-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku 7 ::..

Perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Tapi disebabkan mama beriya-iya ingin singgah di Melaka, maka papa turutkan juga. Mengambil masa 2 jam di Mahkota Parade dan mencuci mata di Hang Tuah Mall membuatkan kami terlupa yang papa punya temujanji jam 8.30 malam. Mujurlah PA papa mengingatkan.
“ beli apa?” papa bersuara ketika kereta yang dipandu papa membelah meninggalkan tol Ayer Keroh.
“ tak ada apa-apa pun dear...tengok pameran perkahwinan kat ruang legar Hang Tuah Mall tadi...you?” mama memulangkan soalan.
“ golf shirt...ada offer...” papa tergelak kecil melihat muncung mama. Aku di tempat duduk belakang sekadar tersenyum melihat gelagat mama dan papa. Entah bila aku terlelap aku tidak pasti bila mendengar suara mama mengejutkan aku. Ketika itu kereta papa sudah berada di laman rumah. Aku meminta diri naik ke bilik.
            Aku duduk dibirai katil mengemaskan pakaian dan keperluan yang aku bawa ketika mengikuti program Alumni Fakulti. Selesai mengemas pakaian, aku mencapai beg tangan mengeluarkan kamera. Rantaian kenangan mengisi petangku yang tenang. Indahnya melihat gambar yang kurakam bersama Hani dan suaminya sekeluarga. Beralih kepada halaman kenangan yang kurakam bersama teman-teman kampusku sepanjang 3 hari program berlangsung. Tidak lepas aku menatap beberapa gambar yang sempat aku rakamkan bersama dengan Andy.
“ nak autograph...” aku mengusik Andy sambil menghulurkan cap NIKE kepadanya. Andy tersenyum dengan usikanku. Ketika itu dia baru sahaja pulang dari pertandingan Ragbi Universiti : Siri Jelajah Eropah. Beberapa orang pemain dari universiti di Malaysia telah terpilih termasuklah Andy. “ congrates dear...” aku mengambil tempat di sebelah Andy ketika keadaan sudah semakin reda. Majlis anugerah sukan universiti pada malam itu meletakkan Andy sebagai tokoh sukan kerana sumbangannya mengharumkan nama universiti kami.
“ thank you...” Andy menyandarkan badannya. Aku menoleh ketika melihat dia melambaikan tangan ke satu arah. Hamdi dan Zarimi.
“ nah!” seketika Hani sudah berdiri di sisi aku dan Andy. Dia menghulurkan segelas air kepadaku. Aku meyambut baik.
“ nak pula kau bergambar ye Andy?” Hani sudah duduk di sebelahku.
“ nanti kata sombong pula Hani...” Andy membalas. Sememangnya aku tahu Andy tidak begitu gemar bergambar.
“ habislah Nur...lepas ni tak laku lah kau...” Hani menokok lagi.
“ star la katakan...peminat beratur...penat aku tunggu kat sini dari tadi...” Hamdi pula menggiat. Aku sekadar tersenyum. “ tengoklah dalam TV semalam...bukan main mesra lagi dengan siapa wartawan sukan tu...” Hamdi menambah lagi. Kali ini disambut gelak ketawa Zarimi.
“ tu lah...bukan main lagi kau ye Andy...” aku memandang wajah gusar Andy dengan usikan Hani, Hamdi dan Zarimi. Malam itu, Andy berkali-kali mengirim SMS memaklumkan Hamdi dan Zarimi sekadar bergurau. Aku tidaklah hingga mengambil serius usikan teman-temannya itu.
~ Andy : tapi you tak respon pun tadi... ~
~ Aku : it’s okay andy...memang you star pun sekarang ni...the most eligible bachelor in asia maybe ~ aku tidaklah berniat menyindirnya sekadar mengingatkan dia memang sudah menjadi public figure saat itu.
~ Andy : sayang janganlah macam ni ~ aku tersenyum membaca reaksi Andy.
Akhirnya dia akur bila aku meyakinkan semuanya biasa sahaja. Aku menerima usikan itu sebagai penambah rasa. Sememangnya aku sudah menyedarinya sejak awal lagi.
            Aku kembali ke alam nyata ketika terdengar sayup-sayup suara azan dari surau berdekatan. Aku tersenyum lagi ketika terpandangkan gambar aku dan Andy pada malam kemuncak alumni fakulti. Entah bagaimana kami telah memakai pakaian sedondon menepati tema hitam dan merah yang telah dimaklumkan melalui surat jemputan. Aku simpan kamera di dalam beg tangan dan menutup pintu beranda.
            Usai solat Maghrib aku dengar suara papa mengucapkan salam dan seketika terdengar keretanya meninggalkan halaman rumah. Aku bergegas turun ke ruang tamu. Yakin mama sedang sendirian menonton televisyen.
“ Meen nak makan ke?” mama menyoal sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku sekadar menggeleng. Pandangan mataku turut tertarik dengan siaran berita mengenai pembuangan bayi yang sedang berleluasa kebelakangan ini. Tersayat hati melihat anak kecil yang sebahagiannya sudah lengkap sifat dan sihat dibiarkan tergolek dan tertonggeng di dalam longkang dan parit. Sebahagiannya pula janin yang persis segumpal darah dan daging berbungkus surat khabar lama. Malah ada yang hanya di biarkan bersama longgokkan sampah hanyir di tepi jalan.
“ teruknyalah...” perlahan sahaja suara itu terluah dari bibirku. Ingatan kuat terhadap Amin Rafie tiba-tiba bertandang. Biarpun anak itu hanya sempat aku bela dalam rahimku sahaja, tapi kasih pada tanda cinta antara aku dan Rauf itu amat kuat sekali. Ketika pertama kali melihat imbasan Amin Rafie dalam rahimku benar-benar membuat aku sayu dan terharu. Biarpun hanya tompokan kecil sudah cukup meletakkan kebanggaan buat seorang wanita dan isteri sepertiku.
“ I love you sayang...” begitu luah Rauf ketika kami bersantai-santai di dalam bilik. Membelek imbasan kali kedua bayi dalam kandunganku yang masuk bulan ketiga membuatkan aku bertambah gembira.
“ I love you too Rauf...” aku tersenyum menerima ciuman di dahi.
“ comelnya anak kita...” Rauf membelek lagi kepingan imbasan anak kami.
“ masih kecil la sayang...mana you tahu comel ke tak...” aku mencubit mesra lengan Rauf. Memang Rauf seorang yang sangat penyayang.
            Aku tersedar saat mama sudah berlari anak menyambut panggilan telefon yang berbunyi nyaring. Entah bila minuman tersedia di meja aku tidak pasti. Aku menoleh melihat Kak Hajar yang kemudiannya datang meletakkan sepinggan kuih apam manis di atas meja. Dia menolak baik ketika aku mengajaknya duduk sekali. Kak Hajar tua 3 tahun dari abang sulungku Eeman. Seingat aku pertama kali Kak Hajar datang ke rumah ketika aku berada di tingkatan 1. Kak Hajar bukan sahaja seorang yang baik, kuat agama, pandai membuat kerja rumah, malah pandai juga dalam akademik. Mama mengambil Kak Hajar menjadi pembantu peribadi kerana terpikat dengan cara kerja Kak Hajar ketika membantunya dalam sebuah majlis sambutan ulangtahun perkahwinan seorang YB di sekitar rumah kami.
            Menurut cerita mama, awal pertemuan mama dan Kak Hajar ketika satu majlis sambutan hari raya di sebuah rumah anak yatim. Ketika itu Kak Hajar memang sungguh ringan tulang dan jelas berdedikasi. Penyelia dan penghuni rumah anak yatim di situ juga jelas senang dengan Kak Hajar. Melalui pertemuan pertama itulah Kak Hajar mendapatkan nombor telefon mama dan kerap Kak Hajar membuat kerja sambilan membantu mama dalam beberapa majlis yang dikendalikan oleh syarikat mama. Selepas beberapa kali membantu, barulah mama mendapat tahu Kak Hajar adalah anak yatim piatu. Begitu yang diberitahu Kak Hajar. Kedua orang tuanya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Tidak hairan Kak Hajar sangat matang kerana hidup sebatang kara sejak usianya 5 tahun.
“ Meen tak sihat ke?” aku tersentak lagi ketika Kak Hajar menyentuh tanganku lembut. Aku senyum dan menggeleng. “ minumlah...makan?” Kak Hajar mengunjukkan pinggan kuih apam kepadaku. Aku mengambil sepotong. Memang sedap. Tidak perlu dirasa sudah tahu kesedapannya kalau kuih itu dari air tangan Kak Hajar.
“ Kak Eeman telefon. Hhhmmm...macam-macam kakak kamu tu...” aku dan Kak Hajar berpandangan sesama sendiri ketika mama tidak berhenti tersenyum dan menggeleng kepala berkali-kali. Tangannya ligat menaipkan sesuatu di telefon bimbitnya.
“ mama SMS siapa? happy semacam je...” aku menoleh lagi ke arah Kak Hajar yang juga kebingungan. Mama mengangkat tangan meminta kami menunggu. Aku sekadar menjungkit bahu dan kembali memberi perhatian ke kaca televisyen.
“ best kan cerita ni Meen...dah banyak kali tayang pun akak masih tergelak tak ingat...” aku mengangguk setuju dengan cerita Kak Hajar. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mengisi slot rangkaian 3 filem di Astro First mengisi malam kami.
            Seketika kemudian barulah mama membuka cerita. Patutlah dia kegembiraan rupanya Kak Eemani mengkhabarkan cerita gembira. Kakak kesayangnku itu disahkan mengandung 3 bulan. Mama juga memaklumkan dia sudah menyampaikan berita gembira itu kepada Abang Eeman dan Ameen. Tanpa kami sedar, berita gembira itu mencuit sayu di hati Kak Hajar. Segera mama menarik bahu Kak Hajar mendekatinya saat bibirnya menyatakan kesayuan kerana masih belum punya peluang mengandung lagi selepas kehilangan anaknya tahun lalu. Kak Hajar sudah berkahwin 3 tahun. Setahun selepas berkahwin dia disahkan mengandung tapi takdir Allah siapa tahu bila anak yang dikandung lemas dalam kandungan yang sudah masuk bulan ke lapan. Namun, suaminya Abang Naufal seorang yang baik hati dan penyayang. Malah kerap juga aku dengar Abang Naufal memujuk Kak Hajar yang kadang kala spontan menunjukkan keinginan punya anak sendiri. Tambah-tambah jika kakak dan abangku pulang ke Malaysia.
“ oh ye kak...Abang Naufal kursus ke?” tiba-tiba aku teringatkan suami Kak Hajar yang tidak kelihatan.
“ dia ada camping kat Hulu Langat Meen...baru je pergi tadi...” Kak Hajar menjawab bersahaja. Kak Hajar sudah seperti anak mama dan papa. Malah, suaminya Naufal juga jodoh yang dipilih mama ketika mengendalikan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Abang Naufal seorang guru. Ketika itu dia merupakan salah seorang dari jawatankuasa pelaksana dan mama merupakan perancang majlis berkenaan. Sikap dedikasi Abang Naufal membuatkan mama teringatkan Kak Hajar. Malah tanpa diduga rupanya Abang Naufal juga dalam diam memerhatikan Kak Hajar yang kebetulan bersama membantu mama ketika itu. Akhirnya selepas mereka berkahwin, mama mengajak Kak Hajar dan Abang Naufal tinggal bersama kami. Kebetulan ketika itu aku dan Ameen masih bersekolah menengah. Jadi, Abang Naufal menjadi guru tusyen kami secara peribadi.
            Kak Hajar meminta diri ketika jam beranjak ke angka 11.00 malam. Aku lihat mama sudah terbaring di sofa. Kebiasaannya mama akan setia menanti papa di situ. Aku ke dapur membuat secawan kopi O panas untuk mama. Segelas susu aku bawa bersama untukku. Aku lihat mama leka menonton sekali sekala tergelak melihat cerita komedi yang ditayangkan di kaca televisyen.
“ you memang suka minum susu kan?” aku tergelak ketika Andy mempersoalkan kegemaranku. Itupun selepas hampir tiga tahun kami berkawan.
“ you baru perasan ke?” aku sudah membuka penutup susu UHT Dutch Lady Penuh Krim dan menuangkan ke dalam gelas plastik di depanku. Aku capai pula botol twister epal dan aku tuangkan untuk Andy, Hani dan Amir yang turut bersama ke air terjun Kota Tinggi. Aku keluarkan 2 tin vanilla coke untuk Hamdi dan Zarimi yang turut bersama kami.
“ I dah lama perasanlah sayang...tapi I jumpa you kadang-kadang je...now I realized everytime we meet you mesti tak lekang dengan susu...” aku memandang Andy. 
“ betul kan?” Andy menyoal. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala.
“ pergilah you...tengok Hamdi dah mengutuk you...” aku menolak lembut bahu Andy ketika Hamdi dan Zarimi sedang mengusik kami berdua. Aku lihat Andy berat meninggalkan aku sendirian di tepi khemah. Amir dan Hani sedang menyediakan bara untuk membakar ayam dan ikan. Aku bangun membantu Hani dan Amir tanpa disuruh menyertai Andy dan rakan-rakannya berendam dalam sungai. Keinginan untuk sama berendam dalam kedinginan air terjun Kota Tinggi terpaksa aku abaikan kerana aku mudah diserang demam.


~zara aqeela~

No comments: