-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 15 ::..

“ you...” kepalaku terasa berat sekali. Tapi aku yakin suara itu milik Andy. “ Nur Ameena...are you okay dear?” aku cuba membuka mata. Spontan aku tutup kembali mataku bila semua yang aku nampak berputar ligat.
“ Andy...” aku yakin suaraku tidak didengar tapi aku sedikit senang bila Andy terus menggenggam erat jemariku.
“ sayang...terkejut I bila Hani kata you pengsan...you kenapa ni?” aku cuba untuk tersenyum demi menenangkan hati Andy. Tapi jalur kebimbangan terlalu jelas di wajahnya. “ tak payah bangun...just relax okay...”
“ I kat mana ni?” suara tidak keluar dengan jelas. Mungkin sebenarnya langsung tidak berbunyi.
“ hospital...dia orang jumpa you pengsan dalam bilik tadi...” terkejut aku mendengar penjelasan Andy. Pastilah semua orang terkejut saat itu. Aku telah membuatkan keadaan huru hara rupanya. “ Hani keluar makan sekejap dengan Amir...” Andy menjawab soalan dari gerak mataku yang mungkin terlalu jelas mencari kelibat Hani. Aku rasa bersalah bila Andy memberitahu Amir dan Hani yang membawa aku ke hospital.
            Aku tidak bertanya apa-apa lagi dan Andy juga tidak bercakap apa-apa lagi. Mungkin dia terkejut mendapat berita aku pengsan kerana menurutnya, dia terlewat membaca SMS yang dikirim Hani yang dihantar ketika dia sedang di padang ragbi. Aku tidak mahu bertanya lagi kerana pasti cerita yang akan aku dengar membuatkan aku semakin rasa bersalah. Sebaik tamat waktu melawat, Andy dengan berat hati meninggalkan aku sendirian di hospital. Awal-awal lagi aku sudah minta Hani pulang ke asrama kerana dia punya ujian yang akan dihadapi keesokan harinya.
“ nurse, ada doktor yang bertugas tak malam ni?” aku bersuara ketika jururawat datang memeriksa tekanan darahku petang tersebut.
“ kalau ikut duty tak ada dik...kecuali ada emergency...” aku membalas senyuman jururawat berkenaan. “ kenapa dik?” dia memulangkan pertanyaan kepadaku kemudiannya.
“ boleh tak saya nak buat panggilan?” aku menjawab dengan pertanyaan membuatkan jururawat tersebut mempamer wajah keliru. Aku akhirnya memaklumkan tentang keadaanku yang sememangnya mempunyai doktor peribadi dan sejarah penyakit yang masih dalam rawatan. Akhirnya, aku diberikan kebenaran untuk membuat panggilan. Malam itu juga tepat jam 10.30 malam, doktor peribadiku dari Singapura sampai di Hospital Batu Pahat. Aku bimbang jika keadaanku bertambah teruk kerana hanya akan menambahkan kesulitan. Tambahan aku tidak mahu Hani dan Andy menghidu tentang penyakitku.
“ saya rasa awak aktif sangat ni...ada tanda-tanda tak cukup tidur...” Doktor Nigel memeriksa mataku. “ and...kurang energy...vitamin yang I suggest tu...did it support you enough?” dia meletakkan pen dan memandangku.
“ buat setakat ni banyak membantu...tapi kebelakangan ni memang saya tak cukup tidur doktor...sebelah siang saya tak boleh fokus dalam kelas...banyak perkara saya tak dapat catch up dengan baik...” aku agak sayu menyampaikan maklumat kesihatanku kepada Doktor Nigel. Aku lihat dia tersenyum. Sememangnya dia sangat memahami keadaan kesihatanku. Dia telah merawat aku sejak aku berumur 11 tahun.
“ Nur Ameena...you tahu kan ini kesan-kesan yang you kena hadapi...you kira bertahan dengan baik sebab mampu sampai ke tahun akhir pengajian you...lima tahun tu lama tau dengan bidang engineering yang you ambil...jangan putus asa di penghujung perjuangan you ni...tapi, at the same time you should take care of you health okay...bekalan ubat you masih ada kan?” Doktor Nigel kembali memberi tumpuan kepada rekod kesihatan dan bekalan ubatku yang dia bawa bersama. Aku menganggukkan kepala kerana sememangnya bekalan ubat yang diberi mencukupi sehingga pertemuan yang seterusnya dua bulan lagi.
            Aku berjabat tangan dengan doktor peribadiku selepas dia meyakinkan semuanya dalam keadaan baik dengan syarat aku mesti tidur dengan berkualiti malam tersebut. Doktor Nigel meninggalkan aku di bawah penjagaan jururawat setelah dia mengarahkan aku supaya dipindahkan ke bilik yang lengkap kerana sebarang kemungkinan yang berlaku akan memudahkan tindakan selanjutnya. Pandai dia menenangkan perasaanku bila dia akan terus menunggu sehingga esok pagi.
            Seperti dijanjikan Doktor Nigel, keesokan harinya aku sudah dibenarkan keluar dan Andy yang menjemputku. Aku lihat senyuman nakal Doktor Nigel. Malah dia ketawa kecil ketika aku memaklumkan bahawa mama dan papa sudah pun mengenali Andy ketika dia mengusik untuk memberitahu tentang Andy yang menjemputku di hospital pagi itu.
“ she’ll be okay right doctor?” Andy bertanya sebaik pemeriksaan terakhir Doktor Nigel tamat.
“ yes she is...your wife ni penat sangat...just make sure she had enough rest and good sleep so that she’ll be okay...” aku menjengilkan mata ke arah Doktor Nigel yang sengaja ingin mengusikku. “ is she working?” aku lihat Andy tersenyum ketika soalan kedua lahir dari bibir Doktor Nigel sebelum sempat dia membetulkan fakta doktor tersebut.
“ no...she’s student...actually she’ll sit for final exam in about a month...maybe she’s too struggle...” Andy menggenggam jemariku. Dia memandang Doktor Nigel yang sedang mencatatkan sesuatu di kad laporan kesihatanku. “ doktor, lately dia cepat penat doktor...sometimes she’s not focus in what she did...is there anything wrong?” aku memandang Andy yang benar-benar mengesan perubahanku. Aku lihat Doktor Nigel memberi isyarat keadaanku sudah dikesan. Dia akhirnya menyedapkan hati Andy dengan menyatakan aku terlalu penat dan kurang tidur.
“ kita makan dulu okay baru I hantar you balik...”
“ tak apalah...nanti you lambat pula nak amik test...” aku tak lupa tentang itu sebab jabatannya memang ada ujian minggu ini.
“ test I semalam and lusa la sayang...kita makan ye...I lapar ni...” Andy memujuk lagi dan aku akhirnya bersetuju. Dia belum menjamah apa-apa sejak semalam. Itu yang dia beritahu sebaik kami mengambil tempat di sebuah restoran Briyani Gam Batu Pahat.
“ kenapa you tak makan?” perasaanku libang libu saat itu. Simpati dan rasa bersalah.
“ I tak ada selera...risau sebab terpaksa tinggalkan you alone at the hospital...” aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Andy tidak berlengah-lengah kerana dia tentu mengesan kepenatan di wajahku. Sebaik membuat bayaran, kami bergerak meninggalkan Pekan Batu Pahat.

***        ***        ***

“ Nur Ameena...” aku dengar sayup-sayup namaku dipanggil berselang dengan sentuhan di bahuku. “ hey baby...bangun...” kepalaku masih terasa berat. Entah bila aku terlelap.
“ Ameen?” terkejut aku melihat Ameen di sisiku. “ Andy mana?” aku bertanya lagi ketika aku hanya melihat Ameen di sebelahku. Aku memegang kepala yang mula terasa sakit.
“ Andy?” Ameen pula menyoal dengan wajah yang benar-benar keliru. Aku bermimpikan Andy dan kisah silamku. Sekali lagi.
“ Meen...” aku cuba membuka mata. Pandangan masih tidak jelas tidak juga kelam. Aku mengelus pipi Ameen yang nyata kebimbangan. “ sorry...Meen mimpikan Andy...” aku jujur mengakui itu. Aku lihat Ameen tersenyum.
“ Ameen tengok bilik gelap je mesti ada yang tak kena...Meen okay tak ni?” Ameen tenang sahaja.
“ okay...Ameen dah solat ke?” Ameen menganggukkan kepala. Aku sudah menyelak selimut untuk ke bilik air. Jam sudah beranjak ke angka 6.40 pagi. Subuh gajah kata mama. Ameen tinggalkan aku untuk membersihkan diri dan solat.
Kak Eemani masuk ketika aku sedang mengemaskan katil. Segera dia menarik aku dalam pelukan. Aku sering gagal mengawal perasaan bila berpelukan dengan kakakku yang seorang itu. Tanpa perlu aku bercerita banyak dia sudah dapat membaca riak wajahku. Aku rasa bersalah tidak menyambut kepulangannya semalam ketika dia memberitahu dia sudah menjangka aku sakit. Dia juga memberitahu Ameen tidur di ruang santai yang memang berdepan dengan bilikku. Sungguh aku rasa amat bersalah.
“ Meen...janganlah sorok-sorok kalau Meen sakit dik...” Kak Eemani menyeka airmata yang cuba gugur dari kelopak matanya.
“ kak...Meen selalu rasa Meen tak patut susahkan semua orang kak...dah 22 tahun semua orang dalam rumah ni terpaksa risaukan Meen...” airmataku sudah gugur lagi.
            Lama aku bersama-sama Kak Eemani melayan perasaan di bilikku. Tanpa berselindung aku memberitahu kepadanya aku sudah bertemu semula dengan Andy. Entah kenapa spontan dia mengucap syukur. Aku tambahkan lagi kejutan dengan memberitahu Andy merupakan pemain ragbi yang bermain satu pasukan dengan Ameen dan mereka sememangnya rapat. Aku tidak tahu apa istimewanya Andy di mata keluargaku bila Kak Eemani beriya-iya ingin bertemu dengan Andy seperti mama dan papa. Tanpa sedar sudah lama benar aku tidak bertemu dengan Andy. Kesibukan kami membataskan segalanya. Tambahan penyakitku kerap menyerang kebelakangan ini membuatkan aku selesa pulang ke rumah dan berehat setiap kali selepas waktu kerja.
“ Meen berhenti je la kerja...duduk rumah tolong mama uruskan consultant tu pun dah okay tau...” Kak Eemani membalas ketika aku bercerita tentang kesibukanku di Mahawangsa.
“ rugilah kak kalau duduk rumah...penat tau belajar 5 tahun...struggle for engineering course then duduk rumah je...” aku mencebik-cebik bercerita. Sengaja ingin mengusik kakak kesayanganku itu.
“ eleh...penat ke? bukan kena turun naik bas pun nak pergi kuliah...sekangkang kera je...pergi mana-mana pun naik Evo kan...”
“ kakak!!!” aku sudah menampar lembut peha kakakku. Dia membuatkan aku ingin kembali ke sepuluh tahun lalu.
“ suka kan?” Kak Eemani sudah mencubit pipiku. Aku tersenyum sahaja dimanjakan begitu. Sememangnya seluruh keluargaku melayanku bagai adik bongsu.
“ Meen rindu dia kak...rindu sangat...” entah kenapa aku benar-benar terkenangkan Andy saat itu hingga terbawa-bawa dia dalam mimpiku semalam. Segera aku seka airmata yang cuba gugur.
“ Meen...” aku membalas genggaman tangan Kak Eemani yang cuba memberikan aku kekuatan.
“ tapi Meen sayangkan Rauf...Meen tak nak kehilangan dia sekali lagi...Meen nak jumpa dia di akhirat nanti kak...Rauf memang cinta hati Meen...” aku tidak mampu mengawal perasaanku. Lama Kak Eemani memelukku memberikan kekuatan. Aku tahu dia selalu jatuh simpati kepadaku setiap kali aku terkenangkan Rauf. Aku kembali reda selepas beberapa ketika. Aku usap airmata yang bersisa di pipiku. Juga di pipi Kak Eemani.
            Kami sama-sama turun ketika Abang Haizam suami Kak Eemani sudah menjengah di muka pintu. Dia mula mengusik isterinya ketika sisa airmata jelas di pipi Kak Eemani. Terkejut aku bila Abang Haizam memberitahu Kak Eemani tak henti menangis bila dia memberitahu mereka akan balik ke Malaysia. Barulah aku tahu rupanya semuanya berlaku secara kebetulan. Sebaik aku memaklumkan ingin mengadakan kenduri arwah di Kuala Lumpur, hari yang sama Abang Haizam menghubungi mama supaya jangan ke mana-mana sebab mereka akan balik ke Malaysia. Kali ini paling lama 3 minggu. Mama tanpa berlengah menghubungi Abang Eeman memaklumkan berita gembira tersebut. Seribu syukur aku panjatkan bila keluargaku dapat berkumpul hari ini.
“ assalamualaikum adik abang...” alangkah terkejutnya aku melihat Abang Eeman sudah duduk di meja makan bersama keluarganya.
“ abang!! bila sampai? bukan Ameen kata nak ambil abang ke pagi ni...” aku melilau mencari Ameen yang tidak kelihatan.
“ memang dia ambil tadi...dia naik tidur kot...” Abang Ameen menjawab. Seketika aku sudah dalam pelukannya. Berganti pula kepada kakak iparku Indah Karina dan anak-anak mereka Armand, Erina dan Aaron yang sudah macam anak mat salleh aku tengok. Aku lihat ibu mertuaku memandang sayu saat aku memegang anak kecil dalam dukungan kakak iparku.
“ Kak Hanim mana?” aku menyoal selepas mengambil tempat duduk di sebelah mama.
“ dia baru naik Meen...anaknya meragam pula...penat agaknya main tak berhenti...malam tadi bila Kak Eemani kamu sampai dia sambung main lagi...” aku mengangguk dan menyuap nasi goreng yang nampak menyelerakan.
“ Hanum mana bu?” aku mula tersedar ketiadaan Hanum bila suasana agak tenang sahaja. Selalunya memang dia yang akan menggamatkan suasana.
“ belum bangun...entah apa dibuatnya tengah-tengah malam tadi menghadap laptop dia tu...ibu tak faham budak-budak sekarang ni...” ibu mertuaku merungut lagi.
“ chattinglah tu bu...biasalah...” aku menyambung makan dan mendengar sahaja perancangan mama untuk kerja pagi ini. Majlis tahlil akan bermula selepas Isya’ kerana papa memang berhajat menjemput jemaah surau terdekat. Aku sudah mendengar suara memberi salam pasti sahaja ‘geng’ Makcik Zaharah.
“ angah!!!” serentak kami menoleh ketika mendengar jeritan teruja mama di ruang tamu. Sangkaanku meleset bila abang mama yang sampai. Riuh rendah dibuatnya ditambah dengan Makcik Hanizah yang memang sudah sampai sejak semalam.
            Sekitar jam 10.00 pagi, matahari sudah mula memanjat tingkat langit. Aku beralih masuk menghulur tangan di dalam rumah. Lebih baik begitu. Tambahan pula sepupuku yang lainnya sudah sedia membantu di luar. Aku ke ruang tamu melihat adik beradik sebelah papa sedang membentangkanm karpet untuk memberi keselesaan kepada tetamu ketika majlis tahlil malam nanti. Sebahagiannya sedang menyusun kek ke dalam bekas untuk diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu.
“ hai sayang...” semua mata menoleh ketika aku menyapa Ameen yang baru menuruni anak tangga dengan wajah yang benar-benar letih.
“ hai baby...dah makan ubat?” dia sudah melentokkan kepala dibahuku. Ameen tetap adik yang manja untukku. Aku menganggukkan kepala kerana aku yakin dia terlalu risau. Sementelah aku mendapat tahu dia tidak tidur semalaman menungguku di ruang santai.
“ alahai manjanye dia mengada-ngada!” Ameen tambah memelukku ketika adik bongsu papa yang kami panggil Cik Kay mengusik. “ kamu tu dah tua la Ameen!!” Ameen menepis-nepis tangan Cik Kay yang cuba meleraikan pelukannya.
“ breakfast?” aku mempelawa selepas puas melihat Cik Kay mengusik Ameen.
“ nantilah...tak ada selera...” Ameen melangkah ke dapur dan duduk di meja makan.
“ penat kot sebab last week memang banyak project kena submit...memang tak perasan most of the project dah due...” aku menuangkan segelas air epal untuk Ameen. Dia memang akan minum air sejuk terlebih dahulu. Itu kebiasaannya. Aku tuangkan pula kopi O untukknya dan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.
“ makanlah sikit...ke Ameen nak mandi dulu?” aku menyoal kemudiannya ketika Ameen asyik termenung. Aku kira dia punya masalah lain sebenarnya. “ bawalah datang rumah kenalkan dengan mama dan papa...” aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Ameen adik kesayangnku. Aku lihat dia sedikit terkejut. Masakan aku tidak dapat membaca riak wajahnya.
“ Meen...” aku biar Ameen mencari alasan. “ nantilah dulu...” dia akhirnya memberikan jawapan yang memberitahu tekaanku tepat.
“ kalau kawan lama-lama macam tak ada masa depan memang orang perempuan tak suka...” aku menyambung lagi sebelum mengusap rambutnya dan berlalu.
“ Meen...” aku menoleh menunggu bicara Ameen seterusnya. “ thank you...” aku menganggukkan kepala dan berlalu. Entah kenapa aku sebak. Aku sayu. Terharu. Gembira dan bermacam-macam lagi. Entah ke mana sebenarnya langkah kakiku bila aku tiba-tiba sahaja terdengar jeritan anak-anak saudaraku kegirangan. Aku menarik nafas dalam-dalam.

~zara aqeela~

No comments: