-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 11 ::..

Suasana tenang sahaja di Mahawangsa pagi itu. Keletihan menunggu papa dan mama berlepas ke Jerman semalam masih bersisa. Menunggu lama di KLIA kerana penerbangan dilewatkan sedikit ekoran masalah cuaca. Aku menyelak planner di atas meja memastikan perjalanan kerja hari ini. Seingat aku pagi ini akan ada wakil dari pembekal datang membuat pemeriksaan untuk semua barang sewa beli di bengkel seliaan Nazim. Mujurlah permohonan peruntukan untuk menggantikan barangan tersebut diluluskan oleh lembaga pengarah memandangkan Mahawangsa sedang dalam usaha mengembangkan sayap perusahaan automobil.
“ Cik Nur, Nazim di talian...” aku menyambut panggilan yang dimaklumkan oleh pembantuku.
“ ye Nazim...” aku menanti laporan apakah yang akan disampaikan Nazim.
“ inspection start at 11.00 Cik Nur...one more thing, saya ada dapat maklumbalas berkenaan pusat servis rangkaian yang kita nak buka tu...”
“ okay about inspection, service center tu?”
“ kalau Cik Nur tak sibuk saya datang sekarang sebab nak tunjukkan draf sekali...” Nazim memaklumkan.
“ okay boleh...saya tunggu...” aku meletakkan gagang dan bersedia dengan iPad menunggu kedatangan Nazim. Tidak sampai 10 minit Nazim sudah duduk di depanku.
            Alhamdulillah aku memanjatkan syukur kerana kami mendapat lot bangunan di kawasan perindustrian yang tidak jauh dari Mahawangsa Holdings. Berdasarkan pelan yang disertakan dalam maklumbalas bagiku memuaskan dan lebih dari apa yang kami jangka. Berat juga membuat keputusan memandangkan harga tidak dijelaskan. Aku setuju ketika Nazim mencadangkami meninjau lokasi. Akhirnya aku bersetuju untuk meninjau lokasi bersama Nazim. Aku hubungi bahagian pemasaran minta pegawainya Puan Manirah ikut bersama. Aku yakin dia tahu selok belok meletakkan harga kerana itu memang bidangnya.
            Aku hubungi papa sebaik Nazim keluar. Sekadar memberikan makluman tindakan yang bakal aku ambil memastikan perancangan untuk tahun 2011 ini menemui kejayaan. Alhamdulillah papa tiada halangan. Aku kemudian menghubungi Ameen memaklumkan lokasiku. Bimbang pula jika dia datang ke pejabat mencari atau mungkin telefon bimbitku gagal dihubungi. Aku arahkan tetamu yang mengetuk pintu bilik untuk masuk.
“ morning sayang...” aku melambaikan tangan ketika Shahir sudah berdiri di muka pintu. Aku lihat senyuman di bibir Shahir hilang tiba-tiba.
“ hai baby...wassup?” Ameen tentulah terkejut dengan panggilanku.
“ kejap lagi nak out survey new place...sajelah inform nanti cari pula...” suka aku membiarkan Shahir tertanya-tanya siapa yang aku hubungi. Dia masih berdiri di depanku walaupun aku mempersilakannya duduk.
“ okay, with whom?”
“ my team...I’ll catch with you later okay sayang...”
“ okay my baby...I love you...” aku kira Ameen sudah tahu aku sengaja berbual begitu ketika dia tergelak di seberang talian.
“ love you too...” aku menamatkan panggilan. Segera mencapai iPad dan beg tangan. Aku hadiahkan sebuah senyuman kepada Shahir yang masih tidak puas hati.
“ siapa?” aku sudah tergelak. Tapi dalam hati.
“ my boyfriend...” aku mengusik Shahir.
            Aku teruskan langkah menuju ke bengkel di bahagian belakang Mahawangsa Holdings. Aku tak mahu membiarkan apa-apa juga kemungkinan perasaan yang akan wujud antara aku dan Shahir kalau aku memberi dia ruang selesa. Aku tidak mahu perkara sama berulang sebagaimana aku dan Andy. Cukuplah. Beberapa pekerja mengucapkan selamat sebaik aku masuk ke ruang kerja bengkel. Beberapa buah kereta sedang dalam pemeriksaan akhir untuk dikeluarkan kepada pelanggan. Sempat aku meneliti buku laporan. Terukir juga senyuman kerana hari ini sahaja akan keluar 2 buah BMW dan sebuah Myvi SE untuk rekod sehingga jam 10.20 pagi.
“ Cik Nur, awalnya?” Nazim menyapa sebaik menyedari kedatanganku. “ eh! Encik Shahir...” Nazim menundukkan sedikit kepala tanda hormat memandangkan tangannya kotor. Aku tersenyum melihat Shahir yang masih dengan wajah tak puas hatinya.
“ saja...pegawai tu akan datang terus ke sini kan?” aku mendapatkan  kepastian. Aku mengangguk bila Nazim mengiyakan.
            Tepat jam 11.00 seperti dijanjikan, dua orang pegawai dari syarikat pembekal datang membuat pemeriksaan kepada mesin yang sudah digunakan oleh Mahawangsa hampir 10 tahun dalam status sewa beli. Pemeriksaan mengambil masa hampir 2 jam sebelum pegawai berkenaan akhirnya setuju menamatkan kontrak sewa beli kerana Mahawangsa bercadang mendapatkan mesin yang baru. Mereka berbesar hati memberikan tawaran pembelian jika Mahawangsa berminat.
“ insyaAllah encik nanti saya akan pertimbangkan...” aku cuba berdiplomasi.
“ mesin ni tak ada masalah cuma sebab terlalu lama kontrak sewa beli ni...pihak mahawangsa rasa satu kerugian. Dua lagi mesin yang kita ada pun memberi khidmat yang memuaskan...” Nazim mencelah memberikan penjelasan yang aku kira membantu.
“ mungkin Hi Tech boleh bagi kami special price lepas ni kan?” Shahir di sebelahku pula mencelah. Kedua-dua pegawai tersebut hanya tersenyum. Aku dan Shahir berlalu membawa tetamu ke bilik jamuan. Sempat aku mengingatkan Nazim temujanji jam 2.00 petang untuk ke lokasi.
            Jam sudah beranjak ke angka 2.15 ketika kami sampai di lokasi yang dijanjikan. Kamal Hadi tuan punya gudang menyambut kami. Jarak perjalanan tidaklah terlalu jauh jika menggunakan jalan utama hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan kereta. Jika melalui jalan pintas lebih kurang 10 minit. Kawasan perindustrian yang aku kira strategik dengan cadangan perniagaan kami. Dua buah gudang besar yang sudah 2 bulan dikosongkan. menurut Kamal, asalnya gudang tersebut tempat dia menyimpan kereta yang tidak mempunyai ruang di kedainya. Dia rupanya pengusaha kereta terpakai. Semua keretanya telah dipindahkan ke tempat baru yang tinggal di situ hanya beberapa peralatan pejabat yang belum sempat diambil kerana pejabat barunya masih dalam pengubahsuaian.
“ Nazim kata Mahawangsa nak buka autoparts services...” Kamal bersuara selepas kami keluar dari gudang.
“ macam tu lah perancangannya...” aku menjawab sambil tersenyum.
“ tempat ni selamat tak?” Shahir bersuara kemudiannya. Dia baru sahaja sampai dari meninjau kawasan persekitaran.
“ Alhamdulillah selama saya simpan barang di sini tak ada masalah Encik Shahir...”
“ bekalan elektrik okay ke? or kena support dengan generator?” Shahir bertanya lagi.
“ setakat ni saya tengok kilang-kilang ni guna bekalan sedia ada. Tapi 2 kali dalam setahun memang TNB akan buat pemeriksaan. Masa tu mungkinlah kena ready generator...” Kamal menjelaskan lagi. Aku lihat Shahir menganggukkan kepala tanda berpuashati.
“ harga macam mana ye?” aku mula memancing. Aku lihat Kamal senyum sahaja.
“ saya terus terang je lah Cik Nur...tanah ni memang milik kami sebenarnya...masa kami buat perniaagaan di sini pun memang untung atas jualan...pada asalnya saya tak berniat nak menjual tanah ni cuma nak sewakan gudang je...tapi kalau Mahawangsa tawarkan harga yang berpatutan, kami boleh pertimbangkan...” aku memandang Puan Narimah yang mungkin sedang membuat congakan.
“ luas tanah ni...kawasan pun banyak potensi...” Puan Narimah memulakan bicara.
“ sebenarnya saya baru buka iklan ni dah banyak yang masuk tapi saya tertarik dengan permintaan Mahawangsa...antara sebabnya saya confident sebab Mahawangsa syarikat kukuh. Kalaupun menyewa tak mungkin dalam jangka masa pendek...” aku kira Kamal seorang peniaga yang telus dan jujur. “ keduanya, sebab dari bidang yang sama...perusahaan automobil...kalau kereta dekat kedai saya ada masalah boleh saya bawa ke mari kan?” Kamal menyambung lagi diiringi ketawa kecil.
“ business minded...saya suka...” Puan Narimah spontan memberikan komen.
“ okay macam ni, berdasarkan tinjauan ni saya berpuashati dengan lokasi dan suasana di sini...” aku berhenti seketika sambil sekali lalu membuang pandangan ke persekitaran kawasan perindustrian tersebut. “ bagi saya tempoh dua minggu saya sendiri akan hubungi Encik Kamal...boleh?” aku kira keputusan aku buat ketika itu memberi kelegaan kepada Kamal Hadi bila dia mengangguk yakin.
            Sebaik tiba di pejabat, aku berehat seketika sebelum menunaikan solat Zohor yang sudah di penghujung. Aku kembali menyemak beberapa dokumen yang kelihatan baru sahaja diletakkan di atas meja kerjaku. Mungkin ketika aku keluar tadi. Paling menarik dokumen penjualan dan permintaan kenderaan yang diterima dari bahagian pemasaran. Seribu syukur kerana penjualan meningkat.
“ Ameena speaking...” aku menyambut panggilan yang disambungkan pembantuku diluar.
“ Meen...” aku dengar suara Shahir. Nada bicara itu ada mahunya. Dinner barangkali.
“ yup!”
“ kita pergi makan lepas kerja boleh?” sudah kujangka.
“ pukul berapa ni?” aku menyelak lengan baju. Hampir 5.40 petang. Aku bersetuju dan kembali menyambung kerja. Aku punya lebih kurang setengah jam lagi kerana janji yang kubuat dengan Shahir jam 6.30 petang. Aku menjengah keluar kerana yakin pembantuku sudah balik. Serba salah kerana dia terpaksa menunggu sehingga melewati jam 5.30 petang. Kebiasaannya pembantuku yang mesra aku panggil Aida itu memang akan menunggu laporan terakhirku sebelum dia pulang. Dia berlalu selepas aku meyakinkan dia tiada kerja yang tertangguh.
            Aku mengatur langkah laju ketika jam sudah melewati 6.20 petang. Sempat aku memaklumkan kepada Ameen di mana aku berada supaya dia boleh menyertaiku. Sungguh aku sememangnya sedang mengelak untuk berdua-duaan dengan Shahir. Aku lihat senyuman manis Shahir ketika aku masuk ke perut keretanya. Segera aku mencadangkan restoran yang akan kami tuju supaya senang Ameen menjemputku. Restoran Ala Thai Serai Wangi menjadi pilihan. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari Mahawangsa tanpa perlu menempuh kesesakan jalanraya pada waktu habis kerja. Aku biarkan Shahir membuat pesanan. Tidak salah kiranya menghargai teman sepejabat yang tidak punya apa-apa salah terhadapku.
“ I hantar you balik nanti...” Shahir bersuara ketika kami mula menjamu selera.
“ no need...Meen dah inform Ameen. Nanti dia jemput Meen kat sini...” aku menjawab jujur. Aku biarkan sahaja Shahir menyendukkan lauk ke dalam pingganku. Tentulah aku tidak sangka kalau Andy dan Ameen sudah tiba dan hanya beberapa langkah dari meja kami.
“ hai sayang...” Ameen menegurku dan menghulur tangan. Dia tetap seorang adik yang hormatkan kakaknya. “ Ameen bawa kawan...Meen tak kisah kan?” aku sekadar menganggukkan kepala. “ kau tak kisahkan?” Ameen memandang Shahir dan senyuman kelat lahir di bibirnya. Aku rimas menyaksikan situasi berbeza di depan mataku saat ini. Shahir yang sengaja menunjukkan kemesraan di depan Andy pastinya. Ameen di sebelah sekadar menjadi juri dan pemerhati. Aku tahu benar lagak Andy yang bersahaja itu tandanya dia amat cemburu. Cuma mungkin dia lebih rasional selari kematangan umur kami yang semakin meningkat. Dia tidak langsung memandangku.
“ jom sayang...nak Maghrib ni...” Ameen bersuara selepas dia membuat bayaran di kaunter. Memang adikku tidak lokek.
“ okay Shahir, I balik dulu...” kami sudah berdiri ketika Shahir berjabat tangan dengan Andy dan beralih kepada Ameen. Terakhir sekali denganku. Aku sudah berpaling ketika tiba-tiba Ameen menyambut panggilan telefon yang entah daripada siapa. Aku kira teman wanitanya ketika dia mengambil jarak yang agak jauh untuk menyambut panggilan berkenaan.
“ Meen, nak pergi tengok Redza kejaplah...kereta dia rosak...Andy, hantarkan kakak aku boleh?” aku menggetap bibir ketika Ameen mengenyitkan mata ke arah Andy.
“ Meen ikutlah...” aku cuba mengelak.
“ tak payahlah baby...” Ameen sudah tergelak nakal. Aku akhirnya mengalah bila Andy sudah membuka pintu keretanya. Aku jelas pandangan kurang selesa Shahir.
“ it’s okay for me to go home by train...I sesak nafas kalau duduk macam ni?” aku berharap dia faham maksudku. Aku tahu dia senyap kerana cemburukan Shahir tadi.
“ I’m sorry I just cant deny myself Nur...” Andy bersuara akhirnya. Itupun beberapa ketika selepas aku bersuara. “ Nur...” aku mula gusar bila suara Andy sudah tenggelam timbul di pendengaranku. “ sayang kenapa ni?” aku sedar Andy sudah memberhentikan keretanya. Dan tanpa sedar aku yang memaut lengannya saat ini.
“ I pening...” aku kira itu jawapan paling selamat walaupun agak kurang logik kerana aku bagai tidak tertahan melawan sakit.
“ kita pergi klinik okay?” Andy sudah sedikit tenang. Aku menggelengkan kepala. Aku pejamkan mata rapat-rapat. Bersandar mengumpulkan segala kekuatan. Jauh di sudut hati aku berdoa supaya tidak ada yang merumitkan akan berlaku. Aku belum bersedia membiarkan Andy melihat kesakitanku. Saat itu hadir wajah Rauf dengan senyuman paling manis. “ Nur...kenapa ni sayang?” nada gusar Andy memaksa aku membuka mata.
“ I penat sangat kot...cuaca pun tak menentu sekarang ni...” aku sedaya mungkin mengelakkan Andy mengesan yang aku benar-benar sakit saat ini. Aku lihat Andy tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
“ I hantar you balik ye sayang?” aku mengangguk dan Andy mula memandu. Tangan kirinya masih tetap menggenggam erat jemariku. “ kat rumah you ada orang tak sayang?” aku mengangguk lagi. Aku yakin Kak Hajar dan Abang Naufal ada di rumah waktu-waktu begini. Ameen mungkin belum sampai. Mungkin juga sudah.
            Kereta Andy dan Ameen serentak memasuki halaman rumah mama dan papa. Aku sedar Ameen menerpa dan membuka pintu. Aku dengar Ameen memberikan alasan yang aku sering diserang sakit kepala begitu. Kak Hajar dan Abang Naufal turut menerpa ketika kekalutan itu terlalu jelas. Aku tidak tahu apa lagi yang berlaku di luar sana bila Kak Hajar sudah membawa aku masuk ke bilik. Tidak sempat apa-apa aku sudah menghambur keluar segala isi perut. Darah sudah meleleh turun melalui hidungku. Membuatkan Kak Hajar cemas. Aku pegang kuat tangan Kak Hajar saat dia mahu mendapatkan suaminya di bawah.
“ Meen...” aku dengar suara Ameen. “ Meen!!!” dia sudah menggendong aku ke katil. “ ambil tuala kak...beg ubat Meen dalam laci tu...” aku dengar suara Ameen mengarahkan Kak Hajar. Seketika aku dengar pula suara Abang Naufal sudah berada di bilikku. Aku sudah tidak berdaya langsung. Ameen sudah mengelapkan seluruh mukaku dengan tuala basah. “ ubat bang?” Ameen bersuara lagi. Aku berusaha untuk tersenyum saat Ameen memaklumkan bekalan ubat sudah habis. Sungguh aku memang terlepas pandang perkara tersebut.
            Aku tidak tahu sudah berapa lama aku terlelap. Ketika aku terjaga Ameen sudah tertidur di meja kerjaku dengan laptopnya masih terbuka. Niat untuk bangun terbantut ketika denyutan di kepala masih terasa kuat. Aku gagahkan juga untuk bangun kerana badanku rasa rimas. Aku lihat jam di meja sisi. Jam 2.45 pagi. Simpati aku melihat Ameen. Aku melangkah perlahan-lahan ke bilik mandi membersihkan badan.
“ Meen...” aku dengar Ameen adikku mengetuk pintu bilik air. “ Meen okay tak ni?” Ameen mengetuk lagi. Aku menguak pintu.
“ okay...rimas...” aku selalu gagal bertutur dengan baik jika sakitku datang. Terasa lambat benar maklumat di otakku diproses sebelum dikeluarkan melalui mulut atau apa juga isyarat lain dari tubuh badanku. “ Meen...boleh...” aku lihat Ameen tersenyum sudah memimpinku ke katil.
“ tak payahlah cakap banyak-banyak okay...rehat...esok kita ke Singapore ambil ubat...” aku memberi reaksi kurang senang. “ tak ada kompromi okay...or nak Andy temankan?”
“ no!” hanya bibirku sahaja mampu mengeluarkan gerakan tapi tiada nada. Airmataku sudah mula mengalir.
“ Kak Hajar dah bagitahu Ameen...Meen tak nak Andy tahu kan?” Ameen bersuara seakan memujuk. Aku mengangguk perlahan sambil menyeka airmata yang semakin laju. “ don’t worry, kita pergi awal-awal pagi insyaAllah petang kita dah sampai sini...I promise you sayang...everythings is under control...” Ameen menyapu airmata yang bersisa.
“ Hanum...telefon...” aku sudah mencapai telefon bimbit yang sedia di meja sisi.
“ Ameen dah call dia minta ambilkan ubat Meen...esok kita jumpa dia kat rumah je...kalau Meen nak ziarah Rauf dengan Rafie kita singgah sekejap okay...” aku mengangguk lagi. Sungguh saat ini aku memang ingin sekali Rauf di sisi.

~zara aqeela~

No comments: