-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Thursday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 2 ::..

Nylia masih duduk ketika semua teman kuliahnya sudah beransur keluar. Dia masih membelek-belek nota yang dibekalkan Dr. Zainal sebentar tadi. Sekadar mendapatkan gambaran awal untuk projek yang baru diterima. Sesi yang hanya mengambil masa kurang satu jam itu sedikit sebanyak membantu dia mendapatkan maklumat.
“ Nyl... jom minum...” Jeanne menjerit kecil di muka pintu ketika melihat Nylia masih leka dengan nota di tangan.
“ ha okay-okay...wait!” Nylia mengemas peralatannya dan terus mendekati Jeanne dan teman lain menuju ke Kafeteria Cenderawasih. Sememangnya di situlah tempat mereka menghabiskan masa bersama jika tiada urusan penting. Kebanyakan pertemuan pelajar PHD dengan penasihat atau penyelia projek adalah di Dewan Seri Kayangan, berhampiran Pusat Pengajian Siswazah. Sememangnya, lokasi melepaskan lelah dan membasahkan tekak yang terhampir adalah di Kafeteria Cenderawasih.
            Ketika melangkah masuk ke perut kafe, beberapa pelajar Master Jurusan Kejuruteraan baru sahaja meninggalkan dewan. Sememangnya kumpulan pelajar jurusan kejuruteraan boleh dikenali kerana mereka sahaja yang mempunyai suite yang diseragamkan oleh pihak industri. Mengikut takwim kampus bulan ini, pelajar jurusan kejuruteraan akan mengikuti Seminar Pembangunan Teknikal dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan. Jika tidak salah Nylia, hari ini adalah hari pendaftaran masuk.
“ cik kak!siapa yang you tengok tu?” Zakeah menepuk bahu Nylia.
“ terkejut aku...kau ni kan...” Nylia membalas dengan pukulan kecil di bahu Zakeah.
“ kau tengok siapa sampai macam tu sekali?” Suri turut mendekati.
“ cari boyfriend aku la...tak ada la pula...” Nylia senyum meleret sambil berlalu ke kaunter makanan. Dia nampak jelas Zakeah dan Suri yang sudah mencuka dengan permainannya. Mereka kemudiannya sama-sama tergelak. Namun, Nylia masih mencuri-curi pandang kelompok pelajar kejuruteraan yang begitu menggamit pandangannya. Kelibat Naufal Fareed di kalangan pelajar berkenaan benar-benar menarik perhatian Nylia. Akhirnya dia akur dengan keadaannya yang sering terbawa-bawa dengan perasaan dan ingatan yang kuat terhadap kembarnya itu.
Nylia kembali membawa dirinya ke alam realiti menyertai rakan kuliahnya. Mereka makan sambil berbual kosong. Sudah menjadi kebiasaan mereka tidak akan bersembang atau berbincang perkara yang serius di meja  makan. Bagi mereka waktu makan adalah masa untuk mereka menikmati ketenangan. Tapi selepas waktu makan tidak mengapa. Biarpun sebenarnya pertemuan dengan Dr. Zainal sebentar tadi telah dibekalkan dengan projek yang penting untuk pelajar semester akhir PHD.
            Selepas makan mereka bertiga berbincang secara ringkas tentang projek yang baru dibekalkan oleh Dr. Zainal. Kali ini mereka dikehendaki membuat kajian tentang kepentingan sistem pengurusan dalam bidang akademik. Menurut Dr. Zainal, keadaan negara buat masa ini agak kritikal disebabkan konflik memilih bidang akademik.
“ masih relevan atau tidak bidang yang kita pilih  untuk jangkamasa lebih kurang sepuluh tahun lagi dari sekarang?” Zakeah memulakan bicara ketika mereka sedang dalam perjalanan ke perpustakaan.
“ itulah masalah Malaysia ni. Kita biasanya memilih bidang yang sedang berkembang dan menjadi permintaan mengikut keadaan semasa. Sedangkan tak tahu pun 10 tahun lagi releven atau tidak kan?” Nylia hanya menganggukkan kepala ketika Suri menokok sokong hujah Zakeah.
Mereka beriringan masuk ke bahagian sumber manusia untuk mendapatkan rujukan projek yang diberi. Kebetulan ketika mereka tiba, Nazim teman sekuliah sedang meneliti nombor kod buku yang diperolehi dari komputer rujukan. Beberapa buah buku sudah diletakkan di meja yang berdekatan. Pasti sahaja Nazim sedang menelaah di situ. Mereka turut menyertai Nazim memandangkan mereka sememangnya sudah terbiasa berbincang dan bekerjasama dalam menyelesaikan projek dan tugasan sepanjang menjalani program PHD.
“ eh! Nyl pun ada sekali...hhhmmm okay juga kan bolehlah kita bincang sikit apa yang kita dapat...you all ada planning apa-apa tak petang ni...” rupanya Din Azraf juga di situ.
“ nope!” Zakeah dan Suri menjawab serentak.
“ I ada appointment jam 3.00 petang ni...mungkin nak beransur dalam 2.30 petang boleh kan? why don’t we start now?” Nylia memberikan pandangan dan tiada bantahan dari yang lain. Mereka kemudiannya mengambil tempat dan mula memberikan beberapa pendapat secara umum. Begitulah kebiasaannya. Berdasarkan pendapat dari pengetahuan am dapatlah mereka mencari bukti dan hujah menyokong selain meneliti kesilapan mereka berdasarkan fakta semasa.
            Seperti biasa, Din Azraf akan mengetuai perbincangan mereka dan Suri akan bertindak sebagai pencatat. Begitulah rutin perbincangan mereka selama hampir dua tahun ini. Mereka akhirnya bersetuju untuk berjumpa semula tiga hari lagi untuk mendapatkan hasil survey dari penuntut universiti. Ketika jam beranjak ke pukul 2.20 petang, mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.
Nylia tiba di Jabatan Alam Sekitar ketika jam sudah pun beranjak ke pukul 2.35 petang. Dia mengambil peluang berehat seketika dan menunaikan solat Zohor sebelum memulakan kerja seterusnya. Tepat jam 3.00 petang, seperti yang dijanjikan Nylia berjumpa dengan beberapa orang pelajar dari jabatannya untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Sememangnya menjadi rutin pelajar menemui Nylia setiap petang Selasa jam 3.00 petang untuk perbincangan. Selepas hampir 2 jam, mereka bersurai. Seorang demi seorang mengucapkan terima kasih atas perhatian dan bantuan Nylia.
Nylia kembali menghadap komputer ribanya menyudahkan tugas yang berbaki. Begitulah rutin hidup Nylia sejak dua tahun lalu. Kerjanya tetap tidak terganggu dengan kesibukan kuliah. Kadangkala kepenatan benar-benar menguji semangat Nylia tambahan lagi ketika kerjanya bertimpa-timpa. Tapi Nylia tetap menguatkan semangat kerana itulah jalan yang dia pilih. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dia akan menyudahkan pengajiannya PHDnya. Pasti abangnya Naufal merasa bangga dengan kemampuannya.
Ketika jam beranjak ke pukul 4.20 petang, Nylia selesai menyudahkan perancangan model projek akhir seperti yang dibincangkan dengan penyelianya tempoh hari. Dia beralih ke sofa yang berdekatan sekadar mencari posisi baru menyelesakan diri. Sempat dia mencapai kalendar yang terletak di meja sisi. Tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadhan sememangnya satu bulan yang amat dinantikan oleh semua umat Islam. Tidak kira apa juga  alasannya tetapi bulan Ramadhan memberikan banyak cerita kepada setiap individu. Bagi Nylia sendiri, pada bulan mulia itulah juga Allah mengambil insan-insan yang tersayang di dalam hidupnya. Namun dia redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuknya. Sekarang, bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti kerana dia sering berdoa supaya Syawal yang menyusul membawa abangnya Naufal Farhan kembali ke tanah air biarpun sekadar untuk melepaskan rindu. Nylia melepaskan nafas berat kemudiannya.
Dia bingkas bangun ketika terdengar alunan suara merdu Anuar Zain yang datang dari telefon bimbitnya. Ikram.
“ Nyl...busy ke?” Ikram membuka bicara.
“ no...why?”
“ tak ada apa-apa... masih kat kampus ke?”
“ aha...kejap lagi nak balik. Baru selesai buat kerja. Am kat pejabat lagi ke?” Nylia bertanya sekadar pemanis bicara.
“ yup...but on my way to thumbprint...nak balik Pahang sekejap. Mummy suruh ambil barang dekat rumah Mak Long...” Ikram membalas panjang.
“ okay...drive carefully...”
“ thank you...anyway I call ni nak tanya you balik macam mana ni?” hampir terlupa Nylia yang dia diambil dan dijemput oleh Ikram kerana keretanya berada di bengkel sejak dua minggu lalu.
“ I’ll get cab don’t worry okay...”
“ It’s okay then...call me if anything happen okay...dah sampai rumah pun inform Am juga...”
“ okay Am...I will...promise...don’t worry okay...” Nylia memotong bicara Ikram yang pasti lebih berpanjangan jika tidak ditahan. Terdengar gelak kecil Ikram di hujung talian sebelum mereka berbalas salam dan menamatkan perbualan. Nylia mengemaskan barang-barang kerjanya dan bersiap untuk pulang. Pasti keadaan akan bertambah sesak jika keluar terlalu lewat. Dia sempat mengerling jam di dinding yang sedang mendekati jam 5.00 petang. Selepas selesai berkemas, Nylia berjalan ke pintu pagar sambil menghubungi teksi untuk pulang.
            Hampir sahaja Nylia terlelap di dalam teksi kerana kepenatan. Panggilan daripada ibunya telah menyelamatkan Nylia dari tertidur. Pasti sahaja Ikram telah menghubungi rumahnya berkali-kali kerana sebaik menamatkan perbualan bersama ibunya, dia melihat 5 panggilan tidak berjawab daripada Ikram. Nylia hanya tersenyum dan bersedia untuk turun ketika teksi sudah memasuki perkarangan rumahnya. Dia turun selepas membayar tambang teksi.
“ risau ibu bila Ikram kata dia telefon kamu tak ada jawapan...” Nylia hanya tersenyum ketika diterjah ibunya sebaik sahaja dia sampai di pintu rumah.
“ assalamualaikum ibu...” Nylia mengusik.
“ wa’alaikumussalam...kurang asam punya budak kita disindirnya...kenapa tak bagitahu balik sendiri? boleh ayah jemput di kampus...” ibunya menyambung lagi.
“ ibu...Nyl dah sampai pun...mana ibu tahu Nyl balik naik cab?”
“ Ikram telefon rumah tadi tanya Nyl dah sampai ke sebab dia call handset tak berjawab...kenapa tak balik dengan Ikram? kamu berdua bergaduh ke?” Nylia senyum simpul sambil melabuhkan punggung di sofa.
“ hish! Ibu ni tak adalah...Am balik Pahang sekejap mummy dia pesan ambil barang dekat rumah Mak Longnya...”
“ ooo...ingatkan kamu bergaduh...sudah pergi mandi...nampak penat sangat...” Fatemah berlalu ke dapur selepas anaknya beredar ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri.
Malam itu selepas makan malam, Nylia memilih untuk berehat dan menonton televisyen. Seingatnya tiada apa yang penting untuk dikejarkan kerana esok dia tiada kuliah dan perbincangan. Cuma dia perlu berjumpa dengan beberapa orang pelajar dari jurusan Kejuruteraan Kimia berkenaan dengan tugasan mereka yang ditolak oleh Nylia 2 hari lalu. Seperti biasa jam 8.00 malam, pastilah Nylia perlu menghadap paparan berita semasa kerana ayahnya telah terlebih dahulu memilih siaran tersebut.
Nylia kemudiannya memilih TV3 untuk menonton drama bersiri, Asmara yang kebetulan sudah diikuti sejak episod pertama lagi.
“ menyampah betul lah!” emosi menonton menyebabkan Nylia tidak sedar dia sudah menekan butang jawab telefonnya ketika iklan kedua berputar.
“ you just can ignore my call...”
“ hey! not you lah Am...” rasa bersalah pula Nylia bila Ikram salah faham dengan ayatnya menyambut panggilan sebentar tadi.
“ hhhmmm...ingatkan menyampah sebab I call you...” sudah terdengar gelak kecil Ikram di talian. Ikram sedikit bimbang kerana Nylia tidak menghubunginya seperti yang dijanjikan. Sungguh Nylia terlupa dengan janjinya. Perbualan mereka ditamatkan kemudiannya bila Nylia berjanji akan menghubungi Ikram sebaik cerita Asmara tamat jam 10.00 malam nanti. Dia tidak mahu terlepas sedikit pun tentang cerita tersebut dengan dialognya sekali jika boleh.
Telefon bimbitnya kembali berbunyi tepat jam 10.00 malam sejurus sahaja lagu Menyesal dari kumpulan 6ixthsense mengiringi tamatnya episod minggu itu untuk cerita Asmara.
“ yup!”
“ cerita tu dah habis kan?” Ikram pura-pura bertanya. Kebiasaanya Ikram turut menonton cerita yang sama untuk memastikan waktu tamatnya. Kemudian Ikram akan memberikan komen itu dan ini berkenaan cerita yang ditonton Nylia. Ikram kemudiannya akan memberikan pendapat sesuai atau tidak cerita itu ditonton.
“ you tak nak tengok up to you...” Nylia mula sakit hati walaupun dia tahu Ikram sekadar mengusik bila mengatakan tidak sesuai menonton cerita begitu.
“ I’m just joking sayang...” itu sahaja ayat memujuk yang diketahui Ikram.
“ siapa sayang you? no I’m not!” Nylia mula protes. Sengaja dia mengambil serius. Nylia pasti Ikram sudah kebimbangan saat ini.
“ hey Nylia...I bergurau je okay...” Nylia masih berdiam lagi. Sekadar menguji sikap Ikram yang memang sudah difahami. Ikram akan terus memujuk.
“ it’s okay...I nak masuk tidur la...we talk later...” Nylia masih giat mengusik. Terus dia putuskan talian. Nylia yakin Ikram sedang kerisauan saat ini. Seperti yang dijangka berkali-kali Ikram menghubunginya dan dibiarkan sahaja tidak berjawab.
“ Nyl I’m sori k...i grau je td...” Nylia sudah tergelak kecil. Ikram sudah mula mengirim SMS.
“ me too :-p” Nylia akhirnya mengalah kerana tahu Ikram tidak akan berhenti meminta maaf selagi tidak dimaafkan.
“ u saje nk mainkan i ye?” Nylia tersenyum lagi. Pasti Ikram sudah menjeling tajam jika mereka sedang bersama sekarang.
“ u yg giat sgt nk usik i dlu kn? K la Am, really nk tdo ni...u pn sure pnt kn...tdo la...” Nylia membalas sebaik mungkin supaya Ikram tidak terasa hati.
“ i xpnat klu lyn buah hat i ni...”
“ dun start Ikram Nashrul...” kali ini Nylia membalas tegas. Sememangnya dia tidak mahu ada salah faham dengan perasaan masing-masing.
“ ok2...nite2...sweet dream...”
“ u 2...” Nylia membalas ringkas.

~zara aqeela~

No comments: