-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Tuesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 1 ::..

Hani sudah berlalu ke bilik tayang bersama teman kuliahnya. Aku masih setia menghadap buku-buku yang sudah dipilih. Kedinginan dari pendingin hawa perpustakaan yang besar dan lengang memaksa aku menaikkan kaki bersila di kerusi. Baju panas yang aku sarungkan masih gagal menghangatkan badan. Sesekali aku menoleh ke arah beberapa meja yang sudah mula dipenuhi. Aku mengerling jam di tangan kiri. Baru jam 11.20 pagi rupanya. Aku bangun menuju ke rak buku sekadar memanaskan badan yang semakin sejuk dan dingin.
" sorry...I lambat..." aku sekadar menganggukkan kepala ketika suara yang memang aku kenal amat menampan telingaku. " Nur..." aku memandang wajahnya memberitahu aku mendengar penjelasannya. Aku berlalu. Dia menurut.
" pukul berapa sampai pagi tadi?" aku menyoal tanpa memandang wajahnya. Aku mengangkat muka ketika dia diam. " you..." aku memanggilnya perlahan.
" hhhmmm...sorry...apa sayang?" aku menarik nafas dalam-dalam ketika aku lihat dia benar-benar keletihan. Dia terlelap rupanya.
" Andy..." aku meletakkan kembali buku yang sedang aku baca.
" I'm sorry sayang...I letih betul..." Andy bangun perlahan dan mengambil tempat di sebelahku. Dia merapatkan kerusi. Tenang dia meletakkan kepalanya di atas meja memandang tepat ke anak mataku. Aku senyum sahaja. " you study apa sayang?" Andy masih cuba berbicara biarpun aku dengar jelas nadanya tidak bermaya. Aku biarkan pertanyaan Andy tidak berjawab ketika aku lihat dia sudah terlelap.
Aku letakkan kembali buku yang aku baca di atas meja. Aku amati wajahnya yang bersih dan menzahirkan kekeliruan. Andy Rao Sharon. Aku sudah mengenalinya hampir setahun. Kami dari fakulti yang sama, Kejuruteraan. Tapi Andy Jabatan Mekanikal dan aku Jabatan Elektrik. Perkenalan yang tidak aku sangka itu bermula ketika malam penutup minggu haluan siswa. Sebenarnya aku sudah mula memerhati Andy sejak hari pertama pendaftaran kerana sikapnya yang tenang sahaja di tengah kekalutan pelajar baru. Ketika itu aku memang benar-benar yakin yang dia seorang berbangsa Melayu. Tapi rupayanya dia berbangsa India-Irish beragama Kristian. Sejak perkenalan malam itu, hubungan aku dan Andy berterusan hingga sekarang. Antara aku dan Andy tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing. Malah kami biarkan hubungan kami berjalan seperti tiada apa-apa perasaan. Namun jauh di sudut hati, masing-masing tahu apa yang kami rasa.
" Nur...classmate ajak pi makan kat luarlah...kau nak ikut tak?" Hani mendekati dan berbisik perlahan. Aku sekadar memberikan isyarat mata menunjukkan Andy yang sedang lena di sebelah. " okay nanti kau text aku kalau nak apa-apa okay...tak apa kan aku pergi?" aku tahu Hani serba salah. Selepas meyakinkan semuanya okay, Hani berlalu keluar. Aku kembali menyambung pembacaan yang tergendala. Aku membuat catatan beberapa perkara yang berkaitan dengan tugasan yang aku terima minggu lalu. Aku kira masa dua minggu yang diberi mencukupi untuk aku menyudahkan segala kerja. Terkejut aku melihat jam yang sudah beranjak ke angka 1.35 petang ketika terdengar azan berkumandang.
" Andy..." aku menyentuh bahunya lembut. Andy diam. Aku ulang lagi masih begitu. Aku ulang untuk kali ketiga dan kali ini aku dekatkan sedikit wajahku ke telinganya.
" hhhmmm..." Andy menegakkan badan dan menggeliat. Dia tersenyum ketika melihat aku di sebelahnya. " sorry sayang..." dia meraih tangahku. Segeraku tarik dan Andy berkali-kali memohon maaf atas tindakannya. Aku mengangguk dan tersenyum lagi.
" I nak solat dulu lah...nanti nak sambung lagi...kalau you nak balik tidur tak apalah..." aku bersuara perlahan sambil mengemaskan barang-barangku.
" lepas you solat kita pergi makan ye sayang...I lapar..." Andy sudah mengambil buku catatan dan alat tulisku untuk dibawa keluar.
~ Andy : dear...i tunggu dekat kereta.parking lot surau...~ aku hanya tersenyum membaca SMS daripada Andy.
Sebaik keluar, aku melangkah ke keretanya yang diletakkan agak jauh sedikit. Lebih hampir dengan perpustakaan. Mungkin dia meletakkan keretanya di situ tadi.
" you banyak kerja tak?" Andy bersuara sebaik aku masuk. " I nak ajak you pergi bandar kejap boleh? nak beli barang..." Andy bersuara ketika melihat isyarat wajahku yang penuh tandatanya.
" kalau pergi lepas 'Asar boleh?" aku kira permintaan itu sudah satu jawapan buat Andy. Dia tersenyum dan menganggukkan kepala. Ketika keretanya keluar meninggalkan kampus, aku menghubungi Hani memaklumkan aku keluar makan bersama Andy. Aku mengikut sahaja ketika Andy memandu keretanya menuju ke Marrybrown. Aku tahu apa yang dia cari. Kalau bukan mee kari, bubur nasi. Tepat sekali ketika dia memilih mee kari dan aku memilih bubur nasi.
~ Andy : i miss you sayang...~ aku hanya tersenyum ketika menerima SMS Andy yang sedang duduk di depanku.
Dia memang begitu. Sama juga dengan aku yang akan membuat perkara yang sama bila kami berjumpa selepas beberapa hari. Aku membalas SMS Andy dengan menyatakan perkara yang sama. Sememangnya itu yang aku rasa setiap kali terpaksa berpisah dengannya. Samada dia pulang ke kampung, atau ke mana-mana atas urusan perkuliahannya. Andy meletakkan sudu dan garfu. Dia menolak sedikit mangkuk mee kari dan memandang aku dengan ekor matanya. Aku tahu dia sedang cemburu bila aku berbalas SMS yang tentu sahaja bukan daripadanya. Selepas selesai perbincangan melalui SMS itu, aku letakkan handsetku di sebelah tangannya dengan memilih bahagian peti masuk. Aku biarkan dia melihat sendiri siapa yang membuat dia cemburu. Aku hilang selera. Aku bangun dan pantas dia menarik tanganku.
" sorry sayang..." Andy bersuara. Aku diam tidak membalas. Aku mengambil telefon bimbitku. " sayang..." Andy bersuara lagi. Romantik sekali. Itu memang kepakarannya. Aku biarkan sahaja. Aku diam tidak bersuara. Selepas beberapa minit, kami sama-sama beriringan keluar. Sebaik masuk ke perut kereta laju Andy meraih tanganku. Aku biarkan. Aku tahu dia sedang rasa bersalah. Perkara begitu sering terjadi antara kami.
" it's okay Andy...I dah biasa..." aku bersuara sambil memandang wajahnya. Aku mahu dia tahu itu. " I pun kadang-kadang macam tu juga..." itu juga aku mahu dia tahu. Aku lihat Andy tersenyum. Dia kemudian memandu menghantar aku ke perpustakaan. Andy akur bila aku mendesaknya pulang ke rumah sewa untuk berehat. Tentu sahaja penerbangan dari Hong Kong memenatkan. Tambahan pula dia ke sana kerana pertandingan sukan yang diwakilinya. Ragbi. Andy biasa keluar mewakili universiti ke pertandingan ragbi. Sememangnya dia atlet ragbi kebangsaan.
Ketika jam beranjak ke angka 3.30 petang, Hani sudah duduk di depanku.
" dia balik...aku suruh rest..." aku menjawab ketika Hani bertanya dimana Andy.
" bila dia sampai?" Hani bertanya lagi. Tangannya sudah mula membuka buku catatan dan buku rujukan.
" flight sampai pagi tadi...pukul 5.45 pagi katanya..." aku menjawab sambil mencatatkan sesuatu di buku notaku. Aku nampak jelas dari ekor mata Hani menganggukkan kepalanya. Kami kemudiannya kembali menumpukan perhatian kepada kerja masing-masing. Aku nampak keseriusan Hani. Mengikut apa yang dimaklumkan, Hani dan beberapa orang pelajar dari jabatannya akan mewakili fakulti untuk pertandingan keusahawanan peringkat universiti bulan hadapan. Sememangnya Hani berbakat dalam perniagaan walaupun secara realitinya aku tahu dia tidak sukakan nombor. Malah Andy pernah memberitahu Hani antara ayam tambatan jabatannya untuk program keusahawanan bagi merebut geran pembangunan. Sememangnya idea perniagaannya bernas. Tentu sahaja dia mempunyai kelebihan itu yang diwarisi daripada ibunya yang juga seorang ahli perniagaan.
Ketika aku dan Hani masing-masing leka, telefon bimbit Hani berbunyi. Dia memandang aku dengan penuh tandatanya dan menunjukkan nama Andy terpapar di skrin telefonnya.
" ya...ada..." Hani menjawab dalam masa yang sama menunjukkan isyarat bertanya di mana telefonku berada. Aku segera teringatkan telefonku. Kelam kabut aku mencari di mana letaknya telefonku.
" Andy..." aku menjawab panggilannya.
" telefon you dekat I...patutlah I SMS you tak reply..." aku menarik nafas lega ketika maklumat itu sampai di telingaku.
" you baru bangun ke?" aku bertanya ketika jelas dia masih bersuara mengantuk.
" hhhmmm...tak lah dah mandi, dah siap...I baru nak gerak ni..." segera aku mengerling jam di pergelangan tangan. Selepas menamatkan perbualan, aku berjanji bertemu Andy di Taman Universiti. Hani turut sama mengemaskan peralatan.
Suasana pekan Batu Pahat biasa-biasa sahaja ketika kereta Andy membelah jalan raya ke arah Summit Parade. Kami melangkah beriringan masuk ke perut pasaraya.
" ehem! patutlah senang je bangun tadi..." aku dan Andy serentak menoleh suara yang menegur. Hamdi. Teman kuliah yang juga teman serumah Andy. Aku hanya tersenyum ketika aku lihat wajah putih bersih Andy mula kemerahan. Entah apa yang mereka katakan aku tidak ambil tahu. Aku bergerak ke gerai berhampiran.
" beware Nur...dia tengah mamai ni..." Zarimi menepuk-nepuk bahu Andy ketika dia sudah mendekati aku.
" agak-agak sikit Mi..." Andy menumbuk perlahan lengan Zarimi yang sudah tergelak sakan.
" jom sayang...you nak beli apa-apa ke kat bawah ni?" aku menggeleng dan kami beriringan ke sebuah kedai komputer. Barulah aku tahu tujuan Andy untuk membeli sebuah external hard disk baru. Dia hanya tersenyum bila aku merungut tentang external hard disk yang dia baru sahaja beli dua bulan lalu.
" nanti you tak berkenan pula..." aku membalas ketika Andy beriya-iya meminta aku memilih warna dan kapasiti external hard disk yang ingin dibeli.
" tak ada benda pada you yang I tak berkenan..." laju sahaja cubitan kecil singgah di lengan Andy. Aku akhirnya memilih sebuah external hard disk berwarna hitam dengan jalur hijau berkapasiti 1 Terabyte. Itupun setelah Andy bersungguh-sungguh menyatakan kapasiti yang besar diperlukan. Selesai di kedai komputer, kami melangkah ke Speedy. Lokasi kegemaranku. Berlama-lama di Speedy sudah menjadi tabiatku yang juga sangat difahami oleh Andy. Malah sejak setahun ini dia juga sudah pandai membelek dan mengikuti perkembangan cerita-cerita Jepun dan Korea. Akhirnya aku melangkah keluar dengan dua set DVD Gokusen yang aku ketinggalan mendapatkannya pada keluaran yang lepas. Itupun selepas Andy beriya-iya mahu aku mengambilnya. Kami kemudiannya ke sebuah kedai cenderamata membuatkan aku dan Andy sekali lagi melayan angan-angan melihat-lihat cenderahati yang menarik sekali.
" Andy..." aku menarik lengannya ketika kami hampir sahaja melintas surau. Dia yang sememangnya amat memahami hanya tersenyum dan mengambil beg dari tanganku. Kami kemudiannya berjanji untuk berjumpa semula di tempat yang sama 15 minit lagi.
" you tak call Hani? dia dengan siapa kat hostel?"
" sayang juga you dekat roomate I ye..." aku bersuara tanpa memandang Andy. Aku mengambil beg di tangan Andy.
" sayang..." Andy berkeras ingin membawa barang-barang yang kami beli. " I tanya je...janganlah macam ni..." Andy masih merenungku. Aku melemparkan senyuman tanda aku faham. Mana mungkin aku mencemburui Hani kerana dia teman yang paling memahami kekalutan hubungan aku dan Andy. Tambahan aku tahu Hani sudah punya teman lelaki. Aku menurut sahaja ketika Andy menarik aku ke sebuah kedai buku. Entah apa lagi yang hendak dibeli agaknya. Aku mengikut sahaja ke mana Andy menarik tanganku. Akhirnya, dia meminta aku memilih sebuah buku yang sememangnya telah menarik perhatianku. Andy benar-benar membuat aku serba salah. Dia benar-benar telah memahami beberapa kegemaranku. Aku memang suka membeli buku catatan yang direkabentuk dengan kreatif sekali.
" jom sayang...almost 8.00 ni..."
" ke mana pula ni? bukan nak balik ke?" aku bersuara ketika jelas langkah kami bukan ke tempat meletak kereta.
" I ada cakap ke kita nak balik...come..." Andy menarik aku masuk sebaik kami berdiri di depan restoran Pizza Hut. Alangkah terkejutnya aku ketika melihat Hani dan teman lelakinya Amir turut berada di situ. Bertambah terkejut ketika melihat Hamdi, Razimi dan beberapa temannya yang lain turut bersama.
" you..." barulah aku tersedar rupanya hari ini ulangtahun kelahiranku yang ke 20 tahun. Sebuah kek blueberry tertera namaku di atasnya. Hani sudah menarik aku dalam dakapannya. Tentulah aku amat gembira dengan surprise party yang dibuat oleh teman-temanku. Tambahan lagi dengan kehadiran Hani. Tapi perasaan yang paling ketara adalah malu kerana sambutan itu turut dihadiri teman-teman serumah Andy. Walaupun aku tahu mereka sama seperti Hani yang sangat memahami keadaan hubungan kami. Selesai memotong kek dan menjamu selera, kami masing-masing pulang. Hani dan Amir terlebih dahulu beransur kerana ingin pulang ke rumahnya sebentar. Kemudian, Hamdi, Razimi dan beberapa teman serumah Andy turut berlalu. Kami yang terakhir keluar. Bertambah bilangan beg di tangan aku dan Andy dengan beberapa beg hadiah daripada teman-teman yang hadir.
" Nur...kenapa ni? macam tak suka je..." Andy menarik tanganku.
" speechless...susah-susah je..."
" tak ada yang susahnya kalau untuk you, Nur..."
" kesian you...dah la penat-penat baru sampai...I ingat you nak beli barang untuk you je..." aku membalas sambil memandang wajah Andy yang tenang.
" nanti jangan lupa bawa balik semua barang-barang tu okay sayang..." Andy menyambung lagi. Aku lihat dia tersenyum sahaja ketika aku memberikan reaksi kurang faham.
" I dont get you dear..." aku menarik tanganku pantas ketika Andy memaklumkan semua barang yang dibeli sebentar tadi adalah untukku. Hadiah hari lahir untukku.
" sayang..." Andy bersuara cemas bila aku memalingkan muka ke luar tingkap. Dia masih berusaha meraih tanganku biarpun aku cuba mengelak dan berkeras.
~zara aqeela~

No comments: