-tentang-page-zara-aqeela-

)( kehidupan adalah sebuah cerita untuk dikongsi bersama...kita berhak memilih bagaimana ianya patut dikongsi...dan di sini kita berkongsi cerita kehidupan dalam sebuah penulisan )(

Wednesday

..:: Jangan Berhenti Mancintai Aku 14 ::..

Terlalu jauh perjalanan hidupku bila hari ini genap 4 tahun Rauf meninggalkan aku sendirian. Perancangan mengadakan kenduri arwah buat suami dan anakku di Kuala Lumpur disambut baik keluarga mertua. Malah, mereka dengan berbesar hati setuju untuk ke Kuala Lumpur. Aku memanjat syukur dengan kurniaan keluarga yang memahami. Hari ini aku mengambil cuti untuk ke rumah mertuaku di Singapura. Aku terlebih dahulu singgah di rumah Hani. Kegirangan dia menerima panggilanku malam tadi. Aku menolak baik ketika dia berjanji untuk mengambilku di stesen bas Batu Pahat kerana Kak Hajar dan Abang Naufal akan menemaniku. Kebetulan Abang Naufal perlu menghadiri seminar di UTM Skudai selama 3 hari. Kak Hajar mengambil peluang ikut bercuti.
“ jemputlah masuk bang...kak...Hani dengan Nur ni kalau boleh nak pasang khemah terus depan pagar ni...” Amir mengusik isterinya yang sudah tersengih-sengih. Hani menyeka airmata yang mula hendak mengalir di pipinya.
“ kami memang suka berkhemah kan Hani...” aku sekadar menutup kesayuan sendiri. Kami akhirnya beriringan masuk. Bertambah riuh ketika orang tua Hani baru menyedari kehadiranku. Pelukan erat aku terima daripada ibu hani yang memang mengetahui keadaan diriku.
“ makan kat sini ye...” itu ayat pertama keluar dari mulut ibu Hani. Aku memandang Abang Naufal dan Kak Hajar yang juga tidak dapat menolak. Beberapa jenis lauk kampung disediakan benar-benar membuka selera kami. Kami bergerak ke destinasi sebenar selepas tumpang menunaikan solat Zohor di rumah Hani.
“ kau nampak tak sihat Nur...” Hani bersuara ketika hanya tinggal aku, Hani dan Kak Hajar di dapur. Aku menoleh Kak Hajar yang tersenyum memandangku.
“ aku dah memang tak sihat Hani apa nak diherankan...umur pun dah makin lanjut...” aku membalas dengan nada bergurau. Aku tidak mahu mengundang sayu di hati Hani yang menerima kehadiranku selepas beberapa bulan tidak berjumpa. Terakhir kali ketika kami sama-sama menyertai alumni Fakulti Kejuruteraan.
“ tengok Nur ni kak...” Hani menggamit Kak Hajar.
“ dia memang macam tu Hani...dah masak benar akak dengan perangai dia...” Kak Hajar membalas.
“ hhhmmm...dah masak ranum...” aku menjawab lagi.
“ Nur!!!” gelihati aku melihat Hani yang naik bengang dengan gurauanku. Kami akhirnya sama-sama ketawa gelihati hingga menyebabkan ibu Hani melangkah ke dapur.
            Jam merangkak ke angka 6.45 petang ketika kami tiba di rumah mertuaku. Terlebih dahulu aku mengikut Abang Naufal mendaftar diri di tempat seminar. Kemudian dia menghantarku. Rasa bersalah menyelubungi bila Abang Naufal dan Kak Hajar dengan segera pula perlu bergegas kembali ke UTM kerana programnya akan bermula jam 9.00 malam.
“ terima kasih bang...akak...Meen minta maaf menyusahkan abang dengan akak...” aku bersalaman dengan mereka. Sungguh aku benar-benar rasa bersalah.
“ jangan fikir banyak sangat Meen...kita satu keluargakan...” aku mengangguk mendengar jawapan balas Abang Naufal bila Kak Hajar sekadar mampu angguk dan menyeka airmata yang mula gugur.
“ Meen tinggal sini jangan terlalu ikut perasaan ye...bawa-bawa sembang dengan Hanum dengan Hajah...jangan duduk sorang-sorang...” aku tersenyum mendengar ingatan Kak Hajar yang bersulam esakan kecil. Sungguh dia amat-amat memahamiku. Masakan tidak sudah hampir 20 tahun dia melihat perjalanan hidupku. Berdepan dengan setiap kesukaranku. Aku menoleh Abang Naufal yang sudah memegang bahu isterinya memberikan kekuatan. Aku hantar mereka berdua dengan lambaian dan doa semoga perjalanan ini satu permulaan baru buat mereka.
            Aku memang tidak mampu membuang biar sebesar zarah pun kenangan bersama Rauf. Sebaik kereta Abang Naufal hilang dari pandangan, angin Selat Tebrau yang menampar pipiku bagai membawa bauan dari tubuh suamiku yang telah lama pergi.
“ I love you too...” aku biarkan airmata mengalir menuruni pipiku saat aku merasakan hembusan nafas Rauf dekat sekali dengan tubuhku. Mengucapkan kata sayang buatku.
“ Meen...” aku biarkan mataku terus terpejam saat aku yakin suamiku tiada di situ. suara mertuaku yang sebak membuatkan aku tidak sanggup menatap airmata kasih yang aku yakin membasahi pipinya. “ Meen kena kuat nak...” aku menganggukkan kepala berkali-kali tanda aku sedang membina kekuatan itu. Mengajar diriku menerima kenyataan yang memang sebuah kenyataan sejak 4 tahun lalu. Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk perlahan membuatkan mertuaku tersenyum. Kami beriringan masuk.

***        ***        ***

Kami tiba di Kuala Lumpur keesokan harinya jam 5.00 petang. Kami bergerak dengan dua buah kereta. Kak Hanim dan Hanum. Papa dan mama menyambut kami dengan girang sekali. Aku menghubungi Kak Hajar dan Abang Naufal sebaik kami sampai. Itu yang dijanjikan semalam. Riuh rendah rumah mama dibuatnya.
“ kita buat gotong royong ke awak cater je kenduri esok ni Cik Haniah?” ibu mertuaku bertanya ketika kami bersantai-santai di taman.
“ gotong royong Kilah...saja nak ramaikan rumah...insyaAllah malam ni adalah yang menjengah. Masa saya bagitau ketua wanita taman ni, macam-macam menu yang nak dibuat mereka...nak buat kek lah, nak kelim karipap lah...” aku lihat mama gembira sekali. Sememangnya penduduk di taman perumahan keluarga kami ringan tulang dan bermurah hati.
“ seronok tu Cik Haniah...dah lama saya tak raya gotong royong...orang Johor kata rewang...bahasa jawa ye Hanim?” aku lihat Kak Hanim mengangguk dengan beberapa penjelasan lagi.
“ betul bu, Hanum pun pernah makan kenduri dalam talam masa ikut aktiviti homestay kat Muar...mula-mula macam pelik tapi best...” Hanum menyambung pula. Papa juga turut berkongsi pengalaman menghadiri sebuah aktiviti amal di Banting Selangor yang majoriti penduduknya ialah orang jawa.
“ macam mana nak makan ni sayang?” aku tersenyum ketika Rauf kehairanan melihat beberapa dulang nasi ambeng sudah tersusun di ruang dapur rumah Hani. Begitulah aku ketika pertama kali melihat cara kenduri orang Jawa Johor.
“ nanti Meen tunjukkan okay...” seronok aku mengusik Rauf yang sudah mempamer wajah keliru. Ketika itu aku dan Rauf baru sebulan mendirikan rumahtangga. Kebetulan Hani mengadakan kenduri kesyukuran untuk anaknya yang menyambut ulangtahun kelahiran dan kenduri aqiqah anak kedua kakaknya.
            Selepas selesai doa selamat dan menjamu selera dengan hidangan kuih muih, semua tetamu dibekalkan dengan nasi ambeng yang dibungkus tanda terima kasih daripada tuan rumah. Aku lihat Rauf menurut sahaja apa yang dibuat oleh Amir, suami Hani.
“ jom Rauf, kita makan kat dapur...” aku lihat Amir menepuk-nepuk bahu Rauf.
“ kenduri nasi ambeng memang macam ni sayang...makan sama-sama...you tak kisahkan?” aku bersuara ketika Rauf masih mempamer wajah keliru.
“ ya Allah Nur...minta maaf banyak-banyak terlupa Rauf tak tahu kenduri nasi ambeng ye...” Amir bersuara serba salah ketika mendengar aku memberi penjelasan kepada Rauf.
“ iyalah bang...kesian Rauf...ambilkan pinggan Hani...” kak Hana, kakak sulung Hani pula menyambung.
“ eh! tak apa mak cik, apa salahnya...kenalah biasa-biasakan diri kan...manalah tahu kalau orang tu mengidam nak makan nasi...nasi apa tadi sayang?” Rauf tersenyum ketika cubitan kecil sudah singgah di lengannya.
“ nasi ambeng Rauf...”
“ eh! dah ada good news ke?” Hani mula perasan dengan klu yang disampaikan oleh Rauf. Hani sudah menjerit kegembiraan ketika aku dan Rauf hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan. Bermacam-macamlah petua yang keluar dari mulut Hani kemudiannya. Aku lihat Amir tersenyum sahaja melihat isterinya yang bagai bidan pencen.
“ kenapa ni sayang?” aku lihat Rauf bersandar memejamkan matanya.
“ kenyang Meen...sedap betul nasi...nasi apa tadi?” aku biar Rauf mencari ingatan terhadap menu baru yang mencuit seleranya tadi “ nasi...nasi ampang...no! no! nasi ambeng...yes!” dia kegirangan bila berjaya mengingat.
“ nanti saya belajar dengan Hani macam mana nak buat...” spontan aku sudah duduk di sisinya. Mengelus-ngelus lengannya yang terdedah.
“ tak payahlah sayang...susah tu nak buat...” Rauf membalas. Matanya masih terpejam. Dia tersenyum sambil menarik tanganku di bawa ke bibir dan dikucup berkali-kali.
“ bukan selalu saya nak buat untuk awak...saya belajar yang paling ringkas...at least sepinggan untuk you makan...tapi kalau you tak sudi tak apa lah...” aku sudah menarik tangan dan berpura-pura merajuk. “ you...” terkejut aku ketika Rauf sudah menarik aku ke atas pangkuannya. Aku faham sangat dengan pandangan mata dan senyuman dari bibirnya. Aku biarkan sahaja Rauf melayan keinginannya yang tentu sahaja menyenangkan hatiku.
            Beberapa minggu kemudiannya, Rauf sungguh terkejut ketika aku menyediakan nasi ambeng untuk hidangan makan malam kami di rumah mertuaku. Ketika aku memberitahu keinginanku menyediakan menu tersebut, nyata ibu dan ayah mertuaku sangat gembira. Rupa-rupanya mereka juga ingin menjamah juadah yang sama. Malah, ayah mertuaku turut serta teruja hingga sanggup memandu kami ke pasar mendapatkan bahan-bahan juadah tersebut.
“ apa yang sedap sangat ni?” terkejut aku ketika Rauf sudah memelukku dari arah belakang.
“ you...malu ibu tengok...” aku berbisik perlahan ketika yakin ibu mertuaku sedang memandang tingkah laku Rauf. Aku dapt lihat senyuman di bibirnya. “ sayang...” aku memanggil lagi ketika Rauf terlalu asyik.
“ eh budak bertuah ni...kalau ye pun angkat bawa masuk bilik...” aku hanya mampu tertunduk malu dengan teguran ayah mertuaku biarpun aku yakin itu hanya gurauan. Sememangnya terlalu sering Rauf melalukan aku begitu di depan orang tuanya.
“ I naik mandi dulu sayang...” Rauf dengan berat hati meleraikan pelukan ketika ayahnya tiba-tiba masuk ke dapur. Aku hanya tersenyum ketika dia menghadiahkan senyuman di pipiku. “ I tunggu kat atas ye...” pecah ketawa jantan ayah mertuaku melihat gurauan nakal anaknya. Aku diam sahaja kerana yakin Rauf sengaja mengusikku.
            Setengah jam kemudian, Rauf sudah duduk di meja makan menyertai aku dan orang tuanya. Senang hatiku melihat Rauf berselera menjamah hidangan paling ringkas malam tersebut. Nasi ambeng. Aku lihat mertuaku juga begitu. Serunding kelapa yang aku tempah dari kenalan orang tua Hani benar-benar membuka selera.
“ kenapa Meen, makan sikit je...” ibu mertuaku bersuara ketika aku sudah berhenti menjamah dan sibuk menambah lauk di pinggan Rauf.
“ tak lalu...nantilah Meen ulang makan...” sememangnya aku sudah mula hilang selera. Mungkin aku sudah mula tiba ke fasa loya dan muntah.
“ sakit ke?” serba salah aku melihat suapan Rauf yang tergendala.
“ tak...” aku menggeleng dan tersenyum. Aku maklumkan perubahan hormon badan ketika kandungan masuk bulan kedua mungkin menjadi punca selera makanku berkurang. Aku kerap ingin muntah dan merasa loya tanpa sebab.
“ nanti kita cari buah okay sayang...” aku senyum lagi ketika Rauf memujukku. Mertuaku turut menyokong dengan beberapa panduan makanan tambahan yang sesuai untuk ibu mengandung sepertiku. Namun, aku lihat mereka tetap berselera.
“ terima kasih sayang...pandai mummy masak...kan sayang papa...” Rauf mengusap-usap perutku yang sudah mula kelihatan. Aku senyum melayan belai manja Rauf. Kali kedua aku melihat Rauf benar-benar menunjukkan perasaan sukanya dapat menjamah nasi ambeng. “ I love you Meen...” aku senyum dan membalas ucapan sayangnya.
 “ sedap sangat ke makan nasi ambeng tu?” aku menyoal kemudiannya.
“ sedap...puas...semua ada...it’s just like a completed family dear...” Rauf membalas siap dengan tangan dan memek muka. “ hhhmmm...nanti kalau kenduri anak kita I nak buat macam tu...” dia menganggukkan kepala berkali-kali. Bersungguh-sungguh.
“ nanti banjir Singapore ni tengok style kenduri macam tu...” aku tersenyum sambil meletakkan kepalaku di dadanya. Aku paling suka berbuat begitu. Mendengar degupan jantungnya membuatkan aku rasa kuat dan selamat. Aku tersenyum ketika dengkuran kecil mula terdengar dari hembusan nafas Rauf Haqem.
            Perlahan-lahan aku angkat kepala bimbang menganggu lena Rauf. Tiba-tiba dia tersenyum sambil mengelus-elus rambutku. Pastilah dia rasa bersalah kerana terlena ketika kami sedang berbual. Satu. Dua. Tiga. Dia kembali lena. Aku tegakkan badan menikmati wajah tampan suamiku. Sebagai seorang doktor, dia sebenarnya boleh dikategorikan sebagai doktor yang kacak, ada gaya dan boleh buat pesakit cepat sembuh. Melainkan pesakit seperti aku. Tapi, dia berjaya juga menyembuhkan penyakit cintaku. Rauf tinggi, kulitnya cerah. Rambutnya tidak banyak, sentiasa kemas. Matanya terang, galak. Badannya tegap. Kalau cuba-cuba nasib menjadi model rasanya memang akan bernasib baik.
“ Meen...” aku kembali ke alam nyata ketika Ameen sudah melayang-layangkan tangannya di depan mataku. Entah kali yang ke berapa. “ kenapa ni Meen?” Ameen mengelus lenganku. Tentu sahaja dia tahu ada kenangan yang mengusik perasaanku saat itu.
“ nasi ambeng...”
“ what?” aku tersenyum melihat wajah berkerut Ameen yang pasti sahaja keliru.
“ nasi ambeng...they’re talking about nasi ambeng just now...it’s take me to...”
“ Meen...please don’t be like this okay...” laju sahaja Ameen memintas bicaraku. Dia memang sangat-sangat memahami. Tidak perlu aku menerangkan panjang lebar kerana dia sudah faham sangat tentulah Rauf yang ingin aku sebutkan.
“ dah lama betul Meen lupakan dia sejak sibuk dengan Mahawangsa beberapa bulan lepas...”
“ Meen...itu bukan maknanya Meen lupakan dia...dah la tu...Ameen tak nak Meen macam ni lagi...kejap lagi kita turun okay...mama dah naik risau dah Meen berkurung je dalam bilik ni...” Ameen menyambung membawa aku menoleh ke meja sisi. Terkejut aku melihat jam yang sudah merangkak ke angka 9.10 malam. Barulah telingaku mula menangkap suasana riuh di ruang tamu. Pasti beberapa jiran sekeliling sudah mula sampai. Tambahan aku melihat mama sudah membeli bahan membuat kek. Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengehmbuskan tenang. Aku bangun menurut Ameen ke ruang tamu.
“ Meen tak sihat ke?” aku menggeleng dan tersenyum menjawab petanyaan mama. Wajah kebimbangannya terlalu jelas. Aku kira mama dan ibu mertuaku sangat faham kalau aku mungkin tidak sihat menyebabkan aku lewat menyertai mereka di ruang tamu.
“ papa mana?” aku menyoal ketika suara papa tidak kedengaran. Biasanya bila berkumpul begini, dia dan ayah mertuaku paling gamat sekali.
“ pergi KLIA dengan ayah...jemput abang Eeman...” terkejut aku mendengar penjelasan mama. Rupanya mereka sudah merancang untuk pulang sebaik mengetahui perancanganku mengadakan kenduri arwah buat Rauf dan Rafie.
“ akak tak balik ke?” aku pula menyoal mama.
“ esok pagi baru akak sampai...Ameen jemput akak esok kat KLIA...jom makan...” aku menoleh Ameen yang datang dari luar rumah.
“ semua belum makan ke?” aku menyoal lagi.
“ dah...Ameen je nak tunggu Meen juga baru nak makan...pergilah...” mama sudah berpaling menuju ke dapur ketika menjawab soalanku.
            Selepas makan malam, aku menyertai mama dan ibu mertuaku membuat persiapan untuk esok. Ketika aku keluar ke ruang tamu, Kak Hanim dan Hanum sedang membantu Makcik Zaharah membuat kek coklat. Kecoh betul dengan mulut Hanum yang banyak cerita. Kak Hanim pula kelam kabut melayan anak-anak yang asyik hendak merasa kek yang keluar dari oven. Aku melangkah keluar menyertai ibu mertuaku yang sedang memerhati bagaimana serunding kelapa dihasilkan.
“ sedap kan Meen...ibu tengok dalam kuali pun dah berselera Meen...” mertuaku sudah tersengeh-sengeh dengan seleranya.
“ dah lama juga tak makan nasi ambeng ni kan bu...” aku turut terpegun dengan kesabaran jiran tetanggaku yang berterusan mengacau kelapa dalam kuali. Menurut Hani, kesabaran yang tinggi perlu ketika nak buat serunding kelapa. Tidak boleh ditinggal kerana akan hangit dan terasa pahit. Perlu terus dikacau hingga kering tapi sedap, lemak. Terliur juga aku dibuatnya dengan haruman lemak manis dari kuali serunding. “ Meen masuk kejap ye bu...” aku berlalu ke dapur kering. Meninjau kumpulan yang sedang membuat karipap. Aku lihat mama bersungguh-sungguh mengelim karipap. Mak Long Hanizah tersenyum memandang aku yang mendekati kumpulan mereka. Mak Long Hanizah kakak sulung mama. Dia memang rajin datang membantu jika dikhabarkan tentang kenduri kendara. Saudara mara yang lain biasanya akan sampai seawal pagi esok. Begitulah biasanya.
            Baru sahaja aku melabuhkan punggung, Ameen menjerit memberitahu ada panggilan untukku. Aku bingkas menyambut telefon.
“ Meen...” terkejut aku mendengar suara Shahir di seberang talian.
“ Shahir? kenapa?”
“ tak boleh ke I call? I texted you tak reply...call handset tak jawab...I call rumah...” terasakah dia dengan pertanyaanku.
“ no...bukan tak boleh...terkejut je...anything urgent ke sampai you call rumah...itu je maksud I...” aku kira alasanku itu tepat sebab aku tidak gemar berurusan hal pejabat dengan telefon rumah. Disebabkan itu jugalah aku memilih nombor telefon bimbit lain untuk urusan pejabat.
“ riuh je...”
“ ooo...hhhmmm...rumah I kenduri esok...riuhlah dengan jiran tetangga lagi...family lagi...”
“ tak jemput I pun...” aku tidaklah pelik dengan Shahir yang sengaja menginginkan perhatianku.
“ I tak ada jemput sesiapa pun orang pejabat Shahir...tapi kalau papa nak jemput it’s up to him...”
“ secret ceremony?”
“ no...kenduri arwah untuk suami dan anak I...dah 4 tahun...cepat betul masa berlalu...” entah kenapa aku sayu dan aku memang ingin Shahir tahu bahawa kenduri arwah untuk Rauf dan Rafie sebenarnya terlalu peribadi buatku.
“ sorry Meen...”
“ it’s okay...” aku memintas sebelum Shahir lebih panjang berbicara. “ I’ve got work Shahir...we talk later okay...thank you for calling...” aku segera meletakkan gagang selepas berbalas salam dengannya. Aku lihat Ameen tersenyum dan mengenyitkan matanya. Sempat lagi dia mencuri dengar perbualanku di telefon dalam kesibukan mengalihkan beberapa perabot ke ruang menonton. Pastilah dia tahu siapa pemanggilnya. Aku berlalu ke dapur menyambung kerja tertangguh yang belum sempat aku mulakan.
***        ***        ***

Riuh rendah di sekitar rumah sedikit mengganggu ketenanganku. Bukanlah sesuatu yang aneh sebenarnya untukku aku merasa seperti itu. Pertama kali aku rebah ketika berumur 10 tahun. Disebabkan itulah mama dan papa membawa aku membuat rawatan lanjut selepas aku memaklumkan aku sering sakit kepala, rasa ingin termuntah dan pandanganku gelap. Setahun selepas itu barulah aku disahkan menghidap ketumbuhan otak. Aku berpaut di tangga ketika pandanganku sedikit kabur. Aku gagahkan kaki untuk berdiri. Aku tidak mahu sesiapa melihat keadaanku begitu terutama mama, papa dan mertuaku.
“ Meen...” aku mengutuk diri sendiri ketika Ameen yang entah dari mana menegurku. “ kenapa ni?” dia menyambung lagi.
“ hhhmmm...Meen lupa letak handset kat mana...” aku cuba memberi alasan yang tidak akan menunjukkan aku berbohong.
“ Meen bawa turun ke?” Ameen bertanya sambil bergerak ke kabinet ruang tamu tempat di mana aku sering meletakkan telefonku. Aku lega.
“ ooo...kat atas kot...okay...okay...Meen naik dulu...” aku percepatkan langkah supaya Ameen tidak bertanya lagi.
            Aku segera mengunci pintu dan ke bilik air. Keluar segala isi perut bila aku termuntah. Terasa perit tekak dan sesak dadaku. Aku muntah dan muntah lagi hingga terasa segala tenagaku hilang. Aku berdiri lama sekali di pintu bilik air sebelum melangkah lemah ke katil. Tangan dan kaki sudah terasa sejuk. Mujurlah aku tidak pengsan. Aku tarik selimut berselubung mencari kekuatan. Jatuh lagi airmataku bila tiba-tiba aku begitu ingin hangat pelukan daripada Rauf.
“ ya Allah berilah aku kekuatan menghadapi semua ini ya Allah...” aku mula terasa kesakitan yang teramat di pangkal tengkukku. Aku tahu tanda-tanda tidak baik jika pandangan kelam diikuti dengan muntah dan sejuk kedua-dua kaki dan tangan. Lengkap kesakitanku bila sudah naik ke kepala. Sedih sungguh rasanya bila kesakitan itu datang. Aku terasa terlalu kerdil bila menghadapinya. Aku sapu lelehan yang mula terasa panas di bibirku. Aku pejam mata rapat-rapat ketika jangkaanku tepat darah meleleh turun dari hidung. Aku gagahkan diri untuk bangun ke tandas.

***        ***        ***

Aku pejamkan mata rapat-rapat saat aku dengar suara Kak Eemani mendekati bilikku. Seketika pintu bilik sudah dikuak bila aku tidak memberikan respon dengan ketukan di pintu sebentar tadi.
“ she’s sleeping sayang...” suara Kak Eemani makin dekat. Aku berdoa janganlah dia mengesan aku sedang berpura-pura. “ kiss her then we go downstairs okay...” aku menerima dua kucupan di pipi. Satu kucupan di dahi. Itu aku yakin daripada kakakku.
“ why don’t you wake her up ma...”
“ she’s tired dear...we meet her tomorrow okay...” sayu aku mendengar pujukan Kak Eemani kepada anaknya. Seketika kemudian aku dengar pintu ditutup. Lampu bilikku juga sudah ditutup. Suara Kak Eemani dan Ameen bersoal jawab di depan pintu masih kedengaran walaupun aku tidak jelas butir bicaranya.
“ dia baru je naik tadi...tak sampai setengah jam...” Ameen menguak pintu. Tidak puas hati. Dadaku berdegup kencang bila nada suara Ameen begitu. Pasti dia menangkap sesuatu yang luar biasa. Sememangnya aku tidak akan meninggalkan keriuhan seperti saat itu melainkan aku sakit. Ya memang aku sedang sakit.
“ hhhmmm...dia letih kot sebab baru sampai dari Singapore tadi...” Ameen kembali menutup pintu. Aku biarkan airmata mengalir turun membasahi pipiku.

~zara aqeela~

No comments: