sembangkan. Aku tidak tahu apa yang harus aku tanya dan apa yang ingin aku tahu. Mungkin Andy juga begitu.
“ Andy, you ingat tak masa I ke Singapura masa study week?” aku memecah sunyi ketika kami beriringan ke kereta untuk bertolak pulang.

***        ***        ***
Aku kegirangan ketika Hani mengingatkan aku bahawa minggu berikutnya adalah cuti study week. Tapi aku pula sudah punya agenda bercuti ke Singapura bersama keluargaku.
“ you call I ke tadi?sorry I mandi...” Andy bersuara sebaik aku menjawab panggilannya. Terdengar usikan kecil di belakang pastilah teman serumahnya.
“ yup...sorry if I’m disturbing you...”
“ no lah sayang...why?anything happen?” suasana sudah tenang sedikit barangkali dia di bilik.
“ tak...saje...you busy ke?” aku bertanya lagi sekadar memastikan aku tidak mengganggu malamnya. Aku sedang teruja sebenarnya untuk memberitahu aku akan bercuti bersama mama, papa dan adikku.
“ tak sayang...kenapa ni? you ada something want to share?”
“ hhhmmm...yup...next week I nak ke Singapore dengan my family...remember mama called semalam?”
“ yes I am...sound’s great!” nada suara Andy tidak menggambarkan bicaranya.
“ you macam tak happy je...”
“ no...cuma you tak ada lecture ke?”
“ study week sayang...Hani yang ingatkan I tadi...”
“ ooo...lupa...I kena stay back sebab training...patutlah pun I tak ingat...”
“ de tournament lagi ke?” nada suaraku pula yang berubah ketika Andy kerap sekali dengan ragbinya. Sudah berapa kali dia mengalami kecederaan fizikal.
“ yes dear...”
“ tapi your injury still unstable yet Andy...” aku memintas kata-kata Andy yang belum sempat dia habiskan.
“ Nur...”
“ we talk later...I’ve nothing to say...” segera aku tamatkan panggilan. Aku benar-benar tidak mampu melawan kebimbangan tentang keadaan Andy yang seluruh kampus maklum dia mengalami kecederaan yang teruk ketika Pertandingan Ragbi Universiti Asia kurang dua bulan lalu. Malah berita kecederaan serius yang dialami Andy menjadi berita muka depan buletin sukan universiti Malaysia yang mendapat rating tertinggi. Aku biarkan telefon berbunyi berulang kali sebagai tanda protes. Aku lihat Hani menggelengkan kepala berkali-kali sambil tersenyum.
“ I don’t want to talk with him...” aku yakin Andy menghubungi Hani ketika deringan berganti ke meja Hani.
“ aku tak ada kat bilik...tengah jumpa member ada assignment nak settle...kenapa?” aku tidak menoleh membiarkan Hani bersoal jawab dengan Andy. “ kenapa pula ni? mesti kau ada cakap apa-apa ni?” Hani diam lagi. Aku pula yang tiba-tiba berdebar demi ingin tahu bicara Andy di seberang talian. “nantilah aku sampaikan...kau SMS lah dia...dah tiga tahun kawan pun tak tahu lagi nak pujuk? Andy...Andy...okay...okay...you too...” Hani sudah berpaling memandangku yang masih tidak menoleh. Aku berpura-pura khusyuk menghadap buku rujukan di depanku. Namun di dalam hatiku bergendang-gendang paluan berbunyi “ cakaplah Hani apa Andy cerita...cakaplah...”
“ hoi!jangan nak buat-buat macam tak ada apa-apa okay...dia minta maaf tapi...”
“ rugby is part of my life Hani...I know she knew and understand it...I understand that she’s worried but please do make her understand me now Hani...” aku sudah tahu benar ayat pujukan yang keluar dari mulut Andy. Malah jika kesilapan itu dilakukan di depan aku dengan begitu lembut sekali dengan pandangan mata dan senyuman yang pasti sahaja membuat aku kalah.
“ exactly the same Nur...” ketawa besar Hani dengan gaya dan memek muka yang aku pamerkan.

~ Andy : nur sayang janganlah macam ni...that’s just an ordinary injury 4 rugby player...~ Hani sudah ketawa terkekeh-kekeh ketika dia yakin mesej yang masuk ke telefonku datangnya daripada Andy. Aku biarkan tidak dibalas.
~ Andy : nur please...dun do this 2 me dear...~
~ Aku : i’m going to JB 2morrow coz i dun have any class yet~ aku mengalah akhirnya kerana aku tidak mahu keadaan ini membuatkan fokus Andy ketika latihan terganggu.
~ Andy : i’ll send you...but do please forgive me dear...~
~ Aku : no need 2...i’ll take a cab to JB...i’ll meet my parents there~
~ Andy : please nur...~ aku kira Andy sudah mengalah dan benar-benar mengharap simpati daripadaku.
~ Aku : i’ll call you later... ~
~ Andy : promise dear ~
~ Aku : i promise ~

***        ***        ***

Tanpa sempat menunggu Subuh menjelang, Andy sudah terlebih dahulu mengirim SMS. Aku tidak membalas sehingga aku selesai menunaikan kewajipan Subuhku. Hani turut memberikan reaksi terkejut. “ dia pergi masjid ke pagi-pagi buta ni Nur?” begitu sekali Hani mengutuk Andy sebelum dia kembali bermalas-malas di atas katil. Aku sempat ke perpustakaan mendapatkan beberapa maklumat berkenaan tugasan yang dibekalkan oleh pensyarahku sebelum aku bergerak ke Johor Baharu untuk bercuti sepanjang minggu ulangkaji.
“ pukul berapa parents you sampai?” Andy bersuara ketika kereta kami membelah lebuhraya.
“ mama kata flight at 12.00 tadi but then I cant get them since about an hour ago...I’ll contact them later...” Andy menganggukkan kepalanya. “ you ada kelas ke?” aku menyambung kemudiannya.
“ no...saje...I’ll accompany you till they’re arrived...”
“ it’s okay Andy...you tak ada training ke petang ni?”
“ sindir I ke?” sungguh aku tidak punya niat sekadar ingin bertanya bimbang aku mengganggu jadualnya.
“ you...I tak nak susahkan you...”
“ you are always...susahkan ‘hati’ I...” Andy tergelak besar ketika jariku sudah mencubit lengan tangannya. Akhirnya kami sama-sama ketawa. Suasana tenang sahaja ketika Mitsubishi Evo milik Andy lancar meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Ketika kami hampir sampai aku menerima SMS daripada mama yang sudah terlewat hampir 15 minit. Andy sekadar tersenyum ketika aku memaklumkan rasa serba salahku bila dia berkeras ingin menunggu sehingga orang tuaku tiba.
            Sungguh-sungguh Andy menemaniku malah kami sama-sama menunggu mama dan papa di balai ketibaan dalam negara. Mama dan papa sekadar tersenyum melihat Andy di sisiku.
“ really? so jaranglah balik Sarawak?” mama membalas ketika Andy memberitahu dia berasal dari Sarawak.
“ joint us if you don’t have any plan...kami pun saja nak ambil angin kat Selatan ni...” pelawaan papa membuatkan aku sedikit terkejut.
“ dia busy pa...” aku menjeling Andy yang sudah tidak senang kerana dia tahu aku masih marahkannya. “ training rugby...” aku menyambung ketika papa memberi reaksi penuh tandatanya. Namun Andy tidak dapat menolak ketika papa dan mama berkeras menjemputnya makan tengahari bersama. Aku tahu ketika itu mama dan papa amat berterima kasih atas ketulusan Andy menghantar dan menemaniku di lapangan terbang. Pastilah kedua orang tuaku itu amat bimbang tentang anaknya yang kurang sihat ini. Selepas mendapatkan semua pakaian, Andy dengan murah hati pula menawarkan diri untuk menghantar kami ke hotel.
            Kami terlebih dahulu menuju ke hotel. Selepas check in dan memastikan semua barang selamat diletakkan di bilik hotel, kami turun ke lobby. Papa lebih senang memilih untuk makan di restoran luar berbanding hotel. Andy sekadar menurut. Secret Recipe menjadi pilihan papa dan mama. Aku dan Andy hanya menurut sahaja.
“ satu kelas dengan Meen ke?” seperti yang aku jangka pelbagai soalan akan dikemukakan papa dan mama.
“ tak...satu fakulti...saya Jabatan Mekanikal...” aku tidak memandang bagaimana agaknya reaksi Andy saat menjawab soalan papa. Tapi dia benar-benar tenang. Aku lihat mama dan papa tersenyum.
“ great! boleh joint uncle nanti...” aku sudah menjangkakan reaksi papa. Andy pula yang mempamer wajah terkejut. Papa dengan rendah hati memaklumkan dia bekerja di syarikat automotif bahagian permotoran. Tugasnya lebih kepada bahagian pengangkutan berbentuk sedan, MPV dan wegan. Papa memang begitu. Dia tidak langsung memberitahu sebenarnya syarikat tersebut miliknya. Ketika kami rancak berbual, telefon bimbit mama berbunyi. Aku kenal benar pemanggilnya dari riak wajah yang mama pamerkan. Selepas berbicara sepatah dua, mama menghulurkan telefonnya kepadaku.
“ hai baby...” aku ketawa riang. “ miss you too...I’m preety well...” ekor mataku membaca isyarat pandangan cemburu Andy. Kalau bukan di depan orang tuaku pasti dia sudah menolak pinggannya. “ okay see you then...ya okay...love you too...” aku biarkan Andy melayan cemburunya. Selepas makan tengahari, Andy menghantar kami kembali ke hotel. Aku biarkan mama dan papa naik terlebih dahulu sementara aku menemani Andy di lobby.
“ Ameen lah adik I...you...” aku bersuara ketika jelas Andy tidak berpuas hati. Tidak ada sepatah kata yang keluar dari bibirnya. “ okay then...thank you for accompany...”
“ Nur...sorry...” Andy memotong bicaraku.
“ it’s okay...or you want to wait him here till he arrived...”
“ no thanks...entah macam mana reaksi I nanti kalau tengok you dengan dia...” jujur Andy mengakui perasaannya. “ dia dari mana?” Andy menyambung kemudiannya ketika kami sama-sama beriringan ke kereta.
“ Manchester. Study kat sana...tapi dah transit somewhere I thought...” aku sudah bersandar di kereta Andy ketika dia memanaskan enjin keretanya. Aku lihat Andy menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“ okay...maybe next time dear...”
“ you say so...drive carefully okay...thanks again...” aku melangkah naik ke bilik selepas kereta Andy meninggalkan kawasan meletak kereta hotel.
“ is that the first time you met Rauf Haqem?” tiba-tiba soalan Andy mengembalikan aku ke alam realiti. Aku sekadar menggelengkan kepala.
“ it’s happened about after six to seven years Andy...and that’s not to easy...” aku menjawab lemah.
“ you jumpa dia dekat mana?” Andy bertanya lagi. “ it’s okay if you don’t want to answer me Nur...” Andy menyambung kemudiannya ketika dia mungkin tersedar soalan tersebut mungkin akan membuatkan emosiku terganggu dan sayu.
“ Andy...it’s okay...I jumpa Rauf dekat hospital masa buat medical checkup...” tentulah aku tidak akan memberitahu Andy tentang keadaan kesihatanku.
“ he’s a doctor?” aku menjawab soalan Andy dengan anggukkan dan senyuman. Bagai terbayang-bayang wajah tenang arwah suamiku setiap kali merawatku. Tapi ketika itu kami bukanlah sepasang kekasih atau suami isteri. Malah selepas aku sah bergelar isteri Rauf Haqem, dia telah memberikan tanggungjawab merawatku kepada sahabat baiknya kerana bimbang dia akan bersikap berat sebelah atau emosi ketika merawatku.
“ tapi sepanjang I di hospital tu, kami belum lagi bercinta...infact, ibu mertua I yang menjodohkan kami...dunia ni kecil je Andy pusing-pusing dekat situ juga...pergi balik jumpa orang yang sama juga...” aku tergelak kecil ketika teringatkan bagaimana awalnya perhubungan aku dan Rauf Haqem bermula.
“ I don’t get you sayang...” Andy merenungku dengan wajah jelas keliru.
“ kalau tak silap lepas setahun juga tak ke Singapore, then I temankan mama ke sana sebab dia kena organized function there...”
“ mama kerja apa sayang?” Andy mencelah.
“ dia ada consultant sendiri organized and managed event...” aku menjawab tanpa memandang wajah Andy.
“ okay continue your story...” Andy kembali memberikan perhatian kepada ceritaku.
“ hhhmm...usually memang I dah macam PA mama...at that time we’re so busy looking for fresh flowers sebab yang ditempah tu takut tak cukup. Tiba-tiba mama jumpa kawan dia...”
“ kawan dia tu your mother in law...” Andy terlebih dahulu menyambung cerita. Barangkali dia tidak sabar ingin tahu cerita cinta antara aku dan Rauf Haqem.
“ pandai you...thumbs up and sepuluh markah...”
“ you...” kami akhirnya ketawa bersama. “ eh! gerimis lah Nur...jom kita...nanti you tak sihat pula...” Andy laju sahaja meraih tanganku membelah arus pengunjung yang sudah mula ramai. Kami melangkah pantas ketika semakin rintik hujan semakin banyak. “ nanti you demam pula...” Andy sudah menghulurkan jaketnya dan diletakkan ke bahuku. Aku membetulkan letak duduk jaket Andy di badanku.
            Kami bersetuju untuk pulang melalui jalan kampung sekadar menikmati pemandangan malam. Ketika kereta Andy mula membelah jalanraya, lagu Khatimah Cinta dari kumpulan 6ixth Sense berkumandang di radio. Baik aku mahupun Andy tidak langsung bersuara. Entah apa yang bermain di fikiran Andy atau mungkin dia memang benar-benar sedang memberikan sepenuh tumpuan kepada pemanduannya. Namun yang pasti saat itu, fikiranku sedikit terganggu. Wajah Rauf Haqem jelas melatari ruang minda menggamit ingatan dan menjalin kenangan.
“ I like this song sayang...” Rauf mengusap rambutku ketika kami sama-sama sedang melayan video klip di televisyen. “ kalau I tak ada, I pun nak you rasa macam tu...rasa yang I selalu dengan dengan you...whatever you do, wherever you are, whenever it is I’ll always be with you to make sure that you’ll never feel alone...” dan setiap kali lagu itu berkumandang selepas ketiadaan Rauf, aku benar-benar merasakan belaiannya. Ya. Itulah yang aku rasa.
“ Nur Ameena kenapa ni?” jelas nada gusar dalam soalan Andy. Aku yang tidak mampu mengawal perasaan ketika suara vokalis 6ixth Sense itu benar-benar mengusik jiwaku akhirnya menangis lagi. Aku menekup mukaku yang masih gagal melawan perasaan. “ sayang...” aku sedar Andy sudah memberhentikan keretanya tapi entah di mana. Namun yang pasti dia memilih tempat yang terang dan selamat. Beberapa kereta turut berhenti mungkin di kawasan rehat barangkali.
“ I miss him Andy...really...” aku biarkan Andy menarik bahuku mendekatinya. Saat begini memang sungguh menyakitkan. Aku sering gagal melaluinya. Ketika rindu kepada Rauf datang aku benar-benar bagai ingin bersamanya. Aku bagai tidak mahu hidup lagi.
“ sayang...” aku tahu Andy tidak pasti apa yang harus dia lakukan.
“ I’m always think that I can handle it but...” aku tidak mampu menghabiskan kata-kata ketika Andy mencium ubun-ubun kepalaku.
“ dia pergi bukan maknanya dia benci...dia tinggalkan you bukan maknanya dia tak sayang...I percaya dia terlalu sayang dan cintakan you...believe me...”
“ but he’s gone...he’s gone Andy...it’s really hurts when it happen at the time that I’m trying to stand and strong...he’s the one that support me to be strong when I lost you...” akhirnya terluah juga kepedihan yang tersimpan selama 10 tahun itu. Andy tidak membalas sebaliknya dia menarik aku lebih erat.
“ I’m sorry...” getar suaraku masih jelas ketika meleraikan pelukan Andy. Sungguh aku rasa bersalah.
“ you okay kan sayang?” Andy masih memandangku. Aku mengangguk perlahan. Namun airmata yang masih mengalir pantas aku sapu.
“ kita balik...” Andy menganggukkan kepala. Dia memaksa sebuah senyuman yang nyata sekali janggal di pandangan mataku.
            Entah bila aku terlelap dan hanya tersedar ketika Andy mengejutkan aku. Aku menegakkan badan dan menarik nafas dalam-dalam. Sempat aku mengerling jam di dashboard kereta Andy. Sudah menganjak ke angka 12.15 malam. Seketika aku lihat Hani dan Amir sudah ke laman membuka pagar rumah. Rasa bersalah menerjah fikiranku ketika itu. Adakah mereka menanti aku pulang atau sememangnya mereka belum tidur.
“ awalnya balik?” Amir bersuara sambil menghulur salam kepada Andy. Aku lihat Andy tersenyum.
“ sorry la kejutkan kau...” aku mendekati Hani.
“ no lah! kami pun baru sampai tadi ronda-ronda...” Hani sudah tersenyum-senyum.
“ Andy!” serentak Hani dan Amir turut menoleh. “ you balik bila?” aku menyambung perlahan.
“ lusa...” aku mengangguk perlahan menerima jawapan Andy.

~zara aqeela~

No comments: