-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 10 ::..

Aku menerima berita gembira seawal Subuh ketika aku belum bersiap pun untuk ke pejabat. Belum sempat aku menyangkutkan telekung ketika peguam syarikat, Encik Hisham menghubungiku melalui telefon bimbit. Kes saman kecurian dan sistem keselamatan yang dibuat seorang pelanggan telah ditarik balik kerana Mahawangsa berjaya membuktikan kenderaan yang dibeli berada dalam keadaan baik dan selamat. Malah, Encik Hisham telah menyediakan dokumen saman malu jika mereka gagal mengemukakan bukti kukuh untuk mengambil tindakan kepada Mahawangsa Holdings.
“ Meen kenapa ni?!” aku dengar suara bimbang Ameen mengetuk pintu bilikku. Aku memeluk Ameen sebaik pintu dibuka. “ Meen...” Ameen memanggil lagi. Kali ini lebih tenang.
“ terkejut abang dengar Meen menjerit...” suara Abang Naufal menyedarkan aku bahawa bukan Ameen seorang yang ada di muka pintu. Mama, papa dan Kak Hajar juga turut serta. Malah Kak Hajar masih bertelekung sambil memegang erat lengan suaminya.
“ sorry...” aku tersenyum lagi. “ kes saman tu dah ditarik balik...”
“ Alhamdulillah...” aku dengar ucapan itu jelas lahir dari bibir semua yang ada di muka pintu bilikku ketika itu. Sekali lagi aku memohon maaf sebelum semua beredar ke bilik masing-masing.
            Semangatku bertambah ketika melangkah masuk ke pejabat. Aku lihat jam di tangan sudah pukul 8.00 pagi. Sebentar lagi aku akan bergerak ke Era Edar Holdings. Syarikat di mana aku pernah menjalani latihan industri satu masa dulu. Semuanya merupakan kenangan dan pengalaman yang banyak memberikan aku ilmu dan panduan. Aku bergerak bersama papa dan Shahir sekitar jam 8.15 sebaik pemandu syarikat memaklumkan kenderaan telah sedia. Kami tiba 30 minit kemudiannya. Berbaki lebih kurang 15 minit sebelum mesyuarat bermula.        Aku tersenyum saat melangkah masuk ke lobi Era Edar. Banyak perubahan sudah berlaku di situ. Namun masih terbayang-bayang suasana hampir 10 tahun lalu ketika aku pertama kali menjejak kaki ke Era Edar. Entah ada ke tidak lagi Encik Manan yang garang itu. Aku terlebih dahulu menuju ke tandas sebelum masuk ke bilik mesyuarat. Papa dan Shahir mendahului.
“ Nur?!” aku mengangkat wajah ketika suara itu menampan telingaku.
“ Andy?!” sungguh aku terkejut melihat Andy di depanku.
“ what are you doing here?” serentak kami menyoal. Serentak juga kami ketawa.
“ you first dear...” Andy meletakkan jari telunjuk di bibirnya. “ sorry...” dia menyambung kemudiannya.
“ it’s okay...I ada meeting...you?” aku memulangkan soalan sambil beriringan dengan Andy ke bilik mesyuarat.
“ same with you...”
“ papa, Andy...remember?” aku menggamit papa yang sudah mengambil tempat. Aku lihat kerusi kosong di sebelahnya pastilah untukku.
“ Andy!!mestilah papa ingat...”
“ Dato’ apa khabar?” aku lihat Andy menjengilkan matanya kepadaku. Aku kurang pasti maksudnya namun dia segera menghulur tangan berjabat dengan papa.
“ just call me uncle Andy...bukan tak biasa pun...” aku lihat papa senang dengan pertemuan selepas lebih 10 tahun itu.
“ ini Shahir...” aku memperkenalkan Shahir. Aku lihat wajah tidak selesa dipamerkan Shahir ketika itu.
“ I jumpa you nanti okay...” aku menganggukkan kepala dan tersenyum ketika Andy berbisik sebelum bergerak ke tempatnya.
            Mesyuarat berjalan lancar dengan beberapa strategi penjualan dibincangkan. Rupanya masalah penurunan kadar jualan bukan sahaja dialami oleh Mahawangsa tapi juga beberapa syarikat yang lain. Wakil dari Proton dan Perodua turut hadir memberikan beberapa perancangan untuk meletakkan usahasama dengan syarikat penjualan kereta seperti Mahawangsa. Dengan cara itu mungkin dapat menarik lebih ramai pelanggan memandangkan kereta mewah akan membuatkan pelanggan berpendapatan rendah kurang minat untuk melangkah masuk ruang pameran. Aku tidak pasti mengapa masalah itu perlu ditimbulkan kerana sememangnya sebahagian besar daripada syarikat yang ada dalam mesyuarat tersebut memang turut menjual kereta buatan Malaysia.
            Pengerusi mesyuarat positif membincangkan tentang penerimaan tenaga pelatih di kalangan  pelajar untuk mendalami ilmu yang berkaitan di syarikat automobil. Pada penghujung mesyuarat turut dimaklumkan dua model baru akan dipasarkan satu dari Proton dan satu dari Perodua. Cuma masa yang tepat belum dikenalpasti dan akan dimaklumkan kemudian. Pengerusi mesyuarat yang juga pengerusi Malaysian Automobil memaklumkan wakil dari BMW akan datang membuat lawatan ke semua syarikat gabungan penjual kereta keluaran BMW.
~ Andy : lunch dengan i please...~ terkejut aku menerima SMS daripada Andy ketika mesyuarat betul-betul sudah di penghujung. Aku lihat dia bersahaja memberikan tumpuan kepada pengerusi mesyuarat. Dia memang sering begitu. Pandai menyorokkan perasaan.
~ Aku : tanyalah papa ~ aku tak pasti apa reaksinya ketika membaca SMS yang kukirim kerana wajahnya tenang sahaja.
~ Andy : i will ~ kali ini aku lihat senyuman di bibirnya namun masih dia tidak memandang ke arahku. Tanpa sedar aku melihat Shahir sedang memandang gelagatku.
“ you should be in Mahawangsa Andy...” itulah hajat papa sejak pertama kali bertemu dulu.
“ rezeki di sini Dato’ tapi still boleh bekerjasama lagi...” aku lihat Andy tersenyum. Papa masih menepuk-nepuk bahu Andy.
“ just call me uncle Andy...i’ll try to get you one day...” papa ketawa besar kemudiannya.
“ Dato’ ops sorry...uncle...saya nak pinjam Nur sekejap for lunch...boleh?” terkejut aku bila Andy benar-benar meminta izin papa.
“ kita ada mesyuarat kan nanti?” Shahir mencelah sebelum papa memberikan respon. Serta merta aku teringatkan mesyuarat yang telah dirancang. Sungguh aku terlupa.
“ hhhmmm...” papa melihat jam di pergelangan tangannya.
“ it’s okay Dato’ maybe next time...” aku kenal nada itu.
“ why don’t you come for dinner tonight? aunty mesti nak jumpa Andy juga...datang malam ni okay...” aku lihat Andy mempamer wajah terkejut. Sama dengan Shahir yang turut mempamer wajah kurang senang.
“ menyusahkan je sampai ke rumah...” Andy serba salah.
“ apa salahnya...okay, nanti malam kita jumpa...tak dapat lunch, dinner pun okay kan sayang...”
“ papa...” sungguh aku malu ketika papa memandang tepat anak mataku. Aku tidak pasti apa yang sedang papa fikirkan.
            Aku terus masuk ke bilik selepas berjanji dengan papa untuk bertemu jam 2.15 petang. Lega rasanya dapat menyandarkan badan di sofa. Sejak pertama kali orang tuaku bertemu dengan Andy sememangnya mereka nyata senang. Tidak pernah papa dan mama mengungkitkan hubungan aku dan Andy. Mungkin mereka yakin aku memang tidak punya hubungan yang serius dengan Andy. Atau mungkin juga mereka memang tahu hubungan antara aku dan Andy tidak akan ke mana. Tapi aku jelas dengan sikap mama dan papa yang menyenangi Andy. Jika tidak masakan mereka sering bertanyakan hal Andy sejak pertama kali berjumpa di Johor Bahru.
“ Andy apa khabar Meen?” terkejut aku dengan pertanyaan mama pada satu hari ketika kami sedang makan malam. Cuti semester yang panjang biasanya memang aku habiskan bersama keluargaku di rumah.
“ kenapa tiba-tiba mama tanya Andy ni?” aku menyoal tanpa memandang mama. Aku leka menyuap makanan ke mulutku. Aku perasan Kak Hajar tersenyum-senyum di sebelahku.
“ boyfriend ye? hhhmmm mesti handsome...nama pun sedap...” Kak Hajar menokok.
“ ye lah Meen, papa pun baru je niat nak bertanya pasal Andy...” aku mengerutkan dahi memandang mama dan papa.
“ dia okay, baru berlepas ke Australia this morning for rugby tournament...”
“ baguslah...dia nampak baik...” mama memintas sebelum aku habis bercerita.
“ hhhmmm...ada orang langkah bendul Hajar pula nanti ni...mama dengan papa pun dah berkenan...” aku malu diusik Kak Hajar.
“ dia memang baik Hajar...sopan...he’s excellent in academic too...right?” kenyataan papa memberi makna papa sudah menerima maklumat tentang Andy. Pasti sahaja disebabkan perbualan papa dan Andy tentang kejuruteraan mekanikal. Aku sekadar mengangguk kerana yakin papa sedang menunggu jawapanku. “ papa kan panel projek akhir Kejuruteraan Mekanikal Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...” papa menyambung kemudiannya. Sungguh aku terlupa.
“ sometimes Meen teringin jadi macam Andy pa...ma...” aku bersuara beberapa ketika kemudian. “ boleh bersukan dan belajar dengan cemerlang...” aku menyambung.
“ Meen pun boleh bersukan juga...main catur sukan apa?” Kak Hajar mencelah. Barangkali dia mengesan kesayuan dalam tuturku.
“ ala akak ni sedapkan hati Meen lah tu...” aku lihat mama dan papa sudah tergelak kecil dengan usikan Kak Hajar.
“ kalau dia telefon Meen, sampaikan salam mama dengan papa okay...” mama menyambung lagi.
“ akak pun...”
“ akak!!!” aku terjerit kecil seiring ketawa papa dan mama.

***        ***        ***

Aku segera bersiap untuk mesyuarat petang tersebut sebaik pembantuku mengetuk pintu mengingatkan. Membawa bersama beberapa buah fail, buku catatan dan PDA untuk memudahkan maklumat disimpan. Mesyuarat petang berkenaan tidaklah terlalu formal. Hanya melibatkan 7 orang sahaja yang berkaitan dengan bidang kawalan pemasaran. Beberapa maklumat baru disampaikan papa selaku CEO berkenaan pencapaian yang memberangsangkan bagi suku pertama tahun berkenaan. Kami mengucap syukur dalam keadaan permintaan yang merosot sejak 6 bulan lalu, kami masih mampu mencapai sasaran jualan.
            Aku berbesar hati bila papa turut memberikan komen positif tentang cadangan untuk mengembangkan empayar Mahawangsa dan perusahaan automobil.
“ proposal tu macam mana?” papa menyoal tanpa memandang.
“ dalam peringkat terakhir untuk kemaskini budget. InsyaAllah hari ini akan selesai mergekan beberapa hasil survey. Cuma kaedah pelaksanaan masih dalam penelitian memandangkan kita belum dapat tenaga mahir yang mencukupi untuk setiap bahagian...”
“ proposal apa Dato’?” Shahir menyoal. Aku tahu dia sedang dalam mood tidak senang sejak pertemuan dengan Andy siang tadi. Sebenarnya, papa yang meminta aku menyiapkan proposal tersebut terlebih dahulu sebelum papa bawa ke mesyuarat lembaga pengarah dan pengurusan Mahawangsa Holdings.
“ hhhmmm...nanti saya akan umumkan bila dah ready...” aku diam sahaja. Papa kemudiannya menutup perjumpaan tersebut selepas pasti tiada apa-apa perkara berbangkit.
            Aku sekadar tersenyum sahaja ketika Shahir menurutiku hingga ke bilik. Dia terus duduk di depanku sambil mengetuk-ngetuk meja.
“ Meen...” dia bersuara tidak sabar.
“ sabarlah Shahir...I dah janji akan tanya pendapat you kan...” aku tersenyum sambil menyerahkan sebuah draf proposal ke tangan Shahir. Sememangnya proposal tersebut belum lengkap kerana aku belum kemaskini budgetnya. Aku lihat Shahir serius memberikan tumpuan kepada beberapa penulisan dalam proposal tersebut.
“ so, Encih Shahir...what say you?” aku menyoal.
“ good!I pula yang teruja baca proposal you ni...” Shahir membalas. Matanya masih terus melekap kepada proposal yang dipegang. “ I tak sangka la you Meen...sepatutnya you ambil Master In Mechanical Engineering or maybe Business Management...” aku sekadar tersenyum dengan bicara Shahir. Aku kembali memberi tumpuan kepada beberapa dokumen yang sedia menanti di atas mejaku. Aku biarkan Shahir meneruskan penelitian. Dia pasti akan memberikan komen yang baik untuk penambahbaikan.
~ Andy : you busy tak? ~ terkejut aku menerima SMS Andy.
~ Aku : tak sangat...just unformal discussion with shahir...why? ~ aku kira sekadar perbincangan tidak formal dengan sahabat seperti Shahir tidaklah menghalang aku berbalas SMS dengan Andy.
~ Andy : i ingat nak call you...i’ll call you later ~
~ Aku : ok dear ~
“ siapa?” Shahir bersuara sebaik aku meletakkan telefon bimbi ke sisi.
“ kawan lama...” aku kira itu jawapan yang terbaik sementelah aku telah melihat wajah kurang senang Shahir bertemu Andy tadi.
“ Andy?” aku mengerutkan dahi membalas pandangan Shahir. “ I agak je meen...”
“ kenapa you agak Andy?” membuak-buak perasaan ingin tahu.
“ sebab cara you layan dia lain sangat...and...Dato’ pun macam kenal sangat dengan dia...” Shahir memberi alasan. “ siap boleh panggil uncle lagi...”
“ you cemburu?” aku membalas laju.
“ yes I do...” sungguh aku terkejut dengan pengakuan Shahir. Segera aku mengubah topik kepada proposal yang baru selesai diteliti oleh Shahir. Rentak awalnya agak sumbang bila dia tidak bersungguh memberi komen. Tapi akhirnya dia kembali kepada landasan kerja bila memberikan aku beberapa pendapat yang boleh mengukuhkan proposalku. Shahir meninggalkan bilikku ketika jam sudah menganjak ke angka 4.45 petang.
            Lama aku membuang pandangan. Kosong tidak punya arah. Fikiranku terbang jauh ketika pertama kali bertemu Shahir. Dia seorang yang memang serius sekali bila bekerja. Susah melihat dia tergelak. Tapi sekali-sekala dia senyum memang manis. Tempoh setahun mengenali Shahir membuatkan aku menjadi rapat dengannya. Dia memang menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang tapi sungguh aku tidak mahu terbuai lagi dengan layanan mesra sebegitu. Cukuplah merasa sakit perpisahan bersama Andy.
“ lunch?” Shahir menghubungi telefon di bilikku. Itu sudah biasa benar. Malah kadangkala aku berbuat perkara yang sama.
“ sekejap...you call balik 5 minit lagi boleh?” begitu biasanya aku yang memang leka dengan kerja. Kebiasaannya tidak sampai lima minit kemudian aku sudah beriringan dengan Shahir ke mana-mana lokasi yang dibawa olehnya untuk mengisi perut.
“ siapa?” Shahir menyoal sebaik aku menamatkan perbualan.
“ Ameen...adik I lah...” aku menjawab.
“ I cemburu tau tengok you berbual mesra sangat...macam boyfriend you...” aku tersenyum dengan kejujuran bicara Shahir. Kerap dia memberi kenyataan begitu yang membuatkan kami menjadi bahan usikan di pejabat. Aku yang memang kuat bergurau kadangkala melayan dan kadangkala aku biarkan sahaja. Aku senang dengan keserasian bersama Shahir. Malah kami selesa keluar bersama. Makan, tengok wayang, window shoping dan apa sahaja aktiviti yang tidak keterlaluan dilakukan bersama.
“ Shahir tu siapa Meen?” pernah suatu ketika Kak Eeman menyoal dalam perbualan telefon kami berdua.
“ penyanyilah...takkan tak kenal kot? bukan akak die hard fan dia ke?” aku membalas jujur. Sungguh tidak click di fikiran kakakku bertanya mengenai Shahir rakan kerjaku.
“ akak serius ni Meen...akak tak nak jadi macam Meen dan Andy” aku terkesima. Kali ini aku yakin Kak Eeman serius bertanya tentang Shahir Mahawangsa Holdings.
“ akak...” kendur nada suaraku.
“ papa yang cerita pasal Meen and Shahir...”
“ he’s my officemate kak...”
“ Meen, akak rasa dia ada perasaan dekat Meen...” pandangan yang telus itu membuatkan aku tidak selesa. Sungguh aku tidak punya perasaan yang lain selain menganggap dia seorang kawan yang mudah didampingi.
“ no la akak...Meen tak rasa macam tu...lagipun Meen tak sedia untuk semua tu...cukuplah sekali kak...” suaraku sudah bergetar.
“ Meen, akak tak nak Meen kecewa...akak tahu Meen masih sayangkan Andy kan?” aku diam tidak membalas kerana aku tidak mungkin menafikan perasaan itu.
            Terkejut aku ketika telefon bimbitku berbunyi. Kelam kabut aku menyelongkar beg tanganku mencari. Tiada! Segera aku teringat aku letakkan di sisi sahaja tadi. Laju aku menyambut panggilan.
“ you...kenapa ni?” aku dengar nada kerisauan Andy. “ you okay tak?” dia bertanya lagi.
“ okay...kenapa?” aku pula menyoal.
“ you macam...penat...” Andy menjawab perlahan.
“ I cari handset tadi lupa letak mana...” aku tergelak kecil.
“ you belum balik ke?” Andy bertanya lagi.
“ kejap lagi...you jangan tak datang ye malam ni...” aku mengingatkan Andy. Selebihnya aku ingin dia tahu aku benar-benar berharap.
“ okay sayang...” kami sama-sama terdiam. “ sorry Nur, I tak sengaja...” Andy menyambung kemudiannya.
“ it’s okay...you kat mana ni?”
“ driving...”
“ okay, okay...I tunggu you kat rumah nanti I SMS address...” aku membalas. Aku terus mengirimkan SMS alamat dan cara mudah ke rumahku sebaik kami menamatkan perbualan. Selepas memastikan semua dokumen penting disimpan dan tiada barang penting tertinggal, aku bergerak pulang. Sempat aku menghubungi Ameen adikku supaya pulang awal untuk makan malam bersama. Pandangan mataku berpinar sebaik pintu lif tertutup. Aku bersandar di dinding supaya tidak rebah. Memohon kepada Allah janganlah ditunjukkan kepada Andy penyakit yang aku tanggung ini. Sebaik sampai di tempat letak kereta, aku masuk ke kereta dan menghidupkan enjin. Aku bersandar dan tarik nafas dalam-dalam.
Abang Naufal yang menyambut ketibaan Andy di muka pintu. Kebetulan dia keluar mengambil barang di dalam kereta ketika itu. Aku pantas  ke ruang tamu ketika Abang Naufal memanggil. Ketika itu papa sudah menepuk-nepuk bahu Andy. Jelas kegirangan di wajah papa menyambut kedatangan Andy.
“ Andy...lamanya aunty tak jumpa...almost ten years aunty rasa kan?” mama menyapa mesra. Laju Andy menghulur tangan berjabat salam dengan mama.
“ jemput duduk Andy...” papa menjemput Andy ke ruang tamu. Abang Naufal sudah menyambut dulang air dari tangan Kak Hajar. Aku lihat Andy menundukkan kepala tanda hormat pada Kak Hajar.
“ you duduk dulu ye...” aku bersuara ketika jelas papa dan Abang Naufal selesa melayan Andy.
“ tak apa abang dengan papa boleh jaga dia...kan Andy...” Abang Naufal sudah duduk di sebelah Andy. Aku lihat Abang Naufal tersengeh-sengeh mengusikku. Lima belas minit kemudian, mama sudah memanggil papa ke ruang makan. Abang Naufal dan Andy menurut di belakang.
“ panggil Ameen sayang...” papa memberi arahan kepadaku.
“ Ameen!!”
“ ya!ya! Ameen turun ni...”
“ Andy?!”
“ Am?!”
            Serentak kami memandang Andy dan Ameen. Sungguh semua terkejut ketika Andy dan Ameen sudah sama-sama berpelukan di kaki tangga rumah mama dan papa.
“ you...” aku sudah berdiri di sebelah Andy. Tanpa sedar aku menarik lengannya.
“ kenal ke?” aku menyambung lagi.
“ of course!!” Andy dan Ameen menjawab serentak. “ musuh ketat ni...” mereka menyambung lagi. Juga serentak. Pecah gelak jantan mereka berdua. Akhirnya pertemuan itu sudah bertukar pula kepada perjumpaan dua orang sahabat lama.
“ kita pernah juga nak bergaduh kan?” Ameen galak bercerita tentang kenangan bersama pasukan ragbi kebangsaan. Aku lihat Andy ketawa dan tersenyum. Tanpa kami duga Abang Naufal juga rupanya pernah berada dalam pasukan ragbi remaja tapi kerana kecederaannya dia menarik diri dari pasukan.
            Selepas makan malam, aku biarkan Andy menyelesakan diri dengan Ameen, papa dan Abang Naufal. Biarlah mereka mengisi malam bercerita hal lelaki. Aku terus lekat di dapur membantu mama dan Kak Hajar. Aku sebenarnya sudah mula rasa kurang sihat. Petang tadi ketika sampai di rumah baru aku sedar bekalan ubatku sudah habis. Aku sungguh terlupa mengambil berat tentang kesihatanku sejak pulang dari Johor.
“ Meen sakit ye?” Kak Hajar memegang bahuku yang terkaku di tepi sinki.
“ Meen...” mama turut mendekati. “ mama panggil Ameen...”
“ no mama!not in front of Andy...please...Meen okay...”
“ selama ni Andy tak tahu Meen sakit?” Kak Hajar bertanya kemudiannya. Aku mengangguk lemah.
“ selama 5 tahun Meen dengan Andy dia tak pernah tahu?” mama bertanya lagi. Aku tetap menggeleng.
“ Meen...” aku bingkas berdiri ketika terdengar suara Abang Naufal menuju ke dapur. Aku tersenyum dan melangkah keluar bertemu Andy. Aku lihat papa sudah duduk di ruang tamu ketika aku melintas untuk keluar.
“ you owed me an explanation Meen...” aku lihat wajah serius Ameen ketika kami berselisih di muka pintu. Tapi segera dia tersenyum dan mengelus lenganku tanda dia mengambil berat. Benar-benar mengambil berat. Cuma aku yang masih tak faham. Aku segera keluar ketika dia memberi isyarat Andy sedang menunggu.
“ Nur, thank you for great dinner...” Andy bersuara sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
“ papa yang set dinner ni kan...by the way I tak sangka you kenal dengan Ameen adik I sayang...” aku terdiam seketika. “ sorry...I...tak sengaja...” sungguh aku bagai terbawa-bawa kepada 10 tahun lalu. Aku terlupa aku seorang janda berumur 30 tahun sekarang. Aku lihat Andy tersenyum.
“ you know what Nur...I tak sangka selama ni I selalu jumpa dengan orang yang I cemburu...” aku memandang Andy. “ Am...I mean Ameen adik you...” kami sama-sama tergelak kemudiannya. Memang dulu Andy pantang kalau dengar aku berbual dengan Ameen di telefon. Cemburunya dipamer-pamer kepadaku.
“ siapa tu dear...” Andy tetap memberi tumpuan kepada pemanduannya membelah lebuhraya.
“ adik I...” aku menjawab sambil tersenyum. “ Andy kenapa ni?” aku menyoal lagi ketika Andy diam tidak membalas. Aku turut diam kemudiannya. Aku minta Andy berhenti di stesen minyak yang terdekat. Aku perlukan ruang udara buat seketika. Kerap sangat Andy menjadi cemburu membuta tuli setiap kali mendengar aku berbual dengan Ameen.
            Aku memerhati Andy yang bersembang dengan dua orang perempuan ketika aku keluar dari tandas. Peminatnya barangkali. Ketika itu Andy memang tengah hot dan top kerana baru sahaja mengisi beberapa majalah dan surat khabar. Aku tidak memberikan sebarang reaksi atau respon. Malah dengan senang hati membantu peminatnya yang ingin mengambil gambar. Panas juga hatiku ketika mereka dengan sengaja memaut lengan Andy.
“ I’m sorry sayang...” Andy meraih tanganku dan digenggam erat. Mungkin dia baru tersedar perkara itu kerap sangat berlaku di depan mataku ketika kami keluar bersama.
            Aku dan Andy sama-sama ketawa ketika mengimbas kenangan di kampus. Kebiasaannya bila keadaan benar-benar tegang, Hani yang akan menjadi orang tengah kami. Selalunya Andy yang gagal memujukku.
“ she’s really nice...” Andy memuji Hani. Entah kenapa terdetik rasa cemburu dalam hatiku. “ Nur...”
“ yes...she’s my friend...” segera aku menutup perasaan yang tidak terkawal.
“ you cemburu ye?” Andy serkap jarang. Aku hanya tersenyum. Andy memohon diri ketika jam beranjak ke angka 10.45 malam. Papa sekali lagi mengingatkan Andy dia menyediakan tempat untuk Andy jika Andy sudi ke Mahawangsa.
“ kat sini pun ada tempat tau...” aku mencubit Ameen yang gatal mulut. “ betul apa?!” segera Ameen menarik aku dalam pelukan ketika aku memuncungkan bibir. Serta merta raut wajah Andy berubah.
            Malam itu ketika semua sudah masuk tidur, Ameen mengetuk pintu bilikku. Dia amat yakin aku belum lelap. Malam itu Ameen memberitahu sebenarnya cerita Andy punya perasaan padaku sudah lama dia tahu. Cuma ketika itu, Andy tidak pernah menyebut namaku. Malah daripada cerita Ameen juga aku tahu Andy menahan diri meluahkan perasaan kerana bimbang hubungan mesra kami akan berakhir. Andy terlalu sayangkan aku hingga tidak sanggup duduk di Malaysia selepas dia melepaskan aku sepuluh tahun dulu. Barulah aku tahu dia meninggalkan Malaysia sebulan selepas kami breakoff. Aku tidak pernah tahu kerana itu janji yang kami buat supaya tidak berhubung lagi selepas pertemuan terakhir kali. Aku juga tidak tahu dia tidak menghadiri konvo kerana sudah berada di New Jersey ketika itu.
            Apa yang mengejutkan dia kerap ke apartment Ameen di Manchester. Malah pernah sekali ketika kami drop by mengambil Ameen sebelum ke Birmingham, rupanya Andy di apartment Ameen. Tapi kerana kami tidak bermalam di situ, maka tidaklah aku berjumpa dengan Andy. Melengkapkan sepuluh tahun tidak bertemu dengan Andy. Melalui Ameen juga aku tahu nombor lama Andy masih lagi aktif sehinggalah dia pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di New Jersey baru dia menamatkan perkhidmatan nombor tersebut. Sama seperti aku yang masih membiarkan nombor tersebut aktif sehingga aku pulang dari Jerman. Aku tidak lama di Jerman kerana mendaftar pengajian master by research. Selebihnya aku hanya perlu berulang ke sana beberapa kali untuk membentangkan hasil kajian.
“ rapatnya Ameen dengan dia...” kendur sahaja bicaraku. Sebenarnya aku sangat tidak percaya kalau Andy selama ini meluahkan kisah aku dan dia kepada orang yang sangat dekat dengan diriku. Ameen adikku sendiri.
“ Meen sayang dia kan?” terkejut aku dengan soalan Ameen. “ Meen...” aku masih diam tidak memberikan jawapan.
“ sepuluh tahun dulu ye sebelum dia memutuskan hubungan dengan Meen...sejak 3 tahun dulu hanya untuk Rauf...” serta merta aku jadi sebak. Sangat sebak. “ Rauf...”
“ Rauf dah tak ada Meen...” aku tidak tahu kenapa Ameen perlu menyelongkar perasaan yang telah aku buang jauh-jauh. Aku menggelengkan kepala berkali-kali serentak airmata yang berjujuran. “ Meen...” Ameen menarik aku dalam pelukan. Aku tersedu-sedu menahan perasaan. Sesak rasanya dadaku.
“ it cant change anything even Rauf is not here Ameen...” aku bersuara dalam esak tangis yang tidak mampu dikawal.
“ Ameen realize one thing bila jumpa Andy tadi...” aku meleraikan pelukan ketika bicara Ameen kedengaran serius. “ sepanjang 5 tahun bersama Andy masa yang paling tenang untuk Meen kan? Perasan tak selama 5 tahun tu bila buat checkup mesti keadaan okay...cuma ambil vitamin dan ubat je...cuma 2 kali je dalam 5 tahun tu Meen kena tahan wad...ingat tak?” aku mengangguk bagai anak kecil mendengar pujukan. “ because you’re happy with him...” aku mengerutkan dahi.
“ tapi sekarang tak ada makna apa-apa Ameen...” aku mengesat airmata yang cuba gugur.
“ why?”
“ dia dah ada haluan sendiri...Meen ni janda...kalau Rafie masih ada lengkap janda anak 1 lagi Ameen...” aku tergelak sendiri mengenangkan nasib diri. “ umur pun dah 30 tahun...”
“ Meen...” aku tahu Ameen masih cuba memujuk. Mungkin dia juga sudah seperti mama dan papa yang jatuh sayang pada Andy.
“ sakit pula tu...” aku masih ingin menafikan segala yang terbuku di hati. Ameen tidak menyebut lagi tentang Andy. Aku yakin dia faham aku benar-benar kecewa. Kalau memang Andy tidak pernah terlepas walau satu pun cerita antara aku dan dia kepada Ameen, bermakna Ameen tahu kekecewaan itu. Apatah lagi kekecewaan kehilangan Rauf yang buat selamanya. Membawa bersama tanda cinta kami Amin Rafie. Ameen akhirnya mengalah dan melangkah keluar selepas memastikan aku reda dan lega.

~zara aqeela~

No comments: