-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Tuesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 2 ::..

Selepas malam Andy membuat kejutan untuk aku, kami tidak bertemu hampir dua minggu. Ya! Betul-betul tidak bertemu. Bukan dalam erti kata keluar berdua. Malahan kami tidak terserempak langsung baik di ruang kuliah mahupun fakulti. Andy tidak menghubungi aku, begitu juga aku tidak menghubungi Andy. Kadangkala aku nampak persoalan dari gerak badan Hani tentang apa yang berlaku kepada aku dan Andy setiap kali kami bersantai-santai di bilik atau ke perpustakaan atau ke kafe untuk makan. Aku tak pasti apa yang aku rasa. Secara jujurnya aku tercari-cari Andy. Apakah dia juga punya rasa yang sama. Aku menyandarkan badan dan berpeluk tubuh.
Jelas sekali terasa dingin yang tidak mampu aku tahan-tahan. Hani sudah hilang bersama teman kuliahnya di tingkat tiga. Tiba-tiba aku benar-benar terasa sunyi. Aku memandang sepi buku Operasi Sistem Kawalan yang sudah 20 minit aku baca. Mujurlah mindaku masih mampu dikawal supaya teguh berpijak di bumi nyata. Aku bukan tidak pernah begini. Sebenarnya sejak perkenalan aku dan Andy, sememangnya kami selesa membiarkan hubungan ini tiada ikatannya. Baik aku mahupun Andy amat jelas perasaan yang selalu menari-nari dan bernyanyi riang dalam taman hati masing-masing. Namun kewarasan fikiran membuatkan kami selesa tidak meluah rasa. Semestinya beginilah yang harus kami hadapi setiap kali perasaan yang disembunyikan itu bagai kerasukan minta diluahkan. Kami selesa menjauhkan hati masing-masing. Sesungguhnya maha suci Allah dia melorongkan kemudahan untuk kami mengelak dari terjerat dengan perasaan yang buta ini. Aku bangun menuju ke rak buku sekadar melepaskan ketegangan badan yang mula mencengkam dek kedinginan pendingin hawa. Aku menggosok-gosok kedua belah tangan. Menyesal pula tidak membawa baju panas ketika Hani berpesan tadi. Alasan berbaju lengan panjang yang aku beri gagal menghangatkan badan yang semakin dingin ditambah pula dengan hujan lebat diluar. Aku melihat jam di pergelangan tangan yang baru bergerak ke angka 8.50 malam.
~ Andy : i miss you...~
Alangkah terkejutnya aku membaca SMS yang masuk ke peti pesanan telefon bimbitku. Laju langkahku bagai ditarik-tarik menuju ke meja di mana aku mentelaah sebentar tadi. Seperti yang hatiku maklumkan, Andy sudah duduk di situ. Dia bersahaja sedang membuat rujukan silang di buku dan komputer ribanya bagai tiada apa yang berlaku. Aku duduk di sebelahnya dan jelas dari ekor mataku dia sedang menguntum senyum. Dia memberi isyarat supaya aku menyarung baju panasnya yang disangkutkan di kerusi. Sungguh aku tidak sedar baju itu di situ. Barangkali rasa teruja untuk berada dekat dengannya membuatkan aku tidak jelas keadaan sekeliling. Aku menyambung kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi. Beberapa soalan dari subjek Sistem Kawalan cuba aku selesaikan sebaik mungkin.
~ Andy : Nur... ~
Aku hanya tersenyum membaca SMS kedua Andy. Aku sudah menjangka dia ingin aku menjawab perasaannya saat itu. Tentu sahaja aku juga punya rasa yang sama. Dua minggu tidak melihat wajahnya, mendengar suaranya ataupun mendapatkan berita daripadanya.
" Andy..."
"hhhmmm..." Andy tidak menoleh.
" you..." aku sengaja menarik perhatiannya yang aku yakin pura-pura khusyuk mentelaah.
" kenapa ni sayang?" kali ini Andy sudah menoleh. Tersenyum. Bagai hendak luluh jantungku. Tentulah senyuman itu yang telah menjerat perasaan aku sejak setahun lalu.
" I dapat SMS..." datang akal nakal ingin mengusiknya.
" ye? daripada siapa?" berubah wajah Andy ketika aku tidak mengizinkan dia mengambil telefon bimbitku.
" dunno dear..."
" what did she say?"
" he said he miss me..." sengaja aku menekankan perkataan "he" untuk memberitahu dia pengirimnya lelaki.
" what say you?" kali ini Andy sudah tersenyum. Dia sengaja membetulkan baju panas yang aku sarungkan ke badanku.
" of course I miss him too...and so so much..."
" thank you..." aku senang bila Andy tersenyum. Kami kembali menyudahkan kerja yang terhenti sebentar tadi.
Senang sekali rasanya bila dapat bersama-sama dengan Andy begini. Selepas selesai menyudahkan soalan tutorial, aku melihat Andy menyudahkan kerjanya. Tanpa sedar aku turut sama membuat soalan kira-kira bersama Andy. Matematik Kejuruteraan bukanlah subjek yang asing bagiku. Malah kami mempelajari silibus yang sama.
" kat sini mamat ni...dah siap ke?" Zarimi sudah menarik kerusi duduk di depan Andy ketika aku sedang cuba menyelesaikan salah satu soalan yang memang agak rumit.
" untunglah Mi ada cikgu matematik nak tolong dia...eh!tapi aku serius tak faham tolonglah Nur..." Hamdi pula bersuara. Aku hanya tersenyum sebaik menemui jalan penyelesaian pengiraan yang aku dan Andy bincangkan sebentar tadi. Laju tanganku menconteng-conteng kertas kira-kira memberi penerangan. Senang ketika aku melihat Zarimi dan Hamdi memahami penjelasanku.
" yang ni you...kenapa coding dia macam ni? I surrender la sayang..." aku mencubit lengan Andy ketika dia sudah terlepas kata di depan teman kuliahnya.
" aduh!!untunglah Andy..." Hamdi mengusik lagi.
" ni machine capture calculating...macam you all buat drawing...tapi memang rumit sikitlah...hhhmmm...kalau you all boleh tunggu I cari rujukannya okay ke?" aku memandang Zarimi dan Hamdi. Aku yakin sudah pastilah Andy akan menungguku. Aku bergerak ke rak buku ketika Hamdi dan Zarimi memberi persetujuan untuk menunggu. Aku menggeleng ketika Andy menawarkan diri untuk membantu. Tidak sampai 5 minit kemudian, aku sudah duduk bersama dengan sebuah buku. Selepas berjaya mendapatkan penyelesaian, aku memberikan penerangan kepada Andy, Zarimi dan Hamdi.
" eh!you all kena bayar roomate I ni tau...ni kira extra class ni..." Hani sudah menarik kerusi duduk di sebelahku ketika dia lihat aku sedang membantu Andy dan teman kuliahnya menyudahkan tugasan.
“ nanti Andy bayar...dia kata pass bill dekat dia...” aku hanya tersenyum dengan usikan Zarimi. Sememangnya Zarimi dan Hamdi antara teman rapat Andy yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kami berdua. Sama seperti Hani yang menjadi sebahagian dari kehidupan Andy dan teman-temannya.

***        ***        ***

Peperiksaan akhir semester akan bermula tidak sampai sebulan lagi. Seperti kebiasaannya, akan kelihatanlah kelibat-kelibat asing singgah di perpustakaan. Aku dan Hani yang sememangnya pengunjung setia perpustakaan kadangkala terpaksa akur bila kami tidak mendapat tempat ketika sampai ke ruang belajar. Sama seperti apa yang aku dan Hani terpaksa lalui semalam. Akhirnya seharian kami memilih untuk bertapa di pondok belakang perpustakaan.
Hari ini pula jadual kuliah Hani agak penuh dan aku memang tidak bercadang langsung untuk ke perpustakaan. Selepas tamat kuliah jam 3.00 petang tadi, aku terus balik ke bilik. Mencuci pakaian dan berehat sebentar. Aku berbaring di katil membuang pandangan ke siling. Tiba-tiba aku teringatkan papa dan mama. Semalam baru aku dapat tahu mereka sedang berada di Perlis.
~ Andy : nur...busy tak?~  terkejut aku menerima SMS daripada Andy.
~ Aku : no...why?
~ Andy : kita jumpa kat taman petang ni...pleaseee :-p~
~ Aku : kenapa ni?you ada probs ke?~ kebimbangan mengusik perasaan.
~ Andy : hhhmmm...little bit~
~ Aku : why?you make me worried...~
~ Andy : it will be ok dear...kita jumpa ye...i'll wait 4 you downstairs at 5.00~
Aku akhirnya bersetuju. Bingkas aku bangun mencapai tuala untuk bersiap ketika jam di meja belajar menunjukkan angka 4.20 petang. Selepas mandi aku terus menunaikan solat 'Asar dan bersiap turun. Perut yang tiba-tiba berkeroncong memberitahu aku harus mencari makanan. Sememangnya aku hanya menjamah sandwich tuna tengahari tadi kerana sebelah paginya aku sudah mengambil makanan berat.
" you busy ke?" Andy bersuara sebaik aku mendekatinya. Sempat aku lihat jam di pergelangan tangan yang masih berbaki beberapa minit ke pukul 5 petang. Aku hanya menggeleng dan tersenyum.
" boleh tak kita cari something to bite? I’m really hungry..." aku bagai anak kecil merayu pengertian Andy. Dia hanya tersenyum dan mengikut aku ke koperasi. Aku mengambil setin soya dan roti. Aku menolak ketika Andy mencadangkan supaya kami keluar makan bersama. Aku tidak mahu merosakkan mood dan cadangan Andy untuk ke taman petang itu. Suasana petang itu tenang sahaja redup dengan sedikit samar-samar cahaya matahari. Aku dan Andy seperti biasa mengambil tempat di bawah gazebo menghadap ke tasik mini buatan yang menjadi tumpuan setiap individu yang berkunjung ke Taman Universiti tersebut. Jika tidak di situ, kami ke dataran menghadap pintu gerbang utama universiti. Aku lihat Andy tersenyum dengan wajah separa tenang ketika kami memilih untuk diam memerhati gelagat beberapa orang penghuni kampus yang turut melawat Taman Universiti.
" you...kenapa ni?"
" nothing..." Andy membalas.
" cakaplah...you ada masalah ke" kali ini aku sudah berpaling memandang wajah Andy ketika dia menjawab soalanku dengan anggukkan kepala.
" I miss you..." Andy menjawab perlahan sekali namun cukup untuk aku dengar. Jelas.  " you tak rindu I ke?" Andy bertanya lagi. Aku diam dan tersenyum. Seketika kami terkejut dengan alunan suara vokalis 6ixthsense dari telefon bimbitku. Andy mengangguk kecil ketika aku memberi isyarat panggilan itu perlu di jawab.
“ assalamualaikum sayang mama...” segar suara mama di hujung talian.
“ wa’alaikumussalam mama...miss you so much...sorry Meen kat lecture hall tadi...” aku menjelaskan kekalutan ketika menyambut panggilan mama tadi. 
 it’s okay Meen...kat mana tu?”
“ taman U...mama and papa sihat ke?” bagai terbuai-buai wajah mama dan papa di fikiranku.
“ Alhamdulillah sihat...we’ll be at Singapore next weekend...hope that you can be with us...” Mama menyambung kemudiannya.
“ great!” aku memotong cakap mama. Riak teruja agak jelas ketika Andy tersenyum melihat telatahku berbicara manja.
“ your brother will give us conformation tomorrow...hope you can make it sayang...” nada suara mama benar-benar gembira. Aku dalam tidak sedar sedang berkira-kira mengingatkan jadual kuliahku.
“ really? I miss him so much ma...okay I’ll give you the result tomorrow...promise...” aku lihat jelas riak cemburu Andy ketika dia menoleh mendengar bicara rindu yang aku ungkapkan. Bertambah-tambahlah bila dia tahu yang aku rindukan seorang lelaki.
“ my mama ...” aku bersuara ketika Andy hanya diam sahaja  selepas aku menamatkan perbualan dengan mama. Aku lihat dia hanya mengganggukkan kepala perlahan.
“ whom did you miss so much? more than me maybe?” kali ini Andy begitu telus sekali. Tidak langsung menyelindungkan rasa cemburunya.
“ my brother...Ameen...” aku tergelak kecil di hujung penjelasan. Aku sudah bangun ingin mengambil angin tenang petang itu. Pengunjung taman juga semakin ramai ketika aku melihat jam di pergelangan tangan merangkak ke angka 5.40 petang.
“ sorry sayang...I just ...” Andy bingkas menurutiku.
“ it’s okay Andy...we are always like this right...” aku bersuara tenang. Selebihnya mengingatkan sikapku yang sering juga begitu. Kami beriringan menyusuri taman universiti yang sudah mula dipenuhi. Kami berbual kosong dari satu topik ke satu topik. Sehinggalah aku meminta diri ketika jam beranjak ke angka 7.00 malam.

***        ***        ***

“ wei!kau dari mana?” aku menoleh ketika mendengar suara Hani dari arah tandas.
“ taman U...” aku beriringan dengannya masuk ke bilik.
“ dating?” Hani tersenyum kambing. Aku tidak menafikan malah tidak juga mengiyakan. “ kita makan kat luar nak malam ni?” Hani menyambung kemudiannya. Aku tanpa banyak bicara bersetuju. Sememangnya agak lama juga kami tidak makan di gerai PUSPA yang sememangnya hanya sekangkang kera dari kampus.

~zara aqeela~

No comments: