-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Monday

..:: Terima Kasih Untuk Bahagia Ini 1 ::..


Hari masih awal ketika Nylia tiba di kampus. Mujurlah pengawal keselamatan tak banyak bertanya bila dia keluar dari perut teksi tadi. Melempar senyuman dengan salam selamat pagi, Nylia pun berlalu.

Seperti biasa Nylia mengambil tempat paling selesa untuk memulakan kerja-kerja yang telah bertangguh sejak seminggu lalu. Mujurlah Profesor Khairudi jenis yang sangat sabar membimbing dia menyiapkan segala proposal dan projek. Nylia menarik sebuah buku untuk menyambung rujukan kelmarin. Semalam dia tak berkesempatan sebab masa terlalu cemburu dengan ketekunannya melayan kerenah warga kampus. Klise sungguh menyalahkan masa dalam hal yang tidak selesai. Nylia mencatatkan beberapa perkara yang telah ditandakan untuk dibincang bersama Profesor Khairudi tengahari nanti.

" 12.30 at Cafe Selasih...table 20 ye...kita lunch sekali..." siap dia catatkan temujanji bersama Prof Khairudi.
Nylia bingkas ketika jam sudah beranjak ke angka sembilan. Ada alunan kurang enak dari dalam tubuh badan. Muzik yang bergema menandakan dia perlukan sesuatu untuk dimakan. Segera Nylia mencapai buku catatan dan keperluan penting berjalan ke kiosk terhampir supaya masa tidak terbazir.
" morning..." Nylia membalas sapaan warga kampus dengan senyuman.
Mencapai set tuna sandwich dan setin milo sejuk. Nylia berlalu sebaik menerima baki dari penjaga kaunter. Dia mengatur langkah ke perpustakaan seperti yang dijanjikan dengan beberapa teman kuliah yang juga rakan pasukan untuk program yang akan berlangsung tidak lama lagi.
" Nylia...hey dear sini la..." dia mencari-cari arah suara tersebut. Din Azraf rupanya. Nylia  melangkah ke gazebo bersebelahan perpustakaan.
" they all tak sampai lagi...but Jeanne already here dia pi cari breakfast...hang dah makan ka?" Din Azraf membalas dengan loghat Kedahnya yang pekat. Riak wajah Nylia barangkali telah memaksa temannya memberi penjelasan. Nylia mengunjukkan sandwich kepada Din Azraf yang ditolak dengan baik. Sudah berpesan kepada Jeanne katanya.
Nylia menyampaikan beberapa hasil survey secara tak rasmi kepada Din Azraf. Sekadar mengisi masa. Jeanne yang tiba tidak lama selepas itu turut melakukan perkara yang sama.
" you tau Nylia, survey paling positif I dapat dari Dr. Ikram...dia tu nampak je serius tapi layan jugak seni ek..." Jeanne bersuara sebaik masuk ke bilik gerakan perpustakaan. Jeanne teman kuliah Nylia berbangsa Cina dari keturunan Baba-Nyona.
" biasalah Jeanne...seni tu halus kan...orang yang minat seni memang pelik kelihatan..." Din Azraf membalas. Nylia hanya tersenyum sahaja.
" assalamuaalaikum...waaa!!! tak sangka ye dapat juga kita guna bilik gerakan ni..." Suri menerpa masuk dengan wajah berseri-seri.
" ye la Nylia kau bodek apa kat penyelia perpustakaan ni...senang pulak nak dapat masuk ye..." Nazim menyambung di belakang.
" I senyum je terus dia kata ok..." Nylia lihat wajah tak puas hati Suri dengan jawapan selorohnya.
" ok!ok! sudah...ambil tempat masing-masing...kita banyak nak bincang ni...sementara tunggu Zakeah kita kumpulkan dulu apa yang dapat..." Din Azraf selaku ketua telah memulakan peranan. Secara jujur Nylia mengagumi Din Azraf sebagai ketua. Tidak terlalu mengarah tapi pandai mengawal pasukan.
" morning everyone...sorry..." Zakeah bersuara sebaik masuk ke bilik gerakan.
" morning..." mereka menjawab serentak.
" ok good! everyone was here...so should we start now?" mereka menjawab pertanyaan Din Azraf dengan anggukan. Masing-masing sibuk membelek fail dan catatan yang dibawa.
Perbincangan dimulakan dengan membentangkan hasil dapatan survey masing-masing. Sebenarnya proposal mereka telah lulus dengan budget yang boleh tahan besar RM250,000.00 dengan usahasama dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ketika semua jabatan diminta mengemukakan proposal untuk projek tahunan peringkat kebangsaan, mereka sekadar mencuba nasib. Tapi siapa sangka ketika penilaian mereka telah tersenarai sebagai 10 finalist untuk menerima peruntukan tersebut. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada mereka.
Program yang dicadangkan ialah Karnival Kesenian dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan. Mungkin garapan tulisan proposal dengan sokongan beberapa hujah membuatkan proposal mereka diterima. Beberapa aktiviti yang dicadangkan turut mendapat sambutan baik dari panel yang seakan teruja dengan cadangan mereka. Nazim yang menjadi tulang belakang ketika pembentangan proposal. Hasil sentuhan Jeanne dan Suri telah diperkukuhkan dengan kebolehan Din Azraf meyakinkan panel bahawa projek mereka tidak akan menyecewakan. Akhirnya proposal mereka diterima. Nylia dan Zakeah menyumbang beberapa idea dari segi perjalanan projek yang mendapat pujian dari wakil kementerian berkaitan.   Selepas tiga minggu proposal diluluskan, hari ini mereka telah berjaya mengumpulkan beberapa maklumat berkenaan aktiviti dan agensi yang akan mereka jemput untuk bekerjasama. Menurut carta gant pasukan, mesyuarat dengan jawatankuasa pelaksana akan berlangsung dua hari lagi. Suri yang bertanggungjawab mencari jawatankuasa pelaksana telah membentangkan senarai jawatankuasa yang diperlukan dan nama yang berminat. Ahli pasukan tidak banyak membantah kerana sudah pasti Suri telah membuat kerja dengan baik.
Nylia menawarkan diri duduk di bahagian protokol kerana sememangnya dia lebih berminat di belakang tabir. Menyediakan surat, membuat jemputan, mengenalpasti VIP dan yang seangkatan dengannya. Malah, dia merasakan dia harus memberi kredit yang lebih kepada pasukannya. Dengan tiket Ketua Jabatan di universiti yang tidak diketahui oleh pasukannya, dia akan membantu mereka sebaiknya.
" ok...Alhamdulillah..thank you for all sebab beri kerjasama baik untuk pasukan kita..." Din Azraf menyusun kata mengakhiri pertemuan pasukan.
" of course la boss...kita mulakan bersama kita kena akhirkan bersama..." Nazim menyambung.
" ye betul tu...ok la aku nak jumpa Dr. Ikram ni..." Zakeah sudah berdiri.
" buat pe jumpa Dr.Ikram?" Jeanne menyampuk.
" Dr. Ikram kan pensihat final projek dia...melepaslah you Jeanne..." Nylia menokok.
" aha la amoi...eh kita memang tak ada kuliah kan arini? Aku ni dah kalut dah...takut Dr. Ikram tak berkenan dengan proposal projek aku" Zakeah menyambung.
" he's ok Zakeah...you cakapla I bagi idea ni pada you..." Nylia membalas kekalutan Zakeah.
" ok lah you all...I pun ada appointment dengan Prof Rudi ni...nanti kalau ada apa-apa perlu bantuan inform me ok..." Nylia bingkas bangun selepas tersedar jam sudah beranjak ke angka 12.00. Mereka meninggalkan bilik gerakan menuju destinasi masing-masing.
Nylia berjalan tenang ke Kafe Selasih yang hanya beberapa meter dari perpustakaan. Arus warga kampus sealiran. Mungkin kerana keletihan kuliah, lapar dan dahaga barangkali. Beberapa orang warga kampus yang menyapa mesra dibalas dengan senyuman. Suara merdu Anuar Zain menangkap pendengaran telinga. Laju tangannya menyeluk beg tangan mencapai telefon bimbit. Ikram di talian.
" Nylia...I ni..."
" yes I know Am...any probs?" Nylia membalas mesra panggilan.
" no...saje...I nampak you ke library tadi...discussion?"
" yup...pasal projek yang I cerita kat you aritu... Am, bukan ke you ada appointment dengan Zakeah?" Nylia tiba-tiba teringat kekalutan Zakeah di bilik gerakan tadi.
" yup...how do you know?"
" she's with me just now...you dah check her proposal ke? dia ada discuss dengan I proposal dia tu..." Nylia memancing pandangan Ikram tentang proposal projek Zakeah teman sekuliahnya.
" ok...not bad...I tengok dia faham betul dengan projek yang dia propose...I'm on my way to meet her...I'll call you back later..."
" ok..."
Nylia berlalu ke kafeteria seperti yang dijanjikan bersama Prof Rudi. Sebaik melangkah masuk, terlihat kelibat Prof Rudi sedang tersenyum melambaikan tangan. Nylia memulakan perbincangan dengan memberikan sedikit gambaran penambahbaikan projek yang telah disemak oleh Prof Rudi selepas pertemuan pertama dulu. Kesungguhan Prof Rudi memberikan bantuan membuatkan dia rasa lebih bertanggungjawab menyudahkan projek akhirnya dengan sebaik mungkin. Sebelum mengakhiri pertemuan, dia mengajukan beberapa soalan yang telah dicatatkan untuk memperbaiki persembahan projeknya nanti. Prof Rudi turut memberikan beberapa senarai buku dan laman web untuk dilawati dan dirujuk. Mereka berpisah ketika jam menunjukkan 2.15 petang.
Nylia kembali ke meja kerja. Menarik nafas lega ketika angin penghawa dingin memenuhi ruang bilik. Sejak kebelakangan ini dia bagai kehilangan ruang peribadi sendiri. Kesibukan kerja dan kepadatan waktu kuliah membuatkan dia rasa tiada ruang buat diri sendiri. Dia membuang pandang jauh ke luar jendela bilik pejabatnya. Ingatannya kepada Naufal Farhan abangnya mula menggamit.

***        ***        ****

Naufal bersandar di sofa sambil tangannya menekan-nekan punat remort control televisyen di hadapannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin ditonton. Fikirannya menerawang entah ke mana. Kepenatan begini bukanlah asing bagi Naufal. Setiap kali balik dari pelantar memang memenatkan. Cuti dua bulan juga tidak banyak membantu menghilangkan lelah penatnya di atas pelantar. Naufal bangun menuju ke meja konsul di sisi televisyen. Dia mencapai bingkai gambar yang menghimpunkan gambar dia bersama adiknya Nylia Fareen. Gambar itu dikirim Nylia selepas cuti Hari Raya Aidilfitri tiga tahun lalu. Itulah kali terakhir dia pulang ke Malaysia. Menjelang Syawal tahun ini akan genaplah tahun keempat Naufal tidak pulang menemui adik kesayangannya itu.
Kerap juga adiknya merajuk dengan kesibukan kerja yang tidak mengenal masa dan suasana. Bohong jika Naufal tidak rindukan adiknya yang seorang itu. Setiap malam menjadi rutin untuknya menghubungi Nylia samada SMS, chatting atau email. Tapi, kebelakangan ini jarang sekali Naufal mendengar berita adiknya. Sakitkah dia? Mungkin merajuk agaknya. Sebulan lepas ada dia mendapat email kiriman adiknya.
Assalamualaikum abg...miss u so much...
Abg sht tak? Nyl sht2 je...dis year dah nak abis study tau...nnti bleh la Nyl p sana jga abg J lama abg tak balik kan? Ntah2 abg dh lupa muka Nyl mcm mane...
Nyl rindu kat abg wpun Nyl tau agaknya abg xrndu pun dkt Nyl...Nyl tak kisah pun :-p Nyl xtau la bila abg bca email ni...tapi Nyl nak abg tau every moment i love u and miss u so much!
Klu abg syg Nyl abg blik la raya ni ye...Nyl dah rndu sgt kat abg...same goes to Fareed but he’s not here...so I just have u that I can ask to be wif...
            Nyl rindu abg...
Setiap kali menerima kiriman email daripada Nylia pasti airmatanya akan gugur. Biarpun apa yang ditulis Nylia tidak menyentuh hati, tapi perasaannya tetap terusik dengan kemanjaan adiknya itu
            Naufal tidak pernah menyangka akan bekerja jauh di perantauan. Ketika dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Rowan University, New Jersey dulu, dia tidak pernah terfikir yang rezekinya juga jauh di perantauan. Berada dalam bidang perkapalan bukanlah apa yang dicita-citakan oleh Naufal sebenarnya. Pada awal pengajian, sememangnya dia memilih untuk menceburi bidang kejuruteraan dengan harapan dia bakal menjadi sebahagian daripada jurutera negara. Tapi, dia tidak menyangka ketika di Universiti dia lebih menonjol dalam bidang perkapalan sehinggalah ketika tahun ke-3 pengajian, dia ditawarkan biasiswa kebangsaan untuk mengambil kursus Jurutera Perkapalan Pengkhususan Sistem. Malah,  Naufal memegang rekod pelajar Malaysia yang cemerlang selama 5 tahun berturut-turut. Sehingga hari ini rekod itu masih belum digugat lagi.
            Alunan azan ‘Asar dari masjid berdekatan mengejutkan Naufal dari lamunan. Dia bangun melepaskan nafas yang panjang. Hilang segala lamunannya. Segera Naufal bingkas menunaikan solat ‘Asar sebelum dia berteleku lama di atas tikar sejadah.
“Ya Allah...apalah kelebihanku untuk memohon kepadaMu setiap kali...meminta kepadaMu setiap waktu...mengadu kepadaMu setiap masa...Tapi Ya Allah apalah kuasaku jika bukan kepadaMu aku memohon...ampunkan segala dosaku Ya Allah...dosa adikku Nylia Fareen...kau panjangkanlah usia kami Ya Allah agar kami sempat memohon taubat dariMu...berkati dan rahmatilah kehidupan kami, murahkanlah rezeki kami...Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua papa dan mamaku Farid dan Naeesah dan adikku Naufal Fareed. Tempatkanlah mereka di sisi hambaMu yang engkau redhai dan kasihi. Kau sediakanlah tempat untuk mereka di syurga FirdausMu Ya Allah...Ya Allah, kau limpahkanlah rahmatMu ke atas kedua ibu dan ayahku Fatemah dan Zairun. Sesungguhnya Ya Allah hanya Engkaulah yang dapat membalas segala jasa kedua mereka menjaga aku dan adik-adikku Ya Allah... Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, Engkau temukan aku dengan wanita yang baik budi pekerti dan manis tutur bicaranya. Jika engkau mentakdirkan jodoh untukku adalah Fareesha binti Hamzah, maka Engkau dekatkanlah kami dengan restuMu, jika tiada jodoh antara kami Ya Allah, engkau berkatilah kami dengan pasangan masing-masing. Amin-amin ya rabbal ‘alamin.” Naufal meraup muka dengan kedua belah tangan. Ada titisan halus dari kelopak matanya. Dia berjalan ke ruang tamu mencari cerita menarik di televisyen.
Telefon berbunyi menandakan mesej masuk ketika Naufal baru sahaja melabuhkan punggung di sofa. Fareesha. Naufal senyum.
“ assalamualaikum b...how r u?” Naufal bersandar di kerusi malas mencari posisi paling selesa.
“ wslm syg...I sht...u?” Naufal membalas. Tangannya menekan punat volum televisyen ke tahap lebih rendah. Tiada cerita yang menarik. Dia sekadar ingin mengisi masa lapang.
“ I sht...b dah mkn ke? how’s ur holiday... :-p?” sengaja Fareesha mengusik Naufal.
“ notty ha! bored day dear... how’s ur work?”
“ biase je nothin’ special... I met Ikram last weekend...he’s not in a gud condition I thought”
“ really? Y?” Naufal membetulkan duduknya. Ada kebimbangan mula menerjah fikirannya.
“ biasalah b...frust...u knal ke siapa yg dia nak sgt2 2...maybe I can help him” Fareesha memancing cerita daripada Naufal.
“ knal... but then, that girl is not like other girl... I’ll talk 2 him later... k dear...” Naufal menyimpan kemas rahsia Ikram.
“ hhmm..okay...bila u nak blik M’sia b... I miss u?” Fareesha menukar topik perbualan.
“ I miss u 2 dear... but I’m working syg... InsyaAllah, sooner or later I’ll be back home...” Naufal cuba memujuk kekasihnya. Entah kenapa tiba-tiba fikiran Naufal beralih kepada Nylia adiknya.
“ ya ok I know that...nngeeee...” Fareesha malu sendiri.
“ dun worry dear evrythng gonna b ok...”
“ ok la b, I got 2 go... nak msuk duty ni... tke cre ok... luv u...”
“ u 2 tke cre...luv u 2...”
Naufal bingkas bangun ke meja komputer. Entah kenapa tiba-tiba hatinya membuak-buak ingin menghubungi Nylia. Segera Naufal membuka semula emailnya. Naufal teringat ketika pertama kali mendaftar email bersama Nylia dan Fareed. Nylia memilih alamat email untuk Naufal, Fareed memilih alamat email untuk Nylia dan Naufal memilih alamat email untuk Fareed. Memang lucu bila dikenang. Ketika menyemak inbox mail tiada apa yang istimewa. Malah tiada juga khabar daripada adiknya. Naufal memilih menu compose untuk mengirim email kepada adiknya. Barangkali adiknya itu merajuk.
            Nylia sayang...assalamualaikum adik abg J how r u my dear... i’m sorry coz it was to late to rep ur email...i’m just arrived home yesterday... i’m also miss u Nyl... jgnla ckp abg dh lupa kat adik abg ni... dlm dunia ni tnggal Nyl je drah dging abg... Nyl always in my heart... same goes to me here... i only have u to share wif... to talk wif...
            Nylia Fareen... abg mnta maaf sbb dh lma xblik... insyaAllah klu de rzeki mgkin kta akn braya sama-sama thn ni ok... Nyl, promise me dun ever talk like that again ok... dun ever mention that i’ll forget u... dun u evr think bout that again...
            1 more thing abg doakn Nyl dpt result cmerlang coz this is ur dream rite... Am told me that u r the best student for the past 3 semesters... i’m really proud of u...
            Do please rep me when u read this email... i really miss u... really2 miss u...
            Sampaikan slm abg utk ibu and ayah.
            Nylia... i love u so much...
Naufal menutup semula laptopnya. Tiada apa yang istimewa. Laptop itu memang dibeli Naufal khas untuk dia berhubung dengan adiknya Nylia. Sekarang mungkin bertambah sedikit dengan Fareesha. Itupun jika kekasihnya itu ada kelapangan. Kerja sebagai doktor pakar bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Tapi, Naufal bersyukur kerana antara dia dan Fareesha masing-masing belajar untuk menerima dan memahami antara satu sama lain.
Tidak semena-mena fikiran Naufal terkenangkan Ikram. Jika bukan kerana Ikram, mungkin Naufal tidak kenal dengan Fareesha yang merupakan teman sejurusan dengan Ikram. Ikram Nashrul bin Hamidi kawan yang dikenali ketika dalam kelas persediaan sebelum mereka masing-masing terbang ke seberang lautan. Ikram anak kelahiran Sarawak tapi keluarganya berasal dari semenanjung. Bapanya orang Temerloh bekerja sebagai guru manakala ibunya berasal dari Negeri Sembilan bekerja sebagai jururawat. Kedua orang tuanya masih berada di Sarawak.
Ketika Naufal terbang ke New Jersey melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, Ikram pula terbang ke London menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Naufal tumpang bangga dengan kejayaan sahabatnya yang akhirnya berjaya memiliki poliklinik sendiri. Tapi Ikram lebih selesa memberikan tanggungjawab kepada business partner yang sememangnya lebih berpengalaman.

***        ***        ***

            Ikram bersiap seringkas yang mungkin. Mujurlah mesyuarat Jabatan Kimia tidak berlanjutan hingga ke petang. Jika tidak, pasti sahaja segala perancangan hujung minggunya akan terganggu. Sebenarnya Ikram telah berjanji untuk keluar bersama Nylia hari ini.
“ hello Nyl... dah siap ke?” terkejut Ikram ketika menerima panggilan Nylia. Sempat dia melihat jam di pergelangan tangannya. Baru jam 4.45 petang. Seingatnya dia berjanji untuk mengambil Nylia jam 5.30 petang.

“ no la... Nyl baru gerak balik dari ziarah pusara mama, papa and Fareed... saja call kalau-kalau Am dah sampai” Nylia tergelak kecil.
“ sindir Am la tu...”
“ la... cakap je... ok Am, I’m driving...”
“ okay take care dear...”
Ikram sampai ketika jam sudah beranjak ke pukul 5.45 minit petang. Sangkanya pasti Nylia akan marah. Tapi, mujurlah tidak kerana Nylia baru sahaja keluar dari biliknya.
“ sorry I’m late...Nyl pergi dulu ibu...ayah...”
“ hati-hati sayang...jangan lewat sangat...” Fatemah berpesan kepada anaknya.
“ ok... drive carefully Ikram...” Zairun pula menambah
“ insyaAllah... kami pergi dulu pakcik, makcik.” Ikram memecut keretanya meninggalkan perkarangan rumah Nylia.
“ makan dulu lah ye... lapar ni...” Ikram bersuara sebaik mereka keluar dari kawasan perumahan keluarga Nylia.
“ up to you... actually where are we going Am?” Nylia bertanya sambil membelek-belek Buletin Bulanan Jabatan Kimia yang ada dalam kereta Ikram.
“ saja window shopping...movie if you don’t mine...” Ikram memancing Nylia.
“ hhhmmm... boleh juga...pukul berapa habis meeting tadi?” Nylia memandang wajah Ikram. Ada jalur keletihan di mukanya.
“ 11.45 pagi lebih kuranglah...lepas tu, biasalah kalau mesyuarat ada Dekan kenalah layan dia bersembang pula...” Nylia hanya tergelak kecil.
“ biasalah orang kesayangan jabatan... kan Dr. Ikram Nashrul...”
“ suka ye?” Ikram akhirnya turut tergelak.
            Perjalanan hujung minggu memanglah tidak sama dengan hari bekerja. Kereta tidaklah sebanyak hari bekerja, tetapi tetap penuh menjalar memenuhi jalanraya. Pasti sahaja ke destinasi merehatkan diri dan bersantai bersama keluarga setelah penat bekerja. Mereka tiba di Jusco Bukit Tinggi lebih kurang jam 6.15 petang. Terus Ikram membawa Nylia ke Restoran Kenny Rogers Roaster.
“ you tak cakap pun dah buat reservation”
“ nak surprise apa salahnya...special date kan...”
“ special lah sangat... everyday we’ve got our date at campus right...” Nylia tersenyum manja. Senyuman itulah yang membuatkan Ikram terpikat. Senyuman yang telah membuatkan dia cair sejak pertemuan kali pertama.
“ silakan tuan puteri...” Ikram mengusik lagi. Mereka sama-sama menikmati hidangan sambil berbual kosong. Dari cerita pejabat beralih ke cerita kawan-kawan dan pelajar masing-masing.
“ please Am...” Nylia mengunjukkan ayam panggang yang masih bersisa.
“ habiskanlah... I’m full” Ikram sengaja mengusik Nylia. Dia telah biasa dengan situasi begini. Sememangnya Nylia tidak akan mampu menghabiskan makanan yang dipesan.
“ Am... please...” Nylia sudah menukarkan pinggan yang berisi ke depan Ikram dan meletakkan pinggan kosong di bahagian lain. Laju sahaja dia menarik tangan Ikram dan meletakkan sudu di tangan lelaki itu. Ikram tersenyum dengan tindakan Nylia.
“ kita kongsi okay? I suapkan nak?” Ikram mula membuat akal jahat. Garfu dengan hirisan ayam panggang telah dihalakan ke mulut Nylia.
“ this is my last okay...I really can’t...” Nylia sudah tersenyum. Dia tahu Ikram akan menghabiskan makanannya. Ikram menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
Selesai makan Nylia mengajak Ikram meninjau filem yang ingin ditonton. Bimbang pula kehabisan tiket. Ketika sampai di kaunter tiket, mereka berpandangan sesama sendiri kerana terlalu ramai orang beratur menunggu giliran membeli tiket. Akhirnya mereka membatalkan niat untuk menonton wayang. Nylia kemudian menarik tangan Ikram masuk ke Butik Giordano. Butik kegemaran abangnya Naufal.
“ nak kirim baju untuk Auf lagi ke?” Ikram bertanya kerana rasanya baru sahaja tiga  bulan lalu dia mengirim baju untuk abangnya. Ketika itu dari Butik Nike kegemaran Nylia. Nylia hanya tersenyum dan terus menarik Ikram ke bahagian kemeja.
“ no... for you...” Nylia sudah membelek-belek beberapa kemeja yang menarik di matanya.
“ untuk I buat apa?” Ikram bertanya lagi.
“ does everything need a reason?” Nylia sudah memusingkan badan Ikram membelakanginya dan mengacukan kemeja putih berjalur pink. Halus dan menarik.
“ no dear... I pelik je...”
“ you nak ambil anugerah kan next week. Apa salahnya I hadiahkan you persalinan baru. Anggaplah dua dalam satu. Hadiah sebab you dapat anugerah and hadiah sebab you jarang beli baju baru.” Ikram pantas memalingkan badannya ketika mendengar usikan Nylia. Tentu sahaja dia tahu gadis itu sedang bergurau.
“ hadiah persalinan untuk pengantin je sayang...” Ikram sengaja mendekatkan badannya kepada Nylia. Nylia tidak membalas usikan Ikram kerana jika dilayan dia akan menjadi-jadi.
Mereka berlalu selepas membuat bayaran. Ikram menarik muka kerana Nylia tidak menerima huluran kad kreditnya di Butik Giordano tadi. Setelah puas Nylia memberitahu dia memang berniat untuk menghadiahkan persalinan itu buat Ikram, barulah Ikram tersenyum menerimanya. Mereka kemudiannya berpecah ke surau untuk menunaikan solat Maghrib ketika jam menunjukkan pukul 7.28 malam dan berjanji untuk berjumpa kembali di hadapan Lovely Lace.
Nylia sudah menunggu ketika Ikram sampai. Ikram kemudiannya mencadangkan mereka ke I-City Shah Alam menikamati susana terang benderang sinaran lampu yang sedang hangat diperkatakan. Ketika sampai, suasana agak sibuk sehingga susah mendapatkan tempat parkir kereta. Akhirnya setelah berpusing 10 minit, mereka berjaya mendapatkan tempat untuk meletakkan kereta.
“ Am...” Nylia cuba melepaskan tangannya. Ikram sengaja tidak ambil endah. Sememangnya susah untuk memujuk Nylia keluar bersamanya. Pipi Nylia mula kemerahan menahan malu dengan sikap Ikram. Seolah-olah semua orang sedang memandang ke arahnya. Akhirnya Nylia tahu Ikram sedang memikatnya. Sudah berkali-kali perkara itu dijelaskan oleh abangnya Naufal tetapi Nylia tetap berkeras bahawa cinta tidak boleh dipaksa. Cuma bagi Nylia tidak salah dia memberi ruang Ikram dihargai seperti dia menghargai temannya yang lain.
Suasana sungguh mengasyikkan di I-City. Puas mereka berjalan dan mengambil gambar kenangan di celah-celah cahaya lampu yang begemerlapan. Ketika jam menganjak ke pukul 8.55 Nylia mengajak Ikram pulang. Sengaja dia menggamit tangan Ikram kerana lelaki itu kelihatan letih benar. Pasti sahaja ada tugasan yang perlu diselesaikan diperolehi ketika mesyuarat jabatannya siang tadi. Sudah masak benar Nylia dengan sikap Ikram. Mereka akhirnya melangkah ke kereta meninggalkan bandar yang bercahaya. Ketika keluar, berpusu-pusu kereta memasuki I-City. Pasti sahaja pengunjung mencari ruang masa hujung minggu membawa keluarga, kekasih atau kawan-kawan bersantai di situ.
Sepanjang perjalanan pulang, tidak banyak yang mereka bualkan. Lebih kepada perbualan kosong. Sempat juga Ikram memaklumkan dia akan berkursus di Manila mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri untuk membentangkan kertas kerja isu pencemaran udara. Menurutnya, bukan dia sahaja wakil dari Malaysia. Bersama-sama Ikram berangkat ke Manila dua orang lagi wakil, seorang dari Kementerian Kesihatan dan seorang lagi dari Jabatan Alam Sekitar. Ikram kelihatan gembira mendapat kepercayaan sebegitu. Ucapan tahniah dan rasa bangga keluar dari mulut Nylia. Tentu sahaja menjadi perangsang buat Ikram.
Satria Neo Ikram memasuki perkarangan rumah Nylia tepat jam 10.15 malam. Zairun ayah Nylia yang kebetulan sedang leka memberi ikan makan, menyambut anaknya pulang. Sempat dia menjemput Ikram masuk tapi ditolak dengan baik. Selepas mengucapkan salam, Ikram berlalu meninggalkan perkarangan rumah Nylia. Tidak sampai separuh perjalanan Nylia sudah menghubunginya semula
“ Nyl... kenapa?” bimbang pula Ikram dengan panggilan Nylia.
“ nothing... just wanna say thank you for a great date...”
“ no sweat... you berehatlah okay...”
“ you too... drive carefully...” Ikram tersenyum sendirian. Dia terasa begitu bahagia sekali. Apakah Nylia sedang menerima lamaran cintanya selama ini.


~zara aqeela~

No comments: